You are on page 1of 7

BAB 7 : USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

Mata pelajaran Sejarah

Sasaran Tingkatan 4

Tajuk Bab 7 : Usaha kearah Kemerdekaan .

Standard kandungan 7.3 Sistem Ahli

Standard pembelajaran 11.1.3 Menjelaskan pembentukan Sistem Ahli


K11.1.7 Menghuraikan kepentingan permuafakatan dalam
menjamin keharmonian masyarakat.

Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:


a) Menyatakan maksud Sistem Ahli secara ringkas dan tepat
b) Menjelaskan 3 daripada 5 kepentingan Sistem Ahli ke arah
mencapai kemerdekaan.
c) Menghurai sekurang-kurangnya 3 kepentingan sikap toleransi
antara kaum bagi menjamin keharmonian negara melalui Sistem
Ahli.
d) Mengenalpasti sekurang-kurangnya 2 perbezaan antara Sistem
Ahli dan Jemaah Menteri pada masa kini.

Tempoh masa 2 jam nota dan latihan


Nota Rujuk lampiran 1, 2 dan 3
Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang
diberikan.
( Sila rujuk Lampiran 1 hingga 3)
2. Jawab soalan pada lampiran 4 hingga 6 dengan merujuk
nota atau bahan lain seperti buku rujukan, laman
sesawang dan bahan bacaan lain.
3.Menghasilkan sebuah komik yang menarik dengan jalan
penceritaan mengisahkan idea pembentukkan dan
Kepentingan Sistem Ahli.
4.Komik yang siap boleh dihantar melalui aplikasi Wassap,
telegram dan lain-lain kepada guru sejarah anda.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada


Lampiran 4 hingga 6 serta kreativti anda dalam menghasilkan
komik berfakta.

 Nota perlu dibaca dan difahami

 Pentaksiran perlu diselesaikan

NOTA

1
Tarikh :
Lampiran

Latar belakang
- Selepas Perang Dunia 2, British menjalankan dasar dekolonisasi, iaitu menyediakan langkah
berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahannya.

- Kekurangan pegawai tempatan dlm perkhidmatan kerajaan menyebabkan Dato’ Onn Jaafar
meminta agar tindakan diambil untuk menambah peluang pentadbiran kepada wakil tempatan
dalam usaha menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.

- Cadangan beliau selari dengan dasar British membawa kepada pembentukan Sistem Ahli.

Pembentukan Sistem Ahli


Pengumuman - Tahun 1951, Sir Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British) umumkan
senarai anggota Sistem Ahli

Maksud - Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui


pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
-
Anggota - Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
diberikan tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi
kerajaan.
-
Tujuan - Memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan
pentadbiran negeri sebelum British memberikan kemerdekaan.
-
Tarikh - Dilaksanakan pada April 1951 – Jun 1955 iaitu sebelum pilihan raya
Laksana MPP (5 Julai 1955)
-
Portfolio - Tiga portfolio kekal di bawah British;
● Hal Ehwal Ekonomi
● Perindustrian dan Perhubungan Sosial
● Perumahan dan Kerja Raya

Rombakan - Tahun 1954, rombakan dibuat.


- Beberapa portfolio baharu diwujudkan dan dijawat oleh warganegara
PTM yang menganggotai MPP

NOTA

Tarikh :
Lampiran
2
Senarai Ahli dan Portfolio

Ciri-ciri 1. Ahli bertaraf “Menteri” dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang


Sistem Ahli mengandungi jabatan dan agensi kerajaan.
2. Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja
3. Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang
berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP.
4. Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.
5. Merupakan satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa
pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.

NOTA

Tarikh :
Lampiran
3
Kepentingan Sistem 1. Menyediakan asas penting untuk melatih orang tempatan ke arah
Ahli berkerajaan sendiri
ke Arah Kemerdekaan 2. Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk
belajar
mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan
3. Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya
terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum.
4. Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan
seluruh penduduk PTM.

Peranan Dato’Onn - Sebagai “Menteri” Hal Ehwal Dalam Negeri Persekutuan Tanah
Jaafar dalam Sistem Melayu
Ahli - Tanggungjawab beliau menjaga:
1. Hal ehwal imigran
2. Penyiaran dan percetakan
3. Hubungan negeri Melayu dengan Negeri² Selat
4. Hal ehwal menunaikan haji
5. Pendaftaran kerakyatan
6. Perkahwinan
7. Kematian
8. Menjaga jabatan :-
a) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
b) Jabatan Pilihan Raya
c) Jabatan Rupa Bangsa Nasional

LATIHAN OBJEKTIF

Lampiran 4 Tarikh :
1. Gambar di sebelah merupakan tokoh tempatan yang memainkan peranan penting dalam
pembentukan Sistem Ahli . ms 178

Siapakah tokoh tersebut?


A Raja Uda
B Dato’ Onn Ja’afar
C Dato’ Nik Ahmad Kamil
D Dato Hamzah Abdullah

2. Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951? ms 178
I. Memupuk perpaduan kaum
II. Menerapkan sistem pentadbiran Barat
III. Mengukuhkan lagi penguasaan politik
IV Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Maklumat di bawah berkaitan portfolio yang terus kekal di bawah pentadbiran


British dalam Sistem Ahli . Apakah X ? ms 178

Hal Ehwal Ekonomi


Perumahan dan Kerja Raya
X
A Kesihatan
B Pelajaran
C Pertanian dan Perhutanan
D Perindustrian dan Perhubungan Sosial

4. Apakah tanggungjawab Ahli dalam Sistem Ahli.? m.s 179


I. Menjaga portfolio
II Mencadangkan undang-undang
III Mengetuai pentadbiran negara
IV Melantik Ahli yang berkelayakan
A I dan II
B I dan IV
C. II dan III
D III dan IV

5. Bagaimanakah Sistem Ahli menjadi asas membentuk perpaduan kaum ke arah


kemerdekaan negara ? ms 179

A. Idea penubuhannya hasil cadangan pelbagai kaum


B. Setiap kaum berhak memilih anggota Sistem Ahli
C Ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum
D Pandangan setiap kaum diambil kira dalam sesuatu keputusan

LATIHAN STRUKTUR

Tarikh :
Lampiran
5
SISTEM AHLI

SISTEM AHLI DILAKSANAKAN DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU PADA BULAN


APRIL 1951 HINGGA BULAN JUN 1955.

Aras a) Nyatakan 3 ciri sistem ahli?


Rendah
i- ………………………………………………………………………………

ii- ………………………………………………………………………………

iii- ………………………………………………………………………………
( 3 markah )

Aras b) Mengapakah sistem ahli dianggap penting bagi penduduk di Persekutuan Tanah Melayu ?
Rendah

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
( 3 markah )

c) Pada pendapat anda sejauh manakah Sistem Ahli memainkan peranan dalam melahirkan
Aras
pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir negara kita?
Tinggi

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
( 4 markah )

LATIHAN ESEI

Tarikh :
Lampiran
6
Sistem Ahli memberikan pendedahan yang baik kepada pendudukan tempatan untuk
mentadbir dan menerajui kerajaan . Hal ini sesuai dengan dasar British yang memberikan
tempoh peralihan pentadbiran menjelang kemerdekaan negara kita.

Aras a) Apakah tujuan British memperkenalkan Sistem Ahli ? ( 2 markah )


Rendah

Aras b) Bincangkan kepentingan Sistem Ahli kepada Persekutuan Tanah Melayu dalam
Rendah usaha mencapai negara yang merdeka? ( 4 markah )

Aras c) Sekiranya anda merupakan pemimpin tempatan, apakah cadangan anda untuk
Tinggi mengukuhkan Sistem Ahli sebagai persediaan kearah berkerajaan sendiri?
( 6 markah )

Aras
Tinggi d) Jelaskan perbezaan antara Sistem Ahli dengan Sistem Jemaah Menteri masa kini.
(8
markah )

You might also like