You are on page 1of 11

Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2) (2015): 32-42 ISSN-2289-8174

32

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN, KEFUNGSIAN KELUARGA DAN


KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN IBUBAPA

Asmawati Desa
Fatimah Yusooff
Zainah Ahmad Zamani
Nor Ba’yah Abdul Kadir
Mohd Norahim Mohamed Sani

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia


UKM Bangi

ABSTRACT

Parenting skills, family functioning and psychological well-being among parents are three very
important aspects to ensure the well-being of a family. A study among 231 mothers and fathers aimed
to identify the level of parenting skills and family functioning and relations between the two variables
was conducted. Furthermore, the relationship between family functioning and psychological well-
being was studied. The difference between genders for the three variables were also examined. The
results showed that there were significant relationships between family functioning and parenting
skills, and family functioning and psychological well-being. T-test analysis showed that there was a
difference in parenting skills between men and women, but there was no difference in terms of family
functioning and psychological well-being. The implication of this study demonstrates the importance
of parenting skills and family functioning in order to achieve psychological well-being.

Keywords: parenting skills, family functioning, psychological well-being, parents.

peramal dan perantara kepada penghasilan


PENGENALAN kesejahteraan dalam diri. Berbanding individu
yang
Kesejahteraan seseorang individu banyak
bergantung kepada kesejahteraan psikologi
yang dialami olehnya. Bahagia atau tidak mempunyai kepuasan hidup yang tinggi,
merupakan sesuatu yang abstrak dan bersifat individu yang rendah kepuasan hidup biasanya
subjektif. Mengikut World Health sukar mencapai kesejahteraan hidup
Organisation (WHO) (2012), kesejahteraan terutamanya dalam golongan remaja.
manusia biasanya dilihat dari sudut psikologi Kesejahteraan hidup menentukan dan
yang meliputi aspek kognitif dan afektif. mempengaruhi kehidupan seharian samada
Aspek kognitif dan afektif ini pula merujuk secara positif atau negatif ke arah
kepada perasaan positif dan negatif tentang perkembangan psikologi dan tingkah laku
kehidupan selama ini dan lebih memfokuskan individu.
kepada kepuasan dalam hidup. Antaranya ialah
seperti kepuasan perkahwinan, kepuasan Kesejahteraan psikologi melibatkan kehidupan
hidup, kepuasan dalam suasana kekeluargaan, yang baik, yang merangkumi perasaan yang
kurang mengalami kemurungan dan keresahan baik dan kefungsian yang efektif (Huppert
yang melampau. 2009). Kesejahteraan yang mampan tidak
memerlukan individu merasa baik sepanjang
Park (2004), pula menyatakan bahawa hidup, kerana mengalami emosi yang
perspektif kesejahteraan merupakan satu menyakitkan (seperti kegagalan, kekecewaan,
perspektif yang melibatkan kemanusiaan kesedihan) adalah sebahagian hidup yang
secara mendalam. Kepuasan seseorang normal. Keupayaan mengurus emosi yang
individu dalam kehidupan menjadi satu negatif atau menyakitkan adalah perlu untuk
petanda bahawa kesejahteraan hidup menjadi memperoleh kesejahteraan jangka panjang,
33

kerana kadang kala emosi negatif adalah bahagia merupakan tuntutan asas bagi seorang
sangat teruk dan bertahan lama sehinggakan manusia. Kejayaan menjadikan sesebuah
mengganggu keupayaan kefungsian individu perkahwinan itu baik dan cemerlang akan
dalam kehidupan. melahirkan individu dalam keluarga itu
sebagai golongan yang mencapai satu tahap
Kesejahteraan psikologi juga merujuk kepada kejayaan hidup. Persefahaman, menghormati
kesejahteraan yang diperoleh daripada dan sumber pertolongan secara emosi sesama
pelbagai aspek seperti keperluan sosial, ahli dalam keluarga akan mewujudkan suasana
psikologi, atau keperluan kebebasan yang kepuasan dengan alam perkahwinan dan
memberikan kesan kepada pertumbuhan keluarga selaras dengan kehendak diri masing-
peribadi (Asmawati, Asmah & Zaini 2009). masing. Pencapaian kesejahteraan dalam diri
ini meliputi konsep penyempurnaan kendiri
Ryff (1989) melihat elemen ini sebagai satu dalam Teori Hirarki Maslow yang meletakkan
usaha mencapai kesempurnaan berdasarkan penyempurnaan kendiri sebagai tahap yang
realisasi potensi diri sebenar. Ryff (1989) juga tertinggi dalam hidup (Shuaib, Habibie,
mengkategorikan kesejahteraan psikologi Getrude & Adi 2003).
kepada 6 elemen utama sebagai pengukuran
iaitu autonomi, pengawalan persekitaran, Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) turut
perkembangan kendiri, hubungan positif memperlihatkan konsep keluarga bahagia
dengan orang lain, matlamat kehidupan dan dalam rancangan jangka masa panjang. Semua
juga penerimaan kendiri. Elemen-elemen ini ini adalah melalui perlaksanaan program
menjadi ukuran kepada kesejahteraan pembangunan keluarga bahagia dan
psikologi kepada individu dan membantu ke mensejahterakan masyarakat dengan
arah kesejahteraan keluarga dalam masyarakat. menekankan tentang pembinaan keluarga
Sebagaimana kajian ini, kesejahteraan berdaya tahan bagi mencapai keseimbangan
psikologi dan individu didasarkan kepada yang optimum antara pertumbuhan kebendaan
kebahagiaan keluarga atau kesejahteraan dan pembangunan masyarakat (Unit Perancang
sesebuah keluarga dan panduan ini Ekonomi 2006). Bagi rancangan ini, usahanya
diaplikasikan untuk menjadikan keluarga itu ialah ke arah memperkukuhkan unit
harmoni dan aman damai sebagaimana setiap kekeluargaan, meningkatkan penyertaan
individu inginkan. masyarakat dan peranan masyarakat umum
serta badan bukan kerajaan (NGO) ke arah
Kesejahteraan psikologi boleh dipengaruhi pemupukan masyarakat yang lebih bertolak
oleh beberapa faktor utama seperti kualiti ansur dan penyayang. Keadaan keluarga
hubungan dalam kekeluargaan, tahap tekanan bahagia di sini lebih menjurus kepada
dalam diri, kesihatan fizikal dan hubungan pembinaan kekeluargaan yang baik untuk
intimasi yang baik dengan rakan-rakan mewujudkan kesedaran serta mengiktiraf
(sosial). Semua ini bergantung kepada sejauh keluarga sebagai satu unit yang penting dalam
mana individu menstabilkan diri sendiri dan institusi sosial (Unit Perancang Ekonomi
mengekalkan keadaan itu untuk kesihatan 2006)
dalaman dan luaran. Keadaan ini juga
menunjukkan bahawa makna kepada sebuah Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk
kehidupan ialah rasa dipenuhi dari segala mengenalpasti tahap kemahiran ibubapa dan
aspek kerana perasaan sebegini menjadi kefungsian keluarga dan sejauhmana ia
pelindung kestabilan emosi, jaminan kesihatan memberi kesan terhadap kesejahteraan
psikologi dan kesejahteraan diri. Makna dalam keluarga. Ini adalah kerana realiti masyarakat
sesebuah kehidupan sangat penting terhadap pada hari ini yang mana pelbagai masalah
individu, keluarga dan masyarakat. sosial wujud disebabkan oleh ketidakfungsian
keluarga.
Dush, Taylor dan Kroeger (2008) pula melihat
kesejahteraan psikologi sebagai unsur Kajian lepas
berhubungan antara kepuasan perkahwinan
dalam keluarga dengan kesejahteraan individu. a) Kemahiran keibubapaan
Perkaitan ini membuktikan bahawa keperluan
untuk sesebuah perkahwinan dan keluarga
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2) (2015): 32-42 ISSN-2289-8174
34

Reis, Barbera-Stein dan Bennet (1986), psikologi, keyakinan diri, dan juga peranan
mengkaji pengaruh faktor ekologi kemahiran setiap ahli keluarga dalam pembentukan
keibubapaan kepada perkembangan psikologi tingkah laku dan sikap anak-anak. Bagi anak-
dan kesejahteraan anak-anak. Objektif kajian anak yang tidak menunjukkan perkembangan
ini adalah untuk melihat sejauh mana faktor yang baik, sebenarnya mereka ini tidak
ekologi kemanusiaan mempunyai hubungan diberikan perhatian yang cukup di dalam
dengan pengaruh psikologi dalam keluarga. Keadaan perkembangan mereka
keibubapaan, umur sewaktu menjadi ibu dan agak sukar dan bermasalah dari pelbagai sudut
bapa dan kemahiran keibubapaan di dalam seperti sokongan sosial serta kualiti interaksi
sesebuah keluarga. Seramai 210 orang sampel sesama ahli keluarga. Anak-anak terabai
dari kalangan ibu hadir secara sukarela untuk kerana kekurangan sokongan dan interaksi
kajian yang melibatkan 82 orang sampel dalam keluarga terutamanya dengan ibu.
berkulit putih dan baki 128 orang adalah dari
golongan berkulit hitam Amerika. Sebanyak Finkenauer, Engel dan Baumesiter (2005) pula
empat instrumen telah digunakan untuk kajian menggunakan data keratan rentas 1359 kanak-
ini iaitu, Skala Depresi, Developmental kanak lelaki dan perempuan berusia 10 -14
Childrearing Attitudes and Expectations, tahun untuk mengkaji tingkah laku
Perceived Social Support dan Home keibubapaan secara langsung atau tidak
Observation for Measurement of the langsung (melalui membina kawalan diri)
Environment. yang berkaitan dengan emosi (kemurungan,
tekanan, rendah diri) dan tingkah laku
Dapatan kajian ini menunjukkan ibu bapa bermasalah di kalangan remaja (kenakalan,
golongan muda, yang mempunyai pencerobohan). Kajian ini menunjukkan
pengetahuan yang rendah terhadap bahawa keyakinan diri anak-anak secara tidak
perkembangan anak dan kurang mendapatkan langsung dipengaruhi oleh tingkah laku ibu
sokongan sosial mempunyai depresi yang bapa terutama pada peringkat awal kanak-
tinggi. Walau bagaimanapun, umur bukanlah kanak. Akibat daripada tingkah laku dan emosi
faktor utama yang menyumbang kepada yang negatif dan bermasalah di kalangan ibu
kemahiran keibubapaan yang rendah. Dari segi bapa menyebabkan keyakinan diri yang rendah
kaum, kajian mendapati bahawa golongan di kalangan anak-anak sejak kecil lagi.
Amerika yang berkulit hitam dan mempunyai Tingkah laku yang lebih positif pada perilaku,
seorang anak menunjukkan ilmu keibubapaan emosi dan keyakinan anak-anak dapat dilihat
yang paling rendah. Walau bagaimanapun, pada keluarga yang ibu bapa adalah
faktor kaum dan kemahiran keibubapaan ini menyokong, memahami emosi dan
masih lagi memerlukan kajian yang lebih bertanggungjawab ke atas keperluan anak serta
terperinci yang meliputi aspek seperti ekonomi kerap meluangkan masa bersama anak-anak.
dan budaya. Manakala keluarga yang berkonflik dan
kurang serta tidak melibatkan diri dalam hal
Sementara itu Iwaniee dan Sneddon (2002) anak-anak menyebabkan anak-anak terabai
mengkaji hubung kait antara kualiti kemahiran dan mendatangkan kesan yang negatif
keibubapaan di kalangan individu yang gagal terhadap anak-anak (Finkenauer et al, 2005).
dalam membantu perkembangan anak-anak.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat Di dalam suatu kajian lain yang telah
bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak dijalankan oleh Rhoades dan O’Leary (2007),
mereka sekarang iaitu adakah mereka didapati kemahiran keibubapaan mempunyai
terpengaruh dengan cara bagaimana mereka kaitan dengan faktor struktur sesebuah
dulu dididik dan dibesarkan sejak kecil. keluarga. Mereka mengkaji struktur sesebuah
Objektif kedua menentukan hubung kait antara keluarga dan kemahiran keibubapaan, serta
anak-anak yang gagal berkembang dengan disiplin yang tidak berfungsi dan kaitannya
karekter ibu bapa dan juga interaksi yang dengan masalah tingkah laku anak-anak.
negatif di dalam keluarga. Sampel diambil daripada 453 responden yang
terdiri daripada pasangan ibu bapa yang
Di dalam kajian Iwaniee dan Sneddon (2002) mempunyai anak berusia lingkungan tiga
ini, menunjukkan bahawa kemahiran tahun hingga tujuh tahun ke atas.
keibubapaan mempengaruhi kesejahteraan
35

Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa kajian ini, seramai 300 orang anak-anak yang
tingkah laku bermasalah pada anak-anak terlibat dengan jenayah juvana di Rusia
adalah disebabkan oleh disiplin yang lemah dijadikan sampel untuk melihat kefungsian
atau tidak tegas dan juga terlalu tegas oleh ibu keluarga mereka, tingkah laku bermasalah dan
bapa terhadap anak-anak. Di samping itu, asuhan keibubapaan sebagai elemen
keputusan kajian juga membuktikan bahawa pengkajian.
sikap ibu yang terlalu tegas berbanding bapa
mendatangkan hasil yang tidak baik kepada Dapatan menunjukkan bahawa kefungsian
psikologi anak-anak. Ibu yang lebih keluarga dan kemahiran keibubapaan
bertanggungjawab dan mempunyai kesabaran merupakan peramal kepada tingkah laku
yang tinggi berbanding bapa amat penting bermasalah anak-anak yang tidak mencapai
dalam pembentukan disiplin anak-anak yang kesejahteraan dalam diri. Manakala,
positif. ketidakfungsian keluarga pula berkait rapat
dengan patologi yang serius seperti
Satu kajian telah dijalankan oleh Hindman dan kebimbangan, masalah sosial, tingkah laku
Morrison (2012) bertujuan untuk melihat agresif dan sebagainya. Persekitaran keluarga
perbezaan kemahiran keibubapaan di kalangan juga merupakan jangkaan kepada berlakunya
ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang gejala juvana ini berbanding dengan asuhan
masih berada di tadika dalam komuniti kelas keibubapaan. Jelasnya, kefungsian keluarga
sederhana dan kesannya ke atas skil anak-anak dan kemahiran keibubapaan menjadi peramal
dalam percakapan dan kemahiran sosial. kepada sesuatu yang kuat untuk tingkah laku
Seramai 229 keluarga mengambil bahagian anak-anak untuk jangka masa panjang. Di
dalam kajian ini. Ibu bapa diminta untuk samping itu, peranan gaya asuhan dan
melengkapkan data mengenai kemahiran kemahiran keibubapaan serta persekitaran
keibubapaan yang biasa dilakukan di rumah, keluarga yang tidak sihat menggalakkan lagi
manakala anak-anak menjawab soalan anak-anak untuk terlibat dengan apa jua gejala
berkaitan dengan kemahiran yang dikaji. Tiga yang negatif.
dimensi untuk kemahiran keibubapaan di
dalam kajian ini ialah, suasana pembelajaran Menurut Amran Hassan dan rakan-rakan
di rumah, sokongan autonomi dan disiplin. (2012), kefungsian keluarga mempunyai
Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa hubungan dengan kesejahteraan psikologi
yang memberi sokongan, interaksi yang positif individu di dalam keluarga. Beliau telah
dan suasana pembelajaran di rumah yang menjalankan kajian rintis pada 2011 terhadap
kondusif memberi kesan positif kepada literasi 73 sampel melibatkan ibu bapa dan anak di
anak dan kemahiran sosial yang lebih tinggi. semenanjung Malaysia. Keputusan kajian
Anak-anak yang mendapat sokongan dari segi menunjukkan terdapat perbezaan yang
pembelajaran di rumah lebih berkeyakinan dan signifikan kesejahteraan antara ibu bapa
lebih mudah untuk berinteraksi di luar. dengan kanak-kanak, dan terdapat hubungan
yang signifikan antara kemahiran keibubapaan
b) Kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi.

Kajian Ruchkin et al (2000) memfokuskan


kepada anak-anak yang delinkuen. Kajian ini c) Kesejahteraan psikologi
meliputi kefungsian keluarga, cara ibu bapa
mengasuh anak dan tingkah laku bermasalah Kajian Silverberg dan Steinberg (1987)
di kalangan anak-anak delinkuen. Faktor melihat hubungan kesejahteraan keluarga
kefungsian keluarga sangat mempengaruhi dengan ibu bapa dan anak yang berkonflik
tingkah laku anak-anak berbanding dengan yang melibatkan elemen autonomi dalam diri.
kemahiran keibubapaan (gaya asuhan ibu bapa Autonomi merupakan salah satu elemen
kepada anak). Kekurangan dari segi peranan dan tanggungjawab yang wujud dalam
perkongsian perasaan, komunikasi dalam diri ibu bapa untuk menghasilkan satu
keluarga dan meluangkan masa yang peraturan yang baik terhadap sesebuah
bermanfaat bersama anak merupakan antara keluarga. Dalam kajian ini, seramai 129 orang
isu yang berkait rapat dengan penglibatan sampel diambil dari kalangan anak yang
anak-anak dengan kes-kes juvana. Dalam berusia 10 hingga 15 tahun. Keputusan
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2) (2015): 32-42 ISSN-2289-8174
36

menunjukkan bahawa keadaan autonomi


berlandasakan emosi lebih berhubungan METOD KAJIAN
dengan anak yang sama jantina dengan ibu
atau bapa. Oleh itu, kefungsian keluarga yang Kajian ini melibatkan survei dengan
melibatkan elemen autonomi mempengaruhi penggunaan soal selidik, di kalangan 231
keadaan kesejahteraan psikologi anak-anak orang responden di kawasan Alor Setar, Kota
sekiranya menjadi amalan yang positif. Bharu dan Lembah Kelang. Ketiga-tiga
Keadaan remaja yang sedang dalam proses kawasan ini dipilih berdasarkan data yang
kematangan juga sebenarnya memerlukan diperoleh daripada JAKIM bahawa kadar
lebih perhatian dari keluarga sama ada dari perceraian adalah tinggi di kawasan-kawasan
segi autonomi yang bersesuaian dengan tersebut.
keadaan pembentukan semasa dirinya itu.
Soal selidik adalah terdiri daripada empat
Abdul Aziz dan Raihana (2011) mengkaji bahagian. Bahagian A adalah mengenai faktor
hubungan elemen kontekstual (kepuasan demografi responden. Bahagian B, C dan D
dalam perkahwinan, sokongan sosial, dan melibatkan tiga soal selidik utama untuk
konflik pekerjaan-keluarga) dengan asuhan mengkaji aspek keibubapaan, kefungsian
golongan bapa terhadap kesejahteraan ahli keluarga dan kesejahteraan psikologi. Soal
sesebuah keluarga. Seramai 413 orang bapa selidik Parenting Behaviour Scale adalah
dari Selangor menjadi subjek kajian dan untuk mengenalpasti kemahiran keibubapaan,
keputusan mendapati wujudnya hubungan Family Adapbtibility and Cohesion Scale
yang signifikan antara elemen-elemen (Faces III) untuk kefungsian keluarga dan
kontekstual dengan kesejahteraan keluarga Ryff’s Psychological Well Being Scale
kecuali dalam bidang sokongan keluarga melibatkan kesejahteraan psikologi dalaman
dengan konflik pekerjaan-keluarga. Oleh itu, diri individu.
elemen kontekstual ini menjadi satu elemen
yang baik untuk diguna pakai sebagai elemen Skala Kemahiran Keibubapaan (Parenting
kefungsian keluarga dari segi emosi yang Behaviour Scale)
boleh mempengaruhi kesejahteraan sesebuah
keluarga. Bapa juga sebagai ketua keluarga Skala kemahiran keibubapaan ini direka khas
menjadi aset utama penggerak kepada untuk melihat tingkah laku keibubapaan dalam
kesejahteraan sesebuah keluarga dari segi hubungannnya dengan anak-anak. Skala ini
psikologi dan juga jasmani. Tanggungjawab direka oleh Voydanoof dan Donelly pada
dan kejayaan seorang bapa yang dapat tahun 1998 untuk mengukur empat sub
mengemudi keluarga dengan baik pasti akan konstruk atau dimensi utamanya iaitu
memberikan dan menghasilkan sebuah perbincangan ibu bapa dan anak, aktiviti ibu
keluarga yang sejahtera. bapa dan anak, penglibatan ibu bapa anak, dan
pengawalan ibu bapa terhadap anak
Tujuan kajian (Voydanoof & Donelly 1998).

1. Mengenalpasti tahap kefungsian Skala kemahiran keibubapaan ini


keluarga dan kemahiran mengandungi 12 item dan menggunakan skala
keibubapaan di kalangan ibu dan Likert, iaitu skala 0 (tidak pernah), 1 (jarang-
bapa. jarang), 2 (kadang-kadang), 3 (selalu), dan 4
2. Mengenalpasti hubungan antara (sangat selalu). Skor yang tertinggi merujuk
kemahiran keibubapaan dengan kepada kemahiran keibubapaan yang
kefungsian keluarga dan dilaksanakan selama ini adalah baik, dan skor
kefungsian keluarga dengan yang rendah menggambarkan kemahiran
kesejahteraan psikologi di keibubapaan yang kurang baik.
kalangan ibu dan bapa. Kebolehpercayaan skala kemahiran tingkah
3. Menguji perbezaan kefungsian laku keibubapaan ini berdasarkan nilai Alpha
keluarga, kemahiran keibubapaan Cronbach ialah .86.
dan kesejahteraan psikologi di
antara ibu dan bapa.
37

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis terpisah, terhubung dan terserap. Markah telah
dimensi dan nombor item dalam skala ditetapkan mengikut kriteria-kriteria itu dan
kemahiran keibubapaan: responden akan mengetahui tahap di mana
mereka berada. Markah bagi golongan terlerai
ialah antara 10-31, terpisah anatara 32-37,
Jadual 1 Jenis dimensi dan nombor item dalam terhubung sebanyak 38-43 dan akhir sekali
Skala Kemahiran Keibubapaan
ialah terserap sebanyak markah antara 44-50.
Bagi dimensi kebolehsuaian pula, ia
Nombor-nombor melibatkan ukuran tentang tegar, berstruktur,
Jenis Dimensi:
Item: fleksibel, dan juga huru-hara. Markah bagi
tegar ialah antara 10-19, berstruktur antara 20-
Perbincangan ibu bapa 24, fleksibel antara 25-29 dan huru hara antara
1,2, dan 3
dengan anak 30-50.
Aktiviti ibu bapa dengan
4,5 dan 6 Maksud kesepaduan ialah ikatan perasan atau
anak
emosi antara ahli-ahli dalam keluarga. Bentuk
Penglibatan ibu bapa perhubungan yang sihat pula merujuk kepada
10, 11 dan 12 sejauh mana individu merasa seronok bersama
dengan anak
dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang
Pengawalan ibu bapa terlalu rapat mungkin menjadikan individu
7, 8 dan 9
terhadap anak dalam keluarga terlalu bergantung antara satu
Skala Kefungsian Keluarga (Family sama lain. Begitu juga jika terlalu longgar
Adaptability and Cohesion Scales: FACES kerapatan menjadikan sesebuah keluarga itu
III) disifatkan sebagai terlerai iaitu tidak rapat dan
menjadi bebas dalam lingkungan sesebuah
Soal selidik kefungsian keluarga ini merupkan keluarga.
satu ujian yang digunakan untuk mengkaji dan
melihat kefungsian sesebuah keluarga. Ujian Kebolehsuaian merujuk kepada kemampuan
ini berasaskan kepada Circumplex Model yang keluarga mengubah struktur kuasa, hubungan
berkaitan dengan sistem kekeluargaan dan peranan dan perhubungan antara ahli keluarga
juga elemen sesebuah perkahwinan (Olsen & sesuai dengan keadaan semasa keluarga.
Gorell, 2003). Ujian ini menggalakan individu Petunjuk kepada kebolehsuaian keluarga ialah
menyatakan keadaan keluarga mereka pada bagaimana kita menyeimbangkan kestabilan
waktu semasa keadaan tersebut. Skala ini berbanding perubahan, kepimpinan, peranan
mempunyai dua dimensi utama iaitu dan disiplin dalam keluarga. Keluarga yang
kesepaduan (cohesion) dan kebolehsuaian mempunyai tahap kebolehsuaian yang terlalu
(adaptability) bagi mengukur kefungsian tinggi menggambarkan sifat keluarga itu
sesebuah keluarga secara keseluruhan. terlalu fleksibel dalam semua aspek. Manakala
jika sebaliknya, melambangkan sifatnya terlalu
Soal selidik ini mengandungi 20 item dengan rigid. Dalam keadaan perhubungan yang tidak
menggunakan skala Likert untuk mengukur fleksibel, selalunya seseorang pemimpin
tahap kebolehsuaian dan juga kesepaduan dalam keluarga akan menentukan semua
sesebuah keluarga. Skala 1 melambangkan peraturan dan keputusannya untuk diikuti.
hampir tidak pernah, 2 untuk sekali sekala, 3
sebagai kadang kala, 4 pula sebagai kerap dan Kebolehpercayaan ujian ini menggunakan
5 sebagai sentiasa. Cara pemarkatan ialah Alpha Cronbach mencatatkan .73 secara
dengan menjumlahkan semua item bernombor keseluruhannya. Bagi kebolehpercayaan untuk
ganjil dan juga item bernombor genap. Jumlah dimensi kesepaduan nilai Alpha Cronbach
item ganjil mewakili dimensi kesepaduan, ialah .80, manakala dimensi kebolehsuaian
manakala jumlah item genap pula mewakili nilai Alpha Cronbachnya ialah .83. Kesahan
dimensi kebolehsuaian. dan kebolehpercayaan yang konsisten ujian ini
dapat mengukur kefungsian sesebuah keluarga
Dari segi kesepaduan, ukuran dibuat dengan itu berdasarkan keadaan semasa.
melibatkan elemen-elemen seperti terlerai,
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2) (2015): 32-42 ISSN-2289-8174
38

Skala Kesejahteraan Psikologi Ryff (Ryff’s yang tinggi menggambarkan pengawalan


Psychological Well Being Scale) persekitaran yang baik dan membuat sesuatu
dengan efektif jika melibatkan
Ujian kesejahteraan psikologi ini mempunyai persekitarannya. Manakala skor yang rendah
enam dimensi utama iaitu autonomi, pula menunjukkan kesukaran untuk
penguasaan persekitaran, perkembangan menguruskan persekitaran dan tidak pandai
kendiri, perhubungan positif dengan orang memulihkan persekitaran. Jadual berikut
lain, matlamat dalam kehidupan dan menggambarkan tentang item-item positif dan
penerimaan diri sendiri. Skala ini telah direka negatif.
oleh Carol Ryff pada tahun 1989, yang berasal
dari pelbagai pengaruh keilmuan dan Jadual 3 Item-item Positif dan Negatif Dimensi
dikemaskini pada tahun-tahun seterusnya Penguasaan Persekitaran
bersesuaian dengan isu yang ingin diukur.
Alat ujian ini menggunakan skala Likert iaitu Jenis Item Nombor-nombor item
skala 1 bermaksud tidak setuju, 2 bermaksud
sedikit tidak setuju, 3 sedikit setuju, 4, Positif 1, 4, 6, 7, 9, 10, 12, dan 14
mewakili agak setuju dan 5 mewakili sangat
setuju. Ujian ini mengandungi 84 soalan, dan Negatif 2, 3, 5, 8, 11 dan 13
bagi setiap dimensi terdapat sebanyak 14
soalan utama yang melibatkan soalan negatif Bahagian ketiga ialah perkembangan kendiri
dan positif. dan nilai Alpha Cronbach ialah .85, serta
melibatkan item positif dan item negatif
Bagi dimensi pertama dalam skala (Rujuk Jadual 4). Skor tinggi menunjukkan
kesejahteraan psikologi ini ialah pengukuran individu yang mempunyai perasaan sentiasa
dari segi autonomi. Nilai kebolehpercayaan berkembang dan bersedia untuk pengalaman
Alpha Cronbach ialah .83 dan ia mempunyai baru. Manakala skor rendah menunjukkan
soalan yang berbentuk positif dan negatif. kurangnya perkembangan, sentiasa bosan dan
Cara pemarkatan ialah dengan menjumlahkan tidak berminat tentang kehidupan.
markah tertinggi dan ini akan memaparkan
dimensi autonomi yang merujuk kepada Jadual 4 Item dimensi perkembangan kendiri
individu yang kuat dan tidak bergantung
dengan orang lain, bersedia dengan segala
cabaran serta meletakkan personaliti diri Jenis Item Nombor-nombor item
sebagai satu standard yang baik. Skor yang
Positif 2, 3, 5, 7, 8, 9, 11 dan 12
rendah dalam dimensi ini ialah prihatin tentang
jangkaan dan penilaian oleh orang lain, suka Negatif 1, 4, 6, 10, 13, dan 14
untuk menghukum dalam membuat keputusan
dan bertindak dalam tekanan.
Bahagian keempat ialah perhubungan yang
Jadual 2 menunjukkan jenis item dan nombor baik dengan orang lain. Nilai
item bagi skala tersebut. kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah .88
yang berasaskan item positif dan negatif yang
Jadual 2 Jenis item dan nombor item bagi aspek boleh dirujuk daripada Jadual 5. Cara
autonomi. pemarkatannya juga melibatkan skor tinggi
yang menggambarkan suka kepada hubungan
Jenis Item Nombor-nombor item dengan orang lain berasaskan kepada
kepercayaan yang tinggi, prihatin, empati dan
Positif 2, 3, 5, 7, 9, 12 dan 14 memahami perkembangan manusia. Skor yang
rendah pula menunjukkan susah untuk
Negatif 1, 4, 6, 8, 10, 11, dan 13 bersikap prihatin, terasing dan kecewa dalam
perhubungan dengan orang lain.
Dimensi kedua dalam skala kesejahteraan
psikologi ini ialah penguasaan persekitaran.
Nilai kebolehpercayaan alpha adalah .86. Skor
39

Jadual 5 Jenis item bagi dimensi perhubungan hubungan dan juga peratusan bagi
yang baik dengan orang lain mengenalpasti tahap setiap pemboleh ubah
yang dikaji. Ujian t adalah untuk
Jenis Item Nombor-nombor item mengenalpasti perbezaan kemahiran
keibubapaan, aspek kefungsian keluarga, dan
Positif 1, 4, 5, 7, 9, 12, dan 14 kesejahteraan psikologi antara lelaki dengan
wanita.
Negatif 2, 3, 6, 8, 10, 11 dan 13

Bahagian kelima adalah berkaitan dengan


matlamat kehidupan. Nilai Alpha Cronbach KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
ialah .88 dan juga melibatkan item positif dan
item negatif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8 menunjukkan taburan faktor
Jadual 6. Skor yang tinggi akan menunjukkan demografi bagi responden kajian. Daripada
bahawa individu mempunyai matlamat dalam 231 orang responden 144 orang (62.3%)
kehidupan yang jelas dan kehidupan yang adalah perempuan manakala 87 atau 37.7%
penuh dengan makna, manakala skor yang adalah lelaki. Dari segi etnik, majoriti daripada
rendah menunjukkan kekurangan matlamat responden adalah berbangsa Melayu iaitu 220
dalam kehidupan, dan tiada arah tujuan dalam orang atau 95.2% diikuti bangsa India 6 atau
kehidupan. 2.6% dan Cina 4 orang atau 1.7%. 225 orang
atau 97.4% responden kajian adalah beragama
Jadual 6 Jenis dan nombor item untuk dimensi Islam, manakala bangsa Kristian, Buddha dan
matlamat kehidupan Hindu masing-masing 2 orang atau 0.9%. Dari
segi taraf atau status perkahwinan pula,
seramai 218 orang atau 94.4% sudah
Jenis Item Nombor-nombor item
berkahwin, 6 orang atau 2.6% masing-masing
berstatus bujang atau bercerai/janda/duda.
Positif 1, 4, 8, , 9, 10, 12 dan 13
Jadual 8 Taburan faktor demografi
Negatif 2, 3, 5, 6, 7, 11 dan 14

Faktor
Akhir sekali, bahagian keenam berkaitan Bilangan Peratusan
demografi
dengan penerimaan diri sendiri. Nilai Alpha
Cronbach ialah .91. Cara pemarkatannya ialah Jantina
skor yang tinggi menggambarkan tingkah laku Lelaki 87 37.7
dan sikap yang positif dalam diri individu serta Perempuan 144 62.3
memandang positif terhadap diri sendiri,
manakala skor yang rendah menunjukkan Etnik
kekurangan kepuasan dalam diri dan Melayu 220 95.2
mempunyai masalah dalam kualiti peribadi. Cina 4 1.7
Jadual berikut memaparkan jenis item dan India 6 2.6
nombor dimensi penerimaan diri sendiri.
Agama
Islam 225 97.4
Jadual 7 Jenis item positif dan negatif dan nombor Kristian 2 0.9
item Buddha 2 0.9
Hindu 2 0.9
Jenis Item Nombor-nombor item
Status
Positif 1, 2, 5, 6, 8, 12 dan 13 perkahwinan
Berkahwin 218 94.4
Negatif 3, 4, 7, 9, 10, 11 dan 14 Bujang 6 2.6
Bercerai / 6 2.6
Janda / Duda
Data dianalisis dengan pakej SPSS, dengan
ujian korelasi untuk mengetahui tentang
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2) (2015): 32-42 ISSN-2289-8174
40

keluarga
Jadual 9 di bawah menunjukkan tahap *k < .05
kemahiran keibubapaan, yang mana didapati
hampir separuh (49.7%) daripada responden Dapatan deskriptif turut disokong dengan
berada di tahap yang tinggi. Ini bermakna dapatan ujian korelasi yang menunjukkan
tahap kemahiran keibubapaan adalah baik hubungan yang signifikan antara kemahiran
kerana hanya sebilangan kecil sahaja (7.5%), keibubapaan dengan kefungsian keluarga.
berada di tahap yang rendah dan hampir Kemahiran keibubapaan yang baik akan juga
separuh lagi berada di tahap yang tinggi. menghasilkan kefungsian keluarga yang baik
yakni tidak banyak masalah dari aspek
Jadual 9 Peratus subjek mengikut tahap kemahiran kesepaduan dan kebolehsuaian. Begitu juga
keibubapaan kefungsian keluarga yang mantap akan
menghasilkan kesejahteraan psikologi yang
Tahap kemahiran baik, begitu juga sebaliknya. Dapatan kajian
Peratus
keibubapaan ini turut menyokong kajian Iwaniee dan
Sneddon (2002) yang melaporkan kemahiran
Rendah 7.5 keibubapaan sememangnya mempengaruhi
kesejahteraan psikologi, keyakinan diri dan
Sederhana 42.8 juga pentingnya peranan setiap ahli keluarga
dalam pembentukan tingkah laku dan sikap
Tinggi 49.7 anak-anak. Oleh yang demikian, kualiti
interaksi sesama ahli keluarga, sokongan sosial
Manakala Jadual 10 pula memaparkan serta bagaimana ibu bapa berperanan dalam
keputusan tahap kefungsian keluarga yang keluarga adalah penting dalam
mana majoriti responden berada di tahap mensejahterakan setiap ahli dalam keluarga.
sederhana iaitu 63.3%, 36.7% berada di tahap
yang tinggi dan tidak ada yang berada di tahap Kajian oleh Finkenauer, Engel dan Baumesiter
rendah. Ini juga menunjukkan responden yang (2005) pula mendapati tingkah laku ibu bapa
dikaji tidak menghadapi masalah dalam yang merupakan kemahiran keibubapaan
keluarga kerana mereka dapat berfungsi memberi kesan kepada keyakinan diri dan
dengan baik. emosi anak. Keluarga yang memberi sokongan
yang positif akan menghasilkan tingkah laku
Jadual 10 Peratus subjek mengikut tahap yang juga positif dan seterusnya memberi
kefungsian keluarga kesan keluarga yang sejahtera. Kefungsian
keluarga yang lebih menyokong, memahami
Tahap kefungsian emosi dan bertanggungjawab memberi kesan
Peratus yang positif dalam kesejahteraan keluarga.
keluarga

Sederhana 63.3 Kajian ini juga selari dengan kajian oleh


Rhoades dan O’Leary (2007) yang juga
Tinggi 36.7 mendapati kemahiran keibubapaan
mempunyai kaitan dengan faktor struktur
sesebuah keluarga. Keluarga yang tidak
Jadual 11 menunjukkan terdapat hubungan
berfungsi dengan baik melalui kemahiran
yang signifikan antara kemahiran keibubapaan
keibubapaan tidak dapat menghasilkan
dengan kefungsian keluarga, r=0.288, k< 0.05
serta kefungsian keluarga dengan kesejahteraan keluarga. Akhir sekali, Ruchkin
et.al (2000) juga mendapati kefungsian
kesejahteraan psikologi, r=0.191, k<0.05.
keluarga dan kemahiran keibubapaan
Jadual 11 Hubungan kefungsian keluarga dengan merupakan peramal kepada tingkah laku
kemahiran keibubapaan dan kesejahteraan bermasalah anak-anak yang tidak mencapai
psikologi kesejahteraan dalam diri.

Kemahiran Kesejahteraan Bagi melihat perbezaan berdasarkan jantina


keibubapaan psikologi bagi ketiga-tiga pembolehubah ini, hasil ujian t
Kefungsian r = .288* r = .191* menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran
41

keibubapaan antara lelaki dengan wanita, t= - sejahtera. Ketiga-tiga pemboleh ubah yang
2.080, k<0.05, tetapi tidak terdapat perbezaan dikaji iaitu kemahiran keibubapaan,
dari aspek kefungsian keluarga, t=-1.333, kefungsian keluarga dan kesejahteraan
k>0.05 dan kesejahteraan psikologi, t=-0.521, psikologi amat diperlukan untuk membina
k>0.05. keluarga yang sejahtera.

Dapatan daripada ujian t menggambarkan


bahawa hanya satu aspek yang berbeza antara RUJUKAN
ibu dan bapa iaitu kemahiran keibubapaan,
yang mana min bagi wanita adalah 31.982, Abdul Aziz Mahayudin & Raihanah Azhari.
manakala lelaki adalah 29.547. Keputusan ini (2011). Faktor Konteksual dalam
menunjukkan bahawa wanita atau ibu Asuhan Bapa dan Implikasinya terhadap
mempunyai kemahiran keibubapaan yang Kesejahteraan Keluarga. Prosiding
lebih baik berbanding dengan kaum bapa. Persatuan Kaunseling Malaysia
Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang tidak (PERKAMA) International Convention
menghairankan kerana ibu merupakan orang Tahun 2011 pada 22-23 Jun 2011, di
yang paling rapat dan banyak meluangkan Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.
masa mendidik anak-anak berbanding dengan Bangi: PERKAMA.
bapa yang selalu dianggap keluar bekerja. Amran Hassan, Fatimah Yusooff & Khadijah
Namun kefungsian keluarga dan kesejahteraan Alavi (2012). The Relationship between
psikologi adalah tidak berbeza kerana kedua- Parental Skill and Family Functioning to
dua aspek ini tidak melibatkan jantina yang the Psychological Well-Being of Parents
berbeza. and Children. International Proceedings
of Economics Development and
Dapatan kajian ini selaras dengan pendapat Research. 34: 152.
Iwaniee dan Sneddon (2002) bahawa karekter Asmawati Desa, Asmah Ahmad & Zaini
ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang Sharkawi (2009). Kesejahteraan
mementingkan setiap keperluan anak-anak psikologikal orang asli di Perak dan
terutamanya keperluan fizikal, pendidikan dan Gerachi Jaya. Jurnal Psikologi
kesihatan. Kemahiran keibubapaan adalah Malaysia, 23, 137-146.
suatu tingkah laku yang dipengaruhi oleh Behnke & MacDermind (2004). Family Well
budaya setempat, nilai yang dipegang, being. United States of America (USA):
personaliti keluarga, kebersamaan dalam Purdue University.
keluarga, kualiti masa yang diberikan untuk Dush, C. M., Taylor, M. G., & Kroeger, R. A.
keluarga, perkahwinan, sokongan moral dan (2008). Marital happiness and
sosial. Jika kefungsian keluarga dan psychological wellbeing across the life
kesejahteraan psikologi tidak diperoleh, maka course. Family Relations, 57, 211-226.
anak-anak mungkin membesar dengan doi:10.1111/j.1741-3729.2008.00495.x
personaliti yang cepat marah, pasif, banyak Finkenauer, C., Engels, R.C.M.E., &
memberikan masalah dan sukar menyesuaikan Baumesiter, R.F. (2005). Parenting
diri dengan keadaan dan boleh dianggap behaviour and adolescent
sebagai kanak-kanak yang bermasalah. behavioural and emotional problems:
The role of self-control. International
Journal of behavioural Development. 29
KESIMPULAN (1): 58-69.
Hindmann, A., H., & Morrison, F., J. (2012).
Kesimpulannya, keluarga sejahtera ialah Differential Contributions of Three
keluarga yang memerlukan elemen-elemen Parenti ng Dimensions to
seperti autonomi, penguasaan persekitaran, Preschool Literacy and Social Skills in a
perkembangan kendiri, hubungan positif Middle-Income Sample. Merill-Palmer
dengan orang lain, matlamat dalam kehidupan Quarterly: 58 (2) 191-223.
dan juga penerimaan kendiri sebagaimana Huppert, F. A. (2009). Psychological well-
yang diutarakan oleh Ryff (1989). Kewujudan being: Evidence regarding its causes and
sesebuah keluarga bahagia itu mencerminkan consequences. Applied Psychology:
masyarakat itu dalam keadaan baik dan Health and Well-Being, 1 (2), 137-164
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2) (2015): 32-42 ISSN-2289-8174
42

Iwaniee, D. C & Sneddon, H. (2002). The behavior. Journal of Marriage & the
Quality of Parenting of Individuals Who Family. 60:344–355.
had failed to Thrive as Children. British World Health Organisation (WHO) (2012).
Journal of Social Work. 32: 283-298. www.who.int
Olsen, D.H & Gorrell, B.W (2003).
Circumplex Model of Marital and
Family System. In F. Walsh (Ed.)
Normal Family Processes (3rd edition).
New York: Guilford (pp 514-547)
Park, N. (2004). The Role of Subjective Well-
Being in Positive Youth Development.
The Annals of the American Academy of
Political and Social Science. 591 (1):
25-39.
Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010).
Dokumen Rancangan Malaysia ke 9.
Jabatan Perdana Menteri, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Reis. J., Barbera-Stein, L., & Bennet, S.
(1986). Ecological Determinants of
Parenting. Journals of Family Relations.
35(4): 547-554
Rhoades, K.A., & O’Leary, S.G. (2007).
Factor Structure and Validity of The
Parenting Scale. Journal of Clinical
Adolescent Psychology: 36(2): 137-146
Ruchkin, V.V., Eisemann, M., Koposov, R.A.,
& Hagglof, B. (2000). Family
Functioning, Parental Rearing and
Behavioural Problems in Delinquents.
Clinical Psychology and Psychoterapy.
7:310-319.
Ryff, C.D.(1989). Happiness is everything, or
is it? Exploration on the meaning of
psychological wellbeing. Journal of
Personality and Social Psychology, 57,
1069-1081.
Shuaib Che Din, Habibie Ibrahim, Getrude C.
Ah Gang & Adi Fahrudin (2003)
Koleksi kertas kerja psikologi
masyarakat Malaysia semasa IV:
Universiti Malaysia Sabah, Kota
Kinabalu.
Silverberg, S.B & Steinberg, L. (1987).
Adolescent Autonomy, Parent-
Adolescent Conflict and Parental Well-
being. Journal of Youth and
Adolescence, 16(3), 293-313
Unit Perancang Ekonomi 2006).
www.epu.gov.my/ninth-malaysia-plan-
2006-2010.
Voydanoff, P & Donnelly B.W. (1998).
Parents’ risk and protective factors as
prediction of parental well-being and

You might also like