You are on page 1of 1

6a)Jakarta,Kuala Lumpur dan Manila

b)

Faktor tumpuan ekonomi di bandar raya utama.Pembangunan ekonomi seperti bidang


pertanian,pentadbiran,kewangan dan sebagainya akan membantu dalam pembangunan dan
pembentukan bandar raya primat.Ekonomi akan berpusat di bandar raya utama dan akhirnya akan
membentuk bandar raya primat.Jadi,faktor tumpuan pembangunan ekonomi mempengaruhi
pembentukan bandar raya primat di Asia Tenggara.

Faktor dasar kerajaan.Dasar kerajaan yang memberi tumpuan kepada bandar tersebut
seperti Kerajaan Indonesia memberi tumpuan kepada Jakarta sahaja tanpa memberi tumpuan
kepada bandar lain untuk memajukan Jakarta agar menjadi bandar primat.Bandar ini dilengkapi
dengan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik,kemudahan kilang dan sebagainya
berbanding dengan bandar yang lain.Jadi,faktor dasar kerajaan mempengaruhi pembentukan
bandaraya primat di Asia Tenggara.

Faktor demografi.Migrasi akan kerap berlaku di bandar primat terutamanya migrasi luar
bandar ke bandar.Pelbagai tarikan dan kemudahan yang disediakan besertakan teknologi yang
canggih menarik perhatian mereka untuk bermigrasi ke bandar tersebut.Kesanya,bilangan penduduk
yang menetap di bandar tersebut akan meningkat dan menjadikan bandar tersebut sebuah bandar
primat.Jadi,faktor demografi memperngaruhi pembentukan bandaraya primat di Asia Tenggara.

Faktor sejarah.Bandar yang lebih awal diterokai oleh penjajah berkembang dengan lebih
awal dan dijadikan kawasan petempatan dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan
urusan perniagaan.Contohnya,penjajah British dan kemasukan migran ke kawasan perlombongan
bijih timah telah menukarkan kawasan perlombongan menajdi bandar seperti bandar Kuala
Lumpur.Jadi,faktor sejarah mempengaruhi pembentukan bandaraya primat di Asia Tenggara.

c) Masalah pencemaran persekitaran.Masalah pencemaran air dan dataran akibat daripada


pembaungan sisa-sisa domestic,sisa kilang,dan kenderaan ke dalam longkang akan menyebabkan
masalah pencemaran.Kobunisasi akan melibatkan pertambahan penduduk dan pertambahan kilang
yang akan menjejaskan alam sekitar khususnya ke atas sumber air dan udara.Jadi,masalah
pencemaran persekitaran merupakan kesan bandaraya primat terhadap alam sekitar.

Masalah guna tanah.Saiz tanah yang menjadi semakin sempit dan nilai hartanah menjadi
semakin mahal akibat persaingan guna tanah di pinggir bandar untuk kediaman,perindustrian dan
sebagainya.Golongan pendapatan rendah yang tidak mampu untuk menyewa atau membeli rumah
akan mendatangkan masalah rumah setinggan khususnya di kawasan pinggir bandar.Jadi,masalah
guna tanah merupakan kesan bandar raya primat terhadap alam sekitar.

Masalah kesesakan lalu lintas.Penduduk bandar bertumpu untuk tinggal di kawasan pinggir
bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar.Masalah kesesakan akan berlaku pada waktu pagi
semasa mereka pergi bekerja dan juga petang semasa mereka pulang dari kerja.Jadi,masalah
kesesakan merupakan kesan lalu lintas bandar raya primat terhadap alam sekitar

You might also like