You are on page 1of 6

Teknologi Multimedia

Media-media dalam Multimedia

Berdasarkan definisi MM, terdapat 5 elemen atau media asas dalam sistem multimedia yang lengkap
iaitu:

Teks

Grafik

Audio

Video

Animasi

Secara umumnya...

Teks - Merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Mempunyai pelbagai jenis dan
bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dan penyampaian maklumat. Memberi
penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.

Grafik - Merupakan elemen paling penting, memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu
persembahan maklumat.Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.Menjadikan
persembahan atau penyampaian maklumat dengan lebih menarik.

Audio - Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (con: penggunaan suara latar
atau kesan audio istimewa).Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu
persembahan.Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Video - Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup.Merupakan
elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu
maklumat.Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.

Animasi - Berperanan menceriakan persembahan sesebuah maklumat.Mampu membantu dalam


menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah.Mampu menarik perhatian pengguna
dengan mudah.

Hiperteks dan Hipermedia

Ciri-ciri hiperteks dan hipermedia adalah penting dimiliki oleh sesebuah sistem MM yang berkualiti
dan interaktif.

Ciri-ciri ini membolehkan maklumat tektual dan berimej dipautkan (linked) dengan cara tidak
mengikut urutan (non-sequential)

Hiperteks
Adalah sistem yang menghubungkan perkataan atau ungkapan antara satu sama lain untuk
membolehkan navigasi maklumat dalam bentuk teks dapat dilakukan secara bebas atau tanpa
mengikut urutan tertentu.

Perlaksanaan sistem ini lebih cepat dan tepat berbanding penggunaan peralatan capaian piawai atau
kaedah-kaedah capaian maklumat yang lain.

Hiperteks melibatkan teks secara tidak berurutan atau tanpa jujukan dalam proses pencarian
maklumat. Sistem ini diaplikasikan dengan pelbagai cara bagi membezakannya dengan teks biasa
yang ada dalam maklumat yang dipaparkan pada skrin paparan, contohnya penggunaan warna, jenis
teks atau cara teks dipaparkan (teks bergaris, condong atau sebagainya) berbeza daripada teks biasa.

Hipermedia

Hipermedia adalah sistem yang mengandungi teks, imej atau grafik, audio dan video yang boleh
dihubungkan antara satu sama lain bagi membolehkan pengguna melaksanakan navigasi, carian dan
capaian maklumat dalam bentuk bukan teks dengan bebas bagi memenuhi keperluan dan cita rasa
mereka.

Kesimpulan

Rajah 2 menunjukkan Integrasi teknik dan fitur interaktiviti yang canggih ke dalam MM. Ia telah
memperkenalkan konsep baru dalam teknologi maklumat yang dikenali sebagai multimedia
interaktif. Multimedia interaktif mampu menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang lebih
menarik dan efektif.

Interaktiviti dalam Multimedia

Teknologi multimedia mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 80-an dan telah membuka
dimensi baru dalam Teknologi Maklumat. Teknologi multimedia telah membawa satu revolusi
kepada industri media kerana keupayaannya menyatukan kelebihan televisyen sebagai alat pandang
dengar dan kuasa terbitan mesin pencetakan dengan kebolehan interaktiviti komputer. Interaksi
berbantukan multimedia bukan hanya melalui deria penglihatan dan pendengaran sahaja tetapi juga
melalui deria sentuhan.

Teknologi multimedia semakin dikenali kerana peranan pentingnya dalam bidang penyiaran,
komunikasi, hiburan dan yang terbaru dalam pendidikan. Projek Sekolah Bestari yang merupakan
salah satu aplikasi penting dalam Korridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor - MSC) telah
memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi multimedia dalam pendidikan.
Interaktiviti

Interaktiviti membolehkan capaian maklumat dilakukan dari satu paparan ke paparan yang lain
tanpa perlu mengikut urutan. Capaian ini biasanya dilakukan dengan adanya kunci-kunci tertentu
yang dikaitkan dengan paparan yang mempunyai hubungan dengan nama kekunci tersebut.
Interaktiviti boleh dilaksanakan dengan beberapa cara, di antaranya adalah menggunakan hiperteks
dan hipermedia:

Borsook dan Wheat (1992) menyatakan bahawa interaktiviti merangkumi:

Tindakbalas terhadap aktiviti pengguna

Masukan maklumat yang tidak mengikut urutan dimana maklumat dimasukkan mengikut kesesuaian
dan kehendak semasa.

Kebolehsuaian antara manusia dengan sistem

Maklumbalas serta merta

Pilihan untuk memberi arahan

Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia.

Perkembangan Teknologi Multimedia

MM bermula pada tahun 1972 iaitu 200 tahun dahulu. Pada tahun tersebut terdapat satu permainan
telah diperkenalkan iaitu "Pong". Permainan yang terakhir paling banyak mendapat sambutan. Pong
ialah produk MM yang pertama yang telah diintegrasikan dengan grafik, audio, animasi dan
interaktiviti.

Untuk melihat perkembangan dan penerimaan TM, telekomunikasi dan MM pada masa kini, ialah:
dengan melihat rumah kediaman yang mempunyai set komputer yang dilengkapi dengan pemacu
CD-ROM, kad audio dan pembesar suara.Kajian di US pada tahun 1992, produk MM yang
dikeluarkan dalam bentuk CD-Rom yang berdaftar telah dikeluarkan sebanyak 5 ribu unit.Pada tahun
1996, produk MM telah meningkat sehingga 15 ribu unit.Perkembangan ini juga telah berlaku di
Malaysia.

Harga

Komponen MM semakin murah, ini menunjukkan perkembangan MM semakin pesat. Pada tahun
1992 perisian kursus (courseware) dijual dengan harga RM250,000. Kini, selepas tahun 2000 telah
menurun sehingga RM35.00. Harga komputer yang high end juga menurun dari sekitar RM6,000
sehingga RM2,500.00.
Peningkatan penggunaan.

Satu masa dahulu, komputer hanya digunakan untuk pemprosesan perkataan. Kini, dengan teknologi
MM ia bertinak sebagai pusat hiburan, sumber pendidikan, penerbitan dan pemasaran. Komputer
bukan lagi dianggap barang mewah, malah menjadi satu perlatan elektronik yang biasa dan menjadi
keperluan kepada setiap individu.

Perkembangan dalam komponen dan teknologi digital audio

Teknologi cakera pada telah diperkenalkan oleh syarikat Philips. 1982, teknologi audio diperkenalkan
oleh Sony khas untuk penyebaran audio bercorak muzikal. Pemain cakera pada merupakan sumber
asas atau piawai bagi dunia muzik/audio masa kini dan turut mempengaruhi dunia teknologi
komputer.

Keupayaan komputer peribadi semakin tinggi.

Kini, kepantasan mikropemproses telah meningkat 20-30 kali ganda berbanding kepantasan sistem
tradisi.Jumlah ingatan utama (RAM) bermula dari 2MB kini telah mencecah 128 MB pada tahun
2000. Sistem pengoperasian juga telah dipertingkatkan kualiti serta keberkesanannya (bermula: MS-
DOS, Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, MS Windows 2000 dll

Kualiti paparan grafik dipertingkatkan

Kualiti skrin atau monitor semakin meningkat dari sudut kejelasan dan keupayaan memaparkan
visual yang lebih kompleks.Warna skrin semakin menarik dari hitam putih (monokrom), 16 warna
kepada kualiti paparan warna yang lebih semulajadi (16 juta warna).

Tambahan kad audio dan video

Kad tambahan pertama telah dihasilkan oleh syarikat Roland dan digunakan untuk pensintesis
muzikal. Kini, diikuti dengan kad audio yang membawa pelabagi perubahan dalam dunia permainan
komputer.

CD-ROM membolehkan sesebuah sistem PC beroperasi seperti sistem audio yang lengkap.

Suara latar telah diintegrasikan sebagai salah satu media utama dalam persembahan MM.
Kad video mula diperkenalkan untuk mempertingkatkan kepantasan paparan visual pada skrin
paparan.Kad video juga semakin menarik perhatian apabila ia mampu untuk mendapatkan video
bergerak sepenuhnya dan mampu memaparkan kembali melalui paparan komputer.

Pembangunan perisian berteknologi baru

Multimedia Extension (MMX) diperkenalkan kepada kebanyakan perisian komputer bagi


membolehkan sistem komputer berinteraksi sepenuhnya dengan elemen-elemen MM.

Perisian komputer yang lebih canggih diperkenalkan bagi mengawal dan mengubah audio/video.

Perisian untuk persembahan bisnes, latihan dan pendidikan semakin mudah digunakan dengan
pelbagai elemen tambahan dipertingkatkan.

Peningkatan ruang storan

Jumlah Storan bagi cakera keras meningkat dengan pesatnya serta kadar capaian juga semakin
pantas.

Pemacu cakera boleh rakam seperti CD-Recordable dan CD-Rewritable mula menguasai pasaran
dengan menyediakan kemudahan simpanan data sehingga 650 MB bagi setiap cakera.

Storan bolehubah seperti Iomega Zip Disk (100-250MB) dan Iomega Jaz Disk (2000 MB juga semakin
mendapat sambutan.

Talian telekomunikasi dan Internet

Munculnya Internet, perisian-perisian persembahan elektronik mula berkembang pesat sehingga


mampu menerima bhs pengaturcaraan spt C++ dan Delphi.

Perisian-perisian MM juga berkeupayaan membina MM berasaskan Internet spt. Dreamwever, Flash,


Dynamite, Director dan lain-lain.

Penyebaran bahan MM

MM boleh disebarkan kpd pengguna menggunakan beberapa kaedah. Antaranya ialah:

Cakera padat atau cakera optik - kaedah penyebaran bahan MM yang paling popular

Kiosk - meruapakan sistem komputer atau rangkaian komputer yang membolehkan pengguna
mencapai maklumat, melaksanakan pemindahan data atau untuk tujuan hiburan.

Sistem telekomunikasi serantau - meliputi talian telefon, satelit, kabel dan sebagainya.

Kesimpulan
Multimedia merupakan suatu bidang yang semakin popular dan mendapat perhatian ramai. Ianya
merupakan lanjutan daripada TM tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata.
Perkembangannya yang begitu pesat dan meliputi pelbagai bidang kehidupan memperlihatkan
betapa pentingnya ia dalam tamdun manusia hari ini. Oleh yang demikian sewajarnya setiap individu
atau kumpulan perlu turut serta dalam arus perkembangan teknologi ini agar membolehkan mereka
untuk terus bersaing dalam era yang penuh cabaran ini.

You might also like