You are on page 1of 5

Wang politik dan politik wang

Secara amnya, sebuah parti politik memerlukan wang sebagai pendanaan untuk tujuan pilihan

raya termasuk aktiviti-aktiviti parti politik yang lain seperti pendidikan, analisis polisi, latihan

dan lain-lain. Semasa pilihan raya parti politik memerlukan jumlah dana yang banyak untuk

menbiayai kempen pilihanraya, seperti perbelanjaan calon, pusat operasi kempen, poster dan

media massa dan elektonik. Kebiasaanya kesemua kos-kos tersebut dibiayai dengan yuran

keahlian, derma politik, makan malam untuk mendapatkan dana, penjualan buku dan juga dana

daripada calon pilihan raya sendiri. Seiring dengan kenaikan kos sara hidup yang lain, kos untuk

parti politik juga bertambah dan untuk menjalankan kempen pilihan raya memerlukan dana yang

lebih daripada biasa. Persaingan untuk mendapatkan jawatan dan memenangi pilihan raya

menjadikan kosnya melambung tinggi. Dalam proses ini, wujudnya politik wang.

Menurut Teh (2002) beliau merujuk politik wang sebagai wang haram yang diterima oleh

parti politik. Di dalam konteks Malaysia, beliau merujuk politik wang sebagai menggunakan

wang, hadiah, barangan berharga, kontrak untuk membeli undi dan sokongan dan kebiasaanya

berlaku semasa kempen pilihan raya. Politik wang dirujuk sebagai rasuah politik apabila ahli

politik menerima wang haram daripada individu, ahli perniagaan, atau golongan kaya yang

meminta sesuatu sebangai timbal balik. Kebiasannya mereka meminta kontrak bisnes kerajaan

dan juga kontrak bisnes usahasama sebagai balasan. Menurut TI-Malaysia, penggunaan wang di

dalam politik tidak dipantau oleh intitusi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan

ianya juga tidak dipantau dengan ketat oleh parti-parti politik. Sebagai kesannya, ia akan

menyebabkan pemilihan pemimpin yang bakal memimpin parti dan negara akan terjejas. Sebagai

contoh, pemimpin yang berkaliber tetapi tidak mempunyai dana politik yang banyak akan tewas

kepada pemimpin yang kurang ciri-ciri kepimpinan tetapi mempunyai pendanaan yang banyak.
Akibatnya negara akan ditadbir oleh pemimpin yang tidak kompeten dan bakal menjerumuskan

negara kepada keadaan tidak menentu.

Selain daripada itu, politik wang juga dirujuk kepada amalan membeli undi semasa

kempen pilihan raya. Di Malaysia fenomena ini dilihat telah lama bertapak di dalam sistem

politik negara dan ia melibatkan parti politik utama di negara ini iaitu UMNO. Ianya bermula

pada tahun 1981 apabila Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) telah dilantik sebagai presiden

UMNO. Beliau kemudiannya mengumumkan tidak akan menamakan timbalannya dan

menyerahkannya kepada delegasi untuk memilih di dalam pemilihan agung UMNO. Dua tokoh

dilihat layak untuk jawatan tersebut iaitu Tengku Razaliegh Hamzah dan Musa Hitam.

Pertandingan tersebut memihak kepada Musa Hitam (kini Tun) pada tahun 1984. Merujuk

kepada Milner R.S (1986:1371):

“…at the 1984 UMNO elections, the total money spent on votes was allegedly well in
excess of $20 million…”.

Politik wang dalam UMNO kemudian berterusan sehingga pada 1995, dilaporkan bahawa

seorang calon telah membelanjakan sehingga RM 6 juta untuk memenagi jawatan ketua bahagian

UMNO Pasir Salak, Perak. Kemudian melihatkan politik wang menjadi-jadi di dalam UMNO

dan tidak dapat dikawal Datuk Seri Dr. Mahathir telah mengharamkan waktu berkempen semasa

pemilihan UMNO tahun 1996. Pada tahun 2001, di dalam usaha untuk mengurangkan amalan

politik wang, UMNO telah mewujudkan lembaga disiplin UMNO yang bertanggungjawab untuk

menguatkuasakan tatakelakuan semasa pemilihan agung parti. Jika ada laporan mengenai

pelanggaran tatakelakuan tersebut, maka lembaga tersebut akan menjatuhkan hukuman mengikut

perlembagaan parti. Hasil usaha ini boleh dilihat apabila Tan Sri Isa Samad dan Dato’ Seri
Mohamad Ali Rustam, di dapati bersalah akibat politik wang dan mereka dikenakan tindakan

tatatertib peringkat parti. Mereka telah dikenakan pergantungan daripada jawatan dan keahlian di

dalam UMNO dan dilarang daripada bertanding. (Utusan Malaysia, 24 Jun 2009).

Lantaran itu, untuk kita membezakan diantara wang politik dan politik wang adalah amat

penting kerana wang dalam politik amat siknifikan untuk survival parti politik tersebut. Wang

politik dirujuk sebagai wang yang diterima dengan jalan sah seperti yuran keahlian, derma

politik yang tidak meminta balasan, sumbangan daripada orang perseorangan untuk parti, dan

dana yang diperolehi daripada majlis-majlis makan malam untuk tujuan pendanaan. Wang politik

sangat penting untuk ahli politik bagi memastikan penyokong-penyokongnya dapat digerakkan

semasa kempen pilihanraya. Jika hanya menggunakan wang persendirian dan sumbangan

daripada parti, ianya tidak mencukupi. Kerana sebagai ahli politik kehidupan seharian mereka

adalah dikelilingi oleh ahli parti dan penyokong-penyokong. Oleh itu, penggunaan wang amat

penting untuk diberikan kepada penyokong seperti di kenduri-kendara, melawat orang sakit,

program kemasyarakatan dan sebagainya. Sebagai contoh, sebagai seorang ADUN di sesebuah

kawasan akan diberikan peruntukan ADUN untuk diberikan kepada masyarakat di kawasannya

dengan cara menganjurkan program kemasyarakatan. Oleh kerana permintaan yang tinggi

berbanding wang yang diberikan, maka ahli politik akan memiilih untuk mendapatkan wang

haram. Di Malaysia, tidak seperti di kebanyakan negara lain, parti politik dibenarkan untuk

terlibat di dalam perniagaan. Syarikat yang berkaitan dengan parti politik seperti Multi Purpose

Holding Berhad dan The Star Publication oleh MCA, Maika Holding oleh MIC dan beberapa

syarikat yang berkaitan dengan UMNO seperti Renong, Utusan Melayu, dan The New Straits

Times Press. (Fernandez, et.al :2010). Oleh yang demikian, bagaimana untuk memastikan wang

politik dan politik wang tidak bertindan antara satu sama lain? Di dalam perkara ini, TI-Malaysia
telah mengusulkan supaya kerajaan Malaysia supaya mengharamkan pembiayaan rahsia yang

tidak diumumkan di dalam akaun parti politik. Ini kerana pembiayaan rahsia selalunya tidak

transparen dan menimbulkan pelbagai spekulasi seperti rasuah, pembiayaan asing, dan

penggubahan wanng haram. TI-M juga mengusulkan supaya kerajaan menyediakaan pembiayaan

untuk parti politik untuk menjamin pertandingan yang adil dan membendung masalah rasuah di

dalam proses pendanaan parti politik. (Fernandez, et.al:2010). Sebagai rumsannya boleh

dikatakan bahawa wang politik adalah sesuatu yang dibolehkan kerana kepentingannya untuk

menyuburkan demokrasi di dalam parti politik dan negara. Tetapi politik wang yang digunakan

untuk membeli undi dan sokongaan di dalam sesuatu pilihan raya adalah merujuk kepada rasuah

politik kerana ianya mempunyai balasan dan upah sebagai timbal balik iaitu untuk kekal

berkuasa dan memenangi sesuatu jawatan. (Mohamad Agus:2005).

You might also like