You are on page 1of 2

Kata Perintah

1) Digunakan supaya seseorang mematuhi sesuatu perintah, arahan, larangan,


silaan dan permintaan
2) Digunakan untuk membentuk ayat perintah
3) Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya

Kata Perintah Ayat Contoh

Harap Harap anda mematuhi peraturan di jalan raya

Jangan Jangan meludah di sini

Jemput Jemput makan kuih ini

Sila Sila hantar kerja rumah ini esok

Tolong Tolong ambil penyapu kepada saya

Usah Usah¸kamu berlakon dihadapan saya

Minta Minta tolong sekejap


Latihan Kata Perintah

Sila isi tempat kosong dengan kata perintah berikut:

Sila Minta Jemput Tolong Harap Jangan Usah

1. ___________ kau kenangkan peristiwa sedih itu lagi.


2. ___________ ambil perhatian, semua orang dikehendaki berkumpul dibalai raya.
3. ____________ lah datang ke majlis perkahwinan kakak saya.
4. ____________ belikan saya sebuah mi goreng di kantin.
5. ____________ awak dapat datang ke rumah saya pada malam ini.
6. ____________ merokok di kawasan sekolah.
7. ____________ makan kuih-muih yang dibuat oleh ibu saya.
8. ____________ tunggu sebentar, ayah saya akan pulang.
9. ____________ beri laluan, saya hendak ke seberang.
10. ____________ lah bimbang akan abang yang berada di Australia, dia dapat menjaga sendiri dengan
baik.

You might also like