You are on page 1of 191

BAB 1

PENGENALAN :

PRINSIP DAN KONSEP PEMBANGUNAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Mengklasifikasikan negara-negara di dunia dari konteks


pembangunan dan pendapatan negara.
2. Membeza dan mengukur maksud pembangunan
ekonomi dan pertumbuhan ekonomi.

 
1.1 Klasifikasi Negara

Secara umumnya, negara di dunia ini boleh dikelaskan kepada dua


kategori utama, iaitu Negara Maju (NM) dan Negara Membangun. Negara
Membangun pula boleh dibahagikan kepada Negara Kurang Membangun
(NKM) dan Negara Sedang Membangun (NSM). Negara maju sering kali
dikenali sebagai negara industri kerana terdapat perhubungan rapat
antara pembangunan dengan perindustrian.

World Bank (1997) membahagikan dunia kepada empat kategori, iaitu


negara berpendapatan rendah, negara berpendapatan sederhana rendah,
negara berpendapatan sederhana tinggi dan ketiga-tiga kumpulan ini ialah
Negara Membangun, serta negara berpendapatan tinggi yang juga
Negara Maju.

Negara berpendapatan rendah mempunyai Keluaran Negara Kasar (KNK)


per kapita kurang atau sama dengan AS$730 pada 1995, negara
berpendapatan sederhana rendah mempunyai pendapatan sama dengan
atau kurang daripada AS$3,020, manakala negara berpendapatan
sederhana tinggi mempunyai pendapatan per kapita sama dengan atau
kurang daripada AS$8,10. Negara berpendapatan tinggi mempunyai

 
pendapatan per kapita tertinggi pada AS$40,630 yang dimiliki oleh
Switzerland.

Selain itu, terdapat sekumpulan negara dalam kumpulan negara


berpendapatan sederhana tinggi yang kebanyakannya terdiri daripada
negara Asia dan Amerika Latin yang dikenali sebagai Negara atau
Ekonomi Perindustrian Baru (EPB). Nama ini diberi berdasarkan
pertumbuhan output industri mereka yang sangat pesat.

Pendapatan per kapita bagi beberapa negara terpilih dalam keempat-


empat kumpulan negara ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Jadual ini juga
menunjukkan jumlah penduduk negara tersebut.

Negara berpendapatan tinggi tidak semestinya mempunyai kurang


penduduk berbanding negara dalam kumpulan lain. Contohnya, Jepun
dengan bilangan penduduk 125.2 juta orang mempunyai jauh lebih
banyak penduduk daripada Kenya dengan bilangan penduduk 26.7 juta
orang berada dalam kategori negara berpendapatan rendah. Namun,
disebabkan KNK Jepun adalah jauh lebih tinggi daripada KNK Kenya
maka KNK per kapitanya (Jepun) juga jauh lebih tinggi, iaitu pada
AS$39,640 berbanding AS$280 bagi Kenya. Dari segi kadar pertumbuhan
penduduk pula, sekiranya diperhatikan (Jadual 1.1) bagi kebanyakan
negara berpendapatan rendah kadarnya lebih tinggi daripada negara
berpendapatan tinggi.

Bab ini menggunakan istilah NM, NSM, NKM, dan EPB dalam
membincangkan isu dan pengalaman pembangunan. Walau
bagaimanapun, sesetengah bab tidak membahagikan negara dalam
kumpulan negara membangun kepada kategori tetapi hanya merujuk dua
kumpulan negara di dunia, iaitu negara maju dan negara membangun.

 

 
1.2 Perbezaan Negara Kaya dan Miskin oleh Bank Dunia

Pendapatan ekonomi rendah (kurang daripada $785 per kapita pada tahun
1997). Pendapatan ekonomi menengah (antara $786 - $3,125).

Pendapatan ekonomi menengah atas (negara pendapatan sederhana - Asia &


Amerika Latin yang berkembang maju serta negara industri baharu) $3,126 -
$9,125.

Pendapatan ekonomi tinggi (negara industri) - kebanyakan dari negara yang


pendapatan melebihi $9,656.

Daripada perbincangan di atas, secara umumnya negara boleh diklasifikasikan


seperti berikut :

Negara Dunia Pertama

Negara Dunia Kedua

Negara Dunia Ketiga (ND3)

i) Negara Dunia Pertama

Merujuk kepada :

• Negara perindustrian di Eropah Barat, Amerika Utara dan Pasifik.

• Mewakili negara-negara kaya dan berpendapatan tinggi.

• Negara perindustrian.

• Mengalami tahap perkembangan perindustrian yang tinggi.

ii) Negara Dunia Kedua

• Negara bekas jajahan Soviet Union, ekonomi berpusat di Eropah Timur

• Negara ekonomi sosialis, kerajaan menentukan pengeluaran negara.

• Juga mewakili negara berpendapatan tinggi (politik tidak stabil).

• Negara maju (perbezaan fahaman politik - sosialis).

 
iii) Negara Dunia Ketiga (ND3)

• Terdiri daripada :

• 2/3 penduduk dunia - merangkumi Amerika Latin dan Carribean, Afrika,


Asia Tengah dan Asia (kecuali Jepun).

• UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Development) -


diwakili oleh 127 buah negara Afro-Asia dan Amerika Latin (ND3).

• Negara sedang membangun, negara pengeluar minyak, negara miskin.

1.3 CIRI-CIRI NEGARA MEMBANGUN

A. Taraf Hidup yang Rendah dari sudut :

i. Pendapatan negara per kapita.

ii. Kadar relatif pertumbuhan pendapatan negara (per kapita).

iii. Pengagihan pendapatan negara.

iv. Kemiskinan.

v. Kesihatan.

vi. Pendidikan.

B. Ciri-ciri Lain

i. Sistem politik.

ii. Kekurangan modal dan teknologi.

iii. Kadar tabungan yang rendah.

iv. Dualisme ekonomi. (golongan kaya dan miskin)

 
1.4 Perbezaan Pertumbuhan dan Pembangunan

Dalam penggunaan seharian, perkataan pertumbuhan ekonomi dan


pembangunan ekonomi digunakan secara bertukar ganti. Namun demikian,
kedua-dua istilah ini sangat berbeza. Pertumbuhan ekonomi bermaksud
peningkatan dalam keluaran (pendapatan) negara atau keluaran (pendapatan)
negara per kapita. Sekiranya pengeluaran barangan dan perkhidmatan
sesebuah negara meningkat, negara itu dikatakan mengalami pertumbuhan
ekonomi (Gillis et al. 1996).

Pembangunan ekonomi pula meliputi skop yang lebih luas. Ia bukan sahaja
merujuk peningkatan keluaran (pendapatan) atau keluaran (pendapatan) per
kapita tetapi juga melibatkan perubahan struktur ekonomi. Ini termasuklah,
kepentingan sektor yang telah berubah kepada perindustrian, perbandaran yang
berlaku dengan pesat, dan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar
yang menyebabkan peratus penduduk bandar meningkat. Selain itu, kadar
pertumbuhan penduduk menurun, dan struktur umur penduduk berubah kepada
berkurangnya nisbah kebergantungan. Corak penggunaan juga berubah kepada
barangan dan perkhidmatan tahan lama serta barangan mewah dan bukan
setakat memenuhi keperluan asas sahaja.

Sesetengah negara mengalami peningkatan dalam pendapatan per kapita tetapi


sebahagian besar faedahnya dimiliki oleh orang asing melalui penyertaan asing
dalam aktiviti ekonomi. Sekiranya ini berlaku, negara ini tidak boleh dianggap
mengalami pembangunan. Perkara utama yang perlu wujud dalam
pembangunan ekonomi ialah penyertaan rakyat negara itu dalam proses
perubahan tersebut. Penyertaan rakyat tempatan ini adalah dari segi melibatkan
diri dalam proses pengeluaran dan mendapat manfaat daripada peningkatan
keluaran. Dengan kata lain, mereka sama-sama menikmati hasil peningkatan
keluaran dan perkhidmatan melalui peningkatan kekayaan individu. Ini boleh
berlaku melalui agihan pendapatan dan kekayaan yang lebih sama rata.
Sekiranya peningkatan output hanya dirasai oleh kumpulan minoriti sahaja, maka
ia tidak boleh dianggap sebagai pembangunan. Ringkasnya, pembangunan
ekonomi merujuk pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial yang berlaku dalam
sesebuah negara.

Merujuk kepada Jadual 1.1, kita dapati bahawa selain penduduk dan pendapatan
per kapita, beberapa ciri lain pembangunan termasuklah peratus penduduk
bandar, jangka hayat semasa lahir dan kadar buta huruf. Penghijrahan yang
pesat dari luar bandar ke bandar melalui proses pembangunan menyebabkan
peningkatan peratus penduduk bandar. Ini jelas dibuktikan oleh Jadual 1.1.

 
Peratus penduduk bandar di negara berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi
lebih tinggi daripada peratus di negara berpendapatan rendah. Contohnya,
terdapat dalam kalangan negara berpendapatan tinggi yang mempunyai peratus
penduduk bandar yang mencecah 80 peratus ke 100 peratus seperti di
Singapura, United Kingdom dan Republik Korea. Sementara bagi negara dalam
kumpulan berpendapatan rendah pula, peratus ini tidak sampai 50 peratus tetapi
kebanyakannya dalam lingkungan 30 peratus dan ke bawah.

Jangka hayat semasa lahir juga didapati lebih panjang bagi negara
berpendapatan lebih tinggi. Bagi kebanyakan negara berpendapatan tinggi ia
melebihi 70 tahun, malahan Jepun mempunyai jangka hayat 80 tahun pada
1995. Sebaliknya, bagi kebanyakan negara berpendapatan rendah dan
pertengahan rendah, jangka hayat adalah lebih pendek, iaitu dalam lingkungan
60 tahun. Banyak faktor yang mempengaruhi peningkatan jangka hayat melalui
proses pembangunan seperti kemudahan kesihatan, pemakanan, pendidikan,
kesedaran rakyat tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan sebagainya.

Proses pembangunan juga mempunyai hubungan rapat dengan pencapaian


pendidikan. Ini boleh dilihat melalui kadar buta huruf. Seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.1, negara dalam kumpulan berpendapatan rendah mempunyai
kadar buta huruf yang jauh lebih tinggi daripada negara dalam kumpulan
berpendapatan lebih tinggi. Contohnya, kebanyakan negara berpendapatan
tinggi mempunyai kadar buta huruf kurang 5 peratus, tetapi bagi sesetengah
negara berpendapatan rendah peratusnya melebihi 60 peratus seperti di Nepal
(73 peratus), Senegal (67 peratus), Ethiopia (65 peratus) dan Bangladesh 62
peratus).

Lazimnya, proses pembangunan akan menyebabkan sektor perindustrian


semakin penting dan mengurangkan peranan sektor pertanian. Keadaan ini
dialami oleh kebanyakan negara maju di dunia ini, malahan nama yang diberi
kepada Negara Perindustrian Baru merujuk kepada perkembangan sektor
perindustrian, khususnya sektor pembuatan. Perubahan ini seterusnya memberi
kesan kepada bilangan tenaga buruh menurut sektor dengan penumpuan yang
lebih tinggi kepada sektor perindustrian.

Daripada Jadual 1.1 juga, dapat dilihat bahawa negara yang berada dalam
kategori berpendapatan lebih tinggi mempunyai peratus nilai ditambah sektor
industri yang lebih tinggi berbanding negara berpendapatan rendah. Secara
keseluruhannya, peratus nilai ditambah industri negara berpendapatan tinggi
adalah dalam lingkungan 30-40 peratus, manakala bagi negara berpendapatan
rendah peratus ini dalam lingkungan 10-20 peratus sahaja. Peratus tenaga buruh

 
sektor industri juga semakin besar apabila sesebuah negara itu makin maju.
Contohnya, bagi negara dalam kumpulan berpendapatan tinggi, peratus ini
mencecah 25-35 peratus berbanding hanya dalam lingkungan 2-19 peratus bagi
negara berpendapatan rendah. Terdapat juga negara berpendapatan rendah,
iaitu Nepal yang langsung tidak mempunyai buruh sektor industri. Bagi negara
yang berada dalam kategori sederhana rendah dan sederhana tinggi pula,
peratus tenaga buruh industri berada juga di peringkat pertengahan.

Satu ciri ekonomi lain yang berkait dengan proses pembangunan adalah
pendedahan kepada antarabangsa. Ini dapat digambarkan oleh kuantiti atau
jumlah eksport dan import sesebuah negara. Semakin membangun atau maju
sesebuah negara itu maka hubung jalin antarabangsa menjadi semakin penting
dan jumlah eksport dan import menjadi semakin tinggi.

Jadual ini membuktikan bahawa nilai eksport dan import negara maju jauh lebih
tinggi daripada negara berpendapatan lebih rendah. Sehubungan itu, perbezaan
nilai eksport dan import juga penting dipertimbangkan kerana ia akan
menentukan imbangan pembayaran sesebuah negara.

Proses pembangunan berkait rapat dengan pembaikan aspek sosial seperti


kadar kematian bayi, kadar kesuburan dan kadar pendaftaran pelajar di setiap
peringkat pengajian. Jadual seterusnya menunjukkan petunjuk ini bagi beberapa
negara terpilih dalam setiap kategori kumpulan negara. Kadar kematian bayi
mempunyai hubungan negatif dengan tahap pembangunan. Ini terbukti melalui
penurunan kadar kematian apabila kita membandingkan negara berpendapatan
rendah, negara berpendapatan sederhana dan negara berpendapatan tinggi.

Bagi negara berpendapatan rendah, kadar ini masih tinggi sehingga melebihi
100 bagi sesetengah negara seperti Etiopia (112), Haiti (123) dan Zambia (109).
Bagi negara berpendapatan sederhana rendah dan sederhana tinggi pula,
secara keseluruhannya kadarnya lebih rendah dalam lingkungan 20 hingga 50.
Kadar paling tinggi negara dalam kumpulan ini dialami oleh Bolivia, iaitu pada
kadar 69 dan paling rendah oleh Malaysia pada kadar 12 bagi setiap 1000
kelahiran hidup. Sementara bagi negara berpendapatan tinggi kadar ini kurang
daripada 10.

Kadar kesuburan jumlah juga mempunyai hubungan negatif dengan tahap


pembangunan. Hubungan ini dapat dilihat dalam jadual yang sama. Sekiranya
kita membandingkan negara dalam kumpulan berpendapatan rendah dengan
kumpulan berpendapatan tinggi, jelas terbukti bahawa negara maju mampu

 
menurunkan kadar kesuburannya sehingga ke tahap kurang daripada 2,
manakala negara kurang maju melebihi 2 sehingga mencapai angka 7.

Akhir sekali, hubungan pendaftaran dengan tahap pembangunan juga penting


untuk dipertimbangkan. Proses pembangunan akan meningkatkan pencapaian
pendidikan dan pendaftaran di semua peringkat. Pendaftaran yang sangat
signifikan berhubung pembangunan adalah peringkat tertiari bagi melahirkan
tenaga kerja yang mahir yang diperlukan negara. Jadual ini, jelas membuktikan
bahawa NM mempunyai kadar pendaftaran tertiari yang sangat tinggi sehingga
melebihi 100 peratus seperti yang berlaku di Kanada. Sebaliknya, kadar
pendaftaran tertiari NKM masih di peringkat sangat rendah, iaitu secara
puratanya kurang daripada 10 peratus.

1.5 KESIMPULAN

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN

PERTUMBUHAN EKONOMI

Merujuk kepada pertumbuhan atau keluaran dan pendapatan negara.

Pendapatan per kapita diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar (jumlah hasil
dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara dalam tempoh setahun)
dibahagikan dengan jumlah penduduk.

PEMBANGUNAN EKONOMI

Aspek yang lebih luas - semua penduduk terlibat memainkan peranan penting
dalam proses yang melibatkan perubahan struktur.

Penglibatan dalam proses pembangunan akan menghasilkan faedah


pembangunan seperti keluaran negara.

Pembangunan Ekonomi = pertumbuhan ekonomi + keadilan sosial yang


berlaku di dalam sesebuah Negara.

PERTUMBUHAN EKONOMI MODEN

Merujuk kepada zaman ekonomi semasa berbanding dengan zaman


sebelumnya.

Contohnya zaman kapitalis (sekarang) dengan zaman ekonomi feudal (dahulu).

Pertumbuhan ekonomi zaman moden - penggunaan teknologi moden dalam


proses pengeluaran, industri, urbanisasi dan pertumbuhan penduduk.

 
SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan istilah-istilah ekonomi yang berikut :

a. Pertumbuhan Ekonomi

b. Pembangunan Ekonomi

2. Apakah penentu World Bank dalam membahagikan dunia kepada


empat kategori, iaitu negara berpendapatan rendah, negara
berpendapatan sederhana rendah, negara berpendapatan sederhana
tinggi dan negara berpendapatan tinggi atau Negara Maju ?

10 

 
BAB 2

TEORI-TEORI PEMBANGUNAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Dapat memahami teori-teori yang digunakan


dalam pembangunan ekonomi.
2. Membezakan teori-teori pembangunan dan
kesesuaian dalam menyelesaikan masalah
ekonomi. 

2.0 PENGENALAN

Perkembangan teori atau model pertumbuhan ekonomi secara umumnya berlaku


seiringan dengan perkembangan model makroekonomi. Model pertumbuhan ekonomi
lebih tertumpu kepada proses pertumbuhan keluaran di sesebuah negara dan menjadi
ukuran kepada tahap pertumbuhan ekonomi negara berkenaan. Sebaliknya, model
makroekonomi merangkumi perkara yang lebih luas, bukan sahaja menyentuh aspek
keluaran atau pasaran barangan tetapi juga pasaran wang dan pengaruh kedua-dua
pasaran ini terhadap pertumbuhan ekonomi.

Aliran pemikiran model pertumbuhan ekonomi bermula pada zaman klasik. Dalam era
ini terdapat tiga orang ahli pertumbuhan ekonomi yang penting iaitu Adam Smith, David
Ricardo dan Karl Marx. Smith dan Ricardo menumpukan perbincangan mengenai
peranan sektor pertanian manakala Marx mengenai masyarakat industri. Walau
bagaimanapun, ketiga-tiga mereka memberi hujah yang berbeza tentang peranan faktor
pengeluaran. Bagi Adam Smith, kecekapan buruh penting kepada pertumbuhan
ekonomi, manakala Ricardo pula menekankan kepada peranan faktor tanah.
Sebaliknya, Karl Marx berpendapat pemilikan modal penting kepada seseorang untuk
bersaing dalam operasi pengeluaran.

11 

 
AIiran pemikiran klasik ini diikuti oleh pemikiran Keynesian. Dua model penting dalam
era ini adalah model Harrod-Domar dan model Schumpeter. Dalam model Harrod-
Domar, modal dikatakan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi ditentukan oleh nisbah antara kecenderungan
menabung sut atau purata dengan nisbah modal output dan keseimbangan ekonomi
dikatakan selalu tidak stabil sementara Schumpeter pula menekankan peranan
pengusaha dan inovasi dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Menurut beliau
pengusaha yang kreatif, yang dapat merekacipta dan menggunakan ciptaan baru
dengan cekap akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pandangan Harrod-Domar ditentang oleh Robert Solow dan Trevor Swan, dua ahli
ekonomi Neo-Klasik yang penting. Mereka berpendapat keseimbangan ekonomi adalah
stabil dan faktor penting pertumbuhan ekonomi adalah kecenderungan menabung sut
atau purata dan nisbah modal - buruh. Sekiranya kedua-dua pertumbuhan ini dapat
ditingkatkan maka output per kapita meningkat. Namun demikian, faktor-faktor di atas
tidak dapat mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi malah ditentukan oleh kadar
pertumbuhan tenaga kerja. Bab ini seterusnya membincangkan secara terperinci
model-model pertumbuhan tersebut. Di samping itu, kritikan dan aplikasi model tersebut
juga dibincangkan.

2.1 TEORI-TEORI KLASIKAL

Model pertumbuhan klasik telah dipelopori oleh tiga orang ahli ekonomi pertumbuhan
yang penting iaitu Adam Smith, Ricardo dan Marx. Persoalan utama mereka dalam
membincangkan model pertumbuhan adalah berbeza. Oleh yang demikian, bahagian
ini akan membincangkan model pertumbuhan mereka secara berasingan.

Model Adam Smith

Persoalan pokok yang diutarakan oleh Adam Smith dalam modelnya ialah perbezaan
tingkat pertumbuhan antara negara. Terdapat di kalangan negara di dunia ini yang
mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang pesat dan terdapat pula negara-
negara yang tidak berkembang. Adam Smith mengakui bahawa kekurangan modal
bukan merupakan penghalang kepada pertumbuhan kerana modal hanyalah satu jenis
input yang memerlukan input lain untuk berfungsi atau dimobilisasikan. Bagi Adam
Smith terdapat dua faktor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
iaitu pengkhususan buruh atau division of labour dan produktiviti buruh.

Kedua-dua faktor ini saling berkait iaitu pengkhususan boleh membawa kepada
produktiviti buruh yang lebih tinggi. Ini kerana dengan adanya pengkhususan, buruh
boleh mendapat faedah daripada pembelajaran melalui amalan atau learning-by-doing.
Keadaan ini selanjutnya dapat mengurangkan kos pengeluaran dan harga output.
12 

 
Adam Smith telah menyenaraikan tiga faktor penting yang menyebabkan produktiviti
meningkat melalui pengkhususan:

1. Buruh dapat meningkatkan penumpuannya kepada tugas yang diberi kerana


melakukan kerja yang sama setiap hari.

2. Buruh dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu berpindah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.

3. Buruh akan menjadi biasa dengan penggunaan sesuatu mesin yang seterusnya
meningkatkan kecekapan mereka.

Melalui pengkhususan, produktiviti buruh meningkat dan selanjutnya upah benar, kuasa
beli, permintaan dan daya saing pasaran juga meningkat. Keadaan ini boleh membawa
kepada pengkhususan buruh selanjutnya. Walau bagaimanapun pengkhususan buruh
sangat bergantung kepada struktur permintaan. Pengkhususan buruh memerlukan
kepada bentuk penggunaan yang lebih sofistikated dan pertambahan dalam permintaan
ke atas output seseorang pengeluar akan meningkatkan produktiviti, upah benar dan
permintaan kepada output lain. Fenomena ini akan menyebabkan pertumbuhan
ekonomi yang dicapai adalah berbeza oleh negara yang berbeza. Bagi Adam Smith
perbezaan tingkat pertumbuhan berlaku bergantung kepada jumlah buruh produktif dan
buruh tidak produktif yang ada di sesebuah negara. Bagi ekonomi yang mempunyai
lebih ramai buruh produktif tingkat pertumbuhannya adalah lebih tinggi dibandingkan
dengan ekonomi yang mempunyai kurang buruh produktif.

Dalam membincangkan modelnya, Adam Smith telah mengemukakan tujuh andaian


penting iaitu:

1. Sebarang aktiviti yang dijalankan dalam sesebuah ekonomi akan menghasilkan


lebihan atau keuntungan tanpa mengira sama ada dilakukan oleh buruh produktif atau
tidak produktif. Dengan kata lain, nilai output akan melebihi kos pengeluarannya.

2. Buruh adalah input yang diperlukan bagi setiap aktiviti pengeluaran.

3. Pengeluaran melibatkan masa iaitu terdapat perbezaan masa antara penggunaan


input dengan masa mendapatkan output dan keuntungan. Fungsi pengeluaran adalah:

Y = f (L, t)

Y = output L = buruh t = masa

4. Ekonomi diandaikan tertutup iaitu tidak terlibat dengan perdagangan antarabangsa.

13 

 
5. Buruh terbahagi kepada dua iaitu yang produktif dan yang tidak produktif mengikut
pandangan kapitalis. Buruh dikatakan produktif sekiranya terlibat dengan aktiviti yang
menghasilkan 'lebihan' dan lebihan ini melebihi kos cukup hidup dalam bentuk upah
dan tidak melebihi kos pengeluaran kerana kesemua buruh diandaikan akan
menghasilkan lebihan.

6. Tidak ada modal tetap, input bukan buruh hanya dalam bentuk modal kerja atau
wage fund yang diberi kepada buruh pada permulaan mereka diambil bekerja.
Pentingnya dana upah ialah untuk menyara buruh disebabkan pengeluaran mengambil
masa. Ia adalah sejumlah wang yang dibayar kepada pekerja semasa mereka mula
bekerja dan belum lagi menghasilkan apa-apa keluaran. Dana ini penting kepada
pekerja untuk mereka membeli barangan penggunaan dan merupakan insentif untuk
mereka bekerja. Dana upah ini boleh ditulis sebagai,

K = k Yt-1

K = dana upah atau modal kerja

Y = output

k = bahagian output yang diberikan kepada pekerja sebagai dana upah atau 'wage
fund', (0 < k < 1).

Persamaan (3.8) menunjukkan kadar pertumbuhan output (g) berhubung secara positif
dengan produktiviti buruh (P) dan bahagian output tahun sebelumnya yang diberi
kepada pekerja (k) serta berhubungan secara negatif dengan kadar upah benar (w).

Pertumbuhan ekonomi akan berlaku sekiranya nilai p jauh lebih besar daripada w. Bagi
sebuah ekonomi yang mempunyai kurang buruh produktif adalah sukar untuk
bertumbuh. Selain produktiviti buruh dan kadar upah benar yang menentukan
pertumbuhan ekonomi, kadar output yang digunakan sebagai dana upah iaitu k, untuk
diberikan kepada buruh di peringkat awal penggunaan mereka amat penting dalam
menentukan kadar pertumbuhan. Semakin tinggi k semakin tinggi pula kadar
pertumbuhan. Produktiviti buruh dikatakan berlaku melalui pengkhususan buruh. Walau
bagaimanapun, produktiviti buruh bukan syarat penting dan mencukupi untuk ekonomi
bertumbuh. Ini kerana sekiranya kadar upah lebih tinggi daripada produktiviti,
pertumbuhan tidak berlaku. Begitu juga dengan produktiviti yang sama, pertumbuhan
boleh berlaku sekiranya berlaku kenaikan dalam k.

KRITIKAN TERHADAP MODEL ADAM SMITH

Perhubungan antara nisbah produktiviti dengan upah dan bahagian dana upah adalah
kunci kepada pertumbuhan ekonomi. Bagi setiap tingkat p/w akan terdapat tingkat k
14 

 
yang minimum yang boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi. Contohnya, jika
p/w = 2, maka nilai k mestilah lebih daripada 1/2 untuk ekonomi bertumbuh. Begitu juga
semakin rendah nilai p/w semakin tinggi nilai k yang diperlukan. Disebabkan (1- k)
merupakan bahagian yang diterima kapitalis, maka semakin kecil lebihan kapitalis untuk
memungkinkan pertumbuhan berlaku secara berterusan, kerana nilai k meningkat. Oleh
itu sekiranya p/w dapat ditingkatkan melalui pengkhususan buruh, maka nilai k yang
diperlukan untuk pertumbuhan berlaku semakin rendah dan semakin tinggi lebihan
kapitalis.

Penerangan Adam Smith tentang pertumbuhan tidak mencukupi kerana beliau tidak
menunjukkan apakah penentu k, iaitu apakah nilai k yang patut diberikan kepada buruh
supaya pertumbuhan berlaku secara berterusan. Oleh kerana k diberi kepada pekerja
pada awal operasi pengeluaran, maka sukar menentukan nilai yang sesuai. Begitu juga
dengan perbezaan antara buruh produktif dan tidak produktif tidak diterangkan dengan
jelas dengan bahagian k yang patut diberi kepada kedua-dua jenis buruh ini juga tidak
diterangkan dengan jelas. Disebabkan produktiviti mereka berbeza, maka nilai k
sepatutnya berbeza. Di samping itu, model Adam Smith juga tidak mengambil kira
tentang modal tetap, walhal mesin atau modal tetap boleh meningkatkan produktiviti
buruh dan selanjutnya p/w.

Model Ricardo

Dalam Model Ricardo diandaikan ,sebahagian besar barangan penggunaan adalah dari
sektor pertanian yang dihasilkan oleh faktor tanah. Faktor ini mempunyai penawaran
tetap dan pengeluarannya tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang.
Perbezaan antara aktiviti yang menggunakan tanah sebagai input dan yang tidak
menggunakan tanah adalah perkara pokok dalam perbincangan model pertumbuhan
Ricardo.

Dua perkara penting disumbangkan oleh Model Ricardo dalam menganalisis


pertumbuhan. Pertama, model ini menunjukkan proses pertumbuhan ekonomi akan
berhenti apabila telah mencapai satu tingkat tertentu. Kedua, agihan pendapatan
adalah berkaitan dengan dan ditentukan melalui proses pertumbuhan ekonomi. Agihan
pendapatan dalam bentuk sewa, untung dan upah kepada masing-masing tuan tanah,
pemodal dan pekerja adalah berkait rapat dengan tingkat pertumbuhan ekonomi.
Pertumbuhan ekonomi pula bergantung kepada penawaran tanah, stok modal dan
buruh serta teknologi pertanian. Ekonomi adalah berbentuk pasaran dan peruntukan
sumber dipengaruhi oleh motif keuntungan walaupun tidak semestinya pada tingkat
maksimum. Perbezaan dalam perolehan keuntungan adalah berkait rapat dengan
kualiti tanah di mana modal diperuntukkan. Andaian-andaian penting Model Ricardo
ialah:
15 

 
1. Ekonomi terdiri daripada dua sektor iaitu pertanian dan pembuatan. Setiap sektor ini
mengeluarkan barangan pengguna yang berbeza misalnya, barangan pengguna
daripada sektor pertanian adalah dalam bentuk hasil pertanian. Contohnya keluaran
makanan, manakala contoh barangan sektor pembuatan adalah pakaian. Di samping
itu sektor pertanian mempunyai dua sifat. Pertama, sektor ini menghasilkan barangan
yang digunakan oleh buruh atau wage goods yang hanya terdiri daripada hasil
pertanian. Kedua, sektor pertanian menggunakan tanah sebagai input pertanian. Oleh
itu output pertanian berhubungan secara positif dengan jumlah tanah yang digunakan.

2. Pada setiap tempoh pengeluaran, katakan satu musim, terdapat sejumlah wage fund
yang diberikan sebagai pendahuluan kepada pekerja. Wage fund ini diperlukan oleh
pekerja kerana pengeluaran adalah memakan masa, jadi pada peringkat permulaan,
mereka memerlukan wang untuk menyara hidup. .

3. Kadar upah benar yang wujud dalam sesebuah ekonomi itu adalah. kadar upah
cukup hidup. Sebarang perbezaan yang wujud antara upah cukup hidup dengan upah
benar akan menyebabkan berlaku penyesuaian dalam penawaran buruh. Misalnya
apabila upah benar lebih tinggi daripada upah cukup hidup, maka penawaran buruh
bertambah dan upah benar jatuh menuju ke arah cukup hidup.

4. Tanah yang menjadi input penting dalam pengeluaran wage goods mempunyai dua
sifat iaitu penawarannya tetap dan kualitinya berbeza-beza. Ini bermakna ada tanah
yang subur dan ada yang tidak subur. Selanjutnya produktiviti tanah juga berbeza.
Pengeluaran pertanian tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang. Dengan
erti kata lain, apabila jumlah modal dan buruh ditambah kepada penggunaan sekeping
tanah, output marginal dan puratanya menurun walaupun jumlah output meningkat.

Pada awalnya dalam situasi permintaan terhadap output pertanian yang rendah, tanah
yang subur sahaja digunakan. Walau bagaimanapun, apabila permintaan terhadap
output pertanian atau makanan meningkat, tanah-tanah yang kurang subur terpaksa
digunakan. Produktiviti tanah dalam menghasilkan barangan pertanian jatuh bagi tanah
yang tidak subur walaupun dengan menggunakan input modal dan buruh yang sama.
Ini menunjukkan kos pengeluaran meningkat setelah output pertanian bertambah dan
melibatkan tanah yang tidak subur.

5. Output sektor pertanian (contohnya makanan) adalah homogen, yakni tidak ada
beras berkualiti tinggi dan berkualiti rendah walaupun ditanam di atas tanah yang
berbeza kualiti. Harga beras pula sama dengan kos pengeluaran bagi mengerjakan
tanah tidak subur dan kos ini adalah lebih tinggi daripada kos mengerjakan tanah subur.
Ini bermakna penghasilan beras akan mendatangkan keuntungan lebih normal kepada

16 

 
pemilik tanah subur kerana kos mereka lebih rendah dan keuntungan ini juga dikenal
sebagai sewa Ricardo; dan

6. Tiada modal tetap yang diperlukan dalam pengeluaran dan ekonomi adalah tertutup.

Menurut model ini, dalam setiap ekonomi terdapat penawaran tanah yang mempunyai
pelbagai peringkat kesuburan dan pelbagai tingkat teknologi yang boleh mempengaruhi
produktiviti buruh supaya meningkat lebih tinggi daripada tingkat cukup hidup. Kadar
pertumbuhan tenaga kerja tinggi kerana kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar
kematian. Pada awalnya, jumlah penduduk adalah rendah berbanding dengan tanah
yang ada, oleh itu makanan dapat dipenuhi melalui penggunaan tanah yang subur
sahaja. Pada kadar upah yang ada, kapitalis terpaksa memperuntukkan sebahagian
daripada hasil pertanian (makanan) pada pengeluaran musim lepas sebagai wage fund.
Sebarang lebihan yang dapat dihasilkan buruh ini menjadi milik kapitalis. Lebihan ini
juga digunakan untuk memenuhi permintaan makanan buruh sektor lain misalnya
pembuatan, penggunaan kapitalis, dan wage fund untuk tahun hadapan.

Model ini juga menjelaskan bahawa wujud perhubungan yang rapat antara buruh,
modal dan pengeluaran makanan. Keupayaan buruh menghasilkan lebihan akan
menggalakkan kapitalis membuat pelaburan semula sebahagian daripada lebihan itu
dengan mengambil lebih banyak buruh dan ini akan menghasilkan pengeluaran
makanan yang lebih tinggi dan lebih ramai penduduk yang boleh disara. Kesannya
nisbah penduduk - tanah akan menjadi lebih tinggi pula dan tanah yang kurang subur
terpaksa dikerjakan melalui penambahan penggunaan modal dan buruh. Tindakan ini
akan mengurangkan keluaran sut tanah, kos buruh meningkat dan sewa yang
sebenarnya pendapatan bukan buruh juga meningkat. Ekonomi yang mengalami
pertumbuhan seperti ini akan memperlihatkan beberapa ciri penting iaitu, proses
pertumbuhan tidak akan berlaku secara berterusan dan terdapat agihan kepada faktor
pengeluaran yang boleh dibezakan melalui sewa, upah dan untung kepada masing-
masing faktor tanah, buruh dan modal.

Ini menunjukkan pulangan kepada faktor pengeluaran iaitu sewa, upah dan untung
akan berubah mengikut tingkat penggunaan buruh kepada tanah. KS adalah keluaran
sut buruh dan KP ialah keluaran purata buruh. Pada tingkat buruh L1 , jumlah upah
pekerja ialah OL1 W1 W, untung pemodal WW1P1T dan sewa a tuan tanah, TP1R1.
Apabila pemodal melabur semula sebahagian daripada keuntungan maka lebih banyak
buruh diambil bekerja, katakan L2 . Pada tingkat ini jumlah upah menjadi OL2 W2 W,
untung WW2 P2 T dan sewa TP2 R2 . Kita dapati jumlah untung semakin berkurangan,
tetapi jumlah sewa meningkat. Proses pengambilan buruh akan berhenti apabila tiada
lagi untung pemodal iaitu pada peringkat di mana KS = W. Pada tahap ini tiada lebihan

17 

 
dan tiada pelaburan semula maka proses pertumbuhan terhenti. Dalam Rajah 3.1,
tingkat ini ditunjukkan oleh kuantiti buruh L3.

KRITIKAN TERHADAP MODEL RICARDO

Analisis Ricardo menggambarkan proses pertumbuhan tidak berlaku secara harmoni


dan tidak memberi faedah kepada semua golongan atau dengan kata lain kepentingan
mereka tidak sama. Golongan yang paling banyak menerima faedah daripada
pertumbuhan ekonomi ialah tuan-tuan tanah. Tanah yang terhad penawarannya
menyebabkan nisbah buruh-tanah semakin tinggi apabila penduduk bertumbuh dan
selanjutnya kadar sewa meningkat. Proses pertumbuhan akan membawa kepada
peningkatan sewa dan mengurangkan untung.

Mengikut Ricardo, proses pertumbuhan akan berhenti apabila tanah yang dapat
digunakan habis dan ini membawa kepada kejatuhan untung. Tetapi pendapat ini
dikritik dari dua sudut iaitu pertama, kapitalis mungkin mempunyai sumber tabungan
lain dan kedua, mungkin terdapat kemajuan teknologi yang mampu mengekalkan kadar
untung, dengan itu pulangan berkurangan dan pengeluaran dapat dilambatkan.

Ricardo juga mengabaikan soal pembaikan tanah yang juga adalah langkah penting
dalam meningkatkan pembentukan modal sektor pertanian. Dalam Model Ricardo, tuan
tanah tidak mempunyai insentif untuk melakukan pelaburan daripada sewa a yang
mereka peroleh untuk menyambung proses pertumbuhan. Oleh itu, apabila berlaku
peningkatan dalam kos buruh, nisbah produktiviti upah jatuh. Tuan tanah juga boleh
menerima lebihan dalam bentuk sewa tanpa apa-apa usaha. Gambaran ini nampaknya
tidak realistik dalam keadaan sebenarnya kerana tuan tanah boleh menjadi kapitalis
dan selalunya akan melakukan pelaburan bagi meneruskan proses pertumbuhan.

Model Karl Marx

Perbezaan pandangan Marx dengan Smith dan Ricardo ialah tentang upah cukup hidup
dan hukum pulangan bertambah kurang. Ekonomi Marxian juga mempercayai
pertumbuhan tidak berlaku selamanya, tetapi apa yang berbeza ialah tentang
berakhirnya pertumbuhan ekonomi. Marx berpendapat pertumbuhan akan berhenti
apabila berlaku krisis.

Marx melihat pembangunan ekonomi dari sudut sosial dan sejarah. Marx menganggap
perhubungan sosial dalam pengeluaran lebih penting daripada pertukaran antara
barangan. Sifat sosial buruh ditekankan. Beliau mengatakan produktiviti buruh,
kemahiran masyarakat buruh, pengetahuan sains dan teknologi dan alam sekitar
adalah anugerah penting sesebuah ekonomi. Perhubungan angkubah ini akan
menentukan budaya-sosial dalam masyarakat.
18 

 
Hukum dinamik dalam teori Marx ialah: (i) keinginan utama pemodal ialah untuk
mengumpulkan seberapa banyak modal, (ii) kecenderungan kadar upah untuk jatuh, (iii)
penumpuan dan pemusatan yang semakin meningkat bagi modal. Persaingan antara
firma membawa kepada hanya firma-firma besar mampu bersaing dan wujudnya
monopoli, dan (iv) peningkatan pengangguran kerana melalui perubahan teknologi
modal dapat menggantikan buruh.

Dalam Model Marx, output terdiri daripada modal tetap, modal berubah dan lebihan,
atau

Y = c + v + s

Dengan

y = output

c = modal tetap

v = modal berubah atau modal kerja (upah atau kos pengeluaran buruh)

s = nilai lebihan iaitu nilai yang dihasilkan oleh buruh melebihi v.

Kadar untung oleh pemodal atau pengusaha, u, merupakan nisbah antara nilai lebihan
dengan jumlah modal atau

s / (v+c)

Marx mengatakan semakin tinggi nisbah antara modal tetap dengan modal berubah c/v
maka semakin murah output kerana kos berubah yang semakin kurang. Analisis dibuat
berasaskan kepada hukum pulangan bertambah tinggi. Faktor tanah yang mempunyai
penawaran tetap tidak dimasukkan ke dalam analisis Model Marx.

Dalam ekonomi pasaran, setiap individu membuat jangkaan kepada proses


pengeluaran dengan car a yang sama. Ini bergantung kepada tahap milikan modal
seseorang. Setiap individu juga perlu menggunakan sebahagian daripada barangan
atau upah cukup hidup yang diperoleh secara pertukaran sama ada dengan
menawarkan perkhidmatan buruhnya atau pertukaran barangan. Terdapat persaingan
antara pemilik modal. Pemilik-pemilik yang mempunyai modal yang sedikit terpaksa
keluar daripada pasaran kerana tidak sanggup bersaing dengan pemilik lain yang dapat
mengeluarkan barangan pada kos yang rendah.

19 

 
Secara umumnya, masyarakat boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu pekerja
dan pemodal. Pekerja menawarkan khidmat buruhnya untuk mendapatkan upah. Harga
buruh iaitu kadar upah benar adalah upah cukup hidup. Kadar ini adalah tetap atau
dengan kata lain penawaran buruh anjal sempurna. Persoalannya, kenapakah upah
sentiasa berada pada tingkat cukup hidup? Dalam menerangkan hal ini Marx
mempunyai pandangan berbeza dengan Teori Malthus. Faktor yang menyebabkan
upah cukup hidup tidak berubah ialah kemajuan teknologi. Seperti yang telah
dijelaskan, proses pengeluaran dalam Model Marx tertakluk kepada hukum pulangan
bertambah tinggi yang memberi implikasi bahawa semakin banyak modal digunakan
atau lebih intensif modal, maka semakin cekap proses pengeluaran. Oleh itu, pihak
pemodal lebih suka menggunakan teknik intensif modal yang selanjutnya
mengurangkan permintaan kepada buruh dan menyekat upah cukup hidup daripada
meningkat.

Walaupun buruh dibayar upah cukup hidup mereka berkemampuan menghasilkan nilai
ditambah yang melebihi kos dan lebihan ini merupakan milik kapitalis. Ini bermakna
produktiviti buruh lebih tinggi daripada kadar upah. Keadaan ini menggambarkan
pemodal telah mengeksploitasikan buruh. Kadar eksploitasi ialah nisbah antara nilai
lebihan dengan modal kerja at au kos buruh, s/v dan nilai ini diandaikan tidak berubah.
melalui kemajuan teknologi. Pemodal juga akan menggantikan modal kepada buruh
sekiranya harga buruh naik melebihi paras cukup hidup. Ini membawa kepada
beberapa keadaan seperti kadar pengangguran yang lebih tinggi, perubahan dalam
pertumbuhan monopoli dan kecenderungan kepada kejatuhan untung, iaitu terdapat
firma yang tidak dapat bersaing dan terpaksa keluar daripada operasi pengeluaran.

KRITIKAN TERHADAP MODEL KARL MARX

Model pertumbuhan Marx adalah diasaskan kepada masyarakat industri dan tidak
memberi tumpuan kepada negara membangun. Namun demikian terdapat juga
sebahagian dari pandangan Marx yang bertentangan dengan negara industri sendiri.
Contohnya dari segi persaingan modal yang dikatakan hanya pemodal besar sahaja
mampu meneruskan operasi sebenarnya tidak berlaku. Dalam keadaan sebenar, di
negara industri mahupun negara membangun, peranan pemodal kecil masih penting.
Mereka masih boleh beroperasi untuk memenuhi permintaan kumpulan tertentu.

Marx mendefinisikan modal tetap sebagai bukan sahaja mesin tetapi juga input bukan
buruh seperti bahan mentah. Oleh itu peningkatan dalam penggunaan mesin tidak
semestinya meningkatkan modal sekiranya nilai kos input lain jatuh. Begitu juga
kemajuan teknologi tidak semestinya meningkatkan komposisi modal dan seterusnya
tidak membawa kepada penurunan kadar untung. Ini menunjukkan andaian yang

20 

 
mengatakan pulangan bertambah tinggi adalah tidak konsisten dengan kenyataan
bahawa berlaku kejatuhan kadar untung.

2.2 MODEL HARROD-DOMAR

Model pertumbuhan Harrod-Domar adalah berasaskan kepada gabungan hasil kerja


dua orang ahli ekonomi pertumbuhan iaitu R. F. Harrod dan Edward Domar. Walaupun
Harrod dan Domar fokus kepada peranan modal dalam pertumbuhan ekonomi, namun
perkara pokok yang ditekankan adalah berbeza. Bagi Harrod perkara penting yang
ingin dibincangkan ialah tentang sebab-sebab berlakunya ketidakstabilan dalam
ekonomi kapitalis, manakala Domar pula lebih menumpukan kepada kadar pelaburan
dalam ekonomi kapitalis. Disebabkan persamaan asas kedua-dua pendekatan ini
adalah sama, maka dalam membincangkan teori pertumbuhan, pendekatan mereka
digabungkan menjadi Teori Harrod-Domar.

MODEL HARROD

Tumpuan Model Harrod ialah ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi jenis ini individu adalah
unit penting dalam membuat keputusan. Dalam membuat keputusan, mereka tidak
mengendahkan perancangan orang lain atau implikasi daripada keputusan yang
mereka lakukan ke atas individu lain. Dalam ekonomi jenis ini tidak ada agensi
perancangan pusat yang mengawal pelaksanaan perancangan bagi menjamin sesuatu
pelaksanaan itu tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Selanjutnya kelakuan pelaburan menentukan pertumbuhan ekonomi, manakala


perancangan perbelanjaan penggunaan mempunyai perhubungan positif dengan
pertumbuhan melalui kesan pengganda. Keputusan melabur adalah tanggungjawab
pengusaha. Pengusaha tidak dapat menentukan pendapatan, tetapi hanya boleh
membuat keputusan untuk berbelanja. Dalam merancang perbelanjaan mereka,
pengusaha tidak tahu perancangan pengusaha lain, serta tidak dapat mempengaruhi
perancangan orang lain. Tambahan pula rancangan pelaburan dibuat berdasarkan
kepada jangkaan dan sangat berkait dengan masa depan yang tidak pasti. Oleh yang
demikian, rancangan pelaburan tertakluk kepada ketidakpastian yang boleh membawa
kepada dua implikasi, berjaya atau gagal. Kejayaan yang dicapai akan membawa
ekonomi kepada keseimbangan. Sebaliknya, sekiranya perancangan pelaburan gagal
mencapai matlamat maka ekonomi akan berada dalam ketidakseimbangan, iaitu sama
ada berlaku lebihan permintaan atau lebihan penawaran.

Berdasarkan kepada fenomena di atas, Harrod cuba menjawab dua persoalan.


Pertama, apabila berlakunya ketakseimbangan, adakah pengusaha cuba mencapai
21 

 
semula keseimbangan? Atau dengan kata lain, sama ada keseimbangan yang dicapai
stabil atau tidak stabil? Kedua, adakah guna tenaga penuh boleh dicapai?

Perbincangan Harrod diasaskan kepada enam andaian penting:

1. Terdapat dua jenis barangan atau dua jenis aktiviti iaitu pelaburan dan penggunaan;
iaitu I dan C. Nisbah harga relatif bagi kedua-dua aktiviti ini atau Pi/Pc diandaikan tetap.
Andaian ini mempunyai dua implikasi iaitu pertama, kadar pertumbuhan diukur
mengikut kadar perubahan dalam jumlah output, tetapi kadar pertumbuhan tidak
dipengaruhi oleh perubahan komposisi output. Kedua, keputusan pelaburan tidak boleh
dipengaruhi oleh keuntungan hasil daripada perubahan harga relatif. Sebaliknya
pengusaha akan membuat pelaburan berdasarkan permintaan kepada outputnya,
bukannya kepada perubahan harga relatif.

2. Tabungan, S diandaikan berkadaran dengan tingkat pendapatan, Y.

S = sY atau s = S/Y = ∆S/∆Y

dengan s = kecenderungan menabung sut atau purata.

3. Tenaga kerja, L diandaikan bertumbuh pada kadar tetap, n.

L/L = n dengan L = ∆L/∆t

Ini bermakna kadar pertumbuhan tenaga kerja tidak dipengaruhi o!eh angkubah lain
dalam ekonomi.

4. Tidak ada kemajuan teknologi dan tidak ada susut nilai. Ini bererti pelaburan kasar
menyamai pelaburan bersih. Andaian ini juga menunjukkan kadar perubahan dalam
stok modal, K, menyamai tingkat pelaburan, I atau:

K = I dengan k = ∆K/∆t

Dalam keseimbangan, pelaburan menyamai tabungan atau S=I

5. Jumlah modal, K, dan buruh, L, yang diperlukan untuk mengeluarkan satu tingkat
output adalah diberi dengan nisbah modal buruh tetap. Fungsi pengeluaran adalah
berkadaran tetap di mana modal dan buruh tidak saling mengganti. Penambahan dalam
modal atau buruh tidak dapat mengubah tingkat output.

Fungsi pengeluaran adalah berbentuk


22 

 
Y = min [ K/v , L/u ]

dengan

v = nisbah modal-output dan,

u = nisbah buruh-output

Kedua-dua angkubah ini diandaikan tetap. Fungsi sedemikian dapat menerangkan dua
perkara:

1. Dengan mendefinisikan u sebagai nisbah tetap keperluan buruh bagi sejumlah output
atau L/ Y maka pada setiap tingkat output, buruh yang diperlukan ialah L/u unit.
Sekiranya kesemua buruh yang u ada dalam sesebuah ekonomi itu digunakan
sepenuhnya, maka tingkat output maksimum ialah L/u, tanpa mengira saiz stok modal.
Maka dengan andaian pertumbuhan tenaga kerja ialah n, pertumbuhan output Y/Y
tidak boleh melebihi n. Tanpa kemajuan teknologi, kadar pertumbuhan output atau
pendapatan negara adalah ditentukan oleh kadar pertumbuhan tenaga kerja.

2. Dengan mendefinisikan v sebagai nisbah tetap keperluan modal bagi sejumlah


output atau K/Y maka pada tingkat output tertentu modal yang diperlukan ialah K/v unit.
Harrod mengandaikannya K/Y sama dengan nisbah modal-output marginal, ∆K/∆Y

Maka, persamaan-persamaan boleh ditulis seperti di bawah :

V = K/Y = ∆K/∆Y

K = vY

∆K = v∆Y

K = vY dengan Y = ∆Y/∆t

Nisbah modal-output marginal, boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1. ∆K/∆Y sebenar yang menunjukkan perubahan stok modal yang sebenarnya


berlaku dalam sesebuah ekonomi dibahagikan dengan perubahan output yang
sebenarnya dicapai.

2. ∆K/∆Y yang diperlukan yang merujuk kepada nisbah pertambahan stok modal
dengan pertambahan output seperti yang diperlukan pengusaha. Ini bermakna
pengusaha berpuas hati dengan tingkat pelaburan yang mereka lakukan dan
output yang dicapai.
23 

 
Untuk membezakan kedua-dua definisi di atas, maka dalam penulisan selanjutnya,
simbol berbeza akan digunakan dengan

v = nisbah modal-output

dan vP = nisbah modal-output diperlukan

Daripada andaian 4, K = I dan persamaan (3.3) maka

I=vY

Dalam keadaan keseimbangan

I = S = sY

Maka sY = vY

Atau Y/Y = s/v = GA ……… (3.7)

Persamaan (3.7) adalah persamaan asas Model Harrod yang menunjukkan kadar
pertumbuhan output ditentukan oleh nisbah kecenderungan menabung sut atau purata
dengan nisbah modal-buruh purata atau sut. Disebabkan v dan s diandaikan tetap,
maka kadar pertumbuhan output juga tetap.

Kadar pertumbuhan stok modal juga boleh ditunjukkan sama dengan kadar
pertumbuhan output. Daripada andaian (4)

K = I = S

Atau K = sY

Tetapi dari persamaan (3.3) Y = K/v

Maka K = sK/v

K/K = s/v

Kadar pertumbuhan output dalam persamaan (3.7) menunjukkan apa yang sebenarnya
dicapai. Walau bagaimanapun pengusaha mempunyai kadar pertumbuhan yang ingin
24 

 
dicapai apabila mereka melakukan pelaburan yang berasaskan kepada nisbah modal-
output diperlukan iaitu vp. Kadar pertumbuhan ini dikenal sebagai kadar pertumbuhan
terjamin atau warranted rate iaitu:

Y/Y = s/vp = Gp ……………………………… (3.11)

Kadar pertumbuhan output sebenar mungkin sama dengan kadar pertumbuhan output
yang diperlukan. Sekiranya keadaan ini dicapai, maka,

GAv = s =GPvP

Dalam keadaan ini, maka v = vp.

Sebenarnya terdapat tiga keadaan yang boleh berlaku iaitu:

GA = GP, v = vp (3.13 a)

GA < GP, v > vp (3.13 b)

GA > GP, v < vp (3.13 c)

Keadaan 3.13a menunjukkan kadar pertumbuhan sebenar sama dengan yang


diperlukan oleh pengusaha. Dengan kata lain, stok modal sebenar menyamai stok
modal yang diperlukan. Keadaan 3.13b pula menunjukkan kadar pertumbuhan output
sebenar kurang daripada yang diperlukan. Maka stok modal sebenar dalam keadaan ini
melebihi yang diperlukan. Sementara keadaan 3.13c menunjukkan pertumbuhan output
sebenar melebihi yang diperlukan, yang menunjukkan pula stok modal sebenar kurang
daripada yang diperlukan.

MASALAH-MASALAH MODEL HARROD

Model Harrod mempunyai dua masalah utama iaitu:

1. Pertumbuhan ekonomi atau output tidak semestinya berlaku pada kadar yang
dikehendaki atau warranted rate. Ini kerana kadar pertumbuhan ekonomi atau output
sebenar sangat dipengaruhi oleh jangkaan, keputusan dan kesilapan. Dalam keadaan
di mana GA tidak sama dengan Gp, maka stok modal sebenar tidak sama dengan stok
modal yang diinginkan oleh pengusaha.

25 

 
Telah dinyatakan bahawa dengan andaian nisbah buruh-output tetap, maka kadar
pertumbuhan output sebenar tidak boleh melebihi kadar pertumbuhan tenaga buruh
iaitu,

GA = ≤ L/L = n …………………………… (3.14)

Ini bererti dalam keadaan guna tenaga penuh, GA menyamai n. Keseimbangan mantap
atau steady-state pula dicapai bila GA = Gp. Maka keseimbangan steady-state pada
tingkat guna tenaga penuh akan memuaskan keadaan di bawah:

GA = GP = n

GA = s/v = s/ vp = n ………………………………… (3.15)

Walau bagaimanapun, keadaan yang ditunjukkan oleh persamaan (3.15) sukar dicapai
kerana angkubah s, v dan n ditentukan oleh faktor-faktor berbeza. Faktor yang
menentukan s ialah pilihan firma dan isi rumah dalam sesebuah ekonomi, manakala n
ditentukan oleh kadar kelahiran dan kadar kematian. Sementara angkubah v pula
menggambarkan tingkat teknologi yang diandaikan tetap.

2. Harrod menghujah bahawa kadar pertumbuhan diingini, Gp adalah tidak stabil. Ini
bererti sebarang perbezaan yang wujud antara kadar pertumbuhan output sebenar, GA
dengan Gp akan membawa sistem kepada keadaan yang lebih tidak seimbang. Dengan
kata lain perbezaan GA dan Gp akan menjadi semakin besar.

Ketidakseimbangan antara GA dan Gp wujud apabila v tidak sama dengan vp, iaitu
seperti yang telah ditunjukkan, sekiranya GA > Gp maka v < vp . Sebaliknya bila GA <
Gp , maka v > vp Sekiranya GA > Gp , pengusaha mendapati pertambahan dalam stok
modal yang sebenarnya berlaku kurang daripada pertambahan yang mereka inginkan.
Maka, pengusaha akan menambahkan pelaburan yang akan membawa kepada kadar
pertumbuhan sebenar yang lebih tinggi dan perbezaan dengan kadar pertumbuhan
warranted yang lebih besar. Maka keadaan akan menjadi lebih tidak stabil.

MODEL DOMAR

Fokus perbincangan Model Domar ialah kepada pelaburan yang memainkan dua
peranan penting dalam ekonomi kapitalis iaitu:

1. Pelaburan menentukan tingkat pendapatan sebenar melalui proses pengganda


Keynesian.

26 

 
2. Pelaburan menambahkan stok modal dengan andaian tiada susut nilai dan
meningkatkan pula potensi maksimum tingkat pendapatan.

Domar mengkategorikan pendapatan kepada dua jenis iaitu tingkat pendapatan atau
output sebenar, Y, dan tingkat pendapatan atau output potensi yang maksimum, Yp.
Dengan menggunakan angkubah-angkubah berikut,

S = kecenderungan menabung purata atau sut diandaikan tetap

I = aliran pelaburan

∂ = potensi produktiviti pelaburan purata sosial yang juga adalah nisbah antara kadar
perubahan dalam pendapatan potensi, Yp dengan aliran pelaburan, I atau

∂ = Y+p / I (3.16)

maka, Yp = ∂ I

Persamaan (3.16) menunjukkan bahawa perubahan dalam pendapatan atau output


potensi ditentukan oleh potensi produktiviti pelaburan dan aliran pelaburan.

Sementara itu, tingkat pendapatan sebenar adalah ditentukan oleh aliran pelaburan
melalui proses pengganda iaitu;

Y = (1 / s) I

dan ∆Y = (1 / s) ∆I

atau Y = (1/s) I dengan I = ∆I /∆t

Dalam keadaan keseimbangan guna tenaga penuh, Y = Yp dan Y = Yp . Tujuan asas


Domar ialah untuk menentukan tingkat kadar pertumbuhan pelaburan yang dapat
mengekalkan tingkat keseimbangan ini. Dalam keadaan keseimbangan guna tenaga,
maka daripada persamaan (3.16) dan (3.17) kita dapati;

(1 / s) I = ∂I

Maka I/I = ∂s ………………….. (3.18)

Persamaan (3.18) adalah persamaan asas Model Domar yang menunjukkan kadar
pertumbuhan pelaburan yang dapat mengekalkan keseimbangan guna tenaga penuh
adalah berkadaran dengan ∂s.

2.3 MODEL HARROD - DOMAR


27 

 
Seperti yang telah dijelaskan bahawa Model Harrod dan Model Domar mempunyai
persamaan asas yang serupa. Oleh itu, gabungan kedua-dua modal ini dinamakan
Model Harrod-Domar.

Bagi Harrod, keseimbangan pertumbuhan steady-state dicapai bila :

GA = s/v = s/ vp

Bagi Domar pula :

I/I = ∂s (3.19)

Tetapi dari persamaan (3.16)

∂ = Yp / I = Yp / K kerana I = K (3.17)

Kita ketahui K / Yp = vp iaitu pertambahan nisbah modal output potensi


(incremental capital – output ratio)

Maka ∂ = 1/ Yp

Dan daripada persamaan (3.19)

I/I = 1/ vp (s)

= s / vp

Sebagai kesimpulannya, persamaan asas Harrod tertumpu kepada kadar pertumbuhan


pendapatan atau output, manakala persamaan asas Domar menumpukan kepada
kadar pertumbuhan pelaburan. Walau bagaimanapun faktor penentu kedua-dua kadar
pertumbuhan ini adalah sama iaitu s / vp. Masalah yang dihadapi oleh model Harrod
juga boleh diaplikasikan kepada model Harrod-Domar.

2.4 MODEL NEO KLASIK

Model Neo-klasik cuba menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak semestinya


tidak stabil seperti yang ditunjukkan oleh Harrod. Model ini diasaskan oleh Solow dan
Swan. Menurut pendekatan Neo-klasik, pada tingkat teknologi tertentu, ekonomi
cenderung untuk bertumbuh pada guna tenaga penuh. Had pertumbuhannya adalah
ditentukan oleh kadar pertumbuhan tenaga kerja. Sekiranya terdapat gangguan ke atas
keseimbangan guna tenaga penuh, ekonomi cenderung untuk berbalik kepada keadaan
keseimbangan, dengan itu, keseimbangan adalah stabil.

Dalam membincangkan Model Neo-klasik, terdapat enam andaian penting yang


digunakan:
28 

 
1. Output, Y, terdiri daripada barangan homogen yang boleh digunakan untuk dua
tujuan iaitu, sebagai barangan pengguna, C, atau sebagai barangan pelaburan, I.

Maka,

Y = C + I

Harga relatif antara C dan I tidak tinggal tetap seperti yang diandaikan oleh Harrod.
Sebaliknya berubah-ubah dan perubahannya mempengaruhi tindak balas ekonomi.
Misalnya perubahan dalam kadar pembentukan modal adalah sebagai tindak balas
kepada perubahan harga faktor relatif melalui perubahan kadar untung.

Sekiranya persamaan (3.1) dibahagikan dengan jumlah buruh, kita akan memperolehi
keluaran purata atau per kapita buruh, iaitu,

Y/L = (C/L) + (I/L)

L = tenaga buruh

C/L = penggunaan per kapita

I/L = pelaburan purata atau perubahan stok modal bagi setiap buruh

2. Masyarakat akan menabung sebahagian daripada pendapatan mereka dan fungsi


tabungan ialah,

S = sY

S = tabungan

s = kecenderungan menabung sut atau purata.

3. Tabungan sama dengan pelaburan atau S = I.

Andaian ini mempunyai dua implikasi. Pertama, apabila jumlah tabungan menyamai
jumlah pelaburan, andaian selanjutnya ialah pelaburan akan menghasilkan output yang
boleh dipasarkan. Kedua, untuk melakukan pelaburan dengan menggunakan tabungan
yang ada, diandaikan ia tidak melibatkan sebarang kos sama ada dalam bentuk
kewangan atau masa.

4. Tiada susut nilai, iaitu pelaburan kasar sama dengan pelaburan bersih. Ini juga
bermakna I = K = S.
29 

 
5. Tenaga kerja bertumbuh pada kadar tetap iaitu,

L/L = n

Jika sekiranya tenaga kerja dan stok modal bertumbuh pada kadar yang sama, maka
nisbah modal-buruh, K/ L, menjadi tetap.

6. Pada tingkat teknologi tertentu, terdapat fungsi pengeluaran agregat yang


menghubungkan tingkat nisbah modal-buruh dengan output. Modal dan buruh juga
diandaikan bersifat homogen. Terdapat beberapa sifat fungsi pengeluaran Neo-klasik
iaitu:

a. Pulangan tetap ikut bidangan, output per kapita, Y/ L, bergantung kepada nisbah
modal-buruh, K/ L, dan tidak bergantung kepada stok modal atau buruh semata-mata.

Y=F(K,L) dan Y/L = f(K/L) atau y = f(k)

b. Nisbah modal-buruh adalah berbeza-beza di sepanjang fungsi pengeluaran. Pada


setiap tingkat nisbah modal-buruh yang berbeza, terdapat tingkat output per kapita.

c. Fungsi pengeluaran tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang iaitu


pertambahan dalam output kurang daripada pertambahan dalam nisbah modal-buruh.
Dengan kata lain keluaran sut modal adalah positif tetapi selepas satu titik tertentu
menurun sehingga menjadi negatif. Pulangan bertambah kurang bukanlah disebabkan
oleh penurunan dalam produktiviti faktor tetap, tetapi disebabkan oleh modal dan buruh
diandaikan pengganti tidak sempurna.

Dengan andaian-andaian di atas ia memberi implikasi bahawa nisbah modal-output


adalah berubah dan bukannya tetap seperti andaian dalam Model Harrod.

Y/K = Y/L ÷ K/L

Disebabkan Y / L bertambah pada kadar yang lebih rendah daripada K/ L, maka Y / K


menurun apabila K/ L meningkat.

d. Faktor pengeluaran dibayar mengikut keluaran sut. Kadar untung sama dengan
keluaran sut modal. Maka apabila nisbah modal-buruh naik, kadar upah jatuh.

2.5 PERSAMAAN ASAS MODEL KLASIK

Persamaan asas Model Neo-klasik berbeza daripada Model Harrod. Persamaan asas
Model Harrod melihat kepada kadar pertumbuhan output, manakala per sama an asas

30 

 
Model Neo-klasik melihat kepada perubahan nisbah modal-buruh, k, dan impaknya ke
atas kadar pertumbuhan.

Sekiranya stok modal, K, dan tenaga kerja, L, bertumbuh pada kadar yang sama, maka
kadar pertumbuhan k adalah kosong at au dengan kata lain k tidak berubah. Sekiranya
kadar pertumbuhan stok modal lebih besar daripada kadar pertumbuhan tenaga kerja
maka kadar pertumbuhan nisbah modal-buruh meningkat. Sebaliknya jika kadar
pertumbuhan stok modal lebih rendah daripada kadar pertumbuhan tenaga kerja, maka
kadar pertumbuhan nisbah modal-buruh menurun. Secara simbol,

k = sf (k) - nk ……………………….. (3.11)

Persamaan (3.11) adalah persamaan asas Model Neo-klasik yang menunjukkan kadar
perubahan dalam nisbah modal-buruh, k, adalah perbezaan antara tabungan atau
pelaburan per kapita dengan jumlah pelaburan yang diperlukan supaya nisbah modal-
buruh tetap dengan kadar pertumbuhan tenaga kerja pada n. Sekiranya tabungan sf(k)
lebih besar daripada nk, maka k > 0 yang menunjukkan bahawa stok modal bertumbuh
lebih cepat daripada tenaga kerja dan seterusnya meningkatkan nisbah modal-buruh.

Persamaan asas boleh dianalisis secara rajah. Dalam Rajah 3.2(a) sf(k) ialah fungsi
pengeluaran, sf(k), tabungan per kapita dan nk, pelaburan bagi mengekalkan nisbah
modal-buruh tetap. Rajah 3.2(b) pula menunjukkan kadar pertumbuhan dalam nisbah
modal-buruh. Setiap titik di atas keluk f(k) menunjukkan kuantiti output per kapita, y,
pada tingkat nisbah modal buruh, k, tertentu. Keseimbangan dicapai pada ko, iaitu pada
tingkat nisbah modal-buruh tetap, sf(k) menyamai nk dan fj.k adalah kosong. Pada
tingkat ini output per kapita adalah y0.

Sekiranya k dicapai pada titik lain misalnya k1 , maka pad a tingkat ini sf(k) melebihi nk
dan ∆k menjadi positif. Maka nisbah modal-buruh akan bergerak ke kanan menuju titik
keseimbangan. Sebaliknya, jika nisbah modal-buruh dicapai pada k2 maka sf(k) kurang
daripada nk, dan k menjadi negatif. Dalam keadaan ini nisbah modal-buruh cenderung
bergerak ke kiri menuju titik keseimbangan. Oleh yang demikian titik keseimbangan E0
adalah yang stabil dengan erti kata setiap gangguan yang berlaku ke atas titik
keseimbangan yang menyebabkan kepada keadaan ketakseimbangan, akhirnya akan
membawa kembali keadaan kepada titik keseimbangan.

Titik keseimbangan dicapai semasa k > 0 pada tingkat sewaktu tabungan per kapita
menyamai kuantiti pelaburan yang diperlukan untuk mengekalkan nisbah modal-buruh
tetap.

Oleh yang demikian, kadar pertumbuhan keseimbangan dalam Model Neo-klasik


adalah tetap dan ditentukan oleh faktor eksogenis iaitu kadar pertumbuhan tenaga
31 

 
kerja. Dalam jangka panjang ekonomi akan menuju ke arah pertumbuhan yang
seimbang. Oleh itu, dalam jangka panjang kadar pertumbuhan ekonomi tidak
dipengaruhi oleh tabungan.

Katakan sesebuah ekonomi mengalami peningkatan dalam kecenderungan menabung


sut atau purata, s, yang menyebabkan keluk sf(k) berpindah ke atas kepada s1 f(k).
Kadar pertumbuhan tenaga kerja tidak berubah iaitu n, jadi dengan keluk s1 f(k),
didapati pada titik keseimbangan asal E0 , dan nisbah modal-buruh ko, didapati s1 f(k) >
nk maka k > 0 dan nisbah modal-buruh bergerak ke kanan menuju titik keseimbangan
baru, E1 pada nisbah modal-buruh k1 dan s1 f(k) = nk. Dengan pertumbuhan tenaga
kerja tetap pada n, maka stok modal dan output juga bertumbuh pada kadar n. Oleh itu
dalam jangka panjang, walaupun berlaku peningkatan dalam tabungan, kadar
pertumbuhan output dan stok modal masih tidak berubah. Walau bagaimanapun, output
per kapita dan nisbah modal-buruh dicapai pada tingkat yang lebih tinggi.

KRITIKAN TERHADAP MODEL NEO-KLASIK

Dalam Model Neo-klasik, barangan modal diandaikan boleh dikomunikasikan kepada


sebarang jumlah buruh. Modal boleh digabungkan dengan mudahnya dengan buruh
bagi menghasilkan output pada sebarang titik keseimbangan. Pengusaha boleh
mengubah penggunaan modal tanpa melibatkan kos bagi mencapai tingkat pelaburan
yang diperlukan. Ini juga menggambarkan darjah penggantian modal dan buruh iaitu
penggantian mudah dilakukan. Dalam keadaan sebenarnya keadaan ini sukar berlaku.
Modal dan buruh tidak begitu mudah digantikan, terutamanya di negara membangun
yang menghadapi kekurangan modal. Begitu juga sekira berlaku kesilapan da1am
membuat sesuatu pe1aburan ekoran daripada salah jangkaan, modal tidak mudah
dialih ke tempat lain tanpa sebarang kos. Keadaan-keadaan ini adalah halangan
kepada proses pertumbuhan ekonomi.

Model Neo-klasik mengatakan kadar pertumbuhan jangka panjang tidak dapat


dipengaruhi oleh kecenderungan menabung sut. Tetapi tidak menjelaskan berapa
lamakah yang dimaksudkan jangka panjang untuk keseimbangan bergerak dan satu
titik ke satu titik yang lain. Dasar meningkatkan nisbah tabungan mungkin
meningkatkan kadar pertumbuhan modal dan output sebelum mencapai titik
keseimbangan yang baru kerana terdapat bukti yang menunjukkan pencapaian titik
keseimbangan baru mengambi1 masa yang terla1u panjang hingga beratus tahun
(Sato, 1964).

Model Neo-klasik tidak menekankan soal jangkaan pengusaha dalam mempengaruhi


pemboleh ubah makroekonomi. Proses pencapaian titik keseimbangan yang berjalan
dengan licin seperti andaian Model Neo-Klasik adalah bertentangan dengan pandangan

32 

 
Keynes yang menunjukkan dalam jangka pendek terdapat kemungkinan berlaku
pengangguran yang kekal. Proses pertumbuhan Model Neo-klasik menggambarkan
tidak perlu campur tangan kerajaan. Keseimbangan boleh dicapai dengan mudahnya.
Dengan tiadanya fungsi pelaburan dalam model ini, maka jangkaan pelabur tidak
penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi.

2.6 MODEL ROSTOW

Dalam memahami konsep pembangunan, seseorang itu perlu faham tentang teori
pembangunan (Herrick & Kindleberger 1984). Selalunya sebuah teori itu digunakan
bukan sahaja untuk memahami pergolakan yang berlaku di dunia dengan lebih jelas
tetapi juga sebagai asas dalam penggubalan dasar. Namun melalui satu teori sahaja
kita tidak dapat menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

Apa yang perlu dilakukan ialah menentukan pemboleh ubah yang penting dan
pemboleh ubah yang tidak ada kaitan dengan menggunakan pelbagai model
pembangunan. Walau bagaimanapun secara keseluruhan kesemua teori yang
dikemukakan tidak begitu berjaya dalam menjelaskan pembangunan ekonomi
terutamanya di Dunia Ketiga (Nafziger, 1990). Akan tetapi teori-teori yang dikemukakan
dapat dijadikan sebagai panduan di dalam penggubalan dasar di sesebuah negara.

Mengikut Todaro (1989), kajian mengenai pembangunan ekonomi 40 tahun lepas


dipengaruhi oleh empat aliran pemikiran iaitu:

1. Model tahap-tahap pertumbuhan linear

2. Teori perubahan struktur

3. Teori pergantungan antarabangsa

4. Teori Neo-klasik

Dalam tahun-tahun 1950-an dan awal 1960-an, aliran pemikiran pembangunan


menumpukan perhatian kepada konsep tahap pertumbuhan ekonomi. Proses
pembangunan dipandang sebagai satu siri tahap-tahap berturutan yang perlu dilalui
oleh setiap negara. Ini adalah teras teori pembangunan ekonomi. Bagi membolehkan
negara Dunia Ketiga meneruskan lorong pertumbuhan yang dilalui oleh negara maju,
kuantiti dan gabungan antara tabungan, pelaburan dan bantuan asing adalah penting.
Oleh itu, pembangunan biasanya disamakan dengan pertumbuhan ekonomi yang
cergas.

Walau bagaimanapun pendekatan tahap-tahap linear ini mula diganti oleh dua aliran
pemikiran lain dalam tahun-tahun I 970-an. Pertama, teori dan corak perubahan struktur

33 

 
dan kedua, ialah revolusi pergantungan antarabangsa. Dalam aliran pemikiran yang
pertama, teori ekonomi moden dan analisis statistik digunakan bagi menggambarkan
proses perubahan struktur yang perlu dilalui oleh negara membangun bagi mencapai
kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Manakala dalam aliran pemikiran yang kedua,
orientasi yang digunakan agak radikal dan lebih berunsurkan politik.

Fokus utama aliran pemikiran kedua ini ialah tentang faktor kemunduran yang dilihat
dalam konteks hubungan kuasa di peringkat antarabangsa dan tempatan. Di samping
itu, aliran pemikiran ini juga cuba melihat aspek rigiditi dalam struktur institusi dan
ekonomi yang menyebabkan berlaku dualise ekonomi dan sosial di dalam negara dan
antara negara di dunia ini. Oleh itu, teori-teori pergantungan cenderung menekankan
bahawa faktor-faktor institusi dan politik luaran dan dalaman menjadi halangan utama
kepada pembangunan ekonomi. Oleh itu, perlu digubal dasar-dasar utama yang baru
dalam mengatasi masalah kemiskinan; menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
dan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan. Objektif ini perlu dicapai dalam
konteks ekonomi yang bertumbuh, tetapi model bertahap linear dan perubahan struktur
tidak begitu memberi keutamaan kepada pertumbuhan semata-mata.

Dalam tahun-tahun 1980-an, aliran pemikiran Neo-klasik mulai mempengaruhi ahli


ekonomi yang menekankan tentang peranan pasaran bebas dan kepentingan campur
tangan kerajaan dalam menggalakkan pembangunan. Bab ini cuba membincang
keempat-empat aliran pemikiran di atas secara lebih mendalam.

Teori ini dikemukakan oleh Rostow (lihat Rostow 1960) dan dianggap. sebagai teori
yang ada kaitan dengan keadaan di negara Dunia Ketiga. Walaupun Rostow bukanlah
orang pertama menganalisis proses pembangunan, namun teori tahap pertumbuhan
yang dikemukakannya menjadi salah satu teori yang paling banyak mendapat
perhatian. Keadaan ini dijelaskan oleh beberapa faktor berikut:

1. Analisis mengenai proses pembangunan yang dikemukakan bukan sahaja


menyelidik mengenai perubahan-perubahan yang bersifat ekonomi tetapi juga
perubahan yang bersifat sosial dan politik. .

2. Dilihat dari sudut ekonomi, analisis yang dikemukakan adalah analisis pertumbuhan
yang lengkap kerana bukan sahaja menganalisis mengenai perubahan secara
menyeluruh tetapi juga perubahan yang berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi.

3. Analisis beliau mengemukakan beberapa peringkat pembangunan dan menjelaskan


sifat-sifat yang ada di setiap peringkat tersebut.

Secara asasnya, Rostow berpendapat bahawa setiap negara yang bergerak maju ke
depan perlu melalui tahap-tahap tertentu dan tidak boleh melompat susunan tahap
34 

 
tersebut. Keadaan-keadaan tertentu perlu wujud sebelum sebuah negara itu bergerak
ke tahap yang lebih maju sebagaimana yang dialami oleh negara maju sebelum ini.

Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap


pertumbuhan berikut (Sadono Sukirno 1985):

1. Tahap Masyarakat Tradisional (The Traditional Society)

2. Prasyarat untuk Lepas Landas (The Pre-Conditions for Take-Off)

3. Tahap Lepas Landas (The Take-Off)

4. Tahap Gerakan Ke Arah Kedewasaan (The Drive to Maturity)

5. Tahap Penggunaan Tinggi (The Age of High Mass Consumption)

Dalam tahap masyarakat tradisional, kegiatan ekonomi adalah terhad, yakni tertumpu
di bidang pertanian tradisional yang berdaya pengeluaran rendah. Kaedah pengeluaran
yang digunakan adalah secara tradisional, tidak ada teknologi yang tinggi dan tidak
wujud daya cipta. Daya pemikiran masyarakat pad a tahap ini tidak rasional kerana adat
resam lebih mempengaruhi corak kehidupan mereka. Manakala fungsi institusi sosial
adalah lebih kuat dibandingkan dengan institusi ekonomi sehingga motif keuntungan
tidak ada langsung dalam aktiviti ekonomi. Masyarakat yang ada pada tahap ini adalah
berbentuk feudal yang kurang memberi galakan kepada mobiliti ke atas, wujud kelas
dalam masyarakat dan agihan pendapatan adalah tidak seimbang. Ini disebabkan
kuasa ekonomi dan politik terletak di tangan pemilik tanah.

Pada tahap prasyarat untuk lepas landas, Rostow menganggapnya sebagai satu
masa peralihan di mana sesuatu masyarakat itu mula menyiapkan diri untuk mencapai
pembangunan yang berterusan. Ini memerlukan perubahan dari segi sikap dan ni1ai
masyarakat terhadap kegiatan ekonomi. Walaupun perubahan berlaku agak lambat,
namun penggunaan sains moden mula wujud, tingkat daya pengeluaran dan pelaburan
mula bertambah. Golongan pengusaha juga mula muncul untuk mengganti tuan tanah
dan golongan ini menjadi penggerak ekonomi yang penting dan sanggup menanggung
risiko.

Pada tahap ini juga berlaku perubahan struktur ekonomi semasa negara mula
membangunkan sektor industri. Kenaikan dalam pelaburan berlaku ekoran dari
perkembangan sektor pertanian, perlombongan dan pembaikan dalam infrastruktur.
Sektor pertanian berfungsi sebagai pembekal makanan dan pasar kepada industri
barang-barang pengguna dan barang-barang input pertanian (seperti jentera dan baja
kimia) dan menjadi sumber tabungan untuk kegiatan sektor industri. Sektor

35 

 
perdagangan juga turut berkembang sehingga membawa kepada perkembangan dalam
infrastruktur.

Di samping itu, beberapa perubahan sosial perlu berlaku termasuk kemunculan


pemimpin baru untuk mengganti tuan tanah dan golongan inilah yang akan
melaksanakan pelaburan dan pembangunan ekonomi. Golongan masyarakat lain yang
mempunyai tabungan pula harus bersedia meminjamkan tabung n tersebut kepada
golongan elit baru tersebut untuk digunakan sebagai modal. Secara keseluruhan,
penduduk pada tahap ini harus melakukan perubahan sikap iaitu dari nilai kehidupan
tradisi kepada kehidupan yang lebih berdisiplin seperti bekerja pada waktu tetap,
mewujudkan pengkhususan dalam pekerjaan dan melakukan kerja berasaskan
peraturan yang telah ditetapkan.

Pada tahap ini juga berlaku perubahan politik ekoran dari perkembangan dalam
semangat nasionalisme dan kesan demonstrasi dari luar. Mengikut Rostow sesebuah
negara yang menghadapi penghinaan atau tekanan dari negara lain yang lebih maju
dapat melakukan proses modenisasi dengan lebih cepat.

Tahap prasyarat untuk lepas landas boleh dikategorikan kepada dua iaitu pertama,
tahap yang dicapai oleh negara-negara Eropah, Asia, Timur Tengah dan Afrika di mana
negara tersebut terpaksa merombak masyarakat tradisional yang sudah lama ada.
Manakala kategori kedua iaitu yang dicapai oleh negara-negara Amerika Syarikat,
Kanada dan Australia. Negara yang dianggap sebagai 'born free' ini dapat mencapai
tahap prasyarat untuk lepas landas tanpa perlu merombak sistem masyarakat
tradisional yang ada kerana kebanyakan penduduknya terdiri daripada imigran yang
telah mempunyai sifat-sifat yang diperlukan bagi mencapai tahap tersebut.

Tahap pelancaran atau lepas landas adalah tahap yang paling penting dalam menuju
proses pembangunan yang berterusan. Pertumbuhan dianggap sebagai satu hal yang
normal dan berlaku akibat dari perubahan dari segi politik, teknologi dan perluasan
pasar. kesan seterusnya menyebabkan tercipta inovasi dan berlaku peningkatan dalam
pelaburan dan pendapatan per kapita. Sesuatu perekonomian akan mencapai tahap ini
apabila ada ciri-ciri seperti tingkat pelaburan produktif mengalami kenaikan antara 5.0
hingga 10.0 peratus dari Keluaran Negara Bersih (KNB); berlaku perkembangan pesat
dalam satu atau beberapa sektor industri yang penting dan sudah wujud 'frame work'
politik, sosial dan institusi yang akan mendorong ke arah perkembangan ekonomi yang
lancar. Peranan tabungan dalam negeri sebagai sumber modal utama adalah penting
pada tahap ini. Negara Britain dan Jepun umpamanya mengalami pembangunan
melalui penggunaan tabungan yang semakin bertambah dalam negara.

36 

 
Terdapat beberapa keadaan yang perlu wujud bagi memastikan. pembangunan pada
tahap ini dapat diteruskan iaitu:

1. Agihan pendapatan perlu adil supaya tabungan masyarakat dapat ditingkatkan.

2. Golongan usahawan yang akan menjalankan aktiviti ekonomi perlu wujud.

3. Pelaburan modal juga perlu ditambah melalui pelaburan asing bagi memastikan
pelaburan produktif meningkat (Sweden, Kanada dan Amerika Syarikat adalah contoh
negara yang bergantung kepada pelaburan asing pada tahap pelancaran).

4. Modal juga perlu ditambah melalui peningkatan jumlah institusi kewangan dan
untung yang tidak dibahagi.

Sektor yang menjadi penggerak kepada ekonomi ialah sektor pertumbuhan utama
dibantu oleh sektor pertumbuhan tambahan dan sektor pertumbuhan terpengaruh.
Mengikut tafsiran Rostow masa tahap pelancaran di Britain adalah antara 1783-1802,
Perancis (1830-60) Belgium (1833-60), Amerika Syarikat (1843-60), Jerman (1850-73),
Sweden (1868-90), Jepun (1878-1900), Russia (1890-1914), Kanada (1896-1914),
Argentina (1935), Turki (1937), India (1952) dan China (1952). Melihat jangka masa di
atas dapat dirumuskan bahawa masa tahap lepas landas adalah singkat iaitu lebih
kurang 20 tahun dan negara Barat kebanyakannya mencapai tahap ini pada abad
kesembilan be1as dan awal abad kedua puluh, kecuali Britain yang mencapainya pada
akhir abad kelapan belas manakala Kanada dan Rusia pada permu1aan abad kedua
puluh.

Tahap keempat iaitu tahap kematangan ekonomi adalah apabila sesuatu masyarakat
telah mencapai tingkat teknologi yang tinggi dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Sektor
utama yang berkembang pada tahap lepas landas sudah mula berkembang dan
semakin kukuh. Jumlah penduduk yang terlibat dalam sektor industri semakin
meningkat dan peranan usahawan semakin penting di samping mula timbul kritikan
terhadap proses industrialisasi yang dijalankan.

Pada tahap terakhir iaitu tahap penggunaan tinggi masyarakat telah mengubah fokus
masalah daripada masalah di bidang keluaran kepada masalah di bidang penggunaan
dan kesejahteraan. Masyarakat mula mementingkan penggunaan barang-barang
mewah dan masa rehat.

Tahap ini dicapai oleh Amerika Syarikat Jerman dan Perancis 1910, Sweden 1930,
Jepun 1940, Russia dan Kanada 1950. Faktor-faktor pengeluaran yang ada di dalam
negara digunakan untuk meningkatkan pengaruh di luar negara melalui perdagangan
antarabangsa, meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui agihan pendapatan

37 

 
yang lebih adil dan sebahagian besar pendapatan masyarakat digunakan untuk
membeli barang-barang keperluan mewah di samping keperluan untuk makanan dan
pakaian.

Teori Rostow telah banyak menerima kritikan. Antara isu-isu yang ditimbulkan oleh
pengkritik ialah mengenai perbezaan setiap tahap yang kabur atau kurang jelas; perlu
dibuktikan secara empirikal dan kemungkinan sesebuah negara untuk tidak mengikut
urutan tahap yang telah ditetapkan (Lihat Sadono 1985).

SOALAN PERBINCANGAN

1. Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap


pertumbuhan, bincangkan tahap-tahap pertumbuhan tersebut.

2. Bincangkan Model-model Pertumbuhan Klasik seperti Model Adam


Smith, Model Ricardo dan Model Mark.

38 

 
BAB 3
KEMISKINAN DAN ISU AGIHAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Dapat memahami maksud dan ukuran kemiskinan.


2. Dapat membandingkan pengukuran kemiskinan di
negara-negara lain di dunia.

3.1 Kemiskinan dan Ketaksamaan

SEJAK mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, negara telah mencapai kemajuan
yang membanggakan dalam usaha mengubah struktur ekonomi dan meningkatkan
taraf hidup rakyat yang dilaksanakan melalui beberapa siri rancangan pembangunan
lima tahun. Pencapaian ini adalah lebih ketara lagi semasa tempoh dua puluh tahun di
bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan adanya program-program pembangunan
yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi bersama-sama dengan berkurangnya Kadar
kemiskinan serta kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat telah
memperkukuhkan lagi asas negara untuk membangun secara berterusan dan
memantapkan lagi perpaduan negara.

3.1.1 Konsep kemiskinan dan agihan pendapatan

Fenomena kemiskinan berlaku seiring dengan pertumbuhan dan pembangunan


ekonomi yang relatifnya tinggi. Sebahagian besar Negara Sedang Membangun (NSM)
mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi, namun faedah daripada
pertumbuhan dan pembangunan tersebut sangat sedikit yang menitis ke bawah untuk
sampai kepada golongan miskin dan termiskin. Taraf hidup golongan miskin dan
termiskin sama ada meningkat sedikit atau kekal di takuk lama, malah merosot dalam
keadaan sebenar. Kadar pengangguran desa dan bandar serta pengangguran tidak

39 

 
ketara kian meningkat. Rata-rata agihan pendapatan semakin tidak setara ataupun
tidak menunjukkan pembaikan yang jelas. Ternyata, pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi yang pesat tidak berupaya menghapuskan kemiskinan mutlak yang masih
berleluasa di NSM.

3.2 Kemiskinan Mutlak

3.2.1 Ukuran

Kemiskinan mutlak merupakan kemiskinan yang berasaskan konsep secukup hidup.


Konsep ini telah diterima dengan meluas dan ianya digunakan untuk menjelaskan
kemiskinan sebagai kekurangan pendapatan yang diperlukan untuk memenuhi
keperluan-keperluan sara hidup yang minima. Ukuran kemiskinan mutlak yang kerap
digunakan ialah kadar kemiskinan iaitu peratusan penduduk atau isi rumah yang
mempunyai taraf hidup yang Iebih rendah daripada garis kemiskinan yang ditentukan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah satu tingkat pendapatan sesebuah isi rumah
untuk membolehkannya secara purata, menikmati makanan berzat yang mencukupi
yang biasanya ditakrifkan mengikut kiraan kalori. Garis kemiskinan ini boleh juga
mengambil kira jenis-jenis perbelanjaan yang lain untuk mengekal suatu taraf hidup
yang memuaskan berdasarkan norma-norma yang sedia ada.

Satu lagi ukuran yang biasa digunakan ialah kejadian kemiskinan, iaitu bilangan isi
rumah miskin dalam sesebuah kawasan sama ada negeri atau daerah berbanding
dengan jumlah isi rumah miskin keseluruhannya. Beberapa kekurangan atau
kelemahan dalam penggunaan garis kemiskinan jelas diketahui. Ukuran tersebut tidak
mengambil kira sejauh mana sesebuah isi rumah itu berada di bawah garis kemiskinan
dan oleh yang demikian tidak dapat menunjukkan kemiskinan yang keterlaluan bagi
sebilangan isi rumah. Garis ini juga tidak mengambil kira masalah penting berhubung
dengan agihan makanan dan kemudahan lain dalam sesebuah isi rumah.

Memandangkan pendekatan ini berasaskan pendapatan, ianya tidak dapat


menggambarkan kebajikan atau taraf hidup yang sebenar bagi orang perseorangan
atau sesebuah isi rumah (Malaysia, 1986: 96).

3.3 Kemiskinan Relatif

Kemiskinan relatif lebih merupakan keadaan yang menerangkan kedudukan relatif satu-
satu kumpulan berbanding dengan kumpulan yang lain dari segi pendapatan.
Perbandingan ini menggambarkan perbezaan ketara dalam tahap penghidupan antara
satu golongan daripada strata tinggi dengan golongan strata yang rendah dalam
sesebuah masyarakat.

40 

 
Kemiskinan relatif ini merangkumi kedua-dua konsep kemiskinan mutlak dan
pendapatan yang tidak seimbang kerana ianya mengandungi beberapa aspek daripada
konsep tersebut. Namun begitu terdapat beberapa masalah dalam mengukur
kemiskinan dalam bentuk relatif iaitu sesuatu kumpulan itu ditakrifkan sebagai miskin
berbanding dengan kedudukan kumpulan lain dalam masyarakat. Seperti ukuran
kemiskinan mutlak, ukuran kemiskinan relatif juga mempunyai beberapa batasan
tertentu. Ukuran yang sering digunakan ialah pendapatan 40% terendah sebagai
ukuran yang utama, berbanding pendapatan 20% tertinggi. Satu lagi cara mengukur
kemiskinan relatif ialah dengan menganggarkan peratusan isi rumah atau orang
perseorangan yang mempunyai pendapatan penengah negara. Cara ini lebih
merupakan pengukuran pendapatan yang tidak seimbang daripada pengukuran
kemiskinan. Satu kekurangan dalam pengukuran cara ini ialah ianya tidak dapat
mengambil kesan terhadap paras kemiskinan sekiranya pendapatan setiap orang
perseorangan meningkat dengan kadar yang sama (Malaysia, 1986: 98).

3.3.1 Ciri-ciri dan Ukuran Kemiskinan

Kemiskinan membawa makna yang berbeza bagi golongan yang berbeza. Definisi
kemiskinan mungkin berbeza mengikut keadaan tempatan dengan mengambil kira
pelbagai faktor budaya, sosial, dan persepsi berbeza tentang kemiskinan, penafian, dan
pemeringkatan sosial. Kepelbagaian dimensi menjadikan kemiskinan sebagai
fenomena yang kompleks, dinamik, khusus kepada lokasi, berkait dengan gender dan
institusi tertentu. Pola dan bentuk kemiskinan sering berbeza mengikut lokasi, negara,
dan kelompok sosial tertentu. Namun, beberapa dimensi kemiskinan sering ketara, iaitu
dari segi:

a) kelaparan atau kekurangan bahan makanan,

b) psikologi, termasuk ketiadaan kuasa dan suara, kebergantungan, malu, dan hina,

c) kekurangan akses kepada infrastruktur seperti jalan, pengangkutan, air bersih dan
elektrik,

d) tahap pendidikan dan kesihatan yang lemah, dan

e) mudah terancam kepada risiko dan bahaya fizikal, alam sekitar, ekonomi, dan sosial,
serta

d) aspek gender, golongan miskin sering terdiri daripada wanita atau berkait dengan isi
rumah berketuakan wanita.

41 

 
Pada umumnya, kemiskinan merujuk kepada ketidaksejahteraan, ketertinggalan dan
kemunduran sesuatu masyarakat mengikut ukuran atau norma tertentu.

Faktor-faktor seperti pendapatan, kesihatan, kesampaian kepada perkhidmatan dan


barangan, lokasi geografi, gender, etnik, persekitaran, dan sebagainya mempengaruhi
kemiskinan. Berbagai-bagai istilah yang menggambarkan berbagai-bagai bentuk
kemiskinan, misalnya kemiskinan harta benda, kemiskinan minda, kemiskinan jiwa, dan
kemiskinan serba-serbi. Dalam keadaan kepelbagaian faktor dan dimensi ini, persoalan
pengukuran menjadi suatu isu dan masalah yang rumit. Dalam keadaan tersebut,
adalah jelas bahawa suatu ukuran kemiskinan tidak mungkin dapat mencakupi dan
memenuhi kesemua dimensi kemiskinan.

Namun demikian, komponen ekonomi sering menjadi ukuran penting. Dari segi ini
kemiskinan sering di ukur dengan menggunakan konsep pendapatan atau penggunaan
isi rumah. Kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan terhadap keperluan asas yang
diperlukan untuk kelangsungan hidup kebajikan manusia .

Dari segi ekonomi, konsep kemiskinan mutlak menentukan jumlah isi rumah yang
tergolong sebagai miskin sebagaimana ditentukan melalui pendapatan garis kemiskinan
(PGK). Mengikut konsep ini, kemiskinan digambarkan sebagai kekurangan pendapatan
untuk memenuhi keperluan sara hidup yang minimum, meliputi keperluan makanan,
pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas bukan makanan termasuk pendidikan,
perubatan, pengangkutan, dan sebagainya yang diperlukan oleh isi rumah untuk
menjalankan aktiviti seharian. Di Malaysia, golongan termiskin, ditakrifkan sebagai isi
rumah yang berpendapatan rendah daripada separuh PGK yang juga termasuk di
bawah konsep kemiskinan mutlak. Ketermiskinan merujuk kepada keadaan isi rumah
tidak berupaya mencapai sekurang-kurangnya 1/2 PGK bagi menampung keperluan
yang paling asas dan minimum, iaitu untuk makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

3.4 Pendapatan Garis Kemiskinan

Pada umumnya pendapatan seseorang atau seisi keluarga digunakan sebagai petunjuk
keadaan kemiskinan mutlak yang lebih dikenali sebagai pendapatan garis kemiskinan
(PGK). PGK merupakan sempadan taraf hidup di mana dapat memisahkan golongan
miskin dengan golongan tak miskin. Ahli ekonomi selalu meletakkan garis kemiskinan
sebagai angka yang genap dan tetap, tetapi secara praktisnya angka itu berubah-ubah
mengikut kawasan, lokasi, saiz isi rumah, komposisi perbelanjaan dan perkhidmatan
awam. PGK sentiasa dikemaskinikan setiap tahun agar dapat menunjukkan keadaan
kemiskinan yang sebenarnya. PGK yang digunakan di Malaysia adalah berbeza dari
setahun ke setahun. Keadaan ini wujud adalah untuk menyesuaikan dengan nilai wang
semasa dan keadaan inflasi.

42 

 
PGK ialah sesuatu yang dinamik. Dengan itu, PGK perlu dinilai pada setiap tahun untuk
diselaraskan dengan kos hidup semasa Indeks Harga Pengguna. Selain itu, PGK perlu
dibezakan antara bandar dengan luar bandar untuk mencerminkan kos hidup yang lebih
tinggi di bandar. Oleh itu, PGK di bandar perlulah lebih tinggi. PGK yang sama bagi
bandar dan luar bandar cenderung merendah-anggarkan kemiskinan bandar.
Perbezaan PGK di bandar-bandar utama di wilayah lain, misalnya Kuala Lumpur, Kota
Kinabalu, Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, dan Kuantan juga
perlu diambil kira. Begitu juga, "bakul" barang-barang dan perkhidmatan perlu dikaji
semula supaya dapat mencerminkan perubahan cita rasa dan penggunaan masyarakat
semasa. Misalnya, dengan memasukkan perbelanjaan untuk keperluan komputer,
Internet, rekreasi, tuisyen, buku tambahan dan latihan, serta keperluan perubatan yang
berkualiti. Seperkara lagi ialah untuk mengkaji kesesuaian wajaran dalam komponen
PGK. Misalnya, wajaran kecil ditetapkan bagi pendidikan dan kesihatan sesuai dengan
zaman k-ekonomi serta kualiti hidup dan kesihatan yang semakin meningkat.

3.5 Indeks Kualiti Hidup

Sebagai pengukur kemiskinan, PGK mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, PGK


bukan konsep kemiskinan menyeluruh yang boleh mencerminkan kemiskinan dari
semua dimensi. Ia juga tidak dapat menggambarkan taraf hidup isi rumah tersebut. Ia
perlu disokong dengan petunjuk sosial atau kebajikan lain seperti indeks kualiti hidup
fizikal (PQLI).

Suatu petunjuk atau indeks kualiti hidup kualiti hidup yang sering dicadangkan ialah
indeks kualiti hidup fizikal (PQLI), indeks pembangunan manusia (HDi), dan indeks
kemiskinan manusia (HPI). PQLI merupakan indeks komposit yang menggabungkan
maklumat kesampaian dan penggunaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik,
persekolahan, kesihatan, pengangkutan, dan perhubungan. HDI yang diketengahkan
oleh Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menggambarkan
petunjuk pembangunan manusia dengan memberi tumpuan kepada kadar kematian
bayi, kadar celik huruf, kadar jangka hayat, pendapatan isi rumah dan kesampaian
kepada kemudahan asas. Indeks yang bernilai antara C hingga 1 ini mengukur tahap
pembangunan manusia secara menyeluruh meliputi pembangunan modal manusia,
pembangunan sumber manusia kesampaian kepada kemudahan asas dan penerimaan
faedah pembangunan secara berkesan (UNDP 1990). Pada tahun 1997, UNDP
memperkenalkan Indeks Kemiskinan Manusia (HPI) yang mengukur penafian terhadap
beberapa elemen pembangunan manusia melalui petunjuk kesihatan (peratus
penduduk yang meninggal dunia sebelum 40 tahun), pendidikan (peratus penduduk
dewasa yang buta huruf), peratus penduduk ketersampaian kepada perkhidmatan
kesihatan dan air bersih, serta para kanak-kanak bawah 5 tahun yang tidak cukup
berat.
43 

 
Untuk cuba memuaskan banyak pihak, beberapa petunjuk lain disarankan sebagai
penggenapan kepada PGK untuk mencerminkan fenomena kemiskinan dari pelbagai
dimensi. Petunjuk-petunjuk ini mencerminkan keadaan serba kekurangan keperluan
asas yang dihadapi oleh golongan miskin antaranya mencerminkan kekurangan yang
berikut:

• Kekurangan upaya untuk memenuhi keperluan asas

• Kekurangan keselesaan tempat tinggal

• Kekurangan kawalan terhadap sumber-sumber

• Tahap kesihatan dan pemakanan kurang memuaskan

• Tahap pendidikan dan pembangunan sumber manusia yang rendah

• Kekurangan akses kepada bekalan air bersih, elektrik, dan sanitasi

• Kemudahketerancaman kepada krisis, kegawatan, jenayah, dan kekejaman.

3.6 Kemiskinan Di Luar Bandar

Dalam laporan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM ke-7), kawasan bandar didefinisikan
sebagai kawasan yang diwartakan dan kawasan tepu bina dengan jumlah penduduk 10
000 orang atau lebih, seperti yang dilaporkan dalam Banci Penduduk dan Perumahan,
1991. Dengan demikian, kawasan luar bandar merupakan kawasan yang tidak
diwartakan sebagai kawasan bandar dan mempunyai bilangan penduduk kurang
daripada 10 000 orang. Ekonomi luar bandar dibiarkan pada tahap sara diri tertinggal
dalam perkembangan ekonomi moden. Sejak dari sebelum merdeka lagi masalah
keluasan tanah, kemudahan prasarana, corak pertanian yang diamalkan dan kegiatan
ekonomi yang dijalankan jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan bandar.

3.6.1 Faktor-faktor yang Menyebabkan Kemiskinan di Luar Bandar

Faktor Sejarah

Kegiatan Ekonomi

Ekonomi desa berkait rapat dengan sektor pertanian yang rendah daya pengeluarannya
dan mengalami banyak masalah seperti dari segi saiz tanah yang tidak
menguntungkan, eksploitasi oleh pemonopoli, kekurangan modal dan kredit, pengaruh
iklim dan musim, penyakit tanaman, serangga perosak, kaedah pertanian tradisional
dan bertambahnya tanah-tanah terbiar.

44 

 
Kegagalan Institusi

Kurang berkesannya institusi yang berhubung dengan kegiatan pengeluaran,


pemasaran, pemprosesan dan pengangkutan. Kegagalan tersebut sebenarnya bukan
disebabkan oleh ketidakcekapan pegawai dari institusi yang terlibat, tetapi lebih
disebabkan oleh perlaksanaan tidak dapat mencapai seperti yang dirancang. Sebagai
contoh, galakan memasarkan sendiri hasil pertanian petani oleh FAMA , melalui konsep
Pasar Tani, tetapi terdapat pula masalah memilih tempat yang sesuai dan jangka masa
yang lama yang perlu diambil oleh petani untuk membuahkan hasil daripada pekerjaan
bertani atau menangkap ikan.

Sikap Penduduk

Penduduk desa biasanya mempunyai sikap negatif terhadap pembaharuan dan terlalu
bergantung pad a subsidi. Perancangan dalam Dasar Pertanian Negara (1992) dan
Wawasan 2020 telah menitikberatkan semangat berusaha sendiri dan kurang
bergantung kepada kerajaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

Peluang Pendidikan

Peluang-peluang pendidikan dan latihan agak terhad. Pelajar luar bandar biasanya
sukar mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi
sekiranya percubaan kali pertama gagal. Hal ini disebabkan kawasan luar bandar tidak
banyak kolej swasta yang menyediakan kemudahan tersebut.

3.7 Langkah-Iangkah untuk Mengatasi Kemiskinan di Luar Bandar

Projek-projek yang dapat menambah pendapatan adalah seperti yang berikut:

Program Ekstensifikasi

Dalam program ini jumlah kawasan pertanian ditambah melalui pembukaan kawasan-
kawasan baru. Antara rancangan pembukaan tanah baru yang terbesar termasuklah
Rancangan Tanah FELDA (Federal Land Development Authority), yang sehingga tahun
1987, sebanyak 762 427 hektar kawasan telah dibuka untuk dijadikan kawasan
perladangan dan penempatan peneroka.

Program Intensifikasi

Program ini meninggikan produktiviti tanah pertanian yang sedang diusahakan melalui
penggunaan teknologi baru, bahan tanaman yang baik, baja, sistem pengairan,
kawalan serangga serta penyakit dan sebagainya.

45 

 
Pelbagaian

Dalam usaha ini jenis keluaran pertanian ditambah melalui pengenalan tanaman baru
seperti kelapa sawit, koko, asparagus dan buah-buahan. Projek Pembangunan
Bersepadu (IADP), tanam semula, penyatuan dan pemulihan tanah, memperluaskan
penggunaan jentera dan amalan agromik dapat menaikkan produktiviti pekerjaan
pertanian.

Subsidi

Subsidi merupakan bantuan untuk menanam semula (RISDA), racun serangga,


tanaman litup bumi dan baja. Di samping aktiviti menaikkan pendapatan daripada
aktiviti luar ladang dan bukan ladang.

Membuat Dasar Baru

Contohnya, memperkenalkan Dasar Pertanian Nasional (DPN) pada tahun 1992, iaitu
satu dasar yang menyeluruh untuk memaksimumkan pendapatan daripada pertanian
melalui penggunaan sumber-sumber secara cekap.

Menyediakan Prasarana dan Kemudahan Asas yang Lebih Baik .

Kemudahan prasarana seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air paip penting
untuk menjamin kehidupan penduduk luar bandar menjadi selesa. Di samping itu,
mereka juga boleh memasarkan keluaran mereka ke kawasan luar dengan mudah.
Dengan demikian, perbelanjaan pembangunan kerajaan persekutuan, terutamanya
untuk pertanian dan pembangunan luar bandar terus bertambah daripada RM1298 juta
pada tahun 1990 kepada RM1360 juta pad a tahun 1995.

Menerap Nilai Positif

Penduduk luar bandar juga digalakkan terlibat secara aktif dalam program
pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan
menyertai aktiviti pembangunan sumber manusia. Langkah-langkah menerap nilai
positif seperti meningkatkan motivasi dan berdaya saing juga dijalankan.

3.8 Pencapaian

1 . Kadar kemiskinan di luar bandar telah berkurangan daripada 58.7% (1970) kepada
24.7% (1984); 19.3% (1990) kepada 8.5% (1995).

2. Antara 1970 - 1985, seluas 1283.7 ribu hektar tanah telah dibangunkan untuk
membaiki pengagihan tanah dan pengeluaran.

46 

 
3. Pendapatan purata peserta FELDA teIah meningkat.

4. Kapasiti penglibatan pekebun kecil dalam pengeluaran pertanian negara semakin


meningkat.

5. Beberapa kemajuan dan perubahan di kalangan pekebun kecil. Beberapa program


dilaksanakan termasuklah Program untuk Rakyat Termiskin:

Program PPRT

- rumah kos rendah atau rumah pangsa - AIM (RM77.1 juta kepada 36 200 isi, rumah
miskin)

- ternak ayam, itik dan lembu

- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) - latihan kemahiran dan jaminan pekerjaan

- Bantuan pendidikan

- Skim ASB - PPRT - pinjaman tanpa faedah RM5000·

- Penyediaan kemudahan asas - air, elektrik (sekolah, klinik berada dalam lingkungan 9
km daripada penduduk di luar bandar)

3.9 Kemiskinan Di Bandar

Kawasan-kawasan di bandar ditakrifkan sebagai satu kawasan yang mempunyai


populasi penduduk melebihi 10 000 orang dan menjadi pusat pentadbiran sesebuah
negeri atau daerah.

Dari segi taburan ikut kaum, kaum Cina berada pada kadar 57.9% tinggal di bandar
berbanding dengan kaum bumiputera 25.9%. Tetapi lebih 22.9% masyarakat
bumiputera yang tinggal di bandar adalah miskin berbanding dengan masyarakat Cina
cuma 11.5%.

3.9.1 Faktor-faktor yang Menyebabkan Kemiskinan di Bandar

Kekurangan Kemudahan Asas

Kawasan tertentu di bandar seperti di kawasan setinggan kurang kemudahan


prasarana seperti air, elektrik, pusat kesihatan dan hak milik yang terjamin. Dengan
keadaan ini kualiti hidup adalah rendah dan menyukarkan kehidupan penduduk
tersebut.

47 

 
Penghijrahan Penduduk Desa ke Bandar

Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat adalah akibat daripada penghijrahan buruh
dari desa ke bandar. Keadaan ini sesuai dengan dasar kerajaan menggalakkan
penghijrahan penduduk desa yang bekerja sendiri ke pusat-pusat pertumbuhan baru.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan mereka terlibat dalam sektor ekonomi peringkat
ke-2 dan ke-3. Keadaan seperti ini telah menyebabkan penduduk bandar bertambah
pada kadar 41.3% pada tahun 1985 berbanding 37.4%, pada tahun 1980.

Pengangguran

Pada masa kini penawaran buruh adalah melebihi permintaan buruh kerana faktor-
faktor seperti kemelesetan ekonomi dan perkembangan penduduk dalam umur bekerja
yang agak besar.

Kekurangan Harta

Kekurangan harta yang produktif dan kemudahan seperti modal, peralatan, peluang
niaga dan sebagainya telah menyebabkan daya pengeluaran dan tingkat pendapatan
mereka rendah.

Pendapatan Rendah

Perbelanjaan penduduk di bandar melebihi perbelanjaan penduduk di luar bandar. Oleh


itu, pendapatan penduduk bandar mesti tinggi supaya pendapatan besar mereka
setanding dengan pendapatan di luar bandar. Jika pendapatannya rendah maka
mereka terpaksa berhutang dan menanggung bebanan bunga yang tinggi.

Kurang Kemahiran dalam Bidang Perindustrian dan Perdagangan

Lebih ramai pekerja bumiputera di bandar tiada kemahiran dan pendidikan yang cukup
berbanding dengan masyarakat Cina. Kurang kemahiran dan pendidikan bererti tingkat
gaji lebih rendah.

Setinggan

Peratusan masyarakat setinggan, ialtu satu kawasan yang mempunyai populasi yang
sesak mempunyai tingkat pendapatan yang rendah. Majoriti penduduk bumiputera
mempunyai paras pendapatan yang rendah di bandar. Kawasan setinggan membentuk
perkembangan kawasan bandar dan timbullah masalah kesihatan, penyakit mudah
merebak dan akan memberikan gambaran buruk kepada pelancong yang melawat
Malaysia.

48 

 
Bebanan yang Ditanggung

Masyarakat bandar terpaksa bayar segala perkhidmatan yang digunakan di samping


terpaksa menanggung beban cukai langsung dan tidak langsung, yang dalam hal ini
cukai-cukai tersebut mungkin tidak digunakan untuk kepentingan mereka.

Langkah-Iangkah untuk Mengatasi Kemiskinan di Bandar

Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah
kemiskinan tersebut termasuklah:

Penyediaan Rumah-rumah Kos Rendah

Kerajaan membina rumah-rumah kos rendah untuk membolehkan masyarakat bandar


memiliki rumah sendiri dan mengurangkan bilangan kawasan setinggan. Bebanan
pembayaran adalah minimum kerana biasanya bayaran bulanan tidak melebihi RM200
sebulan.

Membina Gerai

Gerai dibina untuk membantu mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.
Begitu juga kursus keusahawanan dijalankan oleh MARA dan bantuan untuk
mendapatkan ruang niaga oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru yang pertama, iaitu membasmi kemiskinan, mengarahkan badan-
badan seperti UDA, MARA dan Majlis Perbandaran memberikan bantuan yang
diperlukan oleh penduduk bandar yang miskin.

Taraf Perintis dan Galakan Pelaburan

Ia bertujuan untuk menarik para pelabur asing mendirikan kilang di Malaysia. Dalam hal
ini akan wujud peluang pekerjaan bagi penduduk bandar di samping meninggikan taraf
ekonomi Malaysia.

Pelaksanaan Dasar

Dasar-dasar seperti merancang perkembangan guna tenaga di Malaysia oleh institusi


seperti MAMPU membolehkan sektor swasta dan kerajaan mewujudkan peluang-
peluang pekerjaan baru bersesuaian dengan penawaran buruh dalam pasaran buruh
seperti:

• Program pembangunan francais percetakan, makanan segera, pemprosesan filem,


pengurusan model, bengkel, penyelenggaraan tugas.
49 

 
• Konsep payung di bawah Guthrie Furniture dan Besta Distributors.

• Skim modal teroka Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PKNB). Seramai 280
usahawan bumiputera telah bergiat dalam perkhidmatan telekomunikasi komponen
automotif dan plastik petrokimia.

Memperbaiki Taraf Perkhidmatan

Kenaikan gaji dan memperbaiki sistem perkhidmatan sama ada dalam sekolah kerajaan
atau sektor swasta.

Kawalan Kenaikan Harga

Mengamalkan kenaikan harga barangan dengan mengetatkan atau memperbaiki akta


kawalan harga 1974 dan akta kawalan bekalan 1969.

Meningkatkan Perkhidmatan Awam

Memberikan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan awam seperti perkhidmatan


kesihatan dan pelajaran dan sebagainya, terutama di kawasan setinggan untuk
membaiki kualiti hidup penduduk di kawasan tersebut.

Kawalan Kemasukan Buruh Asing

Sekat kemasukan buruh asing terutama di sektor pembinaan dan kaji populasi
penduduk mengikut sesuatu kawasan pembangunan.

Wujudkan Bandar Baru

Bandar-bandar baru seperti Bangi, Selangor; Mergong, Kedah; Jengka, Pahang dan
sebagainya dapat mengurangkan kesesakan di bandar-bandar utama yang sedia ada.
Di samping itu, ia dapat memajukan kawasan-kawasan penempatan dan perindustrian
baru.

Beri Kontrak Kerajaan kepada Usahawan Berkemampuan

Seperti penerbangan komersial, penyelenggaraan alat-alat komunikasi pengeluaran


kenderaan bermotor dan pembinaan lebuh raya.

3.10 Kemiskinan Mengikut Sektor

Terdapat hubungan yang positif an tara tahap industrialisasi dengan tingkat pendapatan
dan seterusnya kadar kemiskinan. Didapati semakin tinggi tahap industrialisasi, maka
semakin tinggilah pula tahap pendapatan. Maklumat menunjukkan bahawa pada tahun
1970 kadar kemiskinan di sektor pertanian ialah 68.3% berbanding dengan sektor
50 

 
pembuatan 23.5%. Hasil daripada pelbagai program membantu petani seperti
pemberian tanah oleh FELDA, penyelidikan pertanian oleh MARDI, bantuan pemasaran
oleh FAMA, program pelbagaian mendatar (aktiviti mempelbagaikan keluaran di sektor
pertanian contohnya, getah, kelapa sawit, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran) dan
program pelbagaian menegak (aktiviti membuat atau memproses barang-barang
pertanian seperti hasil kelapa sawit dijadikan minyak masak, vitamin, makanan binatang
dan sebagainya), dan lain-lain lagi telah mengurangkan kadar kemiskinan di sektor
pertanian. Hasilnya, kemiskinan di sektor pertanian merosot kepada 28.5% pada tahun
1990. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan di sektor pembuatan juga telah
berkurangan kepada 13.6% sahaja pada tahun 1990.

3.11 Golongan Termiskin

Rancangan Malaysia Ketujuh (RM ke-7) telah menitikberatkan beberapa program untuk
mengurangkan kemiskinan di kalangan golongan termiskin (golongan termiskin atau
fakir telah dianggarkan berasaskan separuh pendapatan garis kemiskinan). Laporan
RM ke-7 menunjukkan pada tahun 1995 terdapat 93,500 (2.2%) isi rumah termasuk
dalam kategori golongan termiskin.

Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah
golongan termiskin termasuklah menyediakan:

Program Pembangunan Rakyat Termiskin

Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperkenal pada tahun 1989
meliputi projek untuk meningkatkan pendapatan dan menerap nilai-nilai positif seperti
berdikari dan bekerja keras, di samping menyediakan bantuan kebajikan secara
langsung.

Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)-PPRT

Skim ASB-PPRT membolehkan setiap isi rumah termiskin menyertai Skim ASB melalui
penerimaan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5000 seorang. Sehingga akhir tahun
1995, sejumlah RM75.5 juta dalam bentuk dividen dan bonus telah dibayar kepada isi
rumah tersebut.

Pelbagai Program Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Organisasi Bukan Kerajaan


(NGO) seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)
peringkat negeri dengan sokongan daripada syarikat swasta telah juga dibuat. AIM
misalnya, telah mengeluarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM77.1 juta kepada
kira-kira 36,200 isi rumah miskin dan termiskin bagi membolehkan mereka menceburi
bidang ternakan ayam, itik, lembu dan kambing serta perniagaan secara kecil-kecilan.

51 

 
Lebih membanggakan apabila ia telah berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan
kadar pembayaran balik pinjaman hampir 100%. Program-program YBK pula ialah
seperti memberikan latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan, bantuan pendidikan
dan perumahan yang lebih selesa.

Kemudahan Asas

Kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air yang selamat
telah dirancang oleh kerajaan. Begitu juga golongan termiskin yang kebanyakannya
berada di luar bandar diberi perkhidmatan pasukan pergigian dan perubatan bergerak,
pasukan kesihatan kampung dan perkhidmatan doktor melalui udara ke kawasan
pedalaman dan terpencil. Menurut RM ke-7 pada masa kini, 77 peratus golongan
miskin di luar bandar berada dalam lingkungan sembilan kilometer dari klinik kerajaan.

Kemudahan Pendidikan

Kerajaan berusaha memastikan sekolah didirikan dalam lingkungan kurang daripada 10


kilometer dari kawasan penempatan. Begitu juga kemudahan biasiswa, buku teks,
makanan, tempat tinggal dan pakaian sekolah dibekalkan kepada pelajar miskin secara
percuma.

Ringkasan

Kemiskinan merupakan satu masalah sejagat yang perlu dibendung. Pengagihan


kekayaan yang tidak seimbang kerana rezeki yang diberi Allah S.W.T. tidak sama
terhadap setiap makhluknya dan ini merupakan satu dugaan di dunia. Pemerintah
mestilah bertanggungjawab mentadbirkan sistem kewangan dengan sempurna bagi
membolehkan bantuan diberikan kepada golongan miskin tersebut. Sesungguhnya
segala masalah seperti kemiskinan yang wujud bukanlah disebabkan oleh kurangnya
sumber tetapi disebabkan angkara manusia sendiri, seperti pembaziran penggunaan
sumber. Menurut al Qur'an yang bermaksud:

"Dan berilah jiran-jiran kamu haknya, dan orang miskin, dan orang berjuang di jalan
Allah dan janganlah anda melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang
membazir itu saudara syaitan, dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya."

3.12 Sektor Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting bagi menjana pertumbuhan


ekonomi yang cergas, mempertingkat daya saing dan kualiti hidup penduduk sesebuah
negara. Dengan menggunakan berbagai pendekatan, banyak kajian telah membuktikan
perkara ini. Teori modal manusia dan pendekatan kadar pulangan, umpamanya telah
membuktikan bahawa pendidikan berupaya meningkatkan produktiviti dan pendapatan
52 

 
seseorang yang selanjutnya boleh mendorong kepada pertumbuhan ekonomi (Blaug
1976; Psacharoupoulos 1985; Schultz 1988). Manakala model pertumbuhan ekonomi
makro juga menyebut tentang kepentingan pendidikan dalam menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara (Pencavel 1991; Lau et. al. 1993). Selain itu
pendidikan juga dikatakan mempunyai pengaruh yang besar terhadap agihan
pendapatan. Beberapa kajian di Malaysia telah membuktikan bahawa pencapaian
pendidikan merupakan antara faktor penting yang membezakan pendapatan antara
kaum dan jantina (Hoerr 1973; Blau 1986; Rahmah 1987).

Tenaga manusia perlu dilatih dan berpengetahuan bagi menyokong perlaksanaan


pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti. Peluang mendapatkan pendidikan bagi
semua peringkat dibuka luas sejajar dengan pendemokrasian dasar pendidikan.

1. Program Pendidikan

Teras program pendidikan ialah meningkatkan peluang dan memperbaiki kualiti


pendidikan. Selain menumpu pada pertambahan kapasiti dan peningkatan kualiti,
penyemaian nilai-nilai murni dan sikap positif juga diterapkan dalam kegiatan
kokurikulum.

Pengambilan (enrolment) pelajar terus meningkat mengikut masa baik di peringkat pra-
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah rendah, menengah atas, sijil, diploma,
mahupun ijazah. Dalam tempoh RMK7, pertambahannya secara keseluruhannya ialah
15.3% (RMK8: 106). Pada tahun 2003 pula, jumlah pengambilan berjumlah 5.95 juta
berbanding 5.59 juta pada tahun 2000 (Malaysia 2003).

2. Program Latihan Kemahiran

Kapasiti pengambilan di institusi kemahiran telah dipertingkatkan untuk memenuhi


pertambahan permintaan industri terhadap tenaga manusia mahir. Menurut Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan, daripada 60 193 tenaga mahir yang
dilahirkan oleh institut awam dan swasta pada tahun 2003, 65% (atau 39 271) adalah
dalam bidang kejuruteraan (Malaysia, 2003). Kerajaan juga telah menubuhkan tujuh
lagi pusat latihan kemahiran tinggi yang menawarkan kursus dalam bidang khas seperti
mekatronik, teknologi kejuruteraan industri, teknologi kejuruteraan komputer, teknologi
kejuruteraan telekomunikasi, kejuruteraan kaji sawat, dan pembangunan multimedia.
Kapasiti di pusat-pusat kemahiran swasta juga dipertingkatkan. Antaranya ialah Japan-
Malaysia Technical Institute (JMTI), German-Malaysia Institute (GMI), Malaysia-France
Institute (MFI). Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar, Pusat Latihan
Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (ClAST) memperluas Program Latihan Pengajar
Kebangsaan (NITP) untuk merangkumi pelajar yang mempunyai Sijil Kemahiran

53 

 
Malaysia (SKM) Tahap 2 yang hanya memerlukan dua tahun latihan untuk
mendapatkan Diploma Pengajar Vokasional.

Bagi meningkatkan kemahiran tinggi dalam bidang teknologi yang lebih khusus,
Malaysia Institute For Aviation Technology telah dinaiktarafkan dan tiga pusat baru
ditubuhkan, iaitu ADTEC Tabuh Naning di Melaka, ADTEC Batu Pahat di Johor, dan
Malaysia-Spain Institute di Kulim (Malaysia, 2003).

3. Penyertaan Sektor Swasta dalam Pendidikan dan Latihan

Dalam tempoh RMK7, enrolment pendidikan di peringkat rendah dan menengah telah
mencecah ke angka 142,920 pelajar pada tahun 2000. Penglibatan swasta dalam
pendidikan tinggi telah meningkat dengan pelaksanaan Akta Institusi Pengajian Tinggi
Swasta 1996. Enam universiti swasta telah ditubuhkan untuk menawarkan kursus-
kursus di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perniagaan, perubatan, dan
multimedia. Enam universiti yang terlibat ialah Universiti Multimedia, Universiti Tenaga
Nasional, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti
Perubatan Antarabangsa, dan Universiti Industri Selangor.

3.12.1 Strategi Pendidikan Tinggi Dalam RMK-7

Selaras dengan kepesatan perindustrian negara permintaan terhadap tenaga kerja


yang berpendidikan tinggi dan mahir dijangka akan terus meningkat. Untuk itu RMK-7
telah menggariskan beberapa strategi berikut (Malaysia 1996):

 Meningkatkan keupayaan bagi memenuhi permintaan tempatan pendidikan


tinggi yang semakin bertambah serta membangunkan pendidikan tinggi sebagai
industri eksport;

 Memperbaiki kualiti dan kesesuaian kursus yang ditawarkan supaya sejajar


dengan keperluan tenaga manusia negara;

 Meningkatkan enrolmen peringkat ijazah pertama di institusi awam tempatan di


kalangan mereka yang berumur 19-24 tahun daripada 3.5 peratus pada tahun
1995 kepada 5.6 peratus pada tahun 2000;

 Meningkatkan kapasiti enrolmen dalam kursus sains, kejuruteraan dan kursus


berkaitan dengan teknikal bagi menambah pengeluaran tenaga manusia yang
berpengetahuan sains dan teknikal;

 Meningkatkan kapasiti kursus lepasan ijazah daripada 11.5 peratus daripada


jumlah enrolmen peringkat ijazah pada tahun 1995 kepada sekurang-kurangnya
14 peratus pada tahun 2000;
54 

 
 Meningkatkan kapasiti dan keupayaan untuk menjalankan P&P, terutamanya
yang berkaitan dengan keperluan sektor industri dan perkhidmatan; dan

 Meningkatkan penyertaan sektor swasta bagi membantu usaha kerajaan dalam


menambah peluang pendidikan tinggi, manakala pada masa yang sama dapat
mengurangkan perbelanjaan awam bagi pendidikan yang semakin meningkat.

Strategi ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan meningkatkan kebolehcapaian


masyarakat terhadap pendidikan tinggi. Usaha meningkatkan enrolmen IPT awam dan
menggalakkan penyertaan swasta secara lebih aktif dalam pendidikan tinggi
merupakan langkah agresif ke arah liberalisasi dan pendemokrasian pendidikan tinggi
di negara ini. IPT awam digesa meningkatkan enrolmen pelajar masing-masing kepada
20,000 menjelang tahun 2000. Manakala AIPTS 1996 diperkenalkan bagi menarik lebih
banyak penyertaan swasta dalam menawarkan pendidikan tinggi. Melalui akta ini sektor
swasta boleh menubuhkan institusi yang menganugerahkan ijazah dan universiti asing
juga boleh menubuhkan kampus cawangannya di dalam negara ini. Langkah ini adalah
selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan pendidikan tinggi negara ini bertaraf dunia
dan sebagai pusat kecemerlangan di rantau Asia.

Untuk mencapai pendidikan yang bertaraf dunia, sekurang-kurangnya tiga pra syarat
perlu dipenuhi. Pertama, kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti; kedua,
peningkatan kadar enrolmen pelajar IPT, terutama pelajar asing supaya setanding
dengan negara maju dan ketiga, kapasiti Penyelidikan & Pembangunan (P&P) yang
meningkat dari segi kuantiti dan kualiti. Sekiranya ketiga-tiga pra-syarat ini telah dapat
dipenuhi maka usaha membangunkan pendidikan tinggi sebagai industri eksport akan
mudah dicapai. Persoalannya adakah sistem pendidikan tinggi negara ini telah bersedia
ke arah ini?

3.13 Cadangan Dan Implikasi Dasar

Strategi pendidikan tinggi yang telah digariskan dalam RMK-7 telah mengemukakan
beberapa langkah yang boleh dianggap berkesan untuk menghadapi masalah semasa
pendidikan tinggi. Namun begitu berdasarkan perbincangan di atas masih terdapat
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khusus.

Pertama, isu kualiti pendidikan tinggi. Liberalisasi dan pendemokrasian pendidikan


tinggi ke arah memenuhi kehendak pembangunan negara tidak seharusnya menggadai
kualiti pendidikan itu sendiri. Oleh kerana pendidikan tinggi akan dijadikan sebagai
salah satu industri eksport negara, maka untuk meningkatkan daya saingnya, kualiti
haruslah dipertingkat. Oleh itu badan-badan yang telah ditubuhkan seperti Majlis
Pendidikan Tinggi Negara (MPTN), Lembaga Akreditasi Negara (LAN) serta
Kementerian Pendidikan amnya perlulah mengawasi aspek kualiti pendidikan tinggi
55 

 
secara lebih teliti dan berkesan. Di samping kurikulum yang ditawarkan, kekuatan dari
segi penyelidikan dan pembangunan juga haruslah ditekankan. Dalam konteks ini
kerjasama dan sinergi P&P Universiti - Industri mesti dipergiatkan lagi (Mohd Yusof
Kasim 1994).

Kedua, pembiayaan awam terhadap IPT awam (IPTA) patut ditingkatkan walaupun
dalam jangka panjang peratusan sumbangannya berkurangan secara perlahan-lahan.
Isu ini penting ditangani kerana peranan sektor swasta dalam pendidikan tinggi adalah
terhad kepada beberapa kursus profesional saja dan kurang memberi penumpuan
kepada bidang Sains dan Teknologi.

Ketiga, langkah yang lebih tegas perlu dilakukan bagi mengawal yuran pengajian
khususnya di kalangan IPT swasta. Usaha-usaha perlulah ditumpukan ke arah
menyeragamkan kadar yuran yang dikenakan. Trend semasa menunjukkan kadar
yuran yang dikenakan oleh IPT swasta adalah berbeza-beza walaupun terhadap kursus
yang sama.

Keempat, pada masa akan datang besar kemungkinan yuran pengajian IPT akan
meningkat apabila dasar pengkorporatan IPT awam dilaksanakan. Oleh itu skim
pinjaman dan biasiswa pendidikan tinggi perlulah diperluaskan. Walaupun bam-bam ini
telah dilancarkan Dana Pendidikan Tinggi (DPT) yang bernilai RM100 juta untuk
membantu pelajar-pe1ajar yang tidak mampu melanjutkan pe1ajaran ke IPTA dan
IPTS, ianya dirasakan masih belum mencukupi bagi menampung keperIuan yang terus
meningkat. Pemberian biasiswa atau pinjaman janganlah kepada bidang-bidang
teknikal semata-mata tetapi juga dalam bidang akademik yang lain.

Kelima, isu bilangan pe1ajar Bumiputera di IPTS. Setakat Oktober 1997, cuma 22
peratus daripada pelajar IPTS adalah Bumiputera dan cuma 50 daripada 415 IPTS di
Malaysia dimiliki oleh Bumiputera (Berita Harian 17 Oktober 1997). Oleh itu bagi
menyeimbangkan enrolmen pe1ajar bumiputera di kolej-kolej swasta, kuota tertentu
untuk pelajar bumiputera perlulah diadakan. Untuk memenuhi kuota ini, pelajar perlulah
diberi sama ada biasiswa, pinjaman ataupun kemudahan menggunakan DPT. Melalui
cara ini jumlah pelajar bumiputera di kolej-kolej swasta boleh ditingkatkan.

Keenam, memastikan kursus-kursus yang ditawarkan oleh semua IPT sama ada awam
ataupun swasta bersesuaian dengan keperluan pembangunan Negara jangka pendek
dan jangka panjang. Sekiranya pada masa hadapan negara memerlukan lebih ramai
saintis dan tenaga mahir teknikal, maka tumpuan pendidikan tinggi haruslah dipastikan
menjurus ke arah bidang-bidang berkenaan. Dalam konteks ini masalah kekurangan
minat pelajar-pelajar sekolah terhadap mata pelajaran sains dan teknologi mesti
diselesaikan segera. Selain memupuk minat pelajar-pelajar melalui berbagai cara,

56 

 
insentif sesuai seperti ganjaran kewangan dan status pekerjaan yang tinggi patut
diberikan kepada tenaga kerja S&T (Mohd Yusof 1997). Namun demikian, ini tidak
bermakna bidang-bidang pengurusan profesional dan akademik lainnya diabaikan.

Walau apa langkah yang diambil, governan pendidikan tinggi mesti diperkemas dan
diperkukuhkan supaya pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan matlamat
pengagihan ekonomi yang lebih adil dapat dicapai dan bukan melebarkan lagi jurang
sosioekonomi yang masih berlaku.

3.14 Penutup

Peranan pendidikan terutama pendidikan tinggi menjadi semakin penting untuk


mencapai matlamat pembangunan nasional iaitu mewujudkan negara industri yang
maju lagi seimbang dan membentuk bangsa yang bersatu padu. Usaha mempertingkat
daya saing, menangani cabaran-cabaran baru dalam alaf baru yang mendatang dan
pencapaian matlamat pembangunan di atas memerlukan perancangan yang strategik
dan pelaksanaan langkah-langkah yang sesuai.

Pendemokrasian dan liberalisasi pendidikan tinggi dengan mempertingkat keupayaan


IPT awam dan menubuhkan banyak IPT swasta adalah selari dengan hasrat kerajaan
untuk menambahkan bilangan penduduk yang menerima pendidikan tinggi dan menjadi
negara pengeksport pendidikan tinggi di rantau Asia. Namun demikian lonjakan besar
dalam penawaran pendidikan tinggi ini tidak memadai jika tidak disertai dengan usaha
mempertingkat mutu pendidikan dan penyelidikan di IPT. Ternyata, kini fungsi IPT
bukan sahaja untuk memenuhi keperluan intelektual tetapi juga kehendak pasaran.
Sama pentingnya adalah usaha untuk memastikan supaya pendidikan mampu bukan
sahaja mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi tetapi juga matlamat agihan
kekayaan. Ini bererti dasar dan langkah-Iangkah wajar, antaranya termasuk
memperluas kebolehcapaian pendidikan tinggi kepada semua penduduk tanpa
mengabaikan golongan berpendapatan rendah dan kumpulan etnik tertentu,
mempertingkatkan mutu pendidikan dan penyelidikan, dan memperkukuh,
mempercekap governan dan sistem penyampaian pendidikan tinggi perlu dilaksanakan
segera.

57 

 
SOALAN PERBINCANGAN

1. Apakah perbezaan antara kemiskinan mutlak dan kemiskinan


relatif?

2. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan di bandar.

3. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan di luar


bandar.

58 

 
BAB 4

SUMBER MODAL

OBJEKTIF BAB
 
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Memahami sumber-sumber kewangan kerajaan.


2. Membeza faktor penentu pelaburan yang berbeza
dengan faktor penentu tabungan. 

 
4.1 Tabungan dan Pelaburan

Mengikut klasik simpanan yang dibuat oleh rumah tangga akan dipinjam oleh pelabur
untuk tujuan pelaburan. Oleh itu bocoran akibat tabungan akan disuntik kembali melalui
pelaburan. Oleh itu aliran pusingan pendapatan akan seperti biasa, iaitu tidak
berlakunya bocoran. Oleh sebab itu GTP akan selalu dicapai. Mengikut klasik
pelaburan dan tabungan akan ditentukan sepenuhnya oleh kadar bunga benar.

Mereka yang menyimpan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dalam bentuk


kadar bunga. Oleh itu, semakin tinggi kadar bunga benar, semakin tinggi simpanan.
Keluk tabungan juga dikenali sebagai keluk penawaran dana boleh pinjam. Klasik
menganggap simpanan biasanya dalam bentuk bon. Kadar bunga benar adalah harga
terhadap dana boleh pinjam.

Kadar bunga benar = kadar bunga nominal - kadar inflasi Rr = Rn - π,

Hubungan di antara kadar bunga benar dan penawaran dana boleh pinjam boleh
ditunjukkan dalam rajah di bawah:

59 

 
Keterangan rajah:

Jika kadar bunga benar naik dari r0 ke r1, tabungan naik dari S0 ke S1 dan sebaliknya
jika kadar bunga benar turun ke r2 tabungan turun ke S2.

4.2 Pelaburan Dan Permintaan Dana Boleh Pinjam

Pengusaha juga berbelanja. Biasanya perbelanjaan mereka dalam bentuk pelaburan.


Selalunya perbelanjaan pelaburan adalah besar. Oleh itu, pengusaha akan meminjam
untuk membuat pelaburan. Mengikut klasik keinginan untuk membuat pelaburan adalah
berhubung songsang dengan kadar bunga benar. Jika kadar bunga benar naik,
pelaburan jatuh dan sebaliknya jika kadar bunga benar jatuh, pelaburan naik.
Hubungan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

60 

 
Mengikut klasik, tabungan selalu sama dengan pelaburan. Oleh sebab itu, dalam
ekonomi tidak akan berlakunya bocoran. Guna tenaga penuh akan dicapai kerana
semua tabungan akan digunakan semula. Oleh itu, akan wujud kadar bunga benar
keseimbangan di pasaran di mana tabungan akan sama dengan pelaburan.
Keseimbangan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

61 

 
Tabungan sama dengan pelaburan pada titik E, kadar bunga benar pada Re dan
pelaburan keseimbangan pada Ie dan tabungan keseimbangan pada Se.

4.3 Perbelanjaan Kerajaan dan Permintaan Terhadap Dana Boleh Pinjam

Mengikut klasik kerajaan juga berbelanja sama ada belanja pengurusan atau belanja
pelaburan. Kerajaan juga akan meminjam dari dana boleh pinjam jika ia melakukan
belanjawan defisit. Di mana:

EG = g – t (T - R)

EG = belanjawan kerajaan, g = perbelanjaan kerajaan, t = cukai bersih iaitu diperoleh


apabila cukai kasar tolak subsidi. Bila kerajaan berbelanja secara defisit, maka keluk
permintaan terhadap dana boleh pinjam akan meningkat ke atas. Kadar bunga benar
akan naik. Kenaikan kadar bunga benar akan menggalakkan rumah tangga untuk
meningkatkan tabungan. Bila tabungan naik maka, penggunaan akan jatuh. Dari satu
segi pula, bila kadar bunga benar naik pelaburan akan jatuh. Oleh itu, jumlah
perbelanjaan swasta iaitu campuran antara kejatuhan dalam penggunaan rumah
tangga dan kejatuhan dalam pelaburan firma adalah sama dengan jumlah defisit
belanjawan kerajaan. Keadaan ini diterangkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

62 

 
Apabila belanjawan defisit dilaksanakan, keluk pelaburan akan naik dari I ke I + (g - t).
Kesannya kadar bunga benar naik dari R1 ke R2. Bila R naik, tabungan naik dari S1 ke
S2' maka penggunaan pula akan jatuh. Pada masa yang sama apabila R naik,
pelaburan akan jatuh kerana kos meminjam naik. Keinginan melabur jatuh. Pelaburan
jatuh dari I1 ke I2, Jumlah kemerosotan dalam perbelanjaan swasta ialah campuran
di antara kenaikan tabungan swasta (S1,S2) dan penurunan dalam pelaburan swasta
(I1,I2) yang ditunjukkan oleh defisit perbelanjaan kerajaan iaitu jarak g - t atau jarak
EiF.

Apabila kerajaan melakukan belanjawan surplus pula, iaitu hasil cukai melebihi
perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini akan ditabung. Kerajaan pula sekarang
menawarkan dana boleh pinjam. Apabila kerajaan menabung keluk tabungan akan
bergerak ke kanan, dari S ke S + (t - g). Kadar bunga benar akan jatuh dari R1 ke R2.
Apabila kadar bunga jatuh, maka tabungan swasta akan jatuh, penggunaan naik dan
pelaburan swasta naik. Apabila tabungan jatuh dan pelaburan naik, mengikut klasik
penggunaan swasta akan naik. Analisis ini boleh diterangkan berdasarkan rajah di
bawah:

Keterangan rajah:

63 

 
Apabila belanjawan lebihan dilaksanakan, bererti hasil cukai lebih tinggi dari
perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini ditabung. Keluk tabungan naik dari S ke S + (t -
g). Oleh itu, kadar bunga benar jatuh dari R1 ke R2. Apabila kadar bunga benar jatuh;
tabungan swasta akan jatuh dari S1 ke S2. Pada masa yang sama pelaburan swasta
naik I1 ke I2 . Apabila tabungan jatuh dan pelaburan naik, bererti perbelanjaan swasta
naik. Jumlah kenaikan perbelanjaan swasta ditunjukkan oleh jarak belanjawan lebihan
tadi iaitu jarak t - g atau jarak EiL.

4.4 Tabungan Isi Rumah

Perbezaan antara pendapatan boleh belanja individu (pendapatan individu selepas


ditolak cukai dan ditambah bayaran pindahan diterima) dengan perbelanjaan
penggunaan ialah tabungan individu. Kemampuan sesebuah isi rumah untuk menabung
bergantung kepada tingkat pendapatan benar dan saiz serta komposisi ahli keluarga.
Jika terdapat kemampuan untuk menabung, insentif untuk menabung pula dipengaruhi
oleh keutamaan penggunaan isi rumah sama ada berbelanja sekarang atau
menangguhkan penggunaan ke masa depan. Ini bergantung pula kepada pulangan
yang diperoleh dengan menangguhkan penggunaan ke masa depan. Pilihan ini juga
dipengaruhi oleh faktor demografi, kesan pendapatan, pulangan ke atas tabungan dan
instrumen untuk menabung.

Faktor demografi

Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan negara membangun mempunyai penduduk


yang ramai dan kadar kelahiran yang tinggi. Ini menyebabkan bilangan anak atau
tanggungan menjadi besar yang menyebabkan isi rumah, terutamanya yang
berpendapatan kecil, terpaksa membuat pertimbangan antara memenuhi keperluan
asas dengan menabung atau melabur ke atas modal manusia.

Sekiranya kadar kelahiran dapat dikurangkan, dengan sendirinya beban tanggungan


dapat dikurangkan dan secara tidak langsung membolehkan kaum wanita, terutamanya
suri rumah, menceburi pasaran buruh secara aktif. Tindakan ini akan meningkatkan
pendapatan isi rumah dan meningkatkan peluang untuk menabung. Tabungan amat
diperlukan sama ada untuk pembiayaan pendidikan anak atau untuk perbelanjaan
membeli rumah dan sebagainya. Bagi masyarakat tradisional, tabungan juga diperlukan
sebagai wang hantaran perkahwinan, untuk urusan kematian atau untuk tujuan
keramaian tertentu. Sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai sistem keselamatan
sosial, tabungan juga diperlukan untuk digunakan semasa hari tua dan menanggung
ahli keluarga seperti ibu bapa. Tabungan juga mungkin diperlukan sebagai pusaka
daripada ibu bapa kepada anak mereka.

64 

 
Menurut teori penggunaan kitaran hayat, perlakuan penggunaan dan seterusnya
tabungan bergantung kepada komposisi umur penduduk sesebuah negara.
Kemampuan dan kecenderungan untuk menabung berubah menurut peringkat umur
individu. Semasa kecil mereka adalah tanggungan keluarga mereka dan pada usia
muda pula mereka adalah golongan peminjam, pada peringkat pertengahan umur
mereka adalah penabung dan pada peringkat tua pula sekali lagi mereka adalah
golongan makan tabungan.

Pada peringkat agregat, apabila sesebuah negara melalui perubahan daripada kadar
kesuburan tinggi ke kadar kesuburan rendah, maka semakin tinggi peratusan penduduk
yang beralih ke peringkat menabung. Oleh itu, tabungan individu akan meningkat.
Seterusnya, sesebuah negara yang mengalami kadar kesuburan rendah untuk tempoh
yang lama akan mempunyai peratusan tinggi penduduk yang agak berumur dan di
samping itu jika berlaku peningkatan jangka hayat (lif expectancy), ini pula akan
menekan tabungan ke bawah. Sebaliknya ada juga pendapat yang mengatakan
bahawa bagi negara yang mempunyai penduduk yang panjang jangka hayatnya,
penduduk akan menabung lebih banyak semasa dalam alam pekerjaan.

Kesan Pendapatan

Berhubung pendapatan, kesannya ke atas tabungan bergantung bukan sahaja kepada


tingkat pendapatan tetapi juga agihan pendapatan. Isi rumah yang berpendapatan
tinggi, ceteris paribus, mempunyai keupayaan (dan kecenderungan) menabung yang
lebih besar kerana keperluan asas mereka telah dapat dipenuhi. Tambahan pula,
sebahagian perbelanjaan penggunaan seperti perbelanjaan untuk makanan adalah
kurang anjal terhadap pendapatan. Oleh itu, apabila pendapatan per kapita meningkat,
peratus pendapatan yang diperuntukkan untuk tabungan juga meningkat.

Walau bagaimanapun, kecenderungan menabung sut berbeza menurut jenis


pendapatan. Menurut model Kaldor, kecenderungan menabung daripada keuntungan
adalah lebih tinggi daripada kecenderungan menabung daripada upah atau pendapatan
perburuhan. Jika pendapat ini benar, maka pada tingkat pendapatan negara tertentu,
pengagihan pendapatan upah kepada untung akan meningkatkan tabungan agregat.
Bersesuaian dengan pandangan ini, tidak hairanlah jika kerajaan mempunyai dasar
percukaian yang memberi keutamaan atau berpihak kepada keuntungan syarikat
berbanding cukai pendapatan individu (Hess & Ross 1997).

Selain itu, menurut hipotesis pendapatan tetap, kecenderungan untuk menabung sut
adalah tinggi (hampir bernilai satu) terutamanya bagi mereka yang mempunyai
pendapatan sementara yang positif. Sekiranya pendapatan sementara adalah negatif,
maka isi rumah akan memakan tabungan. Dengan mengambil kira naik turun yang

65 

 
berlaku dalam pendapatan semen tara, maka secara purata, pendapatan semen tara
akan menjadi hampir kosong. Oleh itu penggunaan banyak dipengaruhi oleh
pendapatan tetap isi rumah - dan fungsi penggunaan adalah satu nisbah yang stabil
kepada pendapatan tetap. Dalam jangka pendek, bahagian pendapatan yang
dibelanjakan boleh berubah.

Hipotesis pendapatan tetap mempunyai implikasi ke atas kadar tabungan di negara


membangun. Semasa negara mengalami pertumbuhan ekonomi pesat, pendapatan
sementara boleh menjadi positif dan besar. Ini bermakna pendapatan sebenar yang
diterima oleh isi rumah sentiasa lebih besar daripada anggaran pendapatan tetap
mereka. Akibatnya, kadar tabungan isi rumah boleh meningkat secara mendadak dan
seterusnya meningkatkan tabungan kasar negara dan pembiayaan pembentukan
modal. Sebaliknya, semasa ekonomi negara mengalami kemelesetan, tabungan isi
rumah akan jatuh dengan banyak.

Perkaitan hipotesis pendapatan tetap dengan ekonomi negara membangun masih


didebatkan. Ini kerana isi rumah yang berada dalam kelas pendapatan rendah dan
kelas menengah bawahan dikatakan cuma akan meningkatkan aspirasi penggunaan
semasa apabila berlaku peningkatan pendapatan ketika era kemajuan ekonomi.
Akibatnya, tabungan pada peringkat awal pembangunan ekonomi sukar meningkat.

Pulangan Pelaburan

Bagi isi rumah pula, insentif untuk menabung bukan sahaja bergantung kepada kadar
faedah nominal, tetapi juga dipengaruhi oleh kadar cukai ke atas pendapatan bunga
atau jangkaan kadar inflasi. Pulangan kepada tabungan pula ialah kadar faedah benar
jangkaan selepas ditolak cukai. Peningkatan kadar cukai ke atas pendapatan bunga
atau peningkatan kadar inflasi jangkaan akan mengurangkan insentif menabung pada
mana-mana tingkat kadar faedah nominal.

Umumnya, adalah diandaikan bahawa jumlah tabungan atau penawaran dana boleh
pinjam akan meningkat dengan meningkatnya kadar faedah nominal sekiranya
jangkaan kadar inflasi dan jangkaan kadar cukai ke atas pendapatan faedah adalah
tetap. Dengan itu, keluk penawaran bagi dana boleh pinjam akan mencerun ke atas dari
kiri ke kanan.

Instrumen Tabungan Isi Rumah

Kemampuan untuk menabung berkait secara langsung dengan pendapatan dan insentif
untuk menabung pula berkait dengan jangkaan pulangan bersih selepas cukai. Faktor
lain yang boleh mempengaruhi tabungan ialah kewujudan instrumen tabungan.
Contohnya, di negara membangun, perkhidmatan bank mungkin tidak meliputi semua
66 

 
kawasan luar bandar. Sekiranya ada kemudahan perkhidmatan bank sekalipun, isi
rumah di negara membangun mungkin tidak biasa menabung secara tetap di bank.
Bagi isi rumah yang berpendapatan rendah, syarat minimum untuk membuka akaun
dengan bank menjadi faktor tolakan untuk memulakan tabungan dalam jumlah yang
kecil. Oleh itu, bagi kawasan kampung dan luar bandar, salah satu cara untuk
memudah dan menggalakkan tabungan dan kemudahan pinjaman adalah melalui
penubuhan koperasi kredit.

Satu lagi instrumen untuk tabungan pembiayaan adalah dalam bentuk stok dan bon.
Namun begitu, pasaran saham di kebanyakan negara membangun masih pada tahap
rendah.

4.5 Tabungan Perniagaan

Sebahagian pelaburan perniagaan dibiayai oleh tabungan perniagaan. Pada permulaan


penubuhan perniagaan, pelaburan awal dibuat dalam bentuk loji, peralatan dan jentera.
Dengan berlalunya masa, modal fizikal akan mengalami susut nilai akibat penggunaan
atau disebabkan oleh perubahan teknologi. Susut nilai adalah kos kepada firma dalam
proses pengeluaran. Oleh itu, satu akaun yang dinamakan akaun susut nilai dibuka
oleh firma perniagaan untuk mengumpul dana bagi membolehkan firma perniagaan
menggantikan modal fizikal yang lama dengan yang baru apabila sampai tempoh akhir
hayatnya. Dana susut nilai ini adalah tabungan perniagaan. Selain itu, keuntungan
perniagaan selepas ditolak cukai dan agihan keuntungan kepada pemilik atau
keuntungan yang tidak diagih adalah satu lagi sumber tabungan perniagaan.

Bagi menggalakkan tabungan perniagaan dan pelaburan langsung, kerajaan boleh


mengurangkan kadar cukai ke atas keuntungan, memberi kredit cukai pelaburan, taraf
perintis dan lain-lain galakan. Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara juga membuka
lebih banyak peluang untuk pelaburan.

Di samping itu, keadaan inflasi dalam ekonomi membuka peluang untuk firma
perniagaan meningkatkan keuntungan mereka. Ini kerana biasanya, semasa inflasi,
harga output dan perkhidmatan meningkat lebih tinggi daripada peningkatan gaji dan
upah. Namun begitu inflasi tidak harus menjadi dasar untuk meningkatkan keuntungan
firma perniagaan. Sekiranya inflasi yang mula bertapak tidak dapat dikawal, akhirnya ia
akan membawa kesan negatif bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada
syarikat perniagaan itu sendiri. Inflasi boleh menyebabkan penawaran dana boleh
pinjam berkurangan. Kesan buruk inflasi akan berlipat ganda sekiranya kadar faedah
nominal ditetapkan di bawah tingkat kadar faedah keseimbangan, yang menyebabkan
dana boleh pinjam berkurangan dan kemudahan kredit menjadi terhad sebagaimana
yang telah dibincangkan sebelum ini.

67 

 
4.6 Tabungan Kerajaan (Tabungan Awam)

Sekiranya kita membataskan tumpuan perbincangan kepada belanjawan semasa


kerajaan (current government budget), iaitu perbelanjaan kerajaan ke atas barangan
dan perkhidmatan ditolak perbelanjaan ke atas modal oleh kerajaan, maka tabungan
awan bersih ialah lebihan imbangan belanjawan semasa kerajaan. Di negara
membangun kerajaan selalunya menjalankan belanjawan defisit dan dengan itu
meningkatkan permintaan untuk dana boleh pinjam.

Sebagaimana yang telah dibincangkan, wujud permintaan tinggi untuk perbelanjaan


kebajikan dan kemudahan sosial semasa pendapatan penduduk umumnya adalah
rendah dan semasa sebahagian besar penduduk adalah golongan muda. Perbelanjaan
kerajaan dalam modal manusia, seperti perbelanjaan untuk pendidikan, kesihatan dan
program pemakanan berkhasiat, dianggap sebagai penggunaan kerajaan. Perbelanjaan
jenis ini perlu bagi meningkatkan lagi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Bagi
negara yang mempunyai kadar pertambahan penduduk yang tinggi, beban kerajaan ke
atas modal manusia menjadi semakin mencabar dalam usahanya untuk mencapai
matlamat pembangunan ekonomi yang dikehendaki. Selain itu terdapat perbelanjaan
semasa kerajaan untuk membiayai pengurusan khidmat awam seperti membayar gaji
kakitangan awam di pelbagai jabatan kerajaan.

Satu lagi sebab kenapa kerajaan sukar mendapat hasil cukai yang banyak adalah
apabila wujud aktiviti bukan pasaran secara meluas. Aktiviti ekonomi sara diri dan urus
niaga secara pertukaran barang (barter trade) yang berleluasa di negara kurang
membangun boleh merendahkan pengiraan pendapatan isi rumah dan menyukarkan
pungutan hasil cukai jualan. Selain itu, kekurangan perbadanan yang melabur di
samping pelbagai insentif yang liberal untuk menarik pelaburan korporat pula
menyebabkan hasil percukaian daripada keuntungan syarikat menjadi rendah.

Satu lagi cara untuk meningkatkan hasil kerajaan adalah dengan mengenakan cukai ke
atas import. Cara ini juga mungkin sesuai dengan dasar gantian import dan melindungi
industri muda di negara membangun. Cukai ke atas eksport juga boleh menjadi sumber
pendapatan negara sekiranya negara itu mempunyai kuasa pasaran antarabangsa ke
atas produk yang dieksportnya. Cukai ke atas perdagangan antarabangsa mungkin
menarik kepada kerajaan terutama apabila sumber pendapatan daripada punca lain
tidak mencukupi. Namun begitu ianya boleh menimbulkan herotan dan ketakcekapan.

4.7 Cara Meningkatkan Pelaburan Domestik

Umumnya, pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan penawaran tabungan domestik


dan seterusnya menyediakan dana untuk pelaburan dan pembentukan modal fizikal.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi yang disertai kestabilan politik juga mungkin
68 

 
menarik modal asing di samping menghalang aliran keluar negara tabungan domestik.
Sebagai langkah tambahan, dasar tertentu untuk meningkatkan produktiviti dan
pelaburan domestik perlu diambil. Terdapat lima reformasi yang dicadangkan.

Pertamanya, kadar faedah mesti mencerminkan kekurangan modal kewangan. Dengan


memansuhkan kadar faedah siling, kadar faedah nominal boleh meningkat ke tahap
keseimbangan pasaran. Ini seterusnya boleh meningkatkan penawaran dana boleh
pinjam. Begitu juga kredit sepatutnya ditentukan oleh pasaran dan bukannya dicatu dan
diatur menurut sektor keutamaan sebagaimana yang ditentukan oleh kerajaan. Untuk
mencapai matlamat ini pertandingan dalam pasaran kewangan perlu digalakkan.

Walaupun cadangan ini kelihatan mudah dari segi teori tetapi dari segi amalan ia
mungkin berbeza. Cadangan ini pasti menerima banyak tentangan. Ini kerana dalam
usaha untuk meningkatkan pembentukan modal fizikal, pelaburan dan perindustrian,
kerajaan mungkin mengambil langkah merendahkan kadar faedah dan menyalurkan
kemudahan kredit kepada sektor tertentu. Oleh itu, langkah untuk meliberalisasikan
sistem perbankan melalui pasaran persaingan mungkin ditentang hebat oleh pihak yang
mengagih dan menerima subsidi kredit.

Cadangan kedua ialah mengawal kadar inflasi untuk mencapai kadar faedah benar
positif (iaitu kadar faedah nominal selepas cukai yang melebihi kadar inflasi). Walaupun
kadar faedah nominal ditentukan oleh pasaran, kadar inflasi yang tinggi dan berubah
boleh mengurangkan jumlah kredit tersedia terutamanya untuk pembiayaan jangka
panjang. Kadar faedah benar positif dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi, iaitu dari
segi peningkatan insentif untuk menabung dan juga melalui peningkatan produktiviti
keseluruhan bagi pelaburan dengan mengurangkan dana untuk projek yang kurang
berdaya maju.

4.8 Dasar Belanjawan (Dasar Fiskal Dan Dasar Kewangan)

Terdapat beberapa tujuan dasar belanjawan (Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan)
diperkenalkan:

1. Untuk mengawal turun naik dalam perbelanjaan agregat (AE), terutamanya jika
ketidakstabilan AE disebabkan oleh komponen pelaburan yang tidak menentu.

2. Untuk mengawal turun naik dalam kegiatan ekonomi, terutamanya jika terdapat
kejutan dalam pasaran yang menyebabkan wujudnya masalah deflasi atau
inflasi.

3. Memajukan sektor-sektor ekonomi tertentu yang boleh memacu pertumbuhan


ekonomi.

69 

 
4. Sebagai instrumen untuk memberikan hasil kepada kerajaan dan instrumen
pengagihan pendapatan di kalangan penduduk melalui cukai yang dikenakan.

5. Untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada


pertambahan pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan secara fizikal.

6. Sebagai instrumen sokongan dan galakan kepada sektor swasta untuk memacu
pertumbuhan ekonomi secara agregat.

4.9 Dasar Fiskal

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan dalam mengubah perbelanjaan kerajaan


dan sistem at au kadar cukai yang terdapat di dalam negara. Dasar fiskal dibahagikan
kepada 2 jenis:

1. Dasar fiskal diskrisioner (dasar fiskal budi bicara), dan

2. Penstabil automatik

4.9.1 Dasar fiskal diskrisioner

Dasar fiskal diskrisioner ialah langkah kerajaan mengubah jumlah dan corak
perbelanjaannya dan mengubah sistem atau kadar cukai yang terdapat dalam ekonomi.
Terdapat 3 cara untuk melaksanakan dasar fiskal diskrisioner.

1. membuat perubahan ke at as jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan.

2. membuat perubahan ke atas sistem atau kadar cukai.

3. membuat perubahan secara serentak ke atas kedua-dua instrumen tersebut.

1. Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan

Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan biasanya dibuat setiap
tahun. Kerajaan boleh mengurang atau menambahkan perbelanjaannya bagi mencapai
tujuan ekonomi yang ditetapkan. Perbelanjaan kerajaan biasanya dibahagikan kepada
dua kategori yang besar iaitu perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan
pembangunan. Perbelanjaan pengurusan termasuklah perbelanjaan untuk membayar
gaji kakitangan awam, perbelanjaan faedah-faedah kepada kakitangan awam dan
pembelian alatan, perkakas untuk menggerakkan sektor awam. Manakala perbelanjaan
pembangunan meliputi pembinaan sekolah, jalan raya, sistem pengairan dan
70 

 
sebagainya. Apa yang pasti perbelanjaan kerajaan akan memberikan pendapatan
kepada sektor swasta, termasuklah firma dan rumah tangga. Pendapatan yang dimiliki
oleh sektor ini akan digunakan ke atas barang-barang yang dikeluarkan oleh ekonomi.
Maka, seperti yang telah diketahui, melalui proses pengganda pertumbuhan ekonomi
akan berlaku.

2. Perubahan ke atas sistem dan kadar cukai

Perubahan dalam sistem atau kadar cukai pula meliputi perubahan keseluruhan
instrumen cukai atau sebahagian instrumen cukai-cukai yang tertentu sahaja. Cukai
boleh ditambah peratusnya, dimansuhkan atau diperkenalkan cukai baru. Cukai
biasanya dikenakan ke atas sektor firma dan rumah tangga yang bertujuan untuk
menggalakkan produktiviti firma ataupun menggalakkan peningkatan perbelanjaan
agregat. Di antara contoh cukai yang biasanya mengalami perubahan ialah cukai
pendapatan, cukai rokok, cukai syarikat dan cukai-cukai lain sama ada di kalangan
syarikat at au di pihak pengguna.

Cukai pada amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu cukai langsung dan cukai tak
langsung. Cukai langsung ialah cukai yang dikenakan secara langsung ke atas
pembayar cukai. Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya
cukai pendapatan individu. Bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Cukai
tak langsung pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pembayar cukai, tetapi bebannya
boleh dipindahkan kepada orang lain. Misalnya cukai jualan, cukai keuntungan yang
dikenakan kepada syarikat. Syarikat boleh memindahkan beban tersebut kepada
pengguna dengan menaikkan harga barang yang dijual.

3. Perubahan secara serentak

Kerajaan juga boleh mengubah perbelanjaannya dan cukai secara serentak. Misalnya,
jika kerajaan meningkat perbelanjaannya, dan perbelanjaan ini dibiayai oleh cukai yang
dikutip. Ertinya kerajaan menaikkan perbelanjaannya dan menaikkan cukai. Jika
perbelanjaan yang dibuat melebihi hasil cukai, maka kerajaan melaksanakan dasar
fiskal kurangan. Jika perbelanjaan kurang dari hasil cukai, kerajaan dikatakan
mengamalkan dasar fiskal lebihan. Jika perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil
cukai, kerajaan dikatakan mengamalkan dasar fiskal seimbang.

4.9.2 Penstabil automatik

Dasar fiskal yang kedua dikenali sebagai penstabil automatik. Penstabil automatik ialah
instrumen dasar fiskal yang boleh terdiri dari perbelanjaan kerajaan atau sistem cukai

71 

 
yang sedang diamalkan di dalam sesebuah negara. Penstabil automatik berperanan
membaiki ketidakstabilan kitaran perniagaan. Jika ekonomi meleset, penstabil
automatik akan mengurangkan kemelesetan tadi. Jika ekonomi melambung pula
penstabil automatik akan mengurangkan keadaan yang melambung itu. Rajah di bawah
menunjukkan kitaran perniagaan yang berlaku jika tiada peranan penstabil automatik
berbanding kitaran perniagaan yang ada peranan penstabil automatik. Kita dapati
kitaran perniagaan akan lebih stabil jika wujudnya penstabil automatik dalam ekonomi.

Antara penstabil automatik yang diamalkan ialah :

i. Cukai berkadar

Iaitu peratus cukai yang dikenakan adalah sama. Tetapi jumlah cukai yang dibayar
semakin meningkat. Misalnya, peratus cukai ialah 5%, jumlah cukai yang dibayar
semakin tinggi jika pendapatan semakin tinggi.

ii. Cukai progresif

Iaitu peratus cukai yang dikenakan semakin tinggi jika pendapatan meningkat. Misalnya
jika pendapatan RM1000, peratus cukai ialah 2%, jika pendapatan naik menjadi
RM2000, peratus cukai ialah 5%, jika pendapatan naik lagi menjadi RM3000, peratus
cukai ialah 10%. Kita dapati peratus dan jumlah cukai semakin tinggi. Oleh sebab itu,
semasa ekonomi melambung, jumlah cukai adalah tinggi. OIeh itu penggunaan tidak
akan meningkat terlalu tinggi. Maka, perbelanjaan agregat akan dapat dikawaI.
Manakala semasa ekonomi meleset, jumlah cukai yang dibayar adalah semakin
rendah, oleh itu penggunaan tidak akan jatuh keterlaluan. Oleh itu perbelanjaan agregat
menjadi lebih stabil.

iii. Dasar harga minima dan dasar harga tetap

Dasar harga minima ialah satu polisi kerajaan dengan menetapkan harga bagi produk
tertentu. Harga produk ini tidak boleh lebih rendah dari harga minima yang telah
ditetapkan. Misalnya, kerajaan menetapkan harga minima bagi produk sektor pertanian.
Ini bertujuan untuk menjamin pendapatan petani. Misalnya, sewaktu ekonomi meleset,
harga produk pertanian cenderung merosot. Ini sudah tentu akan menurunkan
pendapatan di kalangan petani. Dengan adanya dasar ini, pendapatan petani Iebih
terjamin dan stabil.

iv. Skim insurans pengangguran

Skim ini mewajibkan pekerja menyumbang sejumlah bayaran (premium) tertentu


semasa mereka bekerja. Sekiranya ekonomi meleset, pekerja cenderung hilang
pekerjaan. Skim ini akan memberikan bantuan kewangan secara tetap sehinggalah
72 

 
pekerja berkenaan mendapat pekerjaan semula. Implikasi dari skim ini ialah semasa
ekonomi meleset, kemelesetan yang berlaku tidaklah terlalu serius dan sewaktu
ekonomi melambung, sebahagian pendapatan akan dicarum. Oleh itu perbelanjaan
agregat dapat dikawal.

4.9.3 Cukai Jualan

Cukai jualan terbahagi kepada 2 jenis iaitu cukai eksais (Excise Tax) dan cukai
advalorem (Advalorem Tax).

i. Cukai eksais adalah jenis cukai yang dikutip secara tetap bagi setiap unit barangan.
Biasanya harga jualan selepas cukai adalah lebih tinggi dari harga asal. Sebagai
contoh, cukai ke atas rokok atau minuman keras. Dari gambar di bawah, PE dan QE
adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal. Apabila cukai eksais
dikenakan sebanyak t0, keluk penawaran akan berpindah ke kiri dari S0 ke St. Harga
dan kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PEt dan QEt. Gambar tersebut juga
menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Beban cukai
yang ditanggung oleh pengguna adalah (PEtPE)(QEt) dan pengeluar adalah (PsPE)(QEt).
Di mana jumlah cukai adalah t0 (QEt). Dari rajah ini deadweight Loss atau kerugian
yang hilang (tiada siapa yang dapat) adalah TUV, di mana ditanggung oleh pengguna
TUW dan pengeluar pula menanggung WUV.

73 

 
ii Cukai Advalorem adalah jenis cukai yang dikutip secara berkadar atau peratusan
dari harga barangan yang dikutip tersebut. Oleh itu, jika harga barangan semakin tinggi,
jumlah cukai advalorem bagi barangan tersebut juga semakin tinggi. Dari gambar di
bawah, PE dan QE adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal.
Apabila cukai advalorem dikenakan sebanyak t % , keluk penawaran akan berpindah
ke kiri dari S0 ke St. Harga dan kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PEt dan
QEt. Gambar tersebut juga menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna
dan pengeluar. Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna adalah (PEtPE)(QEt) dan
pengeluar adalah (PsPE)(QEt). Dimana jumlah cukai adalah kawasan PEtPsVT atau
PEtPs (QEt). Dari rajah ini deadweight Loss atau kerugian yang hilang (tiada siapa yang
dapat) adalah TVW, di mana ditanggung oleh pengguna TUW dan pengeluar
menanggung WUV.

       

iii. Cukai Tarif (Tariff Tax)

Cukai tarif adalah cukai yang dikenakan apabila sesebuah negara mengimport atau
mengeksport barangan daripada atau kepada sesebuah negara lain. Untuk
memudahkan perbincangan andaikan bahawa, pengutipan cukai tarif adalah secara
tetap dan terdapat hanya dua buah negara sahaja yang mempunyai hubungan
perdagangan.

74 

 
         

Dari gambar Rajah di atas, terdapat dua buah negara yang mempunyai hubungan
perdagangan secara bebas iaitu negara A dan B. Sebelum wujudnya perdagangan
secara bebas, harga keseimbangan di negara A dan B, masing-masing PEA dan PEB.
Dapat dilihat bahawa harga keseimbangan di negara A adalah lebih tinggi dari negara
B.

Setelah perdagangan secara bebas (Free Trade) diadakan, negara A akan memainkan
peranan sebagai pengimport kerana harga keseimbangan di negaranya lebih tinggi
daripada harga keseimbangan di negara B. Manakala negara B pula akan memainkan
peranan sebagai pengeksport. Jika harga keseimbangan antara bangsa adalah PF,
negara A akan mengimport sebanyak ab dan negara B akan mengeksport sebanyak
cd, dalam keadaan keseimbangan antara bangsa, jumlah yang diimport akan seimbang
dengan jumlah yang dieksport, oleh itu ab = cd.

Jika negara A menetapkan tarif ke atas barangan yang diimport dari negara B, harga
barangan di negara A akan lebih tinggi dari harga di negara B sebanyak unit tarif. Jika
unit tarif adalah t, harga negara A adalah PAT di mana lebih tinggi dari harga
keseimbangan antara bangsa (PF). Harga di B pula adalah PBT di mana lebih rendah
dari PF, dan perbezaan di antara PAT dan PBT adalah unit tarif (PAT – PBT = t).

Dapat diperhatikan bahawa, setelah negara A menetapkan unit tarif (PAT > PF),
pengeluar di negara A akan cuba menghasilkan barangan tersebut dengan jumlah yang
lebih banyak iaitu di e, manakala jumlah penggunaan di A pula sebaliknya, di mana ia
semakin berkurang iaitu di f. Dengan itu, jumlah yang diimport oleh negara A setelah
unit tarif dikenakan akan berkurang dari ab kepada ef.

Bagi negara B pula, selepas unit tarif dikenakan, (PBT < PF), pengeluar tempatan akan
mengurangkan jumlah pengeluarannya dari d ke h, sedangkan jumlah penggunaan
domestik pula akan bertambah dari c ke g. Dengan itu, jumlah yang dieksport oleh
negara B setelah unit tarif dikenakan akan berkurang dari cd kepada gh.

75 

 
Setelah negara A menetapkan unit tarif dari barangan yang diimport dari negara B, A
akan mengimport sebanyak ef, dan B akan mengeksport sebanyak gh. Di mana
keseimbangan antara bangsa yang baru adalah import (ef) = eksport (gh).

Hasil tarif yang akan diperoleh oleh negara A adalah :


unit tarif * jumlah import atau (t)(ef).

iv. Harga Maksimum (Ceiling Price)

Harga maksimum adalah kategori harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di
mana tingkat harga adalah lebih rendah dari harga keseimbangan. (Rajah 7.1)

Rajah 7.1 Harga Maksimum

Pada mulanya, harga keseimbangan adalah PE dan kuantiti keseimbangan adalah QE.
Apabila harga maksimum dikenakan iaitu P0, pengeluar akan cuba menjual
barangannya sebanyak Q1 dengan harga P0. Di harga P0 ini, pengguna akan membeli
(minta) barangan sebanyak Q2. Dengan itu, berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1Q2.

Untuk menyelesaikan masalah lebihan permintaan ini, pihak kerajaan akan


menggunakan beberapa polisi penting iaitu polisi import dan polisi subsidi.

1) Polisi Import (Import policy). Polisi ini adalah dengan mengimport barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan.
76 

 
2) Polisi Subsidi (Subsidy Policy). Polisi ini adalah dengan memberi bantuan kepada
pihak pengeluar tempatan, supaya mereka dapat mengeluarkan barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan tersebut.

Dalam memilih polisi yang paling sesuai, pihak kerajaan perlu memilih polisi yang
menggunakan perbelanjaan paling minimum.

Melalui polisi import, jika harga import adalah Pm, maka perbelanjaan untuk polisi ini
adalah Pm (Q1Q2).

Melalui polisi subsidi. Di tingkat harga P0, pengguna sanggup membeli barangan
dengan jumlah Q2. Tetapi di tingkat Q2 tersebut, pengeluar sanggup menjual dengan
harga P1. Dengan itu berlaku perbezaan harga sebanyak P1 – P0 atau dengan jarak
P1P0. Oleh itu jika pihak kerajaan ingin mengekalkan harga maksimum di P0 dengan
jumlah kuantiti pasaran di Q2, pihak kerajaan perlu memberi subsidi kepada pihak
pengeluar untuk mengekalkan pengeluaran di Q2 di mana jumlah subsidi adalah
(P1P0)(0Q2) atau di kawasan P0P1VU.

Secara kesimpulan :

Jika Pm(Q1Q2) < (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Import , dan

Jika Pm(Q1Q2) > (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Subsidi.

v. Harga Minimum

Adalah satu kaedah harga yang pihak kerajaan menetapkan di paras yang lebih tinggi
dari harga keseimbangan.

77 

 
Apabila harga minimum P0 dikenakan, akan berlaku lebihan kuantiti penawaran
(Excess Supply) sebanyak Q2 – Q1 atau jarak Q1Q2. Untuk mengatasi masalah ini,
pihak kerajaan mempunyai 2 polisi pilihan seperti berikut :

1. Polisi pembelian (Purchasing Policy)

Melalui polisi ini, pihak kerajaan akan membeli semua jumlah lebihan penawaran
tersebut dengan tingkat harga minimum (P0). Maka, jumlah perbelanjaan dalam polisi
ini adalah (P0)(Q2 – Q1).

2. Polisi subsidi (Subsidy Policy)

Melalui polisi ini, kerajaan akan memberi bantuan kepada pengeluar supaya dapat
mengeluarkan output Q2 dengan harga minimum (P0).

Pada mulanya, di tingkat harga minimum (P0 ) ini, pengguna sanggup membeli output
dengan jumlah Q1 sahaja sedangkan pengeluar sanggup menawarkan output sebanyak
Q2, yang menyebabkan berlaku lebihan penawaran sebanyak Q2 – Q1.

Di tingkat output Q2 tersebut, pengguna sanggup membelinya dengan harga pasaran


iaitu P1, di mana di Q2 ini berlaku perbezaan harga di antara harga pengeluar (P0) dan
harga pengguna (P1) atau jarak P0P1.

Jika pihak kerajaan ingin mengekalkan tingkat output Q2 dengan harga minimum P0,
kerajaan perlu memberi subsidi kepada pengeluar sebanyak (P0 – P1)(0Q2) di mana
pengeluar dapat menjual kuantiti Q2 dengan harga minimum yang telah ditetapkan.

4.9.4 Dasar Fiskal dan Konsep Guna tenaga Penuh (GTP)

Sesebuah ekonomi akan berusaha supaya mencapai guna tenaga penuh. Iaitu
keadaan di mana output yang paling maksima yang mampu dikeluarkan dalam ekonomi
dengan tingkat teknologi yang ada. Dalam ekonomi yang telah berada dalam GTP, AE
(AE = Perbelanjaan Agregat) yang wujud adalah sama dengan AE yang diingini atau
AE potensi iaitu pada GTP. Oleh kerana ekonomi telah berada dalam GTP, maka dasar
fiskal boleh digunakan untuk menjamin supaya permintaan agregat sentiasa berada
pada paras tersebut. Jika terdapat kejutan pasaran yang boleh mengurangkan atau
meningkatkan AE, maka dasar fiskal akan digunakan.

78 

 
4.9.5 Dasar Fiskal dan Kesannya ke atas Aktiviti Ekonomi

Dalam jangka panjang, dasar fiskal dilihat dapat mengawal kitaran perniagaan. Dengan
adanya dasar fiskal, kitaran perniagaan menjadi lebih stabil. Terutamanya penstabil
automatik yang berperanan mengawal keadaan ini. Tetapi penstabil automatik juga
mempunyai kelemahan. Ia tidak berupaya menyelesaikan masalah pengangguran,
inflasi ataupun untuk menjana pertumbuhan ekonomi melalui pertambahan pengeluaran
barang-barang dan perkhidmatan. Penstabil automatik lebih menumpukan kepada
mengawal kitaran perniagaan supaya tidak terlalu serius. Tambahan pula, instrumen
penstabil automatik yang diamalkan juga mempunyai matlamat lain, misalnya cukai
progresif dan cukai berkadar yang bertujuan untuk memberikan hasil kepada kerajaan
dan mengagihkan pendapatan kepada rakyat. Dasar harga minima pula bertujuan untuk
membantu pengeluar yang terlibat dalam barang-barang pengeluaran produk pertanian.
Manakala skim insurans pengangguran bertujuan untuk menjamin kebajikan pekerja
yang hilang pekerjaan. Oleh sebab itu, untuk mengawal inflasi dan deflasi, dasar fiskal
diskrisioner dilaksanakan.

4.10 Dasar Kewangan

Dasar kewangan ialah tindakan oleh Bank Pusat atau Bank Negara untuk
mempengaruhi ekonomi dengan mengawal bekalan wang dan mengubah kadar bunga
dalam negara. Selain daripada melaksanakan dasar kewangan, bank negara juga
mempunyai fungsi-fungsi yang lain iaitu: bertindak sebagai bank kepada kerajaan, bank
kepada bank-bank perdagangan, mengawal aktiviti bank perdagangan, mengawal
kadar pertukaran asing dan mengeluarkan wang syiling dan wang kertas.

Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada 2 jenis;

A. Dasar kewangan kuantitatif

B. Dasar kewangan kualitatif

4.10.1 Dasar kewangan kuantitatif

Dasar kewangan kuantitatif ialah tindakan bank negara menambah atau mengurangkan
bekalan wang dalam ekonomi. Semasa inflasi, kerajaan akan mengurangkan
penawaran wang. Semasa deflasi pula, kerajaan akan meningkatkan penawaran wang.
Di antara instrumen dasar kewangan kuantitatif ialah:

79 

 
i. Operasi Pasaran Terbuka

Kerajaan, melalui Bank Pusat akan menjual atau membeli surat-surat berharga
kerajaan kepada orang ramai, syarikat-syarikat dan juga institusi kewangan. Apabila
orang ramai membeli surat berharga, mereka akan membayar menggunakan cek at au
wang tunai. Oleh itu, kuasa beli masyarakat akan berkurangan, kerana biasanya surat-
surat berharga kerajaan mempunyai tempoh matang yang melebihi setahun. Begitu
juga jika bank perdagangan membeli surat berharga kerajaan, dana yang boleh
dipinjamkan kepada orang ramai akan berkurang. Maka penawaran wang di dalam
ekonomi akan berkurang. Sebaliknya, jika bank perdagangan menjual semula surat-
surat berharga ini, penawaran wang dalam ekonomi akan bertambah.

ii. Nisbah Cadangan Minima

Nisbah cadangan minima boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu nisbah cadangan
berkanun dan nisbah cadangan tunai. Biasanya bank pusat akan menetapkan
peratusan tertentu daripada simpanan pelanggan yang tidak boleh diberi pinjaman oleh
bank perdagangan. Sekiranya Bank Pusat mendapati penawaran wang agak banyak
dalam pasaran, maka bank pusat boleh mengarahkan bank perdagangan
meningkatkan nisbah cadangan berkanun atau nisbah tunai yang disimpan. Dengan
kenaikan ini, keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman akan terbatas.
Nisbah cadangan berkanun disimpan di bank pusat manakala nisbah cadangan tunai
disimpan di bank perdagangan.

iii. Mengubah Kadar Bunga dan Kadar Diskaun

Bank pusat boleh mengarahkan semua institusi kewangan untuk mengubah kadar
bunga supaya selaras dengan keperluan ekonomi. Institusi kewangan termasuk bank
perdagangan juga membuat pinjaman kepada bank pusat untuk membiayai aktiviti
mereka. Biasanya bank pusat sebagai sumber pinjaman terakhir. Jika pinjaman diberi,
bank pusat akan mengenakan kadar bunga ke atas pinjaman tersebut. Dengan cara ini
bank pusat dapat mengawal kadar bunga yang dikenakan kepada institusi kewangan
selaras dengan keperluan bekalan wang dalam ekonomi.

Kadangkala bank perdagangan membuat pinjaman kepada bank pusat dengan menjual
surat berharga milik bank perdagangan. Apabila bank pusat membeli surat-surat
berharga tersebut, ia akan membayar pada harga yang lebih rendah daripada harga
yang sebenarnya. Langkah bank perdagangan menjual surat-surat berharga ini kepada
bank pusat dinamakan mendiskaunkan surat-surat berharga. Bank pusat akan
menetapkan kadar diskaun dalam peratusan tertentu.

80 

 
Jika Bank Pusat ingin membantu bank perdagangan, ia akan meletakkan kadar diskaun
yang rendah, contohnya 5%. Oleh itu 95% tunai adalah milik bank perdagangan.
Sebaliknya jika bank pusat ingin menyekat penawaran wang yang berlebihan, ia akan
meletakkan kadar diskaun yang tinggi, misalnya 20%, oleh itu 80% tunai adalah milik
bank perdagangan. Dengan diskaun yang tinggi, keupayaan bank perdagangan untuk
memberi pinjaman akan terbatas.

iv. Funding

Iaitu langkah bank pusat menjual surat-surat berharga kerajaan yang tempoh
matangnya agak panjang, biasanya melebihi 5 tahun. Ini membolehkan bank pusat
mengawal penawaran wang dalam tempoh yang agak lama. Sekali gus dapat
mengawal perbelanjaan agregat dalam ekonomi.

v. Simpanan Khas/ Rizab Berkanun

Bank Pusat juga boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan simpanan khas
mereka yang terdapat di bank pusat. Dengan cara ini, bank pusat dapat menyekat
keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

4.10.2 Dasar Kewangan Kualitatif

i. Kawalan Kredit Terpilih

Bagi tindakan ini, bank pusat akan menekankan kepada kawalan pinjaman secara
langsung dengan mengenakan sekatan berupa garis panduan, arahan yang tujuannya
ialah untuk mempengaruhi haluan pemberian pinjaman. Dengan langkah ini, Bank
Pusat bukan sahaja dapat memastikan jumlah bekalan wang dalam ekonomi, malah
boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan bank perdagangan khususnya dari segi
pinjaman dan pelaburan.

Misalnya, kerajaan galakkan pinjaman diberi kepada sektor industri kecil dan
sederhana, sektor industri yang berasaskan pertanian atau pinjaman yang lebih banyak
ke sektor yang aktiviti-aktivitinya bertujuan untuk membangunkan masyarakat luar
bandar, pinjaman untuk membeli rumah kos rendah, pinjaman kepada peniaga
bumiputera, peniaga kecil dan sebagainya. Langkah ini dianggap agak berkesan kerana
bank pusat dapat mempengaruhi secara langsung kegiatan bank perdagangan di
samping dapat mengawal bekalan wang dalam pasaran.

81 

 
ii. Pujukan Moral

Pujukan moral ialah merujuk kepada teknik tradisi Bank Pusat yang menggalakkan
secara tidak rasmi sambutan sukarela yang positif dari institusi kewangan terhadap
dasar yang dianjurkan oleh bank pusat dan kerajaan. Falsafah di bawah pujukan moral
terletak di atas andaian bahawa perlaksanaan dasar boleh dijadikan lebih berkesan jika
institusi kewangan sendiri mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan. Biasanya bank
pusat akan mengadakan pertemuan at au mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan
keutamaan-keutamaan kerajaan dalam sistem kewangan.

Bank pusat akan menerangkan arah tuju pinjaman yang sewajarnya diberikan. Oleh itu
dalam pujukan moral, kemungkinan arahan-arahan yang dibuat adalah berkaitan
dengan perubahan dalam instrumen kuantitatif atau instrumen kualitatif.

Sejak penubuhan Bank Pusat pada 26/01/1959, pengalaman Malaysia mendapati


pujukan moral adalah satu strategi yang berkesan apabila ia disokong dengan dasar
kewangan kuantitatif.

4.10.3 Dasar Kewangan dan Kesannya ke atas Kegiatan Ekonomi

Klasik dan Keynes mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kesan dasar
kewangan ke atas ekonomi. Mengikut Klasik, apabila dasar kewangan dilaksanakan, ia
hanya memberi kesan ke atas tingkat harga. Iaitu, jika bekalan wang dinaikkan, hanya
harga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya, jika bekalan wang dikurangkan, harga
akan turun. Pendapat ini disandarkan kepada Teori Kuantiti Wang Irvin Fisher iaitu:

MV = PY

Dimana M = bekalan wang, V = halaju peredaran wang, P = paras harga dan Y =


barang siap dan separuh siap.

Oleh sebab ekonomi diandaikan mencapai guna tenaga penuh (GTP), maka V dan Y
juga diandaikan tetap. Oleh itu, jika M naik 20%, harga akan naik 20%. Jika M turun
20%, harga akan turun 20%. Analisa Klasik juga disandarkan kepada Teori Baki Tunai
oleh Alfred Marshall iaitu:

Md = kPY

Di mana, Md = permintaan wang, k = peratus tertentu wang yang ingin dipegang oleh
orang ramai, P = paras harga dan Y = barang siap dan separuh siap.

82 

 
Dalam keseimbangan pasaran wang, permintaan wang (Md) = penawaran wang (Ms),
oleh itu:

Md = Ms

Ms = kPY

k & Y diandaikan tetap, maka jika M dinaikkan, tingkat harga juga akan naik. Begitu
juga jika M turun, harga juga akan turun.

Keynes pula menerangkan perubahan bekalan wang akan mempengaruhi kadar bunga,
kadar bunga akan mempengaruhi pelaburan, pelaburan akan mempengaruhi
perbelanjaan agregat. Perbelanjaan agregat akan mempengaruhi pendapatan negara.
Analisa mengenai perubahan bekalan wang dan kesannya kepada ekonomi boleh
diterangkan melalui mekanisme tranmisi Keynes. Mekanisme ini diterangkan dalam
rajah yang berikut:

4.10.4 Komponen Bekalan Wang

Bekalan wang boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu wang secara sempit, wang
secara luas dan wang secara sangat luas.

1. Wang secara sempit

Bagi ahli-ahli ekonomi, bekalan wang secara sempit disebut M1, yang meliputi dua
bentuk wang: mata wang dan deposit permintaan.

(a) Mata wang dalam edaran. Ia meliputi hanya pemegangan wang syiling dan wang
kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Wang syiling dikeluarkan dalam bentuk logam tertentu seperti nikel dan gangsa. Di
Malaysia, wang syiling terdapat dalam nilai muka 1 sen, 5 sen, 10 sen 20 sen, 50 sen
dan RM1.00. Di samping itu terdapat juga wang syiling yang mempunyai nilai muka
yang besar tetapi ia lebih merupakan keluaran khas untuk tujuan peringatan.
Komponen wang syiling hanya mer ..pakan bahagian yang kecil daripada keseluruhan
bekalan mata wan yang ada. Misalnya pada tahun 1975 peratusnya cuma 5.9% dan
pada tahun 1996 juga kecil tetapi meningkat iaitu 10.3% .

(b) Deposit permintaan sektor swasta. Ia merupakan deposit semasa orang


persendirian dan sektor swasta di bank-bank perdagangan yang boleh dikeluarkan
melalui penggunaan cek. Ia juga dikenali sebagai wang bank (cek). Dari segi kecairan,
mata wang dan cek mempunyai taraf kecairan yang sama. Kedua-duanya dapat
digunakan secara langsung dalam mu niaga harian.

83 

 
2. Wang secara luas

Bekalan wang ini disebut M2, atau mudah tunai sektor swasta, yang meliputi M1 dan
separuh wang. Separuh wang pula meliputi:

(a) Deposit tabungan dan tetap sektor swasta di bank perdagangan (tidak termasuk

Bank Islam) dan Bank Negara.

(b) Sijil Bank Negara Malaysia yang dipegang oleh sektor swasta.

(c) Sijil Boleh Niaga yang dipegang oleh sektor swasta.

Deposit tabungan dan tetap serta sijil-sijil yang dipegang tidak diterima dalam mus
niaga, tidak seperti mata wang dan deposit semasa, sebaliknya ia terpaksa ditukar
dahulu kepada wang tunai. Oleh itu ia lebih sesuai sebagai penyimpan nilai kerana
sifatnya yang hanya dapat memenuhi sebahagian daripada fungsi wang maka ia
dinamakan separuh wang atau wang hampir.

3. Wang secara sangat luas

Bekalan wang ini disebut M3, yang komponennya meliputi:

(a) M2

(b) Deposit tabungan dan deposit tetap sektor swasta di institusi kewangan bukan bank,
iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan Bank Islam.

Di samping separuh wang, terdapat nama lanjutan bagi komponen bekalan wang ini
yang dinamakan separuh wang secara luas yang meliputi komponen separuh wang
ditambah dengan deposit tabungan dan tetap sektor swasta di institusi kewangan
bukan bank, iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan juga Bank
Islam (iaitu komponen b dalam M3).

Arah aliran bekalan wang sempit di Malaysia menunjukkan kecenderungan relatif


deposit semasa (cek) telah bertambah. Sebaliknya mata wang pula telah mula
berkurangan melalui masa. Misalnya, bekalan deposit semasa telah bertambah
daripada 50.8% pada tahun 1990 kepada 71.9% pada tahun 2000.

4.11 Struktur Institusi Kewangan

Umumnya sistem kewangan yang wujud dalam ekonomi negara pada hari ini boleh
dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu sistem urusan bank dan sistem pengantara
kewangan bukan bank (Bank Negara Malaysia, 1979: 61).

84 

 
4.11.1 Sistem Urusan Bank

Sistem urusan bank mengandungi tiga jenis institusi kewangan, yang kegiatannya di
bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia sendiri, Bank
Perdagangan dan Institusi kewangan bukan bank yang terdiri daripada bank saudagar,
syarikat kewangan, pasaran wang dan tukaran asing serta rumah diskaun.

i. Bank Negara Malaysia

Bank Pusat di Malaysia dikenali dengan nama Bank Negara Malaysia. Di negara-
negara lain, Bank Pusat dikenali dengan pelbagai nama. Misalnya di Amerika Syarikat
dikenali sebagai Federal Reserve Bank, di Sweden, England dan Kanada mengambil
nama negara masing-masing iaitu Bank of Sweden, Bank of England dan Bank of
Canada.

Sebelum Bank Negara ditubuhkan, urusan bank perdagangan di Malaysia adalah


tertakluk di bawah Ordinan Syarikat 1948. Walaupun Bank Negara Malaysia telah
ditubuhkan pada tahun 1959 namun kuasanya untuk mengeluarkan mata wang hanya
diperoleh pada tahun 1967.

Bank Negara adalah bank kerajaan kerana ia ditubuhkan dan mewakili kerajaan dalam
mencorakkan perkembangan ekonomi negara. Ia diberi tanggungjawab untuk
mengawal dan mengatur kegiatan-kegiatan badan kewangan, mengawal penciptaan
wang oleh sistem bank, dan mengawasi kegiatan memberi pinjaman yang dilakukan
oleh bank perdagangan dan badan kewangan lain. Fungsi-fungsi utama Bank Negara
Malaysia ialah:

1. Mengeluarkan mata wang. Antara fungsi penting Bank Pusat adalah mencetak
wang kertas dan syiling. Bank Negara Malaysia mula diberi kuasa mencetak
mata wang pada bulan Jun 1967. Sebelum itu, kuasa mengeluarkan mata wang
dijalankan oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo.
Unit mata wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara ialah ringgit Malaysia yang
terdiri daripada 100 sen, yang sebelumnya dikenali sebagai dollar dan cent.

2. Menjaga nilai ringgit. Untuk menjaga kestabilan ringgit di luar negeri, Bank
Negara telah menyimpan sebahagian besar sandaran rizab luar negeri. Pada
1992, rizab luar Bank Negara telah berjumlah lebih RM40 000 juta.

85 

 
3. Bertanggungjawab terhadap dasar kewangan. Bank Negara bertanggungjawab
untuk memastikan bahawa bekalan wang dan kredit mencukupi bagi memenuhi
permintaan ekonomi dalam negeri, tanpa melalui cara-cara yang menekan. Ia
mengawal jumlah wang dan pengeluaran kredit bank-bank perdagangan dan
syarikat-syarikat kewangan.

4. Menjadi bank dan penasihat kewangan kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan


oleh Bank Negara kepada kerajaan seakan-akan sama seperti yang biasanya
dijalankan oleh bank perdagangan kepada pelanggan mereka. Ia menyediakan
kemudahan:

(a) Mengurus akaun-akaun kerajaan dari segi menyediakan kemudahan-


kemudahan cek, membuat pembayaran bagi pihak kerajaan, melaksanakan
perniagaan pertukaran wang asing kerajaan.

(b) Sumber wang kepada kerajaan bagi menampung sebarang kekurangan dalam
belanjawan kerajaan. Kemudahan ini diberi dalam bentuk pinjaman sementara
yang perlu segera dibayar balik.

(c) Mengurus hutang kerajaan dari segi mendapatkan pinjaman, syarat dan masa
pinjaman.

5. Bank kepada institusi kewangan swasta. Bank Negara menjadi bank kepada
bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan dan lain-lain institusi.

(a) Menjadi pemeriksa bank dan bukan bank, dari segi dasar pemberian kredit,
rancangan pelaburan, kedudukan harta, kualiti pengurusan dan pematuhan
terhadap berbagai-bagai keperluan.

(b) Bertanggungjawab menguruskan lesen bank dan bukan bank sebelum


memulakan perniagaan.

(c) Berperanan sebagai penyimpan akaun-akaun bank perdagangan dan juga


syarikat-syarikat kewangan.

(i) Akaun rizab berkanun yang dikenakan kepada semua bank perdagangan,
bank saudagar dan syarikat kewangan yang bertujuan untuk kawalan
kewangan.

(ii) Akaun penjelasan yang khusus dikenakan terhadap bank perdagangan,


bertujuan untuk membuat penyelesaian dan penjelasan antara bank dalam
urusan cek harian mereka.

86 

 
(d) Menerima lebihan wang tunai bank perdagangan. Di samping menyenangkan, ia
juga membolehkan bank-bank beroperasi dengan pegangan wang tunai yang
kecil.

(e) Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan dan syarikat -syarikat
kewangan dengan menawarkan kemudahan pinjaman terakhir dalam bentuk
kredit sementara atau mendeposit.

ii. Bank Perdagangan

Bank perdagangan ialah kumpulan institusi kewangan yang terbesar dan terpenting di
Malaysia. Kepentingan mereka terutamanya berpunca daripada penyediaan
kemudahan deposit semasa yang membolehkan penggunaan cek. Pada tahun 1940-an
dan 1950-an, bank perdagangan merupakan kumpulan tunggal institusi kredit yang
paling penting di negeri ini. Kedudukannya sebagai sumber utama pembiayaan
perdagangan tidak mendapat saingan. begitu juga dalam hal pengumpulan dana
tabungan. Pada tahun 1959 terdapat 26 buah bank (dengan 111 buah cawangan).
Pada akhir Julai 1997 daripada 35 bank yang terdapat di Malaysia, 22 adalah bank
tempatan. 13 adalah bank asing, dengan jumlah keseluruhan cawangannya sebanyak
lebih kurang 1 442 buah.

Antara bank perdagangan tempatan ialah Bank Bumiputra Commerce Berhad,


Maybank Berhad, Alliance Bank Berhad, Public Bank Berhad, Perwira Affin Bank
Berhad, Southern Bank Berhad, RHB Bank, Arab Malaysian Bank Berhad, Hong Leong
Bank Berhad, dan EON Bank. Manakala bank perdagangan asing pula ialah Bangkok
Bank Ltd, Bank of Amerika, The Bank of Tokyo Limited, Citibank, The Hongkong and
Shanghai Banking Corperation. Overseas-Chinese Banking Corporation, Overseas
Union Bank Limited, Standard Chartered Bank, dan United Overseas Bank Limited.

Dua fungsi asas bank perdagangan moden ialah meminjam dan memberikan -
pinjaman. Deposit yang dilakukan oleh orang ramai di dalam bank secara tidak
langsung merupakan pinjaman oleh bank daripada pendeposit. Semakin banyak wang
yang didepositkan di bank semakin besarlah hutang bank kepada orang ramai.

Pada umumnya, bank perdagangan menawarkan tiga bentuk akaun kepada


pendeposit, iaitu semasa, tabungan, dan tetap.

1. Deposit Semasa: Akaun ini tidak menghasilkan bunga. Bank yang menerima
deposit jenis ini tidak menawarkan apa-apa ganjaran kepada pendeposit,

87 

 
sebaliknya pendeposit dikenakan bayaran perkhidmatan kerana kemudahan
buku cek yang dikeluarkan oleh bank.

2. Deposit Tabungan: Akaun tabungan akan menikmati pulangan. Berbeza dengan


Bank Islam, oleh sebab bunga jelas ditegah, pulangan bunga telah diganti
dengan unsur untung. Konsep bunga yang tetap diganti dengan konsep untung
rugi yang berubah-ubah. Dalam hal ini pendeposit adalah sebagai pemodal dan
bank sebagai usahawan. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi mengikut
persetujuan.

3. Deposit Tetap: Pendeposit dalam akaun ini tidak seperti dalam deposit semasa
dan tabungan dari segi kebebasan pengeluaran wangnya. Pendeposit dalam
akaun tetap ini terpaksa menunggu beberapa ketika mengikut ketetapan tempoh
deposit yang dipilih. Tempoh menunggu ini dinamakan sebagai tempoh matang.
Bank Islam tidak menawarkan akaun bentuk ini, sebaliknya dalam bentuk akaun
pelaburan dengan pulangannya berbentuk keuntungan. Kadar keuntungan ke
atas akaun pelaburan ini akan meningkat dengan peningkatan tempoh
kematangan pelaburan.

Daripada wang deposit yang berbagai-bagai ini, bank akan menggunakannya bagi
membiayai pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan dengan mengenakan
kadar bayaran yang tertentu, iaitu bunga ataupun keuntungan mengikut ideologi bank
ataupun menyertai sendiri dalam pelaburan projek-projek ekonomi. Ringkasnya,
penggunaan wang bank meliputi pendahuluan dan pinjaman dan pelaburan.

(a) Pendahuluan dan pinjaman: Pemegang deposit semasa boleh mendapatkan


kemudahan pinjaman pendahuluan yang jumlahnya melebihi daripada depositnya.
Pinjaman ini dikenali sebagai over draf. Dalam Bank Islam, hutang kebajikan
mungkin boleh dipertimbangkan bagi pendeposit akaun semasa ini, sebagai
menggantikan overdraf. Berbeza dengan hutang kebajikan, overdraf dikenakan
bunga sedangkan hutang kebajikan secara prinsipnya bergantung pada keikhlasan
orang berhutang untuk memberikan hadiah kepada bank.

(b) Pelaburan: Pelaburan merupakan bentuk penggunaan dana bank yang kedua
terbesar selepas pinjaman. Pelaburan bank perdagangan moden sebahagian
besarnya terdapat dalam pembelian:

(i) Bil-bil perbendaharaan dan surat-surat jaminan kerajaan.

(ii) Surat-surat jaminan swasta.

88 

 
Walaupun dinamakan pelaburan, namun sebenarnya adalah pinjaman :ana
pulangannya bukan keuntungan tetapi hasil bunga. Bagi Bank Islam, oleh sebab
pelaburan dalam bentuk ini menghasilkan bunga, maka Akta Pelaburan Kerajaan 1983
memberikan kemudahan pembelian sijil pelaburan kerajaan sebagai ganti surat-surat
jaminan kerajaan dan bil-bil perbendaharaan. Pulangan bagi sijil-sijil ini ialah
keuntungan yang dinamakan dividen.

Di samping fungsi-fungsi asas, bank juga memainkan beberapa peranan lain seperti:

(a) Menjadi pemegang amanah barang-barang atau dokumen-dokumen yang berharga


bagi seseorang atau sesuatu badan.

(b) Menerima cek, draf atau lain-lain obligasi untuk pelanggan.

(c) Menolong membentuk atau mengumpulkan modal dal, menggerakkan tabungan.

(d) Menjalankan berbagai-bagai fungsi agensi seperti pemungutan dividen dan bunga
ke atas sekuriti, bayaran premium insurans, pungutan sewa atau lain-lain
perkhidmatan yang diamanahkan.

4.11.2 Institusi kewangan bukan bank

Institusi kewangan bukan bank tidak mempunyai kuasa untuk mewujudkan deposit
semasa dan penggunaan cek untuk mengeluarkan deposit tersebut. Antara institusi
kewangan bukan bank yang penting ialah syarikat kewangan dan bank saudagar.

1. Syarikat kewangan. Ia merupakan institusi kewangan kedua terpenting dalam


ekonomi Malaysia selepas bank perdagangan. Ia adalah persaingan kuat bank
perdagangan dalam pengambilan deposit orang ramai. Jenis deposit yang
disediakan oleh syarikat ini ialah deposit tabungan dan tetap.

Kegiatan utama syarikat ini ialah pemberian pinjaman. Pinjaman kepada individu
digunakan untuk membeli barang-barang pengguna tahar lama seperti alat perabot/
dapur, kenderaan bermotor dan rumah secara kaedah sewa beli.

Pada keseluruhannya, syarikat-syarikat kewangan ini mengenakan kadar bunga


pinjaman yang lebih tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka daripada yang
dikenakan oleh bank-bank perdagangan. Begitu juga kadar bunga yang ditawarkan oleh
syarikat ini kepada pendeposit. adalah lebih tinggi daripada bank perdagangan.

Antara contoh syarikat kewangan ialah Mayban Finance, Arab Malaysian Finance, BCB
Kewangan, dan Public Bank Finance.
89 

 
2. Bank Saudagar. Berbeza dengan bank perdagangan, bank saudagar tidak.
memberikan tumpuan deposit daripada orang ran lai. Kegiatannya tertumpu pada
urusan bank borong, urusan pasaran wang, menjadi syarikat penasihat dan
pembiaya. Bank mendapat upah melalui penyediaan kepakaran tertentu dalam
perkhidmatan pembiayaan dan nasihat yang diberikan:

(a) Bertindak sebagai pendaftaran syarikat keluaran dan syer.

(b) Menasihati syarikat atas penyusunan semula atau percantuman syarikat.

(c) Menggalakkan pelaburan baru dan usaha sama.

(d) Menguruskan pinjaman.

(e) Jaminan dan menjalankan kajian-kajian kemungkinan.

Deposit bank saudagar diperoleh daripada bank perdagangan, syarikat kewangan dan
pengantara kewangan yang lain. Walaupun kewujudan bank ini dalam ekonomi negara
agak baru (sejak 1970) namun dari segi harta, bank ini telah dapat berkembang dengan
pesat.

Antara bank saudagar yang terdapat di Malaysia ialah Arab Malaysian Merchant Bank,
Asian Bankers Malaysia Bhd., Bumiputra Merchant Bankers Bhd, dan Chartered
Merchant Bankers (M) Bhd.

4.12 Sistem Pengantara Bukan Bank

Institusi ini memperoleh wang daripada sumber tertentu (misalnya daripada kerajaan)
atau melalui sumbangan caruman masyarakat (misalnya pekerja) yang kemudian
meminjamkannya kepada segolongan masyarakat tertentu atau melaburkannya.

Institusi ini terletak secara langsung di bawah kawalan beberapa jabatan atau agensi
kerajaan. Secara kasar, institusi pengantara kewangan bukan bank ini boleh
dikelompokkan kepada lima kumpulan:

1. Institusi Tabungan (Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama, Bank Pusat


Kerjasama, Syarikat-syarikat Kerjasama).

2. Institusi Pembiayaan Pembangunan (Bank Pertanian Malaysia, Bank


Pembangunan Malaysia, Syarikat Permodalan dan Kemajuan Perusahaan
Malaysia).

90 

 
3. Kumpulan Wang Simpanan dan Pencen (KWSP, Kumpulan Simpanan Guru-
guru, Tabung Angkatan Tentera, PERKESO).

4. Syarikat Insurans dan Takaful (insurans am, keluarga, nyawa).

5. Institusi Kewangan Lain (institusi kredit perumahan, LUTH, Yayasan Pelaburan


Bumiputra, Unit Amanah).

4.13 Hutang Kerajaan Persekutuan

Pinjaman merupakan satu sumber yang penting bagi membiayai perbelanjaan kerajaan
khasnya perbelanjaan pembangunan. Peminjaman diperlukan apabila hasil kurang
daripada jumlah perbelanjaan. Dalam keadaan ini kerajaan perlu membuat pinjaman
daripada individu atau institusi kewangan baik di dalam negeri mahupun luar negeri.
Masalah beban hutang kerajaan persekutuan berlaku akibat defisit yang besar dialami
pada awal tahun 1980-an. Secara amnya hutang kerajaan Persekutuan terbahagi
kepada dua jenis yang utama iaitu (a) Hutang dalam negeri dan (b) Hutang luar negeri.

a. Hutang dalam negeri biasanya merupakan pinjaman jangka pendek dan


sederhana yang tempoh pembayaran baliknya singkat. Ia diperoleh daripada
orang ramai dan institusi kewangan dalam negeri. Komponen-komponen hutang
jangka pendek ini ialah bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan, sijil-sijil
pelaburan dan lain-lain bentuk pinjaman dalam negeri. Pemegang-pemegang bil
perbendaharaan terdiri daripada Bank Perdagangan, Bank Negara, syarikat
diskaun dan lain-lain institusi dalam negeri. Surat jaminan kerajaan diperoleh
daripada kerajaan Persekutuan, badan-badan awam, KWSP, BSN, Bank
Perdagangan dan syarikat insurans.

b. Hutang luar negeri merupakan pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang
kerajaan daripada institusi kewangan luar negeri. Komponen-komponen hutang
luar negeri terdiri daripada pinjaman-pinjaman pasaran, projek, kredit
pembekalan dan pembiayaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pinjaman
pasaran mengandungi tiga jenis alat pinjaman iaitu nota kadar terapung,
pinjaman sindiket dan penerbitan bon didagangkan di pasaran kewangan
antarabangsa. Sumber utama pinjaman luar negeri adalah dari negara-negara
maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Jerman Barat, Bank
Dunia, Bank Perdagangan Asia dan Asia Barat. Hutang jangka panjang ini
mempunyai tempoh matang lebih daripada setahun.

4.14 Arah aliran hutang kerajaan Persekutuan

91 

 
Pada akhir 1960-an dan pertengahan 1970-an keadaan ekonomi yang menggalakkan
telah menyebabkan kedudukan imbangan pembayaran adalah sederhana dan
seterusnya kedudukan hutang kerajaan Persekutuan di tahap yang terkawal. Namun
begitu kemelesetan ekonomi yang bermula pada tahun 1970-an yang menggugat
pendapatan eksport negara serta faktor-faktor lain telah menyebabkan hutang kerajaan
Persekutuan meningkat dengan pesatnya.

Pada 1997 hutang kerajaan Persekutuan menurun 2.1% kepada RM8 8juta (33.5%
daripada KNK) dalam tahun 1997 daripada RM89 681 juta (37% daripada KNK) dalam
tahun 1996. Ini terutamanya disebabkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan
yang kukuh telah membolehkan kerajaan Persekutuan membiayai operasi sepenuhnya
dan pada masa yang sama membolehkannya melunaskan beberapa pinjaman yang
mahal.

SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan strategi harga maksima dalam Dasar Penstabil


Automatik serta menggunakan rajah untuk perbincangan.

2. Bincangkan polisi-polisi yang digunakan dalam strategi harga


maksimum oleh pihak kerajaan apabila berlaku lebihan penawaran
atau permintaan dan kesan dari pelaksanaan strategi harga
tersebut.

3. Bincangkan dasar kewangan kuantitatif seperti Nisbah Cadangan


Minimum dan Mengubah Kadar Bunga Dan Kadar Diskaun.

4. Bincangkan Dasar kewangan kuantitatif seperti Operasi pasaran terbuka,


Simpanan Khas / Rizab Berkanun, Funding.

5. Bincangkan cukai tarif (dibantu dengan mengguna rajah).

6. Bincangkan dasar kewangan kualitatif.

7. Tunjukkan perbezaan di antara wang secara sempit, wang secara luas

92 

 
dan wang secara sangat luas dalam komponen bekalan wang.

8. Bincangkan Institusi bukan bank dan peranannya.

9. Bincangkan Jenis Cukai Jualan Advalorem, (dibantu dengan


menggunakan rajah).

10. Analisakan kesan perbelanjaan kerajaan ke atas pelaburan, tabungan,


kadar bunga dan penggunaan agregat. Perbincangan disokong oleh rajah
apabila kerajaan berbelanja secara surplus.

11. Analisakan kesan perbelanjaan kerajaan ke atas pelaburan, tabungan,


kadar bunga dan penggunaan agregat. Perbincangan disokong oleh rajah
apabila kerajaan berbelanja secara defisit.

12. Bincangkan TIGA (3) cara dalam melaksanakan dasar fiskal diskrisioner
serta memberi contoh yang sesuai.

13. Bincang Dan Analisiskan strategi harga minima dalam Dasar Penstabil
Automatik dengan menggunakan rajah.

14. Bincangkan polisi-polisi yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam


strategi harga minimum apabila berlaku lebihan penawaran atau
permintaan dan kesan dari pelaksanaan strategi harga tersebut.

15. Bincang dan membuat perbandingan antara Hutang Luar Negeri Dan
hutang di Dalam Negeri.

16. Terangkan secara ringkas Enam (6) tujuan, dasar belanjawan (Dasar
Fiskal dan Dasar Kewangan) diperkenalkan.

93 

 
BAB 5

PENGELUARAN DAN PERDAGANGAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Pelajar akan memahami peranan sektor-sektor ekonomi di


Malaysia.
2. Eksport komoditi utama di Malaysia merupakan saluran
utama yang mendatangkan hasil kepada negara, pelajar
akan memahami peranan ini.
3. Kadar pertukaran asing merupakan satu cabang yang
penting dalam globalisasi, pelajar juga akan memahami
pergerakan atau peranan sektor ini.
 
  
 
5.1 Sektor Pertanian

Sektor pertanian Malaysia mengalami pembangunan agak pesat sepanjang tempoh


Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971-1990). Perkembangan ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Pertama, pembangunan sektor ini sebahagian besarnya dihasilkan
melalui pembukaan tanah-tanah baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA), agensi-agensi di peringkat negeri dan syarikat-syarikat swasta. Keduanya,
melalui pembangunan in-situ seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
(IADP), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga
Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA) dan Lembaga
Pembangunan Wilayah (LPW). Kesemua agensi yang terlibat telah meningkatkan daya
pengeluaran melalui penggunaan teknologi baru dan tanaman bermutu tinggi. Tidak
ketinggalan juga pertumbuhan dalam subsektor perikanan dan penternakan melalui
penggunaan teknik penangkapan ikan yang lebih baik dan pengurusan ternakan yang
serba moden.

94 

 
Pada tahap awal pembangunan sehingga akhir 1970-an pencapaian sektor pertanian
sangat menggalakkan. Kerajaan telah membuat banyak pelaburan untuk
membangunkan sektor berkenaan. Program yang memberi sumbangan kepada
ekonomi negara dalam tempoh tersebut termasuk pembukaan tanah baru untuk aktiviti
pertanian, program penanaman semula getah, pelbagai tanaman serta pembinaan dan
pembaikan sistem pengairan dan saliran.

Walau bagaimanapun, sejak tahun 1980, sektor pertanian mula memperlihatkan aliran
menurun dan kemerosotan ini menimbulkan keresahan kepada kerajaan dan golongan
yang terlibat dalam pembangunan pertanian. Kelembapan prestasi sektor ini
disebabkan beberapa faktor seperti. kejatuhan dalam harga eksport komoditi utama dan
kenaikan harga import keperluan ladang. Sebagai contoh, harga komoditi pertanian
mula menurun pada tahun 1982 dan akibatnya akaun dagangan Malaysia mencatatkan
defisit sebanyak RM1.926 bilion iaitu nilai defisit tertinggi yang pernah dialami negara ini
(Malaysia, 1988). Akan tetapi, dalam tempoh 1983-1994, akaun dagangan mencatatkan
prestasi bertambah baik dengan pertambahan lebihan kerana harga eksport dan harga
pasaran kelapa sawit yang tinggi. Lebihan akaun dagangan tertinggi yang pernah
dicapai dalam tempoh tersebut ialah pada tahun 1987 dengan lebihan sebanyak
RM14,703 bilion. Walaupun lebihan akaun dagangan menjunam pada tahun 1995 ke
paras RM233 bilion sahaja, ia meningkat semula pada tahun-tahun berikutnya. Pada
tahun 1997, akaun dagangan dijangka mencatat lebihan sebanyak RM10 bilion.

Arah aliran yang menurun dalam sektor pertanian ini telah mendesak kerajaan untuk
menggubal Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN) pada tahun 1984 dan DPN Kedua
(DPN II; 1992-2010). Umumnya, tujuan utama DPN ialah untuk memaksimumkan
pendapatan petani serta meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada
perkembangan ekonomi melalui penggunaan sumber sedia ada dan sumber baru
secara lebih cekap. Teras DPN adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran,
kecekapan dan daya saing dengan sektor moden sambil mengkomersialkan sektor
pertanian. Untuk mencapai tujuan itu, perlu digunakan kaedah pembangunan tanah
baru serta memperbaiki segala khidmat sokongan seperti pembekalan input,
pemasaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pemberian subsidi dan kredit.

DPN juga menggalakkan penglibatan pihak swasta secara lebih aktif dengan
menggunakan kepakaran mereka untuk mempercepatkan pembangunan sektor
tersebut dan meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
serta kadar pertumbuhannya. Namun sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi
negara menunjukkan arah aliran yang menurun dari tahun ke tahun. Terutamanya,
fenomena ini dapat dibuktikan melalui sumbangan sektor pertanian kepada KDNK,
guna tenaga dan nilai ditambah. Jelas sekali arah aliran sumbangan yang menurun ini
tidak mungkin dapat diperbaiki lagi. Jika kadar perkembangan ekonomi yang lebih
95 

 
memihak kepada pembangunan yang berterusan dalam sektor perindustrian dan
perkhidmatan, seperti yang dialami ketika ini, ia akan hanya menanti saat-saat apabila
keseluruhan sektor pertanian tidak lagi mempunyai apa-apa pengaruh dalam ekonomi
negara. Keadaan ini telah lama dialami kebanyakan negara Barat yang telah mencapai
status negara perindustrian sehinggakan dalam proses tersebut sumbangan sektor
pertanian kepada ekonomi mereka secara relatifnya menjadi semakin tidak bererti lagi.
Dalam kata lain, kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian ini mencerminkan suatu
perubahan struktur yang berlaku kepada sumbangan ekonomi Malaysia yang diiringi
peningkatan relatif yang pesat dalam sumbangan dari sektor perkilangan dan
perkhidmatan.

Perubahan yang berlaku kepada sektor pertanian mencerminkan satu cabaran yang
amat sengit kepada negara. Fenomena ini sebenarnya menandakan satu lagi cabaran
yang lebih hebat daripada cabaran yang dihadapi ketika zaman pelaksanaan DEB.
Oleh itu penelitian yang lebih terperinci perlu dibuat dan cara penyelesaian yang
berkesan perlu direka bagi menjamin pembangunan serta kestabilan yang berterusan
kepada kumpulan masyarakat yang masih lagi bergantung kepada sektor pertanian.
Dengan itu, bab ini cuba memaparkan pengalaman pembangunan sektor pertanian
Malaysia, menganalisis prestasi, isu-isu dan permasalahan semasa serta prospek masa
depan. Usaha untuk mengkaji dan meneliti permasalahan semasa yang dihadapi oleh
sektor pertanian adalah penting bagi tujuan menyediakan langkah-Iangkah berkesan ke
arah menangani cabaran yang tidak mungkin dapat diselesaikan dengan mudah seperti
yang dijangkakan.

5.2 Pembangunan Sektor Pertanian

Sebagai satu gabungan kepada program pelbagaian ekonomi, Malaysia menekankan


kepada usaha meningkatkan taraf sosioekonomi sektor luar bandar. Umumnya,
pembangunan sektor luar bandar samalah dengan pembangunan sektor pertanian. Di
antara ciri-ciri utama sektor ini ialah kewujudan kadar kemiskinan tinggi, penggunaan
saiz ladang tidak ekonomik, daya pengeluaran rendah serta lebihan tenaga buruh yang
tidak berkemahiran.

Dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, program yang khusus
telah dirancang. Sebagai contoh, aktiviti perikanan yang serba moden serta bercirikan
nilai-nilai komersial diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan para petani; teknik
bam penternakan haiwan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup para penternak;
manakala subsektor perhutanan dapat berkembang melalui pengurusan sumber-
sumber hutan secara moden, komersial dan saintifik. Bagi sektor tanaman pula, tiga
program pembangunan tanah yang kesemuanya bertujuan meningkatkan hasil keluaran
dan daya pengeluaran telah diketengahkan melalui penggunaan teknologi Revolusi
96 

 
Hijau. Usaha ini meliputi projek pembukaan tanah-tanah baru, pembangunan tanah in
situ dan pembangunan wilayah.

5.3 Prestasi Sektor Pertanian

Pencapaian ekonomi negara sebelum ini telah membawa banyak perubahan terhadap
sektor pertanian. Antara beberapa penunjuk penting tentang prestasi sektor pertanian
ialah sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), guna tenaga
dan nilai ditambah.

5.4 Sumbangan kepada KDNK

Nyata sekali pembangunan ekonomi melalui dasar pelbagaian dan perindustrian yang
bermula pada tahun 1950an telah membawa perubahan pesat terhadap struktur
ekonomi negara. Paling jelas sekali ialah perubahan dalam sumbangan pelbagai sektor
terhadap KDNK. Perubahan ini bukanlah menjadi satu masalah, malah fenomena ini
turut dialami negara-negara lain yang berusaha membangunkan ekonomi mereka.

Sehubungan itu, sumbangan sektor pertanian (sektor yang menjadi tumpuan kepada
sebahagian besar masyarakat Melayu) telah menurun dengan hebatnya. Dalam tempoh
30 tahun sahaja, sumbangan sektor pertanian jauh ketinggalan jika dibandingkan
dengan pencapaian sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, daripada
sejumlah 35.1 peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1965,
menurun kepada 13.1 peratus sahaja pada tahun 1995. Sumbangannya dijangka terus
menurun kepada 10.5 peratus dalam tahun 2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan
sektor perkilangan mampu melonjak ke atas daripada 10.4 peratus sahaja kepada 32.2
peratus. Sumbangannya bagi tahun 2000 dijangka meningkat lagi kepada 37.5 peratus.
Manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula menetapkan penurunan yang kecil
sahaja daripada 45.0 peratus pada tahun 1965 kepada 43.0 peratus pada tahun 1995.
Sumbangannya dijangka menurun lagi kepada 41.5 peratus pada tahun 2000.

Tanda-tanda ini jelas menunjukkan pola dan fenomena tersebut akan berterusan pada
masa akan datang. Akibat daripada perubahan ini, sektor pertanian dianggap sebagai
sebuah "industri senja" (sunset industry) yang sedang menanti malam gelap gelita
(Abdul Aziz: 994). Perubahan yang berlaku ini mungkin menjadi lebih hebat lagi dengan
perlaksanaan dasar kerajaan yang ingin membawa negara kita 'setaraf negara
perindustrian' menjelang tahun 2020. Perubahan sumbangan berbagai-bagai sektor
terhadap KDNK dari tahun 1965 hingga tahun 1995 dapat dijelaskan dalam Jadual 6.5.

5.5 Sumbangan kepada Guna Tenaga

97 

 
Satu lagi fenomena yang sering menonjol ialah kemerosotan sumbangan guna tenaga
dalam sektor pertanian berbanding sektor lain, terutamanya perkilangan dan
perkhidmatan. Kemerosotan ini didapati selari dengan penurunan dalam sumbangan
pertanian terhadap KDNK.

Kemerosotan dalam sumbangan guna tenaga ini berlaku akibat beberapa faktor yang
mencengkam sektor pertanian yang mana jalan penyelesaiannya terlalu sukar. Masalah
ini mempunyai kaitan rapat dengan kejatuhan dan keadaan turun naik tingkat harga,
kerendahan kadar upah dan pendapatan serta kemerosotan kawasan tanaman dan
pengeluaran beberapa keluaran pertanian utama.

Data dari jabatan statistik menunjukkan sumbangan guna tenaga sektor pertanian telah
menurun dari 52.1 peratus pada tahun 1965 kepada 19.1 peratus pada tahun 1995 dan
seterusnya dijangka menurun lagi kepada 13.1 peratus dalam tahun 2000. Ini
merupakan penurunan yang amat pesat sekali. Sebaliknya, sumbangan sektor
perkilangan didapati meningkat daripada 8.3 peratus sahaja pada tahun 1965 kepada
25.6 peratus (1995) dan dijangka mencapai 28.9 peratus pada tahun 2000. Bagi
tempoh yang sama, sumbangan guna tenaga bagi keseluruhan sektor perkhidmatan
meningkat daripada 32.7 peratus kepada 46.6 peratus. Sumbangannya dijangka
meningkat lagi ke paras 47.2 peratus pada tahun 2000. Namun sumbangan guna
tenaga sektor perkhidmatan kerajaan didapati menurun dari 17.1 peratus dalam tahun
1965 kepada 11.1 peratus dalam tahun 1995 dan seterusnya akan hanya tinggal
sebanyak 9.9 peratus sahaja pada tahun 2000. Sebahagian besar daripada arah aliran
sedemikian disebabkan oleh perlaksanaan dasar penswastaan sejak tahun 1984.
Berdasarkan kepada keadaan yang berlaku, ini jelas menunjukkan sektor pertanian
tidak boleh lagi diharapkan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi
kepada penduduk yang kian berkembang. Khusus untuk anak-anak masyarakat luar
bandar, mereka harus melengkapkan diri dari segi pendidikan, fizikal dan mental untuk
mengharungi era perkembangan ekonomi zaman ini dengan melangkah ke alam
pekerjaan di sektor perkilangan dan perkhidmatan. Persoalannya, mampukah mereka
berbuat demikian?

5.6 Cabaran Sektor Pertanian

Kemerosotan yang berterusan dalam prestasi sektor pertanian merupakan akibat


daripada beberapa masalah, sama ada masalah dari dalam negara ataupun dari luar.
Antaranya berkaitan dengan tingkat harga komoditi, daya pengeluaran, kemiskinan,
proses pengambilan tanah, persaingan dalam penggunaan tanah dan tanah terbiar.

5.7 Tingkat Harga Komoditi

98 

 
Tingkat harga komoditi, sama ada ditentukan oleh pasaran dunia atau pasaran
domestik, memainkan peranan penting untuk kemajuan dan perkembangan sesuatu
sektor. Tingkat harga yang sentiasa mengalami keadaan naik turun akan
mengakibatkan pendapatan petani yang tidak menentu, apatah lagi sekiranya
kekerapan kejatuhan harga komoditi lebih ban yak berbanding dengan kekerapan
peningkatannya.

Masalah utama berhubung kemerosotan prestasi sektor pertanian ialah kejatuhan


dalam harga komoditi, terutamanya komoditi utama. Akibatnya, telah berlaku
penurunan berterusan dalam pengeluaran, nilai eksport dan seterusnya pendapatan
eksport negara. Nyata sekali pertumbuhan dalam keluaran pertanian adalah jauh lebih
lembap berbanding dengan prestasi yang ditunjukkan oleh barangan keluaran kilang.
Data menunjukkan prestasi beberapa komoditi utama bagi tahun 1992-1997.

Sehubungan dengan tingkat harga komoditi, pertumbuhan yang lembap dalam


subsektor padi boleh dijadikan panduan penting. Dalam pengeluaran padi negara, pihak
Kerajaan melalui Lembaga Padi dan Beras Negara - LPN (mulai Ogos 1994 telah
diswastakan dengan nama BERNAS) telah menentukan harga belian padi dari para
petani dengan berpandukan kepada tawaran Harga Minimum Terjamin. Bagi setiap 100
kg padi yang dijual, petani akan dibayar dengan harga tawaran sejumlah RM46.30 dan
tambahan sebanyak RM25.81 melalui subsidi harga. Anehnya, tawaran ini tidak banyak
berubah sejak 20 tahun lalu walaupun ekonomi negara mengalami pertumbuhan
berlipat kali ganda dalam tempoh tersebut.

Dengan berpandukan kepada kadar inflasi yang berlaku dalam ekonomi maka jelas
sekali para penanam padi sebenarnya sedang mengalami penurunan dalam
pendapatan benar mereka. Justeru, tidak hairanlah jika matlamat negara seperti yang
tercatat dalam DEB, terutamanya berhubung dengan kedudukan sosioekonomi
masyarakat penanam padi tidak banyak menghasilkan perubahan yang
membanggakan. Keadaan ini juga dapat memberi alasan yang kukuh tentang
kegagalan kerajaan untuk menghasilkan beras yang mencukupi bagi keperluan negara
walaupun pelbagai teknologi baru telah diperkenalkan dalam memajukan subsektor
padi. Sebenarnya, pengeluaran beras domestik pada tahun 1994 hanya mencapai
sekitar 80 peratus dari tahap mampu-diri dan bakinya terpaksa diperoleh melalui beras
import (Malaysia, 1994). Rekod terkini pula menunjukkan pengeluaran padi negara
hanya mampu memenuhi 65.0 peratus sahaja daripada permintaan negara. Jadual 6.9
dapat menjelaskan tentang harga tawaran padi bagi tempoh 1972-1994.

5.8 EKSPORT KOMODITI UTAMA

99 

 
GETAH

Getah yang dahulunya merupakan tanaman eksport utama menunjukkan prestasi yang
semakin menurun.

Masalah utama yang dihadapi oleh tanaman ini ialah : turun naik harga, pulangan dan
daya pengeluaran yang rendah, pertandingan daripada getah tiruan, masalah
kekurangan buruh kenaikan kos buruh, saiz tanah yang tidak ekonomi serta pokok-
pokok yang sudah tua. Pengeluaran getah telah merosot pada Kadar 10.8% setahun
pada RMK7. Kemerosotan ini disebabkan terutama oleh pokok yang tidak ditoreh
berikutan daripada kekurangan buruh serta pengurangan kawasan tanaman.

Pekebun kecil menyumbang sebanyak 79.7% daripada keseluruhan pengeluaran dalam


tempoh tersebut, manakala selebihnya dihasilkan oleh sektor estet. Pengeluaran yang
rendah ini adalah disebabkan oleh penukaran berterusan kawasan tanaman getah
kepada lain-lain kegunaan, kekurangan tenaga buruh dan harga yang rendah juga tidak
menggalakkan penorehan.

Pengeluaran getah tidak banyak berubah dalam tempoh 1981-85, tetapi bahagian
getah dalam keluaran pertanian telah berkurangan daripada 23.4% pada tahun 1980
kepada 18.7% pada tahun 1985. Bahagiannya diambil alih oleh tanaman lain seperti
kelapa sawit, lada hitam dan sebagainya.

Seterusnya pengeluaran getah Malaysia merosot pada Kadar 2.6% setahun iaitu: 1.29
juta tan metrik pada tahun 1990 dan 1.1 juta tan metrik pada tahun 1995 dan 616,000
tan pada tahun 2000 dan Merosot kepada 560,000 tan pada tahun 2005 (Jadual 3.10).

SEBAB-SEBAB KEMEROSOTAN

Kemerosotan pengeluaran ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga yang besar
daripada paras harga tahun 1987 yang membawa pengabaian kebun-kebun kecil,
sementara estet pula kesukaran mendapatkan buruh. Sumbangan getah kepada
pendapatan eksport juga telah berkurang dari pada 33.4% pada tahun 1970 kepada
hanya 7.5% pada tahun 1985. Pengekalan sumbangan ini akan bergantung kepada :
penanaman semula dengan klon-klon yang bermutu tinggi, memperbaiki pengurusan,
penyelidikan terhadap penggunaan, penggunaan getah serta -menggalakkan industri
berasaskan getah. Malaysia tidak lagi mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar
nombor satu dunia dalam pengeluaran getah. Malahan bahagian ini telah berkurang
daripada 25% pada tahun 1990 kepada 22% pada tahun 1993. Prospek tanaman getah
yang kurang menguntungkan menyebabkan pengurangan berterusan kawasan ditanam

100 

 
kepada 1,781,000 hektar pada tahun 1993, 1,723,900 hektar (1995), 1,672,500 hektar
(1996), dan - 1,663,400 hektar (1997) dan menurun ke - 1,430,700 hektar pada tahun
2000.

KELAPA SAWIT

Kelapa sawit merupakan tanaman yang mengambil alih peranan utama getah yang
sebelum ini menjadi sumber pendapatan eksport utama daripada sektor pertanian. Oleh
itu tidak hairanlah banyak estet getah telah ditukar-gantikan dengan tanaman kelapa
sawit.

SUMBANGAN KEPADA EKSPORT

Sumbangan minyak dan isirung kelapa sawit kepada pendapatan eksport meningkat
daripada 5.1 % pada tahun 1970 kepada 12.6% pada tahun 1985. Pendapatan eksport
daripada minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 13.4% kepada RM10,703. 9 juta
(1996: -9.2%, RM9,435.1 juta). Jumlah eksport meningkat sebanyak 5.7% daripada
7.29 juta tan metrik pada tahun 1996 kepada 7.70 juta tan metrik pada tahun 1997.
Peningkatan eksport seunit minyak kelapa sawit sebanyak 7.4% pada tahun 1997
adalah disebabkan :

- Permintaan dari luar yang kukuh

- Kesan daripada nilai ringgit yang rendah

- Serta keadaan penawaran dunia yang

ketat bagi minyak sayuran dan lemak

SUMBANGAN KEPADA EKSPORT

Pengeluaran kelapa sawit negara merupakan kira-kira 60% daripada pengeluaran


dunia. Pengeluaran minyak sawit mentah meningkat : Daripada 2.6 juta tan metrik pada
tahun 1980

Kepada 4.1 juta tan metrik pada tahun 1985, dan meningkat kepada 6.5 juta tan metrik
pada tahun 1993 serta berkembang pada kadar sederhana sebanyak 4.5% setahun
dengan mencapai 7.82 juta tan metrik pada tahun 1995. Pengeluar minyak sawit
mentah (CPO) meningkat pada kadar 6.8 % setahun daripada 7.82 juta tan pada tahun
1995 kepada 10.8 juta tan pada tahun 2000 disebabkan :

-peningkatan hasil pengeluaran dan

101 

 
-keluasan tanaman yang matang.

Pada masa yang sama keluasan tanah bagi kelapa sawit terus meningkat akibat
pertambahan pembukaan tanah baru dan penukaran tanaman getah kepada kelapa
sawit secara besar-besaran oleh sektor estet. Keluasan penanamannya meningkat
daripada 1.02 juta hektar (1980) kepada 1.35 juta hektar (1985), 2.28 juta hektar
(1993), 2.51 juta hektar (1995), 2.62 juta hektar (1996) serta meningkat 2.68 juta hektar
(1995) dan meningkat ke 3.5 juta hektar (2000) (lihat Jadual 3.11). Kadar hasil juga
terus meningkat daripada 3,562 kg/hektar (1990) kepada : 3,763 kg/hektar (1993),
Tetapi pada tahun 1995 kadar hasil menurun kepada 3 490 kg/hektar, tetapi meningkat
semula kepada : 3 550 kg/hektar (1996). Situasi yang memberangsangkan berlaku
pada tahun 1997 di mana kadar hasil meningkat kepada 3610 kg/hektar.

KOKO

Koko merupakan barangan eksport pertanian yang ketiga penting selepas kelapa sawit
dan getah. Tanaman ini mula diperkenalkan secara meluas mulai akhir tahun 1970-an
sebagai usaha untuk mempelbagaikan tanaman di sektor estet dan sektor pekebun
kecil. Sebahagian besar pertambahan kawasan koko berpunca daripada kegiatan
penanaman koko sebagai tanaman selingan yang diusahakan oleh pihak estet. Tetapi
pada tahun 1990-an apabila harga koko merosot, sambutan kepada tanaman ini kurang
menggalakkan.

Pada tahun 1990, estet yang kebanyakannya terdapat di Sabah merupakan 55%
daripada jumlah keluasan yang ditanam dengan koko manakala pekebun kecil yang
kebanyakannya terdapat di Sabah. Pengeluaran koko negara meningkat daripada
37,000 tan metrik (1980) kepada 103,000 tan metrik (1985) dan 131,800 tan metrik
(1995).

Tetapi penurunan berlaku bagi tahun-tahun seterusnya iaitu : 131,800 tan metrik
(1995), 83,700 tan metrik (1999) dan 88,000 tan metrik (2000). Semenanjung Malaysia
merupakan 45% daripada keluasan yang ditanam. Oleh sebab itu, pengeluaran koko
dalam tempoh 1991-2000 telah turut mengalami pengurangan tahunan sebanyak
18.0% (Jadual 3.12).

Keluasan tanah bagi koko meningkat daripada 123,800 hektar (1980) kepada 420,000
hektar (1990), tetapi berkurangan kepada 150,000 hektar (2000). Dalam tempoh 1991-
1995, kawasan tanaman koko meningkat pada kadar 1.5% setahun sehingga mencapai
453 ribu hektar pada tahun 1995.

102 

 
Kebanyakan daripada kawasan tanaman koko yang baru telah dimajukan oleh sektor
estet yang cekap di mana sebahagian besarnya di Sabah, tetapi antara tahun 1996-
2000, keluaran koko berkurangan sebanyak 24.7% setahun.

Pengeluaran rendah ini adalah disebabkan oleh penurunan keluasan, harga koko yang
tidak menggalakkan dan cuaca yang kurang memuaskan.

Jumlah keluasan tanaman koko dijangka akan terus menurun. Kejatuhan harga biji
koko telah memaksa estet-estet beralih ke tanaman lain yang lebih lumayan. Masalah-
masalah yang dihadapi oleh tanaman koko termasuklah turun naik harga dan daya
pengeluaran yang rendah.

Walau bagaimanapun, tanaman ini memberikan pulangan yang lumayan terutamanya


sebagai pendapatan tambahan kepada pekebun kecil kelapa. Tanaman koko akan
kekal sebagai tanaman tunggal dan tanaman selingan dengan kelapa. Usaha-usaha
masih diteruskan untuk mempergiatkan penyelidikan untuk meningkatkan daya
pengeluaran dan meluaskan pemasaran.

Pengeluar biji koko berkurangan daripada 131,000 tan (1995) kepada 70,000 tan
(2000) berikutan daripada pengurangan kawasan tanaman daripada 234,500 hektar
kepada 105,000 hektar. Ini adalah kerana keadaan cuaca kurang baik, kekurangan
buruh, dan kos pengeluaran yang tinggi.

Dengan pengurangan pengeluaran, pendapatan eksport telah jatuh daripada RM626


juta (1995) kepada RM493 juta (2000). Walau bagaimanapun, berikutan daripada
penggunaan klon berhasil tinggi dan amalan agronomi yang teratur, hasil koko sehektar
telah meningkat daripada 700 kilogram (1995) kepada kira-kira 950 kilogram (2000)
(Malaysia, 2001).

LADA HITAM

Harga lada hitam yang kukuh pada tahun 1985 dan 1986 serta pemberian bantuan oleh
kerajaan telah menggalakkan pengusahaan tanaman tersebut dengan lebih meluas dan
perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran lada hitam antara tahun 1989-1990.
Pengurangan berkurangan pada tahun 1995 tetapi meningkat semula pada tahun 2000.
Lada hitam merupakan tanaman eksport yang semakin merosot sumbangannya.
Permintaan dunia serta harga yang rendah menyebabkan pengurangan pengeluaran
lada hitam. Pengeluaran lada hitam berkurang daripada 32,000 tan metrik (1980)
kepada 23 ribu tan metrik (1993), iaitu pengurangan sebanyak 39.1%.

Pada tahun 1995 pengeluarannya telah merosot kepada 13,000 tan metrik sahaja.
Pada masa yang sama keluasan tanaman lada hitam juga berkurang daripada 13,000

103 

 
hektar (1980) kepada 10,000 hektar (1990), iaitu pengurangan sebanyak 23.0%.
Pengurangan pengeluaran dan keluasan tanah akan berterusan, dengan kawasan
tanah ditukar kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh permintaan dunia yang terus lemah. Pengeluaran
lada hitam dijangka meningkat sebanyak 33.3% pada tahun 1997 kepada 16,075 tan
metrik disebabkan oleh keluasan tanaman baru yang telah mula berhasil, pengurusan
yang lebih baik dan harga yang lebih menggalakkan. Perluasan kawasan tanaman lada
hitam daripada 10,620 hektar (1996) kepada 11,215 hektar (1997) adalah berikutan
daripada harga lada hitam yang menggalakkan dan juga "Skim Subsidi Lada" yang
telah membantu pekebun kecil dalam menanam tanaman baru dan penjagaan ladang
yang matang. Tanaman lada hitam lebih diusahakan oleh pekebun kecil. Ia bersifat
intensif buruh dan intensif modal.

Masalah yang dihadapi oleh tanaman ini ialah penyakit dan pengurusan yang kurang
cekap yang menyebabkan daya pengeluaran rendah. Dasar, strategi dan program bagi
tanaman ini pada masa hadapan ialah untuk mempergiatkan penyelidikan bagi
mengurangkan kos, meningkatkan gred, meluaskan pasaran dan industri-industri
memproses. Pada tahun 2000, disebabkan pertambahan hasil berikutan daripada
pengurusan ladang yang lebih baik, = pengeluaran lada hitam meningkat pada kadar
12.6% setahun daripada 13,000 tan (1995) kepada 24 000 tan (2000). Kawasan
tanaman lada hitam juga telah meningkat daripada 8,600 hektar (1995) kepada 11,500
hektar (2000) didorong oleh harga yang lebih tinggi (Malaysia, 2001).

KELAPA

Kelapa merupakan satu lagi tanaman eksport yang mengalami kemerosotan dalam
sumbangannya.

Sebanyak 90% penanam-penanam kelapa adalah pekebun kecil. Mereka menghadapi


masalah kejatuhan harga dan daya pengeluaran yang rendah yang menyebabkan
pendapatan yang rendah.

Pengeluaran kelapa kering berkurang daripada 788,000 tan metrik pada tahun 1980
kepada 250,000 tan metrik pada tahun 1985, iaitu kadar pengurangan sebanyak 68.3%.
Pada masa yang sama keluasan tanaman bagi kelapa berkurang daripada 349,400
hektar (1980) kepada 331,000 hektar (1990), iaitu kadar pengurangan sebanyak 5.2%.
Pada tahun 1995, keluasan tanaman kelapa terus berkurangan kepada 298,740 hektar
dan 220 000 hektar (2000) dan dijangka berkurangan kepada 201,000 hektar pada
tahun 2005. Adalah dijangkakan bahawa pengeluaran dan keluasan tanaman kelapa
akan terus berkurang dan pekebun kecil semakin bertukar kepada tanaman yang lebih
menguntungkan. Dalam tempoh 1986-95, pengeluaran kelapa telah turun pada kadar
104 

 
3.1% setahun. Dasar dan strategi bagi tanaman kelapa pada masa hadapan ialah untuk
meneruskan penanaman semula dan pemulihan tanaman kelapa yang tidak ekonomi
iaitu dengan memperbaiki sistem saliran dan perparitan. Tanaman selingan seperti
koko atau kopi digalakkan untuk ditanam bagi meningkatkan pendapatan kebun petani.
Selain itu, industri-industri memproses kelapa kering, minyak kelapa dan barangan-
barangan lain daripada kelapa perlu dipergiatkan untuk meluaskan pasaran kelapa
sama ada pasaran antarabangsa ataupun pasaran tempatan.

5.9 TEORI-TEORI DAN STRATEGI PERDAGANGAN

5.9.1 PERINGKAT INDUSTRI DI MALAYSIA

Pada zaman pemerintahan British, penekanan ekonomi Malaysia adalah terhadap


bahan-bahan mentah (seperti hasil getah asli, bijih timah dan sebagainya) untuk
keperluan eksport dan hasil-hasil keluaran lain yang diperlukan untuk kepentingan
penjajah. Kegiatan dalam bidang perindustrian adalah terlalu kecil. Banci penduduk
1947 menunjukkan 6.7% penduduk Semenanjung sahaja yang terlibat dalam bidang
perindustrian (V. Kanapathy, 1970 : 135).

5.9.2 PENGGANTIAN IMPORT DI MALAYSIA

Pada dekad 1950-an dan 1960-an, program perindustrian di negeri ini dijalankan
sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat
bergantung pada getah dan bijih timah. Industri hanya tertumpu kepada industri
penggantian import. (Ini bermaksud penggantian barangan asas yang pernah diimport)
Keseluruhan industri adalah berbentuk industri-industri ringan seperti membuat sabun,
minuman, kasut, pakaian dan barangan getah yang lain. Ini selaras dengan manifesto
Kerajaan.

Perikatan dalam pilihan raya 1955, yang berjanji akan memberikan galakan kepada
pemodal-pemodal tempatan dan penarikan modal asing. Dasar ini bertujuan
mengurangkan import dan memenuhi permintaan dalam negeri melalui pengeluaran
barangan sendiri. Dengan cara ini, imbangan pembayaran dapat diperbaiki.

Pada peringkat perindustrian ini (industri barangan asas atau barangan pengguna),
terutamanya sehingga akhir tahun 1960-an, proses perindustrian masih berada di
tingkat yang mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Peringkat ini
bolehlah dianggap sebagai peringkat pengeluaran barang-barang pengguna. Sedikit

105 

 
demi sedikit perusahaan telah mula meningkat kepada pengeluaran barang-barang
modal dan barang-barang perantaraan terutamanya pada akhir tahun 1960-an.

Antara tahun 1959-63, industri penggantian import telah menyumbangkan hampir 41%
daripada keseluruhan pertumbuhan output industri, manakala sumbangan industri
eksport adalah negatif (tiada eksport langsung malahan lebih banyak import). Pada
tahun-tahun ini peranan barang-barang pengguna adalah lebih tinggi daripada peranan
barang-barang perantaraan dan pelaburan.

Pada tahun 1963-68, peranan barang-barang pelaburan dalam pertumbuhan output


industri melebihi peranan barang-barang pengguna dan begitu juga dengan barang-
barang perantaraan yang telah menyamai peranan barang-barang pengguna (iaitu
keluaran barangan pelaburan semakin meningkat). Di samping itu, dalam jangka waktu
tersebut, sumbangan industri eksport dalam pertumbuhan output industri telah
berkembang daripada -1.29% kepada 12.2% (rujuk Jadual 4.1)

5.9.3 ORIENTASI EKSPORT MALAYSIA (PENGGALAKAN EKSPORT)

Pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, beberapa usaha mempelbagaikan
industri telah dilaksanakan termasuklah memperkenalkan Akta Galakan Pelaburan
1968, sebagai kempen menggalakkan industri intensif buruh dan industri
berorientasikan eksport. Kedatangan modal asing semakin digalakkan terutamanya
selepas penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan (FIDA) pada tahun
1965. Sehingga akhir tahun 1972 projek-projek perindustrian Malaysia berkeupayaan
untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan pasaran dunia (J. Jegathesan,
1975: 59). Didapati perluasan eksport akan dapat menyerap lebih banyak buruh per unit
output dan modal berbanding industri penggantian import dan perluasan permintaan
domestik. Contoh-contoh industri di peringkat ini ialah barang kimia, logam, jentera-
jentera dan alat-alat pengangkutan. Sektor perkilangan berkembang lebih pesat
menjelang tahun 1970-an. Peranan sektor perindustrian dari segi guna tenaga dan
KDNK juga semakin berkembang. Hal ini demikian kerana dasar perindustrian pada
tahun 1970-an disusurgalurkan untuk mencapai tingkat pertumbuhan industri yang lebih
cepat dan untuk mencapai matlamat-matlamat DEB.

INDUSTRI BERAT MALAYSIA

Bermula dari dekad 1980-an, sebagai langkah untuk memperkukuh dan mempertingkat
sektor perindustrian, maka kerajaan telah menggalakkan penubuhan industri berat yang
melibatkan pelaburan yang besar, tempoh perancangan yang lebih panjang serta
pulangan modal yang hanya dapat diterima dalam jangka panjang. Di samping itu,
106 

 
keutamaan yang tinggi juga akan terus diberi kepada penubuhan industri barang modal
dan perantaraan dan industri berorientasikan eksport.

Penubuhan industri berat dengan teknologi yang tinggi dirasakan perlu untuk
mengurangkan pergantungan kepada negara-negara maju. Bagi tujuan ini, kerajaan
telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980.
Beberapa projek di bawah HICOM telah dilancarkan seperti penubuhan kilang simen,
loji keluli, enjin dan projek kereta nasional Malaysia iaitu Proton. Malaysia mempunyai
faedah berbanding dalam penawaran tenaga buruh dan bahan mentah bagi industri
seperti ini. Diharapkan melalui berbagai-bagai industri yang ada termasuk industri berat
akan dapat menggerakkan pencapaian matlamat Wawasan 2020. Industri tidak lagi
ditumpukan ke kawasan maju dan bandar sahaja, tetapi juga di kawasan luar bandar,
pedalaman dan negeri-negeri kurang maju.

5.10 KADAR PERTUKARAN MATAWANG ASING (KPA)

Kadar pertukaran mata wang asing bererti harga mata wang tempatan berbanding
dengan mata wang negara-negara lain. Misalnya RM3.60 = U.S 1 dollar atau US 0.266
dollar = RM 1.00. asing diperlukan untuk tujuan import barang-barang dan
perkhidmatan. Jika peniaga Malaysia ingin mengimport barang dari Jepun, mereka
mesti memiliki Yen Jepun dan sebaliknya jika Jepun ingin mengimport barang-barang
dari Malaysia, mereka mesti memiliki ringgit. Dalam konteks ini berlakunya permintaan
dan penawaran mata wang asing.

5.10.1 Penentuan Kadar Pertukaran Asing

Terdapat dua cara menentukan KPA :

i. Melalui kadar pertukaran bebas


ii. Melalui kadar pertukaran tetap

i. Melalui kadar pertukaran bebas

Ia ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing. Permintaan wang
asing dibuat untuk tujuan mengimport. Misalnya peniaga Malaysia meminta Yen untuk
mengimport barang-barang dari Jepun. Jika Yen murah, banyak Yen diminta dan jika
Yen mahal, ia kurang diminta. Hubungan antara harga dan kuantiti Yen yang diminta
107 

 
adalah secara songsang atau negatif. Sifatnya sama seperti hubungan di antara harga
dan kuantiti yang diminta bagi barang-barang biasa. Oleh itu keluk permintaan Yen
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

Keterangan rajah:

Jika Yen mahal dalam sebutan ringgit, misalnya RM2.00 = 100 Yen, kuantiti Yen yang
diminta ialah 2 juta. Jika Yen murah, misalnya RM0.50 = 100 Yen, kuantiti Yen yang
diminta meningkat kepada 6 juta. Semakin tinggi harga Yen, semakin kurang kuantiti
Yen yang diminta dan sebaliknya semakin rendah harga Yen, semakin tinggi kuantiti
Yen yang diminta.

Manakala penawaran mata wang asing mempunyai hubungan yang positif di antara
harga dan kuantiti yang ditawar. Biasanya jika harga mata wang mahal, jumlah yang
ditawarkan adalah tinggi dan sebaliknya, jika harga murah, jumlah yang ditawarkan
sedikit, misalnya, jika peniaga Jepun import barang dari Malaysia, mereka akan
meminta ringgit dan menawarkan Yen. Keluk penawaran mata wang Yen ditunjukkan
dalam rajah di bawah:
108 

 
Keterangan rajah:

Jika Yen mahal, misalnya RM2.00 = 100 Yen, jumlah Yen yang ditawarkan ialah 6 juta,
sebaliknya jika Yen murah iaitu RM0.50 = 100 Yen, jumlah yang ditawarkan ialah 2 juta.
Semakin tinggi harga, semakin tinggi kuantiti Yen yang ditawarkan dan sebaliknya
semakin rendah harga semakin rendah kuantiti Yen ditawarkan.

5.10.2 Keseimbangan Kadar Pertukaran

Keseimbangan berlaku apabila kuantiti mata wang asing yang diminta sama dengan
kuantiti yang ditawarkan. Ditunjukkan dalam rajah di bawah:

109 

 
Keterangan rajah:

Jika Yen mahal, didapati penawaran melebihi permintaan (jarak ab). Sebaliknya jika
Yen murah, permintaan melebihi penawaran (jarak cd). Proses perubahan dalam kadar
pertukaran akhirnya mengujudkan satu kadar pertukaran keseimbangan pada titik E. Di
mana akhirnya didapati pasaran telah menentukan RM1.00 = 100 Yen dan 4 juta Yen
yang digunakan dalam urus niaga.

ii. Melalui kadar pertukaran tetap

Kadar pertukaran yang ditentukan oleh kerajaan dinamakan kadar pertukaran tetap
atau Kadar Tukaran Rasmi. Dari rajah, didapati kadar tukaran yang ditentukan oleh
pasaran bebas ialah RM1.00 = 100 Yen (titik E). Jika kerajaan Malaysia mendapati
kadar tukaran ini kurang sesuai, ia boleh menetapkan kadar tukaran yang baru.
Misalnya kerajaan Malaysia tetapkan 100Yen = 2.00 (kadar tukaran I). Di dapati
sekarang ringgit lebih murah atau dinilai lebih rendah dinamakan terendah nilai.
Sebaliknya jika kerajaan Malaysia menetapkan pada 100 Yen = RMO.50 (kadar tukaran
II). Di dapati sekarang ringgit lebih mahal atau dinilai lebih tinggi, dinamakan terlebih
nilai.

110 

 
Biasanya kerajaan campur tangan untuk menetapkan kadar pertukaran yang baru
kerana untuk mengurangkan import dan menambahkan eksport. Contohnya, bila ringgit
murah atau terendah nilai, secara relatifnya barang-barang Malaysia menjadi lebih
murah pada pandangan rakyat asing, ini akan menambahkan eksport Malaysia dan
mengurangkan import barang-barang dari luar negara. Seterusnya ia dapat membaiki
masalah imbangan pembayaran.

5.10.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asing

i. Harga relatif

Jika harga barang-barang di Thailand lebih murah berbanding di Malaysia, rakyat


Malaysia akan banyak membeli barang-barang dari Thailand. Oleh itu permintaan
terhadap Bath Thai akan meningkat. Baht akan naik nilai manakala ringgit akan turun
nilai, atau dikatakan kadar pertukaran mata wang asing telah meningkat. Analisa ini
ditunjukkan dalam rajah di bawah:

111 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada titik E, dengan kadar pertukaran RM1.80 = 100 baht. Jika
diandaikan pada kadar pertukaran ini harga barang-barang di Thailand relatifnya lebih
murah berbanding Malaysia, maka banyak barang Thai akan diimport oleh rakyat
Malaysia. Oleh itu permintaan bath naik dan keluk permintaan berubah dari Do ke Di.
Pad a masa yang sama, pada pandangan rakyat Thai, barang-barang Malaysia lebih
mahal. Oleh itu rakyat Thai akan kurangkan import, maka kesediaan mereka untuk
menawarkan wang baht akan merosot dari SoSo ke SiSi. Akhirnya keseimbangan
kadar pertukaran baru akan berpindah iaitu dari E ke Ei, pada kadar yang baru ini
didapati RM2.00 = 100 baht, iaitu Baht naik nilai dan ringgit turun nilai.

ii. Kadar bunga relatif

Jika kadar bunga diandaikan lebih tinggi di Malaysia berbanding Thai, maka banyak
modal Thai akan mengalir ke Malaysia, permintaan ringgit meningkat. Oleh itu ringgit
naik nilai dan bath turun nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

112 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E dengan kadar pertukaran iaitu RM2.00 = 100 bath. Jika
diandaikan kadar bunga di Malaysia tinggi, maka banyak modal luar akan masuk ke
Malaysia. Jika negara itu adalah Thai, maka permintaan bath akan merosot di kalangan
penduduk Malaysia. Maka, keluk permintaan bath akan turun dari DoDo ke DiDi. Pada
masa yang sama, penawaran baht Thai juga meningkat bagi mendapatkan ringgit. Oleh
itu keluk penawaran baht berpindah ke kanan dari SoSo ke SiSi. Maka akan wujud
keseimbangan baru pada titik Ei, iaitu RM1.60 = 100 baht. Kita dapati ringgit naik nilai
atau menjadi lebih mahal dan baht turun nilai atau menjadi lebih murah.

iii. Perubahan harga barang-barang eksport dan import

Perubahan harga barang-barang eksport dan import turut mempengaruhi kadar


pertukaran. Jika harga eksport barang-barang Malaysia lebih murah berbanding Thai,
ini menyebabkan permintaan ringgit meningkat. Manakala import Malaysia dari Thai
akan merosot kerana barang-barang Thai relatifnya lebih mahal. Oleh itu ringgit akan
naik nilai dan bath akan turun nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

113 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E,dengan kadar pertukaran RM2.00 = 100 bath. Jika
diandaikan harga eksport barang Malaysia lebih murah, maka permintaan ringgit
meningkat dan permintaan bath merosot. Kemerosotan permintaan bath ditunjukkan
oleh pergerakan keluk permintaan wang bath dari DoDo ke DiDi. Pada masa yang
sama, rakyat Thai akan menawarkan bath untuk mendapatkan ringgit, maka keluk
penawaran bath akan berubah dari SoSo ke SiSi. Keseimbangan baru pada titik Ei iaitu
RM 1.00 = 100 bath. Didapati ringgit naik nilai dan bath turun nilai.

iv. Corak pertumbuhan ekonomi

Jika pertumbuhan ekonomi sangat bergantung kepada barang-barang import, ini


menyebabkan permintaan terhadap wang asing juga akan meningkat. Misal: jika
Malaysia banyak bergantung kepada Britain untuk pembangunan ekonominya, maka
permintaan pound akan meningkat. Oleh itu pound naik nilai dan ringgit jatuh nilai.
Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah:

114 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada titik E, dengan kadar pertukaran RM5.00 = 1.00 Pound. Jika
pertumbuhan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada barang-barang import dari
Britain, maka permintaan terhadap pound akan meningkat. Oleh itu keluk permintaan
pound akan meningkat dari DoDo ke DiDi. Keseimbangan baru pada Ei, dengan kadar
pertukaran baru iaitu RM5.80 = 1.00 Pound.

v. Perubahan dalam cita rasa masyarakat

Jika cita rasa masyarakat tempatan cenderung menggunakan barang-barang yang


diimport, maka permintaan wang asing akan meningkat. Kadar pertukaran mata wang
asing akan meningkat atau mata wang asing naik nilai dan mata wang tempatan jatuh
nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

115 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada titik E dengan kadar pertukaran RM3.60 = 1 US dollar. Jika
penduduk Malaysia lebih gemar menggunakan barang import dari US, ini menyebabkan
permintaan US dollar akan meningkat dari DoDo ke DiDi. Keseimbangan baru ialah
pada Ei dengan kadar pertukaran RM4.00 = 1 US dollar. Dollar naik nilai dan ringgit
jatuh nilai.

vi. Inflasi

Inflasi domestik bererti barang tempatan lebih mahal secara relatif berbanding dengan
barang import. Oleh itu penggunaan barang import tinggi. Ini menyebabkan permintaan
wang asing juga tinggi. Maka, nilai mata wang asing meningkat dan mata wang
tempatan jatuh nilainya. Analisisnya adalah sama seperti dalam faktor yang ke (v).

5.10.4 Kesan Kadar Pertukaran Terhadap Imbangan Pembayaran (IB)

Sistem kadar tukaran yang diamalkan boleh mempengaruhi keadaan Imbangan


Pembayaran (IB) sesebuah negara, iaitu ia boleh membawa IE menjadi seimbang atau
sebaliknya menjadi tidak seimbang.

i. Kadar Tukaran Bebas dan Imbangan Pembayaran

Melalui kadar pertukaran bebas, IB cenderung menjadi seimbang. Sistem ini berupaya
untuk membuat pembetulan secara automatik sekiranya wujud lebihan atau kurangan
dalam IB. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

116 

 
Keterangan rajah:

DW dan SW ialah permintaan dan penawaran terhadap mata wang dollar US.
Keseimbangan asal pada titik E, dengan kadar tukaran RM2.00 = 1 US dollar. Pada titik
E juga, ia menerangkan bahawa permintaan dollar oleh penduduk Malaysia untuk
mengimport adalah sama dengan penawaran dollar oleh penduduk US untuk
mengimport barang-barang dari Malaysia. Oleh itu import US sama dengan eksportnya,
begitu juga dengan Malaysia eksportnya sama dengan input. Maka dalam keadaan ini
kedua-dua Imbangan Pembayaran adalah seimbang.

Sekarang andaikan import Malaysia dari US meningkat. Oleh itu permintaan terhadap
dollar meningkat. Keluk permintaan dollar bergerak ke kanan dari Dw ke Dwi. Berlaku
lebihan permintaan dollar dan IB US mengalami lebihan (jarak EE), manakala IB
Malaysia mengalami masalah kurangan. Lebihan permintaan dollar menyebabkan nilai
dollar naik dan ini menyebabkan harga barang-barang import dari US menjadi lebih
mahal. Akibatnya permintaan barang-barang dari US akan merosot, ini ditunjukkan oleh
pergerakan dari titik Ei ke E2. Pada masa yang sama, barang-barang Malaysia secara
relatifnya menjadi lebih murah. Oleh itu penduduk Amerika akan lebih banyak
mengimport barang-barang dari Malaysia. Ini juga bererti penduduk Amerika akan
menawarkan dollar untuk mendapatkan ringgit. Import US yang meningkat dari
Malaysia ditunjukkan oleh pergerakan dari titik E ke E2 iaitu di sepanjang keluk
penawaran dollar. Maka akan wujud keseimbangan baru pada titik E2 di mana RM3.80

117 

 
= 1US dolar. Pada titik ini permintaan dollar kembali sama dengan penawaran dollar
atau IB Malaysia dan Amerika kembali seimbang.

Sekarang, andaikan pula import Malaysia dari US merosot, bererti permintaan dollar
oleh penduduk Malaysia merosot, maka keluk permintaan dollar turun dari Dwo ke Dwi.

Keterangan rajah:

IB Malaysia mengalami lebihan dan IB US mengalami kurangan iaitu ditunjukkan oleh


jarak EF. Kekurangan permintaan dollar menyebabkan nilai dollar turun dan nilai ringgit
naik. Maka, sekarang barang-barang US lebih murah dalam sebutan ringgit.
Permintaan terhadap barang-barang US meningkat atau import Malaysia dari US akan
meningkat, ia ditunjukkan oleh pergerakan dari titik E ke E3. Pada masa yang sama
barang-barang Malaysia relatifnya lebih mahal dalam sebutan dollar. Oleh itu import US
dari Malaysia akan merosot, ditunjukkan oleh pergerakan dari titik F ke E3. Pada titik
E3, permintaan dollar kembali sama dengan penawaran dollar. Oleh itu IB kedua-dua
negara kembali seimbang. Kita dapati bagi sistem kadar pertukaran bebas ia berupaya
membaiki IE secara automatik supaya menjadi seimbang di kalangan negara-negara
yang berdagang.

ii. Kadar tukaran tetap dan imbangan pembayaran

Kadar tukaran tetap tidak membantu untuk menjadikan IB seimbang. Ini disebabkan
oleh tindakan kerajaan untuk mengekalkan kadar pertukaran yang telah ditetapkan.
Kerajaan terpaksa menjual atau membeli mata wang negara berkenaan bagi
mengekalkan kadar tukaran yang ditetapkan itu. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di
bawah:

118 

 
Keterangan rajah:

Sekiranya kadar tukaran bebas diamalkan. Keseimbangan yang wujud ialah pada titik
E, di mana RM3.00 = 1 US dollar. Jika kadar tukaran ditetapkan pada RM3.80 = 1 US
dollar, ini bererti, kerajaan Amerika telah menetapkan dollar lebih tinggi dari nilai
pasaran. Pada kadar tukaran ini, ringgit menjadi murah dan dollar menjadi mahal. Oleh
itu penawaran dollar adalah lebih tinggi berbanding permintaan dollar (jarak ab).
Permintaan dollar yang rendah bererti permintaan barang-barang US juga merosot.
Maka IB US defisit dan IB Malaysia mengalami lebihan. Sepatutnya apabila penawaran
dollar melebihi permintaan dollar, nilai dollar akan turun. Tetapi untuk mempertahankan
kadar tukaran yang telah ditetapkan itu, bank pusat Amerika akan membeli lebihan
penawaran dollar yang ada di pasaran dengan menggunakan simpanan ringgit dari
rizab antarabangsanya. Tindakan ini menyebabkan IB US terus defisit dan IB bayaran
Malaysia terus mengalami lebihan.

Jika Amerika menetapkan kadar tukaran yang baru pula iaitu RM1.00 = 1 US dollar,
bererti kadar tukaran ini lebih rendah dari kadar tukaran yang ditetapkan oleh pasaran.
Pada kadar tukaran yang baru ini, permintaan dollar melebihi penawaran dollar (jarak
cd). Permintaan dollar yang tinggi bererti permintaan barang-barang US oleh penduduk
Malaysia adalah tinggi. Maka US mengalami lebihan dalam IB dan Malaysia mengalami
kurangan atau defisit dalam Imbangan bayarannya. Sepatutnya apabila permintaan
dollar melebihi penawaran dollar, nilai dollar naik, tetapi untuk mempertahankan kadar
tukaran ini, bank pusat Amerika akan menjual dollar di pasaran. Oleh itu keadaan IB di
kedua-dua negara akan kekal tidak seimbang. Oleh itu kita dapati Kadar tukaran tetap
tidak berupaya membaiki kurangan atau lebihan dalam Imbangan pembayaran.

119 

 
5.10.5 Kadar Tukaran Dan Harga Domestik

Perubahan dalam Kadar tukaran turut memberi kesan kepada harga domestik.
Misalnya, Kadar tukaran di antara ringgit dan bath merosot, bererti ringgit menjadi
murah. Oleh itu bagi penduduk Malaysia, import dari Thailand semakin mahal. Jika
kemajuan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada Thailand atau negara yang
lain, maka kos untuk mengimport dan juga kos pengeluaran dalam ekonomi domestik
menjadi semakin mahal. Akibatnya pengeluar akan mengurangkan penawaran. Oleh itu
penawaran agregat akan merosot dan harga akan meningkat. Analisa ini ditunjukkan
dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E, harga barang-barang domestik pada asalnya Po. Jika
Kadar tukaran merosot, import menjadi mahal, kos pengeluaran meningkat, maka
penawaran agregat merosot dari ASo ke ASi. Kesannya harga barang-barang domestik
meningkat ke Pi. Pad a mas a yang sama jika Kadar tukaran merosot, barang-barang
Malaysia relatifnya lebih murah dalam sebutan wang asing, kesannya eksport Malaysia
meningkat. Pendapatan penduduk Malaysia akan meningkat. Dengan pendapatan yang
tinggi ini, penduduk Malaysia cenderung menggunakan barang-barang yang diimport
pula. Oleh itu permintaan agregat akan meningkat lagi dari ADo ke ADi. Jika penawaran
agregat tetap pada ASo, harga domestik akan naik dari Po ke Pi. Tetapi jika
penawaran agregat juga merosot, maka harga naik lebih tinggi lagi iaitu dari Po ke P2.

120 

 
5.10.6 Kadar Pertukaran Berubah Dan Dasar Kewangan

Dasar kewangan turut memberi kesan kepada ekonomi di bawah kadar tukaran
berubah. Andaikan ekonomi berada di bawah guna tenaga penuh dan kerajaan
melaksanakan dasar kewangan mengembang, iaitu menambahkan bekalan wang.
Akibatnya kadar bunga domestik akan jatuh. Dengan kadar bunga yang rendah,
pelaburan dalam bentuk surat-surat berharga dan dana dalam negara akan merosot.
Sebaliknya pelabur tempatan akan membeli surat berharga dari luar negara yang
menawarkan pulangan yang lebih tinggi. Oleh itu penawaran ringgit bertambah untuk
ditukarkan dengan mata wang asing. Pada masa yang sama pelabur dana dari luar
negara kurang melabur di dalam ekonomi domestik. Kedua-dua situasi ini
menyebabkan kadar pertukaran wang asing meningkat atau nilai wang asing naik dan
nilai wang tempatan turun. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E, iaitu 100 bath = RM 1. Jika dasar kewangan mengembang
dilaksanakan, penawaran wang dalam ekonomi meningkat, kadar bunga jatuh, pelabur
sekuriti kurang membeli bon tempatan, sebaliknya permintaan bon asing meningkat.
Untuk mendapatkan wang asing, pelabur tempatan akan menawarkan ringgit. Oleh itu
keluk penawaran ringgit bergerak ke kanan dari SoSo ke SiSi. Pada mas a yang sama
pelabur sekuriti asing dan dana juga kurang melabur dalam negara kerana kadar
pulangan yang rendah. Mereka kurang meminta ringgit. Oleh itu keluk permintaan
ringgit akan bergerak ke bawah dari Dwo ke Dwi. Keseimbangan baru pada Ei.
Sekarang didapati 50 bath = RM 1.00, iaitu bath naik nilai dan ringgit jatuh nilai. Tetapi
121 

 
kuantiti ringgit yang diurusniagakan tidak berubah iaitu 5 juta juga kerana kita andaikan
perubahan dalam penawaran ringgit adalah sama dengan perubahan permintaan
ringgit. Jumlah ringgit yang diurusniagakan akan berubah jika jarak perubahan keluk
penawaran dan permintaan ringgit adalah berbeza. Sebaliknya jika dasar kewangan
menguncup dilaksanakan, bererti bekalan wang berkurang, kadar bunga akan naik.
Pelabur sekuriti tempatan dan luar negara akan banyak membeli sekuriti dalam negara.
Ini bererti permintaan ringgit meningkat. Kesannya nilai ringgit naik dan nilai wang asing
akan merosot.

5.10.7 Kadar Tukaran Berubah Dan Dasar Fiskal

Dasar fiskal juga memberi kesan terhadap kadar pertukaran mata wang asing.
Andaikan kerajaan melaksanakan dasar fiskal kurangan dengan memotong cukai.
Kesannya pendapatan boleh guna meningkat. Oleh itu sebahagian dari pendapatan
digunakan untuk membeli barang-barang import. Permintaan wang asing meningkat
dan penawaran ringgit juga meningkat. Akhirnya kita dapati ringgit jatuh nilai dan mata
wang asing naik nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E dengan 100 bath = 1 RM. Permintaan dan penawaran
ringgit asal ditunjukkan oleh Dwo dan Swo. Andaikan dasar fiskal kurangan
dilaksanakan dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan. Bila cukai dikurangkan,
pendapatan boleh guna akan meningkat, import turut meningkat. Permintaan mata
wang asing meningkat, maka penawaran ringgit meningkat dari Swo ke Swi. Pada
masa yang sama permintaan ringgit merosot dari Dwo  Dwi. Oleh itu Bath naik nilai
di mana keseimbangan bam pada titik E1 dengan kadar tukaran 50 bath = 1.00 RM.

122 

 
Pada masa yang sama bila pendapatan boleh guna meningkat, permintaan wang dalam
negeri turut meningkat. Jika bekalan wang tidak berubah, kadar bunga akan naik. Ini
mendorong pelabur untuk membeli sijil-sijil berharga dalam negara, maka permintaan
mata wang tempatan akan naik. Oleh kerana nilai ringgit naik, eksport akan berkurang
dan import meningkat. Oleh itu PN akan menguncup.

5.10.8 Kadar Tukaran Alternatif

Selain dari kadar tukaran tetap dan kadar tukaran bebas, terdapat beberapa jenis atau
kaedah perlaksanaan dalam kadar pertukaran mata wang asing.

i. "adjustable peg"

Kadar tukaran ditetapkan dalam satu tempoh tertentu (5 tahun atau lebih), bergantung
kepada kesesuaian dasar tersebut dengan keperluan ekonomi. Dalam tempoh ini urus
niaga yang berlaku sama seperti dalam kadar tukaran tetap. Kadar ini boleh juga
diubah sekiranya negara tersebut memikirkan perlu untuk berbuat demikian. "Adjustable
peg" dibuat bergantung kepada keadaan import di sesebuah negara. Jika import terus
meningkat, mungkin kerajaan boleh menurunkan nilai mata wang at au devaluasi.

ii. "Dirty floating"

Kadar tukaran dibiarkan bebas, tetapi kerajaan akan campur tangan dari masa ke
semasa untuk mengawal kadar tukaran mata wang asing. Kerajaan boleh campur
tangan sama ada mengubah kedudukan kadar tukaran yang sedia ada atau melakukan
perubahan terhadap kadar bunga. Melalui kedua-dua cara ini akan terdapat perubahan
dalam pola permintaan wang. Misalnya, jika kadar bunga dinaikkan, pelabur luar akan
meminta mata wang tempatan bagi melabur dalam sijil-sijil berharga domestik.

iii. "Crawling peg"

Sistem ini berada di an tara "dirty float' dan "adjustable peg" Perbezaannya ialah
campur tangan kerajaan adalah lebih kerap dalam menentukan kadar tukaran yang
ada. Tetapi perubahan yang dibuat adalah dalam kadar yang kecil.

iv. "Joint float"

Sekumpulan negara akan menetapkan kadar tukaran yang sama ada kadar tukaran
ditetapkan atau "adjustable" di kalangan ahli mereka, tetapi kadar ini dibiarkan bebas
(float) dengan negara yang tidak menjadi ahli mereka.

v. "Exchange rate band"


123 

 
Melalui kaedah ini kadar tukaran dibiarkan bebas, tetapi kerajaan akan memerhati pola
pergerakan kadar tukaran mata wang asing supaya tidak berubah terlalu tinggi atau
rendah dari kadar tukaran tertentu yang telah ditetapkan. Kerajaan akan menetapkan
kadar maksima di mana mata wang tersebut boleh "fluctuate". Jika turun naik kadar ini
lebih tinggi atau rendah dari yang ditetapkan, maka kerajaan akan campur tangan.
Sistem ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah:

Rajah di atas menunjukkan kedua-dua had tertinggi dan terendah di mana perubahan
dalam kadar tukaran boleh berlaku. Dalam tempoh a menunjukkan kerajaan tidak
campur tangan, ringgit cenderung naik. Dalam tempoh b, kerajaan campur tangan bila
ringgit merosot dengan menjual dan membeli ringgit.

5.11 PERTUMBUHAN MAMPAN (SUMBANGAN SEKTOR INDUSTRI)

Adalah diharapkan perkembangan pesat sektor industri akan dapat memajukan


perkembangan ekonomi negara dari segi peranannya dalam penyerapan guna tenaga
negara, keluaran negara, pendapatan dan eksport negara. Berbanding sektor pertanian
yang merupakan sektor yang begitu penting kepada ekonomi negara untuk sekian
lama, didapati perkembangan dan sumbangan sektor perindustrian ternyata semakin
penting dan menggalakkan.

GUNA TENAGA

Pada tahun 1970, daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia yang ada, cuma 9.5%
sahaja terdapat dalam sektor perindustrian, berbanding lebih 52% dalam sektor
124 

 
pertanian. Bagi seluruh Malaysia pada tahun 1980, peratus guna tenaga di sektor
pembuatan ini ialah 15.7% dan secara umumnya terus meningkat setiap tahun
sehingga kepada 27.6% pada tahun 2000 dan 27.9% pada tahun 2003. Manakala
sumbangan sektor pertanian terus berkurangan. Sektor perindustrian mencatatkan
pertumbuhan ekonomi yang tinggi telah menyumbangkan kira-kira satu perempat
daripada jumlah guna tenaga dan mewujudkan hampir 60% daripada guna tenaga baru
dalam tempoh RMK 6. Permintaan buruh yang tinggi dalam sektor ini dengan kadar
9.0% setahun dalam tempoh RMK6, telah menyebabkan wujudnya kurangan buruh di
setiap peringkat operasi daripada pengeluaran sehingga ke buruh mahir. Penggunaan
teknologi moden semakin meningkat terutamanya di kilang-kilang baru. Walau
bagaimanapun, peralihan kepada teknologi yang lebih meluas adalah perlahan
disebabkan oleh kos modal yang tinggi, kekurangan tenaga mahir dan ketiadaan mesin
atau peralatan di pasaran tempatan.

KELUARAN NEGARA

Dibandingkan dengan sektor pertanian, sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK


pada tahun 1960 adalah jauh lebih kecil, iaitu cuma 9% berbanding 38% bagi sektor
pertanian. Pada tahun 1985, dianggarkan sumbangan KDNK sektor perindustrian
hanya dalam lingkungan 1.1% poin lebih rendah daripada sumbangan sektor pertanian,
iaitu 19.7% berbanding 20.8%. Mulai tahun 1990 kepentingan sektor perindustrian
dalam KDNK mengatasi sumbangan sektor pertanian. Pada tahun 1990 sumbangannya
26.9% berbanding 18.6% bagi sektor pertanian, manakala pada tahun 2000 peratusnya
terus meluncur kepada 33.4%. Nyatalah kadar pertumbuhan tahunan purata sektor
perindustrian adalah sentiasa lebih tinggi daripada sektor pertanian.

Daripada sejumlah RM1,307 juta KDNK sektor perindustrian daripada keseluruhan


KDNK negara pada tahun 1970, didapati negeri-negeri Selangor, Johor, Perak dan
Pulau Pinang telah menyumbangkan sebahagian besar KDNK perindustrian negara.
Daripada jumlah tersebut RM586 juta (44.4%) datangnya dari Selangor sahaja dan
RM166.7 juta (12.8%) dari Johor. Pada tahun 1980, daripada sumbangan sektor
industri sebanyak RM8 932 juta, RM13 672 juta (41.1%) datangnya dari Selangor
(termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), RM1 399 juta (15.7%) dari Pulau
Pinang dan diikuti oleh Johor. Sektor perindustrian di Selangor, Johor dan Pulau Pinang
terus berperanan dalam menyumbangkan sebahagian besar KDNK sektor perindustrian
negara pada tahun 1990.

EKSPORT

Keluaran perkilangan negara telah meningkat secara purata setinggi 9.7% di antara
tahun 1963-68 dan kadarnya terus meningkat kepada 13.4% di antara tahun 1968-73.

125 

 
Walaupun pertumbuhannya hanya pada kadar 11.0% di antara tahun 1973-78, namun
dilihat dari segi keseluruhan, kadar ini adalah agak tinggi dan memuaskan. Lebih
menggalakkan lagi kadar pertumbuhan eksport sektor ini telah meningkat hampir dua
kali ganda daripada 6.7% di antara tahun 1963-68 kepada 12.0% di an tara tahun 1968-
73 dan sekali lagi dua kali ganda kepada 24.7% di antara tahun 1973-78. Kemelesetan
ekonomi dunia telah menjejaskan tingkat kedua-dua kadar (keluaran dan eksport)
tersebut. Walau bagaimanapun, pemulihan ekonomi yang bermula sejak pertengahan
tahun 1980-an telah membaiki keadaan ini.

Peranan sektor perkilangan kepada eksport negara semakin bertambah penting.


Daripada sumbangannya 9.5% pada tahun 1966, ia terus meningkat kepada hampir
22% pada tahun 1980, Menjelang tahun 2000 dan 2003, masing-masing 85.2% dan
83% daripada jumlah eksport datangnya dari sektor perkilangan. Di antara berbagai-
bagai jenis perusahaan ternyata pada peringkat permulaan perindustrian, industri
makanan dan barang petroleum memainkan peranan terpenting daripada keseluruhan
eksport perindustrian. Namun kematangan peringkat perindustrian telah mengubah
keadaan ini. Didapati kepentingan industri makanan dan barang petroleum telah
menurun dan sebaliknya industri-industri yang mengeluarkan barangan mesin, elektrik
dan elektronik menjadi semakin penting. Sejak tahun 1980 sehingga tahun 1990-an,
separuh (lebih) daripada eksport perkilangan datangnya daripada barang mesin,
perkakas elektrik dan elektronik. Ini menunjukkan bahawa perindustrian jentera dan
alatan elektrik bukan sahaja menjadi semakin penting dalam penyerapan guna tenaga,
bahkan kepentingannya juga semakin diperkuat dengan sumbangan yang besar dalam
eksport. Dilihat dari segi kepentingan eksport perkilangan negara sedang membangun
(NSM) pada tahun 1965, didapati daripada keseluruhan eksport perkilangan NSM,
21.5% daripadanya datang dari Hong Kong, manakala Malaysia hanya
menyumbangkan 1.5% pada tahun tersebut. Walau bagaimanapun menjelang tahun
1975, peratus bahagian eksport ini bagi Malaysia telah meningkat kepada 2.0%.
Walaupun angka dan kenaikan ini agak kecil tetapi ia cukup bermakna bagi
perkembangan industri dan eksport perindustrian Malaysia.

Di antara tahun 1970-76, eksport barang-barang kayu dan perabot Malaysia adalah
yang terbesar, iaitu 24.1% daripada keseluruhan eksport perkilangan NSM. Ini
menunjukkan Malaysia adalah pengeluar barang-barang perabot dan kayu yang
terbesar di kalangan NSM.

126 

 
SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan keadaan pembangunan ekonomi Malaysia semasa


‘PENGGANTIAN IMPORT”

2. Bincangkan keadaan pembangunan ekonomi Malaysia semasa ‘ORIENTASI


EKSPORT”

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran mata wang


asing.

127 

 
BAB 6
IMBANGAN PEMBAYARAN (BOP)
 

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :
 
 
1. Memahami cara-cara pengiraan imbangan
pembayaran.
2. Memahami akaun yang terdapat dalam imbangan
pembayaran.
 
 
6.0 Pengenalan

Imbangan pembayaran ialah satu rekod sistematik yang mencatatkan nilai aliran masuk
dan keluar barang-barang, perkhidmatan dan pergerakan modal antara negara. Catatan
setiap item dalam Akaun BOP (Balance Of Payment) penting untuk dikawal kerana ia
memberikan petunjuk mengenai keadaan ekonomi semasa sesebuah negara.

6.1 Komponen Utama BOP

i. Akaun Semasa

ii. Akaun Modal

i. Akaun Semasa

Akaun Semasa mencatatkan aliran masuk dan keluar wang melalui aktiviti eksport dan
import barang-barang, perkhidmatan dan bayaran pindahan bersih antara negara.
Perbezaan antara nilai eksport dan import barang-barang nampak dinamakan sebagai
Imbangan Perdagangan. Jika eksport melebihi import, imbangan perdagangan
dikatakan positif. Sebaliknya jika import melebihi eksport, Imbangan perdagangan
dikatakan negatif. Eksport dan import melibatkan urus niaga barang-barang secara

128 
 
fizikal sahaja yang biasanya meliputi hasil perindustrian dan perkilangan, hasil
pertanian, hasil-hasil perlombongan dan sebagainya.

Perbezaan eksport dan import perkhidmatan dinamakan Imbangan Perkhidmatan.


Eksport dan import perkhidmatan juga dikenali sebagai eksport dan import barang-
barang tak nampak. Jika eksport perkhidmatan melebihi nilai import perkhidmatan,
akaun Imbangan perkhidmatan bernilai positif. Sebaliknya, jika import perkhidmatan
melebihi eksport perkhidmatan, imbangan perkhidmatan menjadi negatif.

Akaun bayaran pindahan bersih mencatatkan perbezaan penerimaan bayaran pindahan


dari luar negara berbanding dengan pembayaran bayaran pindahan ke luar negara.
Bayaran pindahan dilakukan oleh kerajaan dan juga pihak swasta. Contoh bayaran
pindahan ialah bantuan kewangan atau material yang dibuat antara negara, hadiah
antara kerajaan dan swasta atau apa-apa sumbangan yang berlaku antara negara.
Bayaran pindahan juga disebut sebagai "unilateral transfers".

Imbangan dari ketiga-tiga akaun tadi iaitu Imbangan Perdagangan, Imbangan


Perkhidmatan dan Bayaran Pindahan bersih dikenali sebagai Akaun Semasa.
Biasanya, Malaysia mengalami defisit akaun semasa disebabkan akaun perkhidmatan
yang selalu negatif. Oleh sebab itu, usaha-usaha perlu dibuat supaya akaun
perkhidmatan menjadi lebih positif. Misalnya, mengurangkan perbelanjaan perjalanan
ke luar negara, mengurangkan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara dan
mengurangkan penggunaan khidmat pengangkutan dari negara asing. Contoh akaun
semasa ditunjukkan di bawah:

Eksport barang & Import barang

A. Imbangan Perdagangan

Eksport perkhidmatan & Import


perkhidmatan

B. Imbangan perkhidmatan

C. Bayaran pindahan bersih

129 
 
A+B+C Akaun Semasa

ii. Akaun Modal

Di bahagian akaun modal ia terdiri dari 3 akaun iaitu i. Akaun aliran modal jangka
panjang, ii. akaun aliran modal jangka pendek dan iii. Akaun perubahan rizab Bank
Negara.

i. Aliran modal jangka panjang:

ialah pergerakan modal yang berlaku antara kerajaan dengan kerajaan dalam jangka
panjang dan pelaburan korporat/swasta dalam jangka panjang. Pergerakan modal
antara kerajaan dalam jangka panjang dikenali juga unjuran modal rasmi. Ia meliputi
pinjaman dan bayaran antara badan-badan kerajaan negara berkenaan dengan negara
lain. Manakala pelaburan korporat meliputi penanaman modal langsung, pelaburan
berbentuk pembelian saham atau simpanan jangka panjang dalam mata wang negara
lain. Perbezaan antara modal jangka panjang yang diterima dari luar negara dengan
modal jangka panjang yang dibayar ke luar negara dinamakan Imbangan Modal Jangka
Panjang. Apabila nilainya positif bererti lebih banyak modal jangka panjang yang
diterima dari luar negara berbanding dengan pembayaran yang dibuat ke luar negara.
Campuran di antara akaun Imbangan akaun semasa dengan Imbangan modal jangka
panjang dinamakan Imbangan Asas.

ii. Aliran modal jangka pendek:

Terdiri dari aliran kewangan pihak swasta dalam jangka pendek. Ia dibezakan kepada 3
jenis iaitu i. aliran kewangan oleh bank-bank perdagangan, ii. aliran kewangan badan-
badan kewangan lain. dan iii. aliran kewangan yang tidak dapat dikesan atau
direkodkan (dicatat di bawah "kesilapan dan ketinggalan"). Contoh aliran modal jangka
pendek, misalnya: rakyat Malaysia melabur di luar negara dengan membeli saham-
saham bernilai 100 juta dalam tempoh kurang dari setahun. Aliran i. dan ii dikenali juga
sebagai modal swasta bersih.

Jika Akaun Modal ditambahkan dengan Akaun Semasa akan diperoleh Imbangan
Keseluruhan. Imbangan Keseluruhan boleh positif atau negatif. Jika Imbangan
Keseluruhan positif, ia akan diseimbangkan oleh Akaun Rizab Bank Negara. Sebaliknya
jika negatif, ia juga akan diseimbangkan oleh Akaun Rizab Bank Negara. Oleh sebab

130 
 
itu, akaun rizab bank negara juga dikenali sebagai Akaun Penyelesaian Rasmi atau
"Official Settlement Account". Di mana akhirnya akaun Imbangan Bayaran akan
sentiasa menunjukkan baki kosong atau sentiasa seimbang. Oleh sebab itu, kita dapati
dari segi catatan sahaja akaun BOP sentiasa seimbang walaupun dari segi praktikalnya
ia tidak seimbang.

iii. Akaun perubahan rizab Bank Pusat

Akaun ini berperanan untuk mengimbangkan akaun BOP. Akaun ini dapat dibahagikan
kepada 3 jenis iaitu i. Akaun emas dan mata wang asing, ii. Akaun hak pengeluaran
khas (SDR), dan iii. Akaun simpanan untuk tabung kewangan antarabangsa (IMF). Jika
aktiviti perdagangan antarabangsa menguntungkan atau negara lebih banyak
menerima pendapatan dari luar, maka imbangan keseluruhan akan mencatatkan nilai
positif. Andaikan lebihan Imbangan Keseluruhan ialah +50 bilion. Maka nilai ini akan
dicatat positif dalam imbangan keseluruhan. Tetapi ia akan dicatat negatif dalam Akaun
Rizab Bank Negara. Nilai 50 bilion ini mungkin telah disimpan dalam ketiga-tiga akaun
di bawah Rizab Bank Negara. Andaikan 30 bilion dalam emas dan mata asing, 10 bilion
dalam SDR dan 10 bilion dalam IMP. Contoh imbangan pembayaran ditunjukkan dalam
jadual berikut:

+ Eksport barang 100

- Import barang 80

A. Imbangan Perdagangan 20
+ Eksport perkhidmatan 80
- Import perkhidmatan 110

B. Imbangan Perkhidmatan -30


C. Bayaran Pindahan Bersih -10
D. = A + B + C + Akaun Semasa -20
E. Aliran modal jangka panjang 50
+ Aliran modal rasmi 10

+ Pelaburan swasta 40

F. = D + E Imbangan Asas +30


G. Aliran modal jangka pendek
+ Modal swasta bersih 10

+ Kesilapan dan ketinggalan 10

131 
 
20

H. Imbangan Keseluruhan +50


I. Perubahan Rizab Bank Negara -50
Emas dan wang asing +30

SDR +10

IMF +10

Imbangan Pembayaran 0

Dari contoh di atas, kita dapati lebihan RM50 bilion dalam akaun Imbangan
Keseluruhan telah diimbangkan oleh RM50 bilion juga dalam akaun Rizab Bank
Negara.

Adakah Imbangan Pembayaran Selalu Seimbang?

Pada hakikatnya BOP selalu tidak seimbang. Ini bererti Imbangan Keseluruhan
mungkin negatif atau positif. Tetapi disebabkan oleh peranan Akaun Rizab Bank
Negara. Maka kita dapati dari segi catatan sahaja akaun ini akan sentiasa menunjukkan
baki kosong. Tiada lebihan atau kurangan dalam BOP. Contohnya, Jika imbangan
keseluruhan mencatatkan baki positif 50 bilion tadi, maka Akaun Rizab Bank Negara
akan menunjukkan baki negatif 50 bilion juga. Sebaliknya jika akaun Imbangan
Keseluruhan baki positif 50 bilion, maka Akaun Rizab Bank Negara akan menunjukkan
negatif 50 bilion. Punca utama mengapa akaun BOP selalu menjadi negatif atau defisit
ialah disebabkan Imbangan perkhidmatan yang selalu negatif terutamanya dalam
konteks Malaysia. Imbangan pembayaran Malaysia selalu negatif disebabkan oleh
Imbangan Perkhidmatan yang negatif. Ini kerana Malaysia lebih banyak menggunakan
perkhidmatan dari luar negara, misalnya aktiviti melancong keluar negara, melanjutkan
pelajaran keluar negara, menggunakan khidmat perunding luar negara, menggunakan
khidmat pengangkutan kapal asing, menyewa kapal terbang asing dan sebagainya.

Kesan Buruk Jika BOP Sentiasa Negatif

BOP yang negatif bererti imbangan keseluruhan yang negatif. Keadaan ini
menimbulkan kebimbangan kepada sesebuah negara kerana:

i. Kehabisan rizab asing

132 
 
Apabila aliran wang keluar melebihi aliran wang masuk, ini bererti rakyat tempatan lebih
banyak menggunakan rizab asing untuk membeli barang atau menggunakan
perkhidmatan negara luar. Mata wang asing, lama kelamaan akan kehabisan stok. Ini
menyebabkan negara tidak mempunyai keupayaan untuk mengimport terutamanya
untuk barangan perlu.

ii. Mengelakkan pinjaman luar negara

Apabila stok mata wang asing berkurangan, kerajaan terpaksa meminjam dari badan-
badan kewangan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia,
Tabung Pembangunan Asia dan sebagainya. Ini boleh meningkatkan hutang negara.
Tambahan pula pinjaman yang dibuat akan dikenakan kadar bunga.

iii. Memburukkan kadar pertukaran mata wang asing

Permintaan terhadap mata wang asing yang tinggi dan stok mata wang asing yang
berkurangan akan menyebabkan kerugian kepada kadar pertukaran mata wang asing.

Situasi ini bererti rakyat tempatan lebih banyak mengimport atau menggunakan barang
import. Oleh itu, mata wang tempatan akan turun nilai (depreciate) berbanding mata
wang asing. Kenaikan nilai mata wang asing akan menyebabkan harga barang-barang
import menjadi lebih mahal dan boleh menyebabkan masalah inflasi dalam negeri.

iv. Kesan buruk ke atas guna tenaga

Import barang luar yang tinggi juga menyebabkan barang tempatan akan kurang
diminta. Oleh itu, pengeluaran barang domestik akan terjejas. Ini menyebabkan
pengeluar tempatan akan mengurangkan pekerja mereka. Ini boleh menimbulkan
masalah pengangguran dalam negara.

v. Kesan buruk yang berterusan ke atas Imbangan Pembayaran

Import yang tinggi, menyebabkan mata wang tempatan turun nilai. Harga barang import
meningkat. Ini menimbulkan masalah inflasi domestik. Masalah inflasi dalam negara
akan menyebabkan orang ramai terus menggunakan barang luar negara kerana barang
import relatifnya menjadi lebih murah. Pelabur juga akan kurang berminat melabur
dalam negara. Suasana ini akan menyebabkan aliran keluar wang dan modal secara
berterusan. Oleh itu, ia akan memburukkan lagi keadaan Imbangan Pembayaran yang
sedia ada.

Cara-cara Membaiki Imbangan Pembayaran Yang Defisit

Imbangan pembayaran boleh menjadi defisit disebabkan oleh Akaun Semasa atau
Akaun Modal. Sekiranya keadaan defisit berterusan maka langkah-Iangkah kawalan
harus dilakukan.
133 
 
i. Menggunakan cadangan emas dan mata wang asing

Sekiranya BOP mengalami defisit, kerajaan boleh menggunakan langkah sementara


iaitu membiayai lebihan permintaan wang asing melalui stok emas dan juga mata wang
asing yang ada dalam simpanan di Bank Negara. Tetapi langkah ini adalah sementara
sahaja atau bersifat jangka pendek kerana stok rizab asing akan semakin kurang dan
kehabisan bekalan.

ii. Menggunakan kadar pertukaran tetap

Jika BOP sentiasa menunjukkan keadaan yang defisit, maka kerajaan boleh campur
tangan dengan menetapkan harga mata wang negara tersebut berbanding dengan
mata wang negara lain. Misalnya jika import dari US semakin meningkat, kerajaan
Malaysia boleh menetapkan ringgit berbanding US dolar. Misalnya RM3.80 = 1 $US. Ini
membuatkan nilai ringgit tidak berubah berbanding dengan mata wang US. Oleh itu jika
masih ada peningkatan import atau penggunaan perkhidmatan negara luar, maka
permintaan mata wang asing ini akan dibekalkan oleh kerajaan. Langkah ini juga boleh
menyebabkan bekalan rizab kehabisan stok. Tetapi ia agak baik kerana nilai mata wang
tempatan tidak akan turun lebih rendah lagi dan barang tempatan relatifnya lebih murah
pada pandangan rakyat Amerika. Oleh itu, urus niaga dapat dilakukan dengan lebih
teratur dan dapat dikawal.

iii. Mengehadkan import

Bererti tindakan kerajaan mengurangkan import. Ia boleh dilaksanakan dengan


mengenakan cukai import atau tarif dan mengenakan kuota. Tarif akan menaikkan
harga barang-barang yang diimport dan memberikan hasil kepada kerajaan. Tarif
sangat berkesan jika permintaan barang import sangat anjal. Ini bererti dengan
kenaikan harga yang sedikit sahaja, permintaan barang import akan turun dengan
banyak. Kuota ialah tindakan mengehadkan jumlah barang yang boleh diimport. Ini
boleh mengurangkan permintaan terhadap mata wang asing. Kerajaan juga boleh
mengenakan Embargo. Iaitu mengharamkan langsung barang-barang tertentu dari
diimport.

iv. Kawalan ke atas pertukaran mata wang asing

Kawalan ini boleh dikenakan terhadap pengimport dan pengeksport. Kerajaan melalui
bank pusat bertindak sebagai monopoli kepada pengawal mata wang asing. Sekiranya
pengimport ingin membeli barang-barang dari luar negara, mereka mesti mendapat
kebenaran dari pihak kerajaan melalui Bank Negara. Bank Negara boleh mengawal
jumlah barang yang diimport dan mata wang asing yang diminta. Manakala
pengeksport pula mestilah menyerahkan mata wang asing yang diperoleh kepada Bank
Negara. Ini membolehkan Bank Negara mengawal bekalan mata wang asing yang

134 
 
diterima dari luar negara. Dengan kuasa ini Bank Negara boleh menyekat jumlah wang
keluar dan masuk ke dalam negara mengikut keperluan ekonomi domestik.

v. Menaikkan kadar bunga

Kerajaan boleh menaikkan kadar bunga domestik. Tindakan ini boleh menarik pelabur-
pelabur dana masuk ke dalam negara, terutamanya pelabur jangka pendek yang
sentiasa cuba mendapatkan keuntungan secara cepat. Simpanan dalam negara
memerlukan mereka meminta mata wang tempatan. Ini adalah langkah untuk
menambahkan rizab mata wang asing dalam negara.

vi. Melaksanakan dasar deflasi

Iaitu dasar penguncupan dalam permintaan agregat. Bila dasar ini dilaksanakan bererti
polisi fiskal lebihan dan polisi kewangan menguncup dilaksanakan. Oleh itu, jumlah
wang yang beredar dalam negeri akan berkurangan. Maka kuasa beli akan
berkurangan. Oleh itu, import juga akan berkurangan.

vii. Menggalakkan eksport

Ini satu langkah yang baik iaitu dengan menggalakkan pengeluaran barang dalam
negeri dan juga untuk tujuan eksport. Untuk menggalakkan pengeluaran dan untuk
tujuan eksport, kerajaan perlu memberi insentif berupa subsidi dan mengurangkan tarif
eksport. Ini penting supaya barang-barang domestik relatifnya menjadi lebih murah di
pasaran antarabangsa. Di samping itu pengeluar tempatan juga perlu meningkatkan
kecekapan supaya kos pengeluaran dapat diminimumkan. Ini akan memastikan harga
barang-barang yang dijual tidak tinggi dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

viii. Melaksanakan dasar devaluasi

Devaluasi ialah langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang tempatan berbanding
dengan mata wang asing. Biasanya langkah ini merupakan pilihan terakhir. Devaluasi
akan menyebabkan nilai mata wang tempatan menjadi lebih murah. Oleh itu eksport
barang dan perkhidmatan menjadi lebih murah pada pandangan negara luar. Misalnya
Kadar tukaran ringgit dan US$ dolar ditetapkan pada RM3.80 = 1 US$ dolar. Jika
kerajaan menurunkan nilai ringgit sebanyak 1 ringgit maka, sekarang RM4.60 = 1 US$
dolar. Ini menyebabkan ringgit lebih murah. Tujuannya ialah untuk menggalakkan
eksport dan pada masa yang sama mengurangkan import kerana mata wang US
menjadi bertambah mahal.

Keberkesanan Langkah-Iangkah Membaiki BOP Yang Defisit

1. Kelemahan menggunakan cadangan emas dan mata wang asing

135 
 
Langkah ini hanya berkesan dalam jangka pendek dan bersifat sementara. Ini kerana
stok em as dan rizab asing akan berkurangan. Ini akan mengurangkan kuasa
mengimport untuk masa depan. Langkah ini juga akan menimbulkan masalah
kekurangan penawaran wang dalam negeri. Ini kerana rakyat tempatan lebih banyak
membeli mata wang asing. Mereka menawarkan ringgit dan pada masa yang sama
rizab akan berkurangan. Pengurangan penawaran wang akan menyebabkan
permintaan domestik merosot. Seterusnya jualan barang tempatan akan merosot.

2. Kelemahan menggunakan kadar pertukaran rasmi

Cara ini juga memerlukan penjualan stok emas dan rizab asing untuk mengekalkan
kadar pertukaran yang telah ditetapkan. Lama kelamaan bekalan rizab akan kurang
atau habis. Ini akan menimbulkan masalah kepada negara untuk mengimport barang-
barang perlu dari luar negara. Selain itu ia akan berjaya jika negara lain tidak
menetapkan kadar pertukaran yang bam. Jika negara lain turut mengambil tindakan
yang sama, maka kadar pertukaran rasmi kurang berkesan. Misalnya kadar asal ialah
RM4.80 = 1 US$ dolar. Andaikan Malaysia tetapkan kadar tukaran rasmi pada kadar
RM3.80 = 1 US$ dolar.

Jika US merendahkan nilai mata wangnya kepada RM3.80 = 0.79 US$ dolar, maka
kadar pertukaran berbalik seperti kedudukan asal. Selain dari itu tidak ada polisi
antarabangsa yang mewajibkan negara yang mengalami lebihan dalam BOP untuk
mengurangkan aliran masuk emas dan rizab asing ke dalam negaranya. Polisi ini juga
menyebabkan pengaliran berterusan stok emas dan rizab. Ini berlaku sekiranya import
masih tinggi maka emas dan rizab asing terpaksa dijual untuk membiayai import. Oleh
itu penawaran wang dalam negeri kurang, permintaan domestik turun dan pengeluaran
barangan dalam negara akan merosot.

3. Kelemahan menggunakan sistem kawalan pertukaran

Kesukaran untuk mendapatkan kerjasama pengeksport untuk menyerahkan emas dan


rizab asing kepada pihak berkuasa kewangan. Begitu juga dengan pengimport, mereka
akan berurusan dengan pihak lain yang boleh memberikan kadar pertukaran yang lebih
murah dari yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini akan menggalakkan perniagaan mata
wang negara secara haram atau "pasar gelap". Selain dari itu sukar untuk membuat
pengawasan terhadap kaedah ini.

4. Kelemahan menaikkan kadar bunga

Biasanya apabila kadar bunga simpanan dinaikkan, maka kadar bunga pinjaman juga
terpaksa dinaikkan untuk memperoleh keuntungan. Ini menyebabkan minat untuk
meminjam dan melakukan pelaburan akan berkurang. Kekurangan pelaburan boleh
menjejaskan perbelanjaan agregat dan pendapatan negara.

136 
 
5. Kelemahan menggunakan tarif

Tarif akan menyebabkan barang yang diimport menjadi lebih mahal. Jika barang yang
diimport penting kepada ekonomi atau permintaannya tidak anjal, maka permintaan
akan tetap dilakukan. Ini mendorong kepada wujudnya masalah inflasi dalam negara.
Selain itu dasar ini hanya akan berjaya jika negara lain tidak mengambil langkah yang
sama. Jika mereka berbuat demikian, maka langkah ini tidak memberi apa-apa kesan
terhadap harga eksport dan import.

6. Kelemahan dasar deflasi

Dasar deflasi bererti mengurangkan perbelanjaan agregat dengan cara melaksanakan


polisi fiskal lebihan dan polisi kewangan menguncup. Jika perbelanjaan agregat kurang,
permintaan terhadap barang domestik akan berkurang. Ini menjejaskan pengeluaran
barang. Seterusnya akan mengakibatkan pengurangan bilangan pekerja atau
pembuangan pekerja-pekerja. Ini boleh menimbulkan masalah pengangguran dalam
negara. Masalah pengangguran yang serius akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara. Selain dari itu dasar ini juga memerlukan masa untuk menjadi
berkesan. Kadang-kadang polisi yang dibuat tidak menepati dengan masalah yang
berlaku dalam negara.

7. Kelemahan dasar devaluasi

Kejayaan dasar ini bergantung kepada beberapa perkara: akan berjaya sekiranya
negara lain tidak melaksanakan dasar yang sama. Jika negara lain juga melaksanakan
dasar yang sama, maka tindakan devaluasi tidak akan .bermakna, kerana kadar
pertukaran tidak akan berubah. Sekiranya negara lain tidak melaksanakan devaluasi,
penawaran barang dalam negara untuk tujuan eksport mestilah anjal. Iaitu negara mesti
berupaya untuk mengeluarkan barang yang dikehendaki oleh negara luar. Jika negara
tidak berkemampuan untuk mengeluarkan barang untuk tujuan eksport, maka devaluasi
juga tidak akan berjaya.

1. a. Terangkan komponen-komponen utama sebuah rekod akaun semasa.

b. Pada pendapat anda apakah yang menyebabkan akaun semasa boleh menjadi
negatif?

2. a. Dengan menggunakan contoh anda sendiri tunjuk dan terangkan komponen utama
sebuah rekod imbangan pembayaran.

b. Apakah imbangan pembayaran selalu seimbang? Apakah peranan yang


dimainkan oleh akaun penyelesaian rasmi?

137 
 
3. a. Terangkan beberapa langkah yang boleh digunakan untuk membaiki Imbangan
Pembayaran.

b. Nyatakan secara kritis kelemahan langkah-Iangkah yang anda telah cadangkan.

4. a. Apakah yang dimaksudkan dengan devaluasi?

b. Terangkan beberapa faktor yang boleh menjamin kejayaan langkah ini dalam
membaiki imbangan pembayaran yang defisit.

SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan 3 akaun modal.


2. Bincangkan cara-cara membaiki imbangan pembayaran yang defisit.
3. Mengapa sesebuah Negara bimbang sekiranya imbangan pembayaran
Negara dalam keadaan negatif.

138 
 
BAB 7

PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :
 
1. Memahami sejarah pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi Nagara Malaysia
2. Memahami peranan sektor-sektor ekonomi serta
sumbangannya terhadap ekonomi Negara
3. Memahami kriteria dan kategori penduduk-penduduk
di Malaysia 
 
 
7.1 EKONOMI MALAYSIA : SEJARAH DAN PERUBAHAN

PERTANIAN merupakan asal dan asas ekonomi hampir keseluruhan negara di dunia
ini. Akan tetapi, akibat perubahan masa, struktur ekonomi ini telah berubah dengan
memasukkan sektor perindustrian dan sektor-sektor yang lain. Perubahan struktur ini
boleh berlaku sama ada secara sengaja atau secara sendiri (Zulkifli 1992: 3-4).
Perubahan ini dikatakan secara sengaja apabila melalui proses yang dirancang oleh
kerajaan bagi tujuan pencapaian sesuatu matlamat. Sebaliknya, perubahan juga boleh
berlaku tanpa dirancang tetapi berubah mengikut peredaran masa, suasana
sosioekonomi, sosiopolitik, dan kualiti dan kuantiti sumber semasa yang ada (Zulkifli
1992: 4).

Perubahan ini kerap difahamkan sebagai kemajuan dan pembaikan ekonomi sesebuah
negara. Di kebanyakan negara maju sekarang, kekuatan ekonominya banyak
mendapat sumbangan daripada sektor perindustrian. Bab ini akan membincangkan
sejarah perkembangan ekonomi Malaysia dengan tumpuan kajian pada era awal
kemerdekaan. Antara tajuk-tajuk perbincangan ialah ciri-ciri ekonomi, sektor ekonomi,
kesan ekonomi penjajah, kemajuan dan perubahan-perubahan ekonomi yang berlaku
sehingga kini.

139 

 
7.2 SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA

Jika dihalusi daripada fakta sejarah, kegiatan ekonomi di Semenanjung Malaysia dalam
bentuk pertanian bercucuk tanam dan penternakan telah bermula sejak dari zaman
logam (iaitu 2500 tahun dahulu) lagi. Oleh itu, dalam membincangkan sejarah
perkembangan ekonomi Malaysia, maka ia akan bertitik tolak dari zaman logam
sehinggalah ke era moden kini. Dengan mengambil kira tempoh liputan tersebut, maka
beberapa peringkat perkembangan dapat dikenal pasti yang secara umumnya boleh
dibahagikan kepada beberapa era, iaitu era prapenjajahan, era penjajah, era
kemerdekaan, dan era baru kini.

1. Era prapenjajahan

Pergantungan hidup kepada bercucuk tanam dan penternakan menandakan


bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan an tara satu dengan
lain yang dijelmakan melalui perdagangan. Bahan galian seperti bijih timah dan besi;
barang perhiasan seperti emas, manik dan tembikar; dan bahan makanan seperti
beras, daging dan sayuran mula diperdagangkan. Akibat daripada perdagangan,
beberapa pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang luar wujud seperti di
Guar Kepah dan Pengkalan Bujang (Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), dan Kuala
Selinsing (Perak).

Kegiatan ekonomi bertambah rancak dengan tertubuhnya beberapa buah kerajaan


Melayu tua seperti kerajaan Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang. Kerajaan
Kedah Tua juga menjadi pelabuhan antarabangsa dengan kapal-kapal dari India, Asia
Barat, dan negara China singgah berlabuh. Penulis-penulis India menamakan
Semenanjung Malaysia ketika itu sebagai Bumi Emas (suvarnabumi). Kerajaan Kedah
Tua yang wujud pada kurun Masihi kelima terus berkembang sehingga kurun ke-14.

Pembukaan Melaka oleh Parameswara telah membuka lembaran baru dalam sejarah
politik dan ekonomi Semenanjung Malaysia'. Para sejarawan menganggarkan bahawa
Parameswara (atau nama Islamnya Iskandar Shah) mula berkerajaan di Melaka pada
kira-kira penghujung abad ke-14 (Zainal Abidin A. Wahid, et. al1988:33).

Dengan pentadbirannya yang lebih tersusun, Melaka menjadi masyhur dengan kegiatan
perdagangan dan jajahannya pada satu ketika pernah merangkum kawasan sehingga
ke sebahagian kepulauan Indonesia. Melaka menguasai rantau Nusantara dengan
kegiatan perdagangan rempah dan lain-lain barang dagangan. Melaka menjadi
pelabuhan entrepot Timur-Barat. Pedagang dari Timur terdiri daripada pedagang China,
Jepun dan Indo China; manakala pedagang dari sebelah Barat pula terdiri daripada
pedagang Arab, Mesir, Turki, benua India, dan Burma.

140 

 
Dari segi aktiviti pertanian, penanaman padi dan tanaman lain termasuk kelapa, pisang
dan buah-buahan dijalankan secara tradisional dan secara kecil-kecilan. Kegiatan
ekonomi umumnya didapati melalui gotong-royong, buruh keluarga dan sebahagiannya
ada yang melalui tenaga kerahan (Ishak dan Jama 1992:1).

Hasil negara biasanya diperoleh daripada cukai yang dikenakan terhadap barang
perdagangan dan hasil pengeluaran pertanian yang biasanya dipungut oleh pembesar
negeri atau golongan bangsawan. Cukai yang dikenakan ke a as pedagang teratur dan
berbeza mengikut kawasan. Pedagang-pedagang dari sebelah Barat dikenakan cukai
enam peratus, manakala pedagang-pedagang dari sebelah Timur tidak dikenakan
cukai, sebaliknya dikenakan membawa hadiah. Manakala pedagang-pedagang Melayu
Melaka sendiri dikenakan tiga peratus (Zainal Abidin A. Wahid, et. aI1988:54).

2. Era Penjajahan

Emas, rempah, kain dan teh ialah antara barang-barang yang diminati di Eropah.
Pedagang dari Tanah Arab dan Mesir banyak membeli barang-barang ini dari Melaka
untuk dijual di Eropah. Kemakmuran dan kepesatan ekonomi di samping kedudukan
yang strategik iaitu di tengah-tengah jalan laut Timur-Barat menimbulkan keinginan
kuasa Eropah itu untuk meninjau secara lebih dekat dan seterusnya menguasai
kekayaan tersebut. Portugis membuka langkah dengan membawa armadanya ke
Melaka.

Tahun 1511 merupakan titik bermulanya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu dan
berlanjutan selama 446 tahun iaitu sehingga tarikh mencapai kemerdekaan, 31 Ogos
1957. Penjajahan selama 446 tahun ini melibatkan empat negara penjajah iaitu
Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun.

Portugis yang mempelopori penjajahan Tanah Melayu bermula 1511 berlanjutan


selama 130 tahun. Belanda menjajah Tanah Melayu pada tahun 1641 sehingga 1824.
Penjajahan kedua-dua kuasa asing ini bertujuan untuk mengaut keuntungan
perdagangan di Tanah Melayu khususnya perdagangan rempah. Penjajahan selama
313 tahun oleh kedua-dua kuasa asing ini kurang meninggalkan kesan kepada ekonomi
kecuali penerusan aktiviti yang telah sedia ada, kerana mereka tidak bertindak
mengeksploitasi sumber secara besar-besaran.

Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 membuka era penjajahan British di Tanah
Melayu. Ini bermakna bermulalah perubahan yang besar dalam ekonomi hasil daripada
campur tangan British ke atas hal ehwal ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu.
Sesungguhnya kedatangan British amat bermakna dalam mengubah struktur ekonomi
dan politik Tanah Melayu.

141 

 
Inggeris menguasai Negeri-negeri Tanah Melayu tidak dengan kekerasan atau
peperangan sebaliknya secara diplomasi melalui sistem penasihat. Melalui cara ini
kuasa pemerintahan sedikit demi sedikit terlucut daripada raja yang memerintah.
Apabila Inggeris berjaya memerintah negeri ini, maka segala hasil mahsul Tanah
Melayu dibolot oleh penjajah Inggeris. Dengan penjajahan Inggeris, maka bermulalah
era penjajahan yang lebih bermakna ari segi ekonomi dan politik negara ini.

Untuk memastikan segala kekayaan Tanah Melayu dikuasai sepenuhnya, maka


Inggeris telah melaksanakan beberapa dasar yang akan lebih memudahkan
pengeksploitasian sumber kekayaan negara ini. Bagi membolehkan penguasaan tanah
pertanian, Inggeris telah memperkenalkan 'Sistem Torrens' yang membolehkan tanah
didaftarkan di bawah pemilik tertentu (sistem geran). Akibatnya, penduduk tempatan
kehilangan tanah, kerana sebelum ini mereka bebas menjalankan kegiatan pertanian
dengan membuka mana-mana tanah yang belum diterokai lagi. Dengan sistem ini,
Inggeris telah berjaya mewujudkan sistem perladangan bagi tanaman getahnya.

Dalam bidang perlombongan, dengan keupayaan modal yang mereka miliki, sedikit
demi sedikit sektor perlombongan beralih tangan kepada pemodal-pemodal bangsa
mereka. Pada peringkat awalnya, aktiviti perlombongan di Tanah Melayu dikuasai oleh
pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut dan Hilir
Perak, Raja Busu II Selangor, dan Dato' Kelana di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
Namun lama-kelamaan penguasaan mereka menjadi minoriti. Begitu juga dengan
penguasaan pelombong Cina. Pada tahun 1930-an, para pemodal Inggeris melalui
agensi pengurusannya telah menguasai lebih 65 peratus daripada jumlah keluaran
timah dan lebih daripada 75 peratus kawasan perladangan getah di negara ini (lihat
Ishak Hari dan Jomo K.S., 1990:8), dan peratus ini terus meningkat sehingga negara
merdeka.

Dibandingkan dengan era penjajahan sebelumnya, maka era penjajahan Inggeris ini
lebih banyak membawa perubahan dalam struktur ekonomi negara. Inggerislah yang
telah bertanggungjawab memperkenalkan tanaman baru seperti getah dan kelapa
sawit, serta sistem pengurusan baru pertanian secara estet. Kegiatan pertanian
Malaysia berkembang pesat dan ini mendorong Inggeris untuk membawa masuk buruh-
buruh asing dari benua India dan China untuk mengusahakan pertanian secara
perladangan yang kebanyakannya dimiliki oleh mereka dan juga sektor perlombongan.

Pengimportan buruh asing - China dan India di samping memesatkan sektor


perladangan dan perlombongan, ia juga telah menandakan bermulanya sejarah baru
struktur penduduk negara ini dengan menjadi negara majmuk yang mengandungi tiga
etnik utama - Melayu, Cina dan India sehinggalah sekarang.

142 

 
Sektor pembuatan pula pada era itu hanya merangkum aktiviti peringkat ringan, yang
sebahagian besarnya merupakan pengganti import, termasuk simen, bata, bahan
minuman dan makanan, tembakau, tayar, kasut dan sabun (Jadua11.1).

3. Era kemerdekaan

Era ini meliputi periode transisi, periode kemerdekaan, dan periode selepas beberapa
tahun kemerdekaan.

Pada era inilah buat kali pertama kerajaan memperkenalkan satu rancangan ekonomi
yang lebih teratur dengan nama Rancangan Pembangunan Ekonomi yang pertama
(RPE 1) atau juga dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama yang meliputi tahun
1956-60. Pada era transisi ini juga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
ditubuhkan (1956) yang bertujuan untuk mengatasi masalah petani yang kekurangan
tanah di samping meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga petani.

Pada tahun 1961, RPE 2 pula dilancarkan. Namun kedua-dua RPE masih memberi
tumpuan kepada sektor pertanian yang merupakan tunjang ekonomi Malaysia pada
ketika itu.

4. Era baru kini

Selepas lebih kurang satu dekad, ekonomi Malaysia mengalami suatu perubahan yang
mendadak iaitu apabila berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang
berlaku ini dipercayai ekoran daripada wujudnya ketidakseimbangan dalam pelbagai
aspek khususnya ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Maka sejak
itu, beberapa dasar telah dilancarkan oleh kerajaan yang bermula daripada Dasar
Ekonomi Baru (DEB) sehinggalah kepada Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan
Dasar Wawasan Negara (OWN).

7.3 SEKTOR-SEKTOR EKONOMI

143 

 
Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor yang dibahagikan
kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, kedua, dan ketiga. Pembahagian sektor ini
adalah berdasarkan bentuk aktiviti yang terlibat.

Setiap satu daripada tiga sektor ekonomi tersebut melibatkan asas kegiatan serta
keluaran yang berbeza.

1. Sektor pertama

Kegiatannya lebih kepada kegiatan ekonomi peringkat awal yang kurang atau tidak
melibatkan pemprosesan. Contoh sektor ekonomi yang tergolong dalam sektor pertama
ialah tanaman, penternakan dan perikanan, perhutanan dan perlombongan, dan kuari.
Secara umumnya, subsektor tanaman, perhutanan, penternakan dan perikanan kerap
disebut sebagai sektor pertanian.

Barang keluaran sektor pertama ini terdiri daripada keluaran pertanian dan bahan
mentah yang biasanya perlu diproses terlebih dahulu sebelum dapat digunakan.
Contohnya, kayu balak perlu diproses di kilang untuk dijadikan papan. Begitu juga
dengan kelapa sawit atau bijih timah, hanya boleh digunakan setelah diproses.

2. Sektor kedua

Kegiatan sektor kedua pula melibatkan kegiatan ekonomi yang kebanyakannya


merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Sektor ini lebih bersifat pemprosesan ke
atas bahan mentah keluaran sektor pertama atau barang separuh siap bagi
pengeluaran barang siap atau separuh siap yang lain. Proses penukaran bahan
mentah atau barang separuh siap kepada barang siap atau separuh siap yang lain
biasanya disebut sebagai kegiatan pembuatan. Dua kegiatan ekonomi yang tergolong
dalam sektor ini ialah sektor pembuatan dan sektor pembinaan. Sektor pembuatan
juga dikenali sebagai sektor perindustrian atau perkilangan.

3. Sektor ketiga

Kegiatan sektor pertama dan kedua memang jelas menghasilkan barang. Walau
bagaimanapun, tidak semestinya setiap kegiatan ekonomi menghasilkan barang yang
dapat dilihat atau dipegang. Ada kegiatan ekonomi wujud hanya dalam bentuk
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Sektor yang terlibat dalam menghasilkan
perkhidmatan ini tergolong dalam sektor ketiga. Kegiatan sektor ini merangkum bidang-
bidang seperti pentadbiran, pertahanan, kemudahan asas dan pengangkutan.

144 

 
Sektor ini juga boleh dipecahkan kepada beberapa subsektor yang lain. Di Malaysia,
pembahagiannya boleh diringkaskan kepada tiga subsektor:

1. Perkhidmatan pengeluar:

(a) pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan

(b) kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

2 Perkhidmatan awam:

(a) perkhidmatan kerajaan

(b) elektrik, gas dan air

3 Perkhidmatan-perkhidmatan lain:

(a) perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran

(b) perkhidmatan sosial, perkhidmatan sukarela dan kebajikan, perkhidmatan swasta


tanpa untung dan perkhidmatan rumah tangga

Daripada pembahagian ini, secara kasarnya boleh diandaikan bahawa sektor pertama
ialah sektor yang mewarisi sektor tradisional, manakala sektor kedua dan ketiga pula
ialah sektor moden.

Sekiranya ditinjau dari segi sejarah, sektor pertama merupakan asas pembangunan
ekonomi negara. Sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK)
sehingga awal tahun 1960-an adalah melebihi sektor-sektor lain. Dari segi sumbangan
guna tenaga pula, tidak ada sektor yang dapat menandingi keupayaannya sehingga
pada awal tahun 1980-an. Keunggulan sektor ini dari segi sumbangan kepada eksport
negara berkekalan sehingga separuh masa kedua dekad 1980-an (rujuk Jadual 1.2).

7.4 CIRI-CIRI EKONOMI PADA MASA PENJAJAHAN

Topik ini akan membincangkan beberapa ciri pertumbuhan ekonomi yang menjadi
tunjang ekonomi penjajah. Kita telah sedia maklum setiap penjajah termasuk Inggeris
hanya berminat untuk memajukan sektor atau bahagian-bahagian ekonomi yang boleh
memberi keuntungan langsung jangka pendek kepada bangsa dan negara ibundanya,
tanpa memberi perkiraan yang sewajarnya kepada rakyat negara yang dijajah. Minat
penjajah yang sedemikian, telah mewujudkan beberapa ciri ekonomi, antaranya
kemajuan dan pembangunan penanaman getah secara perladangan, perkembangan

145 

 
perlombongan bijih timah, tumpuan kepesatan infrastruktur, kepesatan pengeluaran
bahan mentah, dan ekonomi dualisme.

1. Perladangan getah

Awal abad ke-20, ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang cepat dengan
bantuan kemajuan perusahaan getah, khususnya yang ditanam secara perladangan.
Menjelang kemerdekaan, seluas 800 000 hektar tanah telah ditanam dengan getah
secara perladangan, berbanding dengan 700 000 secara kebun keci1. Getah pada
masa itu menyumbangkan lebih daripada 50% kepada eksport kasar negara.

2. Kegiatan perlombongan

Kegiatan perlombongan bijih timah telah bermula sebelum Inggeris menjajah negara ini
lagi. Kegiatan perlombongan ini mulai berkembang pesat dalam tahun 1880-an dan
bertambah pesat lagi dengan kemasukan buruh-buruh asing Cina.

3. Kepesatan infrastruktur

Dengan kegiatan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah yang rancak dan
menguntungkan, penjajah Inggeris telah menyediakan Tanah Melayu dengan
kemudahan infrastruktur ekonomi yang begitu pesat jika dibandingkan dengan tanah
jajahan Inggeris yang lain. Penyediaan infrastruktur ini berkait rapat dengan aktiviti
perekonomian mereka. Perkembangan perlombongan bijih timah menggalakkan
pembinaan jalan kereta api misalnya antara Taiping dan Port Weld, Kuala Lumpur dan
Kelang serta Seremban dan Port Dickson. Di Pantai Barat, jalan-jalan kereta api
diteruskan untuk tujuan perkembangan penanaman getah. Begitu juga seterusnya
dengan perkembangan jalan raya yang ada di Pantai Barat. Jalan raya yang mula-mula
dibina ialah antara Prai dan Melaka. Bersama-sama dengan perkembangan
infrastruktur ini, pekan dan bandar-bandar kecil turut tumbuh di antara jaringan jalan-
jalan tersebut.

4. Pengeluaran bahan mentah

Pihak Inggeris lebih mengutamakan pengeluaran bahan mentah, khususnya getah dan
bijih timah untuk tujuan dieksportkan ke negara ibundanya iaitu Britain. Pembelian
bahan mentah adalah lebih murah dan ini menguntungkan dari segi aliran tunai
kerajaan Britain. Sebaliknya daripada bahan mentah ini, negara Britain memprosesnya
menjadi barang siap dan separuh siap dan dieksport semula sebahagiannya ke Tanah
Melayu. Dengan amalan ini kerajaan Britain telah mendapat untung dua kali; iaitu harga
beli bahan mentah yang murah dan harga jual barang siap / separuh siap yang lebih
tinggi. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah kerajaan Britain mahu terus mengekalkan

146 

 
Tanah Melayu sebagai negara pengeksport bahan mentah ke negaranya dan
pengimport barang siap dari negaranya.

5. Ekonomi dualisme

Sikap penjajah Inggeris yang mementingkan sektor ekonomi tertentu telah membawa
kesan kepada bentuk ekonomi yang ada di negara ini. Bahagian ekonomi yang
diutamakan bertambah maju dan moden manakala bahagian ekonomi yang diabaikan
ketinggalan dan terus dalam keadaan tradisional. Ekonomi dualisme ini wujud secara
begitu meluas. Contohnya dalam sektor pertanian wujud dualisme - iaitu an tara sektor
perladangan dan sektor pekebun kecil. Sektor perladangan wujud sifat-sifat
pertumbuhan, berintensif modal, pekerja mahir, pengurusan yang lebih teratur,
teknologi dan daya pengeluaran yang lebih tinggi, serta struktur gaji yang lebih teratur.
Manakala sektor pekebun kecil mempunyai ciri-ciri pertumbuhan yang lembap, modal
dan pengeluaran yang rendah, teknologi tradisional, pekerja kurang mahir, struktur gaji
tidak sempurna, wujudnya masalah infrastruktur dan masalah keluasan tanah yang
rendah.

7.5 PERUBAHAN DAN KEMAJUAN EKONOMI SEHINGGA KINI

Bahagian ini akan membincangkan beberapa perubahan dasar yang telah dijalankan
dan diperkenalkan oleh pemerintah serta kesan dan kemajuan. Kemajuan yang telah
dikecapi hasil daripada perubahan-perubahan dasar tersebut.

Pada bahagian yang lepas, kita telah pun membincangkan masalah-masalah dan
keburukan-keburukan ekonomi kesan daripada dasar ekonomi penjajah. Menyedari
hakikat keburukan-keburukan inilah, maka kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan
pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat melalui beberapa dasar dan
rancangan.

1. Rancangan pembangunan lima tahun

Rancangan ini merupakan satu dokumen yang menjelaskan tentang pencapaian usaha-
usaha pembangunan dalam lima tahun sebelumnya, matlamat -matlamat
pembangunan ekonomi yang ingin dicapai dalam lima tahun yang akan datang, dan
dasar-dasar ekonomi yang dijalankan untuk mencapai matlamat tersebut.

Rancangan pembangunan lima tahun yang pertama dilancarkan pada era transisi
kemerdekaan iaitu pada tahun 1956 yang lebih dikenali sebagai Rancangan Malaya
Pertama (1956-60). Ia diikuti oleh Rancangan Malaya kedua (1961-65). Selepas itu,

147 

 
rancangan ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia, iaitu daripada Rancangan
Malaysia Pertama (1966-70) sehingga Rancangan Malaysia Kelapan (2001-05).

2. Mempertingkatkan perkembangan sektor pertanian

Pemodenan sektor pertanian boleh mempertingkatkan daya pengeluaran dan


pendapatan petani dan pekebun kecil dan seterusnya meringankan masalah sektor
luar bandar. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengaplikasikan tiga dasar
pembangunan pertanian in-situ - iaitu mengembangkan dan memodenkan tanah
pertanian yang sedia ada; tanah pinggir (tanah terbiar) iaitu dengan menyatukan tanah-
tanah terbiar dan seterusnya ditanami dengan tanaman kekal seperti getah dan kelapa
sawit; dan mempergiatkan pembangunan tanah - iaitu pembukaan hutan untuk
pertanian seperti mana yang telah dijalankan oleh FELDA.

3. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

Pelbagai kegiatan ekonomi merangkum skop yang meluas; pelbagaian di sektor


pertama dan pengembangan sektor pembuatan.

a) Mempelbagaikan kegiatan sektor pertama

Pelbagaian di sektor pertama boleh dilihat dari segi pelbagaian mendatar dan menegak.
Pelbagaian mendatar berkait dengan penambahan jenis keluaran, dengan keluaran-
keluaran baru seperti kelapa sawit, koko, sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-
bungaan, gas asli dan sebagainya. Kelapa sawit misalnya, telah menjadi bertambah
penting kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Sumbangannya kepada eksport
kasar negara terus meningkat daripada 1.6% (1960) kepada 8.9% (1980) dan kini
Malaysia merupakan pengeksport minyak kelapa sawit terbesar dunia. Begitu juga
dengan gas asli, walaupun pengeluarannya hanya mula beroperasi pada awal tahun
1980-an, namun pada tahun 1990-an ini, sumbangannya kepada eksport negara jauh
melebihi daripada sumbangan bijih timah.

Pelbagaian secara menegak pula berkait dengan peningkatan nilai ditambah melalui
kegiatan pemprosesan, seperti getah asli diproses menjadi barang siap (tayar) untuk
dieksport. Kayu balak diproses menjadi . perabot dan bijih besi dijadikan bahagian
tertentu kereta nasional Proton.

b) Mengembangkan sektor pembuatan

Pelbagai kemudahan dan galakan telah disediakan oleh kerajaan bagi memajukan
sektor pembuatan supaya Malaysia tidak terlalu bergantung pada sektor pertanian.
Kemudahan infrastruktur, kawasan perindustrian, galakan fiskal dan kewangan
disediakan bagi sektor ini. Melalui galakan, kemudahan dan prospek pengembangan
148 

 
yang cerah, peringkat perindustrian Malaysia telah bergerak meluncur daripada
penggantian import, penggalakan eksport kepada pengusahaan industri berat.

Kedua-dua bentuk pelbagaian tersebut banyak memberi sumbangan kepada ekonomi


khususnya dari segi penstabilan dan perkembangan ekonomi negara.

4. Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dan kaum

Bermula daripada Rancangan Malaysia Kedua (RMK2), satu dasar baru yang dianggap
paling berkesan dan berani bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan kemajuan
antara wilayah dan kaum telah dilancarkan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah satu
strategi yang paling berkesan dan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah utama
negara, khususnya dari segi kemiskinan dan penyusunan masyarakat yang berbilang
kaum. Ternyata banyak perubahan yang telah dibawa di bawah dasar ini, dan
pelancarannya sebagai satu daripada usaha pembangunan yang seimbang adalah
memuaskan dan memadai. Selepas DEB, menyusul dasar-dasar lain seperti Dasar
Pertanian Negara (DPN), Pelan Induk Perindustrian (PIP), Dasar Perhutanan Negara,
Dasar Pembangunan Nasional dan dasar-dasar lain.

Dasar Pandang ke Timur yang ingin menjadikan rakyat negara ini tekun, rajin dan
bersungguh-sungguh seperti orang Jepun dan Korea bekerja, memberi kesan untuk
perubahan kepada hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan
kerajaan semata-mata. Sikap malas dan sikap suka mengharap dan meminta-minta
adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Sikap ini perlu diubah kepada sikap rajin dan
percaya pada kebolehan diri sendiri serta inginkan kemajuan.

5. Kemajuan ekonomi sehingga kini

Melalui pelbagai usaha pembangunan yang disebutkan di atas, setelah lebih kurang
empat abad Malaysia mencapai kemerdekaan, beberapa perubahan yang nyata wujud
ke atas corak kegiatan ekonomi dan keadaan masyarakat, seperti corak guna tenaga,
pertumbuhan keluaran, corak dan pertumbuhan eksport dan kestabilan ekonomi
negara.

Umumnya dari segi guna tenaga, Malaysia telah mencapai matlamat guna tenaga
penuh, kerana pengangguran pada dekad 1990-an ini mencapai kurang daripada 5%
setahun. Begitu juga guna tenaga dalam bidang-bidang ekonomi moden telah mula
diceburi oleh golongan bumiputera.

Pertumbuhan keluaran negara yang diukur oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
telah tumbuh secara memberangsangkan dalam lingkungan 8% setahun untuk dekad
149 

 
1990-an ini (kecuali pada akhir dekad 1990-an). \1aka dekad ini untuk setakat ini
dianggap sebagai dekad terbaik pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia,

Kadar pertumbuhan eksport juga terus berkembang dan menggalakkan. Dalam dekad
1990-an (kecuali pada tahun 1990 dan 1991), nilai eksport mencatatkan ke angka
melebihi RM100 bilion.

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia atau di ASEAN sendiri,


kedudukan ekonomi Malaysia adalah di an tara yang stabil sekali. Inflasi yang
melampau dan yang berlaku secara berterusan belum pernah terjadi lagi di Malaysia.
Inflasi yang berlaku di Malaysia adalah rendah dan terkawal.

Walaupun begitu, selepas tempoh tersebut, iaitu mulai tahun 1997 sehingga awal tahun
2000-an, ekonomi Malaysia mengalami keadaan muram akibat kesan kegawatan
ekonomi yang melanda khususnya negara ASEAN, KDNK menguncup, pengangguran
meningkat, nilai mata wang menurun, dan inflasi naik secara mendadak. Rancangan
Malaysia Kelapan yang dilancarkan pada tahun 2001 merupakan dasar dan strategi
sulung bagi memperbaiki dan menghadapi fenomena ekonomi dekad-dekad 2000-an
yang dijangka lebih mencabar lagi.

7.6 DASAR DAN STRATEGI EKONOMI MASA DEPAN

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8, 2001-2005) telah menggariskan dasar dan


strategi bagi mencapai pertumbuhan yang mapan berasaskan daya tahan dan daya
saing yang lebih kukuh selaras dengan prinsip Dasar Wawasan Negara. Selain itu,
RMK8 juga bertujuan untuk mengalihkan strategi pertumbuhan berasaskan input
kepada strategi berasaskan pengetahuan, meningkatkan produktiviti, mempercepat
penstrukturan semula sektor pembuatan dan perkhidmatan, mempergiat semula sektor
pertanian, dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi. RMK8 juga memberikan
keutamaan kepada? pembangunan manusia dan peningkatan teknologi. Penekanan
juga diberikan kepada sektor swasta untuk terus menerajui pertumbuhan ekonomi,
manakala sektor awam berperanan menyediakan rangka institusi dan infrastruktur yang
diperlukan. Di samping itu, RMK8 juga memberikan penekanan kepada pentingnya
pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang serta pencapaian matlamat
perpaduan nasional yang menjadi asas agenda pembangunan Malaysia.

150 

 
7.7 STRUKTUR PENDUDUK DAN GUNA TENAGA

JUMLAH penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 1830 dianggarkan seramai 0.5
juta orang sahaja berbanding dengan seratus tahun kemudiannya, iaitu pada tahun
1931 jumlahnya meningkat kepada 3.79 juta orang. Ini menunjukkan kadar peningkatan
yang sungguh tinggi (Kamaruddin Sharif 1982: 66). Keadaan ini wujud pertamanya
kerana kedatangan kaum Cina dan India yang dibawa masuk oleh orang Inggeris untuk
bekerja di ladang-Iadang dan lombong bijih timah di negara ini. Penghijrahan masuk
pendatang ini begitu pesat di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak. Faktor kedua
ialah kadar pertambahan semula jadi penduduk yang sedia ada agak tinggi.

Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi saiz penduduk sesebuah negara, iaitu
faktor kadar pertambahan semula jadi dan faktor migrasi. Faktor migrasi mengambil kira
pergerakan masuk (imigrasi) dan keluar (emigrasi) penduduk dalam sesuatu kawasan.
Perbezaan an tara kadar migrasi masuk (MM) dengan migrasi keluar (MK) dinamakan
kadar migrasi bersih (MB). Manakala faktor kedua, iaitu kadar pertambahan semula jadi
(N) merupakan perbezaan antara kadar kelahiran (KL) dengan kadar kematian (KM).
Pengaruh kedua-dua faktor tersebut menghasilkan kadar pertambahan penduduk
bersih (n), iaitu:

n = (KL - KM) + (MM - MK)

= N+MB

7.8 KELAHIRAN DAN KEMATIAN

Kelahiran dan kematian adalah perkara biasa bagi manusia. Setiap generasi yang baru
lahir ialah pengganti kepada generasi lama yang akan mati. Pada era awal kemajuan
ekonomi atau ketika ekonomi mundur, umumnya kadar kelahiran dan kematian adalah
tinggi. Kadar kelahiran yang tinggi kerap kali berkait dengan faktor nilai dan adat.
Masyarakat pada era ini lebih banyak berserah kepada takdir dan tidak kepada
perancangan hidup masa hadapannya. Kadar kematian yang tinggi pula berkait dengan
faktor kesihatan dan alam sekeliling; kekurangan penjagaan dan pencegahan penyakit
dan yang kemampuan untuk menghadapi bahaya alam sekeliling seperti bencana
alam yang lain.

Dalam ekonomi yang maju dan kemudahan kesihatan yang bertambah baik,
masyarakat mula mengalami perubahan tanggapan dan cita rasa dengan tidak mahu
beranak banyak. Di kalangan mereka yang berpelajaran tinggi, berpendapatan tinggi
dan bekerja, rata-rata lebih berminat untuk memiliki jumlah anak yang sedikit
berbanding dengan mereka yang kurang berpelajaran, berpendapatan rendah dan

151 

 
pekerjaan yang tidak stabil. Begitu juga masyarakat kota lebih berminat untuk memiliki
bilangan anak yang sedikit berbanding dengan masyarakat desa.

Di Malaysia, kemajuan ekonomi yang bertambah baik telah mempengaruhi kadar


kelahiran dan kematian yang bertambah kurang akibat daripada kemudahan dan
kesedaran kesihatan yang bertambah baik. Kadar kelahiran turun daripada 42.0 pada
tahun 1950 kepada 26.2 bagi per seribu penduduk pada tahun 1995. Begitu juga
dengan kadar kematian berkurangan daripada 15.8 kepada 4.4 pada tempoh yang
sama (Jadual 2.2). Walaupw1 kedua-dua faktor yang mempengaruhi pertambahan
penduduk ini bergerak pada arah yang sama, namun kadar pertambahan penduduk
semula jadi negara ini secara kasarnya berkurangan daripada 31.5% pada tahun 1955
kepada 20.0% pada tahun 2000.

Pada masa penjajahan Inggeris, pertambahan penduduk bersih (selain faktor kadar
pertambahan semula jadi) ban yak dipengaruhi oleh usaha Inggeris membawa masuk
penduduk luar khususnya dari negeri India dan China. Pada masa tersebut kemasukan
buruh ini dianggap sebagai kemasukan penduduk baru. Akan tetapi, pada masa kini
kemasukan buruh asing misalnya dari Indonesia, India, Bangladesh dan Myanmar tidak
dianggap sebagai faktor penyebab pertambahan penduduk bersih kerana kedatangan
mereka adalah atas tarafnya sebagai buruh asing dan tidak akan menjadi penduduk
desa ini. Oleh itu, faktor migrasi membawa kesan yang minimum kepada kedudukan
bersih penduduk di negara ini pada ketika ini. Dengan itu, faktor dominan ialah kadar
kelahiran dan kematian, sehingga kita boleh mengandaikan bahawa kadar
pertambahan penduduk semula jadi adalah menyamai (atau hampir sama) kadar
pertambahan penduduk bersih.

7.9 CIRI-CIRI PENDUDUK

Pola penduduk di Malaysia boleh dibahagikan mengikut beberapa ciri utama seperti:

1. Faktor tumpuan kawasan

Kebanyakan penduduk di negara ini tertumpu di Semenanjung Malaysia. Daripada


jumlah penduduk seramai 10.4 juta orang pada tahun 1970, 8.8 juta tinggal di
Semenanjung Malaysia, manakala bakinya 1.6 juta tinggal di Sabah dan Sarawak (lihat
Jadual 2.3). Ini menunjukkan angka yang terlalu kecil bagi Sabah dan Sarawak
berbanding jumlah keluasan tanahnya yang melebihi keluasan Semenanjung.
Kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia a alah hampir enam kali ganda
berbanding kepadatan penduduk di Sabah dan Sarawak pada tahun 1970 dan hampir
lima kali ganda pada tahun 1980, 1985, dan 1990 dan empat kali ganda pada tahun
1995 dan 2000. Kepadatan penduduk Malaysia pada tahun 2003 ialah 75.9 bagi setiap
kilometer persegi. Keadaan yang sama juga wujud di antara kawasan pantai barat
152 

 
Semenanjung dengan kawasan pantai timur Semenanjung. Ini juga ada kaitan dengan
kesan sejarah dan kemajuan ekonomi kawasan berkenaan.

Dari segi strata, daripada jumlah penduduk seramai 8.8 juta orang di Semenanjung
Malaysia pada tahun 1970, 71 % daripadanya tinggal di luar bandar. Ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar daripada penduduk Semenanjung masih tertumpu ke
kawasan-kawasan yang kurang moden dan memerlukan pembangunan. Walau
bagaimanapun, angka ini semakin menurun dengan adanya usaha-usaha
pembangunan kerajaan terutamanya usaha-usaha perbandaran dan perindustrian.
Usaha-usaha ini telah menunjukkan gerak balas yang positif sehingga menjelang tahun
1995 didapati daripada sejumlah penduduk Malaysia yang seramai 20.7 juta, 54.5%
telah mendiami kawasan-kawasan bandar (lihat Rancangan Malaysia ke-7).

2. Komposisi mengikut kaum

Sejak berlaku penghijrahan masuk buruh-buruh Cina dan India pada abad ke-19,
Malaysia mula menunjukkan ciri-ciri penduduk yang berbilang kaum. Pada tahun 1850,
penduduk Cina di Semenanjung Malaysia hanya berjumlah 62 700 orang (lihat Gayl D.
Ness; 1967: Table 11-3). Akan tetapi, menjelang tahun 1911 misalnya, daripada jumlah
penduduk Semenanjung Malaysia yang seramai 2.9 juta orang, 0.86 juta (29.3%) terdiri
daripada kaum Cina dan 0.44 juta (15.0%) adalah kaum India manakala selebihnya 1.6
juta (54.5%) terdiri daripada orang Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000,
peratus penduduk bumiputera (termasuk Melayu) telah meningkat semula kepada
66.1%, manakala peratus penduduk Cina turun kepada 25.3% dan India 7.4%. Kadar
pertambahan purata tahunan penduduk Melayu telah bertambah lebih besar daripada
kaum-kaum lain . .Antara tahun 1986-90, kadar pertambahan purata tahunan penduduk
kaum Melayu ialah 3.0% berbanding 1.5% bagi kaum Cina dan 1.9% bagi kaum India.

Kesimpulan dapat dibuat bahawa keseluruhan penduduk kaum Melayu tinggal di


kawasan luar bandar. Pada tahun 1970 misalnya, 63% daripada penduduk luar bandar
terdiri daripada kaum Melayu dan daripada jumlah keseluruhan orang Melayu, 85%
tinggal di luar bandar, manakala cuma 15% sahaja tinggal di bandar-bandar. Walau
bagaimanapun, angka-angka ini menunjukkan perubahan pada tahun-tahun berikutnya
Misalnya pada tahun 1985, daripada jumlah keseluruhan penduduk kaum. Melayu,
jumlah yang tinggal di luar bandar telah berkurang kepada 70% dan jumlah yang tinggal
di bandar telah meningkat kepada 30%.

153 

 
3. Jantina

Kita mengakui bahawa kebanyakan bayi yang lahir terdiri daripada bayi perempuan. Di
sana-sini kelahiran bayi perempuan kerap berlaku dan sedikit sekali bayi lelaki,
sehingga dikatakan bahawa setiap suri rumah mengharapkan kelahiran bayi lelaki.
Akan tetapi, mengikut data sebenar, didapati jumlah penduduk lelaki masih melebihi
penduduk perempuan (lihat Jadual 2.6). Pada tahun 1970, daripada jumlah penduduk
Malaysia seramai 10.939 juta, 5.546 juta (50.6%) adalah penduduk lelaki manakala
5.393 juta (49.3%) adalah penduduk perempuan. Pad a tahun 2003 pula, daripada
seramai 25.05 juta penduduk, 12.75 juta (50.9%) adalah penduduk lelaki dan 12.296
juta (49.1 %) adalah penduduk perempuan. Ini menunjukkan peratus yang semakin
meningkat bagi jumlah penduduk lelaki dan peratus yang menurun bagi penduduk
perempuan pada tempoh tersebut.

4. Struktur umur penduduk

Daripada jumlah penduduk yang melebihi 10 juta orang pada tahun 1970, hampir
44.5% daripadanya adalah golongan kanak-kanak yang tidak produktif iaitu berumur
kurang daripada 14 tahun, 3.3% adalah golongan tua yang berumur lebih 65 tahun,
manakala 52.2% adalah golongan produktif yang berada dalam lingkungan umur di
antara 15-64 tahun. Ini menunjukkan bahawa secara relatif, kebanyakan penduduk
Malaysia berada dalam lingkungan bawah umur (lihat Jadual 2.7). Sebahagian besar
penduduk berada pada julat 14 tahun (0-14), manakala bagi julat 50 tahun (15-65),
peratusnya hanya lebih sedikit daripada julat 14 tahun ini. Sepatutnya peratus itu
adalah tiga atau empat kali ganda lebih besar. Walau bagaimanapun, peratus golongan
tidak produktif bawah umur ini menurun kepada 33.2% pada tahun 2003.

Struktur umur penduduk seperti ini akan memberi kesan kepada peruntukan
perbelanjaan kerajaan terutama dari segi kemudahan kesihatan dan pelajaran. Dalam
RMK1, sejumlah RM54.6 juta atau 15% daripada jumlah RM365.0 juta diperuntukkan
khas untuk pendidikan rendah, iaitu untuk golongan bawah umur ini. Ini tidak termasuk
perbelanjaan untuk pendidikan menengah yang sebahagian besarnya juga adalah
untuk golongan ini (lihat Jadua12.8).

7.10 TENAGA BURUH DAN GUNA TENAGA

Tenaga buruh merujuk kepada penduduk dalam lingkungan umur bekerja, iaitu di
antara 15-64 tahun (Jabatan Perangkaan, 1971: 6), sama ada yang bekerja (guna
tenaga) atau yang menganggur. Walau bagaimanapun, had umur yang digunakan

154 

 
dalam menentukan seseorang itu tergolong sebagai tenaga buruh atau bukan tenaga
buruh bergantung pada nilai-nilai kebudayaan sesuatu kawasan itu.

1. Golongan bekerja (guna tenaga)

Maksud golongan bekerja ialah:

a) Penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau untung atau habuan
keluarga.

b) Penduduk yang ada pekerjaan atau perusahaan sendiri biarpun buat sementara
waktu tidak bekerja kerana berehat, cuti sakit atau sebab-sebab lain.

c) Pembantu atau pekerja yang tidak bergaji tetapi membantu menjalankan operasi
aktiviti ekonomi iaitu pekerja keluarga.

2. Golongan menganggur

Maksud golongan menganggur ialah:

a) Penduduk yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan upah atau
untung; atau

b) Penduduk yang tidak mencari pekerjaan tetapi sedia bekerja jika ditawarkan
pekerjaan.

Walau bagaimanapun, tidak semua penduduk yang berada dalam lingkungan umur 15-
64 tahun dirujukkan sebagai tenaga buruh, kerana ada di antara penduduk dalam
lingkungan ini dikelaskan sebagai di luar tenaga buruh. Di luar tenaga buruh merujuk
kepada penduduk yang berumur antara 15-64 tahun yang tidak dikelaskan sebagai
bekerja atau menganggur. Contoh golongan ini ialah:

1. Mereka yang terus-menerus cacat anggota atau mental yang tidak


berkebolehan untuk bekerja. (Walau bagaimanapun, mereka yang cacat tetapi
boleh bekerja tidak termasuk dalam kategori ini).

2. Mereka yang telah pencen (bersara) atau merasakan sudah terlalu tua untuk
bekerja atau sengaja tidak mahu bekerja.

3. Mereka yang tidak berminat mencari dan menerima pekerjaan (penganggur


sukarela).

4. Penuntut sekolah atau penuntut universiti.


155 

 
5. Mereka yang terlibat dengan kerja rumah sendiri, misalnya suri rumah tangga.

Guna tenaga penuh pula boleh didefinisikan sebagai jumlah peluang peeke1iaan yang
tidak dipenuhi melebihi bilangan orang yang mencari pekerjaan, atau kewujudan
keadaan lebihan peluang pekerjaan. Manakala guna tenaga tidak penuh merujuk
kepada keadaan mereka yang bekerja tetapi masih memerlukan kerja-kerja tambahan.
Sumbangan mereka kepada pengeluaran adalah kecil. Ini boleh dilihat dari segi daya
pengeluaran buruh, jam bekerja, tingkat pendapatan ataupun ketidaksesuaian
pendidikan dengan pekerjaan.

Pada tahun 1970 misalnya, daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 10 810 000,
hampir separuh daripadanya atau 5 620 000 terdapat dalam lingkungan umur bekerja
(15-64). Tidak semua penduduk dalam lingkungan umur bekerja ini dikelaskan sebagai
tenaga buruh. Daripada jumlah 5620 000 ini, 3 597 000 merupakan tenaga buruh dan
bakinya terdiri daripada golongan di luar tenaga buruh. Daripada jumlah 3 597 000 ini
pula tidak semuanya bekerja. Seramai 3 328 000 merupakan guna tenaga dan
selebihnya yang berjumlah 269 000 adalah penganggur. Peratus yang menganggur
ialah 7.5 iaitu 269 000/3597 000.

Jumlah tenaga buruh berkait rapat dengan jumlah penduduk sesebuah negara. Jika
jumlah penduduknya besar maka besar pula jumlah tenaga buruh ditawarkan dan
memerlukan pekerjaan. Daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 7.99 juta pada
tahun 1960, seramai 2.312 juta atau 28.9% adalah golongan tenaga buruh yang mahu
dan boleh bekerja. Pada tahun 1990 misalnya, daripada jumlah penduduk Malaysia
(termasuk Sabah dan Sarawak) yang seramai 17.7 juta, 7.04 juta adalah tenaga buruh,
iaitu meningkat lebih tiga kali ganda daripada tahun 1960.

Jika dilihat dari segi guna tenaga mengikut sektor, sektor pertanian merupakan sektor
yang paling banyak menyerap tenaga buruh ini. Daripada jumlah keseluruhan tenaga
buruh (2.174 juta) pada tahun 1960, hampir 59% adalah dalam sektor pertanian. Begitu
juga tahun-tahun seterusnya, sektor pertanian terus menyerap sebahagian besar
tenaga buruh negara. Pada tahun 1980 misalnya, daripada jumlah tenaga kerja seramai
4.817 juta, 40% terdapat dalam sektor pertanian, diikuti oleh sektor pembuatan (15.7%)
yang kian berkembang. Sehingga tahun 2003, walaupun sumbangan penyerapan guna
tenaga dalam sektor pertanian semakin menurun peratusnya, namun ia tetap dalam
jumlah yang besar iaitu 13.8%, manakala sektor pembuatan terus meningkat kepada
27.9%.

156 

 
Dari segi kaum, peratus guna tenaga Melayu dan bumiputera adalah lebih tinggi
daripada bukan bumiputera. Ini berpadanan dengan bilangan penduduk bumiputera
yang lebih ramai daripada kaum lain.

Pada tahun 1990, daripada jumlah guna tenaga Malaysia sebanyak 6.686 juta, 3.533
juta atau 52.9% adalah terdiri daripada guna tenaga bumiputera. Keadaannya tidak
banyak berubah pada tahun 1995 (Jadual 2.10). Tetapi ia tidak bermakna bahawa
seluruh sektor ekonomi yang ada, kaum bumiputera merupakan pekerja majoriti.
Bidang-bidang pembinaan, pembuatan, perniagaan borong, runcit, hotel dan restoran;
dan kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan merupakan bidang-
bidang yang masih perlu menambahkan bilangan pekerja bumiputera.

7.11 PENGANGGURAN

Pengangguran merupakan satu konsep yang luas dan boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis.

1. Pengangguran bergeser. Golongan ini ialah mereka yang tidak bekerja dalam
sesuatu jangka masa apabila berlaku perpindahan pekerjaan. Pengangguran ini
merupakan pengangguran jangka pendek.

2. Pengangguran teknologi. Golongan ini ialah mereka yang tidak bekerja kerana
berlaku perubahan teknologi dalam industri tempat mereka bekerja. Perubahan
ini menyebabkan pengurangan tenaga buruh yang diperlukan. \1isalnya,
penggunaan mesin baru yang lebih cekap dalam sektor industri telah
mengurangkan bilangan sejumlah pekerja.

3. Pengangguran kitaran. Keadaan ini berlaku apabila ekonomi antarabangsa


mengalami perubahan dalam ekonomi iaitu daripada kejatuhan kepada 'keadaan
melambung dalam putaran kemelesetan dan kemakmuran.

4. Pengangguran bermusim. Pengangguran jenis ini terjadi apabila terdapat


peralihan musim khususnya dalam sektor pertanian. Misalnya, musim tengkujuh
akan mengakibatkan pengangguran bermusim di kalangan nelayan, atau pada
ketika menunggu padi masak akan mengakibatkan pengangguran bagi pesawah.

5. Pengangguran struktur. Pengangguran jenis ini berlaku disebabkan oleh


perubahan ekonomi sesebuah negara. Perubahan struktur ekonomi akan
menyebabkan permintaan buruh bagi sesetengah sektor ekonomi mengalami
kemerosotan walaupun sektor-sektor ekonomi lain mengalami perkembangan
dan memerlukan banyak tenaga buruh. Namun, buruh yang menganggur dalam
157 

 
sektor yang merosot akan tetap 'menganggur kerana faktor ketidakmobilitian
buruh tersebut.

6. Pengangguran tidak ketara. Keadaan ini wujud disebabkan oleh ketidaksetaraan


dan ketidaksesuaian kelayakan dan kebolehan buruh dengan bidang pekerjaan
yang diceburi. Kelayakannya yang tinggi tidak sesuai untuk bidang kerja yang
kurang memerlukan kelayakan atau dalam tingkat bawahan. Keadaan ini
menyebabkan pekerja tidak dapat menggunakan sepenuh kebolehan dan
kelayakannya. Hal ini menyebabkan upah yang diterima tidak sepatutnya berada
pada tingkat yang begitu rendah (Jabatan Perangkaan, 1971: 79).

Walau bagaimanapun, pengangguran tidak ketara kerap disamaertikan dengan guna


tenaga tidak penuh oleh kebanyakan ahli ekonomi, sedangkan guna tenaga tidak penuh
lebih kepada bidang pekerjaan sambilan atau kurang daripada masa bekerja yang
normal atau kurang peluang pekerjaan.

7.12 SEKTOR PERKHIDMATAN

DALAM bab tiga kita telah membincangkan sektor pertama yang meliputi sektor
pertanian dan perlombongan dan kuari, manakala bab empat membincangkan sektor
kedua yang terdiri daripada sektor perindustrian dan pembinaan. Pada bab lima ini pula
kita akan membincangkan sektor ketiga yang juga dikenali sebagai sektor
perkhidmatan.

7.12.1 PENGELASAN SEKTOR PERKHIDMATAN

Kegiatan dalam sektor ini tidak menghasilkan barang tetapi dalam bentuk perkhidmatan
yang dapat membantu, menjalin dan menyelaraskan kegiatan ekonomi sektor pertama
dan kedua sehingga akhirnya sampai kepada pengguna. Kegiatan sektor ini meluas
meliputi berbagai-bagai bidang. Secara kasarnya sektor ini boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu perkhidmatan pengeluaran dan pemasaran dan perkhidmatan
penggunaan.

Bagi kes Malaysia, pengelompokan sektor ini juga dibuat mengikut tiga kategori iaitu
perkhidmatan pengeluar, perkhidmatan awam dan perkhidmatan-perkhidmatan lain
seperti yang telah dinyatakan di dalam bab pertama buku ini.

Subsektor perkhidmatan pengeluar merangkumi:

1. Perkhidmatan pengangkutan, perhubungan dan penyimpanan. Demi pembangunan


ekonomi dan sosial sesebuah negara, perkhidmatan yang tersebut di atas amatlah

158 

 
penting. Perkhidmatan pengangkutan mengandungi pengangkutan jalan raya, laut,
udara, kereta api dan pelabuhan; perhubungan pula mengandungi telekom, pos,
penerangan dan kaji cuaca. Pengangkutan merupakan perkhidmatan tradisional yang
telah berkembang, manakala perhubungan lebih merupakan perkhidmatan yang baru.

2. Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Kegiatan di bawah


sektor kecil ini meliputi:

(a) Penyediaan kemudahan dan bantuan harta kewangan yang diperlukan dalam
kegiatan ekonomi.

(b) Khidmat pinjaman, simpanan dan nasihat kepada individu atau agensi.

Institusi kewangan boleh dibahagikan kepada dua kategori: (a) institusi kewangan bank,
seperti bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat-syarikat kewangan; (b) institusi
kewangan bukan bank yang meliputi syarikat insurans, institusi tabungan, institusi
kumpulan wang simpanan dan pencen dan institusi pembiayaan pembangunan.

Subsektor perkhidmatan awam pula mengandungi dua pecahan perkhidmatan:

1 Perkhidmatan kerajaan. la merupakan perkhidmatan yang diberi oleh sektor awam,


untuk seluruh masyarakat. Contoh perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan,
pertahanan, keselamatan dan pentadbiran awam.

2 Perkhidmatan elektrik, gas dan air. Perkhidmatan ini berkaitan dengan utiliti awam,
yang biasanya juga disediakan oleh sektor awam.

Manakala subsektor perkhidmatan lain mengandungi:

1 Perniagaan borong, runcit, hotel dan restoran. Perkhidmatan ini merupakan


perkhidmatan tidak formal dan merangkum perkhidmatan persendirian. Perkhidmatan
ini telah lama memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

2 Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti perkhidmatan sosial, sukarela/ kebajikan,


perkhidmatan swasta tanpa untung dan perkhidmatan rumah tangga.

Peranan sektor perkhidmatan penting dalam mengembangkan sektor-sektor lain. Ini


kerana sektor perkhidmatan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam setiap
sektor. Terdapat beberapa faktor yang membantu perkembangan sektor ini, antaranya
ialah:

1. Wujudnya peningkatan dalam urus niaga antara pelbagai industri dan sektor
menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan khususnya perhubungan, kewangan
dan pentadbiran meningkat.
159 

 
2. Peningkatan dalam taraf hidup rakyat telah menambahkan kegiatan-kegiatan
ekonomi dan juga permintaan terhadap perkhidmatan penggunaan:

(a) melakukan kerja-kerja kebajikan dan sukarela;

(b) memenuhkan masa lapang dengan hiburan dan rekreasi.

7.12.2 SUMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN

Oleh sebab sektor perkhidmatan berkait dengan sektor-sektor yang lain (sektor pertama
dan kedua), maka perkembangan sektor-sektor tersebut akan mencorakkan
pertumbuhan dan struktur sektor perkhidmatan. Selaras dengan pertumbuhan sektor-
sektor utama yang lain, pertumbuhan sektor perkhidmatan berkembang pada kadar
sekitar 10% pada separuh pertama dekad 1990-an dan sekitar 5% pada awal dekad
2000-an ini.

Daripada sektor-sektor kecil yang ada, sektor kecil utiliti awam (elektrik, gas dan air)
dan sektor kecil kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan
mengalami pertumbuhan yang agak tinggi melebihi 10% pada awal dekad 1990-an
manakala sektor kecil perkhidmatan kerajaan cuma dalam lingkungan 5% pada tempoh
yang sama.

Namun pada awal dekad 2000-an, hampir semua sektor kecil perkhidmatan mengalami
pertumbuhan yang menurun, kecuali sektor tertentu seperti perkhidmatan awam yang
mengungguli pertumbuhan berbanding dengan sektor-sektor yang lainnya.

1. KDNK

Dari segi KDNK, sumbangan sektor perkhidmatan secara umumnya terus meningkat
daripada 36% pada tahun 1970 kepada 57.6% pada tahun 2003 (Jadual 5.2). Sektor
kecil perniagaan borong, runcit, hotel dan restoran menunjukkan sumbangan yang
besar melebihi 10% daripada keseluruhan KDNK tahun 1980, 1990, 2000 dan 2003.
Manakala sektor kecil utiliti awam memberikan sumbangan yang terendah pada sekitar
2-4% pada tempoh yang sama.

2. Guna tenaga

Sumbangan sektor ini dalam menyerap tenaga buruh adalah besar. Pada tahun 2003,
sektor ini menempatkan hampir separuh daripada tenaga buruh yang ada dalam
ekonomi dengan kepentingan yang terus bertambah. Perkhidmatan perniagaan borong,
160 

 
runcit, hotel, restoran sahaja menyumbangkan 1/4 daripada seluruh jumlah tenaga
buruh yang ada. Sektor kecil perkhidmatan kerajaan menduduki tempat kedua,
walaupun mengalami arah aliran menurun.

7.13 SEKTOR PEMBINAAN

Sektor pembinaan berkait rapat dengan sektor-sektor lain. Perkembangan sektor ini
mempunyai kesan tali an terhadap pertumbuhan sektor ekonomi yang lain. Kepesatan
kegiatan industri pembinaan akan mempercepatkan pertumbuhan industri-industri lain
seperti pengeluaran simen, pembuatan batu bata, kuari, memproses kayu balak dan
industri besi dan keluli. Ini kerana semua keluaran industri berkenaan merupakan
bahan utama yang akan digunakan dalam sektor pembinaan.

Pembinaan merujuk kepada semua bentuk aktiviti berhubung dengan bangunan dan
pembaikan struktur dan kemudahan yang tetap. Mengikut Buku Rancangan Malaysia
Kedua (1971: 174), pembinaan meliputi:

1. bangunan perumahan (kediaman);

2. bangunan bukan perumahan - seperti bangunan pejabat, perdagangan dan


perindustrian;

3. kejuruteraan awam - seperti jalan raya, jambatan, terusan, pelabuhan dan lapangan
terbang;

4 kerja-kerja pemasangan dan baik pulih.

Pembinaan juga boleh dikelaskan mengikut jenis kerja: pembinaan baru,


pengubahsuaian, pembaikan, penyelenggaraan dan perobohan. Selain itu komponen
pembinaan meliputi perkara-perkara berikut:

(a) bahan mentah, jentera, mesin dan kewangan;

(b) individu dan organisasi seperti buruh, pembina, kontraktor dan pekerja ikhtisas; dan

(c) teknologi dan pelbagai teknik.

George Otori (1990) telah mengelaskan industri pembinaan mengikut aktiviti dan
keluaran. Pembinaan mengikut aktiviti meliputi pembinaan baru yang melibatkan
perancangan dan lakaran dan binaan lama yang melibatkan pembaikan,
penyelenggaraan, perubahan dan perobohan. Manakala mengikut

161 

 
Keluaran dibahagikan kepada bangunan, pelabuhan, lapangan terbang, jalan,
jambatan, landasan kereta api, empangan, terusan, saluran najis dan paip.

7.13.1 SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN

Pentingnya sektor pembinaan dalam ekonomi dapat dilihat dari segi kesan pertalian
terhadap perkembangan sektor ekonomi yang lain. Misalnya kepesatan sektor
pembinaan dapat mempercepat kegiatan sektor pembuatan seperti industri
pengeluaran simen, pembuatan batu bata dan besi keluli, juga sektor perhutanan
seperti pengeluaran kayu balak dan kayu bergergaji.

Sumbangan sektor ini di Malaysia masih berada pada paras yang rendah.
Sumbangannya kepada KDNK sejak tahun 1960 hingga tahun 2000 tidak menunjukkan
banyak perubahan, iaitu masih berada pada paras yang agak rendah yakni dalam
lingkungan 5%. Begitu juga sumbangan sektor ini kepada guna tenaga masih rendah,
tidak melebihi 10%. Walau bagaimanapun, penyerapan guna tenaga dalam sektor ini
terus berkembang dari semasa ke semasa.

Bagi tujuan mengembang dan memajukan sektor ini, beberapa langkah telah dibuat
oleh kerajaan dan swasta seperti:

a) Penambahan peruntukan untuk program perumahan kos rendah.

b) Bank perdagangan telah melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan


kepada 30 tahun .

c) Kebenaran untuk pengeluaran peratusan wang yang tertentu daripada Kumpulan


Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan pembelian rumah.

162 

 
SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan peranan sektor-sektor ekonomi terhadap pembangunan


ekonomi Malaysia pada tahun 2020 seperti sektor pertanian dan
perlombongan, sektor pembuatan, Sektor perkhidmatan moden, Sektor
perkilangan, Sektor perdagangan luar negeri.

2. Bincangkan sumbangan sektor pembinaan dan sektor perkhidmatan


Malaysia terhadap KDNK dan Guna Tenaga Negara serta eksport Negara

3. Bincangkan peralihan dan pembangunan ekonomi Malaysia bermula dari


era prapenjajahan, era penjajah, era kemerdekaan, dan era baru kini.

4. Dalam konteks tenaga buruh di Malaysia, semua penduduk yang berada


dalam lingkungan umur 15-64 tahun dirujukkan sebagai tenaga buruh di
mana terdapat tiga golongan penting iaitu golongan bekerja, golongan
menganggur dan golongan luar tenaga buruh. Sebutkan 3 kumpulan dari
golongan bekerja.

5. Dalam konteks tenaga buruh di Malaysia, semua penduduk yang berada


dalam lingkungan umur 15-64 tahun dirujukkan sebagai tenaga buruh di
mana terdapat tiga golongan penting iaitu golongan bekerja, golongan
menganggur dan golongan luar tenaga buruh. Sebutkan 2 kumpulan dari
golongan menganggur.

6. Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor yang


dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, kedua, dan
ketiga, bincang dan bandingkan peranan sektor-sektor ini.

7. Pola penduduk di Malaysia boleh dibahagikan mengikut beberapa ciri


utama, bincangkan ciri tersebut.

8. Dalam konteks tenaga buruh di Malaysia, tidak semua penduduk yang


berada dalam lingkungan umur 15-64 tahun dirujukkan sebagai tenaga
buruh, kerana ada di antara penduduk dalam lingkungan ini dikelaskan
sebagai di luar tenaga buruh atau tidak dikelaskan sebagai bekerja atau
menganggur. Sebutkan Lima (5) kumpulan ini.

163 

 
164 

 
BAB 8

ISU-ISU BERKAITAN PEMBANGUNAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Memahami punca-punca dan penyebab alam sekitar


tercemar.
2. Memahami maksud ekonomi terbuka serta globalisasi.
3. Memahami dasar-dasar Negara serta strategi
pelaksanaan dasar-dasar tersebut.
 
  
 
8.1 Pembangunan dan alam sekitar

Kebanyakan negara sedang membangun (NSM) menghadapi masalah alam sekitar


(pencemaran), lantaran perkembangan projek-projek pembangunannya, manakala
negara-negara maju yang telah lebih dahulu menghadapi masalah ini, melalui
pengalaman telah mula bertindak secara serius dan kebanyakannya telah pun berjaya
menyekat dan memulihkan keadaan pencemaran ini.

Malaysia pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah negara pertanian dan terlalu
bergantung pada pertanian, baik dari segi sumbangannya dalam menyediakan peluang
pekerjaan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mahupun perolehan eksport.
Contohnya pada tahun 1957, sektor pertanian sahaja telah menyumbangkan 58.7%
daripada keseluruhan guna tenaga yang ada (Malaysia, 1965), dan 38% daripada
sumbangan KDNK (Malaysia, 1965).

Walau bagaimanapun, setelah menyedari bahawa keselamatan ekonomi yang terlalu


bergantung pada satu sektor (pertanian) dan beberapa komoditi utama (getah dan bijih
timah), kerajaan telah memperkenalkan dasar pelbagaian baik dari segi keluaran
pertanian sendiri, mahupun keluaran yang lain daripada pertanian, khususnya
perindustrian. Kerajaan telah mula menggalakkan industri ringan berbentuk pergantian
import dan seterusnya kepada proses industri yang lebih berat pada akhir-akhir ini.

165 

 
Pada tahun 2000 sumbangan penyerapan guna tenaga sektor perindustrian telah
meningkat kepada 27.6%, manakala sumbangan sektor pertanian telah turun kepada
15.2% (lihat Jadual 13.2).

Dari segi KDNK, sumbangan sektor perindustrian pada tahun 2000 juga telah
meningkat, iaitu 33.4% mengatasi sumbangan sektor pertanian yang hanya tinggal
8.7%. Gambaran sumbangan kedua-dua sektor ini dapat dilihat dalam (jadual13.2).

Di sini jelas, bahawa pemodenan ekonomi yang berteraskan perindustrian, pemodenan


sektor pertanian dengan penggunaan peralatan moden termasuk: racun makhluk
perosak dan baja-baja kimia, serta pembangunan tanah untuk pertanian, penempatan
dan perbandaran telah menjadikan masalah alam sekitar bertambah meruncing.

Perkembangan sektor perindustrian yang dibekalkan dengan kemajuan teknologi telah


mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar, walaupun kehadiran aktiviti ini
sendiri telah dapat meningkatkan pendapatan dan perolehan negara. Maka timbullah
persoalan adakah kita bersedia untuk hidup dalam keadaan alam sekitar yang tercemar
lantaran kemewahan kebendaan telah memenuhi saku-saku kita?

Kita kini sedang menghadapi masalah pilihan antara alam sekitar atau kebendaan.
Nampaknya dalam banyak hal, kita lebih mahukan kebendaan. Kalau itu pilihan kita,
maka kemusnahan masa depan akan lebih segera lagi ditempuhi. Maka tiada pilihan
lain kecuali perimbangan an tara kedua-duanya supaya kemewahan kebendaan yang
kita kejar tidak mengakibatkan kerosakan alam sekitar. Kita perlu untuk belajar
berkorban. Berkorban demi kepentingan orang ramai dan generasi mas a hadapan.
Biar kebendaan yang kita peroleh tidak seberapa, tetapi pada masa yang sama
kedudukan alam sekitar sentiasa terjamin dan terselamat.

Malaysia, seperti kebanyakan negara sedang membangun yang lain telah mula
menghadapi masalah alam sekitar yang agak serius. Keadaannya makin meruncing
dengan bertambah pesatnya projek-projek pembangunan yang dijalankan.

Antara berbagai-bagai bentuk masalah alam sekitar yang nyata, pencemaran air, udara,
dan sampah-sarap adalah yang lebih menonjol. Begitu pun, terdapat juga masalah-
masalah lain yang semakin bertambah seperti pencemaran radioaktif, kebisingan, racun
makhluk perosak, bau, haba, pemandangan, dan kehabisan sumber semula jadi.

8.1.1 AIR

Air merupakan sumber penting kehidupan manusia. Lebih 1/3 daripada badan manusia
diisi oleh keperluan air, manakala 3/4 daripada bumi ini diliputi oleh air. Air penting
untuk pembekalan domestik atau rumah, pembekalan perindustrian, pertanian,

166 

 
pelayaran, perkelahan, dan sebagainya. Setengah-setengah kegunaan air boleh
mengurangkan pembekalannya secara langsung seperti keperluan rumah dan
perindustrian, manakala ada pula kegunaan air yang tidak menjejaskan kualiti air,
seperti pelayaran dan perkelahan.

Tingkat keperluan kualiti air bergantung pada jenis penggunaan.

Penggunaan domestik memerlukan kualiti yang lebih tinggi daripada keperluan untuk
perindustrian dan pertanian, manakala kegunaan air untuk perindustrian memerlukan
kualiti yang lebih tinggi daripada kegunaan air untuk pelayaran.

Sumber-sumber air yang utama bagi keperluan manusia terdiri daripada air hujan, air
mata air, air bawah tanah, air perigi, air sungai, air tasik, dan air laut. Di Malaysia,
sungai merupakan sumber utama bagi berbagai-bagai jenis pembekalan air.

Sungguhpun air boleh didapati dengan banyaknya daripada sumber-sumber yang ada,
namun kuantiti air bersih adalah semakin terhad. Hal ini demikian kerana bertambah
besarnya permintaan air bersih dan semakin meluasnya pencemaran air dan sumber
air tersebut.

Sumber air dikatakan mengalami pencemaran apabila berlakunya sesuatu perubahan


secara langsung di dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia yang
telah menyebabkan kurang sesuainya sumber air itu untuk kegunaan sesuatu tujuan
tertentu dalam keadaan asalnya (Malaysia, Laporan Ekonomi (1976): 134).

Pencemaran air biasanya diukur melalui parameter-parameter kehendak oksigen


biokimia (BOD), kehendak oksigen kimia (COD), pH, pepejal terapung, dan ammonia.
Pada tahun 1982, kotoran dan kumbahan domestik merupakan punca utama
pencemaran BOD berbanding sumber industri. Didapati beban pencemaran BOD yang
dilepaskan oleh kumbahan domestik adalah 70%, berbanding dengan 30% daripada
sumber keseluruhan industri. Walau bagaimanapun, dilihat dari segi BOD yang
dihasilkan*, didapati sumber industri adalah lebih besar lagi (lihat Jadual13.3).

Dalam tempoh (1991-2000), bilangan sungai yang diawasi meningkat daripada 87 pada
tahun 1990 kepada 120 pada tahun 2000 (1999). Pengawasan menilai kualiti air
berdasarkan lima parameter iaitu BOD, COD, Ammoniaka. Nitrogen, pepejal terampai,
dan tahap hidrogen. Daripada 120 batang sungai: yang diawasi, 32 didapati bersih, 75
sedikit tercemar, dan 13 sangat tercemar. Bilangan sungai yang sangat tercemar telah
meningkat daripada enam sungai iaitu Juru, Benut, Pontian Besar, Sepang, Klang, dan
Ibai/Marang kepada 1. Secara keseluruhan, kualiti air sungai didapati merosot sedikit
pada dekad 1990-an, namun bertambah baik menjelang dekad 2000-an.

167 

 
BOD yang dihasilkan menunjukkan beban pencemaran yang belum dirawat, sebaliknya
BOD Yang dilepaskan menunjukkan kuantiti pencemaran selepas diadakan
pembersihan.

8.1.2 UDARA

Udara diperlukan untuk mengisikan paru-paru bagi tujuan peredaran darah secara
sempurna. Udara yang bersih dan kering mengandungi 78% nitrogen, 21 % oksigen
dan terlalu sedikit kandungan gas seperti karbon monoksida, oksida-oksida nitrogen,
oksida-oksida sulfur dan hidrokarbon. Pencemaran udara yang wujud sedikit sebanyak
akan mengubahkan peratus kandungan komponen-komponen tersebut.

Sumber pencemaran udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas
atau partikulat-partikulat, berdasarkan jenis punca berlakunya, sama ada semula jadi
atau tiruan (buatan manusia).

Pencemaran udara berbentuk gas boleh dilihat dalam bentuk gas-gas bukan organik
seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon monoksida, serta dalam bentuk wap-
wap organik hidrokarbon, alkohol ketoues dan ester.

Pencemaran udara bentuk partikulat boleh dilihat dalam bentuk pepejal atau cecair,
manakala pencemaran udara semula jadi terdiri daripada pencemaran gunung berapi,
ribut pasir, semburan air laut, dan pereputan. Pencemaran udara yang wujud akibat
daripada kegiatan-kegiatan manusia adalah yang paling banyak berlaku. Kegiatan-
kegiatan itu termasuklah kegiatan-kegiatan perindustrian, perbandaran, pembinaan,
pembakaran sampah, dan aktiviti kenderaan bermotor.

Kajian inventori pencemaran yang dibuat oleh Bahagian Alam Sekitar (DOE) pada
tahun 1980 menunjukkan di Semenanjung Malaysia sahaja, sejumlah 2.3 juta tan metrik
beban bahan cemar dihasilkan daripada pembakaran bahan bakar. Daripada jumlah ini,
69.3% terdiri daripada karbon monoksida, 9.6% oksida-oksida sulfur, 8.07% oksida-
oksida nitrogen, 10.57% hidrokarbon, dan 1.75% hancuran (grit) dan habuk (Bahagian
Alam Sekitar 1984: 11).

Pencemaran udara terutamanya di bandar berpunca daripada tiga punca utama iaitu
kenderaan (punca bergerak), pembakaran bahan api kilang dan domestik, stesen jana
kuasa (punca tetap), dan pembakaran sisa perbandaran dan industri. Dalam tahun
1999, ketiga-tiga punca tersebut masing-masing menyumbangkan sebanyak 76.3%,
4.71 % dan 19.01% (Jadual13.5J,
168 

 
8.1.3 SAMPAH SARAP

Sebagaimana air dan udara, tanah juga penting bagi segala bentuk kehidupan
termasuk manusia. Tanah merupakan tempat tinggal dan terletaknya sebahagian besar
kegiatan kehidupan manusia. Keperluan terhadap tanah semakin meningkat mengikut
masa. Di samping penawaran sumber tanah tetap, ia juga semakin dicabuli oleh
kerosakan akibat daripada tindakan dan kegiatan pembangunan manusia.

Aktiviti perlombongan, pembinaan pembukaan tanah, penempatan perbandaran dan


perumahan telah menyebabkan keperluan terhadap tanah yang sesuai semakin
bertambah. Aktiviti perlombongan dan penebangan hutan telah mengakibatkan
berlakunya hakisan dan pemendapan. Ini menyebabkan terjejasnya kesuburan semula
jadi tanah, khususnya untuk pertanian.

Tanah juga terjejas oleh aktiviti-aktiviti perbandaran dan perumahan. Cara hidup moden
masyarakat bandar dan desa telah menyebabkan banyak buangan daripada kedua-dua
punca tersebut sukar untuk dipecahkan dan diproses secara semula jadi oleh alam
sekitar. Buangan-buangan plastik, tin-tin aluminium, pecahan botol, dan lain-lain tidak
semudah kertas atau daun tumbuhan untuk dimusnahkan.

Pencemaran tanah-tanih merujuk kepada buangan yang dilakukan di tanah, seperti


juga pencemaran air dan udara yang merujuk kepada buangan ke atas air dan udara.
Namun begitu pencemaran ke atas tanah tidak seburuk pencemaran ke atas air dan
udara. Hal ini demikian kerana sampah-sarap lebih mudah untuk dipindahkan ke media
lain. Contohnya, sampah-sarap boleh dihapuskan dengan membakarnya atau
menimbusnya ke dalam tanah, tetapi tindakan membakar akan membawa kepada
pencemaran udara, dan begitu juga pencemaran air (bawah tanah) akan berlaku kalau
sampah-sarap itu ditimbus.

Antara pelbagai bentuk sampah-sarap yang dibuang, didapati kuantiti utama bahan
tersebut ialah sisa makanan, kertas, dan kadbod (lihat Jadual 13.6).

Bentuk-bentuk pencemaran lain boleh dilihat dalam bentuk pencemaran buangan


bahan beracun, racun makhluk perosak, radioaktif, dan pencemaran pemandangan.

Kebanyakan buangan bahan beracun/bahaya iaitu sebanyak 52% dikeluarkan oleh


industri elektronik, 14% oleh industri logam dan penyaduran, dan selebihnya oleh
industri kimia, getah/plastik, percetakan/pembungkusan kulit, dan perubatan (Malaysia,
Rancangan Malaysia 1986: 323).

169 

 
Pencemaran radioaktif boleh terhasil daripada aktiviti perlombongan dan pemprosesan
uranium jana kuasa nuklear, ujian senjata nuklear, pembakaran arang batu atau secara
bocoran loji-loji nuklear. Ancaman radioaktif mula dirasai apabila bertambah pesah1ya
kegunaan bahan teknologi nuklear dan pembangunan, khususnya perindustrian. Ini
terbukti di Papan (Perak) sehingga telah timbul isu pembuangan bahan radioaktif
secara tidak selamat oleh kilang Asean Rare Earth, malah kilang itu sendiri telah
menyembunyikan bahaya bahan sisa ini kepada penduduk sekitar, sehingga ada petani
yang menggunakan bahan tersebut sebagai baja tanaman mereka.

Bagi racun makhluk perosak, sumber utama pencemaran ini adalah daripada aktiviti
pertanian, perhutanan, dan kawalan nyamuk dan serangga domestik. Malaysia masih
menggunakan sebahagian besar bahan racun ini walaupun di kebanyakan negara di
dunia ini penggunaan bahan-bahan racun seperti DDT, 2,4,5, -T, aldrin, eldrin,
paraquat, BHC,. dan banyak lagi telah diharamkan.

Kini, seluruh pancaindera kita telah dicemari oleh berbagai-bagai bentuk pencemaran.
Mulut dicemari dengan pencemaran air, hidung oleh pencemaran udara dan bau,
telinga oleh pencemaran bunyi bising, kulit oleh pencemaran haba, dan mata oleh
pencemaran pemandangan. Pendek kata, seluruh anggota luar dan dalam sentiasa
terdedah kepada bahaya pencemaran.

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada beberapa buah
negeri dan wilayah. Tiap-tiap negeri atau wilayah mempunyai kekuasaan pentadbiran
yang tersendiri mengikut negeri masing-masing. Di samping itu, dalam hal-hal tertentu,
kuasa pusat (Persekutuan) mengatasi kuasa kerajaan negeri. Dalam hal yang sama,
keadaan ini berlaku dalam perkara yang berkait dengan pengurusan alam sekitar.

Bagi memastikan pengurusan alam sekitar dikendalikan selaras dengan matlamat


pembangunan serta undang-undang di peringkat Negeri dan Persekutuan, Jabatan
Alam Sekitar (JAS) telah mengamalkan satu pendekatan yang merangkum dua kaedah
pengawalan alam sekitar, iaitu kaedah perundangan dan kaedah pentadbiran.

8.2 GLOBALISASI DALAM PEMBANGUNAN

DARI segi ekonomi, globalisasi merupakan proses integrasi ekonomi dunia melalui
pengembangan aliran barang-barang, perkhidmatan, modal, buruh, maklumat, dan
pengetahuan merentasi sempadan, dipercepat melalui kemajuan dalam pengeluaran,
teknologi maklumat dan komunikasi, serta ekonomi dunia yang lebih liberal.

Terdapat beberapa bentuk globalisasi ekonomi, iaitu globalisasi perdagangan,


globalisasi kewangan, globalisasi pengeluaran, dan globalisasi buruh (Mohd Haflah,
2003). Sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbuka, prestasi ekonomi
170 

 
Malaysia amat dipengaruhi oleh persekitaran global yang disalurkan melalui
perdagangan, aliran kewangan, dan juga melalui "kesan jangkitan", misalnya dalam hal
kegawatan atau krisis ekonomi 1997/1998.

8.2.1 GLOBALISASI PERDANGANGAN

Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan


perdagangan di antara negara-negara di dunia, dipercepat melalui perkembangan
pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, pengurangan kos pengangkutan, serta liberalisasi perdagangan dan
pelaburan.

Liberalisasi perdagangan melibatkan perjanjian pelbagai negara untuk mengurangkan


dan akhirnya menghapuskan sekatan tarif dan bukan tarif di bawah naungan Perjanjian
Am Perdagangan dan Tarif (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) melalui
beberapa pusingan perundingan perdagangan pelbagai negara. Pusingan rundingan
yang terakhir ialah Pusingan Uruguay yang bermula pada November 1986 hingga 15
April 1994 serta dilaksanakan mulai 1 Januari 1995. Rundingan ini juga termasuklah
perjanjian perdagangan wilayah seperti APEC, AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi
ekonomi negara tertentu. Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan tarif ke atas
barangan industri sehingga 40% bagi negara maju, 30% bagi negara membangun, dan
30% bagi negara transisi. Selain itu, dipersetujui bahawa pengurangan tarif ke atas
barangan pertanian sebanyak 36% meliputi enam tahun bagi negara maju dan 20%
meliputi sepuluh tahun mulai tah 1995 bagi negara membangun. Pengurangan juga
dikenakan ke atas subsidi pengeluaran dan subsidi eksport negara maju, masing-
masing sebanyak 36 dan21%.

Liberalisasi perdagangan melalui Kawasan Perdagangan Bebas ASEA: (AFTA)


mempunyai matlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran
global dengan mengetepikan duti import dan sekatan bukan tarif ke atas semua
keluaran yang diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan negara-negara ASEAN)
menjelang tahun 2015 bagi enam negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi
negara-negara ASEAN baru.

8.2.2 GLOBALISASI KEWANGAN

Globalisasi kewangan merujuk kepada peningkatan pemusatan pasaran. kewangan


melalui integrasi aliran modal secara global. la membawa implikasi pergerakan ke arah
satu pasaran kewangan yang bercantum. Kewangan global meliputi semua jenis urus
niaga portfolio seberang sempadan termasuklah meminjam, memberi pinjaman,
171 

 
dagangan mata wang, serta tuntutan kewangan dan perkhidmatan kewangan lain-lain
yang diberikan oleh bank perdagangan. Globalisasi kewangan juga termasuklah aliran
mod yang dikaitkan dengan pelaburan langsung asing (FDI).

Faktor-faktor yang mendorong globalisasi kewangan termasuklah kemajuan teknologi


memungut, memproses, dan menyebabkan maklumat. Misalnya melalui sistem debit
dan kredit elektronik secara global, tunai elektronik, dan kad kredit pintar di samping
kemajuan dari segi terdapatnya modal kewangan bergerak, liberalisasi, dan deregulasi
sistem kewangan serta pembukaan pasaran kewangan domestik dan pesisir pantai.

8.3 IMPAK GLOBALISASI

Globalisasi perdagangan dijangka membawa impak positif kepada ekonomi Malaysia.


Perdagangan, terutamanya eksport bersih menyumbang ke arah pertumbuhan
ekonomi, sebagai agen pertumbuhan. Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan
Malaysia terangkai melalui jalinan perdagangan dengan ekonomi global. Pada tahun
1970-an, pertengahan 1980-an, dan awal1990-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia
yang pesat adalah dipacu oleh eksport. Pemulihan ekonomi daripada kegawatan
ekonomi juga dipacu oleh pertumbuhan eksport, manakala kelembapan pertumbuhan
ekonomi pada tahun 2001 berkait dengan penurunan permintaan global bagi keluaran
eksport utama, iaitu elektronik. Malaysia merupakan negara perdagangan ke-18
terbesar di dunia dengan nilai perdagangan berjumlah RM615 bilion, iaitu 183%
daripada KDNK negara pada tahun 2001, berbanding 85.9% bagi Thailand, 60.4% bagi
Indonesia, 69.1% bagi Korea, 18.2% bagi Jepun, dan 18.7% bagi Amerika Syarikat.
Sebagai perbandingan, Singapura menduduki tempat yang lebih tinggi dengan 326.1 %
daripada KDNK, termasuk import yang dieksport semula (Halipah, 2003).

Semasa kegawatan ekonomi, perdagangan antarabangsa merupakan satu-satu sumber


pertumbuhan ekonomi yang besar. Eksport bertumbuh dengan Kadar 12.6% pada
tahun 1997, meningkat kepada 29.4% pada 1998. Eksport bersih menyumbang antara
37.9% hingga 44.5% kepada KDNK pada masa kegawatan dan pemulihan ekonomi.

Globalisasi perdagangan juga boleh menyebabkan turun naik dalam prestasi


perdagangan Malaysia dalam jangka pendek, terutamanya dalam zaman kemelesetan.
Keadaan ini terbit daripada pendedahan yang tinggi eksport negara kepada turun naik
ekonomi dunia. Pergantungan yang tinggi kepada keluaran elektronik sebagai barangan
eksport menyebabkan ekonomi Malaysia terjejas dalam zaman kemelesetan yang
menyebabkan kemerosotan permintaan untuk barangan eksport tersebut.

Kesan AFTA terhadap perdagangan adalah positif, iaitu meningkatkan perdagangan


intra-ASEAN. Peningkatan ini adalah paling tinggi bagi Vietnam (161.7%), Filipina
(110.2%), dan peningkatan kecil bagi Malaysia (23.4%). Terdapat juga peningkatan dari
172 

 
segi perdagangan global dari ASEAN. Peningkatan ini berbeza mengikut negara,
misalnya Indonesia 1.6%, Malaysia 3%, Filipina 11.5%, Singapura 1.7%, Thailand 4%,
dan Vietnam 7%. Namun demikian, terdapat pengurangan eksport ASEAN ke negara
luar ASEAN disebabkan oleh lencongan eksport ke dalam negara-negara ASEAN
(Mohd Haflah, 2003).

Impak globalisasi kewangan ialah meningkatnya aliran kewangan di peringkat global,


iaitu bertambahnya penawaran dan kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang lebih
murah. Hal ini membantu membangun pasaran modal tempatan dan memudahkan urus
niaga perdagangan dunia.

Di samping itu, globalisasi kewangan juga menyebabkan bertambahnya urus niaga di


pasaran tukaran asing dan meningkatnya nilai modal pasaran (market capitalization).
Akan tetapi, keadaan ini akan menambahkan turun naik di pasaran tukaran asing dan
menambah kemungkinan berlakunya krisis kewangan dan perbankan. Keadaan ini juga
boleh menyebabkan penambahan aliran portfolio atau modal jangka pendek yang
sensitif kepada perbezaan Kadar bunga dan pergerakan Kadar tukaran asing, serta
merumitkan pembentukan dasar kewangan.

Globalisasi kewangan juga menyebabkan pasaran modal domestik menjadi lebih


liberal. Dasar deregulasi dan penswastaan ekonomi menjadikan integrasi yang lebih
rapat antara sektor kewangan Malaysia dengan sektor kewangan global. Keadaan ini
memudahkan kemasukan pelaburan asing langsung bersih dan peningkatan yang lebih
cepat dalam modal jangka pendek dan pelaburan portfolio ke Malaysia sejak awal
1990-an. Iklim pelaburan Malaysia adalah terbuka bagi aliran masuk kewangan jangka
pendek dan jangka panjang. Pelaburan langsung asing jangka panjang yang lazimnya
dirujuk sebagai FDI semakin menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan
ekonomi. Sememangnya FDI diperlukan untuk menjana peluang pekerjaan dan
perniagaan, membiayai jurang tabungan untuk menarik kepakaran dan pengurusan
asing, dan mendapatkan teknologi serta pasaran baru. Peranan FDI adalah penting
untuk menjadi pemacu kepada teknologi tinggi dan aktiviti berasaskan pengetahuan.
FDI digalakkan melalui dasar yang lebih liberal berkait dengan penerokaan baru dan
penyertaan ekuiti dalam industri berorientasi eksport. Antara tahun 1996 hingga 2000,
FDI merupakan 22.5% daripada jumlah pelaburan dan 22.1% dan jumlah pelaburan
pada tahun 2001 (Halipah, 2003).

Globalisasi kewangan juga menyebabkan peningkatan pinjaman asing jangka pendek


oleh sektor swasta, terutamanya untuk membiayai aset hartanah. Pada awal tahun
1990-an, kadar bunga yang tinggi, pasaran saham yang cergas, dan jangkaan bahawa
nilai ringgit akan meningkat menggalakkan pengaliran masuk pelaburan jangka pendek
ke Malaysia, menyumbang kepada peningkatan nilai modal pasaran saham BSKL.
173 

 
Pada tahun 1994, aliran masuk modal portfolio jangka pendek bernilai RM238.5 bilion
atau 122% daripada KDNK nominal. Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi 1997-
1998 telah menyebabkan kecairan modal semakin ketat, kadar bunga semakin tinggi,
dan aliran keluar dana portfolio oleh pelabur bukan warganegara. Pada tahun 2001,
aliran masuk modal portfolio jangka pendek hanya RM37.6 bilion atau 11.2.% daripada
KDNK nominal (Halipah, 2003).

8.4 EKONOMI TERBUKA

Ekonomi 4 sektor dikenali juga sebagai ekonomi terbuka. Bererti adanya perdagangan
dengan negara-negara luar. Perdagangan dengan negara-negara luar .m turut memberi
kesan kepada ekonomi domestik. Untuk memudahkan analisa, kita andaikan
perdagangan dengan negara luar hanya melibatkan eksport dan import barang-barang
sahaja.

8.4.1 EKSPORT

Eksport ialah aktiviti menjual barang tempatan keluar negara. Banyaknya barang-
barang yang dieksport bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah saiz
permintaan dari luar negara, tingkat teknologi ekonomi tempatan, sumber-sumber alam
dan juga dasar kerajaan terhadap polisi eksport. Pendapatan negara tidak
mempengaruhi eksport. Oleh itu fungsi eksport adalah selari dengan paksi pendapatan
negara.

Keterangan rajah:

174 

 
Rajah menunjukkan fungsi eksport yang mendatar dan selari dengan paksi pendapatan
Walaupun pendapatan naik dari Yo ke Y1, eksport tidak berubah. Sebaliknya eksport
akar meningkat dari Xo ke X1 jika terdapatnya perubahan faktor selain dari pendapatan
negara. Eksport dianggap suntikan kepada ekonomi negara kerana ia membesarkan
aliran pusingan pendapatan dan meningkatkan pendapatan negara.

8.4.2 IMPORT

Import ialah aktiviti membeli barang dari luar negara. Biasanya import dilakukan oleh
sektor rumah tangga, firma dan juga kerajaan. Pendapatan penduduk sangat besa
pengaruhnya ke atas jumlah barang-barang yang diimport. Semakin tinggi pendapatan
semakin tinggi import. Peratus tertentu dari pendapatan akan digunakan untuk tujuan
tersebut. Fungsi import boleh ditulis sebagai:

M = mY

Di mana m adalah pemalar atau peratus tertentu dari pendapatan negara. Nilai n
biasanya lebih kecil dari perubahan pendapatan (0 < m < 1). Fungsi import boleh
ditunjukkan sebagai satu garisan yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan yang
ditunjukkan oleh garis Mo dan M1 dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

175 

 
Jika pendapatan naik dari Yo ke Y1 import turut naik dari M 1 --- > M3 (titik E  E1),
Fungsi import juga boleh berubah sama ada ke atas atau ke bawah. Misalnya fungsi
import bergerak ke atas dari Mo ke Mi yang mungkin disebabkan oleh harga barang-
barang import yang lebih rendah atau wujudnya masalah inflasi dalam negeri. Import
adalah bocoran kepada ekonomi kerana ia mengurangkan perbelanjaan terhadap
barang-barang domestik dan mengurangkan pendapatan kepada ekonomi sesebuah
negara.

8.4.3 EKSPORT BERSIH

Eksport bersih ialah perbezaan di an tara eksport dan import. Jika eksport melebihi
import, eksport bersih positif, ini bererti keseimbangan ekonomi dan pendapatan negara
akan meningkat. Sebaliknya jika eksport bersih negatif, bererti import melebihi eksport,
ini akan mengurangkan keseimbangan ekonomi dan pendapatan negara.

8.4.4 KESAN EKSPORT BERSIH KE ATAS KESEIMBANGAN PENDAPATAN


NEGARA

Ekonomi 2 dan 3 sektor dikatakan ekonomi tertutup, manakala ekonomi yang ada
aktiviti import dan eksport dikenali sebagai ekonomi 4 sektor atau ekonomi terbuka.
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka boleh lebih tinggi, lebih rendah
atau sama dengan ekonomi tertutup. Kedudukan ini sangat bergantung kepada nilai
eksport bersih. Jika eksport bersih positif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih tinggi
dari ekonomi tertutup. Jika eksport bersih negatif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih
rendah dari ekonomi tertutup. Jika eksport bersih sifar, iaitu X = M, maka keseimbangan
ekonomi terbuka sama dengan ekonomi tertutup. Kesan eksport bersih ke atas
keseimbangan pendapatan negara boleh ditunjukkan dengan menggunakan 2
pendekatan, iaitu:

I. perbelanjaan agregat dan penawaran agregat

II. suntikan dan bocoran

176 

 
Keterangan rajah:

Andaikan keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara pada Yo. Jika
eksport bersih positif, perbelanjaan agregat (AE) akan naik dari AEo ke AE2. Titik
keseimbangan berubah dari Eo ke E2 dan pendapatan negara naik dari Yo ke Y2. Jika
eksport bersih negatif, AE turun dari AEo ke AEi. Titik keseimbangan berubah dari E ke
E1 dan pendapatan negara turun dari Yo ke Y1.

II. Pendekatan Suntikan dan Bocoran

Sekiranya eksport bersih positif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi


terbuka lebih tinggi dari ekonomi tertutup. Keadaan ini boleh diterangkan dalam rajah di
bawah:

177 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah titik E, dengan pendapatan negara
pada Yo. Import naik ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S + T ke S + T +
M atau ditunjukkan oleh jarak EM. Eksport yang meningkat pula ditunjukkan oleh
pergerakan fungsi suntikan dari I + G ke I + G + Xi atau ditunjukkan oleh jarak EX.
Perhatikan jarak EX lebih besar dari jarak EM yang menerangkan kenaikan eksport
lebih besar dari kenaikan import atau eksport bersih adalah positif. Oleh itu
keseimbangan pendapatan negara akan bergerak dari E ke Ei dengan tingkat
pendapatan negara yang lebih tinggi iaitu dari Y ke Yi.

Sekiranya eksport bersih negatif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi


terbuka lebih rendah dari keseimbangan ekonomi tertutup. Keadaan ini boleh
ditunjukkan dalam rajah di bawah:

178 

 
Keterangan Rajah

Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah pada titik E, dengan pendapatan
negara pada Yo. Jika import naik, ia ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S
+ T ke S + T + M atau ditunjukkan oleh jarak EL. Manakala eksport yang meningkat
ditunjukkan oleh fungsi suntikan dari I + G ke I + G + X atau ditunjukkan oleh jarak ET.
Perhatikan jarak EL lebih besar dari jarak ET yang menerangkan kenaikan import lebih
besar dari kenaikan eksport atau eksport bersih negatif. Oleh itu keseimbangan
pendapatan negara akan bergerak dari titik E ke E2 dengan tingkat pendapatan negara
pada Y2 iaitu lebih rendah dari Yo.

Sekiranya eksport bersih sama dengan kosong atau eksport = import, keseimbangan
pendapatan negara bagi ekonomi tertutup sama dengan ekonomi terbuka. Keadaan ini
diterangkan dengan menggunakan rajah di bawah:

179 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan ekonomi tertutup ialah pada titik E dengan pendapatan negara pada Yo.
Import naik, maka fungsi bocoran akan bergerak dari S + T ke S + T + M. Manakala
kenaikan eksport menyebabkan fungsi suntikan bergerak dari I + G ke I + G + X.
Perhatikan kenaikan import dan eksport adalah sama jumlahnya yang ditunjukkan oleh
jarak EE1 masing-masing. Oleh itu pendapatan negara tidak akan berubah tetap pada
Yo. Oleh itu keseimbangan ekonomi tertutup akan sama dengan ekonomi terbuka
dengan pendapatan negara pada Yo.

8.4.5 Kesan Balas Perdagangan (The Trade Feedback Effect)

Kesan balas perdagangan bererti kemajuan ekonomi sesebuah negara mendorong


kemajuan ekonomi negara-negara lain dan kesan tersebut akan berpindah semula ke
negara asal melalui aktiviti perdagangan yang berlaku. Sekiranya eksport Malaysia
meningkat, bererti pendapatan eksport Malaysia akan meningkat juga. Peningkatan
pendapatan akan digunakan untuk 2 tujuan, iaitu: menggunakan barang-barang
domestik dan juga barang-barang yang diimport. Oleh itu import Malaysia pula akan
bertambah. Import Malaysia yang tinggi merupakan eksport negara lain, andaikan
negara itu ialah Thailand, maka Thailand pula akan memperoleh pertambahan
pendapatan eksport. Pertambahan pendapatan Thailand akan cenderung
meningkatkan importnya pula dari Malaysia. Oleh itu eksport Malaysia ke Thailand pula
bertambah. Proses ini akan berterusan bagi negara-negara yang berdagang. Akhirnya
semua negara yang berdagang akan mencapai kemajuan dan pembangunan dalam
ekonominya.

180 

 
Contoh: Eksport sebanyak 100 juta, adakah memberikan pertambahan pendapatan
eksport sebanyak 100 juta juga kepada negara berkenaan? Jawabnya tidak, kerana
sebahagiannya akan dibelanjakan untuk import. Andaikan kenaikan RM 1 dalam
eksport meningkatkan KNK sebanyak RM1.40. Manakala bagi setiap kenaikan RM1,
15% digunakan untuk import, maka jumlah perbelanjaan import ialah:

Perbelanjaan import = 100 juta x 1.4 x 0.15

= 21 juta

0leh sebab itu pendapatan eksport bersih hanyalah 79 juta (100 juta - 21 juta).
Perbelanjaan import Malaysia datangnya dari eksport Thailand, Thailand akan
memperoleh pendapatan, sebahagian dari pendapatan ini akan digunakan pula untuk
impot barang dari Malaysia.

8.4.6 KESAN BALAS HARGA (The Price Feedback Effect)

Kesan balas harga dalam perdagangan antarabangsa bererti kenaikan harga barang-
barang di negara asal akan memberi kesan kepada negara lain dan negara itu pula
yang mengalami kenaikan harga akan memberi kesan kepada negara asal. Andaikan
perdagangan di antara Malaysia dan India. Kenaikan harga barang-barang Malaysia,
sudah tentu akan menaikkan harga eksport Malaysia ke India. India sebagai pengimport
akan mengalami kenaikan harga dalam negaranya. Kenaikan harga barang-barang di
India akan turut meningkatkan harga barang-barang eksportnya pula. Jika
sebahagiannya dieksport ke Malaysia, maka Malaysia pula akan mengalami kenaikan
harga barang-barang yang diimport yang secara langsung akan mempengaruhi harga
barang-barang domestik dalam Malaysia. Kesan balas harga adalah penting di dalam
perdagangan antarabangsa. Oleh sebab itu harga barang-barang domestik perlu
dikawal. Jika tidak, harga barang-barang domestik akan meningkat dengan lebih tinggi
lagi melalui aktiviti perdagangan antarabangsa dan ini akan menyebabkan wujudnya
masalah inflasi.

8.5 PROSPEK EKONOMI MALAYSIA

Sebelum kegawatan ekonomi melanda negara pada tahun 1997-1998, Malaysia


merupakan salah satu negara daripada Rantau Tenggara yang paling pesat
membangun. Arah aliran pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan ini dalam
dekad 80-an dan awal 90-an menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif,
dinamik, berdaya tahan, makmur dan memiliki sebuah ekonomi yang mampu bersaing
menjelang tahun 2020( lihat Ali Abul Hassan, 1991).

181 

 
Berasaskan ramalan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan berterusan pada kadar
7.0% sehingga tahun 2020, dijangkakan KDNK negara bertambah daripada RM115 000
juta pada tahun 1990 kepada RM920 000 juta pada tahun 2020. Manakala pendapatan
per kapita meningkat kepada RM26 100 berbanding RM6 180 pada tahun 1990, iaitu
melebihi empat kali ganda daripada paras 1990. Jika kadar pertumbuhan ini dapat
dikekalkan sehingga tahun 2020, perkembangan ekonomi Malaysia adalah yang
tertinggi berbanding negara-negara perindustrian. Contohnya dalam tahun 1990, KDNK
negara tumbuh pada kadar 7.9% dan diramal meningkat kepada 9.8% pada tahun
2020. Manakala negara-negara perindustrian seperti EEC, NAFTA dan Jepun masing-
masing berkembang pada kadar 2.1%, 1.7% dan 3.3%. Berdasarkan Jadual 15.11
antara tahun 1990 hingga 2020 perkembangan ekonomi Malaysia adalah pada paras
8.0% berbanding perkembangan ekonomi dunia yang hanya 2.4%. Walau
bagaimanapun, ekonomi dunia masih dikuasai oleh negara-negara maju (lihat
JaduaI15.11).

Struktur ekonomi Malaysia dalam tahun 2020 mengikut sektor dijangka adalah seperti
ditunjukkan pada Jadual 15.12. Pertumbuhan sektor utama seperti pertanian dan
perlombongan dalam tempoh 30 tahun akan datang berkembang dengan kadar yang
perlahan. Sektor ini menguasai 7.6% KDNK berbanding 28.0% pada tahun 1990.
Sektor pertanian berkembang kira-kira 3.2%. Bagaimanapun jumlah keluaran merosot
daripada 18.7% kepada 6.3% bagi beberapa keluaran pertanian seperti padi, kelapa
dan getah. Punca-punca pertumbuhan utama adalah daripada kelapa sawit, kayu balak,
perikanan dan penternakan. Perkembangan ini adalah didorong oleh kenaikan dalam
pertambahan nilai, penggunaan tanah yang intensif dan galakan secara komersil.
Sektor perlombongan juga merosot kesan pengawalan keluaran minyak dan gas untuk
jangka panjang dan kepupusan galian bijih timah.

Sektor pembuatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang pesat menjelang tahun


2020 iaitu pada Kadar 40.0% berbanding pertumbuhan keluaran sekarang 27.0%. Nilai
ditambah dalam sektor ini terus mencatatkan Kadar pertumbuhan yang tinggi sebanyak
13.9% setahun. Perkembangan ini merupakan satu lagi pencapaian yang penting
dalam peralihan pembangunan negara ke arah ekonomi yang membangun. Walaupun
prestasi sektor pembuatan pada keseluruhannya adalah memuaskan, tetapi
pembangunannya masih bercirikan asas perindustrian yang sempit. Penekanan lebih
kepada usaha meningkatkan kandungan teknologi, kecekapan dan daya pengeluaran
produk-produk perlu dikembangkan di sektor-sektor kecil tradisional. Dengan
penyerapan dan eksploitasi teknologi moden, adalah dijangkakan sektor ini dapat
mengekalkan kadar pertumbuhan sekitar 35.0% pada tahun 2020.

Sektor perkhidmatan moden juga mengalami perkembangan menggalakkan dalam


tempoh 30 tahun akan datang walaupun subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka
182 

 
merosot. Sektor ini dijangka meningkat daripada 41.8% dalam tahun 1990 kepada kira-
kira 50.0% pada tahun 2020. Pertumbuhan ini dijangka berlaku dalam semua
perkhidmatan bukan kerajaan kesan pembangunan pesat dalam keluaran perindustrian
serta perkembangan yang semakin kompleks dalam ekonomi dunia menjelang tahun
2020. Sektor perkilangan yang merupakan pendorong utama dijangka berkembang
pada kadar 42.8% pada tahun 2020 dari tahun 1990. Dengan adanya usaha-usaha
yang berterusan untuk menyerap, mengubah dan mengeksploitasi teknologi moden ke
sektor ini supaya pencapaian pertumbuhan yang lebih pesat berlaku dan mampu
bersaing telah menggalakkan pewujudan rantaian yang lebih kukuh dengan sektor-
sektor lain dalam ekonomi.

Keseluruhan sumbangan keluaran sektor utama, perindustrian dan perkhidmatan pad a


masa akan datang bergantung kepada peningkatan nilai ditambah, kemahiran,
pengetahuan dan intensiti aktiviti teknologi yang digunakan. Berdasarkan anggaran
sumbangan sektor-sektor ini dalam ekonomi negara pada tahun 2020, adalah
dijangkakan ekonomi Malaysia berada dalam lingkungan ekonomi membangun atau
boleh dikategorikan sebagai negara maju, berbanding masa sekarang yang masih
berada dalam ekonomi berpendapatan sederhana. Kategori negara maju atau ekonomi
membangun adalah berdasarkan peratusan sumbangan sektor-sektor ini kepada
ekonomi negara, iaitu 3% daripada sektor utama, 34% sektor industri, 20% pembuatan
dan 63% perkhidmatan.

Sektor perdagangan luar negeri dijangka terus kukuh sebagai penyumbang utama
dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi pada tahun 2020. Walaupun
sumbangan sektor ini berkurangan daripada 71.3% pada tahun 1990 kepada 53.8%
pada tahun 2020, tetapi nilai eksportnya terus mencatatkan pertambahan. Kemerosotan
sumbangan ini kepada pendapatan negara adalah disebabkan permintaan dalam
negeri yang dijangka terus berkembang pesat. Eksport Malaysia keseluruhan dijangka
berkembang pada kadar 10.2% setahun an tara tahun 1990-2020. Jumlah eksport
negara diramal meningkat sebanyak RM1 480 000 juta pada tahun 2020 berbanding
RM78 300 juta pada tahun 1990, iaitu menguasai 2.73% daripada eksport dunia (lihat
Jadual 15.13). Pertambahan eksport ini sebahagian besarnya disumbang oleh sektor
buatan, iaitu 95.0%.

8.6 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

8.6.1 DASAR EKONOMI BARU (DEB : 1971 – 1990)

DEB dilancarkan pada tahun 1971 seiringan dengan pelancaran Rancangan Malaysia
Kedua (1971-75), bertujuan untuk memupuk perpaduan Negara dengan membasmi
183 

 
kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di
Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah ketegangan kaum yang wujud pada
tahun 1969 adalah manifestasi daripada ketidakseimbangan ini.

MATLAMAT

Tempoh pencapaian matlamat DEB ialah 20 tahun, bermula dari tahun 1971 sehingga
tahun 1990. DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) ekonomi
yang pertama pernah dibentuk di Malaysia.

Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah:

1. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan


dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum.

2. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak


seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.

Matlamat-matlamat ini melibatkan pembaharuan penghidupan luar bandar,


perkembangan kegiatan di bandar-bandar yang seimbang dan mewujudkan satu
masyarakat Melayu dan bumiputera-bumiputera lain dalam semua jenis dan peringkat
pekerjaan, supaya mereka boleh menyertai dengan sepenuhnya dalam semua aspek
ekonomi.

Mengurangkan dan membasmi kemiskinan akan dapat dicapai melalui:

1. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan


kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman
padi dua kali setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air;
kemudahan pasaran dan kredit.
2. Menambahkan peluang untuk menukar kegiatan yang mempunyai daya
pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti: rancangan-rancangan
tanah FELDA, FELCRA; projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan-
kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan
kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan.
3. Menyediakan perkhidmatan sosial secara percuma atau subsidi lebih meluas
termasuk: projek perumahan kos rendah; perkhidmatan asas seperti kesihatan,

184 

 
perumahan, air, elektrik, kemudahan pengangkutan yang dikenakan kadar
bayaran yang murah; memperbaiki peluang-peluang pendidikan dan
kemudahan-kemudahan kemasyarakatan dan rekreasi.

Tujuan menyusun semula masyarakat ialah supaya keadaan ekonomi ang tidak
seimbang antara kaum dapat diperbetulkan. Masyarakat Cina biasanya lebih dikenali
sebagai tauke kerana mereka peniaga. Masyarakat Melayu selalunya hidup di desa
sebagai petani dan masyarakat India pula sebagai pekerja estet. Pengenalan sesuatu
kaum mengikut fungsi ekonomi ini perlu dihapuskan. Penyusunan semula masyarakat
ini dicapai melalui:

1. Pemodenan kehidupan desa dengan meninggikan daya pengeluaran.

2. Mempertingkat dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan bandar supaya dapat


menggambarkan penduduk yang berbilang kaum.

3. Menambahkan bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dan harta syarikat.

4. Pembentukan masyarakat peniagaan bumiputera.

5. Memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui agensi-agensi wilayah seperti
KEJORA, KESEDAR, KETENGAH dan KEDA.

8.6.2 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN 1991 – 2000)

DEB ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) yang pernah
dilaksanakan dalam Ekonomi Malaysia. DEB yang meliputi tempoh 1971-90, kini telah
tamat. Bagi menyambung dan memperkukuh hasrat ekonomi rakyat, maka satu dasar
baru dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional (DPN), bagi tempoh 1991-2000
telah dibentuk. Pembentukan dasar baru ini menandakan bermulanya Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2).

MATLAMAT

DPN akan memperkukuh proses pencapaian pembasmian kemiskinan dan penyusunan


semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi. Perpaduan negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan
sosioekonomi memandangkan sebuah masyarakat yang bersatu padu merupakan asas
penting mewujudkan kestabilan sosial dan politik serta pembangunan yang berterusan.

185 

 
DPN menetapkan langkah permulaan ke arah membo1chkan Malaysia mencapai taraf
sebuah negara yang maju berasaskan perindustrian menjelang tahun 2020.

Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Berasaskan pembasmian kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat, DPN meliputi aspek-aspek kritikal seperti yang berikut:

1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum dalam matlamat pertumbuhan


ekonomi dan pengagihan yang saksama.
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
untuk meningkatkan daya saling melengkapi an tara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan.
3. Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan
perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperoleh daripada
pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
4. Menggalak dan memperkukuh integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-
negeri dan di antara kawasan bandar dengan luar bandar.
5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif supaya rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
6. Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja
yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran yang
perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu
budaya cemerlang tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula
masyarakat.
7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden.
8. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian
yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi
dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan
secara berterusan.

Di samping mengekalkan strategi asas DEB, dimensi baru DPN adalah:

186 

 
1. Mengalihkan arah tumpuan strategi pembasmian kemiskinan ke arah membasmi
kemiskinan di kalangan golongan termiskin, di samping mengurangkan
kemiskinan relatif.
2. Menumpukan kepada pewujudan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah
masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB) yang aktif.
3. Meningkatkan lagi penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula
masyarakat melalui peluang-peluang yang lebih luas.
4. Menumpukan pembangunan sumber manusia.

8.6.3 DASAR WAWASAN NEGARA (DWN : 2001 – 2010)

Dasar Wawasan Negara yang merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRJP3) akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing
negara. Dalam tempoh OWN ini, usaha akan dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti
pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat
menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggak pembangunan
dan menjadikan masyarakat Malaysia lebih harmoni, bertolak ansur, dan dinamik.

Dalam membina sebuah negara yang berdaya tahan, tugas mengukuhkan perpaduan
dan memupuk masyarakat yang lebih bertolak ansur dan penyayang merupakan
agenda utama negara. Dari segi objektif pengagihan, sungguhpun kejayaan besar telah
dicapai dalam mengurangkan kadar kemiskinan, namun pencapaian penyusunan
semula masyarakat kurang memuaskan. Peratusan pemilikan ekuiti korporat
Bumiputera dan bilangan Bumiputera dalam pekerjaan yang berkedudukan tinggi masih
lagi rendah.

8.6.3.1 TERAS PEMBANGUNAN DASAR WAWASAN NEGARA

Di samping menggabung strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan seimbang, OWN juga
memperkenalkan beberapa teras dasar yang baru.

Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam OWN adalah seperti yang berikut:

1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat


berasaskan pengetahuan.

2. Menjana pertumbuhan yang di dorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui
pengukuhan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang
strategik.

187 

 
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik melalui
penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil,


Orang Asli, dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta
meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 % rendah.

5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-


kurangnya 30 % menjelang 2010.

6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam -sektor utama ekonomi.

7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong


pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan .

Dasar ini bertujuan untuk memperkukuh keupayaan, kemampuan, dan keazaman


negara bagi menghadapi cabaran yang akan datang. OWN menekankan kepada
perlunya membina keutuhan dan daya saing negara serta sebuah masyarakat yang
saksama bagi menjamin perpaduan dan kestabilan politik. Kecekapan dan produktiviti
semua aktiviti ekonomi akan dipertingkatkan untuk memantapkan daya saing Malaysia.
Di samping itu, jurang ekonomi di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta di antara
strata dan wilayah akan diatasi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan dalam
masyarakat Malaysia. Sektor swasta akan menerajui pertumbuhan ekonomi manakala
sektor awam akan menyediakan persekitaran yang bersesuaian dan memastikan
pencapaian matlamat sosioekonomi.

8.6.3.2 Teras utama OWN adalah seperti yang berikut:

1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,


menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai
positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;

2. Menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian


kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan
etnik serta wilayah;

3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber


pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;

4. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;

188 

 
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik
untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan
daya pemikiran bangsa;

6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja


yang cekap, produktif, dan berpengetahuan; dan

7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk mengukuhkan


pertumbuhan jangka panjang.

IMPAK

1. Kemiskinan. Kadar kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia menurun daripada 7.5%


pada tahun 1999 kepada 5.1 % pada tahun 2002. Bilangan isi rumah miskin pula
berkurangan daripada 360 000 buah kepada 267 900 buah, iaitu menurun sebanyak
26.5% pada tempoh yang sama. Kemiskinan luar bandar, bandar, dan ketermiskinan
juga menurun. Begitu juga kadar kemiskinan setiap negeri mencatatkan penurunan
yang menggalakkan (Malaysia, 2003).

2. Pengagihan pendapatan. Peratusan isi rumah berpendapatan rendah (pendapatan


kurang daripada RM1 200) berkurangan daripada 33.1% pada tahun 1999 kepada
25.9% pada tahun 2002. Manakala pendapatan isi rumah kasar bulanan luar bandar
dan Bumiputera terus meningkat (Malaysia, 2003).

3. Pemilikan modal sektor korporat. Pemilikan jumlah modal saham Bumiputera


meningkat daripada RM62.9 bilion pada tahun 2000 kepada RM73.1 bilion pada tahun
2002. Namun begitu, bahagian pemilikan modal saham Bumiputera berbanding dengan
kaum lain telah menurun daripada 18.9% kepada 18.7% pada tempoh yang sama.
Pemilikan modal. saham Bumiputera sebahagian besarnya tertumpu kepada sektor
pertanian diikuti oleh pembinaan dan pengangkutan yang masing-masing meliputi
28.3%, 24.5%, dan 23.6%, tetapi kurang dalam bidang pembuatan. (Malaysia, 2003).

4. Penyusunan semu/a guna tenaga. Peratusan guna tenaga Bumiputera meningkat


daripada 56.4% pada tahun 2000 kepada 56.5% pada tahun 2003. Peratusan guna
tenaga Bumiputera berbanding dengan etnik lain adalah tinggi dalam semua sektor,
kecuali dalam sektor perdagangan borong dan runcit (iaitu 40.4%) dan pembinaan (iaitu
44.0%).

189 

 
SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan aspek-aspek kritikal DPN di dalam membasmi kemiskinan dan


menyusun semula masyarakat.

2. Tunjukkan rajah kesan eksport bersih positif ke atas keseimbangan


pendapatan negara melalui pendekatan, suntikan dan bocoran dengan
menggunakan simbol-simbol berikut; Y = Pendapatan, X = Eksport, M =
Import, S = Tabungan, T = Cukai, G = Perbelanjaan Kerajaan dan E =
Tahap keseimbangan.

3. Tunjukkan rajah kesan eksport bersih negatif ke atas keseimbangan


pendapatan negara melalui pendekatan, suntikan dan bocoran dengan
menggunakan simbol-simbol berikut; Y = Pendapatan, X = Eksport, M =
Import, S = Tabungan, T = Cukai, G = Perbelanjaan Kerajaan dan E =
Tahap keseimbangan.

4. Tunjukkan rajah kesan eksport bersih sifar (X = M) ke atas keseimbangan


pendapatan negara melalui pendekatan, suntikan dan bocoran dengan
menggunakan simbol-simbol berikut; Y = Pendapatan, X = Eksport, M =
Import, S = Tabungan, T = Cukai, G = Perbelanjaan Kerajaan dan E =
Tahap keseimbangan.

5. Apakah faktor-faktor yang menentukan fungsi eksport dan kenapa fungsi


eksport selari dengan paksi pendapatan negara. Bincang dengan
menggunakan rajah.

6. Kenapa Fungsi import dapat ditunjukkan sebagai satu garisan yang


mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

7. Apakah teras pembangunan dasar wawasan negara (DWN)?

8. Bincangkan keadaan di mana apabila eksport bersih positif, keseimbangan


ekonomi terbuka adalah lebih tinggi dari ekonomi tertutup.

9. Bincangkan keadaan di mana apabila eksport bersih negatif, keseimbangan


ekonomi terbuka adalah lebih rendah dari ekonomi tertutup.

10. Bincangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar (air, udara , tanah dan

190 

 
sampah sarap) dari pada sektor-sektor ekonomi (pertanian dan industri).

11. Bincangkan konsep globalisasi perdagangan dalam pembangunan ekonomi


serta impaknya.

12. Bincangkan konsep globalisasi Kewangan dalam pembangunan ekonomi


serta impaknya.

13. Bincangkan 2 matlamat DEB.

14. Bincangkan 7 matlamat DWN

191 

You might also like