You are on page 1of 2
Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan. Bar | Menganalisis Pada 9 Mac, seramai 35 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar telah menyertai lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia. Rombongan ini turut disertai oleh dua orang guru pengiring, iaitu Cikgu Kamal dan Cikgu Sofian. Objektif lawatan sambil belajar ini adalah untuk mendedahkan suasana secara langsung persidangan di Dewan Rakyat di samping meningkatkan semangat jati diri dan memupuk semangat patriotisme kepada ahli-ahli persatuan. Pelawat-pelawat bukan sahaja didedahkan perjalanan persidangan malah juga berpeluang berinteraksi dengan ahli Dewan Rakyat. Sebaik sahaja kami sampai di pintu utama Parlimen, kami disambut oleh seorang pegawai bertugas. Kami dibawa melawat sekitar bangunan Parlimen. Setelah itu, barulah kami dibawa masuk ke dalam Parlimen. Kami telah diberi taklimat mengenai peraturan asas sebelum melihat Dewan Rakyat bersidang. Antaranya, para pelawat perlu menunduk hormat kepada Yang di- Pertua Dewan Rakyat semasa memasuki dan meninggalkan dewan, Sebagai pemerhati, kami turut diingatkan agar tidak menyoal atau mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Disebabkan terdapat banyak rombongan yang melawat Parlimen pada hari yang sama, maka rombongan kami hanya dibenarkan untuk menyaksikan perbahasan dalam tempoh 30 minit. Pada pukul 12:00 tengah hari, kami disediakan makan tengah hari di dewan makan, Setelah itu, kami bertolak balik ke sekolah. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana banyak pengalaman berharga yang kami peroleh melalui lawatan ke Parlimen. Bilakah lawatan sambil belajar ke Parlimen diadakan? Apakah objektif lawatan sambil belajar ke Parlimen? Apakah kebaikan-kebaikan yang dapat diperoleh pelawat semasa melawat ke Parlimen? Mengapakah rombongan mereka hanya dibenarkan untuk menyaksikan perbahasan dalam tempoh 30 minit? Bagaimanakah perasaan mereka melalui lawatan ke Parlimen tersebut?

You might also like