You are on page 1of 3

Aktiviti Interaksi 1

1. Pendidikan Bimbingan
• Konsep pendidikan bimbingan

Definisi bagi Pendidikan bimbingan iaitu perbuatan membimbing, memberi


petunjuk, mengajar sehingga selesaisesuatu kerja atau tugas dan juga merupakan
suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya
supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakatyang ada
dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996). Bimbingan merupakan sebahagian
daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan
mengandungimaklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.
Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan
seseorang itu. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia
masih boleh dikawal. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu
hadir secara sukarela. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di
antara fasilitator atau guru pembimbing dan para pelajar.

Dalam perspektif Islam, bimbingan ialah suatu aktifitas memberikan bimbingan,


pengajaran, dan pedoman kepada peserta didik yang dapat mengembangkan potensi
akal fikir, kejiwaan, keimanan dan keyakinan serta dapat menanggulangi problematika
dalam keluarga, sekolah, dan masyarakat dengan baik dan benar secara mandiri dan
berlandaskan pada Al-Quran dan Al-Hadis. Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan
ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya dan dunia di sekelilingnya
supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga
sepenuhnya.

Menurut perspektif Barat pula, pendidikan bimbingan ialah proses pendidikan bagi
membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan
mempengaruhi kehidupannya. Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula ,Pendidikan
bimbingan menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan
yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami
perkembangan dan pertumbuhan mental , social , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan
dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai
hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada
masa sekarang dan masa depan.

Konsep pendidikan bimbingan ialah membantu individu atau kumpulan membuat


keputusan yang terbaik serta memberi nasihat kepada mereka. Dalam perspektif
Barat, Crow&Crow ( 1983 ) mengatakan bahawa bimbingan merupakan bantuan yang
sesuai untuk diberikan kepada individu yang terlibat. Selain itu, konsep pendidikan
bimbingan ialah menghuraikan bahagian kurikulum yang berkaitan dengan afektif atau
psikologi pendidikan ( Schmidt, 1993 ). Menurut D.W. Lefever, bimbingan merupakan
suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun, sistematik. Ia bertujuan
membantu individu melalui daya usaha sendiri untuk mengembangkan kebolehannya
serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat agar perolehi
kesejahteraan hidup.

Dalam perspektif Ialam pula, konsep pendidikan bimbingan adalah membantu


individu belajar mengembangkan fitrah dan atau kembali kepada fitrah, dengan cara
memberdayakan iman, akal dan kemauan yang dikaruniakan Allah SWT kepadanya
untuk mempelajari tuntunan Allah dan Rasul-Nya, agar fitrah yang ada pada individu
itu berkembang dengan benar dan kokoh sesuai tuntutan Allah SWT. Oleh karena itu,
untuk mengembangkan fitrah manusia tersebut diperlukan pedoman dalam
pelaksanaannya, yaitu Al – Qur’an. Dalam hal ini, QS Ali Imran ayat 159 – 160 menjadi
salah satu rujukan dimana teori atau konsep bimbingan konseling Islam dapat terlahir.
Rujukan:

Ahmad Susanto, M. P. (2018). Bimbingan dan Konseling di Sekolah: Konsep, Teori,


dan Aplikasinya. Kencana.

Amir Awang, 1984. Pengantar Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Pulau Pinang:
Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Bukhari, Baidi. 2014. “Dakwah Melalui Bimbingan dan Konseling Islam”. Jurnal
Bimbingan dan Konseling islam, 1 (Juni). 15.

Faqih , Ainur Rahim. 2001. Bimbingan dan Konseling Dalam Islam. Yogyakarta : Pusat
Penerbitan UII Press Yogyakarta.

Walgito, Bimo. 2010. Bimbingan Konseling (Studi & Karier). Yogyakarta : Andi Offset.

Sandra, R., & Ifdil, I. (2015). Konsep Stres Kerja Guru Bimbingan dan
Konseling. Jurnal EDUCATIO: Jurnal Pendidikan Indonesia, 1(1), 80-85.

Khairani, Y., & Ifdil, I. (2015). Konsep Burnoutpada Mahasiswa Bimbingan dan
Konseling. Konselor, 4(4), 208-214.

You might also like