You are on page 1of 12

SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT

SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
946/2
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT STPM 2020
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
PENGAJIAN PERNIAGAAN
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
Satu jam empat puluh
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL lima minit
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT
SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKL SMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKTSKLSMKT

SMK TINGGI SETAPAK , KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN
Jawab semua soalan dalam bahagian A.
Jawab soalan 11 dalam bahagian B
Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam bahagian B. Anda boleh menjawab kedua-dua soalan ini tetapi, hanya
satu jawapan pertama yang akan diperiksa.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. ................................ ......................................


Karthikeyan V Devakaran Nair Siti Mariam Masoo’d SITI HIR HAFIDAH MD TAHIR
Guru Pengajian Perniagaan Guru Pengajian Perniagaan PK Tingkatan 6

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak


Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan

1 Huraikan dua peranan pembuatan keputusan seorang pengurus. [4]

2 Huraikan tiga jenis kepimpinan. [6]

3
menetapkan Membandingkan
standard X pencapaian Y
dengan standard

Proses pengawalan

Huraikan langkah X dan langkah Y dalam proses pengawalan. [4]

4 Huraikan tiga bentuk remedi. [6]

5 Huraikan dua syarat tersirat dalam kontrak jualan barang-barang. [4]

6 Huraikan tiga halangan komunikasi. [6]

7 Nyatakan tiga kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam:


(a) Pengurusan pemasaran [3]
(b) Pengurusan inventori [3]

8 Nyatakan empat kegunaan intranet kepada sesebuah organisasi. [4]

9 Huraikan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan. [6]

10 Senaraikan empat alat membuat keputusan kualitatif. [4]


Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

MSM Holdings Berhad (MSM)


11 MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) adalah pengeluar gula bertapis terkemuka di Malaysia
yang terlibat dalam pengeluaran, pemasaran dan penjualan produk gula bertapis di bawah jenama Gula
Prai yang merupakan jenama terkenal di Malaysia. MSM juga merupakan syarikat penapis gula ke lapan
terbesar di dunia.
Syarikat ini menjalankan perniagaan terutamanya melalui tiga anak syarikatnya, MSM Prai
Berhad, MSM Perlis Sdn Bhd dan MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd. Ketika ini, MSM menguasai
61% majoriti syer pasaran domestik. Penubuhan MSM bertujuan meningkatkan nilai kepada pemegang
saham dengan mengoptimumkan pertumbuhan dan mencapai prestasi persekitaran, sosial dan ekonomi
yang konsisten dan seimbang dengan mentransformasikan model perniagaan dan menggunakan peluang
perniagaan melalui rantai nilai makanan dan wawasan MSM ialah menjadi sebuah organisasi bertaraf
dunia yang berprestasi tinggi dengan kos efisien yang mempunyai model perniagaan yang mampan dan
mempunyai pelbagai portfolio dalam perniagaan makanan.
Untuk mencapai wawasan ini MSM telah mengenalpasti beberapa rancangan termasuklah
mengukuhkan operasi teras, pengurusan kewangan yang mantap serta mengukuhkan tadbir urus dan
pendedahan risiko. MSM juga telah mengenalpasti beberapa tindakan untuk melakasanakan rancangan
tersebut. Misalnya untuk untuk mengukuhkan operasi teras, MSM bercadang untuk mengoptimumkan
tahap bekalan gula mentah, meningkatkan pengeluaran kilang penapisan untuk mengatasi kekurangan
bekalan gula di pasaran tempatan serta mengurangkan masa penutupan kilang dan masa henti
pengeluaran.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, MSM telah merekodkan kerugian bersih
sebanyak RM 299.77 juta. MSM sedang berusaha untuk menangani aliran tunai yang berkurangan
disebabkan pembayaran hutang yang tinggi. MSM juga menghadapi situasi lebihan bekalan gula
bertapis lebih daripada kuantiti yang dikehendaki oleh pasaran dan ini akan menyebabkan peningkatan
kos untuk menyewa gudang. Lebihan kos projek MSM Johor juga membawa kepada pelunasan modal
yang lebih tinggi yang akan mengakibatkan keuntungan masa depan yang lebih rendah . Operasi kilang
MSM juga mencatat kadar penggunaan kilang yang rendah. Sebagai pengeluar barang keperluan, MSM
sedang membangunkan beberapa produk tambahan seperti gula cair dan gula pra campuran. MSM juga
telah menstruktur semula pinjaman untuk pengurusan aliran tunai yang lebih baik.
Pelaksanaan mekanisma “Tepat-pada-Masa” pada Januari 2020,pula dapat mengurangkan jumlah
pembelian gula mentah sebanyak 30%. Pelancaran projek biomass pada bulan December 2021 dijangka
akan mengurangkan kos bahan api sebanyak 50%. Pasaran gula dunia menghadapi kekurangan bekalan
dan ini dapat meningkatkan eksport gula MSM. Harga gula juga dijangka meningkat disebabkan
penurunan dalam pengeluaran gula khususnya di negara India. Dasar kerajaan Malaysia dilihat menuju
ke arah liberalisasi industri gula domestik dan ini akan mewujudkan situasi yang lebih kompetitif serta
mewujudkan lebihan penawaran di pasaran tempatan Pelaksanaan cukai soda untuk minuman bergula
sebanyak RM0.40 seliter mulai 1 Julai 2019 juga memberi kesan kepada MSM. Penularan wabak
coronavirus (COVID-19) juga memberi kesan kepada MSM disebabkan kemerosotan dalam industri
pelancongan dan hospitaliti.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, MSM kekal komited dalam melaksanakan
transformasi dan terus mencari peluang untuk mencipta nilai yang terbaik buat para pemegang saham.

(Dipetik dan disesuaikan daripada


http://www.msmsugar.com/sites/default/files/media/press_releases/2020/kenyataan_
media_msm_malaysia_holdings_-_pengukuhan_msm_ke_arah_pemulihan_.pdf, http://msmsugar.listed
company.com/ misc/ar2019.pdf, http://www.msmsugar.com/our-company/msm-group/vision-mission,
https://www.nst.com.my/business/2020/02/569050/msm-incurs-rm300mil-net-loss-fy19, https://
www.nst. com.my/business/2020/02/562699/global-sugar-market-shortage-presents-opportunity-msm)

Berdasarkan kes di atas


a. Jelaskan unsur-unsur perancangan strategik oleh MSM Holdings Berhad. [12]
b. Bincangkan analisis strengths, Weaknesses, Opportunities , Threats (SWOT) bagi
MSM Holdings Berhad. [18]

Jawab satu soalan sahaja.


12 Jelaskan lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan) [ 20 ]
13 Jelaskan lima elemen perundingan. [ 20 ]
Skema pemarkahan
Bahagian A
1. Dua Pengurus sebagai pembuatan keputusan
a. Sebagai usahawan
- Menyumbangkan idea baharu, sifat kreatif dan inovatif, kembangkan perniagaan
- Contoh: seorang pengurus bank berjaya memperkenalkan prosedur kerja baharu yang dapat
menyegerakan proses permohonan pinjaman
b. Sebagai pengawal gangguan
- Menyelesaikan masalah spt pekerja mogok\
- Contohnya seorang pengurus bank memyelesaikan masalah internet di cawangan bank
c. Sebagai pembahagi sumber
- Agih sumber organisasi, ikut keutamaan dan kepentingan
- Contohnya: pengurus bank membuat bajet tunai untuk menentukan perbelanjaan operasi cawangan bank
d. Sebagai perunding
- Jururunding dgn pihak luar spt bekalan barang
- Contoh: pengurus bank mengadakan rundingan dengan pembekal perkhidmatan selenggara bangunan
untuk mengurangkan bayaran penyelenggaraan
[3F+3H/C=6m]

2. Tiga jenis kepimpinan ialah


a. Kepimpinan transactional
- Pemimpin menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai matlamat mereka dan
juga matlamat organisasi.
- Memberi penekanan kepada peranan penyeliaan dan penilaian prestasi untuk mencapai matlamat organisia.
- Guna kaedah ganjaran atau hukuman untuk mempengaruhi pekerja
- Contoh: seorang pengurus kilang pakaian beri bonus untuk pekerja yang berjaya mencapai prestasi kerja
yang ditetapkan
b. Kepimpinan transformational
- Pemimpin bertindak sebagai agen perubahan organisasi
- Pemimpin membuat perubahan drastik dalam organisasi
- Membuat perubahan misi dan visi visi organisasi dan menggerakkan subrodinat untuk mencapai visi yang
telah ditetapkan
- Memberi penekanan kepada proses kerja dan kejayaan pekerja
- Contoh: Seorang pengurus kilang pakaian ubah waktu kerja untuk kurangkan bilangan pekerja.
c. Kepimpinan karismatik
- Pemimpin yang mempunyai kelebihan tersendiri seperti berkemampuan mendorong, mengarah dan
mempengaruhi subordinat untuk menyiapkan tugas yang telah diarahkan
- Mempunyai hubungan rapat (hubungan baik) dengan subordinat dan mempunyai kuasa rujukan yang tinggi.
- Ada sifat kendiri yang tinggi dan kualiti peribadi yang boleh dicontohi
- Contoh: Pengurus kilang pakaian mempunyai personaliti yang baik seperti menepati masa dan budi bahasa
yang baik akan dihormati pekerja kilang.
d. Kepimpinan berwawasan (visionary)
- Pemimpin yang berupaya membentuk wawasan yang realistik dan munasabah untuk mencorakkan masa
depan organisai
- Mampu menentukan halatuju organisasi berdasarkan perancangan yang telah dilakukan.
- Berupaya mengenalpasti wawasan serta menerangkannya kepada orang lain.
- Contoh: Pengurus kilang pakaian memberitahu pekerja tentang wawasan yang ingin dicapai yang
menguntungkan pekerja dan organisasi
[3F+3H/C=6]
3. Langkah X dan Y dalam proses kawalan ialah

Langkah X ialah mengukur pencapaian


- Mengukur pencapaian prestasi sebenar pelaksanaan aktiviti seperti yang dirancang dengan menggunakan
kaedah kuantiatif
- Contoh: Pengurus besar syarikat pengedaran kereta meminta pengurus cawangan menghantar laporan
mingguan tentang jualan kereta
Langkah Y ialah Membuat langkah pembetulan
- Tindakan pembetulan perlu diambil jika terdapat penyimpangan yang menunjukkan prestasi sebenar kurang
daripada standard yang ditetapkan
- Contoh: Pengurus besar syarikat pengedaran kereta mendapati 20 cawangan yang gagal mencapai sasaran
jualan, mempunyai ramai jurujual baharu dan mengarahkan pengurus cawangan menyediakan program
latihan untuk jurujual baharu
[2F+2H/C=4]

4. Tiga bentuk remedi ialah


a. Menamatkan kontrak
- Pihak yang menanggung kerugian boleh menamatkan kontrak
- Contoh: Okbober membatalkan kontrak pembersihan kilang dengan Disember kerana, Disember gagal buat
kerja pembersihan mengikut syarat yang ditetapkan.
b. Ganti rugi
- Mengembalikan pihak yang mengalami kerugian di tempat asalnya
- Nilai pelaksanaan menjadi asas pengiraan gantirugi
- Contoh: Gantirugi sekiranya gagal menghantar barang ialah perbezaan antara harga semasa pasaran dan harga
asal dalam kontrak
c. Injunksi
- Arahan mahkamah kepada orang tertentu (pihak yang memungkiri) melakukan sesuatu atau menghalangya
dari melakukan sesuatu.
- Arahan mahkamah supaya membetulkan salah laku yang menyebabkan kemungkiran kontrak.
- Mahkamah mengarahkan Encik Singh berhenti menggunakan logo Harimau yang dicipta oleh syarikat
Kucing berhad dalam sebarang produk keluaran syarikat milik Encik Singh
d. Perlaksanaan spesifik
- Perintah mahkamah mengarahkan defendan melaksanakan perjanjian menurut syarat yang ada dalam kontrak.
- Contoh: Mahkamah mengarahkan syarikat B membina semula pagar milik syarikat A yang rosak semasa
kerja pembinaan yang dibuat oleh syarikat A
e. Quantum meruit
- Tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau ganti rugi dalam satu jumlah yang munasabah atau yang
patut diterima hasil daripada perkhidmatan yang diberikan ( apa yang telah dilakukan sebelum kontrak
dimungkiri) jika suatu pihak enggan meneruskan sesuatu kontrak.
- Contoh: Tan berkontrak dengan syarikat pembinaan Ah Wong untuk ubahsuai rumah dengan bayaran bernilai
RM300 000. Ah Wong telah membelanjakan RM12 000 untuk projek tersebut tapi Tan tidak mahu Ah Wong
meneruskan kerja pembinaan. Ah Wong berhak menuntut RM12 000.
[3F+3H/C=6]

5. Dua syarat tersirat dalam kontrak jualan barang-barang ialah


a. Syarat Tersirat Mengenai Hak milik
- Penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah ke atas barang sebelum menjual kepada pembeli.
- Contoh: Encik Vivo merupakan pemilik sebuah mesin pencetak dan ingin menjual kepada Puan Oppo dengan
Harga RM5 000.
b. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui perihalan, keterangan atau deskripsi
- Barangan yang dijual berdasarkan deskripsi dan perihalan melalui risalah, katalog, iklan dan majalah,
mestilah secocok ataupun sama dengan apa yang dinyatakan dengan deskripsinya.
- Barangan yang dijual juga mestilah sama dengan perihalan yang diberikan oleh jurujual dan pembeli
bergantung kepada perihalan jurujual kerana pembeli tidak diberi peluang untuk melihat barang itu
- Contoh: Joe boleh menolak kontrak pembelian lori sekiranya, perihalan tentang lori yang diberikan oleh
penjual tidak sama dengan lori yang hendak dijual kepada Joe
c. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti dan kelayakan atau kesesuian
- Tidak ada waranti atau syarat tersirat berkaitan dengan kualiti atau kelayakkan bagi apa-apa maksud tertentu
bagi barang-barang yang dibekalkan dibawah sesuatu kontrak jualan kecuali;
- Pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yang diperlukan,
untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran atau penghakiman penjual, dan barang-
barang adalah daripada perihalannya dalam perjalanan urusan penjual untuk membekalkan.
- Kualiti boleh dagang - Dengan syarat jika pembeli telah memeriksa barang-barang itu, dan sebarang
kecacatan yang dalam pemeriksaan itu patut didedahkan.
- Guna prinsip caveat emptor – pembeli perlu memeriksa dan dan berhati-hati terhadap barangan yang dibeli.
- Contoh: Joe memberitahu Lim, dia perlukan sebuah lori yang boleh membawa berat 3 tan tetapi didapati lori
yang dijual oleh Lim hanya boleh membawa muatan 1 tan sahaja
d. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui contoh atau sampel
- bahawa kuantiti hendaklah bersamaan dengan contoh dalam sampel;
- bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang munasabah bagi membandingkan kuantiti dengan contoh;
- bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan yang menjadikannya tidak boleh dagang
yang mungkin tidak kelihatan pada pemeriksaan munasabah bagi contoh.
- Contoh: Joe mendapati meja makan yang dibekalkan oleh pekilang perabot tidak sama dengan sampel meja
makan yang ditunjukkan oleh pemilik kilang tersebut dan Joe boleh membatalkan kontrak.
e. Syarat tersirat mengenai masa pembayaran
- Masa pembayaran tidak dianggap sebagai elemen penting dalam kontrak kecuali ada disebut dalam perjanjian
bahawa masa pembayaran adalah penting .
- Sekiranya pembeli gagal bayar dalam tempoh masa tertentu tidaklah menyebabkan kontrak itu batal kecuali
ada dinyatakan dalam kontrak
- Syarikat Viva tarik balik kereta yang dijual kepada Joe kerana dia gagal buat bayaran ansuran selama tiga
bulan di mana ada dinyatakan dalam kontrak bahawa penjual berhak menarik balik kereta jika pembeli gagal
buat bayaran ansuran selama tiga bulan
[2F+2H/C=4]

6. Tiga halangan komunikasi ialah


a. Halangan Fizikal
- Gangguan fizikal secara terus/langsung dan nyata serta beri kesan kepada keberkesanan komunikasi.
- Contoh: bunyi telefon, bunyi hon, bunyi kipas, percakapan manusia.
b. Halangan Psikologikal
- Halangan disebabkan cara berfikir yang berlainan dan tanggapan yang berbeza antara penghantar dan
penerima mesej.
- Contoh: Pengurus kilang pakaian mencadangkan penggunaan prosedur baharu untuk memesan bekalan
tetapi pekerja kilang menjangkakan prosedur ini akan menambahkan beban tugas mereka.
c. Halangan Sosiologikal
- Gangguan yang wujud disebabkan perbezaan budaya, ras, status dan latar belakang sosial ahli-ahli
masyarakat.
- Contoh: Cadangan penyelia tidak diendahkan oleh pengurus besar kerana anggap mereka tidak mampu beri
cadangan yang baik sebab kelayakan akademik yang rendah
d. Halangan Semantik
- Penggunaan perkataan yang sama namun maksudnya berbeza.
- Contoh: Perkataan nilai merujuk kepada harga dan juga manfaat yang diperoleh
[3F+3H/C=6]
7. Tiga kepentingan ICT
a. Pengurusan pemasaran
- Medium pengiklanan
- Medium tempahan
- Medium merekbantuk laman web
- Kaedah pembayaran
- Medium bagi pengguna buat perbandingan harga
- Menyimpan data pelanggan
- Menyimpan data produk
b. Pengurusan inventori
- Penggunaan perisian yang khusus untuk inventori membolehkan pengawalan inventori berlaku dengan cepat
dan tepat.
- Dapat menjimatkan kos pengawalan inventori kerana kurang penggunaan tenaga buruh.
- Mengetahui baki stok, tarikh beli dan luput, harga, makumat pembekal
- Kira stok dengan mudah
- hubungi pembekal dengan segera
[3H+3H=6]

8. empat kegunaan intranet


- komunuikasi dalaman yang lebih baik
- perkongsian sumber
- perkhidmtan pelanggan yang lebih baik
- pengurangan dalam penggunaan kertas
- menhimatkan masa
- keselamatan data
- memudahkan komunikasi
- meningkatkan produktiviti
- memupuk kerjasama
[4H=4]
9. Tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan
a. Mengenalpasti masalah
- Menentukan masalah yang perlu diselesaikan atau peluang yang wujud
- Contoh: Hasil jualan syarikat telah merosot sebanyak 40% dalam tiga bulan pertama 2017 berbanding tempoh
yang sama pada tahun 2016.
b. Mengutip data
- Kumpul maklumat yang bantu menyelesaikan masalah dari sumber dalaman atau luaran
- Contoh: Mengumpul maklumat seperti laporan jualan bulanan ,prestasi jurujual, keadaan ekonomi,
tahap persaingan dan citarasa pengguna
c. Menganalisis data
- Menilai data yang diperoleh dari segi latar belakang masalah/peluang, punca masalah, pihak yang
- Contoh: Berdasarkan analisis data, pengurus jualan mendapati punca utama kemerosotan jualan ialah
kemasukan dua pesaing baru dalam pasaran
[3F+3H/C=6]
10. Empat alat membuat keputusan kualitatif ialah
- Analisis tulang ikan
- Sumbangsaran
- Kumpulan fokus
- Teknik delphi
- Teknik kumpulan nominal
[4F=4]
Bahagian B
11. Kajian kes
Skema jawapan
a. Unsur perancangan strategik

fakta Kaitan kes


Visi  meningkatkan nilai kepada pemegang saham dengan mengoptimumkan pertumbuhan dan
mencapai prestasi persekitaran, sosial dan ekonomi yang konsisten dan seimbang dengan
mentransformasikan model perniagaan dan menggunakan peluang perniagaan melalui rantai
nilai makanan
Misi  sebuah organisasi bertaraf dunia yang berprestasi tinggi dengan kos efisien yang mempunyai
model perniagaan yang mampan dan mempunyai pelbagai portfolio dalam perniagaan
makanan.
Strategi  mengukuhkan operasi teras
 pengurusan kewangan yang mantap
 mengukuhkan tadbir urus dan pendedahan risiko
Taktik  mengoptimumkan tahap bekalan gula mentah
 meningkatkan pengeluaran kilang penapisan untuk mengatasi kekurangan bekalan gula di
pasaran tempatan
 mengurangkan masa penutupan kilang dan masa henti pengeluaran
4F+8KK=12 markah
b. Analisis SWOT

Kekuatan  MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) adalah pengeluar gula bertapis terkemuka di
Malaysia yang terlibat dalam pengeluaran, pemasaran dan penjualan produk gula bertapis
 Jenama Gula Prai yang merupakan jenama terkenal di Malaysia.
 MSM juga merupakan syarikat penapis gula ke lapan terbesar di dunia.
 MSM menguasai 61% majoriti syer pasaran domestik.
 Pengeluar barang keperluan, MSM sedang membangunkan beberapa produk tambahan
seperti gula cair dan gula pra campuran.
 MSM juga telah menstruktur semula pinjaman untuk pengurusan aliran tunai yang lebih
baik.
 Pelaksanaan mekanisma “Tepat-pada-Masa” pada Januari 2020,pula dapat mengurangkan
jumlah pembelian gula mentah sebanyak 30%.
 Pelancaran projek biomass pada bulan December 2021 dijangka akan mengurangkan kos
bahan api sebanyak 50%.
Kelemahan  Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, MSMtelah merekodkan kerugian bersih
sebanyak RM 299.77 juta.
 MSM sedang berusaha untuk menangani aliran tunai yang berkurangan disebabkan
pembayaran hutang yang tinggi.
 MSM juga menghadapi situasi lebihan bekalan gula bertapis lebih daripada kuantiti yang
dikehendaki oleh pasaran dan ini akan menyebabkan peningkatan kos untuk menyewa
gudang.
 Lebihan kos projek MSM Johor juga membawa kepada pelunasan modal yang lebih tinggi
yang akan mengakibatkan keuntungan masa depan yang lebih rendah .
 Operasi kilang MSM juga mencatat kadar penggunaan kilang yang rendah.
Peluang  Pasaran gula dunia menghadapi kekurangan bekalan dan ini dapat meningkatkan eksport
gula MSM.
 Harga gula juga dijangka meningkat disebabkan penurunan dalam pengeluaran gula
khususnya di negara India

Ancaman  Dasar kerajaan Malaysia dilihat menuju ke arah liberalisasi industri gula domestik dan ini
akan mewujudkan situasi yang lebih kompetitif
 Pelaksanaan cukai soda untuk minuman bergula sebanyak RM0.40 seliter mulai 1 Julai 2019
juga memberi kesan kepada MSM.
 Penularan wabak coronavirus (COVID-19) juga memberi kesan kepada MSM disebabkan
kemerosotan dalam industri pelancongan dan hospitaliti.
18 KK=18 markah
12. Lima elemen dalam akta kontrak ialah
a. Tawaran
- Akjuanji Satu akujanji oleh suatu pihak kepada pihak lain untuk melakukan atau menahan diri daripada
melakukan sesuatu jika pihak yang lain itu bersedia menerima segala syarat yang ditetapkan oleh pembuat
tawaran
- Mana-mana elemen tawaran
- Contoh: Encik Bala membuat tawaran untuk menjual basikalnya dengan harga RM1500 kepada Pn Siti.
Dengan itu, Encik Bala telah membuat satu janji dengan niat untuk terikat di sisi undang-undang sekiranya Pn
Siti menerima tawaran itu dengan syarat-syarat yang ditetapkan
b. Penerimaaan
- Apabila sesuatu pihak menerima cadangan daripada pihak yang membuat tawaran atau persetujuan yang telah
dibuat oleh penerima tawaran kepada pembuat tawaran tentang cadangan atau janji yang dibuat oleh pembuat
tawaran
- Mana-mana elemen penerimaan
- Durian bersetuju menerima tawaran pembelian kilang perabot daripada Mangga dengan syarat-syarat yang
telah ditetapkan
c. Balasan
- Faedah yang diperoleh oleh kedua-dua pihak yang daripada urusniaga atau harga yang dibayar oleh satu pihak
untuk beli janji atau perbuatan pihak yang lain.
- Mana-mana elemen balasan
- Man membeli sebuah basikal terpakai dengan harga RM100 daripada San , maka balasan San kepada Man
adalah sebuah basikal terpakai dan balasan Man kepada San adalah wang berjumlah RM100
d. Keupayaan
- Kelayakan seseorang untuk membuat kontrak
- Seseorang yang layak berkontrak :
- Dewasa – telah mencapai umur 18 tahun di mana kontrak yang dibuat oleh Individu yang berumur 18 tahun
ke bawah automatik batal / tidak sah
- Berakal sempurna – waras dan dapat / mampu memahami terma dan syarat
- Tidak hilang kelayakan untuk berkontrak – tiada undang-undang yang melarangnya berkontrak. Contohnya
banduan, orang muflis, syarikat yang ada prosiding tak boleh berkontrak.
- Contoh: Dadu berumur 13 tahun merupakan anak seorang jutawan Dato Dodong . Dato Dodong dan isterinya
meninggal dunia. Encik Ding Ding telahbuat perjanjian dengan Dadu untuk menyediakan keperluan asasnya
sehingga mencapai umur 18 tahun. Encik Ding Ding juga menyediakan sebuah kereta dengan pemandu untuk
menghantar Dadu ke sekolah
e. Ketentuan
- Kontrak perlulah mempunyai peruntukan yang nyata dan tentu
- Jelas, tidak kabur dan setiap perkara yang dijanjikan dapat ditentukan
- Contoh:: Jalil tidak menyatakan jenis motorsikal yang hendak dijual kepada Saiful, maka perjanjian itu
batal kerana ketidaktentuannya
f. Niat
- Sesuatu yang terletak pada hati seseorang dan tidak dapat dilihat jika terpendam di dalam diri seseorang.
- Kontrak dikira sah apabila kedua-dua pihak mempunyai niat untuk berkontrak

- Perkara yang menentukan sama ada sesuatu niat terikat di sisi undang-undang (contohnya perjaniian
komersil atau perniagaan seperti perjanjian pinjaman bank atau perjanjian perumahan)
- Sesuatu niat tidak mengikat di sisi undang-undang( contohnya perjanjian domestik , keluarga dan sosial
seperti suami berjanji untuk menghadiahi sebuah rumah banglo kepada isterinya)
- Contoh: Encik Wong dan isterinya Linda telah menetap di London selama 3 tahun. Linda jatuh sakit dan
Wong pulang ke Malaysia untuk bekerja dan berjanji untuk bayar RM5000 sebulan kepada Linda
sehingga Wong balik ke London. Wong gagal buat bayaran dan Linda menuntut bayaran.
(1F+2H+1C= 5x4=20 markah)

13. Lima elemen perundingan ialah


a. Maklumat
- Kedua-dua pihak perlu mempunyai maklumat yang banyak, mencukupi, lengkap dan tepat .
- Berkaitan dengan perkara yang dirundingkan.
- Pihak yang mempunyai maklumat yang banyak akan mendapat hasil yang lebih memuaskan berbanding pihak
yang ada maklumat yang sedikit
- Ini membolehkan pihak yang berunding mempunyai matlamat yang jelas tentang perkara yang dirundingkan
- Contoh: Kejayaan kesatuan sekerja dalam rundingan dengan Pengurus sumber manusia syarikat perabot
tentang bonus tahunan bergantung kepada jumlah maklumat yang dimiliki oleh kesatuan sekerja seperti
prestasi kewangan, keadaan ekonomi serta produktiviti pekerja
b. Masa
- Jumlah peruntukan masa sesuai dengan kesukaran perkara yang hendak dirundingkan.
- Masa yang cukup membolehkan perundingan tidak dibuat secara tergesa gesa dan dapat dilakukan dengan
sempurna
- masa rundingan digunakan dengan baik
- Contoh: Kesatusan sekerja memberi masa yang cukup kepada pihak pengurusan syarikat perabot untuk
mempertimbangkan pakej ganjaran yang dikemukakan
c. Kuasa
- Keupayaan seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan semasa rundingan
- Wakil dalam perundingan hendaklah mempunyai kuasa kepakaran dan kuasa sah
- Rundingan sukar dijalankan jika satu pihak mempunyai kuasa yang lebih tinggi
- Contoh: Rundingan antara pengurus pembelian syarikat pakaian dengan pembekal sukar dijalankan kerana
pembekal mempunyai kuasa monopoli dalam bekalan kain
d. Etika
- Standard kelakuan moral atau akhlak seseorang sama ada betul atau salah berkaitan dengan sesuatu
komunikasi.
- Setiap pihak yang berunding perlu mematuhi peraturan dan menghormati langkah – langkah perundingan
- Menggunakan taktik yang beretika semasa rundingan
- Contoh : Pengurus sumber manusia memberi maklumat yang benar dan tepat tentang prestasi kewangan
syarikat semasa rundingan tentang ganjaran dengan kesatuan sekerja
e. Budaya
- Satu set amalan/ cara hidup yang diamalkan secara tradisi oleh sekelompok masyarakat.
- Perbezaan budaya dan bahasa mempengaruhi cara rundingan
- Amat penting bagi wakil untuk menghormati budaya orang yang lain.
- Peka tentang sensitiviti kaum
- Contoh: pembekal dan pengurus pembelian guna bahasa yang boleh difahami oleh kedua pihak
f. Pelaku/ personaliti
- Sikap, ketrampilan dan perwatakan seseorang beri kesan kpd proses rundingan
- Individu yang berunding mestilah jujur, ada tahap profesional yang tinggi, serta berintegriti
- Contoh: pihak pengurus dan pembekal bersikap jujur dan menunjukkan kesungguhan untuk mencapai kata
sepakat dalam rundingan

g. Aspek sosial
- Merujuk kepada aspek pergaulan antara pihak yang berunding
- Pihak yang berunding mesti berupaya mendengar dan memberi reaksi tentang maklumat dan pandangan yang
dikemukakan
- Beri perhatian kepada adat resam/ bahasa/agama/pantang larang
- Contoh: Pengurus pembelian dengar dengan baik alasan yang diberikan oleh pembekal
(1F+2H+1C= 5x4=20 markah)

You might also like