You are on page 1of 26

PERKHIDMATAN

DEFINISI
KURIER
• Perkhidmatan penghantaran mel, bungkusan atau
dokumen dengan segera.
• Syarikat kurier menyediakan perkhidmatan barang
dari pintu ke pintu iaitu memungut daripada
pengirim dan menyerahkannya kepada penerima.
• Untuk penghantaran dalam negara, serahan dibuat
dalam masa satu hari.
• Penghantaran ke luar negara, serahan dilakukan
secepat mungkin melalui pengangkutan terpantas.
 Selain menyediakan perkhidmatan penghantaran,
kurier juga menyediakan perkhidmatan lain seperti
membayar bil pengguna, dokumentasi kastam, dan
aktiviti perkapalan menggunakan komputer.
 Contoh syarikat kurier:
 City Link Ekspress, Poslaju Malaysia, DHL Worldwide
Express dan United Parcel Services (UPS).
SYARIKAT KURIER
KELEBIHAN & KELEMAHAN
PERKHIDMATAN KURIER
KELEBIHAN
1. CEPAT & CEKAP
• Perkhidmatan kurier merupakan cara penghantaran mel dan
kargo yang paling cepat dan cekap.
2. MUDAH
• Penghantaran kargo dengan perkhidmatan kurier adalah mudah
kerana segala kerja berhubung dengan penempahan ruang
kargo, pengurusan prosedur kastam, dan dokumen kiriman lain
diuruskan oleh syarikat kurier.
3. SELAMAT
• Cara menghantar mel dan kargo dengan perkhidmatan kurier
adalah lebih selamat kerana kerja tersebut dilakukan dengan
teliti dan rapi.
KELEMAHAN
1. MAHAL
• Kos yang dikenakan ialah lebih tinggi daripada
penghantaran biasa.
2. KEGUNAANNYA TERHAD
• Perkhidmatan kurier hanya menyediakan
perkhidmatan pengiriman segera,perkhidmatan
sebagai ejen penghantar adalah terhad.
PERKHIDMATAN BUNGKUSAN
 Perkhidmatan Bungkusan adalah penghantaran
sebarang dokumen atau barangan yang tidak dilarang
penghantarannya.
 Ia boleh dihantar melalui mana-mana kaunter di
pejabat pos, pejabat pos mini atau Pusat Bungkusan.
 Bagi destinasi domestik, berat maksimum bungkusan
yang ingin dihantar adalah 20 kg.
 Manakala untuk destinasi ke luar negara, berat
maksimumnya adalah bergantung kepada negara-
negara yang terbabit
 Setiap pengeposan bungkusan perlu disertakan
dengan Nota Konsainan.
 Untuk penghantaran dalam negara, Nota Konsainan
domestik berwarna biru (R&P 23) digunakan,
manakala untuk penghantaran ke luar negara, Nota
Konsainan Antarabangsa yang berwarna merah (R&P
24) digunakan.
 Setiap Nota Konsainan perlu diisi oleh pengirim
dengan lengkap dan tepat bagi memastikan setiap
penghantaran dapat dilakukan dengan lebih efisyen.
 Bungkusan serta Nota Konsainan yang telah lengkap
diisi perlu diserahkan di kaunter pejabat pos, pejabat
pos mini, atau di Pusat Bungkusan untuk
pengendalian seterusnya.
 Satu salinan Nota Konsainan akan diserahkan kepada
pengirim sebagai resit pengeposan untuk setiap
bungkusan yang diposkan.
 Pelanggan dinasihatkan untuk membalut dan
melindungi bungkusan yang hendak diposkan dengan
kemas dan kukuh bagi mengelakkan kerosakan atau
kemusnahan.
 Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan kertas
minyak (brown paper) untuk membalut bungkusan
kerana ia lebih kemas dan alamat penerima lebih
mudah untuk dibaca.
 Alamat pengirim dan penerima hendaklah ditulis pada
permukaan bungkusan walaupun pengirim telah
menulisnya di Nota Konsainan.
PERKHIDMATAN MEL
UNTUK PERNIAGAAN
TERBITAN BERKALA
 Terbitan Berkala merupakan perkhidmatan mel untuk
menghantar majalah, katalog, atau surat khabar yang
diterbitkan secara berkala dengan kekerapan
penerbitan minima sebanyak dua kali setahun dalam
tahun kalendar yang sama.
 Perkhidmatan ini terhad kepada pengeposan dan
serahan dalam negara sahaja sehingga berat
maksimum iaitu 250gm.
 Setiap pengeposan hanya boleh mengandungi satu (1)
item sahaja.
 Item yang dimasukkan ke dalam sampul surat, "poly-
wrapping" atau "poly-bag" mestilah boleh dibuka
untuk tujuan pemeriksaan pos.
 Item yang tidak dapat diserahkan akan dikembalikan
kepada pengirim menggunakan alamat Peti Surat atau
jika tiada alamat Peti Surat, item tidak akan
dikembalikan dan akan dilupus.
POSDOKUMEN
 PosDokumen adalah perkhidmatan mel yang
dikhususkan untuk menghantar sebarang dokumen
atau bahan bercetak yang beratnya sehingga 2
kilogram.
 Jenis-jenis dokumen atau bahan bercetak yang
dimaksudkan adalah seperti laporan tahunan syarikat,
majalah, buku, diari, kalendar atau katalog selagi ia
mematuhi kriteria had berat, saiz dan ketebalan yang
dibenarkan.
 Perkhidmatan ini terhad kepada pengeposan dan
serahan dalam negara sahaja.
PERKHIDMATAN FRANGKI
 Satu kemudahan untuk membuat pengeposan
barangan pos tanpa perlu melekatkan setem pada
sampul surat.
 Pelanggan dikehendaki membeli mesin frangki sendiri
dan mendapatkan lesen dan permit mesin
franPengeposan mel frangki hendaklah dibuat di
pejabat pos atau pusat mel yang telah disenarai dan
ditetapkan
 Pelanggan hendaklah membuat pengeposan di
pejabat pos atau pusat mel yang dipilih seperti yang
tercatat di dalam permit.
POS EKSPRES
 Pos Ekspres merupakan suatu cara yang cepat,
berpatutan dan mudah untuk menghantar dokumen
segera dan dijamin sampai ke destinasinya mengikut
piawaian perkhidmatan yang dijanjikan.
 Mel boleh diserahkan dalam masa satu hari, dua hari
atau tiga hari tertakluk kepada zon penghantaran.
 Sampul surat pos ekspres perlu digunakan untuk
perkhidmatan ini.
 Pos ekspres hanya boleh diposkan di peti pengepos
berwarna kuning atau di kaunter pejabat pos.
 Barang Pos Ekspres tidak boleh diinsuranskan juga
tidak boleh didaftarkan sebagai barang PosDaftar atau
bungkusan.
POSDAFTAR
 Perkhidmatan PosDaftar adalah disyorkan untuk
mengepos barang atau dokumen yang dianggap
berharga ataumustahak.
 Perkhidmatan ini memberikan pelanggan satu
alternatif penghantaran mel yang lebih selamat kerana
ia dikendalikan dengan menggunakan sistem
komputer sepenuhnya yang membolehkan
pergerakannya dikesan dari mula ia diposkan sehingga
diserahkan kepada penerima.
 Pengendalian berkomputer ini membolehkan
pelanggan memeriksa status PosDaftar mereka
melalui internet.
 Surat Standard dan Surat Bukan Standard boleh
didaftarkan menggunakan sampul surat biasa atau
Sampul Khas PosDaftar yang dijual.
 Sekiranya menggunakan sampul surat biasa,
pelanggan hendaklah membeli Label PosDaftar,
melengkapkan butir-butir yang berkenaan dan
menampalkannya pada muka hadapan sampul surat
PosDaftar bersebelahan alamat penerima.
MELICINKAN & MEMPERCEPATKAN
AKTIVITI PERDAGANGAN
 Memudahkan hubungan antara peniaga & peniaga
lain.
 Peniaga boleh mengesan dan mendapatkan maklumat
dari dalam dan luar negara dengan cepat, tepat dan
berkesan serta menyebarkannya untuk kepentingan
organisasi.
MEMPERLUASKAN PASARAN
 Membantu peniaga meluaskan pasaran barang &
perkhidmatan sama ada dalam atau luar negara.
 Hasil daripada saiz pasaran yang luas, membolehkan
peniaga menerima permintaan yang semakin
meningkat bagi barang & perkhidmatan.
MENYEBARKAN MAKLUMAT
 Membantu peniaga dalam membuat perancangan,
persediaan dan keputusan yang menguntungkan.
 Peniaga dapat menghantar maklumat , dokumen dan
perkhidmatan kepada pelanggan dengan mudah dan
cepat.
MENGELAKKAN KERUGIAN &
KEROSAKAN
 Perkhidmatan kurier dapat mengelakkan kerugian &
kerosakan kerana bungkusan yang rosak akan diberi
ganti rugi yang sepatutnya.
MEMUDAHKAN KEGIATAN
PROMOSI
 Membantu peniaga mengumumkan maklumat
mengenai barang dan perkhidmatan kepada
pengguna.

You might also like