You are on page 1of 24

Kajian T e r h a d a p M a s y a r a k a t M e l a y u

D a l a m Pengaplikasian P e r b a n k a n Islam
di P a n t a i T i m u r

H«H Kumpulan Penyelidik Kajian Terhadap Masyarakat Melayu Dalam


Pppl
Ejfijfijjy
Pengaplikasian Perbankan Islam Di Negeri Pantai Timur
Universiti Teknologi MARA, Kampus Dungun 23000 Dungun. Tel. 8400480

LAPORAN PENYELIDIKAN
TERHADAP MASYARAKAT MELAYU DALAM
PENGAPLIKASIAN PERBANKAN ISLAM DI
NEGERI PANTAI TIMUR

OLEH
KUMPULAN PENYELIDIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS DUNGUN

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian T e r h a d a p M a s y a r a k a t M e l a y u
D a l a m P e n g a p l i k a s i a n P e r b a n k a n Islam
di P a n t a i T i m u r

KAJIAN TERHADAP M A S Y A R A K A T MELAYU


DALAM PENGAPLIKASIAN PERBANKAN ISLAM
DI NEGERI PANTAI TIMUR

BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS DUNGUN

DISEDIAKAN OLEH:

DR HASAN BAHROM
SYED SAIFUDDIN SYD AHMAD
PROF MADYA HUSIN EMBONG

OKTOBER 2003

11

COPYRIGHT @ UiTM
SIRIM

MSISO9002 REG NOAR2470


Samb. 1203, 1205, 120G Faxs: 8400234

Surat Kami 100-CT(AKA/9/10/9)


Tarikh 06 Januari 2003

/ Dr. Hasan Bahrom


Pensyarah
UiTM Cawangan Terengganu
Kampus Dungun

Tuan/Puan

TAJ UK PROJEK : KAJIAN APLIKASI MASYARAKAT MELAYU


DALAM PERBANKAN ISLAM

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Mengendalikan


Penyelidikan telah membuat keputusan :

1. Bersetuju meluluskan cadangan penyelidikan yang dikemukakan oleh tuan,


Prof. Madya Hj. Husin Embong dan Tuan Syed Saifuddin Syed Ahmad.

2. Tempoh projek penyelidikan ini ialah 12 bulan iaitu mulai November 2002
hingga Oktober 2003.

3. Kos yang diluluskan ialah sebanyak RM10,000.00 sahaja.

4. Penggunaan geran yang diluluskan hanya akan diproses setelah perjanjian


ditandatangani.

5. Semua peralatan/kelengkapan penyelidikan yang dibeli adalah menjadi hak


milik Universiti. Semua peralatan/kelengkapan hendaklah diserahkan kepada
pihak UPP setelah tamat penyelidikan untuk kegunaan bersama.

6. Kertaskerja boleh dibentangkan dalam seminar setelah 75% deraf awal


laporan akhir penyelidikan dihantar ke Biro untuk semakan. Walau
bagaimanapun, tuan/puan perlu membuat permohonan kepada Biro
Penyelidikan dan Perundingan.

7. Pihak tuan/puan dikehendaki mengemukakan Laporan Kemajuan Projek


Penyelidikan bagi tempoh 6 bulan pertama penyelidikan dijalankan. Laporan
Akhir perlu dihantar selewat-lewatnya 3 bulan selepas penyelidikan
disiapkan Format menulis laporan akhir boleh diperolehi di Unit Penyelidikan
dan Perundingan.

riU PenyefiOikno fi Perundingan

COPYRIGHT @ UiTM
Bersama-sama ini disertakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani oleh pihak
tuan/puan. Sila penuhkan perjanjian berkenaan dengan menggunakan pen
berdakwat hitam dan kemba'ikan ke pejabat ini untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

'KUALITI KOMITMEN KITA'

Yang benar

PROF. MADYA TENGKU YUSOFF TENGKU MAHMUD


Pemangku/Pengarah t^mpus

s.k.: 1. Ketua Unit Penyelidikan dan Perundingan


2. Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)
Biro Penyelidikan dan Perudingan
UiTM Shah Alam
3. Penolong Bendahari
UiTM Cawangan Terengganu

all Penyelidikan & Perundingan 2

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu
Dalam Pengaplikasian Perbankan Islam
di Pantai Timur

KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT MELAYU DALAM


PENGAPLIKASIAN PERBANKAN ISLAM DI NEGERI
PANTAI TIMUR

DISEDIAKAN OLEH

DR HASAN BAHROM
SYED SAIFUDDIN SYD AHMAD
PROF MADYA HJ HUSIN EMBONG

OKTOBER 2003

iii

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu
Dalam Pengaplikasian Perbankan Islam
di Pantai Timur

Tarikh : Oktober 2003


No Fail Projek:

Kepada
Ketua Unit
Biro Penyelidikan dan Perundingan [BRC]
UiTM, Cawangan Terengganu
Kampus Dungun

Tuan,

Assalamualaikum wmt

KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT MELAYU DALAM PENGAPLIKASIAN


PERBANKAN ISLAM DI NEGERI PANTAI TIMUR

Merujuk kepada perkara di atas bersama ini diserahkan 5 naskah salinan


laporan akhir penyelidikan bertajuk Kajian Terhadap Masyarakat Melayu Dalam
Penglikasian Perbankan Islam di Negeri Pantai Timur untuk makluman dan
tindakan tuan.

Sekian, terimakasih

Wassalamualaikum wmt

Dr Hasan ^Bahrom
Ketua \
Projek Penyelidikan.

IV

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu
Dalam Pengaplikasian Perbankan Islam
di Pantai Timur

PERAKUAN

Diperakui karya ini hasil kerja yang telah kami lakukan sendiri, kecuali nukilan-
nukilan dan ringkasan-ringkasan yang telah dijelaskan sumbernya.

Ketua Penyelidik Tandatangan

Nama: Dr Hasan Bahrom

Ahli Kumpulan

Nama : Syed Saifuddin bin Syd Ahmad Tandatangan:..^.,....^.

Prof Madya Husin Embong Tandatangan rJ^\

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
,BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah swt dengan izinNya kami telah berjaya menyiapkan penyelidikan
ini dalam tempoh yang telah di tetapkan. Sepanjang tempoh penyelidikan ini kami telah
menghadapi pebagai rintangan dan cabaran namun dengan semangat dan keazaman
yang kuat, kami dapat menyelesaikan penyelidikan ini dengan jayanya. Penyelidikan ini
berjaya disempurnakan hasil dari usaha, kerjasama dan muafakat di antara ahli dalam
kumpulan penyelidik, pihak-pihak yang terlibat dalam penyelidikan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

Kumpulan penyelidik ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada pihak Universiti
Teknologi MARA, khususnya BRC yang telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak
^M10,000 dalam penyelidikan ini. Sekalipun ianya tidak habis digunakan.

Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pembantu penyelidik yang telah
berusaha membantu secara bersunguh-sungguh mengedarkan borang soal selidik dan
telah berjaya mengutip kembali dengan jumlah responden yang hendak dikaji. Semoga
kerjasama yang diberikan itu diberkati Allah SWT.

ii

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian T e r h a d a p M a s y a r a k a t M e l a y u d a l a m P e n g a p l i k a s i a n P e r b a n k a n I s l a m di P a n t a i T i m u r .
B R C ( R D ) / B C P PIN.1-2000

DAFTAR KANDUNGAN

Bab Satu
Latarbelakang dan Metodologi Kajian Terhadap Masyarakat Melayu
Dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur

1.0 Pendahuluan 1
1.1 Tujuan Penyelidikan 2
1.2 Kepentingan Penyelidikan 2
1.3 Skop Penyelidikan 3
1.4 Definisi Terma/Konsep dalam Objektif: 3
1.5 Kaedah Penyelidikan: 3
1.5.1 Data sekundar 4
1.5.2 Data primer 4
1.5.3 Ukuran dan Analisa Data 5

BAB DUA
Literatur Review atau Ulasan Karya

2.0 Sejarah Perlaksanaan Sistem Perbankan Islam 7


2.1 Pendahuluan 7
2.2 Sejarah Perkembangan Perbankan Dunia Islam.
2.2.1 Bank Mit Ghamr-Mesir 7
2.2.2 Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank) 8
2.2.3 Sistem Perbankan Islam (SPI) - Sudan 9
2.2.4 Sistem Perbankan Islam (SPI) - Turki 9
2.2.5 Sistem Perbankan Islam (SPI) - Iran 10
2.2.6 Sistem Perbankan Islam (SPI) - Pakistan 10
2.3 Penubuhan Bank Islam Di Malaysia 11
2.3.1 Perkembangan Perbankan di Malaysia 12
2.3.2 Produk Muamalat Islam Yang Diaplikasi Di Perbankan Islam Di
Malaysia 13
2.3.2.1 Instrumen atau Produk Deposit 13
2.3.2.2 Akaun Simpanan Wadi'ah 13
2.3.2.3 Akaun Semasa Wadi'ah 13
2.3.2.4 Akaun Pelaburan Am Mudharabah 14
2.3.2.5 Akaun Pelaburan Khas Mudharabah 14

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
. B R C ( R D ) / B C P P I N . 1-2000

2.3.3 Produk Pembiayaan


2.3.3.1 Muamamalat Pembiayaan Rumah Bai' Bithaman Ajil (BBA) 14
2.3.3.2 Muamalat Pembiayaan Aset Tetap Bai Bithaman Ajil (BBA) 14
2.3.3.3 Pembiayaan Projek Mudharabah 15
2.3.3.4 Pembiayaan Projek Kontrak Musyarakah 15
2.3.3.5 Pembiayaan naqad Bai' Bithaman Ajil 15
2.4 Kemudahan Pinjaman Peribadi
2.4.1 Pinjaman Peribadi Bai Inah 16
2.4.2 Pinjaman Peribadi Bai Bithaman Ajil (BBA) 16
2.5 Pembiayaan Perniagaan
2.5.1 Pembiayaan Modal Teroka Murabahah 16
2.6. Instrumen Muamalat Islam Secara Ideal
2.6.1 Simpanan Dijamin (Wadi'ah Yad Dhamanah) 17
2.6.2 Perkongsian Untung Secara Amanah (Mudharabah) 17
2.6.3 Perkongsian Untung Secara Usahasama (Musyarakah) 17
2.6.4 Jualan Dengan Tambahan Untung (Murabahah) 18
2.6.5 Jualan Bayar Tangguh Secara Ansuran (Bai' Bithaman Ajil) 18
2.6.6 Jualan Secara Tempahan (Bai' ul-Salam) 18
2.6.7 Sewaan/Pajakan (Ijarah) 19
2.6.8 Sewa-jual (Bai' al-Ta' jiri) 19
2.6.9 Upah/Yuran (Ujr) 19
2.6.10 Perwakilan (Wakalah) 19
2.6.11 Pinjaman Kebajikan (Qardh Hasan) 19
2.6.12 Gadaian (Rahn) 20
2.6.13 Jaminan Hutang atau Pelaksanaan Kerja (Kafafah) 20
2.7. Penilaian Perbankan Islam 20

BAB TIGA

ANALISA KAJIAN TERHADAP US AH AW AN MELAYU DALAM


PENGAPLIKASIAN PERBANKAN ISLAM DI PANTAI TIMUR

3.0 Pendahuluan 22
3.1 Latarbelakang
3.1.1 Jantina 22
3.1.2 Umur 23
3.1.3 Pendidikan 23
3.1.4 Melibatkan diri dengan perniagaan 24

iv

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
. B R C ( R D ) / B C P PIN.1-2000

3.1.5 Tempoh berniaga 24


3.1.6 Jumlah Modal berbayar perniagaan 25
3.1.7 Jenis Perniagaan 25
3.1.8 Negeri 26
3.2 Kefahaman
3.2.1 Kefahaman terhadap peristilahan perbankan Islam 27
3.3 Amalan
3.3.1 Menggunapakai perkhidmatan perbankan Islam 28
3.3.2 Faktor menggunapakai perbankan Islam 29
3.3.3 Pembiayaan perniagaan menggunakan produk Islam 30
3.3.4 Jenis produk yang digunakan dalam membiayai perniagaan 31
3.3.5 Faktor mempengaruhi usahawan menggunapakai
perbankan Islam 32
3.3.6 Penglibatan dengan perbankan Islam 33
3.3.7 Faktor tidak menggunapakai perbankan Islam 33
3.4 Bahagian Umum
3.4.1 Usaha yang dilakukan oleh usahawan 34
3.4.2 Promosi perbankan Islam 35
3.4.3 . Perbandingan umur dalam menggunapakai perbankan Islam 36
3.4.4 Kedudukan usahawan lelaki dan perempuan 37
3.4.5 Pembiayaan dan tahap pendidikan 38
3.4.6 Pembiayaan dan lama terlibat dengan perniagaan. 39
3.4.7 Pembiayaan dengan Jumlah Modal Berbayar. 39
3.4.8 Jenis perniagaan dan pembiayaan yang digunakan 39
3.4.9 Jenis perniagaan dan jenis produk yang digunapakai 40
3.4.10 Jenis pembiayaan dan pembiayaan yang digunapakai 41
3.4.11 Jenis pembiayaan yang digunakan dan keterlibatan
dengan perniagaan 42
3.4.12 Faktor mempengaruhi mengikut jantina 43
3.4.13 Faktor mempengaruhi keterlibatan dan peringkat umur 44
3.4.14 Faktor keterlibatan dan latarbelakang pendidikan 45
3.4.15 Jantina dan faktor tidak menggunapakai perbankan Islam 46
3.4.16 Umur dan faktor tidak menggunapakai perbankan Islam 47
3.4.17 Tahap pendidikan dan faktor tidak menggunapakai
perbankan Islam 48
3.4.18 Jantina dan tahap kefahaman 49
3.4.19 Umur dan tahap kefahaman 49
3.4.20 Tahap pendidikan dan tahap kefahaman 50
3.4.21 Tahap kefahaman responden terhadap istilah perbankan Islam bagi
responden menggunakan. 51

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
BRC(RD)/BCP PIN 1 - 2 0 0 0

3.4.22 Tahap menggunakan Akaun Simpanan atau pelaburan


di institusi kewangan Islam 51
3.4.23 Faktor memilih perbankan Islam 52
3.4.24 Faktor tidak menyimpan, membuat pelaburan dan
pembiayaan 54
3.4.25 Kaedah mendapatkan maklumat 55
3.4.26 Promosi bank 55
3.4.27 Jenis pembiayaan dan min faktor penglibatan 56
3.4.28 Ukuran kebolehpercayaan tahap kefahaman responden 56

BAB 4
DAPATAN KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT MELAYU DALAM
PENGAPLIKASIAN PERBANKAN ISLAM DI NEGERI PANTAI TIMUR

4.0 Pendahuluan 58
4.1 Perbezaan yang ketara di antara usahawan lelaki dan perempuan 59
4.2 Tahap kefahaman usahawan masih rendah 60
4.3 Terdapat perbezaan antara kefahaman dengan pendidikan usahawan 60
4.4 Kesedaran diri sendiri pendorong utama kepada penghayatan
perbankan Islam 60
4.5 Mudah berurusan dengan bank menjadi pendorong utama 61
4.6 Faktor riba mempengaruhi keteriibatan 62
4.7 Perbezaan ketara simpanan dan latarbelakang pendidikan 63

Bab 5

Ulasan dan Cadangan

5.0 Pendahuluan 64
5.1.1 Sikap ushawan Melayu terhadap perbankan Islam
masih rendah. 64
Usahawan yang menggunakan perbankan Islam
atas kesedaran diri sendiri 65
5.1.3 Tidak menggunakan perbankan Islam kerana telah lama
menggunakan perbankan konvensional. 66
5.1.4 Kefahaman dengan istilah konsep produk lemah 66
5.1.5 Usaha usahawan untuk mendapatkan maklumat
masih rendah. 66

VI

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
.BRC(RD)/BCPPIN.1-2000

5.1.6 Pelanggan produk perbankan Islam tidak mahu terlibat dengan


riba. 66
5.2 Cadangan
5.2.1. Mengiatkan promosi perbankan Islam 67
5.2.2. Pegawai bank perlu turun padang 67
5.2.3. Layanan pegawai bank harus dipertingkatkan 68
5.2. 4. Penjelasan tentang istilah produk perlu dilakukan 68
5.2. 5. Pengiraan keuntungan perlu lebih telus 68
5.2. 6. Pendidikan perbankan Islam disekolah lebih agresif 68
5.2. 7. Penggunaan ICT dalam perbankan 69
5.2. 8. Mengambil perkhidmatan one stop centre 69
5.2. 9. Menyediakan sumbangan kebajikan kepada masyarakat 69
5.3 Cadangan Kajian Akan Datang
5.3.1 Pengukuran tahap kualiti perkhidmatan perbankan Islam 69
5.3.2 Pengukuran tahap kepuasan pelanggan dalam menggunakan
produk perbankan Islam. 70
5.3.3 Kajian perbandingan terhadap tahap kecekapan perkhidmatan antara
perbankan.
5.3.4 Kajian terhadap tanggungjawab sosial perbankan Islam. 70

RUJUKAN 71
LAMPIRAN 72

vii

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
.BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

DAFTAR JADUAL

Jadual 1 Perkembangan Jumlah Penyimpan dan Simpana Mit Ghamr


(Jangkamasa 1963/64-1966/67) 8
Jadual 2 Jantina 23
Jadual 3 Umur 23
Jadual 4 Pendidikan 24
Jadual 5 Penglibatan dengan Perniagaan 24
Jadual 6 Tempoh berniaga 25
Jadual 7 Modal berbayar 25
Jadual 8 Jenis Perniagaan 26
Jadual 9 Negeri 27
Jadual 10 Kefahaman Masyarakat Usahawan terhadap peristilahan
Perbankan Islam 28
Jadual 11 Penggunaan perkhidmatan Perbankan Islam dalam
Simpanan 28
Jadual 12 Faktcr menggunakan akaun simpanan atau pelaburan
peniagaan 29
Jadual 13 Pembiayaan perniagaan menggunakan produk
Perbankan Islam 30
Jadual 14 Jenis produk yang digunakan bagi membiayai
perniagaan 31
Jadual 15 Faktor mempengaruhi penggunaan urusan
perbankan Islam 32
Jadual 16 Tempoh berurusan 33
Jadual 17 Faktor tidak mengguna pakai produk Perbankan Islam 34
Jadual 18 Usaha yang dilakukan oleh responden dalam memahami
produk Islam 35
Jadual 19 Promosi perbankan Islam berkesan 36
Jadual 20 Pembiayaan * Umur Crosstabulation Count 37
Jadual 21 Pembiayaan * Jantina CrosstabulationCount 37
Jadual 22 Pembiayaan * Pendidikan Crosstabulation Count 37
Jadual 23 Pembiayaan * Lama Berniaga Crosstabulation Count 38
Jadual 24 Pembiayaan * Modal Berbayar CrosstabulationCount 39
Jadual 25 Jenis Perniagaan" Pembiayaan CrosstabulationCount 40
Jadual 26 Jenis Perniagaan * Jenis Pembiayaan Crosstabulation 41
Jadual 27 Jenis Pembiayaan * Pembiayaan Crosstabulation 42
Jadual 28 Jenis Pembiayaan * Terlibat dengan Perniagaan
CrosstabulationCount 43
Jadual 29 Faktor keterlibatan * Jantina CrosstabulationCount 44

VIII

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
.BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

Jadual 30 Faktor mempengaruhi dan peringkat umur 45


Jadual 31 Faktor keterlibatan dan latarbelakang pendidikan 46
Jadual 32 Jantina dan faktor tidak menggunapakai 47
Jadual 33 Umur dan faktor tidak menggunapakai 47
Jadual 34 Tahap pendidikan dan faktor tidak menggunapakai 48
Jadual 35 Jantina dan tahap kefahaman 49
Jadual 36 Tahap kefahaman dan umur responden 50
Jadual 37 Tahap kefahaman dan tahap pendidikan 51
Jadual 38 Statistik Deskriptif Tahap kefahaman 52
Jadual 39 Statistik Deskriptif Tahap Penggunaan 53
Jadual 40 Statistik Deskriptif Faktor mengguna perbankan Islam 53
Jadual 41 Statistik Deskriptif Tidak menyimpan, membuat pelaburan
dan pembiayaan 54
Jadual 42 Statistik Deskriptif Kaedah mendapatkan maklumat tentang
perbankan Islam 55
Jadual 43 Keberkesanan promosi yang diadakan oleh perbankan
Islam 55
Jadual 44 Bangga tertarik perkataan Islam * Pembiayaan 56
Jadual 45 Jenis pembiayaan dan jantina 58
Jadual 46 Tahap kefahaman dan umur responden 59
Jadual 47 Tahap kefahaman dan tahap pendidikan 60
Jadual 48 Faktor keterlibatan * Jantina CrosstabulationCount 61
Jadual 49 Faktor mempengaruhi dan peringkat umur 62
Jadual 60 Faktor menyimpan di perbankan Islam 62
Jadual 51 Tahap pendidikan dan faktor menyimpan 63
Jadual 52 Umur * pendidikan Crosstabulation 64
Jadual 53 Pembiayaan silang tidak terlibat dengan riba 67

ix

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
,BRC(RD)/BCP PIN. 1-2000

ABSTRAK

Idea pelaksanaan sistem perbankan Islam di negara ini telah dibicarakan secara jelas
dan tuntas dalam tahun 1970an, sekalipun sebelum itu pemikiran perbankan Islam ini
telah diungkapkan pada tahun 1963 di Mesir. Di Malaysia, ia bermula dengan tabung
kewangan Islam yang lebih terkenal dengan Lembaga Urusan Tabung Haji pada 1969.
Idea penubuhan LUTH pada 1969 yang dikemukakan oleh Prof Di Raja Ungku Aziz
adalah sebagai jalan penyelesaian kepada masalah masyarakat Islam untuk
menunaikan haji. Untuk memperkukuhkan pemikiran yang telah dikemukakan itu,
kerajaan Malaysia telah meneroka penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 30
Julai 1981 dan boleh beroperasi di bawah ordinan pelaksanaan sistem muamalat Islam
di bawah Company Acts 1965 dengan menawarkan produk kewangan Islam seperti
Wadiah, Mudarabah, Musyarakah, Murabahah dan Bar Bi Thaman Ajil. Sejak
pelancarannya pada Mac 1983 sehingga kini iaitu 20 tahun pelaksanaannya, tidak ada
satu kajian yang mendalam tentang trend keinginan masyarakat Melayu untuk
menggunakan sepenuhnya sistem muamalat Islam tersebut. Apakah masyarakat
Melayu gagal menggunapakai produk kewangan Islam itu disebabkan keengganan
mereka kesan daripada ketidakfahaman mereka dengan produk Islam atau atas dasar
mereka tetap menggunakan sistem perbankan konvensional kerana dalam jangkaan
mereka sistem yang ditawarkan oleh perbankan konvensional mungkin lebih cepat,
mudah dan tidak membebankan. Malah tawaran yang diberikan cukup menarik, atau
sikap institusi kewangan Islam tidak agresif untuk bersaing dengan sistem kewangan
konvensional dengan menawarkan produk-produk kewangan Islam yang lebih menarik.
Keinginan masyarakat Melayu untuk menggunakan sistem muamalat Islam tidak
agresif peningkatannya. Dari tahun 1998 sehingga 2002 pertambahan para pendeposit
tidak banyak bertambah berbanding dengan perbankan konvensional dimana
peningkatan pendeposit amat ketara. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku ?
Apakah masyarakat Islam tidak yakin dengan sistem muamalat Islam atau bagaimana?
Disinilah timbul tandatanya yang belum dapat jawapan yang betul-betul meyakinkan
tentang persoalan itu. Justeru itu satu kajian perlu dilakukan untuk melihat persoalan
yang dibangkitkan.

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

BAB SATU

Latarbelakang Dan Metodologi Kajian Terhadap Masyarakat


Melayu Dalam Pengaplikasian Perbankan Islam Di
Negeri Pantai Timur

1.0 P E N D A H U L U A N
Tuntutan untuk melaksana sistem muamalat Islam telah termaktub dalam al-Qur'an. Ini dapat
dilihat dari firman Allah swt dalam banyak tempat. Antaranya firman Allah swt dalam surah al-
Anam ayat 141 yang bermaksud " makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah
haknya [zakatnya] pada hari memetik atau menuainya, dan janganlah kamu melampau-lampau
[pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan]; sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang yang melampau." Demikian juga Allah swt berfirman dalam surah al-lsra* ayat 26
yang bermaksud: " dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir
akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros
yang melampau-lampau." Allah swt juga tidak suka kepada mereka yang kedekut dengan harta
yang mereka miliki, mereka hendaklah menggunakan harta mereka itu dengan jalan yang
sesuai dengan perkembangan semasa. Ini dapat dilihat dari firman Allah swt yang bermaksud;
" dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau
menghulurkannya dengan sehabis-habisnya kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan
keadaan yang tercela serta kering keputusan".
Dr Muhammad Babilli [1988:48 - 116]seorang pakar ekonomi Islam telah memetik
beberapa ayat al-Qur'an yang mengariskan beberapa keistimewaan sistem perekonomian
Islam berbanding dengan sistem perekonomian konvensional. Sekiranya sistem tersebut
dapat dilaksanakan dengan sempurna, ia boleh menyelesaikan persoalan kewangan dan akan
membantu meningkatkan taraf hidup umat Islam. Secara tepat Dr Sabri Salamon [ 1984] telah
menulis sebuah buku berjudul Bank Islam. Beliau telah menghuraikan secara jelas mengenai
perbankan secara Islam dari pelbagai aspek. Aspek-aspek ini adalah prinsip, ciri, fungsi dan
organisasi Perbankan Islam.
Idea pelaksanaan sistem perbankan Islam di negara ini telah dibicarakan secara jelas dan
tuntas dalam tahun 1970an, sekalipun sebelum itu pemikiran Perbankan Islam ini telah
diungkapkan pada tahun 1963 di Mesir. Di Malaysia, ia bermula dengan tabung kewangan
Islam yang lebih terkenal dengan Lembaga Urusan Tabung Haji pada 1969. Idea tersebut
dikemukakan oleh Prof DiRaja Ungku Aziz sebagai jalan penyelesaian kepada masalah
masyarakat Islam untuk menunaikan haji. Untuk memperkukuhkan pemikiran yang telah
dikemukakan itu, maka kerajaan telah meneroka penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada
30 Julai 1981 dan boleh beroperasi di bawah ordinan pelaksanaan sistem muamalat Islam di

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian T e r h a d a p M a s y a r a k a t M e l a y u d a l a m P e n g a p l i k a s i a n P e r b a n k a n I s l a m di P a n t a i T i m u r .
. B R C ( R D ) / B C P PIN. 1-2000

bawah Company Acts 1965 dengan menawarkan produk kewangan Islam seperti Wadiah,
Mudarabah, Musyarakah, Murabahah dan Bai" bi Thaman Ajil.
Sejak daripada pelancarannya tahun 1983 sehingga kini iaitu 20 tahun pelaksanaannya,
tidak ada satu kajian yang mendalam tentang trend keinginan masyarakat Melayu untuk
menggunakan sepenuhnya sistem muamalat Islam. Apakah masyarakat Melayu gagal
menggunapakai produk kewangan Islam itu disebabkan keengganan mereka; kesan daripada
ketidak fahaman mereka dengan produk Islam atau atas dasar mereka tetap menggunakan
sistem perbankan konvensional kerana dalam jangkaan mereka sistem yang ditawarkan oleh
perbankan konvensional mungkin lebih cepat, mudah dan tidak membebankan. Malah tawaran
yang diberikan cukup menarik, atau sikap institusi kewangan Islam tidak agresif untuk bersaing
dengan sistem kewangan konvensional dengan menawarkan produk-produk muamalat Islam
yang lebih menarik.
Keinginan masyarakat Melayu untuk menggunakan sistem muamalat Islam tidak agresif
peningkatannya. Dari tahun 1998 sehingga 2002 pertambahan para pendeposit tidak banyak
bertambah berbanding dengan perbankan konvensional dimana peningkatan pendeposit amat
ketara. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku? Apakah masyarakat Islam tidak yakin
dengan sistem muamalat Islam atau bagaimana? Disinilah timbul tandatanya yang belum
dapat jawapan yang betul-betul meyakinkan tentang perkara itu. Justeru itu, satu kajian perlu
dilakukan untuk melihit persoalan yang dibangkitkan.

1.1 OBJEKTIF :
1.1.1 Untuk melihat sikap usahawan Melayu terhadap perkhidmatan Muamalat Islam.
1.1.2 Untuk mengkaji sejauh mana pengamalan usahawan Melayu terhadap perkhidmatan
Muamalat Islam.
1.1.3 Untuk menilai kefahaman usahawan Melayu terhadap perkhidmatan Muamalat Islam.
1.1.4 Untuk melihat perbezaan ketara antara sistem muamalat Islam dengan sistem
kewangan konvensional

1.2 KEPENTINGAN PENYELIDIKAN :


Kajian ini mempunyai kepentingan kepada tiga organisasi, sama ada ia terlibat secara
langsung atau tidak langsung dengan institusi yang menawarkan produk perkhidmatan
muamalat Islam.
1.2.1 Pertama kepada masyarakat Islam yang mengguna atau tidak menggunakan sistem
muamalat Islam agar mereka lebih memahami perjalanan dan sumbangan sistem
kewangan Islam dalam pembangunan masyarakat.
1.2.2 Memberi input yang berguna kepada institusi yang berkepentingan dengan kajian ini
khususnya institusi kewangan yang menawarkan produk muamalat Islam.
1.2.3 Sumbangan Universiti Teknologi MARA kepada masyarakat dan institusi-institusi
kewangan yang berkepentingan khususnya institusi yang menawarkan produk
muamalat Islam.

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
.BRC(RD)/BCP PIN. 1-2000

1.2.4 Mencari satu kaedah yang sesuai untuk mengalakkan di kalangan umat Islam
menerima pakai produk muamalat Islam dalam urusan kewangan mereka.

1.3 SKOP P R O J E K :
1.3.1 Skop kajian ini mencakupi bank-bank yang mengamalkan sistem perkhidmatan
muamalah Islam sepenuhnya seperti Bank Islam, dan Bank Muamalat Islam
1.3.2 Kawasan atau wilayah operasi kajian ialah Negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu
dan Kelantan.
1.3.3 Masyarakat Melayu adalah merujuk kepada masyarakat orang Melayu yang terdiri
daripada para usahawan Melayu yang menggunapakai dan tidak melanggan
Perbankan Islam. Jumlah responden ialah 300 orang yang terdiri daripada
usahawan Melayu.

1.4 DEFINISI TERMA A T A U KONSEP DALAM OBJEKTIF :


1.4.1 Perbankan Islam ialah institusi kewangan yang mengendalikan urusan kewangan
mengikut peraturan yang sesuai dengan kehendak syarak. Antara institusi
kewangan yang telah melaksana sistem muamalat Islam ialah Bank Islam Malaysia
Sdn. Berhad, Bank Rakyat Malaysia, Bank Muamalat dan May Bankyang
menawarkn sistem Perbankan Tanpa Faedah [STPF}
1.4.2 Aplikasi pelaksanaan, yang dikehendaki dalam kajian ini ialah sejauhmana
masyarakat Melayu [usahawan] menggunapakai produk muamalat Islam yang
ditawarkan oleh Perbankan Islam.
1.4.3 Masyarakat Melayu ialah mereka yang beragama Islam, berbudaya dan berbahasa
Melayu. Dalam kajian ini merujuk kepada kelompok masyarakat Melayu yang
selalunya banyak terlibat dengan institusi kewangan, iaitu yang terdiri daripada
usahawan Melayu dalam pelbagai bidang seperti kontraktor perhotelan, pengusaha
percetakan dan pekedai mini market. Usahawan dirujuk kepada mereka yang
mendaftar dengan Yayasan Pembangunan Usahawan negeri Kelantan dan
Terengganu.

1.5 KAEDAH PENYELIDIKAN :


Kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif dan menganalisa dengan menggunakan
pendekatan diskriptif. la satu bentuk kajian pengalisisan data dari pelbagai aspek, pendekatan
ini lebih sesuai dan menepati dengan kehendak kajian yang akan dilakukan bagi mendapatkan
ketepatan keputusan dengan menggunakan data primer dan sekunder.

1.5.1 Data Sekunder


Data ini akan diperolehi melalui kajian kepustakaan seperti buku-buku yang berkaitan dengan
Perbankan Islam dan juga dari aspek dokumen yang diperolehi daripada bank-bank yang

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
.BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

dalam bidang kajian iaitu terdiri daripada Annual Report, dan juga risalah-risalah yang
diedarkan kepada pelanggan yang selalunya terdapat di bank-bank yang mengendalikan
Perbankan Islam . Data ini juga didapati daripada maklumat yang diperolehi daripada kajian
yang telah dilakukan tentang Perbankan Islam oleh mana-mana institusi kewangan yang
berkaitan dengan Perbankan Islam.

1.5.2 Data Primer


Data ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelanggan atau pengguna dan
bukan pelanggan sistem Perbankan Islam yang sedia ada. Untuk tujuan ini sebanyak 300 soal
selidik telah diedarkan kepada usahawan Melayu daripada dua buah negeri iaitu negeri
Terengganu dan negeri Kelantan. Usahawan yang disoal selidik dalam kajian adalah terdiri
daripada mereka yang melaksana keusahawanan mereka dalam bidang makanan, pertanian
dan ternakan, pelancongan dan hotel, perkayuan, batik, kraftangan dan tekstil, hartanah,
kejuruteraan, perkilangan, pengangkutan, percetakan, perkhidmatan, perkhidmatan
professional, perdagangan, pemborongan, binaan, komputer, farmasi dan Iain-Iain sektor.
Semua usahawan yang dikaji adalah mereka yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan
Usahawan bagi kedua-dua negeri tersebut.
Penyelidik telah melantik lima orang pembantu penyelidik bagi melicinkan kerja-kerja
pengumpulan data. Mereka telah ditugaskan mengedar soal selidik dan menemuduga
responden yang telah dikenalpasti mengikut bidang yang telah ditetapkan itu. Penyelidik tidak
mendapat sebarang masalah untuk mendapatkan kembali borang soal selidik kerana
pembantu penyelidik pergi secara terus kepada usahawan yang telah ditentukan mengikut
alamat yang telah disenaraikan dalam Yayasan Pembangunan Usahawan negeri Terengganu
dan Kelantan.
Untuk memastikan soalan dalam soalselidik ini difahami dengan jelas dan tidak
membosankan, penyelidik telah membuat kajian rintis kepada 30 orang usahawan di Daerah
Dungun bagi memastikan ketepatan dan keutuhan soalan yang dikemukakan agar tidak bias
dan memastikan dapatan kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Setelah dibuat
kajian rintis, soalan telah diperbaiki, sesuai dengan kehendak dan hipotesis kajian yang
dilakukan. Soalselidik yang diedarkan mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A
berkaitan dengan kefahaman, bahagian B bersangkutan dengan pengamalan atau
pengaplikasian, bahagian C berhubung dengan soalan-soalan umum, sementara bahagian D
berkaitan dengan latarbelakang responden. Terdapat 16 soalan yang telah dikemukakan dan
dalam setiap soalan dipecahkan kepada beberapa soalan kecil antara empat sehingga sebelas
soalan yang perlu dijawab. Pada soalan kefahaman dan pengaplikasian penyelidik
menggunakan pendekatan jawapan dalam bentuk skala Likert antara 1 hingga 5 kategori yang
merujuk kepada 1 amat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 tidak pasti, 4 setuju dan 5 amat setuju.
Antara soalan yang dikemukakan kepada responden untuk mendapatkan jawapan secara
objektif ialah dari aspek demografi, umur, jantina, pendidikan, tempoh penglibatan sebagai
usahawan, dan modal berbayar perniagaan responden. Soalan yang berkaitan dengan

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

kefahaman dimana responden perlu menjawab secara skala ialah yang berhubung dengan
sejauh mana mereka memahami istilah-istilah produk yang digunapakai dalam Perbankan
Islam seperti Wadiah, Mudarabah, Musyarakah, Bai' Bitahaman Ajil, Qardh Hasan, Bai Inah,
dan Ijarah. Dari aspek soalan yang berhubung dengan amalan, secara terus terang apakah
responden menggunapakai sistem Perbankan Islam? Jika mereka menggunapakai sistem ini,
apakah bentuk produk yang mereka gunakan, simpanan atau pelaburan atau pinjaman?
Sekiranya dalam bentuk simpanan atau pelaburan, apakah faktor yang mendorong mereka
menggunapakai sistem Perbankan Islam? Untuk memudahkan responden menjawab soalan
ini, penyelidik telah menyenaraikan beberapa faktor yang dilihat sebagai penyumbang kepada
penglibatan mereka dalam Perbankan Islam. Antara faktor yang dikenalpasti ialah mudah
membuat simpanan, pulangan yang munasabah, layanan kaunter bank yang baik, lokasi bank
dekat dengan perniagaan, tertarik dengan kaedah yang digunakan, tidak mahu terlibat dengan
riba, bangga menggunakan Perbankan Islam dan tertarik dengan perkataan Islam. Soalan
yang hampir sama juga diajukan kepada mereka yang menggunapakai Perbankan Islam dari
aspek pembiayaan. Cuma ditambah sedikit sebanyak dari aspek keuntungan yang dikongsi
bersama, bayaran ansuran tetap, dan penentuan keuntungan bukan berdasarkan faedah.
Bagi usahawan Melayu yang tidak terlibat dengan Perbankan Islam, satu bahagian soalan
juga dikemukakan. Sementara jawapannya juga telah digariskan bagi memudahkan responden
menentukan jawapannya. Untuk menjawab soilan ini responden juga dinasihatkan memberi
jawapan dalam bentuk skala yang telah ditentukan. Antara faktor yang dikenalpasti
ketidaklibatan responden dengan Perbankan Islam ialah tidak mendapat maklumat yang jelas,
sudah lama menggunakan perbankan konvensional, tidak ada perkhidmatan Perbankan islam
yang hampir, perkhidmatan bank kurang cekap, pulangan keuntungan rendah, susah
berurusan dengan bank Islam, menganggap Perbankan Islam sama sahaja dengan bank
biasa, belum bersedia melakukannya, caj yang dikenakan oleh bank terlalu tinggi dan layanan
bank Islam kurang mesra.

1.6.3 Ukuran dan Analisa Data


Kajian ini akan membuat ukuran terhadap data yang diperolehi berdasarkan kepada lapan
elemen yang menjadi asas kepada petunjuk yang menentukan pengaplikasian masyarakat
Melayu terhadap sistem Perbankan Islam. Bagi kajian ini, satu model kognatif logika telah
dibentuk bagi membantu penyelidik untuk mendapat maklumat mengenai faktor-faktor yang
boleh digunapakai dalam menentukan sesuatu perkara itu dapat dikenalpasti ianya boleh
dijadikan faktor bukti kepada sesuatu perkara. Antaranya ialah pinjaman yang diluluskan oleh
pihak bank, simpanan atau penabungan oleh pengguna, skim atau amalan yang ditawarkan
oleh pihak bank kepada usahawan, pembiayaan yang digunapakai atau yang dilanggan oleh
usahawan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank dilihat dari sudut pandangan
pengguna dan pengurusan bank, dokumen organisasi atau annual report dari pihak organisasi
bank, pelaburan yang dilakukan oleh pihak pelanggan terhadap bank dan latarbelakang
masyarakat Melayu dalam mempengaruhi mereka mengaplikasi Perbankan Islam. Semua

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

perkara yang disebutkan itu akan dimasukkan sebagai pembolehubah tak bersandar
(independent variable) terhadap pembolehubah bersandar (dependent variable) iaitu
pengaplikasian masyarakat Melayu terhadap Perbankan Islam.
Setelah keseluruhan data diperolehi ia akan dianalisis menggunakan perisian pakej
statistik SPSS 10. Analisis secara frekuensi telah dilakukan bagi mendapatkan peratusan
penglibatan usahawan, faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pengaplikasian sistem
Perbankan Islam. Faktor-faktor yang menyebabkan mereka tidak terlibat dalam pengaplikasian
Perbankan Islam juga di analisis. Analisis secara bersilang juga telah dilakukan bagi
menghuraikan dengan lebih terperinci tentang keberkalian perkaitan antara pembolehubah
yang sedia ada atau tidak untuk melihat kewujudan satu hubungan yang paling tepat dan
sesuai dengan kajian yang dihipotesiskan.

Model ukuran logika

Pembiayaan yang
diluluskan
Simpanan/
Latarbelakang penabungan
responden

Pengaplikasian Masyarakat
Pembiayaan Melayu terhadap Produk Skim / amalan
yang dilanggan Mumamalat Islam yang ditawarkan

Dokumen organisasi /
Perkhidmatan trend langganan

Pelaburan

COPYRIGHT @ UiTM
Kaiian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

BAB DUA

Literatur Review atau Ulasan Karya

2.0 SEJARAH PELAKSANAAN DAN PERKEMBANGAN PERBANKAN


ISLAM

2.1 Pendahuluan
Penubuhan Bank Islam dianggap salah satu perkembangan terkini dalam sistem perbankan;
pelaburan dan pembiayaan. Sebenarnya ia mempunyai latarbelakang sejarah yang lama yang
bermula dari kemunculan Islam khususnya pelaksanaan instrumen Mudharabah
(Pembahagiaan Untung) dan tukaran wang yang telah diaplikasikan oleh Rasulullah S.A.W.
dan Wadi'ah oleh sahabat-sahabatNya seperti al-Zubir Ibn al-Awwam, Abdullah Ibn al-Zubir
dimana jumlah simpanan mencatat 2,200,000 dirham.
Selanjutnya, pada zaman awal Islam ini, aktiviti kiriman wang ke Kufah telah dilakukan oleh
Ibn al-Abbas dan Abdullah ibn al-Zubir kepada saudaranya Misab Ibn al-Zubir di Iraq. Pada
pertengahan abad ke-4 Hijrah menyaksikan penggunaan cek oleh Saif al-Dawla al-Hamdani,
Amir Aleppo (negeri Halab) bernilai 1,000 dinar sebagai bayaran minimum di kedai Bani
Khaqan, Baghdad. Cek tunai ini dialamatkan kepada seorang penukar wang. Penggunaan cek
bagi tujuan perdagangan menjadi perkara biasa di Kota Basrah sehinggalah kejatuhan
empayar Romawi pada 400 Hijrah bersamaan 1010 Masihi.

2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PERBANKAN DUNIA ISLAM.

2.2.1 Bank Mit Ghamr-Mesir


Inisiatif pergerakan ke arah penubuhan Perbankan Islam moden bermula di bandar raya Mit
Ghamr, Mesir dimana tertubuhnya sebuah bank Islam, Mit Ghamr Local Saving Bank pada
tahun 1963 di sebuah wilayah pendalaman di Lembah Nil. Bank ini sebagai perintis kepada
bank-bank Islam yang lain. Bank menawarkan perkhidmatan kemudahan asas bank seperti
akaun simpanan (tabungan), akaun pinjaman, penyertaan ekuiti, pelaburan langsung dan
perkhidmatan sosial yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Perkhidmatan ini mendapat
sambutan khususnya petani. Pelaburan langsung merangkumi operasi bank mengeluarkan
modal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Manakala perkhidmatan sosial pula, hasil
pungutan zakat disalurkan kepada sesuatu projek kebajikan dan kemasyarakatan.
Perkembangan jumlah penyimpan dan jumlah simpanan di Bank Mit Ghamr ditunjukkan dalam
Jadual 1.

COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Terhadap Masyarakat Melayu dalam Pengaplikasian Perbankan Islam di Pantai Timur.
.BRC(RD)/BCP PIN.1-2000

Jadual 1
Perkembangan Jumlah Penyimpan dan Simpanan Mit Ghamr
(Jangkamasa 1963/64-1966/67)

Tahun Jumlah Penyimpan Jumlah Simpanan (£)


1963/64 17,560 40,944
1964/65 30,404 191,235
1965/66 151,998 879,570
1966/67 251,152 1,828,375
Sumber: El-Ashkes m.s 61

Kekecohan suasana politik di Mesir, Bank Mit Ghamr diambil alih oleh Bank Kebangsaan Mesir
(National Bank of Egypt) dan Bank Pusat Mesir (Central Bank of Egypt) pada pertengahan
tahun 1967. Sistem 'riba' telah diperkenalkan semula. Pada tahun 1971, sebuah bank baru,
Nasir Social Bank ditubuhkan dimana sistem tanpa riba diperkenalkan. Seterusnya diikuti
penubuhan Faisal Islamic Bank 1977 dan International Bank for Investment and Development
1980.

2.2.2 Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank)


Para ilmuan dan sarjana Islam berusaha menubuhkan bank Islam di negara-negara Islam:
Pada bulan Diember 1970 di Pakistan, mesyuarat menteri Iuar beberapa negara Islam telah
bersetuju menubuhkan International Islamic Bank. Pada bulan Mac 1973, resolusi mesyuarat
kedua di Libya ialah penubuhan jabatan ekonomi dan kewangan. Pada Julai, satu
jawatankuasa dari negara-negara Islam bersidang di Jeddah untuk membincangkan
penubuhan bank Islam. Hanya pada tahun 1974, Bank Pembangunan Islam (BPI) yang
pertama di dunia telah ditubuhkan pada 20 Oktober tahun 1975 di Jeddah.
Diantara objektif-objektif utama penubuhan BPI adalah:-
1. Menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial negara anggota yang selari
dengan prinsip Syariah
2. Mengambil bahagian ekuiti modal dalam projek ekonomi yang berdaya maju
dalam negara anggota
3. Membuat pelaburan dalam projek kemudahan asas aktiviti ekonomi dan sosial
dengan cara penglibatan atau pengurusan kewangan (financial managements)
4. Menyalurkan pinjaman kepada sektor awam dan sektor swasta bertujuan
membiayai projek ekonomi yang berpotensi
5. Menubuhkan dan menggerakkan beberapa dana khas untuk membantu
masyarakat Islam yang berada di negara anggota Islam.

Pada awal penubuhan BPI, jumlah ahli hanya 22 dan meningkat kepada 47 pada akhir
tahun 1994. Syarat utama keahlian mestilah menjadi ahli Negara-Negara Pertubuhan Islam
(OIC). Pada akhir tahun kewangan 1994, modal yang dibenarkan berjumlah 6,000 juta Islamic

COPYRIGHT @ UiTM

You might also like