You are on page 1of 3

Aktiviti Interaksi 1

1. Pendidikan Bimbingan
 Konsep pendidikan bimbingan

Definisi bagi Pendidikan bimbingan iaitu perbuatan membimbing, memberi


petunjuk, mengajar sehingga selesaisesuatu kerja atau tugas dan juga merupakan
suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya
supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakatyang ada
dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996). Bimbingan merupakan sebahagian
daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan
mengandungimaklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.
Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan
seseorang itu. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia
masih boleh dikawal. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu
hadir secara sukarela. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di
antara fasilitator atau guru pembimbing dan para pelajar.

Dalam perspektif Islam, bimbingan ialah suatu aktifitas memberikan bimbingan,


pengajaran, dan pedoman kepada peserta didik yang dapat mengembangkan
potensi akal fikir, kejiwaan, keimanan dan keyakinan serta dapat menanggulangi
problematika dalam keluarga, sekolah, dan masyarakat dengan baik dan benar
secara mandiri dan berlandaskan pada Al-Quran dan Al-Hadis. Suradi 1997 , pula
mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya
dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan
dan bakat yang ada denga sepenuhnya.

Menurut perspektif Barat pula, pendidikan bimbingan ialah proses pendidikan bagi


membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan
mempengaruhi kehidupannya. Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula ,Pendidikan
bimbingan menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan
yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami
perkembangan dan pertumbuhan mental , social , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan
dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai
hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada
masa sekarang dan masa depan.

Konsep pendidikan bimbingan ialah membantu individu atau kumpulan membuat


keputusan yang terbaik serta memberi nasihat kepada mereka. Dalam perspektif
Barat, Crow&Crow ( 1983 ) mengatakan bahawa bimbingan merupakan bantuan
yang sesuai untuk diberikan kepada individu yang terlibat. Selain itu, konsep
pendidikan bimbingan ialah menghuraikan bahagian kurikulum yang berkaitan
dengan afektif atau psikologi pendidikan ( Schmidt, 1993 ). Menurut D.W. Lefever,
bimbingan merupakan suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun,
sistematik. Ia bertujuan membantu individu melalui daya usaha sendiri untuk
mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak
masyarakat agar perolehi kesejahteraan hidup.

Dalam perspektif Ialam pula, konsep pendidikan bimbingan adalah membantu


individu belajar mengembangkan fitrah dan atau kembali kepada fitrah, dengan cara
memberdayakan iman, akal dan kemauan yang dikaruniakan Allah SWT kepadanya
untuk mempelajari tuntunan Allah dan Rasul-Nya, agar fitrah yang ada pada individu
itu berkembang dengan benar dan kokoh sesuai tuntutan Allah SWT. Oleh karena
itu, untuk mengembangkan fitrah manusia tersebut diperlukan pedoman dalam
pelaksanaannya, yaitu Al – Qur’an. Dalam hal ini, QS Ali Imran ayat 159 – 160
menjadi salah satu rujukan dimana teori atau konsep bimbingan konseling Islam
dapat terlahir.
Rujukan:

Ahmad Susanto, M. P. (2018). Bimbingan dan Konseling di Sekolah: Konsep, Teori,


dan Aplikasinya. Kencana.

Amir Awang, 1984. Pengantar Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Pulau


Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Bukhari, Baidi. 2014. “Dakwah Melalui Bimbingan dan Konseling Islam”. Jurnal
Bimbingan dan Konseling islam, 1 (Juni). 15.

Faqih , Ainur Rahim. 2001. Bimbingan dan Konseling Dalam Islam. Yogyakarta :
Pusat Penerbitan UII Press Yogyakarta.

Walgito, Bimo. 2010. Bimbingan Konseling (Studi & Karier). Yogyakarta : Andi
Offset.

Sandra, R., & Ifdil, I. (2015). Konsep Stres Kerja Guru Bimbingan dan
Konseling. Jurnal EDUCATIO: Jurnal Pendidikan Indonesia, 1(1), 80-85.

Khairani, Y., & Ifdil, I. (2015). Konsep Burnoutpada Mahasiswa Bimbingan


dan Konseling. Konselor, 4(4), 208-214.

You might also like