You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

[PENDIDIKAN JASMANI SK 1]
(AMBILAN JUN 2020)
KERJA KURSUS
SEMESTER 1 TAHUN 1
SESI JUN-DISEMBER 2020

: JESSCA PRIMUS
NAMA PELAJAR
: 020108-12-0070
NO KAD PENGENALAN
: 2020072310101
ANGKA GILIRAN
: PPISMP / PENDIDIKAN JASMANI SK 1
KUMPULAN/UNIT
: JUN- DISEMBER 2020 / 1
SESI/TAHUN
: PJM1014 / ASAS PENDIDIKAN JASMANI DAN
KOD/NAMA KURSUS
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI 1

TUGASAN 3
TAJUK TUGASAN
ULASAN JURNAL
TARIKH MULA 15/10/2020

TARIKH HANTAR 09/11/2020

NAMA PENSYARAH : KRAJA A/L KANAPATHY

JABATAN / UNIT : PENDIDIKAN JASMANI

Dengan ini saya mengaku bahawa saya TANDATANGAN TARIKH


telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya
telah merujuk dan memahaminya.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 ULASAN KANDUNGAN JURNAL

3.0 ULASAN KRITIS JURNAL

4.0 RUMUSAN

SUMBER RUJUKAN
1.0 Pengenalan

Jurnal ini bertajuk penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani di sekolah
menengah sekitar daerah sentul, Kuala lumpur. Jurnal ini telah ditulis oleh Norfatin Syuhada
Abu Bakar dan Tajul Ariffin Bin Muhamad dari fakulti pendidikan , Universiti Kebangsaan
Malaysia. Seramai 130 orang pelajar telah dijadikan sampel kajian yang meliputi 57 pelajar
lelaki dan 73 pelajar perempuan. Jurnal ini telah diterbitkan pada 5 julai 2018 dan jurnal ini
mengandungi sebanyak 8 mukasurat.
2.0 Ulasan Kandungan Artikel

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang penglibatan
pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani di sekolah menengah serta untuk melihat
perbandingan faktor penghalang dari aspek kemudahan, interpersonal dan intrapersonal
dengan faktor jantina dan bangsa.

Artikel ini bertemakan pendidikan jasmani dan berkonsepkan kepentingan


penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani kepada pelajar-pelajar khususnya di
sekolah menengah. Pendidikan Jasmani ialah bidang ilmu yang menggabungkan dan
menjalinkan aspek-aspek pendidikan melalui aktiviti pergerakan fizikal dalam sukan.

Tujuan pendidikan jasmani ini adalah ke arah pembinaan kecergasan diri pelajar
melalui amalan-amalan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan dan sukan
sebagai pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan Jasmani terdiri daripada 3 aspek iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif. Psikomotor ialah kemahiran yang diajar, kognitif adalah
mengenai pengetahuan yang akan disampaikan dan afektif pula adalah yang melibatkan
emosi dan sikap yang diterapkan oleh guru kepada pelajar.

Pendidikan jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk


membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan
kecekapan fizikal . Melalui beberapa pandangan tokoh seperti Capel dan Piotrowaki dapat
kita lihat disini bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani di sekolah
sangat penting.

Jurnal ini menggunakan kaedah dan method kajian yang berbentuk soal selidik.
Penulis jurnal ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 45 item soal selidik di mana
setiap kategori faktor kemudahan, faktor interpersonal dan intrapersonal.

Melalui hasil kajian yang diperoleh dari tiga faktor yang diketengahkan untuk melihat
sejauh mana ketiga-tiga faktor ini menjadi penghalang dalam aktiviti pendidikan jasmani.
Hasil dapatan menunjukkan faktor penghalang penglibatan pelajar dalam faktor kemudahan
ini ialah disebabkan kekurangan peralatan juga menjadi penghalang kepada pelajar untuk
melakukan aktiviti pendidikan jasmani kerana pelajar terlalu ramai menyebabkan peralatan
menjadi terhad untuk digunakan. Seterusnya, faktor interpersonal pula merupakan faktor
kedua tertinggi yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani. Ini
kerana pelajar menganggap waktu pendidikan jasmani adalah waktu bebas untuk mereka
meluangkan masa bersama rakan mereka. Akhir sekali ialah faktor intrapersonal yang
melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan
untuk bermain. Menurut dapatan kajian, hal ini terjadi kerana guru tidak mempelbagaikan
aktiviti kelas pendidikan jasmani di padang menyebabkan mereka bosan dan lebih tertarik
melepak bersama kawan berbanding mengikuti aktiviti pendidikan jasmani.

3.0 Ulasan Kritis Jurnal

Isu utama yang terkandung dalam jurnal ini ialah berkaitan dengan faktor yang
menjadi penghalang kepada penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani di sekolah menengah sekitar Daerah Sentul, Kuala Lumpur. 3 faktor
utama yang dibincangkan dalam jurnal ini ialah faktor kemudahan, interpersonal dan
intrapersonal. Jurnal ini menjelaskan tentang faktor manakah yang menjadi punca utama
kepada kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani di sekolah. Bukan
itu sahaja, jurnal ini juga mengetengahkan perbezaan-perbezaan signifikan antara faktor
penghalang berdasarkan jantina dan bangsa.

Isu yang menarik dalam jurnal ini ialah isu yang membincangkan tentang
ketidakstabilan minat pelajar dalam subjek pendidikan jasmani. Pada pendapat saya, isu ini
menarik kerana melalui isu ini dapat kita lihat dengan jelas bahawa kesedaran para pelajar
terhadap kepentingan pendidikan jasmani dalam kehidupan masih pada tahap yang rendah.
Isu ini menarik kerana melalui isu ini kita boleh membuka mata bukan sahaja para pelajar
tapi kepada masyarakat tentang betapa pentingnya pendidikan jasmani dalam kehidupan
sekaligus dapat membantu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan
jasmani ataupun aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan dan senaman.

Isu yang dibangkitkan dalam jurnal ini sangat relevan bagi saya sebagai seorang
pelajar pendidikan Jasmani. Hal ini kerana jika saya lihat lebih jauh ke hadapan, selepas
saya menamatkan pengajian sebagai seorang pelajar ataupun guru pelatih di institut
pendidikan guru ini saya akan meneruskan kehidupan dengan kerjaya sebagai seorang guru
pendidikan jasmani. Sebagai seorang guru pendidikan jasmani saya perlu tahu apa yang
menyebabkan pelajar-pelajar saya tidak berminat untuk mengikuti atau melibatkan diri
dalam aktiviti pendidikan jasmani. Hal ini telah membuat saya berasa jurnal ini sangat
relevan bagi saya sebagai seorang bakal guru pendidikan jasmani

Saya bersetuju dengan hasil kajian. Hal ini kerana menurut hasil kajian faktor utama
yang menjadi penyebab kepada kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan
jasmani ialah faktor struktur ataupun kemudahan. Jika kita lihat realiti kewangan negara kita
sekarang, setiap sekolah hanya mampu dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang
terhad. Ini menyebabkan pelajar tidak semua pelajar berpeluang untuk bermain semasa
aktiviti pendidikan jasmani.

Menurut hasil dapatan kajian, ketiga-tiga persoalan yang dinyatakan oleh penulis
terjawab kerana setelah membaca jurnal ini saya boleh mengenal pasti faktor yang
menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani di sekolah menengah dan
mampu melihat perbezaan signifikan yang menjadi faktor penghalang berdasarkan bangsa
dan jantina.

Metodologi yang digunakan oleh penulis sesuai. Hal ini boleh dikatakan demikian
kerana dengan menggunakan pendekatan kuantitatif data yang dikumpul melalui soalan
soal selidik dapat memberi penerangan secara sistematik mengenai fakta yang dikaji
dengan tepat.

Dapatan kajian ini meyakinkan saya dan boleh dipercayai. Ini kerana hasil dapatan
yang ditunjukkan di dalam jurnal ini boleh di katakan logic dan masih berkait rapat dengan
keadaan semasa kita sekarang dari aspek penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan
jasmani di sekolah.

Langkah yang boleh diambil oleh penulis untuk memastikan kebolehpercayaan


kajian ialah dengan memastikan setiap data yang digunakan ialah sahih dan tepat. Selain
itu, penulis juga boleh meningkatkan kepercayaan dengan mengaitkan penulisan jurnal yang
ditulis dengan realiti kehidupan hari ini.

Kesan jurnal ini terhadap pemikiran atau pandangan saya dari sudut konsep ,
tema dan teori yang dinyatakan ialah ia meningkatkan lagi pemahaman saya tentang betapa
pentingnya pendidikan jasmani kepada pendidikan negara. Selain itu, saya juga dapat
memandang lebih jauh tentang betapa banyak faktor yang mendorong kepada penglibatan
pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani

Akhir sekali, artikel ini dapat membantu saya dalam penyelidikan saya pada masa
akan datang. Ini kerana melalui jurnal ini saya telah mempelajari dengan lebih luas lagi
tentang perkara-perkara yang melibatkan kepentingan pendidikan jasmani dan banyak lagi
aspek dalam pendidikan jasmani

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, hasil dapatan jurnal ini boleh memberikan pengalaman baru kepada
bakal guru pendidika jasmani. Ini kerana melalui jurnal ini bakal guru pendidikan jasmani
dapat mengetahui faktor yang mendorong murid tidak ingin melakukan aktiviti pendidikan
jasmani. Melalui pengetahuan yang saya dapat dari jurnal ini, saya akan mencari inisiatif
sendiri supaya pelajar saya akan minat akan subjek pendidikan jasmani ini. Langkah yang
akan saya ambil untuk memperbaiki pengetahuan saya dalam kajian ini ialah saya akan
membaca jurnal-jurnal yang mempunyai objektif yang sama dengan jurnal ini agar saya
mendapat lebih banyak maklumat tentang kajian seperti ini.

Rujukan

- Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur
:Dawara Sdn. Bhd. E Pei Sze. (2007). Persepsi, Minat dan Faktor-Faktor Penglibatan
Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di sebuah Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru.
Tesis Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran). Universiti Teknologi Malaysia

- Pid Song (2006). Displin Pelajar Melalui Pendidikan Jasmani. Diakses pada 12 Februari,
2009, dari http://www.idesa.net.my/.

- Husairi Mohri (2002), Tinjauan Mengenai Perlaksanaan Matapelajaran Pendidikan Jasmani


dan Kesihatan di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Felda Dalam Daerah Hulu Perak.
Laporan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

- Mohd Jaflus Bahari. (2005). Faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum sukan di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan daerah
Seremban.

- Abd Rahman Yusoff (1997), Pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah-
sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan. Tesis Sarjana Sains Pembangunan
Manusia. UNIMAS Sarawak

You might also like