You are on page 1of 8

PENERIMA TV

Televisyen ialah satu alat penerima isyarat video dan audio.


PRINSIP ASAS KENDALIAN PENERIMA TV

Blok asas penerima TV

 Pada bahagian penerima, isyarat yang dipancar akan dipintaskan oleh antena.
 Isyarat yang diterima akan dikuatkan dan dihantar ke litar pengesan suara oleh
gambar.
 Pada bahagian ini, kedua-dua isyarat akan dipisah dan diubah semula kepada
isyarat audio dan video yang asas.
 Proses pengimbasan akan disusun semula untuk menghasilkan gambar.
 Proses ini akan dilalui apabila isyarat video digandingkan dengan tiub gambar.
 Bagi tujuan ini, isyarat penyegerakan yang diterima sebagai sebahagian isyarat
video komposit akan digunakan sebagai isyarat rujukan.
 Bagi penghasilan bunyi pula, isyarat audio akan digandingkan dengan pembesar
suara.

RAJAH BLOK PERINGKAT-PERINGKAT PENERIMA TV

WARNA
Gambar rajah blok penerima TV warna.

FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA TV WARNA


Info khas

 Kroma ialah maklumat gambar warna


 Isyarat lar (Y) ialah maklumat gambar monokrom (hitam-putih)
 Raster adalah cahaya yang terhasil pada layer tiub gambar, dengan adanya alur
electron yang depesongkan dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah pada skrin
tiub gambar.
 Penguat kroma : menguatkan isyarat warna.
 Matriks : menghasilkan warna merah, hijau dan biru untuk memacu senapang
electron pada tiub gambar.
Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar dibawah
menunjukkan sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna:

 Bahagian penala.
 Bahagian IF video.
 Penguat video
 Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.

 Bahagian Audio - Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada


peringkat dimana ianya disambung ke pembesar suara.
 Bahagian warna Gambar

Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)

 Bahagian pesongan

menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan voltan tinggi


Gelung pesongan (gegelung dening)

PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

Mengesan kerosakan Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang
jelas bermutu dan baik. Alat uji yang digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan
adalah seperti berikut:

 Penjana corak ujian


 Penjana isyarat audio
 Penjana isyarat RF
 Osiloskop
 Meter pelbagai

Gambar dibawah menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan
mengesan kerosakan.
Langkah-langkah mengesan kerosakan

 Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak
ujian bar warna dari penjana isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna.
 Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual dibawah. Gunakan alat uji
yang sesuai untuk mengesan kerosakan:
-Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan
penjana isyarat untuk menentukan peringkat rosak.
-Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada
peringkat yang telah dikesan rosak.
-Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis
kerosakannya.

Gambar bergulung ke atas atau ke bawah


Gambar berkoyak

Raster satu garisan ufuk

Gambar Bersalji

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa
melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian
dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan
yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :

 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas - Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan

Keselamatan alat

Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :

 Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.


 Peralatan ujian dalam keadaan baik.
 Peralatan tangan dalam keadaan baik.
Semasa melakukan aktiviti, pastikan :

 Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.


 Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari
tersentuh.
 Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
 Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat
pengukuran voltan dc.
 Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan.

Selepas melakukan aktiviti, pastikan :

 Alat ujian berfungsi dengan sempurna.


 Matikan bekalan kuasa.
 Peralatan disusun dengan kemas.
 Keadaan tempat kerja kemas.
 TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan bumi
dan casis TV juga adalah ‘hidup’ (live), pengubah pemencil perlulah digunakan
untuk mengelakkan dari litar pintas ketika menggunakan alat uji.
 Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar.
Pastikan anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat
pengukuran voltan tinggi.
 Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada
semasa kerja mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan
sesuatu kerosakan itu.

You might also like