You are on page 1of 23

MY BEAUTIFUL MALAYSIA

MODUL ATAS TALIAN MFLS TIER 2

PERLEMBAGAAN
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN

Arahan :
1. Peserta dikehendaki menyelesaikan slot aktiviti ini dengan lengkap dan
mengikuti tempoh masa yang diberikan.
2. Setiap peserta mempunyai masa 15 minit untuk menyelesaikan tugasan ini
termasuk menyelesaikan kuiz yang disediakan.
3. Peserta mesti menyelesaikan aktiviti yang ada dalam slot ini.
4. Sekiranya peserta sudah bersedia, boleh ke paparan di bawah untuk
menyelesaikan tugasan ini.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Untuk slot pembelajaran ini, dipilih lima perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dapat
menggambarkan betapa indahnya negara kita ini kerana, terdapat beberapa perkara dalam
perlembagaan memperlihatkan peranannya untuk mewujudkan pemerintahan yang adil.
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa
perkara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai
contoh, walaupun perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan
negara (dalam Bahagian 1, perkara3 (1), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat Perlembagaan
Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga
kepada rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa oleh
sesuatu pihak.Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan
khas tertentu untuk Yang Di Pertua Agon gserta Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Pengenalan

PERKARA 3 : ISLAM AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

PERKARA 14 : KEWARGANEGARAAN

PERKARA 152 : BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU

PERKARA 153 : PERIZABAN KOUTA BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN,


PERMIT, DSB. BAGI ORANG MELAYU DAN ANAK NEGERI MANA-MANA
ANTARA NEGERI SABAH DAN SARAWAK

PERKARA 181 : PENGECUALIAN BAGI KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU


MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan


Malaysia mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi
di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya


Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan
berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PENGENALAN
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di
London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu
rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya yang mengandungi empat
wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan
tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan
penasihat-penasihatnya.
Berikutnya diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada
Hari Malaysia : 16 September 1963
Dalam slot ini, dipilih lima perkara yang bersesuaian untuk memberi gambaran
sebenar bahawa kita menikmati kemakmuran, keamanan, kesejahteraan dan
perpaduan sehingga hari ini adalah berdasarkan keluhuran Perlembagaan
yang ada di negara kita ini.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PENGENALAN

Perlembagaan Persekutuan memiliki 183 perkara, dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian
mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 3 : ISLAM AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan;
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan
setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk
kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang
dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat;
tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya
Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut
diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai
ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 3 : ISLAM AGAMA BAGI PERSEKUTUAN


(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-
Pertuan Agong kedudukan sebagai ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam
Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui
undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam
dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong
mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

BAHAGIAN III - KEWARGANEGARAAN Bab 1 - Pemerolehan


Kewarganegaraan

Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.


(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara
melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara
Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual
Kedua; dan (b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan
mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 152 : BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa—
(a) Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;
dan
(b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan
penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 152 : BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa
Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan
Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks
sahih—
(a) Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang
hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 153 : PERIZABAN KOUTA BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN,


PERMIT, DSB. BAGI ORANG MELAYU DAN ANAK NEGERI MANA-MANA
ANTARA NEGERI SABAH DAN SARAWAK

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan


istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 153 : PERIZABAN KOUTA BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN, PERMIT, DSB.


BAGI ORANG MELAYU DAN ANAK NEGERI MANA-MANA ANTARA NEGERI SABAH DAN
SARAWAK

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40
dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah
Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan
untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan
dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa,
danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain
yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen
dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau
perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan
lesen itu.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 181 : PENGECUALIAN BAGI KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa


dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-
Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka
masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah
tetap dan tidak terjejas.

(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah
terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah
Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERKARA 181 : PENGECUALIAN BAGI KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

CATATAN: Per. 181(2):

1. Lihat Perkara 160(2) takrif "Raja".

2. Lihat Akta Penyemakan Undang-Undang Statut persekutuan (Guaman Terhadap


Kerabat Pemerintah) 1966 [Akta 8/1966].

3. Perkataan "kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah


Bahagian XV" dimasukkan selepas perkataan "peribadinya" oleh Akta A848,
seksyen 7, berkuat kuasa dari 30-03-1993.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Kepentingan Perlembagaan Malaysia


1.Segi Politik
Sistem Kerajaan Persekutuan yang berlandaskan kepada demokrasi berparlimen dapat
dijalankan melalui 2 cara :-

Unit politik negara yg boleh dibahagikan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
2.Memberikan rakyat hak untuk memilih kerajaan yang dapat memerintah dengan adil
Dengan menggunakan cara pertama,pertindihan kuasa dapat dielakkan dan dapat
mengurangkan pemusatan kuasa manakala dengan cara kedua,rakyat boleh
menentukan hala tuju politik negara.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Kepentingan Perlembagaan Malaysia


Segi Sosial
Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia :-
Hak dan kebebasan warganegara terjamin
Contoh :
- Hak = Berhak memperoleh perlindungan yang sama rata
- Kebebasan = bebas bergerak , bebas menetap di mana-mana bahagian negara ,
bebas bersuara , bebas menganuti agama , bebas memiliki harta dan sebagainya.
Keselamatan rakyat terjamin
Keagamaan , keturunan dan kebudayaan seseorang warganegara tidak akan
didiskriminasi kerana warganegaratidak dibenarkan menimbulkan perkara sentimen
perkauman
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Kepentingan Perlembagaan Malaysia


Segi Ekonomi
Dengan adanya Perlembagaan Malaysia,segi ekonomi Malaysia juga akan mendapat
faedah iaitu kestabilan dalam ekonomi negara dapat diwujudkan dengan mengubal
peruntukan tertentu.
Peruntukan yang dimaksudkan termasuklah :-
Kewangan, hak pekerja, hak pengguna
cara urus niaga pasaran saham, jenayah perdagangan, kutipan cukai eksport dan
import, urus niaga mata wang negara dan lain-lain.

Dengan mengubalkan peruntukan seperti yang dinyatakan, garis panduan kepada


peniaga dapat diwujudkan. Selain itu,pelbagai kegiatan ekonomi juga dapat
dilaksanakan oleh kerajaan.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Kepentingan Perlembagaan Malaysia


➢ Berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara.
➢ Menentukan bentuk dan rangka pentadbiran negara.
➢ Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan
pentadbiran dan pemerintahan kerajaan.
➢ Menjamin taat setia rakyat.
➢ Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
➢ Peranan Yang Di-pertuan Agong menjaga dan memelihara hak istimewa serta
kedudukan orang melayu dan bumiputera serta Sabah dan Sarawak.
➢ Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
➢ Menjadi rujukan dalam menggubalkan undang-undang.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Rumusan

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara.


Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem
pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara di samping
memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan
merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.
Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal
Perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai
pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaaan seharusnya
dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.
Setiap rakyat Malaysia perlu menghormati dan memahami kandungan
Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan negara ini kekal aman
makmur
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

TAMAT
SLOT
PERLEMBAGAAN
MY BEAUTIFUL MALAYSIA

You might also like