You are on page 1of 1

B.

Pembinaan Item

Item dibina berdasarkan soalan kerja kursus sebanyak 20 soalan aneka pilihan dan 10 isi tempat
kosong. Masalah yang dihadapi ialah menghasilkan soalan berdasarkan wajaran markah . Contohnya
tajuk 1, saya perlu membina 8 soalan campuran aneka pilihan dan isi tempat kosong yang
menghasikan 27 markah . Setelah menyelaraskan markah bilangan item dan markah bagi satu topik,
saya juga perlu menyelaraskan jumlah soalan aneka plihan bagi semua topik agar berjumlah 20
soalan sejajar dengan arahan kerja kursus. Akhirnya saya menjajarkan jumlah markah dengan
bilangan item iaitu menghasilkan item aneka pilihan yang mempunyai pecahan soalan agar jumlah
markah nya seimbang. Selain itu, topik yang diinginkan daripada JSU juga perlu lah mencukupi untuk
menghasilkan soalan. Akhirnya saya menghasilkan 20 item aneka pilihan dan 10 tempat kosong
dengan markah yang seimbang dengan wajaran setiap topik.

Pembinaan item ini berdasarkan JSU yang dibina mengikut tajuk. Tajuk tersebut telah saya
jajarkan dengan hasil pembelajaran dalam DSKP.Tajuk-tajuk yang dipilih berdasarkan buku teks
tahun 3.

You might also like