You are on page 1of 4

PEPERIKSAAN AKHIR

PEPERIKSAAN TAKE HOME


SEMESTER APRIL 2021

KURSUS : PROFESIONALISME GURU PAKK


KOD KURSUS : ECS3113
TARIKH EDARAN : JULY 2021 , 2.30 PM
TARIKH HANTAR : JULY 2021 , 2.30 PM
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)
(PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
PENSYARAH & : PM DATIN DR ASMAH BT AHMAD (0192864169)
NO TELEFON

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi dua (2) bahagian:

Bahagian A - 6 soalan (struktur)


Bahagian B - 2 soalan (esei)

Jawab semua soalan di Bahagian A dan B.

Baca DENGAN TELITI arahan bagi setiap bahagian.

Calon perlu memastikan bahawa mereka mempunyai sambungan Internet yang stabil semasa
memuat turun kertas soalan dan memuat naik jawapan.

Calon hendaklah memastikan mereka meletakkan nama penuh dan nombor matriks di
bahagian atas muka surat pertama dokumen jawapan.

Calon hendaklah sentiasa save jawapan semasa proses menjawab untuk mengelakkan daripada
kehilangan jawapan secara tidak disengajakan.

Calon dikehendaki menghantar jawapan melalui Assignment Activity portal e-learning yang
disediakan bagi peperiksaan Take Home sebelum waktu serahan berakhir.

Setiap calon hanya dibenarkan membuat penyerahan jawapan sekali sahaja. Oleh itu semua
jawapan mestilah diserah sekali gus.

PENGAKUAN CALON:

Dengan ini saya mengaku bahawa semua jawapan yang telah saya kemukakan sepenuhnya ialah
hasil kerja saya sendiri dan saya faham bahawa terdapat hukuman tatatertib yang akan
dikenakan sekiranya terdapat penipuan, plagiat dan tingkah laku yang tidak sesuai.

Kertas Soalan Ini Mengandungi Empat (4) Muka Surat

SULIT
FPSS/ECS3113/APRIL21

BAHAGIAN A: SOALAN STRUKTUR (60 MARKAH)


JAWAB SEMUA SOALAN

1. Jawatan perguruan adalah dianggap sebagai jawatan profesional.

a) Apakah ciri-ciri yang harus ada dalam sesuatu jawatan/profesion yang boleh dianggap
profesional?
(6 markah)

b) Senaraikan EMPAT (4) faktor yang menghalang jawatan perguruan mencapai status
profesional.
(4 markah)

2. Guru sepatutnya profesional bukan semata-mata dalam hal pengurusan pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga sebagai pengurus dalam pelbagai hal.

a) Senaraikan LIMA (5) amalan yang menunjukkan guru dapat menguruskan masanya
dengan berkesan.
(5 markah)

b) Berikan LIMA (5) amalan integriti yang biasa dilakukan oleh guru profesional dalam
urusan kerjayanya.
(5 markah)

3. Nyatakan dengan contoh LIMA (5) situasi atau ciri yang boleh menggambarkan sikap
berakauntabiliti dalam diri guru yang profesional.

(10 markah)

SULIT/ 2
FPSS/ECS3113/APRIL21

4. Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dan masyarakat amnya beranggapan


bahawa guru mempunyai beberapa kualiti dan kemahiran dalam diri mereka.

a) Apakah kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh guru profesional untuk meningkatkan
keberkesanan komunikasinya? Senaraikan TIGA (3) daripadanya.

( 6 markah )

b) Nyatakan EMPAT (4) kualiti sosial yang patut diamalkan oleh seorang guru
profesional.

( 4 markah)

5. Huraikan secara ringkas dan jelas tanggungjawab guru terhadap murid seperti yang
tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia.

( 10 markah )

6. Satu bidang kajian yang perlu difahami dan diaplikasikan oleh guru adalah
Penyelidikan Tindakan (Action Research). Ia bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

a) Secara ringkas jelaskan apakah Penyelidikan Tindakan.


(6 markah)

b) Berikan DUA (2) kelebihan melaksanakan penyelidikan tindakan.

(4 markah)

SULIT/ 3
FPSS/ECS3113/APRIL21

BAHAGIAN B: SOALAN ESEI (40 MARKAH)


JAWAB SEMUA SOALAN

1. Seorang profesional akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti


profesionalnya. Huraikan perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang boleh
dilakukan oleh seorang guru untuk meningkatkan kualiti profesionalnya.

( 20 markah )

2. Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan beberapa program transformasi


pendidikan untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.

a) Jelaskan maksud Transformasi Pendidikan.

(6 markah)

b) Huraikan langkah-langkah dan program-program yang sedang dijalankan oleh


Kementerian Pendidikan untuk mencapai matlamat transformasi pendidikan tersebut.

(14 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT/ 4

You might also like