You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Menurut Mok Soon Sang (2009), istilah falsafah berasal daripada dua perkataan
Yunani iaitu “philos” yang bermaksud mencintai dan “Sophia” yang bermaksud kebijaksaan.
Dengan berpandukan kepada dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh dieertikan
sebagai perihal mencintai kebijaksaan.
Falsafah, dalam zaman Yunani dan selepas beberapa kurunnya, merangkumi bidang
yang amat luas, termasuk perkara-perkara seperti sains, matematik, teologi, psikologi,
sosiologi, dan ekonomi. Secara khususnya, falsafah melibatkan diri terhadap kajian tentang
ilmu, alam nyata, fitrah manusia, dan masyarakat. Ini adalah kerana tidak kurang ramai ahli
falsafah berpendapat bahawa falsafah boleh membawa kemajuan manusia melalui usaha
mencari ilmu dunia.
Pendidikan mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
Pendidikan adalah salah satu dari institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
generasi masa hadapan. Sudah tentulah sistem pendidikan itu mesti dirancang dengan teliti
supaya sesuai dan munasabah dalam menghadapi segala kemungkinan dan cabaran
dewasa ini. (Ibrahim Saad, 1989)
Pada asasnya konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah
dan pendidikan. Secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal
dalam pendidikan, yang berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang digunakan untuk
membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah kajian.
Falsafah juga boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,
rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli
falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari
serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara
yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian tersebut, falsafah pendidikan boleh
dieertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan pendidikan.
Falsafah Pendidikan Barat bermula dari zaman tamadun Yunani kira-kira lebih dua
ribu tahun dahulu. Walaupun pada tempoh masa itu semua bidang disiplin ilmu digolongkan
di bawah disiplin falsafah. Maka pendidikannya boleh diinterprestasi daripada cabangan
epistemologi dan dialog- dialog yang direkodkan daripada Socrates, Plato dan Aristotle.
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu Philos dan Sophia.
Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksanaan. Jadi, falsafah
diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan (Mok soon Sang, 2010). Tujuan falsafah
ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk

1|Page
perkara- perkara yang penting dalam kehidupan. Pada zaman Yunani yang bertamadun
kira- kira 2500 tahun dahulu, ahli- ahli falsafah yang terkemuka seperti Scrotes, Plato dan
Aristotle sentiasa berusaha cuba memikir, menilai, mentafsir kehidupan dan pengalaman
manusia dengan tujuan mencari kebenaran dan nilai hidup yang sempurna.
Dalam masa Zaman Yunani, ahli- ahli falsafah sering memikirkan soalan- soalan
setiap fenomena alam sekitar. Sesetengah jawapanya harus diperolehi daripada
perbahasan. Manakala, sesetengah ahli yang lain menegaskan jawapan itu hanya boleh
didapati melalui pemikiran deduktif dan akhirnya menghuraikan falsafah sebagai pemikiran
atas fikiran manusia. Maka tugas utama seseorang ahli falsafah ialah menilai kehidupan dan
pengalaman manusia dengan cara menganalisis dan memberi interprestasi, kemudian
mencari rumusan yang boleh membawa tafsiran secara keseluruhan terhadap ilmu dan
kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman manusia.
Falsafah Pendidikan Barat boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu falsafah
tradisional dan falsafah moden. Dua mazhab utama dalam kategori tradisional ialah mazhab
perenialisme dan mazhab esensialisme. Manakala kategori kedua ialah kategori moden
yang mengandungi mazhab terkenal dan berpengaruh iaitu progresivisme, rekonstruktivisme
dan eksistensialisme.

2|Page
2.0 Perbezaan Falsafah Barat Tradisional dan Falsafah Barat Moden
Konsep Matlamat Tumpuan
Pendidikan
TRADISIONAL
Perenialisme Secara semulajadi, ciri Mengajar ilmu dan Kurikulum: Bidang
manusia bersifat nilai bersifat kemanusiaan dan
sejagat dan tidak sejagat dan abadi. Kesusasteraan
berubah- ubah. Guru: Penyampai ilmu
Kaedah mengajar:
Ditaktor
Murid: Penerima ilmu
Essensialisme Penekanan diberi Mengajar ilmu dan Kurikulum: Kemahiran
kepada perkara- budaya yang asas
perkara asas. bersifat asas Guru: Penyampai ilmu
sahaja. yang pakar
Kaedah mengajar:
Ditaktor
Murid: Penerima ilmu
yang bersifat pasif
MODEN
Progresivisme Manusia berupaya Menghasilkan Kurikulum: Kebebasan
menyesuaikan diri individu yang sedia untuk memilih mata
terhadap perubahan menghadapi pelajaran
perubahan dalam Guru: Pembimbing dan
kehidupan pengurus
seharian. Kaedah Mengajar:
Induktif
Murid: Mencari ilmu dan
bersifat aktif
Rekonstruktivisme Sekolah merupakan Mengasaskan Kurikulum: Sains Sosial
landasan untuk corak budaya baru. Guru: agen Perubahan
membentukmasyara Kaedah mengajar:
kat baru. Berpusatkan murid
Murid: berani mencuba
dan bersifat aktif.
Eksistentialisme Manusia Tidak digariskan Kurikulum: Bidang
bertanggungjawab estetik dan falsafah
ke atas diri sendiri. Guru: Pemangkin ilmu

3|Page
Kaedah mengajar:
berpusatkan murid dan
aktiviti
Murid: Penerima ilmu
yang bersifat pasif.

Falsafah Pendidikan Barat pada masa kini mengandungi unsur-unsur falsafah


tradisional dan juga aliran moden. Antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah
perenialisme dan essensialisme. Manakala falsafah pendidikan moden yang berpengaruh
ialah progresivisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme.
Perenialisme berasal daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
fahaman idealisme Plato dan Aristotle. Perenialisme dipelopori oleh R.M Hutchins.
Perenialisme dikatakan mazhab pendidikan yang tertua dan bersifat konservatif. Mengikut
ahli- ahli perenialisme, oleh kerana pengaruh materialisme, pragmatisme dan fahaman
sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Tugas utama dalam proses
pendidikan ialah mendisiplinkan mental dan jiwa murid di samping mengembang potensi
menaakul. Perbezaan mazhab perenialisme dengan yang lain yang dapat dilihat adalah dari
segi konsepnya. Ciri- ciri asas manusia dikatakan juga berbentuk sejagat dan tidak berubah-
ubah. Dari segi matlamatnya pula untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi
atau tidak mempunyai had dan masa. Dalam kurikulum, perenialisme lebih tertumpu kepada
bidang kemanusiaan dan kesusasteraan. Guru dianggap sebagai penyampai ilmu di mana
guru dianggap sebagai orang yang berautoriti, berilmu dan pengetahuannya tidak boleh
dipersoalkan. Perbezaan mazhab perenialisme dengan mazhab yang lain juga dapat dilihat
melalui kaedah pengajarannya iaitu menekankan kaedah sokratik yakni dengan
pendedahan secara lisan, kuliah dan penghuraian.
Essensialisme pula dapat dilihat perbezaannya dengan mazhab yang lain dari segi
konsep juga. Essensialisme adalah berkonsepkan penekanan kepada perkara- perkara
asas. Pengetahuan bersifat asas adalah wajar disampaiakan kepada semua pihak terutama
kepada pelajar. Dari segi matlamat pendidikan pula, essensialisme bermatlamatkan untuk
mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja. Prinsip mazhab ini juga adalah semua
ilmu pengetahuan yang diperoleh mestilah boleh diamalkan agar individu dapat memainkan
peranan yang produktif dalam masyarakat. Dari segi kurikulum pula, perbezaan mazhab ini
dengan yang lain ialah kurikulumnya adalah lebih tertumpu kepada kemahiran asas iaitu 3M
(membaca, menulis dan mengira). Fahaman ini yakin bahawa pengajaran adalah sebagai
penyebar ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai- nilai yang benar- benar diperlukan.
Mazhab essensialisme mengganggap guru sebagai penyampai ilmu yang pakar yakni dalam
pelbagai disiplin dan sebagai “role model” yang harus dicontohi. Guru juga dikatakan

4|Page
menguasai bidang pembelajaran seperti psikologi kanak- kanak, proses pembelajaran,
pedagogi dan lain- lain. Falsafah ini lebih banyak meletakkan pendidikan di bahu guru.
Manakala murid hanya sebagai penerima ilmu yang pasif.
Perbezaan dari segi konsep, matlamat pendidikan dan tumpuan dari segi kurikulum
dan kaedah pengajaran juga dapat dilihat dalam falsafah progresivisme yang merupakan
salah satu falsafah pendidikan moden barat. Falsafah progresivisme mengambil asasnya
daripada falsafah umum pragmatism yang dipelopori oleh Charles Pierce, Charles Darwin,
William James, William Kilpatrick dan John Dewey. Namun pemikiran dan penulisan John
Dewey adalah lebih banyak mempengaruhi falsafah progresivisme ini. Dalam falsafah ini,
konsep yang dipegang ialah manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap perubahan.
Kelahiran manusia adalah ibarat kain putih, bersih dan suci. Bentuk tingkah laku mereka
pada masa akan datang adalah dipengaruhi oleh persekitaran serta masyarakatnya. Dari
segi matlamat pula, falsafah ini bermatlamat untuk menghasilkan individu yang sedia
menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian. Dari segi kurikulum pula, falsafah ini
memberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran. Pembinaan kurikulum yang
dilaksanakan adalah berkisarkan pengalaman, peribadi dan sosial pelajar. Kurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan bersifat merentas kurikulum yang berkaitan dengan aplikasi
beberapa kemahiran dan disiplin ilmu bidang yang lain. Sebagai mana yang diketahui,
elemen merantas kurikulum itu perlu agar pelajar atau murid dapat memperoleh ilmu yang
pelbagai pada satu-satu masa. Dalam falsafah ini, guru berperanan sebagai pembimbing
dan pengurus. Guru akan membimbing murid dalam proses pembelajaran dan di samping
itu memandu murid dalam menjayakan beberapa aktiviti projek dan penyelesaian masalah.
Murid pula akan berupaya berusaha mencari ilmu dan bersifat aktif.
Falsafah rekonstruktivisme juga ada perbezaanya berbanding dengan falsafah yang
lain. Falsafah ini diasaskan oleh John Dewey. Konsep falsafah ini adalah sekolah
merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru. Menurut mazhab ini,
pembentukkan semula masyarakat adalah sesuatu yang perlu dilakukan segera.
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi mendesak akan perlunya sesuatu yang
baharu dalam masyarakat. Matlamat rekonstruktivisme pula untuk mengasaskan corak
budaya baru. Jadi ini juga dilihat boleh diguna pakai di Malaysia. Sekolah berperanan
sebagai satu pusat yang mengajarkan sesuatu ilmu atau budaya yang baru kepada pelajar.
Hal ini amat relevan kerana selain di rumah, kanak-kanak sekolah menghabiskan banyak
masa di sekolah. Jadi apa-apa sahaja budaya yang ingin diperkenalkan sememangnya
perlulah bertitik tolak dari persekitaran sekolah itu sendiri. Sebagai contoh ialah budaya
membaca buku merupakan sesuatu yang sekolah dapat usahakan untuk kebaikan pelajar
atau murid. Pendidikan adalah untuk pembaharuan perkara- perkara yang terdapat dalam
sistem sosial. Pembaharuan perlu dilaksanakan segera bagi tujuan kepentingan sosial. Dari

5|Page
segi bidang kurikulum pula, falsafah ini mencadangkan isi kandungan kurikulum seharusnya
meliputi aspek- aspek masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi masyarakat. Guru
pula berperanan sebagai agen perubahan. Manakala kaedah mengajar adalah berpusatkan
murid. Di sini murid akan lebih berani mencuba dan bergerak aktif.
Falsafah terakhir iaitu eksistentialisme juga merupakan salah satu Falsafah
Pendidikan Barat Moden. Falsafah ini wujud selepas Perang Dunia Kedua. Falsafah ini
diasaskan oleh Soren Kierkegaad. Konsep yang dipegang oleh falsafah ini juga berbeza
dengan falsafah yang lain. Konsep falsafah ini ialah manusia bertanggungjawab ke atas diri
sendiri. Bagi falsafah ini, kebanyakkan idea dan pengetahuan seseorang adalah berasal
daripada pengalaman bebas. Menurut mereka, lagi seharusnya pelajar adalah bebas
menentukan apa yang hendak dipelajari dan bukannya ditentukan oleh orang lain atau
orang dewasa. Dalam bidang kurikulum pula, falsafah ini mementingkan bidang estetik dan
falsafah. Guru pula berperanan sebagai pemangkin ilmu. Manakala kaedah pengajaran pula
berpusatkan murid dan aktiviti. Murid pula adalah penerima ilmu yang bersifat pasif. Dalam
sistem pendidikan di Malaysia, sememangnya peranan guru adalah lebih kepada
pembimbing atau fasilitator yang cuma membantu murid untuk bergerak aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid itu sendiri yang perlu terlibat aktif agar kefahaman
bagi isi pelajaran adalah pada tahap maksimum.
Kesimpulannya, kesemua falsafah tidak kira Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
atau Falsafah Pendidikan Barat Moden mempunyai konsep, matlamat pendidikan,
kurikulum, kaedah mengajar dan peranan guru serta murid adalah berbeza. Terpulanglah
kepada individu untuk mentafsir kebaikan dan keburukan falsafah yang terdapat dalam
pendidikan barat.

3.0 Pilih satu komponen Falsafah Pendidikan Barat Moden, jelaskan perkaitannya
dengan sistem pendidikan di Malaysia.

6|Page
Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di
Malaysia selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah Pendidikan
Islam dan Timur, ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-orang
barat. Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan
bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.
Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah
Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak
pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya
beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas
sistem pendidikan di Malaysia.
Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai
implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Hal ini
kerana kaedah pengajaran bagi Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di
Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. Hal ini adalah
bermaksud bahawa ilmu-ilmu tersebut perlu bersifat praktikal dan prakmatik kerana perkara-
perkara asas yang perlu diketahui oleh individu untuk menjadi ahli masyarakat yang
produktif boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang dipelajari perlulah diamalkan
agar individu dapat memainkan peranan yang produktif dalam masyarakat. Maka apa yang
dipelajari tersebut haruslah sesuatu yang berguna pada masa akan datang. Jadi selaras
dengan cara perlaksanaan sistem pendidikan di Malaysia yang menyediakan kualiti
pendidikan yang bermutu untuk menyiapkan individu dengan sebarang kemahiran yang
mana akan dirasakan amat berguna pada masa akan datang.
Di bawah Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guru yang berpekerti mulia adalah ciri
yang ingin dibentuk. Ciri ini penting supaya guru boleh menjadi “role model” iaitu sebagai
satu model perbandingan yang akan menjadi teladan kepada pelajar. Di Malaysia juga,
guru merupakan “role model” yang utama kepada pelajar kerana sebahagian besar masa
pelajar dihabiskan di sekolah selain dari pengaruh ibu bapa mereka. Maka guru perlu
mempunyai pekerti dan moral yang mulia untuk membentuk peribadi pelajar yang berpekerti
mulia.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan negara
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang
murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada
negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Jika ditinjau secara keseluruhan, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan lebih mirip kepada falsafah pendidikan progresivisme yang
bermatlamatkan pendidikan untuk mencapai kesejahteraan diri serta membentuk
masyarakat yang harmoni dan makmur.

7|Page
Selain itu, pengajaran dalam aliran Progresivisme menggunakan pendekatan induktif
dalam mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori
tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan
fenomena yang didedahkan. Menurut Mok Soon Sang (2010), guru hanyalah berfungsi
sebagai pembimbing atau penasihat dalam penyelesaian masalah. Kurikulum mereka
memberi tumpuan kepada proses pelajaran. Pelajar bebas memilih dan membuat
keputusan ke atas dirinya jika ianya dianggap baik. Mereka menggambarkan pendidikan
adalah penghidupan dan bukan persedian untuk hidup (Azizi Jaafar, 2009). Pencarian
kebenarannya melalui pengalaman dan isi kandungan kurikulum adalah pengetahuan asas
dan pengalaman. Kaedah pengajaran bagi alairan progresivisme pula adalah secara inquiri
iaitu secara 5 penyelidikan. Kebenaran merupakan milik masyarakat. Sekolah merupakan
tempat menggalakan kerjasama bukannya persaingan serta sekolah juga menggalakkan
demokrasi.
Pelajar akan diberikan kebebasan secara fizikal dan mental untuk mengembangkan
bakat dan kemampuan yang terpendam dalam diri mereka tanpa dikekang oleh rintangan
daripada orang lain (Azizi Jaafar, 2009). Oleh itu, falsafah ini tidak bersetuju dengan
fahaman parennialisme dan essensialisme yang bersifat autoriti. Ini disebabkan autoriti akan
mematikan pengembangan dan daya kretiviti pelajar. Fahaman ini menyatakan kurikulum
yang paling wajar diakukan ialah kurikulum yang bersifat fleksibel dan terbuka. Kurikulum
jenis ini mudah diubah dan dibentuk sesuai dengan peredaran zaman. Kurikulum hendaklah
berpusatkan kepada pengalaman atau eksperimen. Guru hendaklah menggalakkan pelajar
mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah praktikal dan pengalaman dalam
mencari ilmu pengetahuan. Hanya ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang benar. Oleh itu,
peranan guru hanyalah sekadar pembimbing dan penasihat kepada pelajar. Jadi ini amat
bertepatan dengan system pendidikan kebangsaan yang berpusatkan murid dimana guru
hanya berperanan sebagai pembimbing sahaja manakala pelajar atau murid perlulah
bertindak atau bergerak secara kendiri dan aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi mereka, pelajar merupakan seorang individu yang berpengalaman,
berfikiran dan suka mengembara. Buku pula dianggap sebagai alat dalam proses
pembelajaran dan bukan sebagai sumber pengetahuan yang tidak boleh dipersoalkan.
Sekolah pula tempat pelajar bekerjasama bukannya tempat untuk bersaing.
Dari segi kurikulum, mazhab progresivisme menekankan pembelajaran yang
berbentuk induktif di mana pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan
oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori. Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan
kepada muri- murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KSSM
melaksanakan perkara ini kepada pelajar- pelajar di Tingkatan Satu di sekolah menengah
dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup

8|Page
dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran
teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga diterapkan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama,
sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar
untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka.
Dalam mazhab progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus
untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab
sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang
pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat dicambah. Hal ini sudah
pun dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah yang melaksanakan  KSSR di mana guru-guru
bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk merangsang pemikiran murid
dengan berbekalkan pendekatan didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.
Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi
peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk
meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak
langsung melahirkan murid-murid yang aktif dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah
mengajar yang disyorkan bagi mazhab progresivisme ini iaitu  menyelesaikan masalah
berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif,   melakukan eksperimen untuk
meneroka alam sekeliling serta pengalaman langsung dengan penglibatan murid
            Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan
kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalan-
soalan guru. Aplikasi daripada mazhab progresivisme dapat dilihat dalam salah satu tunjang
KSSR yang menekankan mengenai Sains dan Teknologi dimana guru-guru perlu
mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains melalui pembelajaran dalam kelas,
makmal mahupun pembelajaran berdasarkan pengalaman langsung di luar kelas.
Walaupun pada dasarnya falsafah pendidikan progressivisme tidak diamalkan
sepenuhnya di Negara ini, tetapi secara tidak langsung kita dapat melihat perkaitannya
dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju
dan berilmu. Falsafah progressivisme mahukan perkembangan pelajar dari segi intelek dan
fizikal oleh itu, progressivisme memberi kuasa dan kebebasan pelajar untuk
mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka. Ia akan melahirkan sikap yang
berkeyakinan diri pelajar dan mereka akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk
menghadapi dugaan dan cabaran pada masa akan datang (Abdul Rahman dan Zakaria
Kasa, 1986).

9|Page
Progressivisme mementingkan operasi penyelidikan yang menjadi pemangkin
pembangunan teknologi jadi fahaman aliran progressivisme dapat melahirkan masyarakat
saintifik, progresif dan inovatif kerana kajian penyelidikan saintifik dipupuk secara meluas
dan menyeluruh. Di dalam falsafah pendidikan juga meggalakkan pelajar agar mempunyai
sikap yang kreatif dan inovatif agar dapat menyumbang dalam perkembangan teknologi
Negara. Ini juga selaras dengan kehendak negara bagi melahirkan individu pelajar yang
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama
yang mana pada masa akan datang dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan
negara. Sekolah merupakan tempat dimana segala ilmu penyelidikan dilakukan seperti di
makmal. Pelajar bukan sahaja menerima ilmu daripada guru, malah turut melakukan
penyelidikan untuk mengembangkan ilmu tersebut. Falsafah pendidikan juga
mengharapkan potensi pelajar berkembang dengan menyeluruh tetapi dalam fahaman
progressivisme ini, agama diketepikan. Justeru itu, falsafah pendidikan kebangsaan
menyatupadukan antara perkembangan potensi pelajar yang seimbang serta unsur spiritual.
Ini kerana kemajuan tanpa agama akan menyebabkan manusia hilang pedoman serta nilai
dalam diri akan terhakis dan manjadikan manusia bersifat ego dan individualistik.
Kesimpulannya, falsafah progresivisme sedikit sebanyak telah mendatangkan
implikasi yang agak besar juga kepada pendidikan di Malaysia. Implikasi yang dikatakan
tersebut adalah berasaskan kepada kebaikan demi untuk memajukan lagi sistem pendidikan
di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

10 | P a g e
Hj Abd Fatah Hasan. (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2011) . Nota Intisari Ilmu Pendidikan: Falsafah Pendidikan Kurikulum dan
Profesionalisme Keguruan . Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkipli Mahayudin, Zakiah Noordin. (2012). Siri
Pendidikan Guru: Falsafah & Pendidikan di Malaysia . Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

Nordin Tahir. (2012). EDU 3101 Falsafah & Pendidikan Di Malaysia. Dilayari PADA 25
Ogos
2013 melalui URL http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/tajuk-3-
falsafah-pendidikan-barat-moden.pdf

Nordin Tahir.(2012).Falsafah Pendidikan Barat Moden .Dilayari pada 1 September 2013 di


URL http://www.falsafah.com/guru/wp-content/uploads/2012/04/tajuk-3-falsafah
pendidikan-barat-moden.pdf

11 | P a g e

You might also like