You are on page 1of 2

NAMA: AHMAD FAISAL BIN ROSLI (BM KUMP 1)

Soalan: Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu, hurai
secara lebih lanjut perkara-perkara berikut mengikut individu tertentu. Huraian hanya perlu
dicatatkan dalam dokumen word sahaja.

Kemahiran Bertutur:

- Standard Kandungan 1.4 - 1.7

- Penghuraian Standard Pembelajaran

JAWAPAN:

Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang
betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.

Standard kandungan kemahiran bertutur boleh dilihat pada standard 1.2, 1.3, 1.4, 1.5,
1.6 dan 1.7. Standard kemahiran bertutur ini juga dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu
kelompok yang pertama terdiri daripada standard kandungan 1.2 dan 1.3 begitu juga dengan
standard pembelajarannya. Kelompok yang kedua pula terdiri daripada standard kandungan
1.4, 1.6 dan 1.7. Kelompok terakhir iaitu ketiga ialah standard kandungan 1.5.

Bagi standard kandungan 1.4, kemahiran bertutur yang ingin dicapai ialah dengan
bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Seterusnya standard
kandungan 1.5 pula ialah bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Seterusnya standard 1.6 iaitu
memerihalkan kemahiran bertutur dengan berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. Manakala bagi
standard kandungan 1.7 pula ialah berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Berdasarkan standard kandungan di atas, terdapat standard pembelajaran yang perlu


dicapai mengikut standard kandungannya iaitu bagi standard kandungan 1.4, sub topiknya
terdiri daripada 4 sub topik iaitu untuk sub topik yang pertama 1.4.1 ialah bertutur tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam
NAMA: AHMAD FAISAL BIN ROSLI (BM KUMP 1)

situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Seterusnya sub topik 1.4.2 ialah berbual
tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai secara bertatasusila.
Seterusnya sub topik 1.4.3 iaitu berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti
nama yang sesuai dengan betul secara bertatasusila. Akhir sekali standard pembelajaran bagi
sub topik 1.4.4 ialah menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan memberikan
alasan yang sesuai dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Bagi standard kandungan 1.5 pula iaitu bercerita dan menceritakan sesuatu perkara
semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul, terdiri daripada
2 sub topik standard pembelajaran iaitu 1.5.1 dan 1.5.2. Yang pertama 1.5.1 ialah bercerita
dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan menggunakan pelbagai ayat yang
mengandungi bahasa yang indah. Manakala sub topik kedua 1.5.2 ialah menceritakan sesuatu
perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul menggunakan pelbagai ayat yang
mengandungi bahasa yang indah.

Bagi standard kandungan 1.6 pula iaitu memerihalkan kemahiran bertutur dengan
berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
dengan tepat secara bertatasusila. Standard pembelajaran yang ingin dicapai melalui standard
kandungan ini terdiri daripada 2 subs iaitu yang pertama 1.6.1, berbicara untuk mendapatkan
maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat rumusan dengan betul secara
bertatasusila. Manakala subs yang kedua iaitu 1.6.2 ialah berbicara dengan menerapkan
bahasa yang indah untuk menyampaikan maklumat dengan tepat secara bertatasusila.

Bagi standard kandungan 1.7 pula iaitu berbincang dan mengemukakan pendapat
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. Terdapat satu sahaja
sub topik di bawah standard pembelajaran yang ingin dicapai iaitu 1.7.2 berbincang dan
mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif dengan menggunakan ayat yang gramatis
secara bertatasusila.

Secara kesimpulannya, standard kandungan merupakan kayu ukur kepada guru untuk
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bagaimana untuk
melaksanakan dan mencapainya adalah dengan mengukur kebolehan dan tahap penguasaan
murid-murid mengikut standard pembelajaran yang ditetapkan.

You might also like