You are on page 1of 2
URE SES sale WEES sale JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM 05604 ALOR SETAR No. TeLeron ; 04-740 4000 No.Faxs : 04-740 4942 See Laman Wee: wwnjprmoe govmyipniedah “KEDAH AMAN MAKMUR - BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI” Ruj Kami : JPK 03-08 / 2851 / 74 /(99) Tarikh : 24 Ogos 2015 Guru Besar dan Pengetua, ‘Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sekolah Bantuan Kerajaan Sekolah Swasta Negeri Kedah Darul Aman Tuan, ‘TATACARA PENYEDIAAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAG! SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI KEDAH Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP). Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata. Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. 3. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan tatacara penyediaan pelaporan PBS bagi semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. __ Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS) hendaklah disediakan oleh pihak sekolah datam bentuk softcopy dan hardcopy. Pelaporan PS dalam bentuk softcopy hendaklah disimpan dan dirujuk secara berterusan untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru mata pelajaran, Salinan pelaporan tersebut juga perlu disimpan oleh Setiausaha PBS dan Penolong Kanan Pentadbiran. Penyediaan pelaporan PS adalah seperti berikut: Guru mata pelajaran Tahap Satu sekolah rendah dan guru mata pelajaran menengah rendah perlu mencetak Borang Perekodan (lampiran 1) di awal tahun sesi persekolahan bagi tujuan merekod dan dilekatkan sebagai borang transit di bahagian belakang Buku Rekod Pengajaran Harian (RPH), ii. Guru mata pelajaran Tahap Dua sekolah rendah perlu mencetak Borang Rekod Prestasi Kelas (lampiran 2) di awal tahun sesi persekolahan bagi tujuan merekod dan dilekatkan ‘sebagai borang transit di bahagian belakang Buku Rekod Pengajaran Marian (RPH) ii, Borang lampiran 1 dan fampiran 2 perlu dikemaskini sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dalam tapak pelaporan excel offline yang disediakan, iv. Pelaporan individu Tahap Satu sekolah rendah dan Pelaporan individu menengah Fendah (lampiran 3) hendaklah dicetak satu (1) kali setahun iaitu pada akhir sesi Persekolahan tahun semasa kemudian dimasukkan ke dalam fail peribadi murid, v. Pelaporan individu Tahap Dua sekolah rendah (lampiran 4) hendaklah dicetak satu (1) kali setahun iaitu pada akhir sesi persekolahan tahun semasa kemudian dimasukkan ke dalam fail peribadi murid. 5. __Pelaporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) hendaklah disediakan oleh pihak sekolah setelah Penilaian dan rumusan analisis dibuat. Pelaporan PPsi hanya melibatkan pelajar Tahun 3, Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Sila rujuk surat daripada ‘Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSH-SKPD)600-14/1/58(46) bertarikkh 17 Jun 2015 mengenai pelaksanaan Psi 2015, 6. __Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) hendaklah disediakan oleh _pihak sekolah dengan mengambil kira Ujian Standard Fizikal Kecergasan Kebangsaan (SEGAK), Body Mass Index (BMI), penglibatan mutid dalam aktiviti kokurikulum sehingga tahap tertinggi dan ekstra kurikulum. Pelaporan PAJSK dibuat pada penggal pertama dan penggal kedua persekolahan dan hanya melibatkan murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 7. _ Segala pelaksanaan PBS adalah tertakluk kepada Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah terkini (April 2014) yang boleh dimuat turun melalui portal Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu http/:www.[p.edu.my. 8. __Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan PBS berjalan dengan baik sepanjang tahun. 9. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pihak sekolah boleh menghubungi Penolong Pegawai PPD di Unit Penilaian dan Peperiksaan (PP), Penolong Pegawal PPD di Unit Akademik (PS) dan Penolong Pegawai PPD di Unit Pembangunan Kemanusiaan (PAJSK dan PPsi) di daerah masing- masing. 10. Perhatian dan tindakan tuan amatlah dihargai. Sekian. Terima kasi “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” ‘Saya yang menurut perintah, Sy (HJ MOHAMAD JAMIL BIN MD. NOH, AMN., AM.K,) Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah Jabatan Pepsin Negeri Kedah Darul Aman b.p. Pengafsh Pendidikan Negeri Kedah sk 1. Pengarah Pendidikan Kedah 2. Semua Ketua Sektor 3. Semua Pegawai Pendidikan Daerah

You might also like