You are on page 1of 1

C.

Pentadbiran Item Ujian

Pentadbiran item ini dijalankan di kelas tahun 3A SK Sendayan kepada 30 orang pelajar di mana,
dalam keadaan pelajar tidak diberi maklumat awal tentang ujian. Namun, disebabkan minggu
tersebut adalah minggu perperiksaan dankelas yang saya pilih adalah kelas cemerlang, maka saya
pasti pelajar-pelajar ini telah mengulangkaji bagi perperiksaan yang akan ditadbir oleh guru mereka.
Saya terpaksa mentadbir ujian pada hari pertama PBS. Kertas soalan penuh ujian mac sains tahun 3
SK Sendayan sila rujuk lampiran. Semasa saya mentadbir ujian, saya dapati soalan yang saya cetak
mempunyai muka surat yang terbalik iaitu muka surat 4. Selain itu, terdapat juga kesilapan pada
soalan 1 isi tempat kosong dimana maklumat yang perlu saya berikan kepada pelajar tidak diisi di
dalam jadual. Oleh itu, saya telah mengarahkan pelajar menambah maklumat tersebut pada kertas
soalan. Maklumat itu saya tulis pada papan putih. Tambahan lagi, pada soalan 8 bahagian B, 9
Pilihan jawapan yang saya sediakan tidak mencukupi untuk mengelaskan kepada 12 tempat kosong
walaupun pilihan yang diberikan boleh diisi sebanyak 2 kali. Oleh itu, telah mengambil langkah
menambah pilihan jawapan ketika perperiksaan di papan putih.

D. Analisis skor Ujian dan interpretasi data

Setelah menyemak, saya telah merekodkan markah murid mengikut peratusan markah dan markah
pada setiap bahagian. Hal ini bagi memudahkan saya menyusun mereka mengikut markah aneka
pilihan bagi menganalisis item nanti. Berikut merupakan skor sampel saya:

You might also like