Tutorial Week 2 BMG1023

You might also like

You are on page 1of 3

BMG1023

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

SILA JAWAB KESEMUA SOALAN DIBAWAH:

SOALAN 1

Huraikan LIMA (5) fungsi pengurusan sumber manusia.

Pengurusan sumber manusia didefinisikan sebagai suatu pendekatan pengurusan strategik


yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu yang bekerja dan
menyumbangkan idea,kepakaran potensi,kemahiran dan tenaga kearah pencapaian objektif
organisasi dan kemampuan mereka untuk terus bersaing .

Antara lima fungsi pengurusan sumber manusia yang pertama ialah perancangan sumber
manusia , merupakan proses mengkaji keperluan sumber manusia organisasi dan menentukan
Langkah Langkah yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan tersebut .

Seterusnya ialah pengambilan , prosesmencari atau mendapatkan individu yang berkelayakan


dan menggalakkan mereka memohon untuk bekerja dengan organisasi berkaitan .

Disamping itu ialah pemilihan , merangkumi siri Langkah untuk menentukan calon yang
akan diupah supaya dapat membantu organisasi mencapai matlamat .

Selain itu ialah Latihan dan pembangunan , program orientasi merupakan proses
memperkenalkan pekerja pekerja baru organisasi dan tugas tugas yang perlu dilakukan .

Akhir sekali ialah penilaian prestasi ,proses penilaian sistematik yang dilakukan secara
berkala terhadap pencapaian pekerja yang dibandingkan dengan sasaran yang telah ditetapkan
.
(10 mark
SOALAN 2

Nyatakan LIMA (5) maklumat yang terdapat dalam analisa kerja dan LIMA (5)
kepentingannya.

Perancangan sumber manusia merupakan proses mengkaji keperluan sumber manusia


organisasi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan
tersebut. Ia merupakan proses merancang , mengambil, memilih, melatih, merancang kerjaya
dan aktiviti lain yang berkaitan dengan dibantu oleh peramalan bersistem tentang bekalan dan
permintaan tenaga kerja bagi organisasi.

Analisa kerja merupakan peralatan asas untuk memperolehi data yang berkaitan dengan
semua aspek pengurusan sumber manusia. Maklumat yang terdapat dalam analisa kerja ialah
Tugas dan tanggungjawab sesuatu kerja, iaitu aktiviti kerja yang sebenar yang perlu
dilakukan dan bagaimana, bila serta mengapa aktiviti tersebut dilakukan. .Peralatan dan
mesin yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Konteks kerja iaitu keadaan kerja
seperti suasana ditempat kerja. Pengetahuan ,kemahiran,kebolehan dan tingkah laku yang
diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dengan baik. Piawai prestasi yang menetapkan apa
yang dikehendaki dan kriteria yang akan digunakan untuk menilai prestasi pelaku kerja.

Bagi kepentingan Analisa kerja pulak terdapat 5 iaitu Mengetahui deskripsi sesuatu jawatan
serta spesifikasi jawatan yang tepat . Memudahkan proses pemilihan pekerja Majikan dapat
mengetahui prestasi pekerja .Pihak organisasi dapat memberi cadangan latihan dan
pembangunan untuk pekerja .Dapat menetapkan pampasan yang sesuai untuk pekerja sesuai
dengan beban kerja dan kelayakan pekerja. Majikan dapat memperbaiki persekitaran tempat
kerja yang lebih selamat untuk pekerja.

(10 markah)
SOALAN 3

(a) Jelaskan DUA (2) kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisa kerja.

2 kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisa kerja ialah soal selidik .Pekerja diminta
untuk mengisi borang soal selidk untuk menghuraikan tugas dan tanggungjawab berkaitan
denga kerja. Ia merupakan kaedah yang cepat dan cekap untuk mendapatkan maklumat
daripada pekerja yang banyak. Malahan ianya lebih murah berbanding temuduga.
Walaubagaimanpun, kaedah ini memakan masa yang lama untuk menyediakan borang soal
selidik dan memastikan pekerja dapat memahami soalan.

Seterusnya ialah pemerhatian. Kaedah ini dilakukan dengan memerhatikan tingkah laku
pekerja ketika menjalankan tugas mereka. Hasil pemerhatian ini akan dicatatkan. Teknik
pemerhatian ini lebih sesuai digunakan untuk memperoleh maklumat tentang kerja – kerja
yang melibatkan aktiviti fizikal seperti kerja operator mesin. Walaubagaimanapun, teknik ini
kurang sesuai bagi kerja yang banyak melibatkan aktiviti mental seperti kerja penulisan iklan,
pengiraan akaun syarikat dan lain- lain.
(4 markah)

(b) Huraikan TIGA (3) cara untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

Cara cara untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja ialah meyediakan persekitaran
kerja seperti kemudahan , gaji , insentif atau bonus yang lebih menarik , disini pihak syarikat
dapat menarik tenaga pekerja untuk mengurangkan masalah tenaga kerja . Seterusnya ialah
mengupah tenaga buruh asing , sumber tenaga kerja dari negara asing diperlukan untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja sebagainya contoh Malaysia terpaksa bergantung kepada
tenaga buruh dari Indonesia , Bangladesh , hal ini telah menimbulkan kesan sampingan
kepada negara iaitu aliran keluar wang negara dan masalah sosial . Akhir sekali ialah kurang
masyarakat kurang berminat dengan pekerjaan dengan masalah ini pihak syarikat perlu la
bercadang untuk meningkatkan kadar upah dengan melihat prestasinya dan tahap
Pendidikan .
(6 markah)

You might also like