You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon : 07-231 0000

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Pengarah : 07-231 0198


JALAN TUN ABDUL RAZAK Timbalan : 07-231 0191
80604, JOHOR BAHRU Faks : 07-234 7132
JOHOR DARUL TA’ZIM Laman Web : www.jpnjohor.moe.gov.my
E-mel : jpn.johor@moe.gov.my

Ruj. Fail :JPNJ.HEM 800-5/1/2( 39 )


Tarikh : Jun 2021
Guru Besar
SK/SJK(C)/SJK(T)
Negeri Johor

Melalui,

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Johor

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN TERKINI PENANGGUHAN AGIHAN BAYARAN BANTUAN KUMPULAN


WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada email Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan
Malaysia bertarikh 15 Jun 2021.

2. Kami ingin memaklumkan bahawa penangguhan pengagihan peruntukan bantuan


Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) masih terpakai sehingga 28 Jun 2021 atau
hingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP 3.0) atau 'total lockdown' yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

3. Sila hubungi En Rozaini bin A. Rani, Penolong Pengarah (HEM) Sektor Pembangunan
Murid di talian 07-2311491 atau 012-6140476 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan berhubung perkara di atas adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih,

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

............................................................
(HAJI OMAR BIN SALLEH)
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
PEMAKLUMAN TERKINI PENANGGUHAN AGIHAN BAYARAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH
PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2021

Tu 06/15/21 16:52

Elanee Abdullah (elanee@moe.gov.my)

To:

PIC JPN Bagi Bantuan


KWAPMsuhaizi.semail@jpnpp.edu.mymayangrd@gmail.combantuanjpnswk@gmail.comWan Suhaizal
Bin Wan Saidihanika76kt@gmail.com

Cc:

Saupi bin RajaliHerma Malinie Binti HashimSiti Fatimah Binti Ab RazakNoorraslinda OthmanNurafifah
Binti Abdul GhaffarRamzi Bin Mansor

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan emel Bahagian Kewangan, KPM
bertarikh 4 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Susulan pengumuman Kerajaan berhubung penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021, adalah
dimaklumkan penangguhan pengagihan peruntukan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM) masih terpakai sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Walau bagaimanapun,
pihak Jabatan Pendidikan Negeri adalah dinasihatkan untuk terus membuat semakan ke atas senarai
nama murid yang telah diedarkan oleh pihak Kementerian secara dalam talian.

3. Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama SEGERA daripada pihak Jabatan Pendidikan
Negeri untuk membuat hebahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah/sekolah berhubung perkara ini.

Sekian, terima kasih

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

SEKRETARIAT KWAPM

Cawangan Bantuan & Pematuhan

Bahagian Kewangan

Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like