You are on page 1of 7

Pengenalan Sarawak mempunyai enam kumpulan etnik

utama iaitu Iban, Cina, Melayu, Bidayuh,

Tentang Sarawak Melanau dan Orang Ulu serta beberapa


kumpulan etnik yang mempunyai populasi yang
lebih kecil seperti Kedayan, Jawa, Bugis, Murut
dan India.

Di Sarawak terdapat kawasan pelancongan


Sarawak terletak di Timur Malaysia di Kepulauan Borneo dan yang terdiri daripada kawasan semula jadi
merupakan satu daripada dua negeri yang membentuk timur dan pusat budaya seperti Kampung Budaya
Malaysia. Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia Sarawak. Kawasan semula jadi yang
dengan keluasan 124,449.51 kilometer persegi dan meliputi menjadi tumpuan bagi pelancong yang
37.5 peratus daripada seluruh Malaysia. datang dari luar negara adalah terletak di
Kuching termasuklah Gua Angin, Gua Pari,
Sarawak berasa dalam kawasan tropika dengan iklim Taman Rancan, Sungai Cina, Taman Kubah,
khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan di Taman Hidupan Liar Matang dan Pusat
Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting. Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.

Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di Sarawak. Tetapi Bahasa


Melayu Sarawak adalah bahasa yang paling lazim digunakan
oleh oleh orang-orang Melayu Sarawak dan kaum-kaum
peribumi yang lain.
ETNIK-ETNIK DI SARAWAK
Kepelbagaian etnik dan suku kaum di Sarawak menampakkan kemajmukan penduduk di Negeri Sarawak yang mempunyai kira-
kira 27 etnik yang hidup dalam semangat harmoni dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan antara satu dengan yang lain.

DAYAK
Kaum dayak di Sarawak terdiri daripada
etnik Bidayu, Bukitan, Selako dan Iban.
Kebanyakan mereka inggal di rumah-rumah
panjang dan mereka juga menyambut
Gawai Dayak yang merupakan hari
menyambut tahun baru yang menandakan
berakhirnya musim menuai padi dan
bermulanya musim menanam padi yang
baharu.

ORANG ULU
Antara kaum yang termasuk dalam kelompok
Orang Ulu ialah etnik Kayan, Kelabit,
Kenyah, Lun Bawang, Penan, Punan,
Berawan, Murut dan Ukit. Kaum- kaum ini
mendapat gelaran Orang Ulu kerena mereka
mendiami di bahagian hulu Sungau Batang
Rajang iaitu di Daerah Belaga.

MELAYU
Kaum Melayu di Sarawak terdiri
daripada Melayu Brunei, Kedayan dan
Melayu Sarawak. Kewujudan golongan ini
telah menyebabkan terciptanya bahasa
Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk
difahami oleh penutur-penutur loghat
Melayu yang lain.
MELANAU
Kaum Melanau merupakan salah satu
kaum utama di Sarawak. Dahulunya,
kaum Melanau juga tinggal di rumah
panjang yang bina tinggi, namun
masyarakat Melanau pada masa kini
telah mengubah cara kehidupan mereka
dengan tinggal di kampung yang
mengikut corak orang Melayu.
Masyarakat Melanau merupakan suku
yang beragama Islam dan Kristian.

CINA
Kaum Cina juga merupakan kaum
utama di Sarawak. Bahasa Hakka dan
Mandarin merupakan bahasa yang
dituturkan di Sarawak kecuali di Sibu
yang cenderung kepada bahasa
Foochow.

INDIA
Kaum India merupakan kumpulan
etnik yang berpopulasi kecil di
Sarawak. Bahasa yang digunakan
ialah Bahasa Tamil.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI
SARAWAK
Untuk pengetahuan anda, Sarawak mempunyai banyak tempat yang menarik untuk anda lawati semasa datang melancong ke
Sarawak. Bumi Sarawak ini penuh dengan warna-warni yang menunggu anda untuk terokai.

SARAWAK CULTURAL
VILLAGE
Jika anda ingin merasai sendiri
pengalaman kehidupan setiap etnik di
Sarawak, anda harus datang melawat ke
tempat ini. Anda dapat melihat replika rumah
serta bangunan etnik-etnik utama di Sarawak
seperti rumah panjang Orang Ulu, rumah
tinggi Melanau dan lain-lain.

TAMAN NEGARA MULU


Taman negara ini mempunyai bentuk
muka bumi yang agak luar biasa. Taman
negara ini mempunyai pelbagai jenis
tarikan seperti Gua Angin, Gua Rusa,
Clear Water Cave, The Pinnacles
Viewpoint dan lain-lain. Anda juga boleh
elihat pelbagai spesies tumbuhan
vaskular yang tumbuh di kawasan ini.

HUTAN SIMPAN
SEMENGGOH
Sekiranya anda ingin melihat orang
utan, anda harus datang ke tempat ini.
Orang utan di Hutan Simpan Semenggoh
diberikan latihan oleh ranjer-ranjer
untuk hidup di hutan sebelum dilepaskan
di sekitar hutan ini. Waktu yang terbaik
untuk melihat keletah orang utan adalah
pada waktu pagi dan petang.
TAMAN NEGARA BAKO
Taman negara ini adalah yang terkecil
di Sarawak. Taman negara ini
menempatkan pelbagai hidupan liar
termasuklah monyet belanda yang
memiliki hidung yang besar dan hanya
terdapat di Borneo sahaja. Selain itu,
pelbagai aktiviti riadah dapat
dilakukan di kawasan pantai, laut,
paya bakau dan kawasan air terjun.

JAMBATAN
DARUL
HANA
Melalui Jambatan Darul Hana, anda
dapat menyaksikan pemandangan
sekitar Sungai Sarawak dan juga
bandaraya Kuching. Anda juga boleh
melihat keindahan ketika matahari
terbenam. Pada setiap pukul 8.30 malam
terdapat persembahan cahaya laser
yang disertai dengan iringan muzik di
kawasan pancuran air.

PASAR SERIKIN
Pasar ini dapat menarik banyak
pelanggan kerana terdapat pelbagai
kraftangan yang menarik dan hargnya
juga agak rendah. Antara kraftangan
yang anda boleh temui di sini adalah
kain batik sarawak, tikar, bubu,
makanan tradisi dan lain-lain.
MAKANAN POPULAR DI
SARAWAK
Terdapat pelbagai jenis makanan yang biasanya jarang dijumpai di Semanjung yang terdapat di Sarawak. Berikut
adalah antara beberapa jenis hidangan enak yang harus dicuba sekiranya anda mengunjungi Sarawak bumi
kenyalang.

LAKSA SARAWAK
Sekiranya anda datang melancong ke
Sarawak, anda wajib mencuba laksa
Sarawak kerana laksa Sarawak seratus
peratus berbeza dengan laksa-laksa yang
terdapat di Semenanjung Malaysia seperti
laksa Penang, laksa Johor dan banyak lagi.
Mee yang diguna, kuah, rasa dan juga
penyediaan bahannya yang membezakan
laksa Sarawak dengan laksa yang lain.

MEE KOLOK
Mee kolok merupakan makanan yang bukan berasal
dari Sarawak sendiri tetatpi di bawa masuk oleh
masyarakat cina Sarawak ketika mereka berhijrah
ke Sarawak. Mee ini menjadi hidangan yang popular
di kalangan semua penduduk Sarawak dan turut
dihidangkan di kedai makanan Melayu. Bagi
masyarakat Cina, mee kolok dikenali sebagai
Kampua dan masyarakat Iban memanggilnya
sebagai mee rangkai dan mee kering. Masyarakat
Melayu tetap memanggilnya sebagai mee kolok.

MEE KUCING
Mee kucing juga dikenali sebagai mee
dawai kerana mee dihidangkan dalam
keadaan keras dan ranggup. Mee kucing
juga merupakan makanan yang popular
di Sarawak namun tidak boleh kalahkan
rasa laksa Sarawak dan mee kolok. Mee
kucing mempunyai tarikan tersendiri
yang menyebabkan ramai orang
menyukai makanan ini.
KEK LAPIS
Kek lapis Sarawak merupakan satu kuih yang
popular di Sarawak. Kek Lapis Sarawak
merupakan menu wajib dan paling
popularketika musim perayaan. Kek lapis
Sarawak mempunyai rasa dan coraknya
tersendiri bagi setiap perisa.

MANOK PANSOH
Manok pansoh adalah sejenis makanan
dimana ayam dimasak dalam buluh
bersama ramuan khas. Makanan ini juga
merupakan makanan tradisional
masyarakat Iban yang menjadi
kegemaran ramai. Cara memasak
hidangan ini agak mirip seperti memasak
lemang.

MIDIN
Sayur midin atau nama panjangnya Kemidin
merupakan sejenis sayur yang sangat
popular di Sarawak dan kebiasaannya sayur
ini dimasak secara goreng belacan. Midin
goreng belacan merupakan hidangan
makanan yang tidak kurang popularnya di
kalangan kaum Iban dan yang
membezakannya hanya cara penyediaan.
Menu sayur midin ini boleh didapati di
mana-mana kedai makan di Sarawak dan ia
juga dimasak dengan pelbagai cara
masakan.

You might also like