You are on page 1of 3

Jaga kebersihan diri elak dijangkiti

COVID-19
Oleh Suzalina Halid dan Ahmad Suhael Adnan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat


meningkatkan amalan penjagaan kesihatan bagi menghindari diri dan ahli
keluarga dijangkiti COVID-19.

Perdana Menteri turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa


memastikan diri masing-masing dalam keadaan bersih, selain
menggunakan topeng muka dan mencuci tangan menggunakan cecair
pembasmi kuman.

“Kurangkan bersentuhan dan bersalaman. Elakkan daripada menghadiri


sebarang bentuk perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada
jangkitan virus ini,” katanya ketika menyampaikan perutusan Perdana
Menteri berkaitan penularan jangkitan COVID-19, yang disiarkan secara
langsung di RTM, TV3, Bernama TV dan Astro Awani, hari ini.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan


COVID-19 sebagai pandemik berikutan penularan wabak itu ke 125
negara dan wilayah di seluruh dunia.

Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasi sempadan


hingga ke seluruh dunia dan membabitkan jumlah populasi yang besar
dengan pantas serta menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

Menurut laman sesawang WHO, sebanyak 132,567 kes COVID-19


dikesan di 123 negara setakat hari ini, membabitkan 4,947 kematian sejak
wabak itu mula merebak di Wuhan, China pada Disember tahun lalu.

Di Malaysia, sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dikesan setakat


tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan 197 kes positif
dilaporkan dan antara jumlah kes tertinggi dicatat untuk tempoh satu hari,
setakat ini.
(Sumber: Dipetik dan diolah daripada Berita Harian )

SK: 2.2
SP: 2.2.2, 2.2.3
Corona Virus

Corona Virus merupakan pendamic COVID-


19 dikesan di Wuhan, China pada Disember
2019. Virus ini mengakibatkan sindrom
penafasan. Kaedah penularan virus ini adalah
melalui titisan pernafasan daripada batuk
atau bersin. Gejala ini boleh dikesan dari hari
kedua sehingga hari keempatbelas tetapi ada
beberapa kes tidak dapat dikesan walaupun
lebih dari empat belas hari .

1. Apakah laluan penting untuk virus merebak ke


tubuh manusia ?
2. Apakah peranan agensi pelancongan dalam
mengawal penularan jangkitan Covid-19?

You might also like