You are on page 1of 4

Aktiviti Interaksi 2

1. Pendidikan Bimbingan
Prinsip bimbingan adalah satu sistem tanggungjawab bersama, untuk
mengutamakan perkembangan individu. Berasaskan proses perlakuan individu
walaupun buat secara kelompok besar namun kita kene tahu apa kehendak mereka
dan juga sebagai Proses berterusan. Fokus utama adalah cegah masalah dengan
serious dan berikan kemahiran untuk menghadapi masalah ketika murid-murid boleh
dikawal, memahami kelemahan, kekuatan dan kukuhakan kekuatan untuk
pencapaian matlamat tertinggi.

Bimbimgan perlu butiran peribadi lengkap / menyeluruh (kebolehan, pencapaian,


minat, bakat, latar belakang, keluarga) untuk bimbingan berkesan. Selaintiu juga
merupakan tanggungjawab secara kolektif antara guru, murid, guru bimbingan,
sekolah, rakan sebaya serta ibu bapa. Sesi bimbingan yang dijalankan adalah
berbeza bagi setiap murid dengan mengikut minat, kebolehan bakat dan motovasi.

Selain itu, dari aspek guru, setiap guru ialah pembimbing. Satu daripada tugasan
guru adalah memahami masalah murid dan berusaha menolong mereka
mengatasinya. Seseorang pembimbing perlu melengkapi diri dnegan kemahiran-
kemahiran tertentu supaya dapat mengetahui agensi rujukan luar dan berkomunikasi
dengan lancar dengan klien dalam menolong mereka. Seterusnya, seseorang
pembimbing juha hendaklah menekankan sifat nilai murni supaya tidak memaksa,
menfitnah, atau menjatuhkan maruah murid . Masa yang mencukupi juga harus
diberi oleh pembimbing kepada murid supaya mereka dapat meluahkan masalah
mereka. Pembimbing juga perlulah memelihara rahsia dan maklumat murid serta
menerima kesamarataan murid dan bersikap terbuka tanpa memberikan hukuman
sesuka hati.

Seterusnya, prinsip pendidikan bimbingan dalam pengurusan pula merujuk kepada


penyediaan sebuah bilik bimbingan yang selesa, dilengkapi dengan kipas, lampu,
langsir dan perhiasan untuk menjamin kejayaan perkhidmatan kaunseling di
sekolah. Fail bimbingan bagi setiap murid sentiasa disediakan supaya mendapat
maklumat yang menyeluruh terhadap murid tersebut. Kaji selidik akan dijalankan
dan tafsiran tentang kes murid juga akan dibuat sekiranya diperlukan dan
pentadbiran sekolah yang licin juga hendak dipastikan supaya pelaksanaan di
sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Antara contoh perkhidmatan bimbingan
yang diberikan ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod, perkhidmatan
penyelarasan sumber, dan perkhidmatan penilaian.

Akhirnya, prinsip pendidikan bimbingan dalam akauntabiliti guru menyatakan


bahawa seseorang guru hendaklah menjadi contoh yang baik kepada pelajar
mereka dengan sentiasa mengamalkan etika keguruan seperti niat yang betul,
perlakuan yang baik, pengerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang
dikatakan, berdisiplin dan beradap serta menghargai dan bertanggungjawab hasil
usaha organisasi. Secara umumnya, akauntabiliti bermaksud menjalankan tugas
yang diarahkan dengan baik serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan
oleh pihak yang tertentu. Dalam prinsip ini, perhubungan yang baik dengan guru-
guru lain, guru darjah, ibu bapa, jiran dan murid berkenaan adalah diperlukan untuk
memudahkan pembimbing mengumpul maklumat-maklumat tentang murid itu.
Seterusnya, seseorang guru tidak seharusnya berputus asa terhadap seseorang
pelajar yang bermasalah dan hendaklah sentiasa memotivasikan pelajar serta
menentukan hala tuju mereka melalui perbincangan agar dapat meningkatkan
prestasi murid tersebut. Antara contoh perkhidmatan bimbingan yang diberikan ialah
perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa.

2. Pendekatan Bimbingan

Konsep bagi bimbingan pengembangan iaitu pendekatan utama yang sering


digunakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah (Malek
Muhamat, 2007), merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di
alam persekolahan dan murid diberi peluang untuk mengenali diri mereka dan orang
lain. Pendekatan perkembangan tidak berorientasikan masalah atau tidak
mengandaikanmurid itu mempunyai masalah yang rumit (Mizan Adiliah, 2002). Hal
ini adalah untuk menggalakkan pemahaman diri murid dan sedar akan potensi yang
ada serta menggilap kebolehan diri mereka dan Guru perlu mengambil peranan
dalam melaksanakan pendekatan perkembangan dengan menjelaskan dengan
terperinci kepada murid agar mereka dapat mencegah masalah psikososial dan
kesejahteraan mental ini.

Seterusnya, ciri-ciri bagi pendekatan pengembangan iaitu merupakan usaha jangka


Panjang, berbentuk kumulatif (terkumpul), tertumpu kepada perkembangan individu
secara menyeluruh dan juga menekankan tugasan kes individu, perundingan,
koordinasi, memprogram, kaunseling dan kerja kump berkaitan.

Selain itu, kepentingan pendekatan perkembangan adalah untuk membina nilai


positif dalam kehidupan, membina potensi, membina kemahiran penyelesaian
masalah, memberi keyakinan diri dan membina kemahiran komunikasi dan
perhubungan interperasi.

Kesimpulannya, bimbingan kaunseling dapat membimbing pelajar mengendalikan


diri dengan baik dari segi jasmani, emosi dan sebagainya.

Rujukkan:
Herney Aqilah. (2013, 17 Mar). Bimbingan dalam Pendidikan. Dimuat turun
daripada https://www.slideshare.net/herneyaqilah/8-bimbingan-dalam-pendidikan1

Caraka Putra Bhakti. (2015, Aug). BIMBINGAN DAN KONSELING


KOMPREHENSIF: DARI PARADIGMA MENUJU AKSI. Jurnal Fokus Konseling,1(2),
93-106

Ahmad, A., Alias, M., H., Mohamad, K., Rashid, R., A. & Wong, K., W. (2013).
Siri Pendidikan Guru Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar.

Ee, A., M., Lee, K., C., Nachiappan, S. & Mukti, T., A. (2014). Siri Pendidikan
Guru Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak Edisi Kemas Kini. Selangor: Oxford
Fajar.

Mufrihah, A. (2014). Implikasi prinsip bimbingan dan konseling terhadap


kompetensi multicultural konselor. Jurnal Pelopor Pendidikan, 7(1), 73-85

You might also like