You are on page 1of 6

TEMA 4

Sejarah Kumpulan Etnik

TAJUK

Suku Kaum Bidayuh : Sejarah Perkembangan Suku Kaum Bidayuh Di Kampung Raso 2, Bau
dari tahun 1960 hingga 2015

PENGENALAN

Suku menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, 2010 didefinisikan di sini ialah puak atau
sekumpulan manusia yang mempunyai hubungan keluarga. Kelompok – kelompok ini
memiliki struktur sosial yang jelas dan tertata baik sejak dulu kala. Selain itu, maksud lainnya
juga berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dalam salah satu suku, tidak termasuk dalam
sesuatu suku.

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Cetakan Kesembilan 1993, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu
bangsa yang besar; suku bangsa. Kaum juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi
bangsa.

Sejarah menurut Nikolaos Gysis yang bermaksud menyiasat/inkuiri, ilmu yang


diperolehi melalui kaedah penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan
persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh
masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta.

Perkembangan menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, 2010 merupakan suatu
proses yang pasti di alami oleh setiap individu, perkembangan ini adalah proses yang bersifat
kualitatif dan berhubungan dengan kematangan seorang individu yang ditinjau dari
perubahan yang bersifat progresif serta sistematis di dalam diri manusia. Akhmad Sudrajat :
2008, memberikan definisi bahawa “Perkembangan dapat diertikan sebagai perubahan yang
sistematis, progresif dan berkesinambungan dalam diri individu sejak lahir hingga akhir
hayatnya atau dapat diertikan pula sebagai perubahan – perubahan yang dialami individu
menuju tingkat kedewasaan atau kematangannya.
Penduduk Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku kaum. Kepelbagaian
suku kaum ini menjadikan Sarawak sebuah negeri yang unik. Bumi kenyalang yang terkenal
dengan kepelbagaian etnik tidak pernah timbul isu perkauman dalam kalangan pelbagai etnik
di Sarawak. Model perpaduan dan keharmonian kaum di bumi kenyalang ini harus
diketengahkan agar ia dapat membantu Malaysia keluar daripada kebejatan api perkauman
yang ternyata tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara. Perpaduan serta keharmonian
antara kaum merupakan tunjang kepada kestabilan politik yang menjurus kepada
kemampanan ekonomi di sebuah negara.

Keharmonian antara kaum di Sarawak terserlah apabila masyarakat yang terdiri


daripada pelbagai latar belakang boleh duduk semeja minum di kedai kopi sama ada kedai
kopi kaum Cina, Melayu atau Iban dan sebagainya. Contohnya, di premis kedai kopi milik
kaum Cina, ada orang Melayu yang menjual makanan di situ. Ini menunjukkan penduduk di
bumi kenyalang ini mengutamakan perpaduan serta keharmonian antara kaum.

Ini menunjukkan model keharmonian serta perpaduan kaum di Sarawak boleh


dijadikan contoh untuk di kaji serta diaplikasikan dalam konteks kemajmukan masyarakat di
Malaysia. Keharmonian dan perpaduan kaum ini telah menjadikan Sarawak sebuah negeri
yang stabil dan mampu untuk menarik para pelabur dari luar melabur yang boleh
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri Sarawak. Ini kerana walaupun ianya
terdiri daripada penduduknya yang berbilang kaum, namun masyarakat hidup aman dan
harmoni.

Antara suku kaum yang terdapat dalam kalangan masyarakat di Sarawak adalah kaum
Bidayuh. Walaupun ada orang yang mengatakan bahawa kaum Bidayuh hanya satu, ianya
ada tanggapan yang salah di mana kaum Bidayuh juga mempunyai pecahan etniknya yang
tersendiri. Kaum Bidayuh terdiri daripada 5 bahagian etnik iaitu Selakau atau Lara yang
berada di daerah Lundu, Jagoi atau Singai yang berada di daerah Bau, Biatah yang berada di
daerah kecil Padawan, Kuching Tengah, Bidayuh Baru Atau Bidayuh Moden yang berada di
Kawasan Tengah antara Padawan dengan Bau.

Seterusnya, antara kawasan yang hendak dikaji ialah Kampung Raso 2 yang berada di
daerah Bau. Jumlah penduduk yang berada di kampung Raso 2 ialah sebanyak 664 penduduk
di mana jumlah lelaki ialah 363 dan jumlah perempuan ialah 301. Selain itu, jumlah rumah
yang berada di Kampung Raso 2 ialah sebanyak 118 buah rumah.
Mengikut legenda, masyarakat yang disebut Bidayuh datang ke Sarawak dari
Sungkong di Kalimantan Indonesia kira-kira dua puluh generasi sebelum ledakan Gunung
Krakatoa (Hewitt 1961: 51). Mereka menetap di kawasan Gunung Penrissen, atau yang
disebut sebagai Borneo Heights.. Dari situ mereka kemudian berhijrah pula ke kawasan-
kawasan berhampiran. Ada kemungkinannya masyarakat Bidayuh yang awal ini pernah
tinggal di sekitar kawasan yang sekarang menjadi Bandaraya Kuching. Namum pada tahun-
tahun kemudiannya perompak-perompak dan lanun dari Laut Sulu telah datang dan memaksa
mereka berhijrah semakin jauh ke pedalaman untuk mencari perlindungan. Oleh kerana
penempatan merekalah mereka telah dipanggil Dayak Darat.

Malcom MacDonald (1985: 51), menyifatkan masyarakat Bidayuh merupakan


masyarakat yang mencintai keamanan dan kedamaian. Beliau menambah orang Bidayuh
telah menjadi mangsa yang keganasan dan pemburuan kepala dan dijual sebagai hamba oleh
orang Melayu Brunei, Iban dan lanun-lanun keturunan Illanundan Balanini. Orang Bidayuh
dengan sifat dan keperibadiannya yang mencintai keamanan, hanya memberi tentangan yang
minimal dan ini telah menggalakkan penganiayaan dan penindasan ke atas mereka.

Orang Bidayuh pernah menjadi satu sub suku kaum yang dianiayai, diperhambakan
serta diperas ugut, sehingga Hugh Low pernah mengatakan bahawa bahawa orang Bidayuh
mungkin terhapus dari muka bumi ini, sekiranya tidak diselamatkan oleh pemerintahan
Brooke (1848: 168). Pada zaman silam, amalan penghambaan dan pemburuan kepala
manusia berlaku secara berleluasa. Orang Bidayuh sering dijadikan mangsa oleh masyarakat
luar. Rumah panjang mereka diserang dan ditawan oleh kumpulan-kumpulan lanun dengan
rakus serta tidak berperikemanusiaan. Keganasan dan keadaan tragik yang menimpa
masyarakat Bidayuh seperti yang dinyatakan oleh MacDonald (ibid) diteguhkan lagi dengan
pendapat Walker (2002: 17) yang menyatakan bahawa elit Melayu yang hendak
membendung bangkangan atau inginkan barangan dan perkhidmatan akan mendesak orang
Iban dan Saribas dan Skrang untuk berlawan degan kumpulan Bidayuh. Sebenarnya ancaman
utama yang diterima oleh masyarakat Bidayuh adalah dari orang Melayu, dan mereka bijak
menggunakan orang Iban untuk menakut-nakutkan masyarakt Bidayuh ketika itu.

Kenyataan di atas menggambarkan masyarakat Bidayuh tradisional mengambil


sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan diri daripada terus dirompak dan
dijadikan mangsa keganasan serta pemburuan kepala dan perhambaan orang-orang luar. Cara
yang terbaik bagi orang Bidayuh ialah memilih untuk pergi jauh ke kawasan pedalaman
untuk terus hidup dalam keadaan yang lebih selamat jauh di pedalaman, berdekatan dengan
puncak gunung dan di lereng-lereng bukit di mana keselamatan lebih terjamin.

Gambaran tentang masyarakat Bidayuh yang digunakan oleh penulis-penulis Barat


adalah sangat mengelirukan dan tidak konsisten. Penulis Barat berkata Dayak merujuk
kepada mereka hidup di pedalaman (Geddes, 1954: 11). Istilah sebegini timbul kerana adanya
percubaan orang-orang Barat untuk membezakan kaum Iban (Dayak Laut atau Sea Dayak),
dengan orang Bidayuh (Dayak Darat atau Land Dayak), kerana orang Bidayuh tinggal di
kawasan berbukit dan kawasan pergunungan.

Berbanding masyarakat Iban, masyarakat Bidayuh di Sarawak tidaklah begitu aktiviti


perpindahan petempatan. Mereka mengekalkan tradisi mereka yang menjadi tanah tumpah
darah mereka untuk beberapa generasi (Aman, 1989: 399). Orang Bidayuh juga pernah
berhijrah dan menetap di merata tempat, tapi berbanding dengan masyarakat dari suku kaum
lain di Sarawak penghijrahan orang Bidayuh tidak berleluasa. Sebaliknya menurut Kedit
proses penghijrahan mereka cuma agak perlahan berbanding dengan masyarakat Iban ( 1987:
79). Mereka juga menerima hakikat bahawa mereka berasal dari Gunung Sungkong di
Kalimantan Barat, Indonesia (Hewitt, 1961: 43).

Kaum etnik Bidayuh boleh dibahagikan kepada empat kumpulan kecil menurut loghat
dan dialek. Secara umumnya, loghat atau dialek tersebut adalah Bukar-Sadong dia Daerah
Serian, Biatah, Penyawa, Tibia, Biannah, dan Biparoh di Daerah Kuching, Bau-Jagoi dia
Daerah Bau, dan Selako-Lara di Daerah Lundu (Sarok, 1998, Mamit, 2002). Sungguh pun
demikian terdapat sekurang - kurangnya 35 suku bidayuh yang sebahagian besarnya
membina penempatan di sekitar bahagian Kuching dam Semarahan. Kebanyakkan suku
Bidayuh ini mendiami empat daerah utama di Sarawak iaitu daerah Kuching, daerah Serian,
daerah Bau dan daerah Lundu. Selain itu, sebanyak 11 suku bidayuh yang mendiami daerah
Kuching yang dibahagikan kepada tiga bahagian Penrissan, Siburan, dan Padawan seperti
suku Benuk, suku Peroh, suku Biatah, suku Penyawa, suku Biannah, suku Tibiah, suku
Braang, suku Simpok, suku Bengoh, dan suku Semban.

Manakala Daerah Serian merupakan daerah yang paling banyak didiami oleh suku

Bidayuh. Sebanyak 15 suku yang mendiami daerah Serian seperti suku Bukar, suku Sambat,

suku Mentu, suku Sumpas, suku Temong, suku Taup, suku Engkeroh, suku Kujang dan

beberapa suku lain. Selebihnya mendiami Daerah Bau seperti suku Singai, Suku
Jagoi/Bratak, Suku Serembu, Suku Gumbang, Suku Tringgus dan beberapa suku lain lagi di

Daerah Lundu.

Jadual 2: Kumpulan Etnik Masyarakat Bidayuh Mengikut Daerah

Daerah Kuching Daerah Serian Daerah Bau Daerah Lundu


Bibenuk Bibukar Singai Selako-Gajing
Biperoh Sambat Jagoi Selako-Sengkuku
Bisitang Mentu Serembu Lara
Biatah Sumpas Gumbang Undu
Penyawa Temong Tringus
Biannah Taup
Tibia Engkeroh
Simpok Riih
Braang Gahat
Bengoh Suntas

Namun, pada umumnya hanya enam suku utama yang banyak dikenali di Sarawak
iaitu suku Bisadong, suku Bisingai, suku Biatah, suku Bibukar, suku Bijagoi, dan Dayak
Selako atau Rara (Chang, 2004). Bidayuh biasanya lebih banyak menggunakan susunan nama
bukit atau gunung bagi menamakan kumpulan mereka. Contohnya, suku Bijagoi dan suku
Bisingai dinamakan sempena nama Gunung Jagoi dan Gunung Singai yang terletak di daerah
Bau. Cara ini agak berbeza berbanding dengan kaum bumiputera lain yang biasanya
menggunakan susunan nama sungai bagi membezakan mereka.

Bidayuh Jagoi pada mulanya berhijrah dari Bung Bratak dan mereka pindah ke
Gunung Jagoi kerana pertanda buruk seperti yang diperincikan dalam legenda penghijrahan
Bijagoi di bawah. Namun, ada versi lain yang menyebutkan bahawa beberapa orang Bidayuh
di bawah pimpinan Bari berpindah dari Rabak Mikabu, Penrissan ke Paya Pais berhampiran
Pangkalan Entabang sekarang dan beberapa tahun kemudian mereka pergi ke Bung Jagoi di
mana mereka menetap di sana.

Gunung Jagoi, setinggi 1.162 kaki dari aras laut, adalah penempatan yang agak baru
dibandingkan dengan perkampungan Bratak, Singai dan Serembu, orang Bidayuh yang
tinggal di sekitar Gunung Jagoi menggelarkan diri mereka sebagai "Bijagoi" dan hari ini,
penduduk Bijagoi tidak hanya tumbuh di daerah Bau tetapi juga tersebar ke Jagoi Babang di
Kalimantan Barat, Indonesia dan daerah Lundu.

You might also like