TUGASANKUMP Peranan Guru Dalam Program Keselamatan Awal Kanak

You might also like

You are on page 1of 23

Apakah peranan guru dalam program keselamatan awal kanak-kanak.

Bincangkan kaedah-

kaedah pengajaran menggunakan tunjuk cara, simulasi, lawatan dan lain-lain berkaitan

keselamatan, kesihatan dan nutrisi.

Keselamatan Awal Kanak-kanak

Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi

pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya

yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk kepada kanak-kanak

agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.

Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang

membawa kemalangan. Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru

semasa kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa kemalangan berlaku di mana-

mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui

tentang bahaya dan risko yang ada.

Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya yang akan menimpa diri kanak-kanak di

sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Hasil dari penerangan konsep perkembangan fizikal,

kesihatan dan keselamatan dapat dirumus bahawa ketiga perkembangan ini penting dalam

mewujudkan modal insan yang terbaik.


Perkembangan Fizikal Dan Penjagaan Kesihatan

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan

otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa

perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan

aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam

aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan

prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus,

kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang

dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek

serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan

fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan

memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya, kanak-kanak yang

mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan

mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri

daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka

termasuk langkah menjaga kehormatan diri.


Konstruktur Yang Ditaksir

Perkembangan Fizikal dan Estetika

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

 Kemahiran motor halus

 Kemahiran motor kasar

 Kemahiran menjaga kebersihan diri

 Mengamalkan tabiat pemakanan yang berkhasiat

 Kemahiran menjaga kebersihan persekitaran

 Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit

 Pengetahuan tentang sumber bahaya

Merancang kawasan permainan luar sama pentingnya seperti membina kurikulum.

Perancangan permainan luar yang selamat melibatkan analisis ciri-ciri tapak permainan luar.

Perkara penting perlu dilihat dalam membina dan menyelenggara tapak permainan luar ialah

penilaian tanah, permukaan aliran air, kepentingan kedudukannya, dapat dilihat, kemudahan

keluar masuk.

Keselamatan persekitaran tapak permain luar hendaklah dilihat berdasarkan ciri-ciri berikut:

1. Kemudahan pengguna

2. Cabaran yang selamat

3. Kepelbagaian dan kejelasan

4. Cabaran yang teratur

5. Keanjalan pilihan
Keadaan selamat, terjamin dan bertanggungjawab merupakan faktor untuk mengekalkan

kualiti persekitaran luar taman permainan kanak-kanak di luar bangunan. Matlamat keselamatan

perlu seimbang dengan matlamat menyediakan dorongan dan cabaran perkembangan kanak-

kanak dan mainan. Orang dewasa secara idealnya merancang langkah mengelakkan kemalangan

di samping membenarkan risiko untuk mengamalkan amalan yang bersesuaian dengan kanak-

kanak. Contohnya membenarkan kanak-kanak memanjat adalah kebaikan untuk motor kasar. Di

sebalik amalan yang bersesuaian berkemunkinan berlaku kemalangan 'terjatuh' jika tidak ada

yang menyelia aktiviti memanjat.

Pendekatan proaktif langkah untuk menggelakkan kemalangan. Antara strategi proaktif:

1. Menilai dan melaporkan tempat yang mengancam keselamatan.

2. Merancang sistem koordinasi untuk penyeliaan orang dewasa.

3. Merancang program kesediaan pertolongan cemas (first aid) di kalangan kanak-kanak dan

orang dewasa (termasuk latihan dalam CPR, pertolongan cemas, langkah menggelakkan

kemalangan).

4. Menggalakkan komunikasi antara ibu bapa, profesional kanak-kanak dan mereka yang

berkaitan.

5. Membina perancangan keselamatan kawasan luar bangunan.


PERANAN GURU PRASEKOLAH

a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa

yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.

b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru

prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada

kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.

c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan

persekitaran yang baru di prasekolah.

d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang

berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.

e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan

yang berlaku di rumah mereka.


Kaedah Pengajaran Awal Kanak-kanak

Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan

pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu

terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Di antara

kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi,

lawatan dan sebagainya.

Kaedah Pengajaran Simulasi

Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi

membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,

kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan

memudahkan kreativiti.

Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan

sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan

latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri

aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara

penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang

ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang

berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

Dua jenis kaedah simulasi yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam

bilik darjah ialah sosiodrama dan main peranan. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti

lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu
situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana

sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada

kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca dan

membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang di

berikan oleh guru.

Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan

pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan

kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, di dalam aktiviti main peranan

pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di

bayangkan tadi dengan secara spontan.

Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan

oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang

ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan

dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa

yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini

merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang diberikan hendaklah pendek

sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik

darjah.
Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.

Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru

haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-

1- Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau

lisan di dalam kelas.

2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan

watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin

aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang

dipilih untuk terlebih dahulu.

5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.

6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar

menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu

7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara

penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu

pelajaran.
Tujuan-tujuan simulasi.

 Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti

lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan

yang tepat.

 Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis: semasa menjalankan aktiviti

lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk

menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.

 Untuk membina sikap positif: memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu

dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf

yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.

 Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan

berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan

sikap orang lain.

 Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah: misalnya, untuk

menjelaskan konsep ‘drmokrasi’ murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-

pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

 Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran: simulasi meruakan suatu teknik mengajar

tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan

kemahiran bahasa dengan berkesan.


Perlaksanaan aktiviti simulasi.

Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat sebelum simulasi,

peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.

Peringkat sebelum simulasi.

 Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak

dicapai.

 Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus.

 Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan.

 Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.

 Pengukuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan

pengayaan.

 Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan.

Peringkat perlaksanaan simulasi.

 Adakan set induksi untik menarik minat murid. Bacakan arahan dengan jelas.

 Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.

 Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.

 Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.

 Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.

 Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.

 Di akhir simulasi penilaian dijalankan.


Peringkat selepas simulasi.

 Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.

 Menulis laporan tentang maslah itu.

 Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.

 Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.

Perlaksanaan sesi main peranan.

Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringkat sebelum sesi main

peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan.

Peringkat sebelum main peranan.

 Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.

 Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.

 Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan.

 Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek- aspek

yang perlu diberi perhatian.

Peringkat semasa sesi main peranan.

 Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas.

 Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang

tertentu.
Peringkat selepas sesi main peranan.

 Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas

(murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan

dengan baik dan siapa pula yang pasif.

 Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan: Menganalisis kesan main peranan,

Membaiki kelemahan jika ada, Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,

Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran.

Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main

peranan .

Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.

 Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid.

 Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.

 Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.

 Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.

 Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada.

 Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka

membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.

 Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat.

 Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan

dan jika perlu.

 Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon.

 Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.


Kelebihan simulasi.

Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa

kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran

pertuturan mereka dan memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara

spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan

gaya yang betul. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.

Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan

kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap

negatif dan membina sikap positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar

bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, bakat lakonan murid

dapat diasah.

Kelemahan simulasi.

 Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada

pengelaman berlakon.

 Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan

penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan

oleh pelakon-pelakon.

 Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman secara

langsung dan faedah-faedah berlakon.

 Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan.
Kaedah Pengajaran Lawatan

Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi

kesempatan kepada kanak-kanak untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain

dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di

samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai

moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah

seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC,

tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya.

Tujuan-tujuan lawatan

 Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman sebenar

tentang keadaan di kilang, ladang atau pelabuhan dan sebagainya.

 Membolehkan pelajar-pelajar untuk memerhati,menyelidik dan merekod.

 Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan merekod.

 Meningkatkan daya ingatan pelajar-peajar tentang apa yang didengar,dibaca dan

dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.

 Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajar-pelajar.

 Menyediakan peluang untuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam

pembelajaran dan pengajaran.

 Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

 Meningkatkan lagi perhubungan di antara pihak sekolah dengan masyarakat di luar.

 Mendedahkan kepada pelajar tentang kedudukan alam sekitar.

 Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai di

luar sekolah dan dengan itu memperoleh ilmu pengetahuan daripada mereka.
Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai tiga fasa iaitu sebelum,

semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang perlu dicapai.

Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan nilai moral yang

hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri

perhatian. Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada

kanak-kanak. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa kanak-kanak.

Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada kanak-kanak. Guru hendaklah sentiasa

memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama kanak-kanak

membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru

menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang dilihat.

Kebaikan-kebaikan Lawatan

 Lawatan memberikan pelajar-pelajar tentang alam sekitar akan bertambah.

 Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.

 Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.

 Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.

 Lawatan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara atau topik yang diajar oleh guru.

 Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang dipelajari di bilik

darjah dengan keadaan yang sebenar di luar bilik darjah.

 Lawatan meningkatkan kemahiran pelajar memerhati, menganalisis dan membuat laporan.

 Lawatan dapat menimbulkan minat serta perasaan ingin tahun pelajar terhadap pengajaran

dan pembelajaran.
Kelemahan-kelemahan Lawatan

 Tanggungjawab membawa pelajar-pelajar ke tempat lawatan amat berat.

 Masalah disiplin mudah timbul.

 Prosedur-prosedur pentadbiran adalah kompleks.

 Sekiranya persediaan kurang baik,lawatan tidak mungkin mencapai objektif-objektif

pelajaran. Oleh itu,masa serta tenaga terbuang.

 Kalaulah tempat lawatan yang dipilih kurang sesuai, maka lawatan itu tidak membawa

faedah sepenuhnya.Lawatan seperti ini hanya dapat menghiburkan pelajar-pelajar sahaja.

 Kebenaran daripada kilang atau tempat lawatan yang berkenaan tidak mudah diperoleh

kerana ianya boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran.

PROGRAM AKTIVITI HARIAN

Susunan aktiviti harian prasekolah perlulah mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu,

kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid kesepaduan komponen secara seimbang,

keseimbangan aktiviti luar kelas dan keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti

individu.

Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan cadangan-cadangan berikut seperti rutin,

perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat , dan aktiviti penamat.

Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid setiap hari

mengikut sesuatu sistem yang ditentukan. Contoh rutin yang biasa dilakukan ialah seperti berikut

di mana guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid menyambut murid dengan mesra
ketika mereka datang ke prasekolah, murid menyusun kasut dan beg, guru mengambil

kedatangan murid, guru memeriksa kebersihan murid, murid membersih diri selepas

makan, guru mengadakan perhimpunan pada awal pagi dan murid mematuhi peraturan di dalam

dan luar bilik darjah

Perbualan pagi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan

murid seterusnya dapat menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid. Contoh

aktiviti perbualan pagi ialah, murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru

(show and tell), guru menerangkan peraturan dan disiplin bilik darjah, guru menerangkan aktiviti

yang akan dijalankan pada hari itu.

Aktiviti kelas merupakan satu kaedah yang melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru

menyampaikan maklumat semasa perbualan pagi , guru menerang atau memberi maklumat, guru

bercerita, membuat aktiviti fizikal di dalam atau luar kelas, membuat aktiviti penamat pada akhir

pembelajaran dan membuat lawatan di sekitar sekolah. Aktiviti kumpulan merupakan satu

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada kumpulan kecil bagi

menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan

lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara koloboratif dalam kumpulan masing-

masing. Selain itu murid-murid boleh bertukar aktiviti selepas tempoh yang telah ditetapkan jika

perlu namun bagi murid yang belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti yang lain, harus

dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tersebut bagi mengelakkan murid tersebut mengalami

kesulitan sekiranya bergerak ke aktiviti yang lain.


Antara contoh aktiviti kumpulan ialah main bongkah, membuat kolaj, membentuk doh

dan bermain cantuman puzzle serta penerokaan. Aktiviti individu boleh diadakan di mana murid

menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Selain itu murid boleh menjalankan

aktiviti bebas di pusat pembelajaran yang diminati jika tugas dalam aktiviti kumpulan sudah

selesai seterusnya murid mendapat perhatian secara personal daripada guru bagi pemulihan dan

pengukuhan. Antara contoh aktiviti individu ialah melukis, menyusun bongkah, membaca buku

kecil/kad bacaan serta menggunting/menampal. Murid-murid memerlukan rehat selepas

menjalankan aktiviti yang aktif untuk menikmati hidangan makanan yang berkhasiat dan

seimbang, mengamalkan nilai murni seperti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas

selepas makan dan menggosok gigi serta menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti

melihat buku bergambar, main komputer atau mendengar muzik perlahan dan lain-lain lagi.

Aktiviti penamat ialah aktiviti yang terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di

prasekolah. Aktiviti penamat ialah di mana murid dikehendaki memeriksa sekitar kelas sekiranya

masih ada lagi peralatan atau bahan yang telah digunakan masih belum disimpan di tempat asal,

murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan untuk melaksanakan aktiviti

‘perbualan’ untuk berbincang atau berbual tentang pengalaman pembelajaran yang telah

diperolehi pada hari tersebut, guru menyampaikan pesanan perkara-perkara yang perlu dilakukan

di rumah dan juga bahan-bahan yang perlu dibawa pada hari esoknya.
Contoh Aktiviti

Tajuk : Amalan kebersihan tempat dan peralatan

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard pembelajaran utama (PFK 4.1.6) Membersihkan tempat dan


peralatan yang digunakan

Standard pembelajaran lain yang disepadukan (BM 2.1.3) Berbual menggunakan bahasa
mudah dengan sebutan yang betul

Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :


i) mengetahui cara membersihkan peralatan
yang telah digunakan

Kemahiran utama Membersihkan tempat dan peralatan yang


digunakan

Alatan dan bahan Carta bergambar, alat membersihkan tempat


dan peralatan

Langkah pengajaran:

 Guru menunjukkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan yang kotor dan tidak

kemas seperti pinggan mangkuk yang kotor berlonggok, alat permainan yang kotor, lantai

yang kotor. Guru meminta padangan murid tentang gambar yang dipamerkan.

 Guru bersoal jawab dengan murid tentang kenapa kita perlu menjaga kebersihan

peralatan dan tempat tinggal serta bagaimana cara untuk membersihkannya.

 Guru menjelaskan kepada murid-murid tentang aktiviti yang akan dijalankan

 Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.


 Guru meminta murid untuk membersihkan peralatan seperti:

 Pinggan mangkuk

 Sudu

 Guru meminta murid menyatakan semula mengapa kita perlu menjaga kebersihan

peralatan yang digunakan.


Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pemilihan jenis-jenis pendekatan dan teknik pengajaran

bergantung pada sesorang guru prasekolah. Guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian

dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Janganlah terlalu tinggi arasnya. Seorang juga guru

haruslah menpunyai daya kreatif dan inovasi yang sangat tinggi unutk mempelbagaikan cara

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar

sangat diperlukan untuk menarik perhatian dan menghasilkan suasana yang ceria dalam

prasekolah. Hal ini kerana pada usia 4-6 tahun merupakan tahap perkembangan yang kritis dan

kritikal terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Oleh itu,

sebagai pendidik yang bakal mendidik kanak-kanak haruslah menimba ilmu sebanyak mungkin

sebagai bekalan untuk mendidik kanak-kanak di masa akan datang.

Arus zaman permodenan yang semakin melanda di negara ini membawa kepada

perubahan taraf pendidikan yang semakin baik serta setanding dengan sistem pendidikan di luar

negara. Semua pihak haruslah berkerjasama sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang

memerlukan bantuana dan juga masalah pembelajaran. Memberikan peluang pendidikan yang

sama rata dan adil kepada kanak-kanak. Akhir sekali, khususnya kepada ibubapa haruslah

menyedari pentingnya pemilihan prasekolah untuk anak-anak pada usia ini dan sentiasa peka

terhadap keperluan anak masing-masing untuk membantu kanak-kanak meneroka dunia.


BIBLIOGRAFI

Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif.

Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Angus, L. (1997). Studies in Educational Policy and Administration (Educational

Government). Melbourne: Monash University.

Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala

Lumpur : PTS Profesional Publishing.

Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti

Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

Educational Planning and Research Division. (2001). Education in Malaysia: A Journey to

Excellence. Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul

Ehsan.

Haliza Hamzah. et.al. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Institut Tadbiran Awam. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan

Nasional Malaysia.

Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan

Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala

Lumpur : KPM

Mohd. Taib Hashim. (1998). Nota Kursus Penggubalan dan Penilaian Dasar Awam. Kuala

Lumpur. INTAN.

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Putri Zabariah. et. al. (2006). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

You might also like