You are on page 1of 2

Contoh Surat Rasmi Bersifat Aduan

Ali bin Hambali,


Lorong 1, Taman Bukit Mewah,
43000, Kajang,
Selangor

——————————————————————————————-

Jabatan Kerja Raya Hulu Langat,


Persiaran Wawasan, 43650
Bandar Baru Bangi,
Selangor 17 OGOS 2021

Tuan,

Aduan Jalan Rosak di Hadapan Rumah

Merujuk kepada perkara di atas, terdapat jalan rosak yang berlubang di hadapan
rumah saya sebagai pengadu. Jalan rosak dan berlubang ini menyebabkan kesukaran
kepada pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut.

2.Kerosakan ini berlaku pada minggu lepas, sehingga menyebabkan beberapa


kemalangan kecil berlaku di tempat tersebut.

3.Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang segera bagi
membaiki jalan raya berlubang ini demi kesejahteraan masyarakat di sini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

————————
(Ali bin Hambali)
Ketua Kampong,
Taman Bukit Mewah.

You might also like