You are on page 1of 18

Topik  Kontrak

Pindah Milik,
3 Pewarisan dan
SyufÊah
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan kontrak pindah milik
2. Menjelaskan maksud pewarisan;
3. Menjelaskan maksud syufÊah;
4. Menghuraikan sebab-sebab syufÊah;
5. Menyenaraikan rukun-rukun syufÊah; dan
6. Menghuraikan syarat-syarat syufÊah.

 PENGENALAN
Para pelajar sekalian, dalam Topik 2 kita telah membicarakan tentang
penguasaan ke atas mal mubah yang merupakan salah satu sebab mendapat hak
milik sempurna. Walau bagaimanapun, ia merupakan cara khusus untuk
memiliki harta yang masih belum ada pemilik. Kali ini kita akan memperkatakan
pula bagaimana harta seseorang boleh berpindah kepada orang lain menerusi
cara-cara tertentu. Dalam Islam, kita boleh memiliki harta orang lain secara hak
melalui kontrak pindah milik, pewarisan dan syufÊah. Dengan lain perkataan,
kita boleh mendapat hak milik sempurna ke atas harta milik orang lain apabila
berlaku salah satu cara tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

3.1 KONTRAK PINDAH MILIK DAN


PEWARISAN
Perbincangan tentang kontrak pindak milik dan pewarisan akan saya buat secara
ringkas sahaja. Ini kerana perbincangan khusus tentang kontrak-kontrak dalam
Islam akan dihuraikan dalam topik-topik akan datang. Saya juga tidak akan
memperkatakan tentang pewarisan secara terperinci. Ini kerana pewarisan
merupakan satu topik yang berkaitan dengan harta pusaka. Oleh itu, perincian
tentangnya tidak sesuai dibicarakan dalam subjek Fiqh Muamalat yang ringkas
ini.

3.1.1 Kontrak Pindah Milik

AKTIVITI 3.1

Cuba lihat Rajah 3.1 di bawah. Daripada pemerhatian anda, apakah yang
sedang berlaku dalam kedua-dua gambar berkenaan?

Rajah 3.1: Cara-cara memindahkan hak milik

Saya yakin anda semua bersetuju bahawa kita akan menjadi pemilik kepada
sesuatu barang apabila kita membeli barang tersebut, atau jika ia dihadiahkan
kepada kita. Kita juga boleh memiliki sesuatu apabila ia diwasiatkan kepada kita.
Sebenarnya jual beli, hibah (hadiah) dan wasiat adalah di antara akad atau
kontrak yang boleh memindahkan hak milik daripada pemilik asal kepada
seseorang yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  41

Syibir (2004) mentakrifkan kontrak pindah milik sebagai kontrak yang


menyebabkan perpindahan pemilikan ke atas sesuatu harta yang telah dimiliki
antara sesama manusia. Beliau seterusnya menyatakan bahawa kontrak pindah
milik ini hanya boleh berlaku ke atas harta mutaqawwam. Harta mutaqawwam
ialah harta yang sudah ada pemilik dan SyaraÊ mengharuskan pemiliknya untuk
menggunakannya. Oleh yang demikian, perpindahan hak milik tidak akan
berlaku jika seseorang menjual mal mubah yang belum menjadi miliknya atau
menjual benda-benda yang diharamkan oleh Islam seperti arak dan khinzir.

Sebagai contoh, A mencuri kereta B dan seterusnya menjual kereta curi tersebut
kepada C; maka jual beli itu tidak sah. Ini kerana A bukan pemilik kereta
berkenaan dan dia juga tidak boleh menggunakan kereta tersebut. Apabila jual
beli tersebut tidak sah, maka hak milik ke atas kereta tersebut tidak akan
berpindah kepada C. Saya akan jelaskan lebih lanjut tentang akad jual beli ini
dalam topik 9 nanti.

Sebagaimana yang telah disebut dalam Topik 1, pemilikan yang diperolehi


melalui kontrak pindah milik ini ialah pemilikan sempurna. Apabila kita
memperolehi pemilikan sempurna, bermakna kita mempunyai kuasa
sepenuhnya ke atas harta milik kita. Orang lain tidak boleh mengguna atau
mengambil manfaat dari harta milik kita kecuali setelah mendapat izin daripada
kita.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Berikan tiga contoh kontrak pindah milik.


2. Adakah mal mubah boleh dimiliki melalui proses jual beli?
Kenapa?

3.1.2 Pewarisan
Apa yang dimaksudkan dengan pewarisan ialah perpindahan hak milik ke atas
harta peninggalan si mati kepada warisnya. Perpindahan hak milik dengan cara
pewarisan ini adalah ketetapan syarak. Maksudnya di sini, apabila berlaku
kematian, syarak telah menentukan siapakah yang berhak mewarisi harta
peninggalan si mati. Syarak juga telah menentukan bahagian setiap waris.

Harta peninggalan si mati atau disebut sebagai harta pusaka hanya akan
berpindah kepada waris yang berhak setelah ditunaikan segala hak-hak yang
berkaitan dengan harta pusaka tersebut seperti hutang si mati, kos pengurusan
jenazah dan wasiat yang dibuat oleh si mati semasa hayatnya. Setelah dijelaskan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

segala hak-hak tersebut, maka baki yang tinggal akan diberikan kepada waris-
waris mengikut bahagian masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh
Syarak. Hakikatnya hukum syarak adalah lebih adil dan menjadi keutamaan
(priority). Walau bagaimanapun, jika semua ahli waris yang berhak ke atas harta
tersebut sepakat untuk membahagikan harta sesama mereka dengan kadar sama
banyak, maka ia dibenarkan di atas konsep tanazul hak iaitu pihak yang
mendapat bahagian yang lebih banyak bersetuju untuk menyerahkan
(melucutkan) haknya kepada ahli waris yang kurang mendapat bahagiannya
agar masing-masing mendapat hak sama banyak. Namun jangan mencetuskan
sangkaan bahawa apa yang dilaksanakan tersebut adalah lebih adil berbanding
hukum Syarak kerana Allah s.w.t yang meletakkan hukum adalah Maha
Mengetahui segala-galanya. Penentuan bahagian yang ditetapkan oleh Syarak
wajib diikut apabila tidak berlaku persepakatan atau muafakat antara waris-
waris berkenaan.

3.2 SYUF’AH (DEFINISI, DALIL DAN HIKMAH)


Syuf’ah merupakan sebab keempat bagi memperolehi pemilikan ke atas sesuatu 
harta  secara  sempurna.  Ini  bermakna  kita  sudah  berada  di  hujung  topik  hak 
milik sempurna. Saya harap anda sudah memahami dengan baik tentang ketiga‐
tiga sebab hak milik sempurna yang dipelajari sebelum ini. 

3.2.1 Definisi Syuf’ah

SyufÊah ialah hak untuk memiliki harta yang telah dibeli oleh seseorang,
walaupun secara paksa, dengan membayar harga belian serta kos yang
berkaitan. (Zaydan,1969, al-Zuhayli, 1997; al-Khafif, 1996)

Sila amati contoh yang akan saya berikan di bawah bagi menambah kefahaman
anda tentang syufÊah.

Ahmad dan Zaidi berkongsi memiliki sebidang tanah. Masing-masing


mempunyai hak milik sebanyak 50%. Pada suatu hari, Ahmad telah menjual
bahagiannya kepada Fuad dengan harga RM20,000. Apabila Zaidi mendapat
tahu tentang penjualan tersebut, dia telah membuat tuntutan syufÊah di
mahkamah. Maksudnya, Zaidi membuat tuntutan hak untuk membeli balik
tanah yang dibeli oleh Fuad. Dalam keadaan ini, Zaidi hendaklah membayar
balik harga tanah tersebut kepada Fuad berjumlah RM20,000 bersama-sama
dengan kos lain yang berkaitan seperti kos pertukaran nama dan sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  43

Natijahnya, Zaidi seorang sahaja yang menjadi pemilik kepada keseluruhan


tanah tersebut.

Daripada contoh di atas, jelas kepada kita bahawa Zaidi adalah rakan kongsi
Ahmad. Dengan kata lain, Zaidi adalah pemilik bersama ke atas tanah
berkenaan. Apabila Ahmad telah menjual bahagiannya kepada Fuad, ini
bermakna Zaidi akan berkongsi dengan Fuad. Jika Zaidi tidak suka untuk
berkongsi dengan Fuad, Islam memberi hak kepada Zaidi untuk memiliki tanah
yang telah dijual itu walaupun tanpa kerelaan Fuad. Dengan lain perkataan, jika
bukti mencukupi, mahkamah boleh mengeluarkan perintah kepada Fuad untuk
menjual tanah tersebut kepada Zaidi dengan harga yang sama seperti yang telah
dibayarnya kepada Ahmad di samping kos-kos lain yang berkaitan.

3.2.2 Dalil Pensyariatan Syuf’ah


Keharusan  membuat  tuntutan  syuf’ah  ini  adalah  bersumberkan  daripada  hadis 
dan ijmak (Zaydan,1969;Faizah,1995). 

(a) Dalil daripada hadis

(i) ‫إن اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﻀﻰ ﺑﺎﻟﺸﻔﻌﺔ ﻓﻲ آﻞ ﺷﺮآﺔ ﻟﻢ‬
‫ ﻓﺈن‬.‫ ﻻ ﻳﺤﻞ ﻟﻪ أن ﻳﺒﻴﻊ ﺣﺘﻰ ﻳﺆذن ﺷﺮﻳﻜﻪ‬، ‫ رﺑﻌﺔ أو ﺣﺎﺋﻂ‬،‫ﺗﻘﺴﻢ‬
.‫ ﻓﺈن ﺑﺎﻋﻪ وﻟﻢ ﻳﺆذن ﻓﻬﻮ أﺣﻖ ﺑﻪ‬.‫ﺷﺎء أﺧﺬ وإن ﺷﺎء ﺗﺮك‬
Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah memutuskan bahawa SyufÊah
diharuskan pada semua harta yang dikongsi milik dan belum
dibahagikan lagi, sama ada bangunan atau kebun. Setiap rakan
kongsi tidak boleh menjual bahagiannya kepada orang lain
kecuali setelah mendapat persetujuan daripada rakan kongsi lain.
Kalau dia hendak (memiliki bahagian yang ingin dijual), dia
boleh membelinya dan jika sebaliknya, dia boleh lepaskan
(haknya untuk membeli). Jika dia menjual tanpa persetujuan
rakan kongsinya, maka rakan kongsi tersebut lebih berhak (untuk
memiliki tanah tersebut).
(Riwayat Muslim, al-NasaiÊi dan Abu Daud)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

(ii) ‫ ﻓﺈذا‬،‫ﻗﻀﻰ رﺳﻮل اﷲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﺑﺎﻟﺸﻔﻌﺔ ﻓﻲ آﻞ ﻣﺎ ﻟﻢ ﻳﻘﺴﻢ‬


.‫وﻗﻌﺖ اﻟﺤﺪود وﺻﺮﻓﺖ اﻟﻄﺮق ﻓﻼ ﺷﻔﻌﺔ‬
Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah memutuskan bahawa
SyufÊah diharuskan pada semua harta (yang dikongsi) yang
belum ditetapkan had bahagian masing-masing. Jika sudah
ditentukan had sempadan bahagian (setiap pemilik) atau
ditetapkan arah jalan masing-masing, maka SyufÊah tidak harus
lagi dilakukan.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(iii) ‫اﻟﺠﺎر أﺣﻖ ﺑﺸﻔﻌﺔ ﺟﺎرﻩ ﻳﻨﺘﻈﺮ ﺑﻬﺎ وإن آﺎن ﻏﺎﺋﺒﺎ إذا آﺎن ﻃﺮﻳﻘﻬﻤﺎ‬
‫واﺣﺪا‬
Maksudnya: Jiran lebih berhak untuk menuntut SyufÊah ke atas
jirannya. Dia boleh menunggu untuk membuat tuntutan SyufÊah
jika jirannya tidak ada, itu pun sekiranya mereka menggunakan
jalan yang sama.
(Riwayat Ahmad dan ArbaÊah dan perawinya dipercayai
thiqah)

(Nota: al-ArbaÊah: ialah perawi selain daripada Bukhari, Muslim


dan Ahmad)

Ketiga-tiga hadis berkenaan secara jelas menunjukkan bahawa rakan


kongsi atau jiran boleh membuat tuntutan syufÊah jika telah memenuhi
syarat-syaratnya. Kita akan memperkatakan tentang syarat-syarat syufÊah
kemudian nanti.

(b) Dalil daripada ijmak


Al-Khafif (1996) menyebut bahawa Ibn Munzir telah menyatakan para ahli
ilmu berijmak (bersepakat) tentang sabitnya hak syufÊah kepada rakan
kongsi yang belum ditentukan sempadan hak masing-masing ke atas apa
yang dijual sama ada tanah, rumah atau kebun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  45

3.2.3 Hikmat Pensyariatan Syuf’ah


Ada dua hikmat di sebalik keharusan syufÊah iaitu:

(a) Mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin ditimbulkan oleh jiran


baru atau rakan kongsi baru
Sebagaimana yang kita ketahui, jika kita berkongsi memiliki tanah dengan
seseorang yang baik akhlaknya, tentu sekali perkongsian tersebut tidak
akan menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, jika rakan kongsi kita
menjual bahagiannya kepada orang luar yang belum pasti seorang yang
baik akhlaknya atau tidak, tentu sekali kita akan merasa susah hati. Ini
kerana berkongsi milik dengan orang yang berakhlak buruk tentu akan
membawa banyak kesusahan kepada kita. Oleh itu, bagi mengelak
kemudaratan yang mungkin ditimbulkan oleh rakan kongsi baru, Islam
memberi hak kepada rakan kongsi lama untuk membuat tuntutan syufÊah.
Dengan hak syufÊah ini, rakan kongsi lama boleh memiliki keseluruhan
harta tersebut secara sendirian tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa.

(b) Mengelak harta yang dikongsi milik daripada berpecah atau dibahagi-
bahagikan kepada bahagian yang lebih kecil yang akhirnya tidak
membawa apa-apa faedah kepada semua pihak
Apabila seseorang terpaksa berkongsi memiliki sebidang tanah misalnya
dengan rakan kongsi baru yang berakhlak buruk, tentu sekali keadaan ini
akan mendorongnya untuk membahagikan tanah berkenaan. Dengan kata
lain, tanah tersebut terpaksa dipecah dua misalnya. Akibat pembahagian
had sempadan ini keluasan tanah masing-masing tentunya semakin kecil.
Kemungkinan keluasan tersebut tidak membawa apa-apa faedah pada
kedua-dua pihak berkenaan. Ini berbeza sebelum tanah tersebut
dibahagikan kerana keseluruhan tanah diguna secara bersama. Oleh itu,
pensyariatan syufÊah dapat mengelak daripada berlakunya pembahagian
tanah perkongsian kepada bahagian yang lebih kecil yang pastinya
merugikan semua pihak.

SEMAK KENDIRI 3.2

Huraikan hikmat disyariatkan syufÊah dalam Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

3.3 SYUF’AH (SEBAB, RUKUN DAN SYARAT-


SYARAT)
Para pelajar yang dihormati, kita masih lagi dalam perbincangan tentang
syufÊah. Kali ini kita akan meneroka lebih mendalam tentang syufÊah. Kita akan
menyentuh tentang sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu mendapat hak
ini. Selain daripada itu, kita akan sentuh juga tentang rukun-rukun syufÊah iaitu
unsur-unsur penting dalam syufÊah dan syarat-syaratnya.

3.3.1 Sebab-sebab Mendapat Hak Syuf’ah


Saya ringkaskan sebab-sebab mendapat hak syufÊah seperti dalam Rajah 3.2.
 

 
Rajah 3.2: Sebab-sebab mendapat syufÊah
 
Daripada Rajah 3.2 dapat kita fahami bahawa terdapat dua sebab bagi
membolehkan seseorang itu mendapat hak syufÊah.

(a) Pertama: Berkongsi milik


Jika seseorang berkongsi dengan orang lain dalam memiliki sesuatu harta
seperti tanah, dia berhak membuat tuntutan hak syufÊah jika rakan
kongsinya menjual bahagiannya kepada orang lain. Sebab yang pertama ini
dipersetujui oleh semua fuqahaÊ.

(b) Kedua: Berjiran


Jiran juga mempunyai hak untuk membuat tuntutan syufÊah jika jirannya
menjual tanah miliknya. Sebagai contoh, Fauzi tinggal berjiran dengan Ali.
Jika Ali menjual tanahnya kepada orang lain, Fauzi mempunyai hak untuk
membuat tuntutan syufÊah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  47

Walau bagaimanapun, sebab kedua ini tidak disepakati oleh semua fuqahaÊ.
Pandangan mereka boleh dibahagikan kepada tiga pandangan iaitu (al-Khafif,
1996):

Pandangan pertama: Jiran ada hak untuk membuat tuntutan syufÊah

Pandangan ini dikemukakan oleh fuqahaÊ Hanafi. Hujah mereka adalah seperti
berikut:

(a) Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ﺟﺎر اﻟﺪار أﺣﻖ ﺑﺎﻟﺪار ﻣﻦ ﻏﻴﺮﻩ‬


Maksudnya: Jiran sebelah rumah lebih berhak ke atas rumah tersebut
daripada orang lain.
(Hadis Riwayat Ahmad)

(b) Jika sekiranya hak syufÊah boleh diberi kepada rakan kongsi atas alasan
mengelak kemudaratan, maka secara logiknya hak syufÊah patut diberi
kepada jiran. Ini kerana jiran baru yang tidak berakhlak juga boleh
menyebabkan kemudaratan kepada jirannya.

Pandangan kedua: Jiran tidak berhak membuat tuntutan syufÊah

Pandangan ini dikemukakan oleh fuqahaÊ Maliki, SyafiÊi dan Hanbali. Mereka
berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w:

‫ ﻓﺈذا وﻗﻌﺖ‬،‫ﻗﻀﻰ رﺳﻮل اﷲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﺑﺎﻟﺸﻔﻌﺔ ﻓﻲ آﻞ ﻣﺎ ﻟﻢ ﻳﻘﺴﻢ‬


.‫اﻟﺤﺪود وﺻﺮﻓﺖ اﻟﻄﺮق ﻓﻼ ﺷﻔﻌﺔ‬
Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah memutuskan bahawa syufÊah
diharuskan pada semua harta (yang dikongsi) yang belum ditetapkan
had bahagian masing-masing. Jika sudah ditentukan had sempadan
bahagian (setiap pemilik) atau ditetapkan arah jalan masing-masing,
maka syufÊah tidak harus lagi dilakukan.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa apabila telah ada had sempadan milik masing-
masing dan jalan tersendiri bagi setiap pemilik, maka syufÊah tidak boleh
dilakukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

Pandangan ketiga: Jiran berhak membuat tuntutan syufÊah jika berkongsi


menggunakan kemudahan asas yang sama seperti jalan

Ini adalah pandangan Imam Ahmad dalam satu riwayat daripadanya.


Pandangan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:

‫اﻟﺠﺎر أﺣﻖ ﺑﺸﻔﻌﺔ ﺟﺎرﻩ ﻳﻨﺘﻈﺮ ﺑﻬﺎ وإن آﺎن ﻏﺎﺋﺒﺎ إذا آﺎن ﻃﺮﻳﻘﻬﻤﺎ واﺣﺪا‬
Maksudnya: Jiran lebih berhak untuk menuntut syufÊah ke atas
jirannya. Dia boleh menunggu untuk membuat tuntutan syufÊah
jika jirannya tidak ada, itu pun sekiranya mereka menggunakan
jalan yang sama.
(Riwayat Ahmad dan ArbaÊah dan perawinya dipercayai ă thiqah)

Setelah meneliti ketiga-tiga pandangan tentang sabit atau tidak hak syufÊah pada
jiran, saya lebih cenderung kepada pandangan pertama. Ini kerana hikmat
pensyariatan syufÊah adalah untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan.
Sebagaimana rakan kongsi, jiran juga boleh mendatangkan mudarat pada jiran
sebelahnya jika dia seorang yang tidak berakhlak mulia. Oleh itu, jika jiran juga
boleh menyebabkan kemudaratan, maka sewajarnya jiran sebelahnya diberi hak
syufÊah.

Bagi memudahkan anda mengingati pandangan fuqahaÊ tentang hak jiran untuk
membuat tuntutan syufÊah, sila rujuk Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Pandangan fuqahaÊ tentang hak SyufÊah pada jiran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  49

SEMAK KENDIRI 3.3

Huraikan tentang sebab-sebab yang mensabitkan hak syufÊah pada


seseorang dengan mengambil kira pandangan fuqahaÊ berhubung
sebab berkenaan.
 

3.3.2 Rukun-rukun Syuf’ah

AKTIVITI 3.2

Sila bincang dengan rakan anda tentang siapakah dan apakah yang
terlibat dalam tuntutan syufÊah.

Untuk pengetahuan anda, orang dan benda yang terlibat dalam tuntutan syufÊah
adalah unsur atau rukun penting dalam syufÊah. Rukun syufÊah terbahagi
kepada tiga iaitu:

(a) Orang yang membuat tuntutan syufÊah (al-syafiÊ);


(b) Orang yang dibuat tuntutan syufÊah ke atasnya (al-masyfuÊ minh); dan
(c) Harta tuntutan syufÊah (al-masyfuÊ fih).

Mari kita lihat contoh berikut bagi menjelaskan lagi setiap rukun-rukun syufÊah.

Zuraida telah berkongsi bersama-sama Fatimah memiliki sebidang tanah. Nisbah


hak milik mereka berdua adalah 50:50. Pada suatu hari, Fatimah telah menjual
bahagiannya kepada Ahmad tanpa memaklumkan terlebih dahulu perkara
tersebut kepada Zuraida. Zuraida tidak mahu berkongsi milik dengan Ahmad.
Beliau seterusnya membuat tuntutan syufÊah ke atas tanah yang telah dijual oleh
Fatimah kepada Ahmad.

Dalam contoh ini, orang yang membuat tuntutan syufÊah ialah Zuraida.
Sementara orang yang dibuat tuntutan syufÊah ke atasnya ialah pemilik tanah
yang baru iaitu Ahmad. Harta tuntutan syufÊah ialah tanah yang dibeli oleh
Ahmad daripada Fatimah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

3.3.3 Syarat-syarat Syuf’ah


Rakan kongsi atau jiran perlu memenuhi beberapa syarat bagi membolehkannya
membuat tuntutan syufÊah. Zaydan (1969) telah menyebut empat syarat iaitu:

(a) Harta tuntutan syufÊah dan harta yang ada dalam milik orang yang
membuat tuntutan syufÊah hendaklah berbentuk harta tak alih
Syarat ini adalah berdasarkan pandangan majoriti fuqahaÊ (Hanafi, Maliki,
Hanbali dan SyafiÊi) yang hanya membenarkan syufÊah dibuat jika ia
melibatkan harta tak alih semata-mata. Sebagai contoh, jika Ahmad
menjual tanahnya, maka jirannya yang mana kedudukan tanahnya
bersebelahan dengan tanah Ahmad mempunyai hak untuk membuat
tuntutan syufÊah. Ini kerana kedua-dua harta tersebut adalah berbentuk
harta tak alih.

Walau bagaimanapun, terdapat pandangan lain yang mengharuskan


syufÊah walaupun harta yang berkaitan berbentuk harta alih seperti kereta
dan seumpamanya. Maksudnya di sini, jika A dan B berkongsi memiliki
kereta tersebut, salah seorang daripada mereka mempunyai hak syufÊah
jika rakan kongsinya menjual bahagian hak miliknya ke atas kereta tersebut
kepada orang lain.

Pandangan kedua ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:

‫اﻟﺸﻔﻌﺔ ﻓﻲ آﻞ ﺷﻲء‬

Maksudnya: SyufÊah harus pada semua harta.


(Riwayat al-Baihaqi)

Sebagai ringkasan kepada perbincangan tentang pandangan fuqahaÊ tentang


harta yang boleh dituntut syufÊah, sila rujuk Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Pandangan FuqahaÊ Tentang Jenis Harta yang Harus Dituntut SyufÊah 

Jenis Harta Tuntutan SyufÊah Pandangan FuqahaÊ


Harta tak alih Harus membuat tuntutan syufÊah
Harta alih Dua pandangan:
(a) Harus membuat tuntutan syufÊah
(b) Tidak harus membuat tuntutan syufÊah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  51

(b) Barang tuntutan syufÊah berpindah milik daripada pemilik asal kepada
pemilik baru bukan secara percuma tetapi dengan bayaran tertentu
berbentuk mal (harta)
Maksudnya di sini, jika akad yang berlaku antara pemilik lama dengan
pemilik baru (orang yang dibuat tuntutan syufÊah ke atasnya) adalah akad
yang ada balasan seperti akad jual beli, maka barulah tuntutan syufÊah
boleh dibuat.

Sebagai contoh, Ali dan Fauzi berkongsi memiliki sebidang tanah. Fauzi
kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Fatimah. Dalam contoh ini,
Fatimah memiliki tanah tersebut melalui akad jual beli, yang
mewajibkannya membayar harga tanah tersebut. Oleh itu, Ali ada hak
untuk membuat tuntutan syufÊah.

Walau bagaimanapun jika Fauzi menghadiahkan sebahagian tanah yang


dimilikinya kepada Fatimah atau Fatimah mewarisinya daripada Fauzi,
maka Ali tidak berhak membuat tuntutan syufÊah mengikut pandangan
majoriti fuqahaÊ. Ini kerana Fatimah memiliki harta tersebut tanpa sebarang
bayaran. Sebagaimana yang disebut sebelum ini, pihak yang membuat
tuntutan syufÊah mesti membayar kepada pemilik baru harga belian yang
telah dibayar oleh pemilik baru tersebut. Dalam contoh ini, pemilik baru
adalah Fatimah.

Jika Fauzi menjadikan tanah miliknya itu sebagai mas kahwin


pernikahannya dengan Fatimah, maka ada dua pandangan fuqahaÊ.
Sebahagian fuqahaÊ mengatakan syufÊah boleh dilakukan, manakala
sebahagian lagi mengatakan syufÊah tidak boleh dilakukan. Ini kerana
balasan yang diterima oleh pemilik asal iaitu Fauzi adalah bukan harta
iaitu dalam bentuk mas kahwin. Hasil daripada pemberian tanahnya, Fauzi
akan memperolehi Fatimah sebagai isterinya. Fatimah adalah seorang
manusia dan bukannya harta.

Ringkasan tentang pandangan fuqahaÊ tentang akad yang membolehkan


tuntutan syufÊah dibuat adalah seperti dalam Jadual 3.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

Jadual 3.2: Pandangan FuqahaÊ Tentang Akad yang Membolehkan Tuntutan


SyufÊah Dibuat 

Cara Perpindahan Hak Milik daripada


Pandangan FuqahaÊ
Pemilik Lama kepada Pemilik Baru
Jual beli Boleh buat tuntutan syufÊah kerana apa
yang dibayar oleh pemilik baru adalah
berbentuk mal (harta)
Hibah (hadiah), pewarisan (pusaka), Kebanyakan fuqahaÊ berpandangan tidak
sedekah boleh dibuat tuntutan kerana pemilik baru
memiliki harta tersebut secara percuma
Mas kahwin Ada dua pandangan:
(a) Mengharuskan tuntutan syufÊah
(b) Tidak mengharuskan tuntutan syufÊah

(c) Orang yang membuat tuntutan syufÊah masih memiliki hartanya (yang
bersebelahan dengan harta tuntutan) hingga selesai tuntutan syufÊah
Maksudnya di sini, harta yang dimiliki oleh orang yang membuat tuntutan
syufÊah (al-masyfuÊ bih) hendaklah masih kekal dalam hak miliknya
bermula dari tarikh penjualan harta tuntutan syufÊah hinggalah selesai kes
tuntutan syufÊah tersebut. Sila rujuk Rajah 3.4 untuk memahami lebih
mendalam tentang syarat ini.

Rajah 3.4: Tanah yang dituntut (al-masyfuÊ fih) dan tanah yang
dimiliki oleh orang yang membuat tuntutan syufÊah (al-masyfuÊ bih)

Dalam Rajah 3.4, Fauzi adalah pemilik kepada tanah A dan Ahmad adalah
pemilik tanah B. Andaikan bahawa Ahmad telah menjual tanahnya kepada
Fatimah, maka tanah yang akan dibuat tuntutan syufÊah ialah tanah B.
Orang yang berhak membuat tuntutan syufÊah ialah Pemilik Tanah A iaitu
Fauzi. Ini kerana tanah A yang dimilikinya berjiran dengan tanah B.
Merujuk kepada syarat ketiga yang sedang kita bincang sekarang, Fauzi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  53

hendaklah menjadi pemilik kepada tanah A hinggalah tuntutan syufÊah


tersebut selesai. Ini bermakna, jika Fauzi menjual tanahnya kepada orang
lain sebelum selesai tuntutan syufÊah, maka haknya untuk membuat
tuntutan syufÊah akan gugur.

(d) Orang yang membuat tuntutan syufÊah tidak bersetuju dengan penjualan
yang dibuat oleh rakan kongsinya atau jirannya
Zaydan (1969) menyebut bahawa hikmat pensyariatan syufÊah adalah
untuk mengelak sebarang kemudaratan yang boleh ditimbulkan oleh jiran
atau rakan kongsi baru. Oleh itu, jika pihak yang ada hak tuntutan syufÊah
tidak membantah penjualan yang dilakukan oleh rakan kongsinya, maka
gugurlah haknya untuk membuat tuntutan syufÊah. Ini kerana ia dikira
telah bersetuju untuk menanggung segala risiko yang akan berlaku bila dia
berjiran atau berkongsi dengan jiran atau rakan kongsi baru.
 

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Sebutkan rukun-rukun syufÊah.


2. Huraikan syarat-syarat syufÊah.
 

Para pelajar sekalian, kita sudahpun selesai membicarakan tentang hak


milik sempurna dan sebab-sebabnya. Sebagai sorotan, kembali kepada
sebab-sebab hak milik sempurna, (seperti di dalam Rajah 3.5) iaitu sebelum
kita memperkatakan tentang hak milik tidak sempurna dalam topik selepas
ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

Rajah 3.5: Sebab-sebab mendapat hakmilik sempurna

 Kontrak pindah milik adalah kontrak yang menyebabkan perpindahan


pemilikan ke atas sesuatu harta yang telah dimiliki antara sesama manusia.
 Antara contoh kontrak pindah milik ialah jual beli, hibah dan wasiat.
 Pewarisan ialah perpindahan hak milik ke atas harta peninggalan si mati
kepada warisnya.
 SyufÊah ialah hak untuk memiliki harta yang telah dibeli oleh seseorang,
walaupun secara paksa, dengan membayar harga belian serta kos yang
berkaitan.
 Sebab-sebab mendapat hak syufÊah ialah berkongsi milik dan berjiran.
 Para fuqahaÊ bersepakat bahawa rakan kongsi mempunyai hak untuk
membuat tuntutan syufÊah.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH  55

 Para fuqahaÊ berbeza pandangan tentang sabit atau tidak hak syufÊah kepada
jiran. Dalam hal ini ada tiga pandangan iaitu pandangan pertama
mengatakan jiran berhak buat tuntutan syufÊah. Pandangan kedua
mengatakan jiran tidak berhak membuat tuntutan syufÊah. Pandangan ketiga
pula ialah jiran berhak membuat tuntutan syufÊah jika jiran berkenaan
berkongsi kemudahan awam seperti jalan raya dengan jiran yang lain.
 Rukun syufÊah ada tiga iaitu orang yang membuat tuntutan syufÊah, orang
yang dituntut syufÊah ke atasnya dan harta tuntutan syufÊah.
 Syarat-syarat syufÊah ada empat iaitu:
ă Harta tuntutan syufÊah dan harta yang ada dalam milik orang yang
membuat tuntutan syufÊah hendaklah berbentuk harta tak alih;
ă Barang tuntutan syufÊah berpindah milik daripada pemilik asal kepada
pemilik baru bukan secara percuma tetapi dengan bayaran tertentu
berbentuk mal (harta);
ă Orang yang membuat tuntutan syufÊah masih memiliki hartanya (yang
bersebelahan dengan harta tuntutan) hingga selesai tuntutan syufÊah; dan
ă Orang yang membuat tuntutan syufÊah tidak bersetuju dengan penjualan
yang dibuat oleh rakan kongsinya atau jirannya.
 FuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa tuntutan syufÊah boleh dilakukan jika
harta tuntutan syufÊah berpindah milik kepada orang yang dibuat tuntutan
syufÊah ke atasnya secara kontrak pindah milik yang adalah balasan
berbentuk mal (harta) seperti jual beli.
 FuqahaÊ berselisih pandangan sama ada syufÊah boleh dilakukan atau tidak
jika perpindahan hak milik ke atas harta tuntutan syufÊah daripada pemilik
asal kepada pemilik baru (orang yang dibuat tuntutan syufÊah ke atasnya)
berlaku melalui kontrak pindah milik yang balasannya tidak berbentuk
harta.
 Berdasarkan pandangan majoriti fuqahaÊ, jika pemilik asal kepada harta
tuntutan syufÊah memberi harta tersebut secara percuma (tanpa balasan)
kepada orang lain, rakan kongsinya atau jirannya tidak ada hak untuk
membuat tuntutan syufÊah.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 KONTRAK PINDAH MILIK, PEWARISAN DAN SYUF’AH

Al-syafiÊ Pewarisan
Al-MasyfuÊ fih Rukun-rukun syufÊah
Al-MasyfuÊ minh Syarat-syarat syufÊah
Kontrak pindah milik SyufÊah

al-Khafif, Ali. (t.t). Ahkam al-muÊamalat al-syarÊiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr


al-Arabi

al-Zuhayli, Wahbah (1997). Al-Fiqh al-islami wa adillatuh. Damsyik : Dar al-Fikr.


Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syibir, Muhammad Uthman. (2004). Al-Madkhal ila fiqh al-muÊamalat


al-maliyyah. Amman : Dar al-NafaÊis.
Zaydan, Abdul Karim. (1969). Al-Madkhal li dirasah al-syariÊah al-islamiyyah.
Baghdad: MatbaÊah al-ÊAni.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like