You are on page 1of 5

Secara Ringkas Proses Penanaman Jagung.

Pemilihan Kawasan

- Pilih kawasan yang berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan
berlebihan.

- Kawasan janganlah berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong atau beruk yang
sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar.

- Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya tanah bukit atau kebun
atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi semusim sekali.

- Berhanpiran dengan jalan bagi memudahkan untuk mengangkut keluar jagung.

Pemilihan Benih

- Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat permintaan di pasaran. Antara jenis yang
popular ditanam ialah:

a. jagung manis (mas madu),

b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu racun selalu sebab ulat pun suka hinggakan
batang pun dimakan ulan sebab rasanya sangay manis,

c. jagung korea – kini ditanam oleh kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit berbanding jagung lain.

d. Jagung hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar dan panjang
sehasta (dari siku ke hujung jari).

Bantuan Jabatan Pertanian

- Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga
bantuan seperti baja, racun dan juga pembajakan (jika ada).

- Ataupun cuba cari pihak yang boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil sudah dapat
dijual. Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga vitamin secara kredit.

Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong setengah).

Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung pastinya perlu tahu secara kasar kos dan
juga pulangan. Sebagai contoh diberikan kos dan pulangan bagi tanaman jagung seluas satu ekar ( 1
relong setengah).

Bagi kawasan seluas satu ekar boleh ditanam sebanyak 16 ribu pokok jagung dengan anggaran
pengeluaran jagung Gred A sebanyak 10 ribu tongkol (purata 35sen setongkol), Gred B sebanyak 5
ribu tongkol (20sen setongkol) dan selebihnya gred C. Jadi, anggaran kasar pendapatan ialah =
RM4,500 untuk semusim iaitu dalam masa 2 bulan setengah (65 – 70 hari).

Jagung Gred A = 10 ribu tongkol x harga borong (35sen) = RM3,500

Jagung Gred B = 5 ribu tongkol x harga borong (20sen) = RM1,000

Jagung Gred C = 1 ribu tongkol – tiada harga


Jumlah = RM4,500

Kos yang terlibat ialah:

Benih 3 beg x RM50 = RM150

Traktor = RM100 (membajak dan buat batas)

Baja = RM250 (baja campuran, tahi ayam, baja garam, vitamin)

Racun = RM150 (racun rumput, racun ulat)

Sewa tanah (jika ada) = RM150 (seekar)

Kos buruh = RM200 (jika perlu)

Jumlah kos = RM1,000

Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan baja dapat dijimatkan maka
kos akan berkurangan. Sekiranya hujan berkurangan mungkin perlu pam air dan ini akan
meningkatkan kos juga.

Pendapatan untuk semusim ialah: Pendapatan Kasar - Kos

Pendapatan Kasar = RM4,500

Kos = RM1,000

Pendapatan Bersih = RM3,500

Dalam setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam jagung 4 kali/musim.
Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x RM3,500 = RM15,000. Terdapat lagi pendapatan
sampingan iaitu memproses batang jagung menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan
dibincangkan kemudian.

Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu dibajak. Ini adalah kerana batas
yang sedia ada masih boleh digunakan.

Proses Kerja

- Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu.

- Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor.

- Menyemai benih jagung di dalam tray.

Ini adalah contoh tray yang


digunakan untuk menyemai
benih jagung ataupun apa-apa
tanaman yang sesuai.

Kos satu tray ialah RM2 dan


mempunyai 107 lubang. Setiap
lubang disemai 2 biji benih
menjadikan jumlah pokok ialah
sebanyak 214 pokok setiap tray.

Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan
jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.

Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram sebaliknya tutup dengan plastik
atau tikar untuk 2 malam ditempat yang berbumbung bagi mengelak terkena hujan. Boleh ditindan
antara try. Lepas dua hari pindahkan ke kawasan lapang dan tidak berbumbung serta siram sedikit
sahaja.

Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga, siram setiap hari.

Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput di batas yang telah dibuat supaya bila
jagung dipindahkan ke batas, rumput sudah tiada.

Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke batas tanaman.

Batas Jagung

- Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan ditanam 2 baris dalam satu batas. Jarak antara baris
ialah 1 kaki dan jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 – 20 inci. Jarak antara pokok dengan tepi
batas lebih kurang 6 inci. Lihat pada ilustrasi gambar di bawah.

Pembajaan awalan.

Selepas seminggu anak jagung ditanam dibatas, perlu diberi baja awalan – iaitu kita meletak
beberapa biji baja ditepi perdu pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena batang jagung
kerana ia akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok jagung dan masukkan baja ke dalam
lubang tersebut.

Pembajaan seterusnya

1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan dan menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan
ketinggiannya hamper satu kaki maka kita perlu berikan baja tambahan.

Kebiasaan yang dilakukan ialah campuran baja tahi ayam yang diproses, baja campuran NPK (jika
ada baja padi lagi bagus), dan baja garam. Semua baja itu digaulkan dan diletakkan dalam lubang
ditengah-tengah pokok.
Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau dalam gambar di atas.
Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam lubang kemudian timbus.

Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu ditimbus perdunya untuk menguatkan sokongan
pokok supaya tidak tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas dicangkul dan diletakkan ditepi perlu
pokok.

Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu diberikan seperti baja urea
ataupun baja garam.

Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak perlu diberikan.

Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini akan menyebabkan pokok terbantut
pertumbuhannya dan menjadi kuning.

Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air maka perlu berusaha untuk
dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan sampai daun bergulung (maksudnya sudah kekeringan
air). Jika ini berlaku akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok kurang baja atau sekadar
nak tambah kesuburan.

Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di bahagian perdu dan itu tandanya
pokok dalam keadaan subur. Tunas tersebut perlu dibuangkan. Jika ada bela lembu boleh berikan
tunas itu kepada lembu.

Meracun

Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang memakan daun atau pucuk jagung.
Mungkin seminggu sekali perlu meracun dan ianya bergantung kepada tahap serangan ulat.

Penjagaan tongkol jagung

Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari ke atas, pucuk jagung akan menjadi bulat tandanya
bunga jagung akan keluar. Selepas bunga jagung kembang maka putik jagung juga akan mula
mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung.

Pada peringkat ini peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga menyengat dan juga
bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan putik jagung tidak dimakan ulat apabila
jagung mula berisi.

Dalam sepokok akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang kedua
dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada pembesaran jagung pertama.
Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung sayur. Terdapat juga penanam jagung menyimpan
kedua-dua tongkol tersebut.

Menuai hasil

Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang ditanam. Apabila rerambut jagung sudah
murah kehitaman atau gugur terus bererti jagung sudah boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit
kulit jagung untuk lihat isinya di mana jika sudah berwarna kuning pekat bererti ia sudah boleh
dituai.

Jagung manis biasa – tempoh matang ialah sekitar 70 hari, jagung korea antara 65-70 hari.

Pemasaran
Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat dipasarkan dengan segera
maka seelok-eloknya perlu dicari pasaran terlebih awal sebelum jagung dapat dituai. Kadang-
kadang terdapat pemborong yang bersetuju untuk membeli tetapi apabila tiba masa menuai ia
tidak mahu membelinya pula. Jadi eloklah jika mempunyai ramai pemborong bagi memastikan tiada
risiko tidak ada pembeli.

Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah mestilah sesuai dan subur.
Hanya pada peringkat sebulan yang pertama sahaja terdapat banyak kerja sedikit iaitu menanam,
membaja, mengembur dan menimbun. Selepas selesai proses menimbun maka hanya meracun
sahaja.

You might also like