You are on page 1of 3
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK ES. Level 8, Block E8, KOMPLEKS E Complex E Te (03-8884 6077 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ee Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web : nttp:liwww.moe.gov.my KP/KPPM/7/ (sO ) 4. Oktober 2013 Semua Pengarah Bahagian Sektor Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 19 TAHUN 2013 PEMAKAIAN UNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH BAG! PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI, PEGAWAI-PEGAWAI BAHAGIAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERTA PENGETUA, GURU BESAR DAN GURU-GURU YANG BERKENAAN Merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Surat siaran ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan pemakaian uniform Kadet Remaja Sekolah Malaysia bagi Pengarah Bahagian, Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru yang berkenaan 3. Untuk makluman YBhg. Datuk/Tuan/Puan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan supaya pegawai yang tersebut di atas sangatlah digalakkan memakai uniform Kadet Remaja Sekolah seperti ketetapan berikut: 3.1 Bagi Pengarah Bahagian, Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai- Pegawai Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah; Pemakaian uniform tersebut adalah pada hari Rabu minggu pertama setiap bulan. 3.2 Bagi Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru Yang Berkenaan; Pemakaian uniform tersebut adalah pada setiap hari Rabu. 4. Kerjasama YBhg. Datuk/Tuan/Puan dalam melaksanakan pemakaian uniform ini sangat penting bagi meningkatkan lagi ime Kadet Remaja Sekolah yang merupakan satu-satunya badan beruniform milik Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada hari berkenaan juga, pegawai/ guru yang menganggotai/ menyelaras/ memimpin pasukan badan beruniform lain juga dibenarkan memakai uniform mengikut kesesuaian dan tatacara pasukan masing-masing. 5. Pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan dipohon mengambil tindakan sewajamnya dan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru yang berkenaan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SRI ABD(GHAFAR BIN MAHMUD Ketua Pengarah Peldjaran Malaysia XN SK; 10. W 12. Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Pendidikan Malaysia Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia II Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia | Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Il Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua-ketua Bahagian Sektor Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like