Professional Documents
Culture Documents
Soalan Lazim Mengenai Janji Temu Kemaskini 21 Mei
Soalan Lazim Mengenai Janji Temu Kemaskini 21 Mei
1 Bagaimana saya akan tahu apabila tarikh vaksinasi telah ditetapkan untuk saya?
Tarikh vaksinasi anda akan dimaklumkan melalui SMS atau notifikasi di aplikasi MySejahtera.
4 Apa akan berlaku jika saya tidak boleh hadir pada tarikh vaksinasi?
Janji temu anda akan dibatalkan secara automatik selepas tarikh tersebut dan dijadualkan
semula. Bagi AstraZeneca, jika janji temu dibatalkan, anda akan kembali tersenarai dalam
program PICK. Tarikh janji temu baharu akan dijadualkan semula di aplikasi MySejahtera selepas
7 hari. Anda tidak perlu menghubungi talian Pusat Panggilan Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di
1-800-88-8828 untuk mendapatkan janji temu baharu.
Bagaimana saya boleh mendapatkan janji temu dengan keluarga/pasangan yang layak
9
untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam fasa sama?
Anda boleh memohon untuk tarikh janji temu bersama dengan keluarga/pasangan hanya jika
kedua-duanya telah menerima tarikh janji temu vaksinasi. Jika sudah, anda boleh menghubungi
Pusat Panggilan Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di 1-800-88-8828 untuk memohon. Ejen di
Pusat Panggilan akan menghantar permohonan anda ke pihak berkenaan dan ia akan diproses
dalam masa 48 jam. Anda boleh menyemak status di MySejahtera, laman web atau dengan
menghubungi Pusat Panggilan selepas tempoh pemprosesan untuk mengetahui jika
permohonan anda berjaya.
Saya terima notifikasi tentang tarikh janji temu saya melalui MySejahtera, tetapi tidak
10
terima sebarang SMS dan laman web juga tidak memaparkan butiran sama. Adakah
janji temu saya masih sah?
YA
YA. Janji temu anda adalah sah.
I received a notification through MySejahtera of my appointment date, but I did not receive
10
any SMS and it is also not reflected in the website. Is my appointment date valid?
Yes. Your appointment is valid.