You are on page 1of 1

Pengaruh dasar dan hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia mengikut era

penjajahan british terhadap pembangunan insan dan negara.

Perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan


Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola,
dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai
satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah
iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campur tangan tentang pendidikan
vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi.

Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816.
Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga
sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris
dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara
ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit.

Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu
pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi
mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan
benevolen (benovelent welfare policy).

Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau
memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada
itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-
wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur
kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem
pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat
majmuk.

Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab, Inggeris dan Tamil.
Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan
dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah
menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

You might also like