You are on page 1of 1

SP 2.2.

2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan
respons peribadi yang sesuai

SP 5.6.1 Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat

Kenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam rangka jawapan di bawah. Salin
semula petikan jawapan yang sudah dibetulkan. Garis frasa yang telah anda betulkan.

Sinar Harian melancarkan Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 bagi membantu barisan
hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak
koronavirus (COVID-19). Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 akan membolehkan rakyat
di negara ini tampil bersama-sama untuk membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan
dana kelengkapan perlindungan diri dan makanan. Usaha tersebut juga bertujuan untuk
meringankan beban kumpulan tersebut atas penghargaan mereka yang bertungkus lumus
menjalankan tanggungjawab dalam memerangi wabak COVID-19. Bantuan ini akan
disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan. Diharapkan segenap rakyat
Malaysia yang berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan
ke akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd bernombor 5142 3370 XXXX. Sebarang
pertanyaan boleh diajukan di ralian 013-694XXXX.

You might also like