You are on page 1of 2

Piaget telah mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu keupayaan seseorang

individu mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.Piaget telah membahagikan


teori ini kepada 2 bahagian iaitu peringkat heteronomous dan autonomus.Menurut Piaget
kanak-kanak melalui perkembangan yang sama tetapi pada umur yang berbeza dan Piaget
juga berpendapat bahawa persekitaran tidak membentuk perkembangan kognitif kanak-
kanak tetapi kanak-kanak tersebut membentuk persekitarannya.Piaget telah
memperkenalkan 4 konsep asas dalam teori kognitif ini iaitu skema,asimilasi,akomodasi
dan keseimbangan.

Skema ialah potensi asas yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan
cara tertentu sebagai contoh bayi yang baru dilahirkan mempunyai gerakan asas iaitu
menghisap.Seterusnya asimilasi pula merupakan proses penyesuaian antara objek yang
diperolehi dengan skema yang sedia ada seterusnya akomodasi ialah proses dimana
struktur kognitif mengalami perubahan dan ia juga dianggap proses pembelajarn oleh Piaget
contohnya proses dapat membezakan epal dan oren.Keseimbangan akan wujud apabila
proses asimilasi dan akomodasi berjaya.

Namun begitu beberapa teori perkembangan kognitif oleh Piaget tidak dipersetujui oleh ahli
psikologis yang lain kerana dianggap tidak mengkaji secara menyeluruh bagaimana
manusia berfikir dan bahagiamana manusia boleh membuat sesuatu keputusan yang
rasional kerana kajian Piaget terbatas kepada usia dan tidak mengkaji tentang
perkembangan penaakulan moral.Kajian Piaget juga disangkal kerana subjek kajian hanya
menggunakan kanak-kanak sahaja. Rentetan dari ini ahli psikologi Kohlberg dari Universiti
Harvard telah memperhalusi kajian Piaget dan kajian ini telah membentuk satu teori baru
iaitu teori perkembangan moral kognitif melalui enam peringkat dan mempunyai 3 tahap
perkembangan moral iaitu prakonvensional,konvensional dan pascakonvensional dan
setiap peringkat perkembangan ini pula terbahagi kepada dua bahagian.

Teori perkembangan moral oleh Kohlberg ini masih di guna pakai dalam proses pembelajarn
dan terdapat beberapa implikasi yang positif dan boleh dijadikan rujukan kepada guru dan
pelajar dalam menjayakan proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.Dalam
proses pembelajaran guru dan ibu bapa dapat meracang dan memahami proses
pembelajaran setiap individu mempunyai tahap yang sesuai dengan umur dan kemampuan
seseorang individu.Sebagai contoh mudah seorang bayi yang baru dilahirkan hanya
mempunyai kemampuan untuk menghisap susu dan menggerakkan tangan serta kaki
sahaja dan kanak-kanak berumur 2 tahun perlu dilatih dan menawarkan ganjaran kepada si
pelaku.Implikasi ini berkait rapat dengan teori Kohlberg dalam pra-konvensional peringkat
kedua iaitu ganjaran peribadi.
Implikasi seterusnya dengan mempraktiskan teori Kohlberg ketika proses pengajaran dan
pembelajaran seseorang individu atau kanak-kanak dapat memahami sesuatu setiap moral
dan tingkah laku itu mempunyai nilai tersendiri.Kohlberg mengelaskan kanak-kanak yang
dapat mengaplikasi segala peratutan sosial di sekelilignya berada di tahap konvensional
dan pada peringkat ketiga dalam perkembangan moral kognitif iaitu orientasi perlakuan yang
baik.Proses ini berlalu ketika kanak-kanak berada di umur 7-12 tahun di mana ketika ini
faktor perkembangan moral seseorang kanak-kanak bergantung kepada dorongan ibu bapa
di rumah dan dorongan guru-guru di sekolah.

Implikasi yang terakhir ialah guru dan ibu bapa dapat memahami cara dan kaedah untuk
menjayakan sesuatu proses pengjaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap dan
kemampuan kognitif anak-anak.Sebagai contoh cara dan kaedah untuk mendidikan anak
yang berada di pra-sekolah dan sekolah menengah tentang suatu tingkah laku negatif
adalah tidak sama.Menurut Kohlberg perkembangan moral ini mengikut peringkat yang
sesuai mengikut umur seseorang individu tersebut.

You might also like