You are on page 1of 6

Acara Teks Juruacara Tindakan

Ketibaan *** SEBUT SEMASA PERASMI MASUK KE DEWAN*** Deidrel


Masuk
Mengalu-alukan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Limbang diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Raja
Manikam A/L Subramaniam, Pengetua SMK Medamit masuk ke dalam dewan.

Lagu Sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Deidrel
Negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku.

Lagu Negaraku

Lagu Negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku

Para hadirin dipersilakan duduk

Acara Teks Juruacara Tindakan

Kata Alu- 1. Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
aluan Pejabat Pendidikan Daerah Limbang

2. Yang Berusaha, Encik Raja Manikam A/L Subramaniam,


Pengetua SMK Medamit

3. Yang Berusaha Encik Jason Rabing Anak Ansi


Yang Dipertua PIBG SMK Medamit

1
Yang dihormati, Para pegawai daripada Pejabat Pendidikan Limbang,

Yang di hormati, Ahli – ahli jawatankuasa PIBG SMK Medamit,

Yang di hormati Para Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Pejabat Kesihatan
Bahagian Limbang, Ibu Pejabat Polis Bahagian Limbang, Jabatan Penjara Bahagian Limbang, Pejabat
Residen Bahagian Limbang, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bahagian Limbang.

Para guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya rakan-rakan pelajar. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Daerah Limbang bagi tahun 2020.

Acara Teks Juruacara Tindakan

Pendahuluan Sungguh rendang pohon bidara,


Diapit oleh pohon kekwa;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Tuan2-puan2 yang dihormati sekalian,

Pada pagi yang penuh barakah ini,saya mewakili pihak majlis ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan selamat datang dan merakamkan seangkasa terima kasih khusus buat tetamu kehormat,
Yang Berusaha Tuan Haji Matzinan bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Daerah Limbang.

2
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir  bagi
memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Daerah Limbang pada hari
ini.

Untuk pengetahuan semua, program ziarah cakna merupakan program yang dijalankan bertujuan
memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/
penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid. Program ini bagi meyakinkan para pelajar bahawa
sekolah adalah satu tempat permulaan untuk mengubah masa hadapan mereka dan keluarga. Dengan
kehadiran dan kerjasama pelbagai agensi pada hari ini di harapkan program ini dapat memacu
kecemerlangan agenda pendidikan negara.

Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Hadirin sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Encik Ady Mahadi bin Mohd Loh. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*PAUSE*
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Encik Ady Mahadi Bin Mohd Loh. Semoga
dengan kalimah doa tadi, diberkati hendaknya segala hasrat yang direncanakan..

Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Perasmi
& Sekarang tibalah acara kemuncak yang kita tunggu-tunggu iaitu bacaan perutusan Timbalan Menteri
Penyampaian Pendidikan Malaysia, ucapan perasmian seterusnya penyempurnaan gimik perasmian yang akan
Hadiah/ disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan
Cenderahati Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Limbang. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim

3
menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit bagi membacakan perutusan,
menyampaikan ucapan perasmian sekaligus menyempurnakan gimik perasmian Program Ziarah Cakna
Peringkat Daerah Limbang . Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
*PAUSE*

Demikian tadi bacaan perutusan dan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji
Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Limbang.

Seterusnya, kita akan menyaksikan penyempurnaan gimik perasmian yang akan disempurnakan oleh Yang
Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit.

Justeru, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit dan semua tetamu
kehormat untuk sama-sama menyempurnakan gimik perasmian. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan seangkasa ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan
Daerah Limbang atas kesudian beliau membacakan perutusan, menyampaikan ucapan perasmian sekaligus
menyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi.

Pihak majlis berasa sangat berbesar hati atas kesudian Pegawai – pegawai dari pelbagai agensi kerajaan
kerana sudi meluangkan masa memeriahkan lagi majlis pelancaran program ziarah cakna pada hari ini.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Limbang dengan diiringi oleh Encik Raja
Manikam A/L Subramaniam, Pengetua Smk Medamit bagi menyampaikan cenderahati kepada pegawai –
pegawai dari pelbagai agensi.

Dipersilakan,

4
________________________________________________ daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Limbang

________________________________________________ daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Libang

________________________________________________ daripada Ibu Pejabat Polis Bahagian Limbang

________________________________________________ daripada Jabatan Penjara Bahagian Limbang

________________________________________________ daripada Pejabat Residen Bahagian Limbang

________________________________________________ daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan


Bahagian Limbang.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Raja Manikam, Pengetua SMK Medamit bagi
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha,Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan seangkasa ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan
Daerah Limbang dan semua tetamu kehormat atas kesudian menyampaiakan hadiah dan cenderahati
sebentar tadi.
Nyanyian Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, hadirin dipersilakan berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu
Lagu Sekolah sekolah, Usaha Tangga Kejayaan.

Hadirin dipersilakan duduk.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput Encik Raja Manikam A/L Subramaniam, untuk
mempersilakan dan mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit dan semua TETAMU
KEHORMAT untuk membuat lawatan ke Tapak Pameran di foyer dan seterusnya menikmati jamuan yang
disediakan di ________________________.

5
Pelajar – pelajar di minta tunggu dahulu sehingga arahan seterusnya di beritahu.

You might also like