You are on page 1of 2

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan jumlah sesuatu. Kata
bilangan digunakan di hadapan frasa nama. Terdapat beberapa jenis kata bilangan, iaitu:

1. Kata bilangan tentu


Contoh: dua, dua puluh, satu ribu, satu juta

2. Kata bilangan tak tentu


Contoh: segala, semua, para, seluruh, sedikit, beberapa, banyak

3. Kata bilangan pisahan


Contoh: setiap, tiap-tiap, masing-masing

4. Kata bilangan pecahan


Contoh : suku, separuh, setengah, sepertiga

5. Kata bilangan himpunan


Contoh: beratus-ratus, berhari-hari, berminggu-minggu, berguni-guni

6. Kata bilangan tingkat (ordinal)


Contoh : pertama, ketiga, kesepuluh

Penggunaan kata bilangan

1. Kata bilangan tentu dan kata bilangan himpunan mesti diikuti penjodoh bilangan.
Contoh :
Dia memiliki dua kereta (X)
Dia memiliki dua buah kereta (/)

2. Kata bilangan tak tentu tidak perlu diikuti penjodoh bilangan (kecuali kata beberapa).
Contoh:
Semua orang penduduk (X)
Semua penduduk (/)
Beberapa penduduk (X)
Beberapa orang penduduk (/)

3. Kata nama selepas kata bilangan tak tentu yang membawa maksud jamak tidak perlu
digandakan.
Contoh:
Segala persiapan-persiapan (X)
Segala persiapan (/)
Semua peserta-peserta
Semua peserta (/)

4. Kata bilangan pisahan ‘setiap’ tidak perlu dikuti penjodoh bilangan.


Penggunaan tiap hendaklah digandakan menjadi tiap-tiap atau setiap.
Contoh:
Harga setiap buah kereta adalah sama (X)
Harga setiap kereta adalah sama (/)

5. Kata bilangan pecahan ‘setengah’ (yang bermaksud separuh) berbeza daripada ‘setengah
setengah’ (yang bermaksud sebilangan daripada sesuatu).
Contoh:
Setengah orang berpendapat rancangan itu wajar dibatalkan. (X)
Cadangan itu tidak disokong oleh setengah pihak. (X)

Setengah tidak boleh digunakan untuk manusia (setengah badan manusia, setengah
lagi bukan manusia)

6. Kata bilangan ramai ialah sinonim bagi banyak. Ramai hanya digunakan untuk manusia
manakala banyak boleh digunakan untuk manusia dan benda lain.

7. Berbagai bukan kata bilangan. Berbagai bermaksud tiada bandingan. Bentuk yang betul
ialah ‘berbagai-bagai’ atau ‘pelbagai’
Contoh:
Berbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu. (X)
Berbagai-bagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu. (/)
atau
Pelbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu. (/)

8. Kata bilangan yang menunjukkan maksud jamak seperti para dan sekalian tidak boleh
digunakan serentak.
Contoh:
para hadirin sekalian (X)
hadirin sekalian (/)
semua tetamu sekalian (X)
tetamu sekalian (/)

You might also like