You are on page 1of 1

GLOSARI PENDIDIKAN SENI VISUAL

Adiguru
Seseorang yang pakar dan mahir dalam menghasilkan sesuatu kraf. Di negara kita, Adiguru
Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia
sebagai seorang tokoh apabila mereka memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya;
memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan;
bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf
warisan berkenaan mempunyai kesinambungan; kreatif dan inovatif dalam usaha memaju
dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan. Misalnya, Adiguru Kraf tembaga, Wan
Abdullah bin Wan Muda (Gambar 5) dan Adiguru Kraf Tekatan, Hajah Azizah Binti Mohd
Yusof (Gambar 6), Adiguru Songket, Hajah Habibah Zikri (Gambar 7), Adiguru Ukiran Halus,
Tengku Ibrahim Tengku Wook (Gambar 8), Adiguru Kraf Songket, Hajah Zainab @ Ngah Bt.
Mamat (Gambar 9)

Gambar 5: Adiguru Kraf Tembaga, Wan Abdullah bin Gambar 7: Adiguru Songket, Hajah Habibah Zikri
Gambar 6: Adiguru Kraf Tekatan, Hajah Azizah
Wan Muda Binti Mohd Yusof

Gambar 8: Adiguru Kraf Songket, Hajah Zainab @ Gambar 9: Adiguru Ukiran Halus, Tengku
Ngah Bt. Mamat Ibrahim Tengku Wook

You might also like