You are on page 1of 24

TUGASAN

TAHUN 2020 / SEMESTER 2

NAMA PELAJAR : Minjie Yong Nyuk Mei


NO. PELAJAR : B190188C
KELAS : BMS19- C1
SUBJEK : Tatabahasa Melayu
KOD SUBJEK : BKTM1124
PENSYARAH : Mohd Saipuddin Bin Suliman
ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN
1.0 PENGENALAN 3-4
2.0 KONSEP 5
3.0 PENERBITAN AYAT 6-12
Pengguguran  16-9
Penyusunan Semula  9-10
Peluasan  11-12
4.0 TATABAHASA 13
ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA  14-18
5.0 KESIMPULAN 19
6.0 RUJUKAN 20

2
1.0 PENGENALAN
Dalam linguistik, aliran transformasi generatif (TG) ialah satu aliran mazhab
pengkajian bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Beliau
merupakan seorang profesor lingustik yang menyumbangkan buah fikirannya
di Massachusetts Institute of Technology. Aliran TG yang dikemukakan oleh
Chomsky ini diperkenalkan olehnya melalui penerbitan sebuah monograf
yang bertajuk Syntactic Structure, pada tahun 1957. Kemudian, teori TG ini
diperbaik oleh Chomsky melalui bukunya, Aspect of the Theory of Syntax.

TG memberi tumpuan terhadap bidang sitaksis (ayat) serta


mengutamakan bidang semantik (makna). Dasar utama teori ini ialah dengan
menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi
dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan
struktur permukaan.

Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat
inti. Struktur permukaan pula ialah struktur yang mengalami perubahan
daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang dituturkan
oleh seseorang penutur.

Mengikut hukum TG, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan


oleh dua rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur
Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada
struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat
pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua
bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil
daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat
pada peringkat permukaan.

3
Avram Noam Chomsky (Noam Chomsky), dilahirkan
pada 7 Disember 1928, merupakan seorang ahli
linguistik, ahli falsafah, saintis kognitif, aktivis politik,
pengarang dan pensyarah berbangsa Amerika Syarikat.
Beliau merupakan seorang Institute Professor emeritus
dan profesor emeritus linguistik di Institut Teknologi Massachusetts. Beliau
terkenal dalam bidang saintifik dan akademik selaku bapa linguistik moden.
Sejak 1960-an, beliau dikenali sebagai seorang penentang politik, penyokong
anarkisme, dan seorang cendekiawan sosialisme libertarian.

Pada zaman 1950-an, Chomsky mula mengembangkan teori tatabahasa


generatif beliau melalui berkali-kali semakan yang membawa pengaruh besar
dalam bidang linguistik. Beliau disifatkan sebagai “perwira ibarat Homeros”
yang benar-benar tergolong dalam dewata ahli fikir terunggul di negara
Amerika Syarikat dengan segala kuasa dan sifatnya. Kepantasan,
kemampuan, dan kebolehan sintetik daya fikir beliau merupakan satu
lagenda. Beliau juga mengasaskan hierarki Chomsky, iaitu pengelasan
bahasa formal dari segi daya generatifnya. Ulasan beliau terhadap Verbal
Behavior oleh B. F. Skinner pada tahun 1959 mencabar pendekatan
behaviorisme pada kajian perilaku dan bahasa yang dominan ketika itu serta
menyumbang kepada revolusi kognitif dalam bidang psikologi. Pendekatan
naturalistik beliau kepada kajian bahasa telah mempengaruhi falsafah bahasa
dan minda.

Mengikut Indeks Pemetikan Kesenian dan Kemanusiaan pada tahun


1992, Chomsky menjadi sumber yang paling banyak kali dipetik berbanding
mana-mana cendekiawan hidup yang lain sepanjang tahun 1980–1992, di
samping menjadi sumber kelapan paling banyak kali dipetik sepanjang

4
zaman. kedudukan beliau selaku pembidas terhebat dalam politik Amerika
turut menjadikan dirinya sebagai tokoh yang diselubungi kontroversi.

5
2.0 KONSEP
Transformasi merujuk kepada mengubah atau menukar iaitu menulis semula.
Generatif pula ialah menerbit unsur yang lebih besar dengan menambah dan
mengembang unsur-unsur yang terhad melalui beberapa proses menurut
rumus-rumus tertentu. Tuntasnya, transformasi generatif ialah menulis semula
bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang
lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asal ayat.

Kajian ini dibuat berdasarkan kenyataan bahawa penutur asli sesuatu


bahasa dapat membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah
mereka dengar kerana mereka dilahirkan mempunyai kecekapan untuk
berbahasa secara semula jadi. Penutur juga mampu membezakan pelbagai
jenis struktur ayat dan mengenali sesuatu ayat tersebut adalah gramatis atau
tidak, serta memahami ayat tidak kira kebanyakannya.

Analisis transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus


sesuatu bahasa yang lengkap berdasarkan pengetahuan penutur asli sesuatu
bahasa. Rumus-rumus tersebut akan membolehkan atau membantu orang
lain yang tidak mengetahui bahasa tersebut membentuk ayat dalam bahasa
berkenaan. Pendek kata analisis tersebut adalah untuk membentuk rumus
sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur asli
bahasa tersebut.

6
3.0 PENERBITAN AYAT
Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan berpunca daripada ayat
yang lain kecuali ayat tersebut menyerupai ayat dasar. Ayat tersebut wujud
pada peringkat struktur dalaman atau struktur dasar dan wujud dalam bentuk
yang serupa pada peringkat struktur permukaan. Penerbitan sesuatu ayat
dimaksudkan dengan hasil laksananya suatu proses gramatis yang
melibatkan pelaksanaan rumus transformasi. Penerbitan ayat dapat dilakukan
melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan
semula atau peluasan pada unsur struktur dalaman.

3.1 Pengguguran
Proses pengguguran merupakan satu proses yang berlaku pada struktur ayat
yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat.
Unsur yang digugurkan tidak akan wujud lagi. Terdapat tiga jenis
pengguguran:
I. pengguguran frasa nama sebagai subjek
II. pengguguran frasa predikat
III. pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

3.1.1 Pengguguran frasa nama sebagai subjek


Pengguguran ini terdiri daripada dua:
1) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah.
Dalam ayat suruhan atau perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang
berfungsi sebagai subjek digugurkan. Contoh seperti berikut:
Awak keluar sekarang! Keluar sekarang!
Engkau duduklah dahulu. Duduklah dahulu.
Kamu jangan bising. Jangan bising.

7
2) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
Proses ini ialah proses menggugurkan salah satu subjek frasa nama dalam
ayat majmuk sekiranya serupa atau beridentiti sama. Lazimnya subjek frasa
nama di awal ayat tidak digugurkan. Berikut merupakan contoh:
Dia memakan. Dia menonton televisyen Dia memakan sambil menonton televisyen.
Adik menangis. Adik terjatuh. Adik menangis kerana terjatuh.

3.1.2 Pengguguran frasa predikat


Frasa predikat digugurkan sama ada menyeluruh atau sebahagiannya sahaja.
 Pengguguran seluruh frasa predikat
Frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan akan digugurkan
seluruh frasa tersebut, kecuali yang terakhir sama ada frasa predikat tersebut
merupakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
i. Frasa nama
Aminah ialah anak puan Siti. Ali ialah anak puan Siti.
 Aminah dan Ali ialah anak puan Siti.

ii. Frasa kerja


Ayah sedang tidur. Kakak sedang tidur.
 Ayah dan kakak sedang tidur.

iii. Frasa adjektif


Abang lebih mahir dalam matematik. Adik lebih mahir dalam matematik.
 Abang dan adik lebih mahir dalam matematik.

iv. Frasa sendi nama.


Ibu Laila berasal dari England. Rakan saya berasal dari England.
 Ibu Laila dan Rakan saya berasal dari England.

8
 Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
Beberapa bahagian frasa predikat boleh digugurkan:
i. oleh + FN dalam ayat pasif
struktur oleh + FN selepas kata kerja boleh digugurkan.
Contoh: Sekumpulan penagih dadah itu ditangkap oleh polis.
 Sekumpulan penagih dadah itu ditangkap.

ii. Kata bantu yang serupa


Salah satu kata bantu serupa yang hadir dalam predikat frasa kerja dan
predikat frasa adjektif boleh digugurkan dalam ayat majmuk.
Contoh: Ibu sedang memasak. Ibu sedang menyanyi. (predikat frasa
kerja)
 Ibu sedang memasak dan menyanyi.
Contoh: Dia sangat rajin. Dia sangat bijak. (predikat frasa adjektif)
 Dia sangat rajin dan bijak.

iii. FN sebagai objek yang serupa


Sekiranya terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam
ayat majmuk, maka objek tersebut akan digugurkan dan menjadi satu.
Contoh: Kakak memarahi adik. Kakak menegur adik.
 Kakak memarahi dan menegur adik.

iv. FN sebagai frasa objek kata kerja yang membawa makna adjektif
Kata ganti nama orang kedua sebagai objek yang berada selepas kata kerja
transitif yang membawa makna adjektif seperti menggembirakan,
menakjubkan dan sebagainya yang boleh didahului kata penguat boleh
digugurkan. Contoh:
Keputusan adik itu amat menggembirakan kita.
 Keputusan adik itu amat menggembirakan.
Persembahan itu sangat menakjubkan saya.

9
 Persembahan itu sangat menakjubkan.

10
3.1.3 Pengguguran FN yang mendahului Frasa Relatif
Dua ayat yang digabungkan dengan satu ayat dipancangkan dalam ayat yang
satu lagi sebagai frasa relatif atau berkaitan, frasa nama sebagai subjek yang
serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan.
Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu berbaju putih.
 Budak yang berbaju putih itu adik saya.
 Yang berbaju putih itu adik saya.

Proses yang sama berlaku terhadap frasa nama yang mendahului frasa relatif
dalam kedudukannya sebagai objek.
Contoh: Kami suka benda itu. Benda itu cantik.
 Kami suka benda yang cantik itu.
 Kami suka yang cantik itu.

3.2 Penyusunan semula


Bentuk perkataan dalam ayat diubah susunan dan diterbitkan semula satu
struktur ayat gramatis yang baharu. Proses ini akan mengakibatkan
berlakunya perubahan atau pengguguran kata tertentu dan digantikan dengan
kata lain, namun tidak berubah makna ayat tersebut. Terdapat 3 jenis proses
penyusunan semula:
I. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
II. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek
III. Penyusunan semula melalui ayat songsang

11
3.2.1 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
Penyusunan ini boleh berlaku melalui proses transformasi pasif iaitu
memindahkan subjek ayat aktif atau ayat asal menjadi objek pada ayat pasif,
manakala frasa nama objek dalam ayat aktif dipindahkan menjadi subjek ayat
pasif.
Contoh: Pekerja mudah mengecat semula kedai itu.
 Kedai itu dicat semula oleh pekerja muda.
Contoh: Kamu membaca buku itu berkali-kali.
 Buku itu kamu baca berkali-kali.

3.2.2 Penyusunan semula frasa nama sebagai objek


Proses penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandungi objek tepat iaitu
objek yang hadir selepas kata kerja, serta objek sipi yang hadir selepas objek
tepat. Dalam penyusunan ini, objek tepat akan dipindah ke bahagian akhir
ayat manakala objek sipi hadir selepas kata kerja dengan menambah
imbuhan akhiran -kan pada kata kerja.
Contoh: Ayah mengirimi kakak wang.
 Ayah mengirimkan wang kepada kakak.

3.2.3 Penyusunan semula melalui ayat songsang


Ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan
syarat, keterangan musabab dan sebagainya boleh disongsangkan dengan
memindahkannya ke hadapan ayat untuk difokuskan. Kata kerja juga boleh
dipindahkan ke depan ayat jika hendak difokuskan.
Contoh: Kami tiba di sini sejak dua hari yang lepas.
 Sejak dua hari yang lepas kami tiba di sini. (memfokuskan
keterangan)
 Tiba di sini kami sejak dua hari yang lepas. (memfokuskan kata kerja)

12
3.3 Peluasan
Proses ini merupakan penambahan unsur dalam ayat yang baharu. Terdapat
empat jenis proses peluasan:
I. Peluasan frasa nama sebagai subjek
II. Peluasan frasa predikat
III. Peluasan dengan kata hubung
IV. Peluasan melalui proses komplementasi

3.3.1 Peluasan frasa nama sebagai subjek


Frasa nama sebagai subjek diluaskan melalui proses relativisasi iaitu
memancangkan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif subjek
dengan menggunakan kata relatif ‘yang’. Proses ini hanya berlaku sekiranya
kedua-dua subjek frasa nama itu serupa atau beridentiti sama serta berfungsi
sebagai subjek. Fungsi frasa nama yang berbeza akan menyebabkan ayat
majmuk tersebut tidak gramatis.
Contoh: Lelaki itu abang saya. Lelaki itu duduk berdekatan tingkap.
 Lelaki yang duduk berdekatan tingkap itu abang saya.
Contoh: Orang itu sudah pergi. Ali memanggil orang itu.
 Orang yang Ali memanggil itu sudah pergi. (tidak gramatis)

3.3.2 Peluasan frasa predikat


Frasa nama yang mengalami relativisasi mesti berfungsi sebagai subjek
dalam ayat yang akan dipancangkan.
Contoh: Dia memesan minuman itu. Minuman itu manis.
 Dia memesan minuman yang manis itu.

13
3.3.3 Peluasan dengan kata hubung
Proses peluasan ini ialah penggabungan dua konstituen yang sama dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika dan sebagainya.
Kata hubung tersebut digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih
menjadi ayat majmuk bersifat peluasan.
Contoh: Ibu menyediakan makanan malam. Ibu sakit.
 Ibu menyediakan makanan malam walaupun sakit.
Contoh: Azam tidak hadir ke sekolah. Azam sakit teruk.
 Azam tidak hadir ke sekolah kerana sakit teruk.

3.3.4 Peluasan melalui proses komplementasi


Proses ini merujuk kepada pengubahan sesuatu ayat menjadi satu frasa
nama dan dipancangkan pada ayat lain.
Contoh: Dia menegaskan (sesuatu). Tugasannya sudah disiapkan.
 Dia menegaskan bahawa tugasannya sudah disiapkan.

Selain itu, peluasan juga boleh berlaku daripada pelaksanaan transformasi


komplementasi terhadap kata kerja. Perubahan ini hanya berlaku apabila
kedua-dua frasa nama subjek dalam ayat induk dan ayat dipancangkan
beridentiti sama. Seterusnya frasa nama subjek dalam ayat dipancangkan
akan digugurkan melalui proses pengguguran kesamaan frasa nama.
Contoh: Gadis itu duduk. Gadis itu menangis di atas tangga.
 Gadis itu duduk menangis di atas tangga.

14
4.0 TATABAHASA
Tatabahasa merupakan salah satu cabang kajian linguistik yang mengkaji
rentetan ucapan, pengelompokan dan pengklasifikasian unsur ucapan
menurut fungsinya. Secara umumnya, tatabahasa merujuk kepada etika
berbahasa dan ketepatan bahasa yang digunakan ketika berbahasa.
Tatabahasa berperanan menghuraikan pemilihan penggunaan bahasa untuk
membina ayat yang baik, serta menjadi pedoman dan pegangan dalam
menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan dan
penulisan.

Menurut Tatabahasa Dewan, penyelidikan tatabahasa menyentuh


daripada sudut morfologi iaitu yang melibatkan cara perkataan dibentuk
daripada bunyi bahasa serta sintaksis, cara perkataan disusun menjadi ayat.
Noam Chomsky mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan sistem
yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan menjadi
dasar melahirkan bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan
bahasa. Tatabahasa juga berfungsi memisahkan bentuk bahasa yang
gramatis daripada yang tidak gramatis.

Terdapat pengguna bahasa melakukan kesalahan dalam tatabahasa,


perkara ini menjadi kebisaan kerana majoriti pengguna akan menghadapi dan
melakukannya. Hal ini kerana pengguna sesuatu bahasa tersebut tidak
melihat perkara tersebut serius dan mengganggu penuturan atau penulisan
bahasa mereka. Terdapat beberapa jenis kesalahan tatabahasa yang lazim
dilakukan oleh pengguna bahasa. Berikut merupakan analisis kesalahan
tatabahasa beberapa artikel.

15
1. kesalahan
penggunaan partikel.
▪ P
a
r
t
i
k
e
l

-lah, -tah, dan -kah perlu ditulis serangkai


dengan kata dasar depannya.
i. hairan lah - hairanlah
ii. itu lah – itulah
2. Kesalahan penggunaan kata ganti singkat.
▪ Kata singkat sebagai akhiran harus
diserangkaikan dengan kata dasar depannya.
i. suhu nya- suhunya
ii. air nya- airnya

16
3. Kesalahan penggunaan kata sendi.
▪ kata sendi seperti ‘di’ tidak boleh diserangkaikan dengan kata dasar kerana
akan menjadi imbuhan awalan yang memebawa makna yang lain.
Disekitar- di sekitar Dibawah- di bawah Disepanjang- di sepanjamg
Didalam- di dalam Disana- di sana

4. Kesalahan penggunaan kata hubung


▪ kata hubung ‘yang’
1. menceritakan tentang bagaimana seekor ular besar yang menelan
manusia.
 menceritakan tentang bagaimana seekor ular yang besar menelan
manusia.
(objek ayat ini ialah ular itu, ‘yang’ berfungsi untuk menerangkan sesuatu
perkara. ‘yang’ perlu berada sebelum kata adjektif.)

1. kesalahan ejaan
17
▪ sahajadilakukan- sahaja dilakukan (dua perkataan tersebut harus
dieja jarak)
2. kesalahan penggunaan kata pemeri
kita adalah peningkatan kes-kes devian yang melibatkan golongan ini.
▪ kita ialah peningkatan kes-kes devian yang melibatkan golongan ini.
( predikat ayat merupakan frasa nama, oleh itu menggunakan ‘ialah’)
3. kekurangan kata tugas.
Ibu bapa yang dibuai kebendaan dan mementingkan karier serta wang.
▪ Ibu bapa yang dibuai oleh kebendaan dan mementingkan karier serta
wang.

18
1. kesalahan penggunaan kata sendi nama
▪ di kalangan remaja- dalam kalangan remaja.
(‘di’ menunjukkan tempat yang konkrit, manakala ‘dalam’ merujuk pada
yang abstrak.)
▪ pergaulan di antara lelaki dan perempuan
 pergaulan antara lelaki dan perempuan
(‘di antara’ menunjukkan arah atau yang ada jarak ruang fizikal.)
2. kesalahan ejaan
▪ member- memberi
▪ rumahtangga- rumah tangga (perkataan tersebut bukannya kata
majmuk mantap, oleh itu tidak boleh dirangkaikan menjadi satu perkata

19
1. kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’
dikawasan- di kawasan diseketar- di sekitar
didunia- di dunia dibawah- di bawah
disitu- di situ didalam nya- di dalamnya
▪ Kata sendi nama ‘di’ harus dieja jauh dengan kata dasar
selepasnya kerana bukan imbuhan.
▪ Bagi perkataan ‘didalam nya’, ‘di’ dan ’dalam’ perlu dieja jauh dan
kata singkatan ‘nya’ seharusnya dirangkaikan dengan kata dasar
mendahuluinya.
2. kesalahan penggunaan kata ganda
tiba tiba→ tiba-tiba seolah olah→ seolah-olah
buih buih→ buih-buih mana mana→ mana-mana
▪ tanda sempang ‘-’ harus diwujudkan dalam kata ganda.
3. Kesalahan penggunaan partikel ‘pun’
▪ Sungguh pun- sungguhpun ( dieja rapat kerana ejaan
ditetapkan).
4. Kekurangan penjodoh bilangan
▪ 5 kapal terbang- 5 buah kapal terbang

20
1. kesalahan ejaan dan penggunaan kata majmuk
untukmemilih- untuk memilih diberikepada- diberi kepada
pengantin pengantin- pengantin dandiberikan- dan diberikan
ibubapa- ibu bapa
(Kata-kata tersebut bukan kata majmuk mantap jadi tidak dieja rapat.)
2. Kesalahan kata ganda
Kedua- kedua-dua Tawar menawar- tawar-menawar
(tanda sempang perlu hadir, ‘kedua’ bermakna kedudukan bukan
bilanagan)
3. Kesalahan penggunaan kata sendi nama
▪ Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin.
 Antara hantarannya ialah sebentuk cincin.

21
(‘di antara’ tidak sesuai digunakan kerana menunjuk kepada jarakan
fizikal. )

22
5.0 KESIMPULAN
Dalam proses penghasilan tugasan ini, dapat diketahui mengenai teori
Transformasi Generatif (TG) yang dipelopori oleh Noam Chomsky sekitar
tahun 1957. Teori TG secara ringkasnya merupakan penulisan semula bentuk
struktur ayat asas kepada bentuk ayat yang lain dengan tidak mengubah
makna asanya, serta membentuk rumus sesuatu bahasa dengan lengkap
berdasarkan pengetahuan penutur asli bahasa tersebut.
Dalam penertiban teori TG, terdapat tiga jenis proses penerbitan
termasuklah pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Setiap proses
tersebut terdiri daripada beberapa cabang. Proses pengguguran dibahagikan
kepada pengguguran frasa nama sama ada sebagai subjek atau mendahului
frasa relatif dan pengguguran frasa predikat frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif, serta frasa sendi nama. Penyusun semula melibatkan penyusunan
semula frasa nama sebagai subjek atau objek dan penyusunan melalui ayat
songsang. Seterusnya, proses peluasan terdiri daripada peluasan frasa nama
sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan
melalui proses komplementasi.
Selain mempelajari teori TG, dalam pemprosesan tugasan ini juga dapat
mengenali dan menganalisis kesalahan dalam tatabahasa yang dilakukan
oleh pengguna bahasa. Antara kesalahannya termasuklah kesalahan dari
segi ejaan, penggunaan kata sendi nama, partikel-partikel seperti -lah, -kah,
-tah, -pun dan sebagainya. Dengan memahami dan mengenali kesalahan-
kesalahan tersebut, pengguna bahasa dapat mengelakkan melakukannya
pada masa akan datang.

23
6.0 BIBLIOGRAFI

ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA . Priyisha.blogspot.com. (2020). Diakses


pada 12 Julai 2020, dari http://priyisha.blogspot.com/2014/09/adat-
perkahwinan-kaum-cina.html.

Masalah Remaja Kini . Kemayangambai.blogspot.com. (2020). Diakses pada


9 Julai 2020, dari
https://kemayangambai.blogspot.com/2013/06/masalah-remaja-kini.html?
m=1&fbclid=IwAR1unH_9DZ4QVBCCPFScTzcvYtF20RvQ5lhY42pTqQ_
kDw_stoe1S7z

Noam Chomsky . Ms.wikipedia.org. (2020). Diakses pada 6 Julai 2020, dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Noam_Chomsky.

Pergaulan Bebas . Remajadimalaysia.blogspot.com. (2020). Diakses pada 11


Julai 2020, dari
https://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-bebas.html?
m=1&fbclid=IwAR1gpvLTZu8-
nCKaeVVrhegvhuiLXQihDW93el972Gi0HvmuYVeEWrcpAjU.

Safiah Karim. (2011). Tatabahasa dewan . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Segi Tiga Bermuda - Misteri disebalik tanpa


jejak. . Facebook.com. (2020). Diakses pada 10 Julai 2020, dari
https://www.facebook.com/permalink.php?
story_fbid=2481748138521822&id=100000599791058.

sungai yang membunuh . Facebook.com. (2020). Diakses pada 9 Julai 2020,


dari https://www.facebook.com/permalink.php?
story_fbid=2594553363907965&id=100000599791058.

Tranformatif generatif . Slideshare.net. (2020). Diakses pada 6 Julai 2020,


dari https://www.slideshare.net/nadwah93/tranformatif-generatif.

Transformasi Generatif dalam Bahasa


Melayu . Slideshare.net. (2020). Diakses pada 8 Julai 2020, dari
https://www.slideshare.net/arifahazlanshah00/transformasi-generatif-di-
dalam-bahasa-melayu.

24

You might also like