You are on page 1of 4

A) Bulatkan jawapan yang betul.

(10 markah)

1. Ayah membelikan Saleem __________ bola yang berwarna merah.


a) sebuah b) sebiji c) sehelai

2. Puan Amutha merebus _______________ telur untuk Jessika.


a) sekaki b) sebiji c) sebuku

3. Varuni membeli _____________ rumah yang besar dan cantik di taman


itu.
a) sehelai b) sebuah c) sekaki

4. Varuni membeli _____________ rumah yang besar dan cantik di taman


itu.
a) sehelai b) sebuah c) sekaki

5. Selepas mandi, Merlin mengelap badannya dengan _____________ tuala.


a) sehelai b) sepucuk c) sekaki

6. Pavitra membela ___________ anjing yang comel.


a) sebuah b) seekor c)seorang

7. ____________ polis sedang menggari seorang perompak.


a) Sekaki b) Seorang c) sehelai

8. Asmita mengemop rumah dengan ____________ mop yang baru.


a) sebatang b) sebentuk c) sejambak

9. Amira membeli ______________ payung di kedai runcit itu.


a) sekaki b)sebuah c) sebatang

10. Ramu memberi ______________ bunga untuk gurunya semasa hari


guru.
a) sekaki b) sekuntum c) sebiji
B) Tandakan ( _/ ) pada ayat tunggal. (5 markah)

1. Amin pergi ke kedai. ( )

2. Pak Abu dan Kassim sedang membersihkan longkang itu. ( )

3. Puan Sarina mengajar saya matapelajaran Matematik. ( )

4. Ayah minum the sambil membaca suratkhabar. ( )

5. Adik tidak pergi ke sekolah kerana dia sakit. ( )

6. Saya bermain bola di padang itu. ( )

7. Kamu hendak makan nasi goreng atau mee goreng? ( )

8. Saya menolong ayah mencuci kereta. ( )

9. Ramu berjalan sambil bersiul. ( )

10. Kakak sedang membuat kek coklat. ( )

C) Isikan tempat kosong dengan kata adjektif pancaindera yang betul.


(5 markah)

1. Suasana di taman sangat ___________ dengan suara kanak-kanak.

2. Udara di kampung sungguh ______________ dan nyaman.

3. Ibu menghidangkan makanan yang _____________ untuk kami


sekeluarga.

4. Wanita yang ____________ itu sedang berehat di bawah pokok.

5. Jothan cedera kerana bermain di atas permukaan yang


_____________.

cantik bising sedap

kasar
segar
D) Baca petikan dan jawab soalan- soalan yang diberikan. ( 10 markah)

Orang berbudi kita berbahasa.


Puan Gayatri ibu Vaani. Beliau doktor yang bertugas di Hospital Johor
Bahru. Pada suatu malam, Puan Gayatri menerima panggilan telefon
daripada Puan Zainab. Beliau memberitahu bahawa Rahimah, anaknya,
demam. Puan Gayatri segera ke rumah Puan Zainab kerana beliau amat
prihatin akan jirannya. Puan Gayatri yang penyayang itu telah memeriksa
badan Rahimah dan memberikan ubat.

Puan Zainab jiran Puan Gayatri. Beliau seorang guru yang mengajar di
SJKT Bukit Serampang Indah. Hobi Puan Zainab ialah membuat kek.
Puan Zainab membuat kek untuk Vaani pada majlis sambutan ulang
tahun kelahiran Vaani. Beliau menghantar kek yang dibuat kerana
beliau amat prihatin terhadap Vaani. Beliau juga seorang yang
penyayang. Beliau menganggap Vaani seperti anaknya sendiri.

1. Puan Gayatri ialah seorang doktor yang bertugas di mana?


________________________________________________________
________________________________________________________

2. Bilakah Puan Gayatri menerima panggilan dari Puan Zainab?


________________________________________________________
________________________________________________________

3. Siapakah Puan Zainab?


________________________________________________________
________________________________________________________

4. Siapakah yang menganggap Vaani seperti anaknya sendiri?


________________________________________________________
________________________________________________________

5. Apakah yang dimaksudkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran


dalam petikan di atas?Tandakan ( _/ ) pada jawapan yang betul.

Sambutan Hari Raya


Harijadi

You might also like