You are on page 1of 14

Topik X Solat-solat

6 Sunat
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyebut sebahagian solat-solat sunat yang terpenting dalam Syariat
Islam;
2. Melakukan solat-solat sunat yang dibincangkan dalam tajuk ini
dengan baik;

\ 3. Memberi bimbingan kepada orang lain yang kurang arif mengenai


solat-solat sunat terbabit; dan
4. Menghindarkan perbuatan-perbuatan bid`ah dalam melakukan solat-
solat sunat.

X PENGENALAN
Dalam topik keempat dan kelima kita telah membincangkan hal-hal berkaitan
solat-solat fardu. Dalam topik keenam ini kita akan membincangkan solat-solat
sunat. Solat-solat sunat merupakan solat yang dilakukan oleh seseorang muslim
dengan kerelaan hati, sama ada dilakukan pada waktu siang ataupun pada
waktu malam. Solat sunat disyariatkan sebagai pelengkap bagi kekurangan yang
mungkin timbul dalam solat-solat fardu. Di samping itu juga, solat-solat sunat
mengandungi kelebihan yang tidak terdapat dalam ibadat-ibadat yang lain.
Mengikut Mazhab SyafiÊi, solat sunat terbahagi kepada dua bahagian, iaitu solat
sunat secara berjemaah dan solat sunat secara bersendirian.
TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT W 91

AKTIVITI 6.1
Sila buat pemerhatian sekurang-kurangnya di lima buah masjid dan
perhatikan sunat mana yang majoriti jemaah lakukan: sunat qabliah
atau sunat ba`diah.

6.1 SOLAT SUNAT SECARA BERSENDIRIAN


Dalam Islam, terdapat dua bentuk solat sunat. Pertamanya, solat sunat yang
dilakukan secara bersendirian dan satu lagi ialah solat sunat yang dilakukan
secara berjemaah. Kedua-duanya akan dibincangkan di subtopik seterusnya.
Kita mulai dengan solat sunat secara bersendirian.

Solat sunat secara bersendirian terbahagi kepada dua (rujuk rajah 6.1).

Rajah 6.1: Solat sunat secara bersendirian

Subtopik seterusnya akan membincangkan apakah yang dimaksudkan solat sunat yang
mengiringi solat fardu (rawatib) dan solat sunat yang berasingan daripada solat fardu.

6.1.1 Solat Sunat mengiringi Solat Fardu (Rawatib)


Kita lihat solat sunat secara bersendirian yang pertama iaitu solat sunat yang
mengiringi solat fardu atau dikenali sebagai solat sunat Rawatib. Solat sunat ini
terbahagi kepada dua jenis. Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis solat sunat
mengiringi solat fardu (rawatib).
92 X TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

Rajah 6.2: Solat sunat Rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardu)

Bersandarkan hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari daripada Ibnu Umar


meriwayatkan:
Aku hafaz daripada Nabi Muhammad SAW (solat sunat muakkad) sepuluh
rakaat: dua rakaat sebelum dan selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib
dilakukan di rumah dan dua rakaat selepas isyak dilakukan di rumah dan dua
rakaat sebelum solat subuh.

6.1.2 Solat Sunat berasingan daripada Solat Fardu


Solat sunat bersendirian adalah solat sunat berasingan daripada solat fardu
(rujuk Rajah 6.3).
TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT W 93

Rajah 6.3: Solat sunat berasingan daripada solat fardu

(a) Solat Sunat Witir


Solat sunat witir ertinya solat ganjil yakni solat sunat yang dikerjakan sama
ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat pada waktu malam.
Solat sunat ini adalah solat yang menjadi penutup bagi solat malam. Solat
sunat witir amat digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Baginda
gemar mengerjakannya.

Malah, pernah diriwayatkan oleh Tirmidhi dalam hadis daripada ÂAli


berkata:

  
     
   !  " # #
Maksudnya:
Witir itu bukan seperti solat-solat fardu tetapi sunat yang dibiasakan oleh
Rasulullah SAW.

IjmaÊ ulama telah bersepakat mengenai waktu menunaikan solat witir


bermula dari selepas menunaikan solat isyak sehingga masuknya waktu
subuh dan baik untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadan ataupun dalam
bulan-bulan lain.
94 X TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

Terdapat dalam riwayat Abu Daud bahawa ÂAbdullah bin Qays berkata:

( )" * ( ( )" $    !  "   &' $%
*+,- . /0 * $ 1 2( 345 6- .( 3  $7 8 $ 49( :
.2#; %< )" 2#; *6 = > )"
Maksudnya:
Aku pernah bertanya kepada ÂAisyah berkaitan dengan solat witir
Rasulullah SAW. ÂAisyah menjawab: Adakala Rasulullah solat witir pada
awal malam, adakalanya pada akhirnya. Aku bertanya lagi. Apakah bacaan
Rasulullah dalam solat itu perlahan-lahan atau keras? ÂAisyah menjawab:
Kedua-duanya itu pernah dilakukan, adakalanya dengan perlahan-lahan,
adakalanya dengan keras, dan ada juga Rasulullah mandi terlebih dahulu,
lantas tidur dan adakalanya pula Baginda berwuduk lalu tidur.

Daripada keterangan di atas, dapat kita ketahui alasan yang mengatakan


bahawa waktu solat witir itu bermula dari selepas menunaikan solat isyak
dan berakhir sehinggalah masuk waktu subuh.

SEMAK KENDIRI 6.1


1. Huraikan maksud terma-terma berikut, menurut pandangan anda:
(a) Solat sunat rawatib.
(b) Solat sunat muakkad.
(c) Solat sunat witir.
2. Apa pandangan fuqaha mengenai solat sunat sebelum solat
maghrib?

(b) Solat Sunat Tahajjud


Solat sunat tahajjud dinamakan juga qiamullail, yang dikerjakan pada
waktu malam selepas bangun daripada tidur. Solat sunat tahajjud
disyariatkan berdasarkan firman Allah SWT:
TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT W 95

Maksudnya:
Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah
„solat tahajjud‰ padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga
Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat
yang terpuji.
(Surah al-IsraÊ 17:79)

Waktu melakukan solat tahajjud adalah selepas seseorang menunaikan


solat isyak sehingga terbitnya fajar. Berdasarkan ayat daripada surah
al-IsraÊ ini, maka sunat tahajjud dapat dilakukan sama ada pada awal
malam, pertengahan malam ataupun akhir malam, asalkan dilakukan
selepas menunaikan solat isyak.

Bagaimanapun, sepanjang malam ada waktu yang paling baik untuk solat
tahajjud ialah pada waktu terakhir satu pertiga malam. Ini disabdakan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

@A- : 5; 9B * CD E5F- GH 7A 3I JK  * J+ #" L#-
,=%; @,M 6- : N%; O%6- :  PQ %;
Maksudnya:
Allah turun ke langit dunia setiap satu pertiga akhir malam, lalu berseru;
sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan kabulkan, sesiapa yang
meminta; pasti Aku akan berikan dan sesiapa yang memohon ampun, pasti
Aku akan ampuninya.

(c) Solat Sunat Dhuha


Solat sunat dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari
sedang naik atau pada waktu dhuha. Dinamakan solat dhuha kerana
anjuran perlaksanaannya pada waktu dhuha yang lazimnya mengikut
hitungan jam iaitu kira-kira setengah jam selepas masuknya waktu syuruk.
Solat sunat dhuha ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan
boleh dikerjakan sebanyak empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. Hadis
diriwayatkan oleh Muslim daripada ÂAisyah berkata:

 3R : A-L- +"( EST E-    !  " . $ &' 
Maksudnya:
Daripada ÂAisyah bahawasanya Rasulullah SAW sembahyang dhuha
sebayak empat rakaat dan kadang-kadang lebih daripada itu.
96 X TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

(d) Solat Sunat Tahiyyatul Masjid


Masjid adalah rumah Allah SWT yang dibina kerana Allah SWT dan untuk
berabdi kepada-Nya. Masjid juga adalah berperanan sebagai pusat ibadah.
Umat Islam memasuki masjid seperti memasuki rumah Allah yang penuh
dengan rahmat dan keberkatan-Nya. Bagi mendapatkan rahmat dan
keberkatan yang lebih, jemaah yang memasuki masjid dan hendak duduk
di dalamnya, disunatkan untuk mengerjakan solat tahiyyatul masjid
sebanyak dua rakaat.

Banyak hadis sahih mengenai solat sunat tahiyyatul masjid, salah satu
daripadanya adalah diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Qatadah bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

G +" U- VH W1 ; AQ6


AH( *9X 0Y;
Maksudnya:
Apabila salah seorang daripada kamu masuk masjid, janganlah dia duduk
sebelum solat dua rakaat.

(e) Solat Sunat Taubat


Solat taubat adalah solat yang dilakukan oleh seseorang kerana bertaubat
kepada Allah SWT atas sesuatu dosa atau kesalahan yang dilakukan. Imam
al-Tirmidhi menyatakan dalam kitab sunannya, hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Bakar katanya:

25- Z F70 P7[- *>" : : 5-    E!  " $+I  ( 
  ,= BK  ,M 6- Z N ;
Maksudnya:
Tidaklah daripada seorang yang berbuat dosa kemudian terus berwuduk
lalu mengerjakan solat dua rakaat kemudian memohon ampun kepada
Allah melainkan Allah akan mengampuninya.

(f) Solat Sunat Istikharah


Sembahyang sunat istikharah ialah solat memohon kepada Allah SWT agar
diberikan petunjuk bagi memilih yang terbaik terhadap sesuatu perkara.
Ini adalah kerana keputusan yang hendak diambil masih ragu-ragu atau
bimbang sama ada perkara yang hendak dipilih itu baik ataupun
sebaliknya. Memandangkan Allah SWT Yang Maha Mengetahui yang
mana yang baik ataupun tidak, maka tidak salah untuk kita memohon
petunjuk dari-Nya.
TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT W 97

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Jabir bin ÂAbdullah


katanya:

#\+-    E!  " .  \#  <"  AF  > 
:a AH( ] 0K 5- .^5 : "6 #\+- \  ":B _ "` B
*5 Z T-, b= : G +" Ub;

Maksudnya:
Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah SAW telah mendengar kami
memohon petunjuk (Istikharah) terhadap setiap urusan, sebagaimana
Baginda mengajar kami surah al-Quran. Baginda bersabda: Apabila salah
seorang daripada kamu hendak mengerjakan sesuatu perkara hendaklah
kerjakan solat dua rakaat selain daripada solat fardu, kemudian berdoa:

B "A5 /7Y; c+ /T; : /%( d"A5 d"A5 ( /\+ db` ( @K 
ER+: O-X _ f b9 :a [] .( + $# .K  eM ( B + "A(
$# .K ; f d" Z f 46- f 4"A; >^ g:( *>  ( g:( F
>^ g:( *>( _  ( g:( F ER+: O-X _ f R :a [] .( +
 >H E\6-  O<"( Z . CH bh f "A  # O;!  O ;!;
Maksudnya:
„Ya Tuhanku, aku memohon petunjuk yang baik dengan pengetahuan-
Mu, dan aku mohon diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu, dan aku
memohon kemurahan-Mu yang Maha Agung kerana Engkau Maha Kuasa
sedang aku tidak kuasa dan Engkau mengetahui sedang aku tidak
mengetahui, Engkau Maha Tahu perkara yang tersembunyi. Wahai
Tuhanku, jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku,
bagi kehidupanku, dan akibat selepasnya, maka berilah aku kesanggupan
untuk melaksanakannya serta mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikan
aku keberkatan padanya. Dan jika menurut pengetahuan-Mu perkara ini
tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka jauhilah
ia dariku, serta gantilah bagiku dengan yang lebih baik darinya, kemudian
jadilah aku orang yang reda dengan pemberian itu‰
98 X TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

Solat istikharah boleh dibuat pada waktu siang ataupun malam; asalkan
tidak mengerjakannya pada waktu-waktu yang dilarang untuk
mengerjakan solat-solat sunat.

(g) Solat Sunat Hajat


Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang dikerjakan kerana
mempunyai sesuatu hajat yang penting mahupun hajat biasa  baik hajat
itu berkaitan hubungan sesama manusia mahupun hubungan dengan
Allah SWT. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada
Uthman bin Hunaif katanya:

 iX 5;    E! j# ( F -< >" .( 8#H  .\k 
%< - .( 4:%; X 5; lX $R .K b9 ] / l9( $R .K O;+- .( f
3A [m A- G +" E- 43< 6S; .....
Maksudnya:
Seorang buta datang menemui Rasulullah lalu berkata: Doakan kepada
Allah untuk aku supaya Dia menyembuhkanku. Rasul menjawab: Jika
engkau mahu aku taÊkhirkan untukmu, dan ianya lebih baik dan jika
engkau mahu aku akan doakanmu. Lelaki itu menjawab: Doakanlah! Lalu
Rasulullah mengarahkannya berwuduk dan memperelokkan wuduknya
dan (mengarahkannya) solat dua rakaat dan berdoa dengan doa ini:.......

(h) Solat Sunat Tasbih


Solat sunat yang dilakukan sebanyak empat rakaat, baik pada waktu siang
atau malam hari. Ia dinamakan solat tasbih kerana dalam solat ini dibaca
sebanyak 300 tasbih, 75 kali bacaan tasbih pada setiap rakaat.

Imam Ghazali membezakan solat sunat tasbih yang dilakukan pada waktu
siang dengan malam. Menurut beliau, sekiranya dikerjakan pada waktu
siang, maka hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan satu salam;
namun, jika dikerjakan pada malam hari ia hendaklah dibuat dua rakaat
kemudian salam dan tambah dua rakaat lagi.

Dasar perlaksanaan solat tasbih adalah sebagaimana hadis yang


diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibn ÂAbbas ra berkata:

Maksudnya:
Daripada Ibn ÂAbbas bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya: Wahai
bapa saudaraku, aku ingin memberi hadiah khusus untukmu. Apabila
kamu melakukannya kamu akan diampuni segala dosamu yang lama dan
baru, sengaja atau tidak sengaja, besar atau kecil dan yang tersembunyi
TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT W 99

atau nyata oleh Allah, iaitu lakukanlah solat empat rakaat, setiap rakaat
dibaca al-Fatihah dan surah, apabila selesai bacalah  B  A\n   .SF
o(   B Lima belas kali, kemudian kamu rukuk dan bacalah ia
sepuluh kali. Apabila bangun dari rukuk bacalah lagi sepuluh kali
kemudian apabila sujud bacalah lagi sepuluh kali. Apabila bangun dari
sujud bacalah sepuluh kali kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima kali
tasbih setiap rakaat. Lakukanlah ia setiap hari jika kamu mampu, jika tidak
setiap hari Jumaat, jika tidak sebulan sekali, jika tidak setahun sekali dan
jika tidak mampu sekali seumur hidup.

AKTIVITI 6.2

1. Bincangkan perbezaan antara qiamullail dengan solat tahajjud.


2. Ceritakan pengalaman anda yang paling menyentuh perasaan
sewaktu melakukan solat tahajjud. Ceritakan pengalaman orang
lain yang anda ketahui semasa melakukan qiamullail.
3. Anda diminta untuk mencari maklumat di laman-laman web
mengenai pandangan fuqaha terhadap cara menunaikan solat
hajat: berjemaah dan berseorangan.
4. Huraikan perbezaan antara solat tasbih yang dilakukan di waktu
siang dengan solat tasbih yang dilakukan di waktu malam.
5. Rumuskan pendapat fuqaha mengenai hukum solat tasbih dalam
hujah mereka, kemudian kemukakan pendapat terhadap pilihan
anda.

6.3 SOLAT SUNAT SECARA BERJEMAAH


Sekarang kita akan membincangkan solat-solat sunat yang dilakukan secara
berjemaah. Solat-solat ini juga dilakukan secara bersendirian, tetapi digalakkan
supaya dilakukan secara berjemaah (rujuk Rajah 6.4). Pada kebiasaannya, solat-
solat ini dilakukan secara berjemaah. Contohnya, solat tarawih. Jarang sekali kita
dapati orang melakukan solat tarawih seorang diri di rumah.
100 X TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

Rajah 6.4: Solat-solat yang digalakkan berjemaah

Antara solat-solat sunat yang digalakkan secara berjemaah ialah:

(a) Solat Sunat Tarawih


Qiyam Ramadan atau disebut solat tarawih sunat dikerjakan oleh lelaki
mahupun wanita. Perkataan Tarawih bermaksud mengambil kerehatan
kerana Rasulullah SAW sembahyang empat rakaat sambil berehat. Waktu
mengerjakannya antara selesai solat isyak sehingga waktu subuh dalam
bulan Ramadan. Solat tarawih juga merupakan solat yang digemari oleh
Rasulullah SAW. Baginda menganjurkan supaya mengerjakannya secara
berjemaah. Riwayat Muslim yang dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa
Rasulullah bersabda:

F70 : 2A5 :  ,= 6 H  7pK .T:" 2 :


Maksudnya:
Barangsiapa berdiri (solat malam) dalam bulan Ramadan kerana iman dan
mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampunkan dosa-dosa
sebelumnya.

Bilangan rakaat solat tarawih ada yang berpendapat mengatakan sebelas


rakaat, mengikut sunnah Rasulullah SAW seperti yang tersebut dalam
hadis Muslim daripada ÂAisyah berkata:

+" & gAHK E 4b= _ B .T:" _ A-L-    !  " . :
Maksudnya:
Tidaklah Rasulullah SAW menambah rakaat di bulan Ramadan dan tidak
pula pada bulan lainnya lebih daripada sebelas rakaat.
Ada sesetengah pendapat mengatakan bilangannya 20 rakaat.
TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT W 101

(b) Solat Sunat Hari Raya


Umat Islam seluruh dunia menyambut dua hari raya dalam kalendar Islam
iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Solat pada dua Hari
Raya tersebut disyariatkan berdasarkan kepada riwayat oleh Muslim
daripada Ummu ÂAtiyyah katanya:

q + S<a  N, _ >r .( 7:(    !  " .
$ G\6
X bh .A&-  L +; sn :%; "Ah l 0 sn 
mF> :  9( 6F   eF> t .- B 7 AHK  " -
Maksudnya:
Rasulullah SAW memerintahkan kami pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari
Raya Aidil Adha supaya membawa wanita-wanita muda dan para gadis
dan wanita sedang haid dan dalam pingitan supaya keluar (untuk solat).
Adapun wanita haid mereka tidak ikut solat, tetapi turut merayakan serta
mendoakan bersama-sama kaum muslimin. Saya berkata kepada
Rasulullah: Salah seorang kami tidak ada baju untuk dipakai‰. Jawab
Rasulullah: „Saudaranya mestilah memakaikannya jilbabnya‰.

Solat pada Hari Raya dikerjakan dua rakaat seperti solat sunat fajar tanpa
azan dan iqamah. Waktu mengerjakan solat Hari Raya Aidil Adha ialah
dari matahari terbit sampai matahari naik kira-kira setinggi galah dan
untuk Hari Raya Aidil Fitri pula waktunya adalah sejak matahari setinggi
galah sampai condongnya matahari ke arah barat.

(c) Solat Sunat Gerhana Bulan dan Matahari


Perkataan khusuf () dan kusuf () berkaitan istilah gerhana bulan
dan gerhana matahari. Dalam al-Tanzil dikatakan bahawa istilah khusuf
adalah untuk bulan, manakala istilah kusuf untuk matahari.

Hukum mengerjakan solat gerhana adalah sunat muakkadah, sesuai


dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim:

]\ -(" 0Y; n B AH( l


.,6u B  l-^ : . -^ \5  W\& .K
 L;;
Maksudnya:
Bahawa matahari dan bulan itu dua tanda daripada tanda kekuasaan Allah.
Matahari dan bulan tidak gerhana kerana matinya seseorang dan bukan
102 X TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

kerana hidupnya seseorang. Kalau kamu lihat gerhana itu hendaklah kamu
segera kerjakan solat.

Dari segi bilangan rakaat, jumhur sepakat mengatakan solat gerhana bulan
dan gerhana matahari dilakukan sebanyak dua rakaat. Ada juga yang
berpendapat bilangannya tertakluk kepada bilangan rakaat solat yang
dikerjakan sebelum gerhana berlaku. Umpamanya apabila gerhana itu
berlaku selepasa subuh, maka rakaat solat gerhana ialah dua rakaat seperti
bilangan rakaat solat subuh. Seterusnya apabila berlaku gerhana selepas
zohor maka bilangan rakaatnya adalah empat rakaat.

(d) Solat Sunat IstisqaÊ


Hujan dan kemarau merupakan ketentuan Allah SWT dan tiada sesiapa
yang dapat mengubahnya kecuali Dia. Oleh yang demikian, jika kemarau
datang melanda maka disunatkan bersolat istisqaÊ iaitu solat minta hujan.
Solat sunat ini dikerjakan tanpa azan dan tanpa iqamat. Anjuran
mengerjakannya sebagaimana terdapat dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Bukhari daripada ÂAbdullah bin Zaid katanya:

Z 56 6- 
[] JK    !  j# v9  A-w   AF 
43 X" P F5 *F5 
Maksudnya:
Daripada ÂAbdullah bin Zaid katanya: Nabi SAW keluar. Pergi ke tempat
sembahyang untuk minta hujan. Baginda mengadap kiblat, lalu solat dua
rakaat dan membalikkan jubahnya.

SEMAK KENDIRI 6.2


Terangkan bila dan bagaimana solat-solat ini ditunaikan:
(a) Solat tarawih
(b) Solat kusuf
(c) Solat khusuf
(d) Solat istisqaÊ
TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT W 103

x Selain solat fardu, syariat Islam telah mensyariatkan solat-solat sunat. Solat-
solat sunat berfungsi sebagai pelengkap kepada solat-solat fardu dan sebagai
pernyataan ubudiah dan taqarrub pada Allah.
x Solat sunat merupakan ibadat di mana hamba memohon diperkenankan
hajat atau dijauhkan bala di samping menjadi sumber ketenangan jiwa dan
penghakis lara hidup.
x Terdapat pelbagai bentuk solat sunat, dilakukan dengan pelbagai cara:
bersendirian, berjemaah, di waktu malam, di siang hari, sekali dalam
setahun, sekali dalam seminggu, setiap waktu solat fardu dan lainnya.

Khusuf Solat istisqaÊ


Kusuf Solat tasbih
Muakkad Tahajjud
Rawatib Solat tahiyyatul masjid
Solat istikharah

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-Fiqh al-Manhaj ala mazhab al-Imam al-SyafiÊi.


Damsyiq: Dar al-Qalam.

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-TaÊlibin (Jld 1). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-Sunnah (Jld 1) Kahera: Maktabah Dar al-Turath.

You might also like