You are on page 1of 2

Cabin Crew Position

On the job training

1. Latihan semasa kerja ,

Latihan semasa kerja mengandungi semua jenis latihan yang ditawarkan oleh organisasi
kepada kakitanganya dan ia dijalankan di stesen kerja (work station) pekerja berkenaan.
Terdapat pelbagai bentuk latihan sambil kerja yang boleh digunakan oleh organisasi .

2. Tunjuk ajar

Terdapat beberapa jenis yang boleh dikaitkan dengan posisi cabin crew ini contohnya ialah
tunjuk ajar atau bimbingan dan mentor . Dalam kaedah ini, penekanan diberikan kepada
pembelajaran melalui bersemuka (face to face). Tunjuk ajar atau bimbingan ini biasanya diberi
oleh pekerja yang lebih berpengalaman bagi kerja tertentu mempunyai jawatan yang lebih tinggi
daripada pekerja baru atau pelatih . Bagi kaedah mentor pula adalah satu bentuk perhubungan
yang formal atau tidak formal , dibangunkan oleh pembimbing dengan pelatih yang berada di
bawahnya. Mentor ini mungkin terdiri daripada individu yang bekerja dalam organisasi yang
sama dengan pelatih atau dari organisasi luar. Mentor memberi galakan, sokongan, bimbingan
kauseling, cabaran dan menlindungi pelatih daripada tekanan . Apabila adanya tunjuk ajar ini ,
cabin crew akan lebih cekap melakukan tigasan kerana telah dieri tunjuk ajar oleh mentor
ataupun orang yang lebih berpengalaman

3. Latihan Perantisan

Kaedah ini menggabungkan Latihan sambal bekerja dengan Latihan di luar tempat kerja . ianya
sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi dan lazimnya digunakan untuk
melatih pekerja seperti cabin crew , juruterbang dan sebagainya . Perantis yang sedang
menjalani Latihan ialah pekerja sepenuh masa yang bekerja sambal menjalani Latihan . Latihan
perantisan ini akan memberi impak yang besar kepada perantis kerana dapat melatih diri
sendiri untuk menjadi pekerja yang bagus pada syarikat . Apabila adanya Latihan seperti ini ,
pekerja boleh menjadi mahir dari segi Latihan yang diberikan oleh pihak atasan .

You might also like