You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PERIGI ACHEH

KAMPUNG PERIGI ACHEH, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

____________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
_________________________________________________________________________

TARIKH:
19 OGOS – 16 SEPTEMBER 2021

TEMPAT:
KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN:
PANITIA SEJARAH
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2021
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PERIGI ACHEH.

1.0 PENGENALAN

Bulan kemerdekaan menjadi acara wajib yang disambut pada setiap tahun diperingkat
sekolah. Pada tahun ini pertandingan Bulan Kemerdekaan terpaksa dijalankan di kediaman
masing-masing kerana sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan dirumah. Pelbagai aktiviti
dan pertandingan diadakan bagi membangkitkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan
warga sekolah. Bulan Kemerdekaan akan disambut dan dilaksanakan mulai 19 Ogos 2021
sehingga 16 September 2021.

2.0 MATLAMAT

Melalui penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan agar murid-murid


dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Di samping itu, dapat
menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya kekal aman dan terus
maju.

3.0 TEMA

“ Malaysia Prihatin ”
4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid sekolah


supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di
semua peringkat.
4. Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.
5. Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa
menjalankan kempen ini.

5.0 SASARAN
Semua warga sekolah SK Perigi Acheh

6.0 TARIKH & MASA

1. Sambutan : 19 Ogos hingga 16 September 2021.


2. Pelancaran : 19 Ogos 2021 - Khamis (10.00 pagi)
3. Kemuncak/Penutup : 24 September 2021 - Khamis (10.00 pagi)

7.0 TEMPAT
Kediaman masing-masing.

8.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid
secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua
murid bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru serta ibu bapa SK Perigi Acheh.
9.0 JADUAL PERLAKSANAAN
9.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

BIL. PANITIA AKTIVITI PERINCIAN CADANGAN


HARI/TARIKH
1. Bahasa Melayu  Sajak  Tahap 2 Minggu 1

 Pantun  Tahap 1 19/8/2021 – 26/8/2021


2. Sejarah  Pertandingan Kuiz  Tahap 1 & 2
Kemerdekaan

 Pertandingan  Terbuka kepada


Swafoto bersama semua murid Minggu 2
Jalur Gemilang SKPA
29/8/2021 – 2/9/2021
3. Muzik  Nyanyian Lagu-lagu  Terbuka kepada
Patriotik semua murid
SKPA

4. Pendidikan Seni Visual  Poster  Tahap 2 Minggu 3

 Mewarna  Pra Sekolah & 12/9/2021 – 14/9/2021


Tahap 1

5. Reka Bentuk &  Fesyen Merdeka Minggu 1 – Minggu 3


Teknologi
(Menggunakan warna asas  Terbuka kepada 19/8/2021 – 9/9/2021
bendera merah, putih, biru semua murid
dan kuning sahaja SKPA
DIBENARKAN)
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
10.1 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan diperolehi daripada Panitia Sejarah, Muzik, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni
Visual dan Reka Bentuk & Teknologi mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

10.1 PERUNTUKAN

Bil Panitia Jumlah


1. Sejarah RM 410.00
2. Muzik RM 244.71
3. Bahasa Melayu RM 190.20
4. Pendidikan Seni Visual RM 304.21
5. Reka Bentuk & Teknologi RM 354.74
JUMLAH RM 1503.86

11.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN


KEMERDEKAAN
BIL JAWATANKUASA AJK TUGAS/TINDAKAN

1
Pengerusi En. Mohd Arifin bin Mohamad Tab Memantau program
2
Timbalan 1. Pn Zaharah Aida binti Md Yunus Memantau program
Pengerusi
2. Pn Maizun binti Mohd Agos
3. En. Mohd Firdaus b. Mohd Noah
3
Penyelaras En. Mohd Noor Rasyid bin Wagiman Membuat pembahagian
tugas

4 Setiausaha En. Muhammad Nazif bin Che Rusli Menyediakan kertas


kerja

5 AJK

5.1 Juruacara 1. Pn. Noor Syazleen binti Abd Rahman Mengacara majlis

5.2 Poster / Gimik 1. Muhammad Irsyad Aiman bin Ahmad Membuat hebahan
Pelancaran dan Khamzal
Penutup

5.3 Pamplet 1. Pn. Nor Asifa Nazura binti Ahmad Menyediakan pamplet
2. Pn. Norizam binti Ishak

5.4 Bacaan Doa 1. En Mohamad Fadil bin Jasmi Teks


(Pelancaran)
2. En. Wan Muhammad Najib bin Wan
Anuar (Penutup)

5.5 Cenderahati & KETUA PANITIA Berurusan dengan AKP


Hadiah
(Pn. Fadhilah)
Pertandingan

Menguruskan setiap
5.6 Aktiviti aktiviti mengikut tarikh
KETUA PANITIA
Pertandingan dan masa yang
ditetapkan.

5.7 Juri-juri Menilai hasil karya


SEMUA GURU
Pertandingan murid
5.8 Dokumentasi 1. En. Muhammad Nazif bin Che Rusli Menyediakan laporan
akhir

12.0 ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN


KEMERDEKAAN
TARIKH : 19 OGOS 2021
HARI : Khamis
MASA : 10.00 PAGI

Masa Aturcara Majlis


10.00 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa (Ustaz Fadil)
- Ucapan Perasmian Guru Besar
- Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-
64
- Perincian aktiviti oleh setiap Ketua Panitia
- Bersurai

13.0 ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN


KEMERDEKAAN

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2021


HARI : Khamis
MASA : 10.00 PAGI

Masa Aturcara Majlis


10.00 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa (Ustaz Najib)
- Ucapan Guru Besar
- Video montaj Bulan Kemerdekaan SKPA
- Pengumuman pemenang setiap pertandingan
- Bersurai
13.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif.
Diharap dengan penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, dapat menanam sikap
sayangkan tanah air tercinta. Sikap tersebut sangat penting dan dapat membantu
mengekalkan keamanan dan kemakmuran bumi bertuah ini.
Disediakan Oleh,

…………………………………

(EN. MUHAMMAD NAZIF BIN CHE RUSLI)

Setiausaha Sambutan Kemerdekaan,

Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh.

Disemak oleh,

..................................................
(PN. ZAHARAH AIDA BINTI MD. YUNUS )
Guru Penolong Kanan 1,
Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh.

Diluluskan oleh,

.................................................
(EN. MOHD ARIFIN BIN MOHAMAD TAB)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh.

You might also like