You are on page 1of 1

27Jelaskan kepentingan hutan kepada persekitaran fizikal.

[12]

Mengekal perubahan iklim mikro.Hutan dapat mengawal kelajuan angin,jumlah hujan,mengawal


suhu dan kelembapan udara. Suhu sekitar meningkat kerana ketiadaan pelindung yang menghalang
pancaran matahari,dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera.Hal ini akan mengurangkan
hujan atau mengubah corak hujan sehingga menwujudkan fenomena kemarau.Oleh itu,hutan
penting untuk mengekal perubahan iklim mikro.

Habitat kepelbagaian fauna. Hutan bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies hidupan mikro
dan makro.Kemusnahannya menyebabkan kehilangan tempat tinggal hidupan liar.Sesetengah
spesies terpaksa berhijrah ke kawasan hutan lain dan terpaksa pula menghadapi persaingan dengan
komuniti asalnya manakala sesetengah pula terpaksa dipindahkan.Jadi,hutan penting untuk
mengekalkan habitat fauna.

Menghalang hakisan.Kemusnahan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung


kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa,hakisan,larian air permukaan,serta pelbagai
jenis gerakan jisim.Permukaan bumi yang kehilangan pelindung,daya Pengikat dan cengkaman tanah
oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi
tidak stabil.Oleh itu,hutan penting untuk menghalang hakisan berlaku.

Mengawal keseimbangan kitar hidrologi.Hutan bertindak sebagai Kawasan tadahan air.Ia akan
menentukan proses kitaran hidrologi berlaku secara semula jadi dan menjamin bekalan dan
simpanan air bersih.Dengan adanya pokok yang banyak,kadar resapan air dan aliran air bawah tanah
adalah tinggi dan dapat meningkatkan kadar sejatan.Oleh itu,hutan dapat mengawal keseimbangan
kitar hidrologi.

Kawasan tadahan air hujan.Kawasan hutan tebal berfungsi sebagai stor air yang paling
berkesan.Hutan berfungsi untuk melarutkan resapan air hujan ke dalam tanah hingga ke lapisan
akuifer.Semakin tebal hutan semakin tinggi kadar susupan tanah.Oleh itu,hutan berfungsi sebagai
Kawasan tadahan air.

Membekalkan gas oksigen ke atmosfera. Salah satu kepentingan hutan yang paling utama ialah
membekalkan gasoksigen ke atmosfera yang diperlukan oleh manusia dan juga haiwan. Ia juga turut
mengimbangi kandungan gas di udara.Semasa proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan
mengggunakan gas karbon dioksida untuk membuat makanan dan membebaskan gas oksigen
sebagai bahan buangan.Oleh itu,hutan membekalkan gas oksigen ke atmosfera.

You might also like