Sejarah Perkembangan Kurikulum Kanak

You might also like

You are on page 1of 3

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KANAK-

KANAK 0-4 TAHUN.

Sejarah pendidikan awal kanak-kanak bermula pada era 1950 an .


Ttahun 1950-1960 , tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian
sebagai sebahagian aktiviti gereja.
Pada tahun 1960 ini,Pendidikan Awal kanak-kanak mula berkembang secara
umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan
golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat.Pada tahun
ini jugalah bermulanya detik paling bersejarah bagi perkembangan Pendidikan
Prasekolah di Malaysia.Hal ini kerana Yayasan Asia yang telah
menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worke Society of
Malaysia untuk membangunkan institusi model Tadika yang mana ia hampir
sama dengan projek di Amerika Syarikat.
Dari situ, agensi-agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam,Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),(RISDA),
(FELCRA),Yayasan Sabah dan Kementeria Pendidikan Malaysia (SUFEAN
HUSSIN,1996) telah terlibat secara langsung dengan pelaksanaan program
pendidikan prasekolah.
Kesemua prasekolah di Malaysia lebih dikenali sebagai Taman Didikan
( TADIKA), Taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) dan juga kindergarten.
Agensi kerajaan seperti KEMAS,FELDA dan RISDA telah memainkan
keprihatinan dan usaha untuk mensasarkan lebih banyak kegiatan pendidikan
prasekolah kepada kumpulan kanak-kanak yang berada di kawasan luar bandar
dan ia telah menunjukkan satu perubahan yang amat menggalakkan dan
memberangsangkan kerana pertambahan bilangan tadika yang berlaku di
Malaysia.
Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina
akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta
Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah
Asuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee
Ah Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang
mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada
kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam
kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).
Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan
Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti
pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal
Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan
pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer
Foundation, 2009).
Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih
banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972
sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus
untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha
MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis
Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri
Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab
Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard
Van Leer Foundation 2009). Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat
perhatian yang lebih serius pada tahun 1984.Terdapat beberapa pihak mula
mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus
bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini
menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-
Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku
ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru
prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran
dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh
dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.
Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah
Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM.
Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan
Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6
tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.
Pendidikan awal kanak-kanak (kini dinamakan Program PERMATA Negara)
telah dikonsepsi pada tahun 2004/2005 oleh sekumpulan pakar yang diketuai
oleh isteri YAB Timbalan Perdana Menteri (pada masa itu) sebagai satu
pendekatan proaktif untuk menangani masalah sosial dikalangan remaja dan
belia. Seterusnya direalisasikan dengan pertubuhan Majlis Penyelarasan Dasar
PERMATA Negara dan Jawatankuasa Kerja Dasar PERTAMA Negara pada
April 2006.
Sebagai langkah permulaan, sebuah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-
Kanak Kebangsaan atau National Child Development Research Centre
(NCDRC) telah ditubuhkan diUniversiti Pendidikan Sultan Idris untuk
menguruskan pembinaan PERMATA Negara dan pelaksanaan penyelidikan
yang berkaitan. NCDRC juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA.
Jemaah menteri pada 21 jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan
holistic berhubung asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai
“setiap anak PERMATA Negara”, sebagai landasan asas misi nasional
membangunkan modal insan berjiwa murni dan berminda kelas pertama.
Sebuah sekretariat ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri bagi membangun,
memantap dan seterusanya menyelarasan dasar tersebut serta melaksanakan
Program Asuhan dan Didikan Awal Kana-Kanak yang dikenali sebgai Program
PERMATA Negara.
Pada mei 2007 Projek Perintis PERMATA Negara telah dilaksanakan di Lima
buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN),iaitu di Putrajaya, Subang Jaya,
Kepala Batas, Chini, dan Mampaga menggunapakai Kurikulum PERMATA
Negara. Projek printis ini telah dijalankan selama18 bulan hasil penemuannya
telah dilaporkan dalam beberapa seminar dan seterusnya dibentangkan di
Kabinet. Hasil dapatan menunjukkan perkembangan kanak-kanak dari segi
sahsiah, emosi, sosial dan intelek amat menyerlah dan lebih baik daripada
kanak-kanak yang sebaya dengan mereka yang tidak mngikuti Program
PERMATA Negara.

You might also like