You are on page 1of 27
KAJIAN TERHADAP GEGANTI PERLINDUNGAN UNTUK KEGAGALAN SISTEM TIGA FASA DAN SATU FASA. AZLAN HIZAMI BIN ABDULLAH Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik ( Kuasa Industri ). Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknikal Malaysia Melaka May 2007 ABSTRAK Projek ini bertujuan untuk mendapatkan penatahan yang optimum pada geganti perlindungan. Geganti ini biasanya dipasang pada Papan Suis Utama (PSU) dan juga substesen TNB. Geganti ini digunakan sebagai peranti perlindungan untuk mengesan keadaan abnormal sekiranya berlaku arus berlebihan atau arus kerosakan ke bumi di dalam rangkaian sistem. Kajian ini meliputi aspek perlindungan terhadap arus berlebihan, arus litar pintas dan arus kebocoran ke bumi untuk sistem perlindungan voltan bekalan rendah. Antara objektifnya adalah melakukan simulasi kegagalan sistem kuasa menggunakan perisian ERACS dan mengkaji penatahan geganti perlindungan jenis inverse definite minimum time (IDMT) bagi model MK 1000 dan MK 2000. Fokus kajian dijalankan adalah untuk mendapatkan kaitan antara tempoh masa dan kadaran arus di dalam sistem perlindungan elektrik. Pembinaan rekabentuk sistem perlindungan dilaksanakan untuk membolehkan analisis praktikal dijalankan. Kaedah pengiraan dilgunakan untuk mengetahui penatahan yang paling sesuai sekiranya geganti tersebut dipasang pada bangunan. Kajian yang dijalankan ini adalah diharap dapat membantu para jurutera pelatih serta pelajar kejuruteraan elektrik untuk menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan penatahan geganti perlindungan yang digunakan di dalam sesuatu rekabentuk sistem pengagihan elektrik bekalan kuasa rendah. vi ABSTRACT The purpose of this project is to define the optimum setting of protective relay. This protective relay usually used on Main Switch Board (MSB) and TNB substation. This relay used to detect an abnormal situation if overcurrent fault or earth faults occur in network system. This thesis covers protective aspect for over current, short circuit and earth fault condition for low voltage system. The main objectives are to simulate faults in power system using ERACS software and to investigate the setting of protective relay type inverse definite minimum time (IDMT) for MK 1000 and MK 2000 model. The investigation will be focused on the relation between time duration and current rating in protection system. A power protective system is designed to conduct the practical analysis. By using calculation method, the most suitable setting will be defined for the building system. Hopefully, this research will give much benefit to help graduate engineers and electrical engineering students to gain more knowledge and understanding about the protective device especially in low voltage distribution’s system. BABI PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Kajian ini secara umum adalah berkaitan dengan penatahan terhadap geganti perlindungan untuk sistem bekalan kuasa rendah 415V. Penggunaan geganti perlindungan adalah penting di dalam sesuatu rekabentuk sistem elektrik. Oleh itu, ia digunakan secara meluas pada masa kini untuk memberi perlindungan terhadap keseluruhan sistem. Terdapat berbagai jenis geganti perlindungan dipasaran dan ia digunakan untuk melindungi sistem daripada kegagalan yang berbeza. Jenis geganti perlindungan yang dikaji adalah gabungan geganti perlindungan terhadap arus berlebihan dan arus kebocoran ke bumi. Geganti perlindungan model MK 1000 dan model MK 2000 boleh digunakan pada Papan Suis Utama (PSU) di dalam bangunan, Perlindungan terhadap arus berlebihan dan arus kebocoran ke bumi merupakan antara perlindungan paling utama di dalam sistem elektrik pada bangunan dan bekalan voltan rendah 415V. Ia dapat memberikan perlindungan kepada peralatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada pencawang pengagihan. Selain itu, ia juga dapat memastikan arus berlebihan tidak mengalir terlalu lama di dalam sistem sehingga menyebabkan kerosakan serius terhadapalat ubah arus, kabel, meter ukuran, peralatan elektrik pengguna, serta mendatangkan bahaya kepada pengguna. 1.2 Objektif Projek Antara objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk * Mengenalpasti parameter dan lengkung iri geganti yang menggunakan prinsip Inverse Definite Minimum Time (IDMT). * Melakukan simulasi kegagalan sistem kuasa menggunakan perisian ERACS. = Menyediakan manual penatahan dan pengujian geganti IDMT untuk sistem perlindungan bekalan voltan rendah. . Mengenal pasti penatahan yang sesuai untuk geganti perlindungan model MK 1000 dan MK 2000. Masalah Projek Antara masalah projek yang telah dikenalpasti adalah: + Kajian rekabentuk sistem perlindungan perlu mengambil kira peranti perlindungan mana yang perlu bertindak sekiranya berlaku kegagalan pada sistem elektrik. Ia bergantung kepada jenis kebocoran yang berlaku sama ada arus berlebihan, arus beban berlebihan, arus kebocoran ke bumi dan peranti perlindungan mana yang akan beroperasi + Menentukan manual penatahan yang sesuai untuk geganti perlindungan Inverse Definite Minimum Time (IDMT) model MK1000 dan MK 2000 kerana terdapat berbagai kaedah penatahan yang digunapakai ketika melakukan penatahan, kajian i Skop Projek Skop kajian adalah kekangan yang diambil kira dalam proses menjalankan ini. Antaranya adalah: Kajian hanya meliputi sistem perlindungan untuk sistem bekalan kuasa rendah sistem tiga fasa 415V dan 240V sahaja. Geganti perlindungan yang dikaji adalah model MK 1000 dan MK 2000 pada simulator perlindungan terhadap arus berlebihan dan arus kebocoran ke bumi. Jenis perlindungan adalah perlindungan terhadap arus berlebihan dan arus kebocoran ke bumi sahaja Jenis kegagalan yang diberi perhatian adalah kegagalan terhadap arus berlebihan, arus litar pintas dan arus kebocoran ke bumi sahaja. Lengkung ciri yang digunakan adalah jenis normal sahaja. Pengujian yang dilakukan adalah ujian suntikan arus kedua tethadap sgeganti dengan menggunakan alat uji model 100 ADM mk2. Jangkaan Hasil Akhir Antara hasil akhir yang dijangkakan adalah seperti berikut: Ujian terhadap geganti perlindungan model MK 1000 dan MK 2000 yang telah ditatah memenuhi ciri-ciri seperti yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar geganti tersebut dan penatahan yang dibuat adalah selamat dan sesuai Manual penatahan dan pengujian geganti model MK 1000 dan MK. 2000. Manual dan kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan oleh para pelajar bidang kejuruteraan dan jurutera pelatih untuk memahami konsep sistem perlindungan. Dapat digunakan untuk silibus jangka pendek berkaitan sistem perlindungan untuk bekalan rendah terutamanya berkaitan penatahan geganti perlindungan bekalan kuasa rendah BAB IL KAJIAN LITERATUR 2.41 Pendahuluan Kajian literatur dijalankan untuk mencapai objektif kajian, Kajian literatur yang dijalankan adalah berkaitan dengan peranti perlindungan dan sistem lain yang digunakan di dalam sistem perlindungan. Kajian tethadap penggunaan fius, pemutus litar dan penggunaan geganti jenis lain dapat menambahkan pengetahuan berkaitan peranti dan sistem lain yang digunakan di dalam rekabentuk sistem perlindungan. 2.2 Penggunaan Fius di Dalam Sistem Perlindungan Fius merujuk kepada peranti yang akan lebur apabila arus yang melaluinya melebihi had keupayaan, Fius memerlukan masa tertentu sebelum ia melebur dan menyebabkan litar terputus. Fius tidak memberikan perlindungan yang cekap terhadap peralatan yang peka terhadap arus lebih. Beberapa aspek yang perlu diambil kira di dalam pemilihan fius adalah kadaran arus fius, arus lebur, faktor arus , unsur fius dan pautan fius. Faktor fius akan menentukan kelas fius samada kelas halus atau kelas kasar. Faktor fius adalah nisbah antara arus fius dan kadaran arus fius. Sekiranya faktor fius berada dibawah nilai 1.2, ia dikategorikan sebagai kelas halus Jika nilainya adalah 1.5 dan keatas, ia dikategorikan sebagai kelas kasar. Faktor fius adalah nisbah di antara arus fius dengan kadaran arus fius. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira didalam perlindungan arus lebih iaitu jenis perlindungan arus lebih kelas halus, perlindung arus lebih kelas kasar, masa lazim, arus nominal atau arus set, arus kendalian peranti pelindung arus lebih, arus penjadualan, arus beban atau arus rekaan, dan keupayaan kabel membawa arus[I]. Pembahagian kelas ini dapat menentukan kecekapan sistem perlindungan sama ada sistem berkendali Kurang atau lebih daripada tempoh masa empat jam. Terdapat empat fius yang biasa digunakan untuk bekalan voltan rendah iaitu fius katrij, fius dawai semula, fius keupayaan tinggi dan fius palam. Fius lebih sesuai digunakan di tempat-tempat yang menggunakan alatan yang kurang peka kepada arus lebih seperti rumah kediaman dan premis perniagaan biasa. Antara keburukan fius adalah ia memercikkan bunga api apabila lebur kerana tidak bertutup, memerlukan masa yang lama untuk berkendali, bertindak balas terhadap suhu sekitaran dan sebagainya. Kelebihan fius adalah ia lebih murah berbanding pemutus litar jenis miniatur dan ia dapat di dawai semula untuk tujuan senggaraan, Penggunaan kaedah dawai semula dapat menambah jangka hayat fius dan menjimatkan kos senggaraan, Secara kesimpulannya, penggunaan fius adalah bergantung kepada persekitaran tertentu sahaja dan terdapat banyak keburukan berbanding penggunaan pemutus litar jenis miniatur. 2.3 Pemilihan Pemutus Litar Untuk Sistem Bekalan Rendah Pemutus litar sistem bekalan rendah mempunyai dua ciri yang perlu diambil kira iaitu keupayaan gangguan dan kadar arus masa-pendek. Nilai tersebut berbeza mengikut jenis pemutus litar yang digunakan di dalam sesuatu pemasangan [5]. Kertas kerja ini membincangkan ciri-ciri keupayaan gangguan dan kadar arus masa- pendek bagi tiga jenis pemutus litar iaitu jenis molded case circuit breakers (MCCB), insulated case circuit breaker (ICCB) dan low voltage power circuit breaker (LVPCB). Kajian meliputi ciri-ciri yang terdapat pada pemutus litar untuk sesuatu rekabentuk pemasangan. Keupayaan gangguan pada satu pemutus litar adalah bergantung kepada arus maksimum yang dapat ditampung oleh pemutus litar secara selamat. Kadaran arus litar pintas ini diambil daripada arus punca kuasa dua simetrikal dan aspek yang ambil kira adalah magnitud arus sahaja. Kadar arus masa~ pendek untuk sesuatu jenis pemutus litar bergantung kepada operasi pemutus litar dalam tempoh masa tertentu, Ia bergantung kepada kemampuan pemutus litar untuk berada di dalam keadaan tertutup dalam jeda masa sewaktu keadaan arus kerosakan tinggi. MCCB dan ICCB mempunyai keupayaan gangguan yang baik tetapi kadar masa arus-pendek yang tethad. la bergantung kepada elemen terpelantik serta-merta yang digunakan, LVPCB sesuai digunakan kerana ia dibina tanpa elemen terpelantik serta-merta dan mempunyai kadar arus masa-pendek yang tinggi tetapi model direka supaya mempunyai keupayaan gangguan yang tinggi dan ditambah dengan kadar arus masa-pendek yang rendah. Walau bagaimanapun, rekabentuk pemutus litar sentiasa berubah-ubah dan sentiasa dipertingkat ciri-ciri perlindungannya. MCCB direkabentuk supaya mempunyai keupayaan gangguan dan kemampuan arus penghad yang tinggi manakala ICCB juga mempunyai keupayaan gangguan yang semakin bertambah tetapi kadar arus-masa pendek diturunkan, MCCB digunakan didalam sistem bekalan tiga fasa untuk memutuskan bekalan secara serentak bagi ketiga-tiga fasa bekalan. Kesemua kutub pemutus litar akan terbuka secara serentak untuk memutuskan litar bekalan. Selain itu, penggunaan MCCB yang dilengkapi gelung shunt trip dapat disambungkan ke geganti perlindungan dan kadaran arus lebih dapat dikawal. MCCB dapat digunakan sebagai pelindung arus berlebihan dan beban berlebihan. Perbezaan antara penggunaan pemutus litar dengan fius adalah fius melebur manakala pemutus litar akan terpelantik Pemutus litar miniatur direkacipta supaya dapat digunakan untuk mengantikan fius dalam kotak fius agihan. Terdapat pemutus litar yang telah ditetapkan kadarannya dan ada juga yang boleh dilaras kadaran arusnya. Kendalian pemutus litar jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu cara terma, cara magneto-hidraulik dan cara elektromagnet. Selain digunakan sebagai pelindung arus lebih, ia juga digunakan sebagai pelindung haba lebih belitan motor iaitu untuk mengawal kepanasan supaya motor berada pada suhu yang selamat bagi sesebuah motor [1]. Antara kebaikan pemutus litar jenis ini adalah ia berfungsi dengan cekap dan lebih selamat berbanding fius, mudah disambungkan dan boleh beroperasi semula selepas kerosakan dibaiki, MCB tiga kutub dapat digunakan untuk memberikan perlindungan terhadap motor tiga fasa kerana ia dapat memutuskan bekalan secara serentak dan menyelamatkan motor. Harga pemutus litar lebih mahal berbanding fius dan sekiranya ia rosak, ia perlu ditukar dengan unit baru. Kesimpulannya pemilihan pemutus litar yang akan digunakan perlu bersesuaian dengan jenis perlindungan yang diperlukan dan bergantung kepada ciri-ciri yang sedia ada pada pemutus litar. 2.4 Pemilihan Geganti Sebagai Peranti Perlindungan Geganti adalah peranti yang membuat ukuran atau menerima isyarat yang akan menyebabkan ia beroperasi dan memberi kesan kepada operasi komponen lain seperti pemutus litar. Geganti perlindungan ialah peranti yang bertindakbalas pada keadaan abnormal di dalam sistem bekalan kuasa untuk membolehkan pemutus litar beroperasi. Pemutus litar akan terbuka dan bahagian yang mengalami kerosakan akan dipisahkan supaya gangguan yang dihasilkan adalah paling minimum [2]. Terdapat tiga jenis geganti iaitu jenis elektromekanikal, statik dan geganti berasaskan mikroprosessor. Jenis elektromekanikal telah lama digunakan berbanding jenis statik. Ia mengandungi bahagian bergerak dan tetap. Apabila arus mencapai nilai atau melebihi nilai yang ditatah, daya kilas akan terbina di dalam bahagian bergerak dan menyebabkan bahagian bergerak menyentuh bahagian tetap dan seterusnya menutup sesentuh dan menyebabkan pemutus litar terpelantik. Geganti jenis ini mudah untuk disenggara dan kos pemasangan yang lebih murah. Antara geganti di dalam kategori elektromekanikal adalah jenis ‘induction relay’ ,‘attracted-armature relay’, ‘moving- coil relay’, ‘thermal relay’ dan ‘timing relay’. Induction relay adalah berasaskan meter kilowatt jam domestik. la mempunyai cakera yang bebas berpusing di antara dua kutub elektromagnet. Tork dihasilkan oleh keadaan saling tindak antara fluks elektromagnet atas dan arus pusaran yang dihasilkan didalam cakera oleh fluks elektromagnet bawah dan sebaliknya. Geganti jenis ini diaplikasikan kepada geganti wattmetrik, geganti KVAR, geganti arus berlebihan, dan geganti keadaan voltan lebih atau kurang. Geganti jenis attracted armature terdiri daripada elektromagnet teras besi yang menarik angker (besi lembut yang dipasang pada kutub magnet) Secara umumnya geganti jenis ini digunakan sebagai ‘all-or-nothing relay’ dan geganti pengukuran. Moving-coil relay adalah geganti yang mengandungi lilitan ringan yang apabila tenaga dihasilkan ia akan bergerak di dalam medan magnet tetap yang kuat. Thermal relay adalah geganti yang beroperasi dengan kaedah penghasilan kuantiti haba. Haba ini dihasilkan di dalam gegelung rintangan dan seterusnya memberi kesan kepada sesetengah komponen terutamanya komponen sensitif pada suhu. Kebanyakkan geganti jenis ini menggunakan bahan dwilogam berpalang. Dua jenis logam berbeza dijalir dan dipateri seterusnya menghasilkan satu kepingan nipis. Thermal relay sesuai digunakan sebagai geganti lebihan beban kerana ia mempunyai ketepatan yang baik dan mempunyai lengah masa yang panjang. Timing relay digunakan di dalam sesetengah sistem perlindungan dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu short-time relays, medium-value accurate-time delays dan long-time relays. Bekan ‘H Transforrer Rektfier — felarasun Penaso Pena Gegenti_| pence tar crus eganti Bekalan Rajah 2.1 : Gambarajah blok geganti jenis statik [4], Geganti jenis statik adalah terdiri daripada geganti yang menggunakan peralatan elekronik. Geganti ini mengandungi litar elektronik sebagai litar asas untuk beroperasi. Ia banyak digunakan di dalam litar perlindungan elektrik kuasa kerana ia sesuai untuk melindungi peralatan yang sensitif terhadap arus kegagalan, Ia berfungsi dengan lebih baik berbanding geganti elektromekanikal. Geganti jenis ini tidak memerlukan senggaraan yang banyak dan mempunyai jangka hayat yang panjang, Walau bagaimanapun geganti jenis ini lebih mahal berbanding geganti eletromekanikal. Geganti beban lampau beroperasi apabila berlaku pertambahan arus lampau disebabkan oleh beban lampau dan litar pintas, Pemutus litar akan terpelantik untuk memutuskan bekalan kuasa selepas menerima isyarat daripada geganti Geganti beban lampau yang biasa digunakan adalah magnetic-oil dashpot, magnetic~ time lag fuse serta inverse definite minimum time. Sisten Terpelontik rr rth og a ie Pentthory rahon sonpely eh ae] Serpe Ly ~ ato ‘lI sengraon | Rajah 2.2 : Gambarajah blok geganti berasaskan mikroprosessor [6]. Geganti berasaskan mirkroprosessor adalah geganti yang menggunakan perisian, Perisian tersebut menggunakan kaedah berangka untuk mengoperasikan geganti tersebut. Perbezaan bagi geganti jenis ini adalah perisian yang digunakan dan konsep asas operasi geganti konvensional ditukarkan ke dalam bentuk perbandingan dan kaedah berangka. Geganti jenis ini merupakan geganti yang memerlukan kemahiran sewaktu pemasangan di jalankan dan pelarasan yang dibuat dapat diyji dengan mengunakan peralatan pengujian, Geganti ini dapat menyimpan bacaan data kegagalan yang pernah berlaku sebelumnya. 2.5 Sistem Perlindungan Menggunakan Kaedah Single Prosessor Untuk Bekalan Rendah Kaedah ‘single prossessor’ menggunakan sistem rangkaian komunikasi Rangkaian ini berfungsi menganalisis data daripada peralatan-peralatan secara berasingan, Maklumat-maklumat yang diperolehi dihantar ke komputer kawalan utama, Di dalam rangkaian ini, komputer utama akan menghantar arahan atau pertanyaan kepada peranti, Kemudian peranti tersebut akan menghantar isyarat seperti yang telah ditetapkan oleh rangkaian protokol. Sistem komunikasi jenis 10 Ethernet serta protokol collision-detection multiple-access (CSMA/DA) digunakan di dalam sistem ini [8]. Kaedah ini beroperasi dengan cara data dihantar daripada peranti kepada prosessor utama. Data yang dihantar termasuk voltan, arus, dan status peranti. Di dalam rangkaian tersebut telah disediakan mikroprossesor untuk ‘menganalisis data dan membuat keputusan berkaitan status sistem yang dikawal. Ia akan mengoperasikan peranti di dalam sistem rangkaian bergantung kepada maklumat yang dihantar. Kebaikan sistem ini adalah prosessor mengetahui semua maklumat berkaitan keseluruhan sistem, Rekabentuk sistem perlindungan dan kawalan bergantung kepada signal elektrik seperti magnitud arus dan sudut fasa pada setiap satu atau semua pemutus litar di dalam sistem. Kaedah yang digunakan untuk mengesan kerosakan ke bumi adalah melalui pengiraan hasil tambah vektor pada arus yang melalui setiap konduktor dan membuat perbandingan supaya keputusannya adalah sifar. Kesimpulannya kaedah ini dapat memberikan banyak kelebihan kepada sistem perlindungan. Antaranya adalah perlindungan tambahan yang dinamik untuk peranti penyuap melalui peranti utama pada setiap pelarasan arus tanpa menganggu operasi keseluruhan sistem. Kaedah ini juga menjimatkan kos kerana ia tidak memerlukan penggunaan meter, peralatan perlindungan tambahan dan ia dapat dikawal dari jauh. wey aa [=] = F ——Penghantaran buasa | <2f Rajah 2.3 : Menunjukkan sistem yang menggunakan kaedah single prosessor [8]. BABII TEORI DAN ASAS 3.1 Pengenalan Peranan utama sistem kuasa ialah membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna dengan cekap. Tenaga eletrik yang dibekalkan dan kemudiannya digunakan oleh pengguna dipanggil beban. Terdapat dua komponen kuasa yang diperlukan dalam proses penghantaran tenaga elektrik melalui suatu sistem kuasa kepada pengguna, iaitu kuasa aktif dan kuasa reaktif. Sistem kuasa di bekalkan kepada pengguna melalui sistem tiga fasa dan satu fasa bergantung kepada beban pengguna. Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan nilai faktor kuasa 0.85 dan ke atas kepada pihak pengeluar tenaga elektrik di Malaysia Pihak yang merekabentuk pemasangan elektrik perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kejatuhan voltan, arus rekabentuk, kesesuaian rekebentuk, kos yang bersesuaian, sistem perlindungan yang selamat kepada pengguna dan juga kepada peralatan yang dipasang pada sistem. Pemasangan elektrik pada industri dan bangunan yang menggunakan bekalan voltan rendah 415 V memerlukan rekabentuk yang bersesuaian. Sesuatu rekabentuk perlu mengambil kira aspek keselamatan dan keselesaan kepada pengguna, praktikal, kos efektif, berkesan dan mengikut peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab 3.2 Sistem Pengagihan Bekalan Elektrik Rajah 3.1 PENCAWANG TNB Kabel bawah tanah kv, PENCAWANG ELEKTRIK 415V Kabel bawah tanah PAPAN SUIS UTAMA PAPAN SUIS KECIL 415VR40V Kabel PVC PAPAN AGIHAN 415V/240V Kabel PVC BEBAN ELEKTRIK Kabel bawah tanah atau 4ISV kabel dalam bangunan atau PVC/PVC atau PVC/PVC Sistem penghantaran bekalan elektrik voltan rendah. 33 Kegagalan Di Dalam Sistem Kuasa Elektrik Di dalam litar elektrik, kegagalan boleh berlaku di dalam titik pada sistem bekalan kuasa atau peralatan yang digunakan di dalam litar. Terdapat beberapa jenis kegagalan pada sistem yang terjadi dan boleh menyebabkan sebarang bahaya kepada sistem, peralatan dan pengguna. Antara kegagalan tersebut adalah seperti berikut: 3.4 3.41 Kegagalan tiga fasa ~ Litar pintas antara ketiga-tiga fasa bekalan atau kegagalan antara ketiga-tiga fasa bekalan dengan bumi Kegagalan talian dengan bumi- Litar pintas antara fasa dengan bumi Kegagalan talian dengan talian — Litar pintas antara dua fasa talian. Kegagalan dua talian dengan bumi — Litar pintas antara dua fasa talian dengan bumi. Fungsi Komponen Perlindungan Pemutus Litar Pemutus litar mestilah beroperasi terhadap arus litar pintas. Arus litar pintas adalah arus yang mempunyai kadaran nilai yang tinggi bergantung kepada jenis kegagalan yang berlaku. Arus ini berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Ia berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan nilainya sangat tinggi berbanding arus rekabentuk. Fungsi utama pemutus litar adalah seperti berikut: Mengesan arus yang mengalir ke dalam litar, Mengukur arus yang mengalir ke dalam litar Membandingkan arus yang diukur dengan arus penghad pemutus litar Berfungsi membandingkan tempoh masa beroperasi iaitu. membuka litar dalam tempoh masa yang cepat untuk menyekat tenaga elektrik daripada terus mengalir ke litar apabila arus yang mengalir apabila mencapai keadaan abnormal. 14 3.4.2 Geganti Perlindungan Geganti perlindungan adalah komponen yang menentukan tahap kerosakan yang berlaku di dalam sistem rekabentuk dan seterusnya menetukan sama ada pemutus litar perlu beroperasi atau sebaliknya. Jika terjadi keadaan arus berlebihan untuk jangkamasa yang singkat dan bersifat sementara, geganti tidak akan menghantar isyarat kepada pemutus litar. Sekiranya berlaku arus berlebihan atau kebocoran ke bumi dan ia membahayakan kepada litar dan peralatan elekrik, geganti akan menghantar isyarat kepada pemutus litar supaya beroperasi 3.5 Konsep perlindungan Inverse Difinite Minimum Time (IDMT) Inverse time bermaksud apabila arus bertambah masa akan berkurang iaitu sekiranya arus di dalam litar meningkat, geganti akan mengambil masa yang singkat untuk beroperasi. Difinite minimum time adalah sekiranya nilai arus kegagalan tinggi, semakin singkat masa yang diambil oleh geganti untuk beroperasi dan ia mempunyai masa yang tetap. 3.5.1 Koordinasi Geganti Koordinasi merupakan prinsip yang digunakan dalam operasi_ sistem perlindungan dan susunatur geganti, Koordinasi yang sesuai digunakan untuk pemasangan geganti adalah melalui prinsip diskriminasi Ia. Prinsip diskriminasi adalah geganti yang terdekat dengan titik kegagalan akan beroperasi untuk mengasingkan litar supaya zon kegagalan adalah kecil. Dengan menggunakan prinsip diskriminasi, masa berlakunya kegagalan adalah singkat supaya sistem dan pengguna dapat diselamatkan dan mengelak sebarang kemalangan, Tujuan utama ketiga-tiga kaedah ini adalah untuk memberikan diskriminasi yang terbaik dan bersesuaian dengan kaedah pemasangan geganti di dalam sistem. Penggunaan kaedah diskriminasi dapat mengasingkan kawasan yang mengalami kegagalan di dalam rangkaian sistem kuasa sahaja dan kawasan lain yang tidak mengalami kegagalan 15 tidak akan diganggu. Di dalam prinsip diskriminasi, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu: * _ Diskriminasi melalui masa * _ Diskriminasi melalui arus * _ Diskriminasi melalui gabungan masa dan arus 3.6 Jenis-Jenis Arus Kegagalan ‘Anus berlebihan di takrif sebagai arus yang melebihi nilai kadar. Untuk konduktor, nilai terkadar adalah bergantung kepada nilai kapasiti membawa arus. Ia didapati daripada arus nominal atau pelarasan peralatan peranti perlindungan arus lebih pada satu sistem. Arus berlebihan terdiri daripada arus beban berlebihan dan arus kerosakan, 3.6.1 Arus Beban Berlebihan, Arus berlebihan yang berlaku dalam litar yang selamat dari segi elektrik. Ia terjadi apabila berlaku keadaan abnormal pada beban. Arus beban berlebihan bukan disebabkan oleh kerosakan pada litar. 3.6.2. Arus Kerosakan Arus kerosakan terdiri daripada dua jenis iaitu arus kebocoran ke bumi dan arus litar pintas. 3.6.2.1 Arus Kebocoran Ke Bumi. ‘Arus yang mengalir ke bumi atau ke bahagian-bahagian konduktif berlebihan, dalam —litar yang selamat dari segi elektrik.Arus ini mungkin mempunyai komponen kapasiti termasuk yang terhasil daripada penggunaan kapasitor dengan sengaja. 3.6.2.2 Arus Litar Pintas Suatu arus berlebihan yang terhasil daripada impedans gelinciran yang boleh diabaikan di antara konduktor hidup yang mempunyai perbezaan dalam keupayaan di bawah keadaan pengendalian yang biasa. 3.7 Elemen Set-Rendah Lengkung Ciri Normal or Rajah 3.2 : Lengkung ciri normal [10]. 7 Graf lengkung ciri_ yang dilaras pada normal inverse menyebabkan geganti perlindungan ini sesuai untuk perlindungan bekalan kuasa rendah. a membolehkan pemutus litar dipasang secara siri di dalam satu rekabentuk elektrik tanpa meningkatkan masa penatahan geganti lain yang dipasang pada bekalan kuasa. Tidak terdapat sebarang koordinasi di antara geganti ynag menggunakan graf garis Jengkung jenis ini dengan peralatan perlindungan lain yang dipasang di kawasan luar sistem bekalan Persamaan masa ¢=——-l4__, G1) 7 fl -1 Wea 3.7.1 Elemen Set-Tinggi Terpelantik Serta Merta Elemen set-tinggi pada geganti digunakan untuk mengurangkan masa operasi litar perlindungan, Penggunaan elemen tersebut dapat mempercepatkan masa operasi geganti sekiranya arus kegagalan adalah sangat besar. Elemen ini digunakan untuk melindungi talian penghantaran yang jauh atau alat ubah. Penggunaan elemen ini membolehkan masa operasi dikurangkan pada keadaan kegagalan yang sangat tinggi 3.8 Prinsip Operasi Perlindungan Arus Kerosakan Ke Bumi Kegagalan ke bumi tidak dipengaruhi oleh arus beban pada sistem atau keseimbangan arus fasa bekalan, Ia dipengaruhi oleh rekabentuk peralatan yang digunakan di dalam sistem yang telah direkabentuk. Penatahan yang rendah dibenarkan untuk elemen arus kebocoran iaitu di antara 10 peratus sehingga 40 peratus.Untuk sistem yang menggunakan tiga palang bas, pengubah arus yang digunakan untuk mengesan elemen kebocoran kebumi disambung di antara titik bintang selepas pengubah arus yang mengesan arus berlebihan dan geganti. Untuk sistem yang menggunakan empat palang bas, pengubah arus dipasang pada palang bas neutral. + ores Rajah 3.3 : Kaedah sambungan pengubah arus secara selari pada geganti Pengunaan alat ubah arus pada sistem perlindungan dapat memberikan kesan penatahan elemen kebocoran ke bumi. Untuk menghasilkan sistem yang sensitif kepada kegagalan ke bumi, geganti menggunakan konsep arus residual. Komponen residual diperolehi dengan keadah penyambungan pengubah arus secara selari pada talian fasa. 3.8.1 Operasi Geganti Arus Kebocoran Ke Bumi_ KA \ N Rajah 3.4 : Menunjukkan sambungan litar pada keadaan normal Arusutama =IL1+1L2+1L3 = 600 + (-300) + (-300) =0A Arus sekunder = ILI+1L2 +113 3+(-1.5) +15) =0A Dengan itu tiada arus yang mengalir untuk mengerakkan gegelung arus kebocoran ke bumi kerana arus pada pengubah arus ialah kosong Apabila berlaku arus kebocoran ke bumi sebanyak 100A pada fasa 1 yous 30083008 Rajah 3.5 : Menunjukkan sambungan litar pada keadaan abnormal. Arusutama =I L1+1L2+1L3 = 700A + (-300A) + (-300A) = 100A Arus sekunder = 1L1+1L2+1L3 =3.5+(-15)+(-15) =0.5A Oleh itu, nilai I kegagalan = 0.5A Geganti arus kobocoran ke bumi akan beroperasi dan menyebabkan pemutus litar terpelantik kerana arus kegagalannya adalah 0.5A. Ia telah mencapai nilai yang telah dilaraskan pada geganti arus kobocoran ke bumi iaitu 0.5A atau 10% daripada kadaran pengubah arus. 41 BABIV METODOLOGI PROJEK Fasa Projek Fasa 1 :Memahami rekabentuk sistem perlindungan, © Memahami rekabentuk pada sistem bekalan voltan rendah. Fasa 2 :Menggunakan perisian ERACS © Mengunakan perisian ERACS untuk mendapatkan nilai arus kegagalan pada sisi voltan bekalan rendah. Fasa 3 :Penyediaan manual penatahan geganti MK 1000 dan MK 2000. © Manual disediakan sebagai salah satu daripada skop kajian. Fasa 4 :Melakukan penatahan geganti MK 1000 dan MK 2000. © Melakukan penatahan terhadap elemen arus berlebihan serta arus kebocoran ke bumi pada geganti. Fasa 5 -Melakukan ujian suntikan arus kedua untuk MK 1000 dan MK 2000. © Ujian suntikan arus kedua dilakukan untuk menentukan kebolehfungsian geganti sekiranya dipasang pada sistem sebenar. Fasa 6 : Analisa © Melakukan analisa terhadap keputusan yang diperolehi daripada ujian arus suntikan kedua. © Melakukan pengiraan untuk menentukan nilai penatahan yang sesuai sekiranya geganti dipasang pada sistem yang telah direkabentuk. © Analisa kesan penatahan setiap elemen pada geganti perlindungan. 21 4.2 Rekabentuk Gambarajah Skematik 51000/54 o-soov FS Be ome DARIPADA ALAT UBAH 1000Hv PAPAN SUIS. UTAMA JUMLAH BEBANT TERSAMBUNG : 469.70KW/7708 /6885 (a BEBAN MAKSIMUM : 419.60 2) PeMUTUS LITAR JENS UDARA Rajah 4.1 : Rajah skematik Papan Suis Utama (PSU). Rajah 4.1 menunjukkan skematik sistem perlindungan dan penghantaran di dalam bangunan, Pemutus litar jenis tiga fasa digunakan untuk melindungi sistem pada bahagian utama, Terdapat 3 bahagian utama utama pada PSU iaitu sistem perlindungan, sistem meter dan pemutus litar pengagihan ke Papan Suis Kecil (PSK). Geganti perlindungan digunakan pada bahagian sistem perlindungan utama. Ia mengawal keadaan sistem dan beroperasi sekiranya berlaku keadaan abnormal. Masukan kepada PSU diambil daripada Pencawang Elektrik TNB. 22 43 Perisian ERACS Perisian ERACS digunakan untuk menghasilkan sistem rekabentuk yang ‘mengandungi satu unit alat ubah dan mengetahui nilai kegagalan yang terhasil pada bahagian sistem bekalan kuasa rendah 415V. Dengan menggunakan perisian ERACS, simulasi kegagalan simetri tiga, satu talian ke bumi, talian ke talian dan dua talian ke bumi dihasilkan. ee , . 1 Palang Bas 1 Alat ubah arus Palang Bas 2 ix) -« * oe "2 * S = v @ A Rajah 4.2: Rekabentuk sistem menggunakan perisian ERACS. Rajah 4.2 menunjukkan sistem mudah menggunakan perisian ERACS. Bahgian berwarna merah menunjukkan sisi voltan tinggi 11kV. Bahagian berwarna hijau menunjukkan sisi voltan rendah 415V. Beban pada hujung sistem dianggap sebagai masukan kepada sebuah bangunan. Ia direka untuk menghasilkan untuk menghasilkan beban sebanyak 770 A seperti pada Rajah 4.1. Nilai kadaran untuk sistem ERACS ini adalah seperti di dalam Jadual 4.1. 23 Jadual 4.1: Nilai kadaran yang ditetapkan pada sistem rekabentuk ERACS. Bil | Komponen Data | Unit TT] Penjana Kuasa reaktif 10 MVA | Kuasa aktif 8.5 MW Voltan i kv Frekuensi 50 Hz Reaktan jujukan positifinegatif (XU/X2)} 0.3 pu Reaktan jujukan sifar (Xo ) | oo pu 2 | Palang Bas 1 Voltan Tik Vv | Frekuensi 50 Hz Kadaran MVA kegagalan 3 fasa 500. | MVA Kadaran MVA kegagalan 1 fasa 700 | MVA 3 | Palang Bas 2 Voltan a5 kV | Frekuensi 50 Hz Kadaran MVA kegagalan 3 fasa 31 MVA Kadaran MVA kegagalan | fasa 45 MVA 4] Alat ubah Belitan Primer | i kV | Reaktan jujukan positif/negatif(X1.X2)| 0.2 pu Reaktan jujukan sifar (X0 ) O41 pu Belitan Sekunder 045 kV | Reaktan jujukan positiffnegatif(X1,X2) | 0.2 pu | Reaktan jujukan sifar ( Xo ) pu 5 | Motor Kuasa reaktif MVA (Beban) Kuasa aktif 0.4675 | MW | Voltan 415 v | Frekuensi 50. | Hz | Reaktan Jujukan positif/negatif (X1/ 1.0 pu x2) 04 pu Reaktan jujukan sifar (Xo ) | 24 4.4 Rekabentuk Simulator Perlindungan Simulator perlindungan digunakan di dalam eksperimen ini untuk mengaplikasi sistem perlindungan elektrik untuk voltan bekalan rendah 415V. 4.4.1 Panel Simulator Arus Berlebihan Dan Arus Kebocoran Ke Bumi Rajah 4.3 : Panel Simulator Rajah 4.3 menunjukkan sistem perlindungan secara simulator pada pada sisi voltan bekalan rendah 415V seperti yang direkabentuk pada Rajah 4.2. Geganti perlindungan digunakan pada bahagian ini untuk memberikan perlindungan terhadap sistem elektrik. Jenis perlindungan yang digunakan adalah perlindungan terhadap arus berlebihan serta kebocoran ke bumi. Geganti perlindungan yang dipasang perlu diuji untuk mengetahui kebolehfungsian geganti terbabit sewaktu beroperasi. Ujian suntikan arus kedua dijalankan terhadap geganti untuk mengetahui kebolehfungsian geganti tersebut. Selain itu, penatahan juga dilakukan untuk sistemyang telah direkabentuk sepert Rajah 4.1.

You might also like