You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian, senaraikan 3 idea utama dan 3

idea sampingan yang terdapat dalam petikan di bawah.

Sejak kebelakangan ini, perpaduan antara kaum di negara kita semakin renggang.
Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat di negara ini?

Antara usaha untuk mewujudkan perpaduan adalah dengan mengamalkan sikap


saling menghormati antara kaum. Hal ini demikian kerana, apabila rakyat yang
berlainan kaum menghormati adat kaum yang lain ianya secara tidak langsung dapat
mewujudkan persefahaman antara mereka.

Selain itu,dengan menghayati Rukun Negara,perpaduan kaum akan dapat


diwujudkan. Contohnya, Rukun Negara yang kelima menjelaskan bahawa rakyat
Malaysia perlu bersopan dan bertatasusila. Dengan berpaksikan Rukun Negara
ini,maka perpaduan akan dapat diwujudkan.

Usaha yang seterusnya adalah dengan memperbanyakkan lagi sekolah


kebangsaan. Sebagai contoh, sekolah menengah dan sekolah rendah kebangsaan
perlu diperbanyakkan di kawasan majoriti penduduknya berbilang kaum. Hal ini secara
tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan kerana mereka belajar di bawah
satu bumbung yang sama.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam


kalangan rakyat Malaysia. Caranya,dengan memahami dan bergaul mesra sesama
manusia tidak kira bangsa mahupun agama.

You might also like