You are on page 1of 3

6b)Faktor tumpuan ekonomi di bandar raya utama.

Pembangunan ekonomi
seperti bidang perkhidmatan, pentadbiran,kewangan dan sebagainya akan
membantu dalam pembangunan dan pembentukan bandar raya
primat.Ekonomi akan berpusat di bandar raya utama dan akhirnya akan
membentuk bandar raya primat.Jadi,faktor tumpuan pembangunan ekonomi
mempengaruhi pembentukan bandar raya primat di Asia Tenggara. √
Faktor dasar kerajaan.Dasar kerajaan yang memberi tumpuan kepada
bandar tersebut seperti Kerajaan Indonesia memberi tumpuan kepada Jakarta
sahaja tanpa memberi tumpuan kepada bandar lain untuk memajukan Jakarta
agar menjadi bandar primat.Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan asas
seperti bekalan air dan elektrik,kemudahan kilang dan sebagainya berbanding
dengan bandar yang lain.Jadi,faktor dasar kerajaan mempengaruhi
pembentukan bandaraya primat di Asia Tenggara. √
Faktor demografi.Migrasi akan kerap berlaku di bandar primat
terutamanya migrasi luar bandar ke bandar.Pelbagai tarikan dan kemudahan
yang disediakan besertakan teknologi yang canggih menarik perhatian mereka
untuk bermigrasi ke bandar tersebut.Kesanya,bilangan penduduk yang
menetap di bandar tersebut akan meningkat dan menjadikan bandar tersebut
sebuah bandar √primat.Jadi,faktor demografi memperngaruhi pembentukan
bandaraya primat di Asia Tenggara.
Faktor sejarah.Bandar yang lebih awal diterokai oleh penjajah
berkembang dengan lebih awal dan dijadikan kawasan petempatan dengan
pelbagai aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan urusan
perniagaan.Contohnya,penjajah British dan kemasukan migran ke kawasan
perlombongan bijih timah telah menukarkan kawasan perlombongan menajdi
bandar seperti bandar Kuala Lumpur.Jadi,faktor sejarah mempengaruhi
pembentukan bandaraya primat di Asia Tenggara. √
Faktor Pemusatan kemudahan infrastruktur dan sosial. Pembangunan infrastruktur dan
kemudahan sosial moden memusat ke bandar besar sahaja, contoh KL dengan kemudahan
pengangkutan awam moden yang canggih seperti LRT, Monorel dan ERL serta rangkaian
internet 5G yang pantas serta kemudahan sosial bertaraf sofistikated seperti pusat perubatan
komersil.oleh itu,faktor pemusatan kemudahan infrastruktur dan sosial mempengaruhi
pembentukan bandaraya primat di Asia tenggara.

6c) Masalah pencemaran persekitaran.Masalah pencemaran air dan dataran


akibat daripada pembuangan sisa-sisa domestic,sisa kilang,dan kenderaan ke
dalam longkang akan menyebabkan masalah pencemaran.pertambahan
penduduk dan pertambahan kilang yang akan menjejaskan alam sekitar
khususnya ke atas sumber air dan udara.Jadi,masalah pencemaran
persekitaran merupakan kesan bandaraya primat terhadap alam sekitar.
Masalah guna tanah.Saiz tanah yang menjadi semakin sempit dan nilai
hartanah menjadi semakin mahal akibat persaingan guna tanah di pinggir
bandar untuk kediaman,perindustrian dan sebagainya.Golongan pendapatan
rendah yang tidak mampu untuk menyewa atau membeli rumah akan
mendatangkan masalah rumah setinggan khususnya di kawasan pinggir
bandar.Jadi,masalah guna tanah merupakan kesan bandar raya primat
terhadap alam sekitar. √
Kepupusan sumber alam.Misalnya sumber alam yang tidak dapat
diperbaharui seperti sumber bahan api fosil,bijih timah,bijih besi,emas dan lain
lain akibat daripada pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan
penduduk yang bertambah dengan pesat.Dalam keadaan sumber tersebut
tidak boleh diganti maka kesan jangka panjangnya ialah diancam kepupusan.
Jadi,kepupusan sumber alam merupakan kesan bandar raya primat terhadap
alam sekitar. √
Kekurangan sumber makanan.Hasil-hasil pertanian,sumber perikanan
dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang bertambah dengan
pesat tidak mencukupi.Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak
sepadan dengan pertambahan penduduk menyebakan sumber makanan
terpaksa diimport dari luar yang memerlukan kos yang tinggi.Jadi,kekurangan
sumber makanan merupakan kesan bandar raya primat. √

Masalah kesesakan lalu lintas.Penduduk bandar bertumpu untuk tinggal di kawasan


pinggir bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar.Masalah kesesakan akan berlaku
pada waktu pagi semasa mereka pergi bekerja dan juga petang semasa mereka pulang
dari kerja.Jadi,masalah kesesakan merupakan kesan lalu lintas bandar raya primat
terhadap alam sekitar

Peningkatan suhu setempat.Peningkatan suhu setempat berlaku akibat daripada


kekurangan tumbuhan hijau yang berfungsi untuk mengurangkan suhu
bumi.pembinaan bangunan yang mencakar langit akan memerangkap haba dan
meningkatkan suhu setempat.Jadi,peningkatan suhu setempat merupakan kesan
bandar raya primat terhadap alam sekitar.
Masalah Tanah runtuh dan hakisan.Tanah runtuh akan berlaku akibat daripada
pembinaan bangunan yang terlalu banyak.Tanah tidak dapat menampung berat
bangunan yang banyak dan akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan hakisan
di kawasan tersebut.Jadi,masalah tanah runtuh dan hakisan merupakan kesan bandar
raya primat terhadap alam sekitar.

You might also like